RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Cara Membiakkan Tanaman Keratan Akar Sebahagian pokok boleh dibiakkan dengan cara keratan akar. Cara keratan ini berbeza mengikut jenis akar pokok. Selalunya akar dipotong kira-kira 7 - 15 cm panjang atau sekurang-kurangnya ada beberapa mata tunas, kemudian diletakkan memanjang dan ditimbus dengan medium perakaran. Pokok yang boleh dibiakkan dengan cara begin! ialah jeliti atau melati (Wrightia sp.), kari (Murray a koenigii sp) dan bunga melur (Jasmium sambac sp). Gambarajah Pembiakan dengan cara keratan akar. (Disesuaikan daripada Hammett, 1973.)
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Belahan dan Pembahagian Rumpun Cara pembiakan tampang ini selalunya dibuat pada tanaman yang mempunyai organ seperti bebawang, umbisi, sulur, rizom, anak rayap, anak sulur, salur dan jemala. Belahan ialah cara pembiakan dengan memotong beberapa bahagian rumpun tanaman bersama-sama akar dan daun. Tanaman yang selalu dibiakkan dengan cara ini ialah Ophiopogon sp., buluh (Bamboosa sp.), paku pakis, Anthurium sp., jenis pandan, palma dan agave. Bagi tanaman yang mengeluarkan anak tunas pada batang, anak tunas ini dipotong dari induk dan ditanam di tempat lain. Kebanyakan pokok apabila dahan atau rantingnya tertanam ke dalam tanah akan mengeluarkan akar pada tempat yang tertanam. Dahan atau ranting ini akan menjadi satu pokok yang lain. Lenturan boleh dilakukan pada pokok yang memanjat dan pokok yang rendah dahannya seperti tomato dan melur. Lenturan Paritan Dahan atau batang pokok dibaringkan dan ditanam bersekat-sekat. Bahagian bawah batang dilukakan sedikit supaya cepat berakar. Daripada batang yang dibaringkan itu akan tumbuh akar dan kemudian bertunas. Pokok anggur dan pokok willow boleh dibiakkan dengan cara ini. Gambarajah Lenturan Parit
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Lenturan Udara Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok yang sukar dibiakkan dengan cara tampang yang lain, terutamanya untuk pokok jenis kayu keras seperti Pokok Kenanga, Pokok Cempaka, Pokok Limau dan Pokok Ciku. Cara pembiakan ini mengambil masa selama 1 - 3 bulan. Cara ini dilakukan pada dahan yang sihat dan berukuran sebesar pensel. Gambarajah lenturan udara Lenturan Busut Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini perlu dipotong hingga aras pangkal. Kemudian di letakkan tanah di sekeliling aras pokok yang di pangkas, iaitu di sekeliling mata tunas yang baru tumbuh untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Selalunya dibiarkan pucuk tumbuh dahulu, kemudian di bahagian bawah diikat dengan wayar dan di kambus dengan tanah. Ini bertujuan untuk menggalakkan perakaran.
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Gambarajah lenturan busut Cara memilih dahan untuk lenturan i. Pokok dan dahan mestilah sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. ii. Dahan yang dipilih mestilah daripada kayu keras atau sederhana keras yang sebesar ukuran pensel. iii. Dahan yang dipilih mestilah lurus dan cabangnya seimbang. Mengetut Bahan yang diperlukan semasa membuat tut i. Campuran tanah yang senang dikepal, melekat dan boleh menyimpan air dengan secukupnya selama dahan dalam proses perakaran, iaitu dalam jangka masa 1 ~ 3 bulan. Tanah yang sesuai mempunyai nisbah campuran berikut: “2 bahagian tanah peroi , 1 bahagian baja organik atau tunas dan kopekkan kulitnya berserta mata tunas”.
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN ii Kopekkan kulit daripada luka pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. iii. Buangkan kulit luka pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1 cm. iv. Lekatkan dengan pita plastik.di antara 20 - 30 cm mengikut jenis pokok v. Buka balutan pita plastik atau gunakan plastik yang tidak perlu dibuka apabila cantuman telah berjaya. vi. Selepas seminggu pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong di antara 5 - 8 cm dari bahagian yang dicantum. Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas yang tumbuh dari bahagian lain di sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang. Contoh kaedah membuat tut udara
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Lenturan pucuk. (Disesuaikan daripada Bautista, 1983.) Tut lenturan. (Disesuaikan daripada Bautista,1983)
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Lenturan paritan. (Disesuaikan daripada Bautista, 1983) Pembiakan Menggunakan Bahagian Khas Tumbuhan Terdapat banyak tumbuhan yang menggunakan bahagian-bahagian khas untuk menjalankan pembiakan untuk menambah bilangan masing-masing.Antara pembiakan menggunakan bahagian-bahagian khas ialah pembiakan menggunakan Stolon dan Rizom. Stolon adalah kaedah pembiakan menggunakan batang tumbuhan yang telah berubah suai dan tumbuh melata di muka bumi. Rizom pula ialah pembiakan tumbuhan menggunakan batang tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian. Tumbuh di bawah permukaan bumi. Contoh : halia (Zingiber Officianalis) dan pokok buluh. Terdapat juga tumbuhan yang menjalani pembiakan menggunakan Bebawang. Tumbuhan ini perubahsuai untuk tujuan penyimpanan makanan. Kebiasaannya tumbuhan ini mempunyai ruas sangat pendek dan daun berlendir. Terdapat 2 jenis tumbuhan yang menjalani pembiakan menggunakan kaedah ini iaitu bebawang berkulit kering (scaly) dan bebawang tak berkulit (tunicate). Contoh tumbuhan yang menjalani pembiakna melaului kaedah ini aialah bawang hiasan (Zephyranthes rosea) Seterusnya ialah pembiakan melalui Pembahagian Rumpun. Pembiakan ini dilakukan untuk tumbuhan berumpun. Bila pokok tersebut besar, pokok dicabut
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN dari rumpunnya dan dipecah-pecahkan menggunakan tangan dan di tanam ke dalam tanah. Pokok-pokok tersebut akan disemai sama aras dengan keadaan semasa ia berumpun. Contoh tumbuhan yang menjalani pembiakan melalui kaedah ini aialah rumput mondo (Ophiopogon sp). Kaedah pembiakan yang terakhir menggunakan kaedah bahagian istimewa ialah pembiakan melalui anak-anak pokok. Seperti yang kita semua ketahui, terdapat beberapa tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap yang mengeluarkan anak- anak pokok sendiri sebagai cara membiak. Untuk membiakkan tumbuhan jenis ini, kita boleh potong anak pokok dan menanam terusnya ke dalam beg politin atau pasu. Contoh tumbuhan yang membiak melalui cara ini ialah pokok lelabah (Chlophytam commosum “vittatum”).
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Pembiakan melalui organ-organ tertentu. A, Spora (paku pakis). B, Ubi (dahlia). C, Bebawang gantung. D, Bahagian akar. E, Rizom (lengkuas, kantan). F, Anak (agave, beromeliad}. (Disesuaikan daripada Hammett, 1973.) Perbezaan Antara Pembiakan Seks Dan Aseks
