Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Pembelajaran Terarah M15-Sabri Langgai

Pembelajaran Terarah M15-Sabri Langgai

Published by PRBMSK20622 Sabri Langgai Anak Pelin, 2021-12-15 04:01:58

Description: Pembelajaran Terarah M15-Sabri Langgai

Search

Read the Text Version

PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI NAMA: SABRI LANGGAI ANAK PELIN

SOALAN Membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan komunikasi dalam era digital. Kemudian menilai berdasarkan contoh-contoh kesalahan berbahasa yang berlaku.

JENIS KESALAHAN BERBAHASA DALAM ERA DIGITAL 01 02 Penggunaan bahasa rojak Penggunaan bahasa yang tidak sopan 03 04 Penggunaan tatabahasa Penggunaan bahasa yang yang salah menghina

01 Penggunaan bahasa rojak

Penggunaan bahasa rojak ini dianggap kesalahan dalam berbahasa kerana ia boleh menyebabkan individu lain tidak faham apa yang kita cuba ingin sampaikan sekaligus menyebabkan komunikasi itu tidak berkesan serta tidak mencapai tujuan komunikasi yang sebenar. Rajah di sebelah menunjukkan penggunaan bahasa rojak seperti “Jum gaiss. aku waiting nii dekat bawah”. Bagi individu yang tidak biasa dengan penggunaan bahasa seperti itu, mereka tidak faham apa isi komunikasi yang disampaikan.

02 Penggunaan bahasa yang tidak sopan

Kesalahan bahasa yang berlaku pada rajah tersebut ialah penulis menggunakan bahasa yang tidak sopan ketika berkomunikasi. Penulis menggunakan kata-kata yang kesat seperti “gilak”, “babi” dan “bodoh”. Penggunaan bahasa seperti ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak yang terlibat dalam komunikasi tersebut.

03 Penggunaan tatabahasa yang salah

Kesalahan bahasa yang jelas berlaku dalam rajah tersebut ialah penulis tidak mementingkan aspek tatabahasa ketika berkomunikasi. Penulis menggunakan singkatan yang kurang difahami seperti “nnt” “cri” dan “xpa”. Penulis juga tidak mementingkan aspek ejaan kata dan timbulkan kesalahan ejaan seperti “aturr (atur)”. Tatabahasa yang kurang dititikberatkan terutamanya dalam komunikasi bukan lisan boleh menyebabkan sesuatu maklumat tidak dapat difahami dan diterima oleh pihak lain.

04 Penggunaan bahasa yang menghina

Gambar di sebelah merupakan antara contoh penggunaan bahasa yang menghina dalam komunikasi digital. Ayat “makan byk.. Bdan gemuk Sgt.. Bub tu mati” menunjukkan penulis menghina orang yang meninggal itu seolah-olah arwah meninggal disebabkan oleh masalah kegemukan. Dalam situasi ini, penggunaan bahasa yang bersifat penghinaan itu boleh membangkitkan kemarahan dan sensitiviti pembaca terutamanya ahli keluarga arwah sekaligus penulis tersebut boleh dianggap sebagai biadap kerana tidak menghormati orang yang telah mati.

SEKIAN, TERIMA KASIH!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook