RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian b. Sisik Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit. C. Saiz Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil. d. Sirip Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang e. Bentuk badan Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih. f. Warna badan Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik. g. Cara makan Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger 51
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup. h.Jantina Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih. i. Cara pembiakan Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik. 4.3.2 .2 Tabiat dan keperluan kehidupan 1. Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan : A.Ikan herbivor (pemakan tumbuhan) B.Ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan haiwan hidup) C.Ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik) D. ikan omnivor (pemakan segala macam makanan) Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. Makanan yang diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan. 52
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2. Kualiti air Bagi ikan hiasan tropika,suhu air mesti berada pada julat 25 c – 35 c . Ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4 c- 25 c. Suhu diukur dengan meter termometer. 3. Kadar cahaya Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang, bergerak ,mencari makanan dan melihat objek lain. 4.4.3 Jadual 1: Jenis dan contoh spesies ikan hiasan Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama 1. Cyprinidae Contoh: Seluang(rasbora), ikan > Kecil, berbadan mas, barb mampat,bersesungut Ikan seluang > ekor terbuka dan Ikan mas bentuk fork >Badan bersisik , bergerak pantas > kepala tanpa sisik >Terdapat di Afrika, Amerika Utara dan sebahagian besar Asia Tenggara. Ikan Barb 53
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Contoh: Ikan Angel, Discus, Oscar >Hanya sepasang 2. Chichildea Ikan Angel lubang hidung >Sirip ekor bulat >Satu dorsal fin Ikan Discus Ikan Oscar Semua jenis ikan tetra >Seakan ikan Barb 3. Charachidae >Tiada sesungut Blue tetra >Ada gigi dan Green neon tetra adiposfin >Berasal dari Amerika Selatan dan 54
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Afrika Tengah 4. Belontiidea Contoh: Ikan pelaga Siam (Betta >Badan lebar dan splenden), Gourami biru mampat (Trichogaster trichopterus) >Sirip anal panjang Ikan pelaga Siam Gourami biru >Mempunyai aksesori respiratory organ untk bernafas di udara Dwarf Gourami >Terdapat di Koprea Selatan, Asia Tenggara,Afrika Barat 6. Catfish Coridoras sp. Ikan bandaran >Suckermouth Families (Rinelloricaria parva) >bersesungut 55
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Bahan Bacaan 4.4.4 Peralatan/kelengkapan dan bahan 4.4.4.1 Alat kelengkapan dan bahan serta ciri-cirinya 4.4.4.1.1 Akuarium/bekas Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan: i. saiz akuarium; ii. bentuk akuarium; iii. bahan buatan akuarium;dan iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan. a Saiz akuarium. Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium 56
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter). Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan ‘kelp’ (‘kelp’ ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia). b. Bentuk akuarium. Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah 1). Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya. 57
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Rajah 1: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D) separa silinder (E) dan silinder (F) c. Bahan buatan akuarium. Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium: i. akuarium kaca (glass aquarium); dan ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium). Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja- kerja pengurusan akuarium. 58
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk. 4.4.4.4.2 Sistem penapis Aksesori Sistem Penapisan Akuarium Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah 2). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus. 59
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump). Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil ‘kapas penapis’ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan. Rajah 2: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan ’kapas penapis’, sejenis media penapisan (C). Sistem pengudaraan Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara 60
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-injap akuarium (aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam. Rajah 3: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C). 4.4.4.4.3 Aksesori Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut. 61
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah: i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan; ii. mempastikan pH air pada tahap optima; iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium; iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih; dan v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium. Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah: i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium; ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium; iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium; iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan v. pasir untuk lantai akurium. Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan 62
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat ‘luxmeter’ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit ‘lux’. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis ‘tungsten’ dan ‘halogen’ tidak begitu sesuai. Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan. 63
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Rajah 4: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C). 4.4.4.4.4 Tumbuhan akuatik Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri. Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium. Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. 64
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan. Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium. Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air. Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila 65
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran. Jadual 2: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium Spesis 1. Anubias sp 2. Aponogeton sp 3. Azolla sp 4. Bacopa sp 5. Cabomba sp 6. Hydrocotyle sp 7. Hygrophila sp 8. Hydrilla verticiliata 9. Elodea sp Latihan Cari gambar-gambar tumbuhan di atas dan failkan 66
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 4.4.4.4.5 Makanan Terdapat makanan hidup.makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan atau pelet.Makanan diberi mengikut jenis ikan.Makanan pelet jenis terapung sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam sesuai untuk ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala kebawah seperti ikan Corydoras atau Loach. Jadual 3: Jenis makanan mengikut spesis Jenis makanan Jenis ikan Makanan hidup dan Tiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra makanan basah Makanan kering Pearl Gourami, Harlequin Rasbora,Bala Shark Silver Marble Molly Makanan rumusan Sunrise Platy,Angel,Tiger Barb, Brown Corydoras Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Tetapkan masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petang Makanan kering 67
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Cacing darah yang diawet kering Udang geragau kering Makanan basah Daging Hati Makanan rumusan Pellet Emping Contoh makanan hidup cacing darah ulat roti 68
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Plankton Perbincangan Bincangkan dalam kumpulan , contoh makanan lain yang dapat membantu tumbesaran ikan hiasan anda Jadual 4 : Penyakit-penyakit Ikan Dan Ubat Penyakit Sebab / Kesan Ubat Bil 1 Jangkitan bakteria Dikesan apabila Tetracycline atau 2 Ekor layu matanya kabur, MarOxy ekornya layu, kulitnya serba tak kena atau Aquarisol atau berwarna merah, dan nafasnya kencang. akuarium Selalunya akibat tertekan dan keadaan 69
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 3 Badan berkulat air yang teruk. bergaram 4 Sembelit Kadangkala akibat daripada jangkitan Maracyn atau 5 Dropsy bakteria. Furacyn 6 Ekor memburuk Benda keputihan yang melekit tergantung menyelubungi badan Dikesan apabila ikan Makan bersukat betta mengambil masa atau diberi yang lama untuk makanan yang membuang najisnya dibeku/hidup atau najisnya tergantung lama dan tidak jatuh. Ini akibat ikan diberikan makanan berkanji kering dan kurang kepelbagaian makanan Pembentukan bendalir Tetracycline yang keterlaluan dalam badan. Akibatnya ikan hilang selera makan, bengkak badan, sisiknya teruk dan kelihatan lembap. Selalunya menyebabkan kematian. Kerana bakteria di luar. BettaMax atau 70
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Akibatnya ekor MelaFix semakin memburuk, pecah serta berbulu. 7 Mulut berkulat Mulut betta kelihatan Penyingkir kulat 8 Penyakit insang ditumbuhi benda putih atau Furanase atau kelabu. 9 Lubang di kepala 1 Ich Tidak mengembang Maracyn 0 dan insang berwarna merah atau berkilau. 1 Parasit Ikan akan 9selalu 1 berada di permukaan atas bekas apabila dijangkiti Terdapat lubang kecil Hexamit pada kepala ikan betta Penyakit berjangkit. Aquarisol atau Dikesan melalui bintik rawatan cepat putih kecil yang menyelubungi badan ikan. Parasit kecil seperti CopperSafe atau cacing sauh melekat fluke tab pada badan ikan betta dan menyebabkannya menggosokkan badannya pada sesuatu benda untuk membuangnya. 71
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Tiada selera Dikesan apabila ikan BettaMax 1 betta menjadi lembap 2 makan dan murung. 1 Penyakit mata 3 Matanya membesar, Maracyn mengabur atau Berenang dengan mungkin tertonjol 1 keluar 4 hodoh Dikesan apabila ikan Tiada ubat, 1 Fish lice betta berenang tetapi jika diberi 5 mengereng ke sisi, makan selalu, ia menggeselkan mungkin dapat 1 Velvet perutnya atau selalu membantu 6 berada di permukaan bawah bekas. Penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Dijangkiti bakteria yang CopperSafe atau menyebabkan bintik akuarium berwarna merah bergaram seperti demam campak pada badan atau ekor ikan Penyakit yang selalu Akriflavin dihadapi oleh anak ikan aquarisol pelaga. Penyakit yang CopperSafe, berjangkit dan boleh Had- A-Snail membawa maut. atau garam Dikesan apabila mengikut terdapat bintik coklat sukatan 72
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian atau warna karat pada badan dan warna badannya semakin pudar. Jika diteliti dengan betul dapat diperhatikan bahawa badannya telah ditumbuhi kulat. Layari Internet Cari gambar ikan yang berpenyakit seperti dalam jadual di atas 4.4.5 Penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan 4.4.5.1 Faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan akuarium a. Keamatan cahaya 73
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Kadar cahaya ialah kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .Satu lokasi yang sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada lampu akuarium yang dipasang. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan bergerak, mencari dan melihat makanan 74
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian serta melihat objek-objek lain dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer). Suhu Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit °C. Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat 25°C -35°C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4°C hingga 25°C. Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer. Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses- proses ini cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. Suhu juga mempengaruhi organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan, misalnya bakteria, kulat, virus dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu turut mempengaruhi parameter-parameter air yang lain. Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut. Ketahanan ikan terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan. Keselamatan Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri. Kanak-kanak yang menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ). Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga terbazir akibat akuarium yang pecah. 75
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku, akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia. Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri. 4.4.5.2 Pembersihan dan membasmi kuman peralatan 4.4.5.2.1 Landskap dalam akuarium -Rawatan air Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit. Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, ikan tidak mahu makan, ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit pada badan ikan dan sebagainya. Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit. Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan. Keasidan/kealkalian 76
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian pH digunakan untuk mengukur samada sifat air itu asidik atau beralkali. Kekerasan air Air dikatakan keras sekiranya kandungan mineral terlarutnya tinggi, dan keadaannya lembut sekiranya kandungannya kurang atau tiada. Unit ukurannya ialah dH. Mengukur Keasidan/Kealkalian Air pH air diukur dengan menggunakan peralatan yang mudah didapati di kedai akuarium biasa iaitu kertas litmus atau pH indicator (sejenis cecair untuk mengukur pH). Bila membeli peralatan tersebut, pastikan sama ada ia untuk menyukat pH air tawar atau air masin. Skala yang digunakan ialah dari nombor 0 (asid yang terkuat) sehingga nombor 14 (alkali yang terkuat). Setiap nombor mempunyai warna tertentu. Bila air diuji dengan memasukkan kertas litmus ke dalam contoh air, bahagian yang dicelup itu akan bertukar warna. Warna itu dipadankan dengan alat pengukur. Warna yang sama pada pengukur tadi memberi kedudukan nombor yang menentukan tahap kualiti air. Untuk air tawar, kualiti air yang dikehendaki ialah antara pH 6.5 hingga 7.5. pH 7 adalah air paling tawar. Bagi air masin pula, kualiti air mestilah antara pH 7.9 77
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian sehingga 8.5. Ikan akan mengalami stres sekiranya ukuran pH kurang atau lebih daripada kedudukan ini. Mengukur Kekerasan Air Keras atau lembutnya air bergantung kepada kandungan garamnya. Air yang keras mengandungi garam yang tinggi. Ada yang boleh dikurangkan dan ada yang tidak. Biasanya ia dikurangkan dengan menambahkan air lembut seperti air hujan atau bahan-bahan tertentu. Ada alat yang boleh mengukur sama ada air itu: Keras umum (general hardness), atau keras kerana kandungan kalsium karbonat (CaCO3) atau kalsium oksida (CaO). Kekerasan air tidaklah begitu merbahaya sebab ada jenis-jenis ikan yang biasa dengan keadaan air sebegitu di habitat asalnya. . 78
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Rajah 6 :Ujian litmus Hidrometer Sumber: Mills, Dick. (1992). Illustrated guide to aquarium fishes. Leicester: Blitz. Saliniti dan Tekanan Khusus Air Saliniti merujuk kepada tahap kemasinan air. Saliniti air ditentukan menggunakan alat pengukurnya. Berdasarkan kandungan garam air, kita boleh mengkategorikan air kepada beberapa jenis air: Jadual 7 :Jenis-jenis air berdasarkan kandungan garam 79
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Jenis Air Kandungan Garam (part per thousand) Air masin 30 - 35 ppt Air payau 0.5 - 29 ppt Air tawar > 0.5 (atau 1) ppt Untuk akuarium air masin, anda disyorkan menggunakan garam khas untuk memastikan tahap kemasinan air mencukupi, melainkan bekalan air laut yang asli dan bersih mudah didapati. Hidrometer Kita juga perlu mengetahui tekanan khusus air (specific gravity). Tekanan 80
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian khusus untuk air masin dianggarkan antara 1.020 hingga 1.025 atm dan biasanya dinyatakan pada bungkusan garam yang digunakan. Alat yang digunakan untuk menyukat tekanan khusus air ialah hidrometer . Ia boleh didapati di kedai-kedai yang menjual peralatan saintifik a. Mengawal dan Membasmi Patogen Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh sistem akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat. Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya. Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit. b. Mengawal dan Mengurus Akuarium dan Kolam Ikan Hiasan Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan. Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan 81
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air. Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik. c. Mengawal dan Mengurus Makanan Ikan Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan mudah d. dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan. Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan 4.4.5.2.1.2 Teknik melepaskan ikan ke dalam bekas • Rendamkan beg plastik yang mengadungi ikan ke dalam akuarium selama 20 hingga 30 minit • Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-sama air ke dalam akuarium • Setelah semua ikan keluar dari beg plastik, keluarkan beg plastik tersebut. 4.4.6 Pengurusan dan penjagaan 1 . Penjagaan harian 82
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Beri makan 1 hingga 2 kali sehari Perhatikan perlakuan ikan Ikan yang mati perlu dibuang Pastikan peralatan berfungsi Ukur kualiti air 2. Penjagaan mingguan Ganti ½ atau 1/3 air dari isipadu akuarium Cantas tumbuhan akuatik yang tidak diperlukan Bersihkan bahagian hadapan cermin Cuci kapas penapis (jika perlu tukar baru) Jangan beri makanan berlebihan 3. Penjagaan bulanan Latihan : Di dalam makmal agroteknologi buat rekod untuk > menguji kualiti air penjagaan harian, mingguan dan > membersih penapis air bulanan. 83
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian TAJUK 5 Teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan 5.1 SINOPSIS Kursus ini adalah mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan, kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan, jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan, persediaan untuk penyemaian dan penanaman, pembiakan dan penyediaan anak benih, penanaman, pengurusan dan penjagaan serta pengutipan dan penggunaan hasil. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam pengajaran mikro. 5.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan. 2.Menyatakan kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan. 3. Menyenaraikan jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan. 4.Merancang dan menerangkan persediaan untuk penyemaian dan penanaman pemeliharaan ikan hiasan. 5. Menghuraikan langlah-langkah pembiakan dan penyediaan anak benih. 84
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian pemeliharaan ikan hiasan. 6. Menerangkan tentang beberapa teknik penanaman. 7. Menjelaskan langkah-langkah pengurusan dan penjagaan tanaman. 8. Menerangkan kaedah pengutipan dan penggunaan hasil tanaman. 5.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan Sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan Kepentingan tanaman sayur- sayuran dan hiasan dalam kehidupan Jenis-jenis tanaman sayur- sayuran dan hiasan Persediaan untuk penyemaian dan penanaman Pembiakan dan penyediaan anak benih 85
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Penanaman Pengurusan dan penjagaan Pengutipan dan penggunaan hasil 5.4 Teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan 5.4.1Sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan Pokok berbunga telah wujud sejak zaman batu. Penggunaan tanaman untuk hiasan dan bau-bauan mendapat perhatian. Sesuatu yang wangi dan indah dianggap popular untuk mengindahkan suasana rumah kediaman. Ahli kaji purba sering menjumpai bekas minyak wangi dan kilang minyak wangi. Taman tergantung babylon. 50 jenis sayuran di tanaman di Semenanjung Malaysia – dataran tanah rendah, tanah tinggi. Kebanyakan sayur di Malaysia ditanam secara kecil-kecilan dengan keluasan di antara 0.2-1.2 ha. 86
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Kawasan utama ialah Cameron Highlands (Pahang), Tangkak dan Kulai (Johor), Banting dan Tanjong Karang (Selangor), Lembah Kinta dan Taiping (Perak) serta Cabang Empat dan Wakaf Stan (Kelantan). Kawasan yang sesuai menentukan pengeluaran sayur-sayuran. Pada amnya, tanah yang sesuai untuk penanaman sayur - tanah yang mengandungi 40-60% pasir, 15% liat dan kaya dengan bahan organik. Walau bagaimanapun, jenis tanah yang lain seperti tanah peroi, tanah liat, tanah gambut dan tanah pasir (tanah bris dan tanah bekas lombong) juga sesuai jika keadaan tanah tersebut diperbaiki dengan cara pengurusan tanah yang tertentu. 5.4.2 Kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan Menghiasi ruang kawasan dalam dan luar bangunan Sebagai tujuan perlindungan pemandangan yang kurang menarik Mengurangkan kejadian hakisan tanah Berwarna-warni dapat mengurangkan kebosanan Pembersihan udara dari gas –gas pencemaran Mengisi masa lapang dan sebagai hobi Menjana ekonomi dan sumber pendapatan 5.4.3 Jadual 8 : Jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan 87
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Tanaman hiasan Bil Kelas Contoh 1. Pokok naungan Semarak api, Sena, Beringin 2. Pokok hiasan Janda merana, Kemboja, Kenanga 3. Pokok renik Puding,Kemuning,Janda kaya 4. Pokok Markisa, Bunga Jepun, Melor memanjat/menjalar Pokok Kelapa gading, pinang kuning 5. Palma Setawar,Ati-ati, Sensiveria 6 Pokok Lendair Opumtia,Kaktus Krismas 7. Pokok Kaktus Rumput Tikar,Rumput Lipan 8. Rumput Turf / hiasan Tanaman sayuran Contoh Bayam, sawi , kangkung, kobis Bil Jenis sayuran Kacang botol/kelisa, kacang buncis, 1. Jenis daun kacang tanah, kacang panjang 2. Jenis kekacang Bendi, cili, terung, timun,tomato 3. Jenis buah 88
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 4. Jenis akar/umbisi Halia, lobak putih/merah,ubi keledek, keladi, sengkuang 5.4.4 Persediaan untuk penyemaian dan penanaman Penyediaan tapak Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Pemuliharaan tanah perlu dilakukan untuk kesuburan.Tanah akan terjejas jika : - kandungan nutrien rendah -keadaan tanah berasid -tanah berlempung -tanah berpasir A.Pemilihan tapak -Berhampiran dengan bandar atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran -Berhampiran sumber air bagi mudah menyiram dan mencuci sebelum pemasaran dilakukan 89
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian -Kawasan luas dan lapang supaya mudah mendapat cahaya matahari -Mempunyai kemudahan infrastruktur B.Penyediaan batas -Pembahagian kawasan -Pembersihan kawasan Membuang rumpai dan batu batan. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit.Abunya digunakan sebagai baja. Rumput kering boleh diguna sebagai sungkupan. -Menggembur Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar rumpai. -Membina batas Bina batas rata dengan ketinggian 15-25 cm atau batas tunggal berketinggian 20-25cm . Menyediakan Medium Semaian Medium semaian adalah bahan yang merupakan tempat pertumbuhan dan perkembangan akar tumbuh-tumbuhan. Medium semaian yang sesuai untuk 90
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian keratan batang adalah campuran 2 bahagian tanah loam,1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai atau nisbah 2:1:1. Tanah loam adalah campuran butiran pasir, selut, dan tanah liat. Bahan organik pula merupakan saki-baki haiwan dan tumbuhan yang reput. Manakala pasir sungai pula berfungsi untuk membaiki sistem saliran dan memudahkan penembusan akar. Langkah-langkah penyediaan medium semaian: a) Menapis bahan-bahan medium secara berasingan b) Sukat ketiga-tiga bahan mengikut nisbah 2:1:1 . Gaulkan bahan sehingga sebati c) Menutup lubang-lubang di dasar kotak semaian atau pasu dengan kepingan pecahan pasu atau pecahan batu bata d) Mengisikan medium semaian ke dalam kotak semaian sehingga 2-.5 cm dari bibir bekas e) Letakkan bekas semaian di tempat yang redup 5.4.5 Jadual 6 :Pembiakan dan penyediaan anak benih 5.4.5.1 Pembiakan seks Kelemahan Bil Kekuatan 1 Murah dan menghasilakn banyak pokok Tidak menurunkan baka tulin 91
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian 2 Menyediakan pokok penanti Terdapat masa rehat (dormancy) 3 Menghasilkan baka-baka baru Masa yang panjang untuk matang 4 Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cegas Bermusim berbanding pokok induk 5 Mempunyai akar tunjang 5.4.5.2 Pembiakan aseks Bil Kekuatan Kelemahan 1 Boleh mendapat pokok yang seragam Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virus 2 Menyerupai induk yang dipanggil induk Tidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini 3 Cepat berbunga / berbuah Perlukan kemahiran untuk melakukannya bagi menjamin kejayaan kaedah ini 4 Boleh dibiak sepanjang tahun Tiada akar tunjang 5 Dapat dibiak dengan banyak dalam satu Tiada terhasil varieti masa baru 6 Dapat membiak tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji 5.4.5.3 Teknik-teknik menyemai 92
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Menyemai di tapak semaian Atas batas – benih ditabur, ditutup nipis dengan tanah/pasir halus. Dalam kotak semaian atau pasu- taburkan biji benih, tutup nipis dengan tanah halus, ubah 3-4 minggu. Semaian dalam polibeg- 1-2 biji setiap polibag, anak benih lemah dicabut, anak benih sihat dikekalkan= perbelanjaan tinggi tetapi mengurangkan gangguan akar semasa mengubah. Benih halus Di tanam dalam jalur Dicampur dengan1 bahagian biji benih dengan 3 bahagian pasir. Benih dikambus nipis (tidak lebih 2 kali ganda ketebalan biji benih). Bila anak benih setinggi 5 -7 cm, lakukan penjarangan. 93
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Semaian terus biji benih besar Semaian terus secara tetap pada jarak tertentu: .. Rendamkan biji benih seharian mempercepatkan percambahan. .. Tanam sebiji atau dua biji selubang. .. Selepas bercambah, lakukan penjarangan. Semaian terus biji benih kecil Sayuran berbiji benih kecil spt : jenis daun, cili, tomato. 2 cara : semaian terus ke batas, penjarangan. : semaian biji benih halus dalam kotak semaian, pengubahan ke batas tetap. 94
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Contoh Tanamanan Hiasan Pembiakan Secara Seks 5.4.5.4 PEMBIAKAN ASEKS Pembiakan Tampang Tanaman yang dibiakkan secara tampang tidak mempunyai akar tunjang. Walaupun cara pembiakan ini mudah dilaksanakan tetapi ia memerlukan kemahiran tertentu. Melalui pembiakan tampang, tanaman dapat dibiakkan dengan banyak pada sesuatu masa. Pembiakan tampang dapat mengekalkan baka yang tulen serta dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok dan pengeluaran bunga dan buah. Cara pembiakan tampang yang selalu digunakan ialah keratan, belahan dan pembahagian, organ khas, cantuman dan lenturan. 95
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Jenis Keratan Pembiakan dengan keratan boleh dilakukan pada dahan atau ranting kayu keras, kayu sederhana keras dan kayu lembut atau kayu hijau. Keratan dahan: i. Keratan kayu keras ( dahan berwarna coklat ). ii. Keratan kayu sederhana (15 cm bawah keratan pucuk dahan berwarna coklat kehijauan). iii. Keratan kayu lembut ( 15 cm dari pucuk berwarna hijau ). Medium yang selalu digunakan untuk keratan berakar ialah pasir sungai, tanah gambut, sphagnum moss, vermiculite atau perlite. Cara Membuat Keratan Dahan i. Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. ii. Pilih keratan yang panjangnya 10 - 20 cm atau lebih. iii. Potong pangkal keratan serong sedikit di bawah satu mala tunas. iv. Tinggalkan dua atau tiga helai daun sahaja. v. Tentukan sekurang-kurangnya ada satu tunas untuk akar dan satu tunas untuk pucuk. vi. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 3-5cm. vii. Tekan di sekeliling pangkal keratan supaya tanah padat. 96
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian viii. Siram keratan ix. Bagi keratan yang sukar berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti Seradix dan Hortomone A. Pembiakan dengan cara keratan selalunya dilakukan untuk pokok jenis renek, hiasan, herba, penutup bumi, menjalar, orkid, buluh dan lain-lain. Walaupun pokok hiasan boleh dibiakkan dengan cara keratan, tetapi pokok hiasan yang dibiakkan dengan biji benih kelihatan lebih tegap, sihat dan berbentuk asli. Pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara keratan ketiga-tiga jenis dahan (keras, sederhana dan lembut) ialah pokok bunga raya (Hibiscus sp.), pokok bunga kertas (Bou-gainvilla sp.) dan lain-lain. Gambarajah pembiakan keratan batang keras untuk bunga ros dan bunga raya Keratan Pucuk Bahagian tanaman yang biasa digunakan ialah pucuk pokok herba. Jenis pokok yang sesuai ialah ati-ati (Coleus sp.), Episcia sp., Piled sp. dan lain-lain. Cara membuat keratan pucuk sama seperti yang diterangkan untuk keratan dahan. Keratan Daun 97
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Bahagian pokok yang selalu digunakan ialah helai daun, tangkai daun atau kedua-duanya sekali. Pokok yang boleh dibiakkan dengan cara keratan daun ialah pokok lidah buaya (Sanse-veira sp.), Begonia sp., Peperomia sp., African violet (Saintpaulia sp.) , setawar (Bryophyllum sp), kaktus dan lain-lain. Cara Membuat Keratan Daun i. Daun pokok lidah buaya dipotong dalam beberapa keratan sepanjang 8 - 15 cm. Daun ini ditanam dalam medium seperti pasir sungai atau spahgnum moss dan kemudian disiram. ii. Bagi pokok African violet, Peperomia sp. dan lain-lain, satu tangkai daun diambil dan ditanam dalam medium perakaran sehingga berakar. Untuk mempercepatkan proses perakaran,ubat penggalak akar digunakan. iii. Bagi pokok Begonia dan setawar yang boleh dibiakkan dengan cara helai daun, daunnya diletakkan dengan rapat di atas pasir supaya akarnya dapat keluar dari urat daun. 98
RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian Gambarajah pembiakan dengan keratan daun. A, Setawar. B, Lidah buaya 99
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN Gambarajah pembiakan dengan urat, tangkai dan helai daun. A, Keratan urat daun Begonia. Tanda menunjukkan bahagian keratan. Daun diletak bertindth supaya urat terkena medium perakaran B, Keratan daun Begonia. Tanda menunjukkan potongan daun. (Hammett, 1973.) Keratan akar. (Disesuaikan daripada Hammett, 1973.)
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133