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Pembiakan Seks Pembiakan Aseks Tidak melibatkan gamet jantan dan betina Melibatkan gamet jantan dan gamet betina Berlaku pada tumbuhan tetapi tidak Berlaku pada tumbuhan melibatkan melibatkan proses pendebungaan dan proses pendebungaan dan persenyawaan persenyawaan Tumbuhan menghasilkan spora Tumbuhan menghasilkan buah dan biji benih Berlaku ada haiwan melibatkan Berlaku pada haiwan tetapi tidak melibatkan persenyawaan luar dan dalam persenyawaan luar dan dalam 5.4.6 Penanaman Terdapat juga biji benih yang disemai terus ke batas tanaman dengan jarak tanaman yang betul. Kaedah ini sesuai untuk biji benih yang kasar seperti kacang buncis, kacang panjang, timun dan bendi. Biji benih hendaklah dijemur hingga benar-benar kering dan kemudian disimpan dalam botol. Botol tersebut hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk untuk tidak menjejaskan keupayaan biji benih itu untuk becambah. Satu lagi cara untuk menyimpan biji benih adalah dengan menyimpannya dalam bekas yang mengandungi karbon dioksida atau bekas tanpa udara. 5.4.6.1Teknik penanaman terus Semaian terus ke batas
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Kaedah alur –alur cetek dgn jarak tertentu. Tabur sedikit ke jalur, timbus dengan tanah. Sungkupan dan air. Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu. Menyemai cara tabur Tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah nipis. Beri sungkupan, air. Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu. Mengubah anak benih Anak benih perlu dipindahkan atau diubah ke batas penanaman dari batas semaian atau bekas semaian. Proses pengerasan berlaku apabila anak benih didedahkan sedikit demi sedikit kepada cahaya matahari dengan kekerapan siraman yang kurang. Proses pengerasan dilakukan untuk mengurangkan renjatan pada anak benih apabila diubah. Kerja-kerja mengubah sesuai untuk dilakukan pada lewat petang atau awal pagi apabila waktu sejatan kurang. Pemindahan anak benih membolehkan ia menerima nutrien, cahaya dan ruang untuk tumbesaran. 5.4.6..2 Teknik Mengubah
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Mengubah Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap Teknik mengubah anak benih: i. Segarkan anak benih sebelum diubah ii. Lakukan waktu pagi atau petang iii. Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah iv. Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar. v. Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar vi. Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan vii. Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat Teknik mengubah akan benih
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN 5.4.7 Pengurusan dan penjagaan 5.4.7.1 Membuat sungkupan/naungan • Merupakan lapisan yang dibuat daripada bahan-bahan longgar untuk melindungi permukaan bumi dan memulihara air dalam tanah dengan mengurangkan penyejatan serta hakisan • Bahan-bahan yang lazim digunakan terdiri daripada rumput, sisa sawit atau tebu, bahan organik, sabut, lalang, serbuk kayu, daun dan juga bahan-bahan seperti politen dan sebagainya • Sewaktu penanaman sayuran, sungkupan diletakkan ke atas permukaan batas • Jenis sungkupan yang biasa digunakan untuk melindungi anak benih yang disemai daripada hujan adalah dengan menggunakan plastik atau daun- daun kering • Kelebihan menggunakan sengkupan plastik : à dapat membenarkan cahaya matahari menembusi sepenuhnya à tidak membawa bibit penyakit anak benih seperti kulat dan bakteria
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Sungkupan pelepah kelapa Sokongan • berbentuk V terbalik-Kayu sepanjang 2m dipancak di tepi setiap pokok dan dicondongkan bertentangn dengan batas sayuran • Jenis junjung-Kayu dipancak menegak dan diikat tali di antaranya
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Membuat sokongan 5.4.7.2 Menyiram Penyiraman dilakukan untuk membekalkan air kepada tanaman hiasan melalui medium. Kekurangan bekalan air akan menyebabkan tanaman layu dan akhirnya mati. Air boleh dibekalkan kepada tanaman dalam pasu menggunakan tong penyiram atau hos yang mempunyai muncung penyiram. Air yang digunakan untuk menyiram haruslah bersih, bebas daripada kekotoran seperti minyak, bahan-bahan kimia seperti racun rumpai, dan tidak mengandungi garam terlarut yang terlalu tinggi sehingga boleh merosakkan tumbuhan. Penyiraman biasanya dilakukan dua kali sehari, iaitu pagi dan petang bergantung kepada keadaan cuaca. Penyiraman perlu dikawal supaya tidak keterlaluan. Air yang berlebihan akan memenuhi rongga-rongga tanah dan menyebabkan akar tidak dapat bernafas dan akhirnya mereput. 5.4.7.3 Penjarangan • Proses menjarangkan anak benih perlu dilakukan untuk mengurangkan perlumbaan mendapatkan cahaya • Anak benih yang kurang subur, kurus, rosak atau berpenyakit dicabut buang • Kerja menjarangkan tanaman boleh dilakukan dengan mencabut anak benih dengan cermat atau memotong batangnya Kerja ini perlulah dilakukan dengan cermat agar tidak merosakkan anak benih subur yang lain • Penjarangan dilakukan apabila biji benih ditanam terus ke batas
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN • Bila dilakukan? à selepas biji benih bercambah à bergantung kepada jenis tanaman : * kangkung = 10-14 hari selepas semaian * bayam = 2-3 hari selepas semaian Menyulam Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat. Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih. 5.4.7.4 Membaja Sayur-sayuran memerlukan baja terutamanya baja yang mengandungi bahan nitrogen, fosforan, kalium dan unsur mikro seperti mangan, zink, magnesium, kumprum, besi, boron dan molybdenum untuk pertumbuhan yang baik. Nitrogen kebanyakannya terdapat dalam bentuk protein dan nucleoprotein dalam sel-sel tumbuhan. Sejumlah besar sebatian nitrogen diperlukan untuk pembiakan, pertumbuhan dan pernafasan. Fosforan diperlukan untuk proses fotosintesis, sintesis dan penghancuran karbohidrat serta perpindahan tenaga dalam tumbuh-tumbuhan. Kaliam digunakan dalam pembentukan gula dan kanji serta pergerakan bahan-bahan tersebut di dalam tumbuh-tumbuhan, proses sintesis protein, pembahagian sel,
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN pertumbuhan dan proses lain. Unsur-unsur mikro juga diperlukan untuk fungsi fisiologi tumbuh-tumbuhan. Pendedahan bahan galian kepada cuaca dan pereputan bahan organik membebaskan nitrogen, fosforan, kalium dan unsur-unsur mikro dalam tanah. Tanaman sayuran memerlukan sejumlah besar nutrien-nutrien ini untuk proses tumbesar kerana tanaman ini cepat membesar. Oleh itu, baja harus ditambah kepada tanah untuk memberi zat makanan tambahan kepada pokok. Penanaman sayur-sayuran di Malaysia menggunakan kedua-dua baja bukan organik dan organik. Baja bukan organik yang biasa digunakan ialah urea, sulfat ammonia, muriate potash, fosfat dan superfosfat. Urea membekalkan nitrogen dan begitu juga sulfat ammonia. Muriate potash membekalkan kalium. Fosfat dan superfosfat membekalkan fosforan kepada tumbuh-tumbuhan. Baja campuran atau sebatian juga digunakan kerana tanah tidak mempunyai unsur mikro, nitrogen, kalium dan fosforan yang mencukupi. Baja ini lazimnya mengandungi kadar sulfat ammonia, muriate potash, fosfat serta superfosfat yang telah dicampur dalam kadar yang berbeza dan setengahnya mengandungi unsur mikro. Baja yang mengandungi fosfat yang boleh larut dalam air merupakan baja yang paling sesuai untuk tanaman sayur-sayuran. Baja organik pula terdiri daripada saki-baki udang, air kencing, najis haiwan dan baja ikan. Kandungan air kencing manusia berbeza-beza bergantung kepada pemakanan. Pada amnya, ia mengandungi 0.6% nitrogen, 0.1% fosfat, 0.2% potash dan beberapa unsur mikro. Saki baki udang dan ikan busuk adalah sumber nitrogen dan fosforan walaupun kandungan kaliumnya rendah. Air kencing manusia boleh menjadi sumber baja yang sangat berguna kerana ia mengandungi kira-kira 0.6% nitrogen, 0.1% fosfat, 0.2% potash dan beberapa unsure mikro. Satu bahagian air kencing dibancuh dengan 20 bahagian air untuk semua jenis sayur-sayuran.
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Kulit udang yang reput dan baja ikan boleh ditabur di atas batas tapak semaian dan kemudian ditutup dengan lapisan tanah setebal 5sm sebelum benih disemai. Saki-baki udang yang halus dengan kandungan garam yang rendah boleh ditabur pada pokok-pokok muda di tapak semaian. Baja ini hendaklah ditabur pada ruang antara baris-baris pokok yang lebih besar dan kemudian tanahnya digemburkan sedikit. Baja haiwan mengandungi nitrogen, fosforan, kalium dan unsur mikro yang diperlukan oleh pokok-pokok hijau. Selain itu, bahan organik dalam baja ini bertindak sebagai pelindung yang boleh menambah keupayaan tanah menampung air, merendahkan suhu tanah, memperbaiki struktur tanah dan membekalkan udara yang lebih baik di sekeliling akar. Baja haiwan yang biasa digunakan ialah tahi ayam, itik, tahi lembu dan tahi kambing. Baja tahi ayam itik mempunyai kandungan nitrogen, fosforan dan kalium yang tinggi dan jumlah bahan organik yang banyak. Kandungan baja tahi ayam itik berubah-ubah bergantung pada makanan haiwan tersebut dan juga cara pemeliharannya. Untuk tanaman sayur, baja tahi ayam atau itik yang dikurung lebih baik daripada yang bebas mencari makan sendiri kerana najisnya mungkin mengandungi biji-biji rumput. 5.4.7.5 Mengawal Penyakit Dan Perosak Tanaman hiasan dalam pasu dan tanaman sayuran perlu dijaga daripada serangan penyakit dan serangga perosak supaya sentiasa kelihatan subur dan menarik. Kehadiran haiwan perosak dan jangkitan penyakit merupakan masalah yang mesti diatasi oleh penanam sayuran. Haiwan perosak dan jangkitan penyakit mengakibatkan tumbesaran sayuran terbantut. Ini menjadikan mutu sayuran terjejas dan hasil pengeluaran akan berkurangan. Secara amnya, perosak dan penyakit boleh dikawal dengan mengamalkan pengurusan penanaman yang sihat, iaitu memastikan kebersihan ladang, mengelakkan kecederaan pada pokok, menggunakan baka sayuran yang berdaya tahan dan
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN mengamalkan penggiliran tanaman. Penyakit atau kerosakan pada pokok biasanya disebabkan oleh kulat. Kulat akan membiak dengan cergas dalam keadaan yang lembab. Maka penyiraman yang berlebihan harus dielakkan. Tumbuhan akan juga menjangkit penyakit sekiranya diserang oleh bakteria yang masuk ke dalam tumbuhan melalui luka-luka dan rongga semula jadi tumbuhan seperti stoma dan hidatod. Maka kebersihan di sekeliling tumbuhan dan peralatan perkebunan seperti sekateur harus dijaga. Serangga perosak biasanya merosakkan tanaman dengan memakan atau menghisap daun dan juga mungkin merupakan pembawa bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit tanaman. Jenis serangga yang sering menimbulkan masalah terhadap ancaman adalah afid, teritip, lalat putih, trip dan tungau merah. Kaedah mengawal penyakit dan perosak pula bergantung kepada jenis penyakit dan perosak yang menyerang tumbuhan. Secara amnya, pengawalan penyakit dan perosak dapat dikategorikan kepada lima iaitu: I. Kultura: Guna jarak tanaman yang disyorkan, tanam varieti rintang/toleran penyakit, sungkupan, tanaman selingan/giliran, tanam pokok repellent (penarik atau penghalau serangga perosak). II. Mekanikal: Bungkus buah, pasang bunyi bising waktu malam untuk halau haiwan perosak dan kawal rumpai dengan menggunakan jentera kecil. III. Fizikal: Perangkap cahaya, perangkap warna (kuning/biru), feromon, pagar, rumah kalis serangga. IV. Biologi: Penggunaan serangga, kulat, bakteria dan virus bermanfaat yang merupakan pemangsa semulajadi serangga perosak. V. Penggunaan bahan kimia- menyembur racun kimia
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Belalang Siput Kumbang Latihan Senaraikan 5 lagi haiwan perosak serta bahagian pokok yang diserang. Penyakit tanaman dan kawalan Punca Tanda-tanda penyakit Cara kawalan penyakit tanaman Kulat Daun berbintik hitam Racun kulat Daun berbintik-bintik dengan sempadan Kultur dan racun berwarna kuning kulat Tompok-tompok kuning yang bertukar Kultur dan racun menjadi coklat kulat Akar kelihatan hitam dan basah Racun kulat Bakteria Bahagian-bahagian tumbuhan kelihatan Kebersihan basah, daun menjadi kuning, reput, dan Kebersihan berbau busuk Terdapat bintik-bintik basah pada daun. Bintik-bintik mempunyai bahagian tengah yang berwarna coklat atau hitam dan dikelililingi oleh sempadan berwarna
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN kemerah-merahan Virus Daun bercorak mosaik yang teruk Kebersihan Daun bercorak mosaik Kebersihan kawasan dan kawalan serangga Contoh punca, tanda-tanda penyakit, dan cara kawalan penyakit tanaman 5.4.8 Pengutipan dan penggunaan hasil 5.4.8.1 Teknik pengutipan hasil Sayuran jenis daun dipungut antara 4 hingga 8 minggu selepas menyemai. Kerja-kerja memungut hasil biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang. Tempoh matang sayuran adalah seperti berikut: Jenis sayuran Masa sesuai memungut hasil Keadaan Sayur Sawi (minggu) Kangkung 3 hingga 4 Cukup besar sebelum Bayam mengeluarkan bunga Kobis 3 hingga 4 3 hingga 4 Cukup besar 3 hingga 4 Cukup besar sebelum mengeluarkan bunga Padat dan memberi bunyi yang mampat
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Bendi 6 hingga 8 apabila dijentik Timun 6 hingga 8 Kailan 3 hingga 4 Buah besar, lembut Kacang panjang 6 hingga 8 dan hujunya mudah dipatahkan Kacang buncis, 10 hingga 12 terung Muda dan warnanya belum menjadi kuning Cukup besar Warnanya hijau dan biji benih telah terbentuk tetapi tidak jelas kelihatan pada buahnya serta mudah dipatahkan Muda atau warnanya berubah menjadi pudar Sayur-sayuran yang telah dipungut hendaklah dibasuh dan dibungkus dengan baik sebelum dijual. Pengutipan hasil a. Sayur-sayuran yang telah cukup matang perlulah dikutip segera. b. Proses mengutip hasil sayur-sayuran dinamakan menuai. c. Sayur-sayuran hendaklah dituai mengikut teknik yang betul: Memotong : Sawi, kobis, kailan, bendi, terung Memetik : Cili, tomato, kacang botol, kacang panjang, kacang
Mencabut RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Menggali buncis : Kangkung, bayam : Sengkuang, lobak, keledek 5.4.8.2 Pemprosesan hasil a.Membasuh – Basuh sayuran yang baru dipetik untuk membuang segala kotoran - Proses membasuh dilakukan untukmemastikan baja kimia atau racun yang terdapat pada sayuran dapat dibersihkan b.Menyimpan - Sayuran yang telah dituai dapat dikekalkan kesegarannya dengan menyimpannya ditempat sejuk. c.Menggred - Merupakan satu proses menentukan mutu tanaman sayuran mengikut saiz dan kualiti - Saiz tanaman sayuran dapat ditentukan mengikut saiz daun, buah, ubi dan kekacang yang dituai - Kesegaran, tiada kecacatan dan kebersihan d.Membungkus- Bagi tujuan jualan, sayuran yang telah dituai dan dibersihkan hendaklah dibungkus dengan elok bagi memastikan kesegaran terjamin. -Kertas plastik lutsinar sesuai digunakan khususnya untuk buah-
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN buahan. 5.4.8.3 Teknik penyusunan dan penghiasan • Sayur dibungkus dengan sempurna untuk melindunginya daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. • Bahan pelapik kertas atau plastik boleh digunakan bagi mengelakkan sentuhan atau geseran di antara sayur dengan bahagian di dalam bekas, terutamanya bakul buluh yang boleh menyebabkan kecederaan mekanik. Kotak kertas (corrugated fibreboard) sesuai digunakan untuk eksport sebab kalak kertas mudah dilabel dan dikehdali. • Jangan biarkan sayuran terdedah kepada cahaya matahari kerana ia masih menjalani proses pernafasan dan perpeluhan • Sayuran tidak boleh ditimbun terlalu tinggi kerana akan merosakkan timbunan di bawahnya. • Elakkan menimbun dalam lori. Gunakan bakul-bakul.
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Susunan untuk jualan bagi menarik minat pelanggan Susunan untuk jualan bagi menarik minat pelanggan
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Penghiasan(pembungkusan) untuk jualan Layari Internet Cari maklumat yang lebih lanjut di internet Latihan Jalankan aktiviti pertanian bersama murid anda. Senaraikan semua masalah yang anda hadapi semasa proses pengurusan tumbuhan hiasan, penanaman sayuran dan pengurusan ikan hiasan.
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN BIBLIOGRAFI Abu Bakar Mat Daud (2006). Variasi tanaman hiasan. Shah Alam: Alaf Duapuluh Satu Sdn. Bhd Azmawati Abd. Aziz, Lamah Abd. Ghani & Zaitun Zakiah Mohd. Noor (2002). Bahan Sumber Pembelajaran Pengajian Pakaian Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia Bailey, M. & Sandford, G. (1999). The Complete guide to aquarium fishkeeping. Oxford: Sebestian Kelly. Bambang Eka Perkasa, Said Abdullah & Nazlah Saharin Amirah Syazwani Affendy. (2006). Kepelbagaian spesies ikan emas. Kuala Lumpur: Synergy Media Books Lee Chew Kang (1983). Menanam sayur keperluan sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sarimah Abd. Razak & Zahrah Esa (2003). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Blue-T Communications Sdn Bhd. Stadelmann, P. (2000). Setting up an aquarium. New York: Barron’s Educational Series, Inc. Sandford, G. (1995). Aquarium fish. London: The Apple Press. Stadelmann, P. (2000). Setting up an aquarium. New York: Barron’s Educational Series, Inc. Teng Ching Sing & Wahiza A. Wahab (2006). Panduan penjagaan ikan hiasan dan akuarium. Kuala Lumpur: Synergy Media Books. Wong, S. F., Fatimah Jailani & Sithamparappilai, V. (2002). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Zeti Enterprise
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Yasir Mohd. (2006). Penternakan ikan hiasan air tawar di Malaysia. Kuala Lumpur: Synergy Media Books. PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN RUBIAH BINTI AHMAD Sarjana Sains Makanan dan Pemakanan Pensyarah Kanan, Jabatan Kemahiran Hidup, Bachelor Pendidikan Teknologi Rumah Tangga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Diploma In Applied Nutrition [email protected] KHAIRAZMY BIN MAT NOR Guru ERT; 5 tahun PENSYARAH Jabatan Kajian Sosial, Pensyarah ERT/KH ; 25 tahun IPG Kampus Darulaman, 06000 Jitra Sarjana Pengurusan dan Pentadbiran Kedah Pendidikan [email protected] Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Sijil Perguruan (Seni Perusahaan) Guru KH : 22 tahun Pensyarah KH : 8 tahun
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN NAMA KELAYAKAN MOHD ASRI BIN ABDUL AZIZ Master Sains (Pendidikan Tek dan Vok) Pensyarah Bachelor Pendidikan Sains Pertanian Jabatan Reka Bentuk Dan Teknologi Sijil Perguruan IPG Kampus Pendidikan Teknik Guru Sc Pertanian : 4 tahun Kuala Lumpur Guru KH : 12 tahun [email protected] Guru MPV : 2 tahun NORMAH BINTI ABDUL RAHMAN Master Sains (Pendidikan Tek dan Vok) Pensyarah Bachelor Pendidikan Sains Rumahtangga Jabatan Ekonomi Rumahtangga Sijil Perguruan IPG Kampus Pendidikan Teknik SKM 1,2 dan 3 ( Pembuat Pakaian Wanita ) Kuala Lumpur Guru ERT : 5 tahun Pensyarah ERT : 11 tahun KATIJAH BINTI UJI Pensyarah Master Sains ( Pembangunan Sumber Manusia ) Jabatan Ilmu Pendidikan Bachelor Pendidikan Sains Rumahtangga IPG Kampus Batu Lintang Diploma Pertanian Kuching Pensyarah di IPG Batu Lintang Penolong Pengarah , Sektor Penilaian Dan Peperiksaan , JPN Sarawak : 3 tahun Pegawai Peperiksaan , Unit Penilaian Dan Peperiksaan , PPD Samarahan : 1 tahun Penyelia , Unit Pengurusan Akademik , Unit Pengurusan Akademik , PPD Betong : 2 tahun Guru KHB ERT : 7 tahun
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat IKON
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133