Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore RISALAH PIUMS BIL 8-2021

RISALAH PIUMS BIL 8-2021

Published by PUSAT ISLAM -, 2021-10-14 16:51:05

Description: RISALAH PIUMS BIL 8-2021

Search

Read the Text Version

RISALAH JUMAAT EDISI 8/2021 | 15 OKTOBER 2021M | 08 RABIULAWAL 1443H “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

TAJUK : RASUAH DIHINA MARUAH DIBINA Ajaran Islam telah menetapkan bahawa menjadi tanggungjawab dan kebersamaan umat Islam untuk melaksanakan aktiviti amar makruf dan nahi munkar bagi memastikan lima perkara asas (agama, jiwa, akal, keturunan dan harta) dipelihara dengan sebaik mungkin. Umum mengetahui bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi jenayah ini berleluasa kerana pelakunya dikaburi oleh harta duniawi, imbuhan dan ganjaran yang banyak. Selain itu, beban tekanan hidup seperti terlalu banyak hutang dan kurang bijak dalam pengurusan kewangan juga mendorong seseorang untuk terhumban ke dalam gejala rasuah. Lazimnya, penglibatan rasuah dalam politik, sektor perkhidmatan awam, swasta dan orang awam adalah meliputi perbuatan meminta dan menerima suapan, menawar dan memberi suapan, membuat tuntutan palsu dan menyalahguna kedudukan jawatan untuk tujuan suapan. Allah SWT telah menegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” Faktor kelemahan dalam kepimpinan dan pengurusan sebuah organisasi juga boleh memberi ruang dan kesempatan kepada pemberi dan penerima rasuah untuk melakukan perbuatan hina dan dilaknati Allah sepertimana sabda Baginda yang mafhumnya : Daripada Abdullah bin Amru, katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah”. Ketahuilah bahawa mereka yang melakukan rasuah ini didorong oleh sifat tamak untuk hidup mewah, menjana pendapatan lebih tinggi dan ingin hidup senang dan mudah tanpa memikirkan halal dan haramnya. Secara tuntasnya, mereka yang terlibat dengan jenayah ini akan membawa implikasi buruk bukan sahaja kepada diri mereka sendiri bahkan juga terhadap masyarakat dan negara. ”‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي‬SUMBER ARTIKEL : TEKSKHUTBAHJHEAINS EDISI 08OKT 2021

DARI MIMBAR JUMAAT TAJUK : ANAK KITA MASA DEPAN KITA Dipetik daripada Teks Khutbah JHEAINS Edisi 15 Oktober 2021 Anak merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. kepada kita untuk dipelihara dan dididik sehingga menjadi manusia berguna. Ini bagi memastikan mereka mampu meneruskan peranan memakmurkan bumi Allah S.W.T. pada masa hadapan dengan berbekalkan fitrah yang dibentuk dengan acuan Islam yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Imam Bukhari telah meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:- Bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), maka kedua ibubapanya-lah yang mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” (Hadis Riwayat Bukhari, 1385) Kewajipan membentuk fitrah dalam diri anak-anak adalah tanggungjawab ibu-bapa atau penjaga. Usaha ini hanya mampu direalisasi dengan memberi pendidikan dan bimbingan berkualiti kepada anak-anak khususnya yang berkaitan dengan agama. Pengetahuan agama yang tepat mampu menjadi panduan dalam membezakan mana yang hak dan mana yang batil. Pengetahuan agama juga mendorong seseorang agar sentiasa mentaati Allah S.W.T., berusaha menyuburkan Sunnah Rasulullah S.A.W. dan sentiasa mencari ruang untuk berbakti kepada agama, bangsa serta negara. Selain itu, usaha ke arah memberi pemahaman yang baik berkaitan agama melalui pendidikan kepada anak-anak mampu menjadi agenda bagi menyelamatkan diri dan eluarga kita daripada bahang api neraka. Langkah ini selaras dengan perintah Allah S.W.T. kepada orang-orang yang beriman sebagaimana firman-Nya di dalam Surah at-Tahrim, ayat 6:- 3 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkannya”. Malanglah, sekiranya usaha untuk memberi pemahaman agama yang tepat tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh sehingga anak-anak membesar menjadi manusia yang rosak. Ingatlah peringatan Allah S.W.T. bahawa nikmat anak-anak yang dianugerahkan kepada kita mampu menjadi asbab akan diazab di kemudian hari. Mendidik anak-anak bukanlah suatu yang mudah dalam era pandemik ini. Akan tetapi, itu bukanlah alas an untuk melakukan tugas mendidik anak-anak kerana tanggungjawab ini boleh dilaksanakan dengan baik dengan mengadaptasi teknologi dalam norma baharu. Bersempena dengan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan ini, yang bertemakan “Anak Kita: Masa Hadapan Negara”, marilah kita bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Sesungguhnya kanak-kanak ini merupakan anugerah Ilahi dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Ahzab ayat 72: Tahap 1 • Bergurau Tahap 2 • Memberikan Tahap 3 • Berkawan Tahap 4 • Beri kebebasan arahan bertindak (0-6 Tahun) • Belaian Penuh (7-14 Tahun) (15-21 Tahun) • Tukar Pendapat (21 Tahun berlandaskan Kasih Sayang • Terapkan disiplin keatas) syarak dan beri • Hormati tanggungjawab pendapat • Bertindak mereka sebagai berlandaskan penasihat syarak 4 ”‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي‬

JADUAL WAKTU SOLAT Bagi Zon 7 : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar Oktober 2021 Miladiah / Safar - Rabi`ulawwal 1443 Hijriah Miladiah Hari Hijriah Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak 1 Jumaat 24 Safar 4:47 4:57 6:05 12:09 15:21 18:10 19:19 4:57 6:05 12:09 15:21 18:10 19:19 2 Sabtu 25 4:47 4:56 6:04 12:08 15:22 18:09 19:18 4:56 6:04 12:08 15:22 18:09 19:18 3 Ahad 26 4:46 4:56 6:04 12:08 15:22 18:08 19:17 4:56 6:04 12:07 15:22 18:08 19:17 4 Isnin 27 4:46 4:56 6:04 12:07 15:22 18:07 19:17 4:55 6:04 12:07 15:22 18:07 19:16 5 Selasa 28 4:46 4:55 6:04 12:07 15:22 18:06 19:16 4:55 6:03 12:06 15:22 18:06 19:15 6 Rabu 29 4:46 4:55 6:03 12:06 15:22 18:06 19:15 4:55 6:03 12:06 15:22 18:05 19:15 7 Khamis 30 4:46 4:55 6:03 12:06 15:22 18:05 19:14 4:54 6:03 12:05 15:22 18:04 19:14 8 Jumaat 1 R.Awwal 4:45 4:54 6:03 12:05 15:22 18:04 19:14 4:54 6:03 12:05 15:22 18:04 19:13 9 Sabtu 2 4:45 4:54 6:03 12:05 15:22 18:03 19:13 4:54 6:03 12:04 15:22 18:03 19:13 10 Ahad 3 4:45 4:54 6:03 12:04 15:22 18:03 19:13 4:54 6:03 12:04 15:22 18:02 19:12 11 Isnin 4 4:45 4:54 6:03 12:04 15:22 18:02 19:12 4:53 6:03 12:04 15:22 18:02 19:12 12 Selasa 5 4:45 4:53 6:03 12:04 15:23 18:02 19:12 4:53 6:03 12:04 15:23 18:01 19:12 13 Rabu 6 4:45 4:53 6:03 12:03 15:23 18:01 19:11 4:53 6:03 12:03 15:23 18:01 19:11 14 Khamis 7 4:44 4:53 6:03 12:03 15:23 18:01 19:11 4:53 6:03 12:03 15:23 18:00 19:11 15 Jumaat 8 4:44 4:53 6:03 12:03 15:23 18:00 19:11 4:53 6:03 12:03 15:23 18:00 19:11 16 Sabtu 9 4:44 4:53 6:03 12:03 15:23 18:00 19:11 17 Ahad 10 4:44 18 Isnin 11 4:44 19 Selasa 12 4:44 20 Rabu 13 4:44 21 Khamis 14 4:44 22 Jumaat 15 4:43 23 Sabtu 16 4:43 24 Ahad 17 4:43 25 Isnin 18 4:43 26 Selasa 19 4:43 27 Rabu 20 4:43 28 Khamis 21 4:43 29 Jumaat 22 4:43 30 Sabtu 23 4:43 31 Ahad 24 4:43 SUMBER : PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH 5 “​ INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

‫‪6‬‬ ‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي”‬

7 ​“INTEGRITI MENJANA TRANSFORMASI UMMAH BERKUALITI”

Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah daripada sahabat-sahabat Pusat Islam UMS bagi mengoptimumkan medium dakwah melalui terbitan risalah ini. Sila imbas QR-Code di atas untuk menyumbang. Diterbitkan oleh: 8 Sektor Pendidikan, Penerbitan dan Zakat Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah No. Tel 088-320 000 samb. 203200 No. Faks : 088-320 736 www.ums.edu.my/piums @pusatislamums ”‫“اينتڬريتي منجان ترنسفورماس ي امة بركواليتي‬


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook