Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PENULISAN APRESIASI

PENULISAN APRESIASI

Published by Muhd Farid, 2019-10-12 00:02:43

Description: #tugasan 4

Search

Read the Text Version

NAMA : MUHAMMAD FARID BIN ABD RAHMAN OPSYEN : 7PISMP RBT #TUGASAN 4 PENULISAN APRESIASI

Academic Dictionary of Arts menjelaskan ‘apresiasi seni’ sebagai “pengenalan kepada prinsip asas bahasa tampak terutamanya untuk menganalisa bentuk samada dengan atau tanpa merujuk kepada subjek matter, simbolisma, atau konteks sejarahnya, bagi orang ramai untuk meningkatkan penikmatan dan penghayatan terhadap karya seni.”. Jika kita mengambil kesimpulan dari pengertian di atas, dapat kita ketahui bahawa fungsi apreasiasi secara umum adalah sebagai bentuk ekspresi penghargaan kepada suatu karya. Ianya dapat diterjemahkan sebagai cara seseorang dalam memberikan penilaian, edukasi, empati, menghormati, menghargai terhadap sebuah karya seni atau sastra. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai sarana untuk meningkatkan rasa cinta masyarakat terhadap karya-karya yang bernilaikan seni dari anak bangsa, dan bentuk kepedulian terhadap sesama. Hasil karya di atas menunjukkan suasana senja bagi sebuah bandar iaitu bandar Johor Bahru. Ianya telah diambil dengan menggunakan Canon eos 40D. Karya ini membawa maksud tersirat yang tersendiri. Ianya menggambarkan suasana tenang di sebuah bandar yang sibuk. Jika kita lihat pada bangunan-bangunan yang dibina, ianya menggambarkan kesibukan warga kota, akan tetapi keindahan alam yang dipaparkan oleh awan berarak dapat memberikan

ketenangan apabila melihatnya. Ianya juga membawa seribu maksud dimana sesibuk mana diri kita di muka bumi ini, janganlah kita alfa terhadap kebesaran maha Pencipta. Untuk menghasilkan karya ini, saya telah menggunakan bukaan aperture (F) sebesar f/8. Penggunaan aperture yang besar diaplikasikan kerana bukaan lens yang besar akan menyebabkan cahaya masuk banyak masuk pada lens agar subjek yang ingin diambil jelas. Memandangkan gambar yang diambil berkedudukan jauh, bukaan aperture yang besar aalah amat perlu. Selain itu, untuk menghasilkan gambar ini, gabungan penggunaan aperture dan shutter speed adalah amat mempengaruhi. Shutter speed yang digunakan untuk mengambil gambar ini adalah 1/40 sec. Memandangkan keadaan cahaya ketika mengambil gambar ini agak terang, maka shutter speed yang digunakan adalah agak laju untuk mendapatkan gambar seperti yang telah diambil. Seterusnya adalah penggunaan ISO. Penggunaan ISO adalah amat penting untuk mengambil sesuatu gambar. ISO yang tidak bersesuaian dengan keaaan sekeliling pasti akan memudaratkan hasil tangkapan gambar. Untuk gambar ini, ISO yang telah digunakan adalah 100. ISO yang rendah digunakan bagi menonjolkan lagi suasana senja yang ingin diambil. Pengaplikasian teknik komposisi dalam fotografi adalah amat penting, ianya bertujuan untuk menjadikan gambar yang diambil lebih menarik dan mempunyai konsep. Antara keknik komposisi yang diaplikasikan ketika mengambil gambar ini pula adalah separasi. Separasi adalah komposisi foto dimana wujudnya perbezaan yang sangat kontra antara objek foto dengan background. Jika kita lihat foto yang diambil, bangunan dana wan senja mempunyai kontra yang sangat ketara. Selain itu, teknik komposisi yang turut diaplikasikan adalah komposisi warna. Gambar yang diambil mempunyai warna yang membawa maksud. Awan yang berarak dapat dilihat warnanya agak kemerahan menandakan waktu senja manakala bangunan dan poko warnanya gelap bagi meningkatkan lagi suasana waktu senja. Kesimpulannya, untuk menghasilkan sesuatu karya, jurufoto perlulah bijak dalam mengaplikasikan gabungan shutter speed, aperture, ISO dan juga komposisi-komposisi fotografi ketika mengambil gambar.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook