ISALAH JUMAAT 15 JULAI 2022M 15 ZULHIJJAH 1443H EDISI 3/2022 DARI MIMBAR JUMAAT SEKILAS BERITA SUDUT EKSA PIUMS SANA-SINI
DARI MIMBAR JUMAAT TAJUK : MATI PASTI, BALASAN AMAL MENANTI (Dipetik daripada teks khutbah JHEAINS Edisi 15 Zulhijjah 1443H/15 Julai 2022M) Wabak Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sejak awal tahun 2020 lalu merupakan sebahagian daripada ujian Allah SWT ke atas seluruh rakyat. Apatah lagi ia dilaporkan telah menyebabkan lebih daripada tiga puluh ribu orang menemui ajalnya. Berikutan perkembangan itu, rakyat negara ini yang berumur lima tahun ke atas disarankan supaya mengambil vaksin pencegah Covid-19 sebagai upaya mengurangkan risiko kesan penyakit berbahaya berkenaan. Namun demikian, sebagai umat Islam kita harus melihat, peristiwa kematian itu adalah sesuatu hal yang pasti berlaku. Apa jua penyakit mahupun musibah yang melanda menjadi penyebab kematian, hanya menjadi asbabnya sahaja. Sesungguhnya tanda-tanda kematian itu ada, namun hanya amalan dan ketaqwaan kita yang memungkinkan kita peka serta menyedari akan kehadiran tanda-tanda berkenaan. Segala tanda itu mempunyai hikmah agar kita segera bertaubat dan melakukan persiapan menghadap Tuhan Rabbul Jalil. Antara tanda umum dan lazim hampir berlakunya kematian ialah sakit berpanjangan dan kritikal. Demikian juga halnya usia yang setiap detik meningkat menjadi petanda ajal kian menghampiri. Dalam erti kata lain, kalau badan sudah lemah, rambut mulai beruban dan gugur, mata mulai kabur, kulit semakin kendur dan selera makan mulai berkurangan, ia adalah petanda usia kita sudah kian membongkok tua dan menjejaki sakaratul maut. Justeru, tanda-tanda berkenaan bukan sahaja mengingatkan kita kepada mati, namun Alamia juga mengingatkan kita kepada fasa kehidupan berikutnya iaitu Barzakh dan alam akhirat. Dengan kesedaran itu, mudah-mudahan timbul keinsafan untuk menyediakan bekalan secukupnya menuju alam yang kekal abadi kelak
SAMBUTAN AIDILADHA UMS MERIAH SEKILAS BERITA Majlis Sambutan Aidiladha dan Pelaksanaan Ibadah Korban Peringkat Universiti Malaysia Sabah meriah dengan kehadiran para jemaah yang membanjiri Masjid UMS. Majlis yang dimulakan dengan alunan takbir disusuli dengan pelaksanaan Solat Sunat dan khutbah Aidiladha disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam, al-Fadhil al-Ustaz Md. Razali Saibin. Seusai solat sunat Aidiladha, majlis diteruskan dengan pelaksanaan ibadah korban yang berlangsung di perkarangan Bangunan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah melibatkan sebanyak 7 ekor lembu hasil sumbangan daripada kalangan kakitangan UMS. Operasi penyembelihan turut dibantu oleh ahli-ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah yang diketuai oleh Presidennya, En. Abdul Jalil Bin Sapli, wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Sdr. Mohd. Gaddafi Bin Imran, dan ahli-ahli Kelab Rakan Masjid. Majlis diakhiri dengan jamuan Aidiladha yang berlangsung selepas solat zohor di Dewan Seminar, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah. Hadir sama pada majlis sambutan ini ialah Naib Canselor UMS, YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Bin Noordin
SUDUT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) SEBELUM SELEPAS SEBELUM SELEPAS
PIUMS SANA-SINI MAJLIS SAMBUTAN AIDILADHA DAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
MAJLIS BERBUKA PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH & PERSIAPAN TEMPAT SOLAT SUNAT AIDILADHA 1443H PIUMS SANA-SINI
Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah daripada sahabat-sahabat Pusat Islam UMS bagi mengoptimumkan medium dakwah melalui terbitan risalah ini. Sila imbas QR-Code berikut untuk menyumbang. Diterbitkan oleh: Unit Penerbitan 10 Seksyen Pentadbiran dan Kewangan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah www.ums.edu.my/piumsv2 @pusatislamums
Search
Read the Text Version
- 1 - 10
Pages: