Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore ePembelajaran M8(S1)- Sabri Langgai Pelin

ePembelajaran M8(S1)- Sabri Langgai Pelin

Published by PRBMSK20622 Sabri Langgai Anak Pelin, 2021-11-08 03:32:46

Description: ePembelajaran M8(S1)- Sabri Langgai Pelin

Search

Read the Text Version

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU eP Minggu 8 SABRI LANGGAI ANAK PELIN (PPRBMM1-2)

SOALAN 1 Buat pembacaan berkaitan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hasilkan nota daripada pembacaan tersebut.

01 Bahasa Melayu Pramerdeka

a. Sebelum Perang Dunia ke-2 • bahasa Melayu masih digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan di jabatan polis di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. • Pegawai inggeris yang bertugas di negeri Melayu perlu menguasai bahasa Melayu dan lulus peperiksaan sebelum disahkan jawatan. • R.O Windstedt, J.R Wilkinson, dan William Marsden merupakan antara pegawai Inggeris yang menguasai bahasa Melayu dengan baik.

b. Selepas Perang Dunia ke-2 • Kedudukan bahasa Melayu tergugat apabila British mengutamakan bahasa Inggeris dengan menjadikannya bahasa pengantar di sekolah, kelulusannya menjadi asas untuk mendapat kedudukan tertinggi, dan menjadi bahasa pentadbiran. • Pegawai-pegawai British yang menguasai bahasa Melayu turut memberikan sumbangan tersendiri dalam perkembangan bahasa Melayu pada zaman pramerdeka ini. Mereka menghasilkan penulisan tentang sistem bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu, sejarah politik dan geografi.

02 Bahasa Melayu Pascamerdeka

PENGENALAN ● Desakan untuk memperkasakan kedudukan bahasa Melayu muncul dalam tiga Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (1952, 1954, 1958). ● Laporan Razak (1956) turut mencadangkan supaya bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan. ● Pada zaman ini, telah tergubal akta- akta yang menyentuh hal kedudukan bahasa Melayu, malahan telah ditubuhkan institusi yang bertanggungjawab untuk mengembangkan bahasa kebangsaaan.

Akta-akta yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu Perkara 152 Perlembagaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Persekutuan 1959 Akta ini memartabatkan bahasa Menetapkan bahawa bahasa Akta ini menjadikan DBP sebagai Melayu untuk kegunaan dalam kebangsaan ialah bahasa Melayu badan berkanun dan mempunyai urusan penting meskipun terdapat dan hendaklah ditulis dalam apa- kuasa autonomi untuk menggubal apa tulisan sebagaimana yang dasar yang khusus dan sesuai pengecualian tertentu yang diperuntukkan dengan undang- melibatkan penggunaan bahasa dengan matlamatnya. undang oleh Parlimen. lain.

Akta-akta yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu Akta Hasutan 1970 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Terkait dalam akta ini, perbuatan Mengikut seksyen 17, bahasa kebangsaan mempersoalkan kedudukan mana-mana bahasa menjadi bahasa pengantar utama di semua akan dikira sebagai perbuatan menghasut dan institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan boleh didakwa. Melalui Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa tertentu yang dikecualikan. Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan bukan bahasa pengantar, bahasa rasmi akan terjamin dan tidak boleh digugat. kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

TERIMA KASIH! SEKIAN


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook