Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore RISALAH JUMAAT BIL 5-2021

RISALAH JUMAAT BIL 5-2021

Published by PUSAT ISLAM -, 2021-08-25 08:01:44

Description: RISALAH JUMAAT BIL 5-2021

Search

Read the Text Version

RISALAH JUMAAT EDISI 5/2021 | 27 OGOS 2021M | 18 MUHARAM 1443H Menarik Minggu ini TINTA AKADEMIK Bersama : DR. SYAMSUL AZIZUL BIN MARINSAH PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM Bersama : DR. SALLEH WAHAB, (IFP) DARI MIMBAR JUMAAT TAJUK : MERAIH KEBERKATAN DALAM KEMERDEKAAN ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

TINTA AKADEMIK PENULIS : DR. SYAMSUL AZIZUL BIN MARINSAH Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah No. Tel : +60 16-810 0010 Emel : [email protected] TAJUK: MESEJ HIJRAH DALAM NORMA BAHARU Peristiwa hijrah yang disambut saban tahun di seluruh dunia mempunyai simbolik nilai perubahan dan pembaharuan yang signifkan. Misi ini bukan sekadar terhad kepada agenda pembaharuan sifat dan perilaku manusia semata, bahkan berlangsung secara holistik anjakan paradigma pemikiran dan sistem kehidupan. Penghijrahan Rasulullah S.A.W. dan umat Islam dari Makkah ke Madinah, selain bermatlamat mereformasikan cara beragama masyarakat, turut menekankan keseimbangan aturan sistem berpaksikan keadilan, kegigihan, kesejahteraan, kesaksamaan dan kesepaduan. Dalam konteks semasa, perjuangan memerangi ancaman pandemik COVID-19 menerusi adaptasi norma baharu juga merupakan manifetasi hijrah dan pengorbanan yang perlu ditempuh. Pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan pencuci tangan, serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi mekanisme terbaik bagi melindungi keselamatan dan menjamin kesejahteraan masyarakat awam. Pelaksanaan norma baharu ini bukanlah suatu perkara yang mudah, baik di pihak kerajaan mahupun dalam kalangan rakyat marhaen. Pengorbanan emosi, fizikal dan spiritual menjadi cagaran besar yang dipertaruhkan bagi merealisasikan matlamat ‘Menang Bersama’. Ada yang menahan kerinduan untuk berkumpul bersama keluarga, tidak kurang juga yang terpaksa memendam keperitan dek pelbagai kesulitan yang menimpa. Kegigihan petugas barisan hadapan, pegawai penguatkuasa serta masyarakat awam ternyata berjaya memaknai nilai hijrah yang sebenar. ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

Merenung iktibar peristiwa hijrah silam menghidangkan kita dengan pelbagai mesej bermakna yang boleh diimplementasikan dalam kehidupan masa kini. Manifesto awal yang digagaskan oleh Rasulullah SAW di awal kehadirannya ke bumi Madinah sebenarnya menarik untuk dihayati bersama. Dari Abdullah bin Salam RA, dia berkata : ‘Pertama kali Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang ramai berkerumun kepadanya (dan) aku termasuk orang yang datang kepadanya lalu aku memperhatikan wajahnya dan menelitinya dengan saksama, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah seorang pendusta.’ Abdullah bin Salam RA berkata lagi, ‘Ucapan pertama yang aku dengar daripada Baginda adalah, “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan, hubungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam sementara orang-orang sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat’. (Riwayat al-Tirmidhi) Hadis ini menarik untuk dianalisis memandangkan ia merupakan dasar terawal yang ditekankan oleh Baginda sewaktu pembentukan negara Islam Madinah. Justeru, bagaimana tema yang difokuskan dalam hadis ini boleh diterapkan dalam perjuangan semasa masyarakat menghadapi COVID-19 di Malaysia? Kuncinya menerusi empat budaya utama yang digarapkan dalam hadis, iaitu kesejahteraan (sebarkan salam), kebajikan (berilah makan), interaksi sosial (hubungkan silaturrahim) dan mentaliti (solat malam). Budaya sebarkan salam mengandungi tuntutan memupuk rasa hormat-menghormati dan mendamaikan antara satu sama lain. Jadilah benih yang menumbuhkan mesej kesejahteraan dan perpaduan, bukannya barah yang menularkan perpecahan dan kekacauan. Penyebaran berita palsu yang berpotensi mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat juga perlu dihentikan segera. Masyarakat lebih memerlukan sokongan dan dokongan positif yang menenteramkan jiwa dalam menghadapi detik-detik sukar ketika ini. Budaya memberi makan pula menuntut rasa sensitiviti dan bertimbang rasa terhadap situasi semasa yang sedang dilalui pihak lain. Hindari perbuatan menekan dan menindas antara satu sama lain dalam apa jua perkara. Hulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, meskipun ia tidak dibalas dengan penghargaan yang sewajarnya. Tuntutan menghubungkan silaturrahim memerlukan sifat prihatin, bertanggungjawab dan peka dengan keadaan sekeliling. Secara zahirnya, sebahagian besar individu yang terkesan hanya mampu memendam rasa dan menanggung sendiri kesusahan yang dilalui meskipun pada realitinya ramai daripada mereka yang sedang tertekan. Islam mengajarkan kepada kita manifestasi keprihatinan dan kecaknaan yang tinggi menerusi ekosistem kejiranan dan kemasyarakat yang proaktif. Akhir sekali, saranan menunaikan solat malam selain berfungsi sebagai pengukuhan nilai spiritual, turut berperanan membina mentaliti dan jati diri yang ampuh dalam menghadapi situasi semasa yang mencabar. Realiti baharu yang dihadapi memerlukan kita keluar daripada zon selesa masing-masing, sebaliknya berjuang meningkatkan kredibiliti dan kompetensi diri untuk beradaptasi dengan perkembangan dunia semasa. 3 ”‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي‬

PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM BERSAMA : DR. SALLEH WAHAB, (IFP)* Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf Universiti Malaysia Sabah No. Tel : +60 16-810 0010 Emel : [email protected] * IFP merujuk kepada Islamic Financial Planner / Perunding Kewangan Bertauliah. 4 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

‫‪5‬‬ ‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي”‬

6 ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

DARI MIMBAR JUMAAT TAJUK : MERAIH KEBERKATAN DALAM KEMERDEKAAN Dipetik daripada Teks Khutbah JHEAINS Edisi 27 Ogos 2021 Konsep kemerdekaan sebenar bukan sekadar membebaskan fizikal manusia daripada cengkaman penjajah ataupun sistem perhambaan. Akan tetapi membebaskan rohani dan akal fikiran dari belenggu kejahilan agar selaras dengan ‘Manhaj Rabbani’ yang merupakan intipati risalah Muhammadiah. Akal dan jiwa yang kosong daripada Manhaj Ilahi akan mencetuskan fahaman dan ideologi yang menyimpang jauh dari kebenaran dan mengarah kepada kebatilan justeru, menzahirkan tingkah laku yang fasik yang boleh mengakibatkan krisis kepada tamadun manusia dan kemusnahan nilai sejagat. Dalam konteks ini, hanya nilai-nilai iman dan takwa sahaja yang dapat memagari hidup kita supaya rukun dan damai serta berpadu erat antara satu sama lain. Islam pada hakikatnya ialah agama pembebasan dan kemerdekaan. Kemerdekaan bagi seorang Muslim membawa maksud bahawa ia bebas dan merdeka menterjemahkan pengabdiannya yang hakiki kepada Allah S.W.T. semata-mata, suci daripada sebarang perbuatan syirik dan amalan khurafat sesuai dengan matlamat penciptaan manusia. Betapa kita semua mendambakan nikmat kemerdekaan yang sedia ada berterusan hingga keakhirnya. Ungkapan Baldatun Toyyibatun Wa Robbun Ghafur adalah ungkapan yang sering menjadi wawasan ummah. Bumi berkat yang bertuah ini tidak akan bertahan jika bukan kerana inayah Allah yang memayunginya. Oleh yang demikan, marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar kemakmuran dan kemerdekaannya terpelihara serta dihuni oleh rakyatnya yang beriman dan bertakwa. Mudah-mudahan dengan ketaatan itu menjadikan kita rakyat yang sentiasa berbakti kepada negara sekaligus merealisasikan tema Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu, Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti ”‫ “اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي‬7

NAMA PROGRAM : SIJIL ASAS PENGAJIAN SYARIAH (SAPS) SIRI 2/2021 – KULIAH 1 TARIKH HARI : 14 OGOS 2021M BERSAMAAN 05 MUHARAM 1443H URUSETIA BIL.PENYERTAAN : SABTU MEDIUM PELAKSANAAN : SEKTOR PENDIDIKAN, PENERBITAN DAN ZAKAT, PIUMS : 50 ORANG : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET) 8 ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

NAMA PROGRAM : MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA PIUMS BIL.3/2021 TARIKH : 17 OGOS 2021M BERSAMAAN 08 MUHARAM 1443H HARI : SELASA URUSETIA : SEKTOR PENTADBIRAN DAN KEWANGAN, PIUMS BIL.PENYERTAAN : 13 ORANG MEDIUM : ATAS TALIAN (GOOGLE MEET) PELAKSANAAN 9 ”‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي‬

‫بلاسوڠکاوا‬ ‫َن ِبۡع ِۡبسص َُِِ۝ِِمرَاوٱٱِإَّلََطِیلَِارِلٱ ََۡلحٱِكَِلمذٰـََنیرِ َِۡۡنحِنس ََٱَتمٰـألۡنَِِعرنِیَعِ ۡحٱِنملی ََِرِمتِِحٱ۝َیلع َِل ِۡمٱ۝یَِهۡض ۤهَۡا ِمِمِٰـلُِلیَ۝نََغِاۡنِیكِٱِٱِۡرَلیل َۡٱ ِۡحِۡوَِلۡصِممَۡغِرٱاُِل َِِّضَُلطِِیلِو ِٱَِِۡۡنرلِب ِ ِۡبَسع ََٱلت ۡۡ۝یلِِقه َِعٰیـإََۡمِلیَمِاَِمِوَیَ َِلكِِن۝‬ ‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي”‬

11

JADUAL WAKTU SOLAT Bagi Zon 7 : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar Ogos 2021 Miladiah / Zulhijjah 1442 - Muharram 1443 Hijriah Miladiah Hari Hijriah Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak 19:48 1 Ahad 22 Zulhijjah 4:51 5:01 6:13 12:26 15:46 18:35 19:48 19:48 2 Isnin 23 4:51 5:01 6:13 12:26 15:46 18:35 19:47 19:47 3 Selasa 24 4:51 5:01 6:13 12:26 15:45 18:35 19:47 19:46 4 Rabu 25 4:51 5:01 6:13 12:25 15:45 18:35 19:46 19:46 5 Khamis 26 4:51 5:01 6:13 12:25 15:44 18:34 19:45 19:45 6 Jumaat 27 4:52 5:02 6:13 12:25 15:44 18:34 19:44 19:44 7 Sabtu 28 4:52 5:02 6:13 12:25 15:43 18:34 19:44 19:43 8 Ahad 29 4:52 5:02 6:13 12:25 15:43 18:34 19:43 19:42 9 Isnin 30 4:52 5:02 6:13 12:25 15:42 18:33 19:42 19:41 10 Selasa 1 Muh 1443 4:52 5:02 6:13 12:25 15:42 18:33 19:41 19:40 11 Rabu 2 4:52 5:02 6:13 12:25 15:41 18:33 19:40 19:39 12 Khamis 3 4:52 5:02 6:13 12:24 15:41 18:33 19:39 19:38 13 Jumaat 4 4:52 5:02 6:13 12:24 15:40 18:32 19:38 19:37 14 Sabtu 5 4:52 5:02 6:13 12:24 15:40 18:32 19:37 19:36 15 Ahad 6 4:52 5:02 6:13 12:24 15:39 18:32 19:36 19:35 16 Isnin 7 4:52 5:02 6:13 12:24 15:38 18:31 17 Selasa 8 4:52 5:02 6:13 12:23 15:38 18:31 18 Rabu 9 4:52 5:02 6:13 12:23 15:37 18:31 19 Khamis 10 4:52 5:02 6:13 12:23 15:36 18:30 20 Jumaat 11 4:52 5:02 6:12 12:23 15:35 18:30 21 Sabtu 12 4:52 5:02 6:12 12:22 15:35 18:29 22 Ahad 13 4:52 5:02 6:12 12:22 15:34 18:29 23 Isnin 14 4:52 5:02 6:12 12:22 15:33 18:29 24 Selasa 15 4:52 5:02 6:12 12:22 15:32 18:28 25 Rabu 16 4:52 5:02 6:12 12:21 15:31 18:28 26 Khamis 17 4:52 5:02 6:12 12:21 15:30 18:27 27 Jumaat 18 4:52 5:02 6:12 12:21 15:29 18:27 28 Sabtu 19 4:52 5:02 6:11 12:21 15:29 18:27 29 Ahad 20 4:52 5:02 6:11 12:20 15:28 18:26 30 Isnin 21 4:52 5:02 6:11 12:20 15:27 18:26 31 Selasa 22 4:52 5:02 6:11 12:20 15:26 18:25 SUMBER : PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH 12 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

‫‪13‬‬ ‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي”‬

Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah daripada sahabat-sahabat Pusat Islam UMS bagi mengoptimumkan medium dakwah melalui terbitan risalah ini. Sila imbas QR-Code di atas untuk menyumbang. Diterbitkan oleh: Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah No. Tel 088-320 000 samb. 203200 No. Faks : 088-320 736 www.ums.edu.my/piums @pusatislamums 14 ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook