Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore eBook SEMANGAT; BOOK

eBook SEMANGAT; BOOK

Published by Designer Space Communications, 2021-04-14 06:47:46

Description: eBook SEMANGAT; BOOK

Search

Read the Text Version

KARYA TERPILIH DARI KOLEKSI SENI MAYBANK JILID 1 SELECTED WORKS FROM THE MAYBANK ART COLLECTION VOLUME 1



KARYA TERPILIH DARI KOLEKSI SENI MAYBANK JILID 1 SELECTED WORKS FROM THE MAYBANK ART COLLECTION VOLUME 1

2 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Penghargaan | Acknowledgements SEMANGAT Karya Terpilih dari Koleksi Seni Maybank Jilid 1 Selected Works from the Maybank Art Collections Vol.1 This catalogue is published to accompany the exhibition SEMANGAT: Selected Works from the Maybank Art Collection, Volume 1 held in December 2020 to commemorate Maybank’s 60th anniversary. Balai Seni Maybank would like to thank the artists whose works are featured here, the virtual audience who support our efforts by visiting our new virtual gallery, guest writer Sarah Abu Bakar for her article and everyone involved in making this exhibition a success and this publication a reality. © 2021 Publisher Maybank Foundation Editor © Artwork Images Artists Surinam Yusoff All Rights Reserved. No part of this publication may be Guest Writer reproduced without prior written permission from the Sarah Abu Bakar publisher. Translator Publisher Surinam Yusoff Maybank Foundation Malayan Banking Berhad (3813-k) Exhibition Team Mezzanine Floor, Menara Maybank Tan Sei Hon (Curator) 100 Jalan Tun Perak Mimie Baharuddin (Exhibition Manager) 50050 Kuala Lumpur Puah Chin Kok (Photographer) www.maybankfoundation.com Yan (Designer) Maybank Foundation Team Printed by United Mission Press Sdn Bhd Lorong Thambi 2 Off Jalan Brunei Utara 55100 Kuala Lumpur This book is published on 260 gsm art card and 157 gsm art paper. The font used in this catalogue is Monserrat and Museo Sans.

KANDUNGAN |CONTENTS Kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Foundation 6 Foreword by CEO of Maybank Foundation 7 Nota Kurator 8 Curator’s Note 10 Membina Koleksi Seni yang Hebat 12 Building a Formidable Art Collection 14 Plat | Plates- Abdul Latiff Mohidin 24 Datuk Ibrahim Hussein 36 Datuk Syed Ahmad Jamal 42 Khalil Ibrahim 46 Yusof Ghani 50 Dato’ Tajuddin Ismail 60 Ismail Abdul Latiff 64 Mohamed din Mohamed 74 Berkenaan Maybank Foundation 78 About Maybank Foundation 4 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

5

Kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif Balai Seni Maybank kini berada dalam era kebangkitan semula. Siri pameran khas — RRRAWRRR!!! Maybank Emerging Women Artists Show, MyTIGER Values Art Competition and Merdeka Malaysia Day Exhibition — yang disebut sebagai sebahagian daripada Balai Seni Art Series diadakan tahun demi tahun sejak 2017. Sejak daripada itu, kami terus menyambut peluang untuk terus memeriahkan kehidupan masyarakat kita. Namun begitu, sepanjang tahun 2020 ini Balai Seni umumnya terpaksa menutup pintunya kepada orang ramai kerana gejala Covid-19. Walau bagaimanapun, kami telah berusaha mencari jalan untuk terus berhubung dengan komuniti sasaran dan menjalankan misi kami, iaitu menyediakan platform kepada seniman tempatan dan memupuk perkembangan seni. Hasilnya, kami kini mempunyai galeri maya yang membolehkan kami untuk terus berhubung dan memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat. Galeri maya kami juga merupakan antara galeri maya yang paling awal dibangunkan oleh badan korporat di Malaysia. Platform baru ini akan memperluaskan kehadiran Balai Seni lebih jauh lagi dari jangkauan sebelumnya selari dengan aspirasi kami untuk sentiasa berada di hati masyarakat. Dinamakan SEMANGAT: Koleksi Seni Maybank Jilid 1, pameran maya ini diadakan bersempena dengan ulang tahun Maybank yang ke 60. Perkataan ‘semangat’ dalam bahasa Melayu mempunyai pelbagai makna dari jiwa ke daya hidup ke unsur ghaib yang dipercayai mendiami rantau Nusantara, dan pameran ini pula dikatakan menampilkan makna dan rupa semangat dalam pelbagai jelmaannya. Justeru itu, saya dengan berbesar hatinya menjemput anda untuk berkunjung ke galeri maya kami untuk menikmati SEMANGAT yang dibawa khas sempena meraikan perjalanan dan kejayaan Maybank selama 60 tahun. Shahril Azuar Jimin Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Foundation 6 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Foreword by CEO of Maybank Foundation Balai Seni Maybank is certainly undergoing a revival. Its signature events — ‘RRRAWRRR!!! Maybank Emerging Women Artists Show’, ‘MyTIGER Values Art Competition and Exhibition’ and ‘Merdeka Malaysia Day Exhibition’ — billed as part of the Balai Seni Art Series are presented every year since 2017. Since then, we have continued to seize the opportunity to enliven our communities’ livelihood. However, for much of 2020, Balai Seni had to close its doors to the public due to Covid-19. Nevertheless, we have been working on ways to stay in touch with the communities that we serve while still upholding our mission, which is to provide a platform for local artists and support the arts as an avenue of growth. As a result, we now have a virtual gallery that gives us the opportunity to stay connected to and continue positively impacting the local communities. Ours is in fact one of the first virtual art galleries set up by a corporation in Malaysia. This new platform will expand Balai Seni’s presence well beyond its previous reach in incorporating our aspirations to continue being at the heart of our communities. Entitled ‘SEMANGAT: Maybank’s Art Collection Volume 1’, this is a special online exhibition held in conjunction with Maybank’s 60th anniversary. The Malay word ‘semangat’ has a range of meanings from spirit to vitality to the invisible forces that are believed to inhabit the Nusantara, and the selection is said to personify semangat in all its guises. Hence, I am pleased to invite you to visit our new virtual gallery and be inspired by SEMANGAT, in the spirit of celebration to mark Maybank’s 60-year journey of growth and success. Shahril Azuar Jimin Chief Executive Officer Maybank Foundation 7

Nota daripada Kurator ‘Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah’, adalah pepatah Tao Te Ching yang dikatakan ungkapan daripada pendita Lao Tzu. Pemahaman umum dari pepatah ini ialah untuk menjayakan sebarang usaha, tindakan harus diambil untuk memulakannya. Manakala di sebalik setiap tindakan, terdapat pula dorongan yang menggerakkannya. Ketika kami mengambil keputusan untuk menghubungi Maybank pada tahun 2017 untuk mencadangkan pameran solo Badruddin Syah Abdul Wahab ‘Emansipasi’, antara sebab yang mendorong kami ialah rasa nostalgia. Kami sebenarnya teringat kepada masa-masa silam yang menyeronokkan ketika kami berpeluang menghadiri pameran di sana sini di Kuala Lumpur, termasuk di Balai Seni Maybank, untuk melihat karya seniman muda dan yang baru muncul. Alangkah bagus jika suasana seumpamanya dapat dialami semula. Walaupun pada masa itu Balai Seni Maybank sudah sunyi selama beberapa tahun, tapi kami terus mengorak langkah dan mengemukakan cadangan untuk berpameran dengan memberi anggaran belanja penganjuran yang sederhana. Ia adalah destinasi utama dalam senarai kami. Terkejut juga apabila cadangan itu diterima. Pada hari ini iaitu tiga tahun kemudian, kami telah dapat membina kerjasama yang erat dengan pasukan Maybank Foundation (MF) dalam usaha untuk mengembalikan Balai Seni sebagai pentas utama untuk mengadakan pameran seni dan juga program korporat dan sosial. Walaupun terdapat cabaran, pada umumnya ia adalah sebuah adalah pengalaman yang mesra dan bermanfaat, terima kasih kepada Maybank dan MF atas sokongan dan pemahaman mereka. Sebagai salah satu dari segelintir badan korporat yang menyokong bakat baru, Maybank juga telah membangunkan sebuah koleksi seni yang sederhana dengan mengumpul karya seniman tempatan dan asing melalui pembelian dan juga hadiah. Sebilangan besar daripadanya dipamerkan di pejabat dan cawangan Maybank di dalam dan di luar negara. Setelah Balai Seni kini kembali berjalan dengan lancar, rancangan untuk mempersembahkan siri pameran karya terpilih daripada Koleksi Seni Maybank nampak sesuai dan tepat pada masanya. 8 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Maybank memutuskan untuk mempersembahkan pameran pertama dari koleksi korporatnya sempena ulang tahun ke 60 institusi ini dalam bentuk pameran maya. Manakala pameran fizikal difikir tidak wajar diadakan buat masa sekarang kerana masih terdapat sekatan pergerakan ekoran daripada ancaman Covid19, diharap acara ini sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan keadaan seperti dulu. Atas hasrat ini maka muncullah pameran SEMANGAT: Karya Terpilih dari Koleksi Seni Maybank. Perkataan ‘semangat’ yang secara umumnya diterjemahkan sebagai ‘spirit’ dalam bahasa Inggeris telah diangkat sebagai tema pameran kerana ia merangkumi pelbagai emosi, dari penuh perasaan, keghairahan, kegembiraan kepada keinginan, tengok pada keadaan. Ia juga merupakan istilah yang biasa digunakan untuk merujuk kepada unsur-unsur ghaib yang dikatakan menghuni dunia Melayu. Pada mulanya, kami telah menyediakan senarai karya yang panjang untuk dipamerkan dalam jilid pertama ini, tetapi setelah mengambil kira keadaan semasa, kami berpendapat bahawa ‘kurang adalah lebih’ (‘less is more’). Kami merasakan bahawa segala makna ‘semangat’ dapat digambarkan oleh karya daripada lapan seniman berikut : Khalil Ibrahim (1934 - 2018), Abdul Latiff Mohidin (l. 1941), Yusof Ghani (l. 1950), Datuk Syed Ahmad Jamal (1929 -2011), Datuk Ibrahim Hussein (1936-2009), Dato’ Tajuddin Ismail (l. 1949), Ismail Abdul Latiff (l. 1955) dan Mohammad Din Mohammad (1955-2007), yang merupakan antara pelukis moden dan kontemporari yang paling penting di negara ini. Persembahan ini merangkumi 15 buah lukisan dan dua arca logam yang telah direplikasi khas untuk pameran maya. Sebelum kita ucap selamat tinggal kepada tahun 2020, marilah kita ambil iktibar daripada tahun ini. Dalam persiapan untuk memulakan ‘perjalanan seribu batu’ pada tahun 2021, biarlah langkah kita didorong oleh semangat yang murni. Semoga ia dapat membantu kita untuk mengatasi segala rintangan, malah mampu untuk hidup makmur walaupun berada di dalam pergolakan. Tan Sei Hon 9

Curator’s Note ‘A journey of a thousand miles begin with a single step’ is a saying from the Tao Te Ching attributed to Lao Tzu. The general understanding of this saying is that for any undertaking to take off, it must be preceded with actions towards making it happen. And behind any action, there is a motivation. When we decided to approach Maybank back in 2017 to hold the painter Badruddin Syah Abdul Wahab’s first solo exhibition ‘Emansipasi’, it was partly for nostalgic reasons. We remembered the fun times attending exhibitions here and there in Kuala Lumpur including at Balai Seni Maybank to see the work of young and emerging artists. We thought how nice it would be if we could experience those times again. By then Balai Seni Maybank had been relatively quiet for some years, but we went ahead anyway and submitted a proposal with a modest budget. It was the first venue on our list. To our surprise the proposal was accepted. Today, three years later, we find ourselves working closely with the team from Maybank Foundation (MF) in reinstating Balai Seni as a favourite venue for art exhibitions and its corporate social and outreach programmes. Though not without challenges, it has been a fruitful and pleasant journey for the most part, thanks to Maybank and MF for their support and understanding. One of the very few corporations that support emerging talents, Maybank has also built a modest collection of artworks by local and foreign artists through purchases and gifts. Many of these works are displayed in its offices in and outside of Malaysia. With its gallery now running smoothly, the idea of presenting a series of exhibitions on selected works from the Maybank Art Collection seemed good and timely. Maybank decided to present the first installment from its corporate collection on the occasion of its 60th anniversary this year in the form of a virtual exhibition. Holding a physical exhibition is not advisable at this time because of the partial lockdown due to perceived threat of Covid19, but perhaps this small gesture would help ease us into some semblance of normalcy. Hence the exhibition SEMANGAT: Selected Works from the Maybank Art Collection. 10 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

The Malay word ‘semangat’ which roughly translates as ‘spirit’ in English was adopted as the title for this show as it encapsulates a wide range of emotions and psychological states, from zeal, passion, excitement to desire, depending on the situation that gives rise to it. It is also a common term used to refer to supernatural elements that are part of the Malay world. Initially, we had prepared a long list of artworks for this first installment, but after taking into account the current circumstances, we agreed that ‘less is more’. We felt that semangat in every sense of the word would be amply expressed by these eight artists: Khalil Ibrahim (1934 – 2018), Abdul Latiff Mohidin (b. 1941), Yusof Ghani (b. 1950), Datuk Syed Ahmad Jamal (1929-2011), Datuk Ibrahim Hussein (1936-2009), Dato’ Tajuddin Ismail (b. 1949), Ismail Abdul Latiff (b. 1955) and Mohamed Din Mohamed (1955-2007), who are considered to be among the country’s most significant modern and contemporary art figures. This exhibition features their works in the form of 15 paintings and two metal sculptures which have been specially reconstructed for the virtual presentation. Before we bid farewell to 2020, let us take cognizant of the lessons that can be learnt from this year. As we prepare for our ‘journey of a thousand miles’ in 2021, let our steps spring from the right semangat. Let it help us overcome obstacles or even thrive in the midst of chaos. Tan Sei Hon 11

Membina Koleksi Seni yang Hebat Salah satu daripada muzium awam yang terawal di dunia telah dibuka pada tahun 1781. Ia adalah Galeri Gambar di Upper Belvedere di Vienna, Austria yang memaparkan koleksi empayar Austria yang dibuka kepada orang ramai. Koleksi ini dimulakan pada tahun 1776 selaras dengan cita-cita Enlightened Absolutism. ‘Tujuan utama penubuhan koleksi ini adalah untuk mendidik orang ramai’.1 Di Malaysia, budaya mengumpul karya seni oleh institusi dimulakan secara rasmi setelah Balai Seni Lukis Negara ditubuhkan pada tahun 1958. Penubuhannya dirancang antara tahun 1952 - 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malayan Arts Council) yang diketuai oleh allahyarham Tan Sri Mubin Sheppard dan Frank Sullivan, dan cita-cita ini dipupuk oleh Kerajaan Persekutuan ‘untuk mendorong dan mengembangkan pengetahuan, pemahaman dan amalan seni yang lebih meluas di Persekutuan Tanah Melayu’. Galeri seni komersial pertama di Malaysia, Galeri Samat, dibuka oleh Frank Sullivan pada tahun 1967 dengan sokongan Tan Sri PG Lim, seorang peguam terkenal dan diplomat wanita yang pertama di Malaysia yang juga merupakan seorang penaung seni.2 Pembentukan Galeri Samat telah membuka jalan baru untuk mengembangkan pasaran seni, iaitu dengan membangunkan ekosistem seni yang masih baru. Di awal tahun lima puluhan, pelukis abstrak perintis seperti Syed Ahmad Jamal dan Yeoh Jin Leng telah melanjutkan pendidikan mereka dalam bidang seni di United Kingdom. Ibrahim Hussein melanjutkan pengajian sarjana muda di United Kingdom pada tahun 1959, manakala Latiff Mohidin pula pergi menuntut ilmu di Berlin, Jerman pada tahun 1960. Sekembalinya mereka, masing-masing telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan awal seni di Malaysia di mana Syed Ahmad Jamal dan Yeoh Jin Leng mula berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Pemenang anugerah seni Ibrahim Hussein menjadi pelukis residen Universiti Malaya dari tahun 1970 hingga 1977 dan Latiff Mohidin pula mengasaskan kolektif seni Kumpulan Anak Alam pada tahun 1974. 1 Bab 7, ‘From Treasury to Museum: The Collections of the Austrian Habsburg’, Thomas Dacosta Kaufmann, ‘The Cultures of Collecting (Critical Views)’ 2 An A-Z Guide to Malaysian Art, The Narratives in Malaysian Art Project, Kuala Lumpur: Rogue Art (2002), ms 17 12 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Syed Ahmad Jamal kemudiannya menjadi pengarah Balai Seni Lukis Negara dari tahun 1983 hingga 1991 and menerima anugerah Seniman Negara pada tahun 1995. Pada tahun 1999, Balai Seni Maybank menjadi tuan rumah kepada pameran solo kepada tokoh seni dan budaya ini yang bertajuk ‘Dari 1956 Hingga 1999’. Balai Seni Maybank juga telah menganjurkan pameran solo Latiff Mohidin yang berjudul ‘Gelombang’ pada tahun 1988 dan pameran solo Yusof Ghani ‘Imajan Malaysia’ pada tahun 2002. Karya daripada ketiga-tiga seniman ini dipaparkan dalam SEMANGAT: Pameran Karya Terpilih daripada Koleksi Seni Maybank bersama dengan karya Ibrahim Hussein, Khalil Ibrahim, Tajuddin Ismail, Ismail Abdul Latiff dan Mohammad Din Mohammad. Bagaimana untuk mengumpul karya seni? Sejak munculnya rumah lelong seni yang pertama di Malaysia pada tahun 2009, terdapat pertumbuhan yang signifikan dalam golongan pembeli yang memperoleh karya seni daripada pasaran sekunder. Mereka terdiri daripada penaung seni, sama ada individu persendirian dan syarikat atau institusi awam, peminat seni atau pembeli yang mahu mencuba pengalaman membida di rumah lelong. Mereka datang daripada pelbagai sektor iaitu institusi kewangan swasta atau awam, syarikat media, syarikat minyak dan gas, firma perundangan dan seni bina, pengamal perubatan, pemaju hartanah, pemilik restoran, pengusaha hotel, pereka dalaman, usahawan, ekspatriat dan diplomat. Sebilangan besar pengumpul individu sememangnya telah melalui pengalaman membeli sebelum mereka melangkah untuk menjadi pengumpul yang ahli. Tetapi ada juga cara lain untuk memperoleh karya seni selain daripada rumah lelong, misalnya melalui pasaran utama seperti galeri komersial, pengumpul seni swasta dan pelbagai orang perantaraan, ataupun terus dari pengkarya. Setelah perkara ini putuskan, soalan seterusnya adalah apa yang harus dibeli? Adakah kita mahu mendapatkan karya seniman tempatan atau antarabangsa? Pengkarya yang baru, yang sedang meningkat atau yang sudah terkenal? Adakah mahu mendapatkan lukisan, arca, lakaran, seni multimedia, instalasi, seni cetak, batik atau seni fotografi? Adakah mahu lukisan abstrak, lanskap, figura atau potret? Karya seni berskala kecil, sederhana atau besar, hitam putih atau berwarna-warni, dan seterusnya. 13

Kemudian timbul soalan seterusnya, iaitu berapa harganya? Berbelanja mengikut peruntukan adalah kaedah yang strategik dalam membina koleksi. Ini membenarkan fleksibiliti dalam menentukan aspek kuantitatif dari segi pembangunan koleksi. Misalnya, jika jumlah peruntukan sudah dibuat untuk tahun ini, kita dapat memperolehi sejumlah karya seniman muda yang baru muncul atau sebaliknya hanya dapat memperolehi satu atau dua buah karya seniman yang senior. Aspek kualitatif koleksi pula adalah subjektif tapi agak penting. Jenis medium juga akan mempengaruhi nilai karya. Misalnya sebuah karya seni cetak daripada edisi 200 keping lebih mampu dibeli jika dibandingkan dengan sekeping lukisan cat air asli. Ataupun sebuah lukisan abstrak mungkin lebih tinggi permintaannya daripada sebuah lukisan potret. Walau bagaimanapun, petunjuk ini tidak boleh dijadikan ukuran yang menyeluruh. Faktor lain yang mempengaruhi harga karya seni termasuklah pencapaian seniman, tahun karya dibuat, adakah ia dibuat dalam siri tertentu, adakah karya itu pernah dipamerkan, adakah ia pernah dipapar dalam katalog, adakah ia dalam keadaan baik, adakah terdapat permintaan tinggi untuk karya daripada seniman tesebut dan adakah karya daripada seniman tersebut dikumpul oleh institusi? Mengapa mengumpul karya seni? Terdapat banyak sebab mengapa institusi korporat membina koleksi seni. Ia adalah salah satu cara berterusan untuk menyokong dan memupuk industri seni. Sebahagian besar institusi mengumpul karya seni sebagai cara untuk memberi sumbangan kepada masyarakat untuk tujuan pendidikan atau pengajaran. Mungkin juga sejumlah karya seni yang ada di dalam koleksi itu adalah hadiah dari penderma. Tetapi yang paling penting, untuk membina koleksi seni yang bermakna memerlukan semangat, kesungguhan dan ketekunan. Selain memperindahkan dinding dan mengumpul objek seni untuk keseronokan melihatnya, pengumpulan juga merangkumi usaha pengkategorian, inventori, pengkatalogan dan pemeliharaan selain pengumpulan maklumat tentang karya seni tersebut seperti keterangan, dimensi, tahun, asal usul dan harga pembelian. Seiring dengan bertambahnya koleksi, timbullah keperluan untuk mengurangkan dan mengemas kini koleksi. Ini bererti mengenal pasti sama ada karya seni itu sesuai 14 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

dengan misi atau matlamat pengumpulan oleh institusi dan jika tidak, antara lainnya, penyingkiran mungkin berlaku untuk menghalusi dan menambah baik koleksi tersebut. Kepentingan membina koleksi yang hebat Salah satu kaedah mantap untuk membina koleksi yang unggul ialah dengan mendapatkan karya ikonik oleh seniman yang terkenal, karya yang memprovokasi oleh seniman di pertengahan kerjayanya dan kemudian memberi ruang kepada bakat baru yang karyanya dilihat sebagai memecah sempadan seni kontemporari. Selain itu, sifat penting yang harus dimiliki adalah naluri untuk mengumpul. Dalam sebuah buku tentang budaya mengumpul, penulis dan ahli akademik John Elsner dan Roger Cardinal berkata: ‘Bila seseorang sedar akan diri sendiri, ia akan menjadi pengumpul identiti yang sedar dan memprojeksi dirinya kepada objek yang dipilih untuk berada di sekelilingnya. Citarasa, selera pengumpul akan mencerminkan dirinya sendiri. Namun citarasa, selalunya selera yang diwarisi, merupakan sekadar tindakan refleks yang diwarisi, di mana keperibadian yang dibanggakan itu rupanya hanyalah satu aspek untuk diperaga. Cita-cita yang lebih memberansangkan ialah untuk menolak garis yang ditetapkan oleh generasi dan kelas sendiri dan mengumpul melawan arus – iaitu keluar daripada kategori yang sedia ada.’ 3 Begitu juga dengan koleksi korporat, citarasa timbul dan dikembangkan daripada identiti dan nilai-nilai teras institusi yang mengumpul. Tidak ada peraturan khusus dalam mengumpul karya seni, melainkan ianya bergantung kepada matlamat kita untuk membina dan menyampaikan koleksi yang unggul dan unik kepada orang ramai. Bagi seniman pula, mempunyai karya dalam koleksi institusi akan meningkatkan profil mereka kerana ia mencerminkan kepercayaan terhadap karya yang mereka hasilkan dan juga akan memberikan mereka semangat untuk terus memburu dan mencipta kesenian. Sarah Abu Bakar 3 Introduction, The Cultures of Collecting (Critical Views Series), John Elsner and Roger Cardinal, Reaktion Books Ltd (1994) 15

Building a Formidable Art Collection One of the world’s first public museums opened in 1781. It is the Picture Gallery at the Upper Belvedere in Vienna, Austria that displayed the Austrian imperial collection made accessible to the public – initiated since 1776 to align with the ideals of Enlightened Absolutism. ‘The ultimate aim behind the establishment of this collection was that of educating the public.’ 1 In Malaysia, the culture of collecting artworks by an institution was formalised after the establishment of the National Art Gallery in 1958. Instigated between 1952 and 1956 by the Malayan Arts Council, helmed by the late Tan Sri Mubin Sheppard and Frank Sullivan, the idea was fostered by the Federal Government ‘to encourage and develop a greater knowledge, understanding and practice of the Arts in the Federation of Malaya’. Malaysia’s first commercial art gallery, Samat Gallery, was opened by Frank Sullivan in 1967 with the support of Tan Sri PG Lim, a distinguished lawyer and Malaysia’s first female diplomat and fellow arts patron. 2 The establishment of Samat Gallery fostered a new avenue for the art market thus filling in the gap in the formation of an art ecosystem in its infancy. During the early fifties, pioneer abstract artists such as Syed Ahmad Jamal and Yeoh Jin Leng embarked on their higher education in the arts in the United Kingdom. While Ibrahim Hussein pursued his undergraduate studies in the United Kingdom in 1959, Latiff Mohidin went to study in Berlin, Germany in 1960. Upon their return, each of them contributed significantly to the early development of Malaysian art with both Syed Ahmad Jamal and Yeoh Jin Leng becoming lecturers at the Specialist Teachers’ Training Institute, Cheras, Kuala Lumpur. Award-winning artist Ibrahim Hussein was a resident artist at University Malaya from 1970 to 1977 and Latiff Mohidin founded the collective Kumpulan Anak Alam in 1974. Syed Ahmad Jamal later became the director of National Art Gallery from 1983 to 1991, and was awarded the National Art Award in 1995. In 1999, Balai Seni Maybank hosted a solo exhibition for the National Art Laureate titled ‘Dari 1956 Hingga 1999’. 1 Chapter 7, ‘From Treasury to Museum: The Collections of the Austrian Habsburg’, Thomas Dacosta Kaufmann, ‘The Cultures of Collecting (Critical Views)’ 2 An A-Z Guide to Malaysian Art, The Narratives in Malaysian Art Project, Kuala Lumpur: Rogue Art (2002), p 17 16 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Balai Seni Maybank also hosted a solo exhibition for Latiff Mohidin titled ‘Gelombang’ in 1988 and Yusof Ghani’s ‘Imajan Malaysia’ in 2002. A selection of artworks from the three artists are featured in SEMANGAT: A Showcase of Selected Works from the Maybank Art Collection alongside the works of Ibrahim Hussein; Khalil Ibrahim; Tajuddin Ismail; Ismail Abdul Latiff and Mohammad Din Mohammad. How to collect art? Since the establishment of the first auction house in Malaysia in 2009, there has been significant growth in the type of consumers acquiring artworks in the secondary market consisting of patrons of the arts, be it private individuals and companies or public institutions, art enthusiasts and curious buyers who may want to experience bidding at auction. Deriving from different sectors, they comprise private or public financial and corporate institutions; media corporations; oil and gas institutions; legal and architecture firms; medical practitioners; property developers; restauranteurs; hoteliers; interior designers; entrepreneurs; expatriates and diplomats. Most individual collectors undergo an apprenticeship of collecting before progressing to connoisseurship. But there are also other means of acquiring artworks besides at the auction, for example through the primary market such as commercial galleries, private art dealers and various intermediaries; or directly from the artists. Once this has been established, the next question is what to buy? Does one consider local or international artists? Young, mid-career or established artists? Should the medium be paintings, sculptures, drawings, multimedia, installation art, printmaking, batik or photography? Will the theme be abstract paintings, landscape, figurative or portraiture? Small, medium or large-scale artworks; monochromatic or multicoloured; and the list goes on. Then comes the next question, what will it cost? Keeping to budget is a strategic method in the art of collecting. This allows flexibility in determining the quantitative aspect in terms of material organisation. For example, if a certain budget is allocated for the year, one could either acquire a number of artworks by young and emerging artists or perhaps only acquire one or two artworks by an accomplished senior artist. The qualitative aspect of a collection remains subjective yet vital. The type of medium also influences the value factor. For example a print of 200 editions may be quite affordable in comparison with a watercolour on paper artwork from an artist. Or an abstract painting may be more in demand than a portrait painting. However, these indications do not complete the entire picture. 17

Other factors that influence an artwork’s price could range from the artist’s achievements; the year of the artwork; was it created from a specific series; was the artwork exhibited; was it illustrated in a catalogue; is it in good condition; is there high demand for the artist’s artwork and is the artist’s work collected by institutions? Why collect art? There are numerous reasons why corporate institutions amass a collection of artworks. This could be one of the sustainable ways of supporting and nurturing the art industry. Most institutions collect art as a way to contribute to the society in terms of education and didactic goals. Perhaps some of the artworks that are in the collection are gifts from donors. But most of all, to build a meaningful art collection takes passion, earnestness and perseverance. Beyond beautifying the walls and gathering objects of art for the pleasure of viewing, the act of collecting also includes categorising, inventorying, cataloguing and conserving besides collecting data on the artwork such as its description, dimensions, year, provenance and price of purchase. As the collection grows, there is a need to narrow down and update the collection. This could mean identifying if an artwork is consistent with the mission or collecting goals of the institution and if it does not, alongside other justifications, deaccessioning may take place in order to refine and improve its collection. The importance of building a formidable collection One of the surest ways to build a quintessential collection is to obtain iconic artworks by established artists, thought-provoking artworks by mid-career artists and then fill in the gaps by identifying up and coming emerging artists whose artworks push the boundaries of contemporary precincts. Having mentioned that, an important trait to have is the collecting instinct. In a book that observes the collecting cultures, the authors, academicians John Elsner and Roger Cardinal wrote: ‘As one becomes the conscious of one’s self, one becomes a conscious collector of identity, projecting one’s being onto the objects one chooses to live with. Taste, the collector’s taste, is a mirror of self. Yet taste – all too often inherited taste – may constitute little more than an inherited reflex: the preciously defined self discovers that it is merely another item in the cabinet of social display. The more interesting dream is to resist the criteria inculcated by one’s generation and class, and to collect against the grain – to wriggle out of belonging to an established set.’ 3 3 Introduction, The Cultures of Collecting (Critical Views Series), John Elsner and Roger Cardinal, Reaktion Books Ltd (1994) 18 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Similarly, with corporate collection, the acquired taste is developed from the identity of the institution and its core values. There are no hard and fast rules in the game of collecting but rather in the process of aspiring to be distinctive and distinguished in the ways of sharing its collection with the public. For the artist, having his or her artwork in the collection of an institution elevates their profile as it reflects trust in their work and conveys a sense of encouragement in their artistic pursuit. Sarah Abu Bakar Sarah Abu Bakar adalah penulis, kurator dan perunding seni yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Beliau mengkhusus dalam bidang seni rupa Malaysia dan mempunyai minat yang mendalam terhadap seni rupa Asia Tenggara, di mana kegiatannya merangkumi strategi budaya dalam bidang seni visual dan kolaborasi dengan pengamal dan pengumpul seni di rantau ini. Beliau pernah bekerja sebagai perunding di Henry Butcher Art Auctioneers (2012-2015) dan merupakan sebahagian daripada pasukan pengurusan di The Edge Galerie dan The Edge Auction (2016-2019). Beliau memiliki ijazah BA (Kepujian) dalam bidang Seni Halus dari University of Central England (sekarang Birmingham City University), UK. Sarah Abu Bakar is is an art writer, curator and consultant based in Kuala Lumpur. Specialising in Malaysian art with keen interest in Southeast Asian art, her activities include cultural strategy in the field of visual arts and collaborations with art professionals and collectors in the region. She has worked as a specialist at Henry Butcher Art Auctioneers (2012-2015) and was part of the management team at The Edge Galerie and The Edge Auction (2016-2019). She holds a BA (Hons) degree in Fine Art from the University of Central England (now Birmingham City University), UK. 19

KARYA TERPILIH DARIPADA KOLEKSI SENI MAYBANK JILID 1 Pameran SEMANGAT: Karya Terpilih daripada Koleksi Seni Maybank, Jilid 1 ini dibawa khas sempena ulang tahun ke 60 Maybank. Maybank adalah merupakan pendukung usaha memadu seni di tempat kerja, yang merupakan sebahagian daripada trend yang lebih besar untuk menginsankan persekitaran kerja. Ia telah menubuhkan Balai Seni Maybank pada tahun 1989 sebagai platform untuk mempamer karya seniman tempatan dan mendukung kerjaya mereka dengan membeli karya seni mereka. Sebahagian daripada karya seni yang diperolehi ini dipamerkan di cawangan Maybank di 12 buah negara dan pusat kewangan utama dunia seperti Singapura, Shanghai, London dan New York. SEMANGAT menghidangkan 17 karya pelukis terkenal negara yang dipilih daripada Koleksi Seni Maybank dan buat pertama kalinya dipersembahkan kepada umum melalui pameran maya. Ia merangkumi arca moden oleh Abdul Latiff Mohidin (l. 1941) dan Yusof Ghani (l. 1950) dan lukisan oleh Datuk Syed Ahmad Jamal (1929-2011), Datuk Ibrahim Hussein (1936-2009), Khalil Ibrahim (1934-2018), Datuk Tajuddin Ismail (l. 1949), Ismail Abdul Latiff (l. 1955) dan Mohamed Din Mohamed (1955-2007). Istilah ‘semangat’ dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘spirit’ dalam bahasa Inggeris, namun ianya sarat dengan pelbagai laras makna — jiwa, intipati, keghairahan, keinginan, nafsu, keterujaan, intensiti — bergantung pada situasi. Ia juga digunakan untuk merujuk kepada unsur atau kuasa ghaib yang dipercayai menghuni alam Melayu. Pameran ini meliputi segala erti kata yang terkandung dalam ungkapan semangat. Sebagai persembahan penutup tirai daripada Balai Seni bagi tahun 2020 yang luar biasa ini, ianya diharap dapat menaikkan semangat anda dalam mengharungi kehidupan di dunia yang tidak terjangka. 20 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

SELECTED WORKS FROM THE MAYBANK ART COLLECTION VOLUME 1 The exhibition SEMANGAT: Selected Works from the Maybank Art Collection, Volume 1 is specially put together in conjunction with Maybank’s 60th anniversary. Maybank is a proponent of integrating art in the workplace, which is part of the larger trend toward humanising the work environment. It set up an art gallery named Balai Seni Maybank in 1989 as a platform for local artists to showcase their talent and supports their careers by purchasing their works. Many of these works are displayed in its offices in 12 countries and major financial centres of the world such as Singapore, Shanghai, London and New York. SEMANGAT features 17 works by Malaysia’s prominent artists selected from the Maybank Art Collection and brought together for the first time to be shown to the public online. They include modern sculptures by Abdul Latiff Mohidin (b. 1941) and Yusof Ghani (b. 1950) and paintings by Datuk Syed Ahmad Jamal (1929-2011), Datuk Ibrahim Hussein (1936- 2009), Khalil Ibrahim (1934- 2018), Datuk Tajuddin Ismail (b. 1949), Ismail Abdul Latiff (b. 1955) and Mohamed Din Mohamed (1955-2007). The Malay word ‘semangat’ may be translated as ‘spirit’ in English, but it is in fact pregnant with multiple shades of meaning — soul, essence, zeal, desire, passion, excitement, intensity — depending on the situation that gives rise to it. It is also a term that refers to the supernatural forces that are believed to inhabit the Malay world. This selection of works embodies semangat in all its nuances. The last offering of this remarkable year 2020 from Balai Seni, may it lift our spirits in these unprecedented times. 21

22 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

PLAT | PLATES

ABDUL LATIFF MOHIDIN (lahir di | born in Negeri Sembilan, 1941) 24 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Latiff Mohidin diwakili oleh empat buah karya, iaitu tiga lukisan dan satu arca. Berjudul ‘Renungan Bukit’ (1985), ‘Renungan Air’ (1985), ‘Senja 1 (Siri Gelombang)’ (1985) dan ‘Keris’ (1987), karya-karya ini merangkumi semangat dinamik yang cuba disampaikan oleh pameran ini. Latiff Mohidin adalah pelukis, pengarca dan penyair yang terkemuka di negara ini. Beliau juga merupakan pengasas Kumpulan Anak Alam, sebuah kolektif seni yang dibentuk pada 1 Mei 1974 dengan membawa manifesto ‘Manifestasi Jenerasi Anak Alam’ yang menyeru para pengamal seni dari semua cabang seni untuk mengekspresikan diri dalam kesatuan. Puisi lengkapnya diterbitkan dalam buku yang berjudul ‘Sajak-Sajak Lengkap Latiff Mohidin’ yang terdiri daripada tujuh set antologi. Pada tahun 2018, beliau menjadi pelukis pertama dari Asia Tenggara yang berpameran di Center Pompidou, Paris. Dibawa oleh National Gallery Singapore dengan kerjasama Musée National d’Art Moderne, pameran ‘Latiff Mohidin: Pago Pago (1960 -1969)’ ini memberi tumpuan kepada karya yang dihasilkan dalam tempoh formatif beliau pada tahun 1960an. Ia bergerak ke National Gallery Singapore antara bulan Mac dan September 2018 dan ke Galeri Ilham, Kuala Lumpur antara bulan Ogos hingga Disember 2018. Latiff belajar di Akademi Kesenian, Berlin (1960 - 1964) di bawah program biasiswa Jerman, Deutscher Akademischer Austrauschdienst (DAAD) dan di Atelier Lacourière-Frélaut, Paris (1969) di bawah tajaan Kementerian Kebudayaan Perancis, serta diikuti dengan residensi seni di Pratt Institute, New York di bawah Program Kebudayaan Asia tajaan JDR 3rd Fund. Latiff Mohidin is represented by four artworks: three paintings and one outdoor sculpture. Titled ‘Renungan Bukit’ (1985); ‘Renungan Air’ (1985); ‘Senja 1 (Siri Gelombang)’ (1985); and ‘Keris’ (1987), these artworks embody the essence of dynamism that this exhibition attempts to convey. Latiff Mohidin is Malaysia’s leading modernist painter, sculptor and poet. He was also the founder of Kumpulan Anak Alam, a collective that was formed on 1 May 1974 with a manifesto ‘Manifestasi Jenerasi Anak Alam’ that called upon all art practitioners from all branches of art to express themselves in unity. His complete poetry is available in a publication titled ‘Sajak- Sajak Lengkap Latiff Mohidin’ comprising seven sets of anthologies. In 2018, he became the first Southeast Asian artist to be featured at the Centre Pompidou in Paris. Presented by the National Gallery Singapore in collaboration with the Museé National d’Art Moderne, the exhibition ‘Latiff Mohidin: Pago Pago (1960-1969)’ focuses on the work produced during his formative period in the 1960’s. It subsequently travelled to National Gallery Singapore between March and September 2018 and Ilham Gallery in Kuala Lumpur between August and December 2018. Latiff studied at the Academy of Arts in Berlin (1960-1964) under the Deutscher Akademischer Austrauschdienst (DAAD) programme and at the Atelier Lacourière-Frélaut in Paris (1969) under a sponsorship by the French Ministry of Culture, followed by a residency at the Pratt Institute in New York under the Asian Cultural Programme of the JDR 3rd Fund. ABDUL LATIFF MOHIDIN 25

ABDUL LATIFF MOHIDIN Renungan Bukit Acrylic on canvas • 88 x 88 cm • 1985 26 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

ABDUL LATIFF MOHIDIN 27

ABDUL LATIFF MOHIDIN Renungan Air Acrylic on canvas • 88 x 88 cm • 1985 28 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

ABDUL LATIFF MOHIDIN 29

ABDUL LATIFF MOHIDIN Senja I (Siri Gelombang) Acrylic on canvas • 90 x 90 cm • 1985 30 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

ABDUL LATIFF MOHIDIN 31

ABDUL LATIFF MOHIDIN Keris Stainless steel • Dimension variables • 1987 32 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

ABDUL LATIFF MOHIDIN 33

34 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

35

DATUK IBRAHIM HUSSIEN (lahir di | born in Kedah, 1936 – 2009) 36 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Dua buah lukisan Datuk Ibrahim Hussein dipaparkan di sini, iaitu ‘Genting 2’ (1978) dan ‘Subterranean (1981). ‘Genting 2’ menggambarkan bentuk abstrak yang harmonis dalam warna hijau dan biru di tengah-tengah konfigurasi berbentuk persegi yang dibingkai dengan sempadan hitam. ‘Subterranean’ bersaiz lebih kecil tetapi sarat dimuat dengan garis-garis yang sinonim dengan seniman ini dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Kedua lukisan ini umpama dipenuhi oleh semangat hidup beliau kerana ianya dihasilkan semasa pengkarya berada di puncak kerjaya. Datuk Ibrahim Hussein adalah pelukis abstrak yang tersohor di negara ini yang juga tersohor di luar Malaysia. Beliau belajar di Nanyang Academy of Fine Arts, Singapura pada tahun 1957. Kemudian beliau belajar di London, mulanya di Byam Shaw School of Drawing and Painting (1959 - 1963) dan selepas itu di Royal Academy, London (1963 - 1966). Dari tahun 1967 hingga 1968, dengan mendapat biasiswa Rockefeller Fund untuk melawat Amerika Syarikat, beliau mengadakan dua pameran solo di New York, iaitu di Galerie Internationale dan Newsweek Gallery. Pada tahun 1970, Ibrahim Hussein menyertai Venice Biennale dan menjadi rakyat Malaysia yang pertama mengambil bahagian di bawah Smithsonian Institution. Beliau juga adalah pelukis residen di Universiti Malaya dari tahun 1970 hingga 1977. Beliau dianugerahkan World Economic Forum’s Crystal Award (1997), Japan Foundation Cultural Award (1988), Venezuela’s Order of Andres Bello (1993), Order of Bernardo O’Higgins, Chile (1996) dan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang (2007). Two of Datuk Ibrahim Hussein’s paintings titled ‘Genting 2’ (1978) and ‘Subterranean (1981) are featured here. ‘Genting 2’ illustrates harmonious abstract form in shades of green and blue in the centre of a square-shaped configuration framed within a black border. ‘Subterranean’ is smaller in size but loaded with the artist’s signature lines in varying shapes and sizes. Both paintings capture his zest for life as they were created during the height of his career. Datuk Ibrahim Hussein is a widely-recognised abstract artist who is also well-known outside Malaysia. He briefly attended the Nanyang Academy of Fine Arts, Singapore in 1957. He studied in London, first at the Byam Shaw School of Drawing and Painting (1959 -1963) and then at the prestigious Royal Academy in London (1963 - 1966). From 1967 to 1968, he was awarded the Rockefeller Fund scholarship to tour the United States, where he held two solo exhibitions in New York: at Galerie Internationale and Newsweek Gallery. In 1970, Ibrahim Hussein participated in Venice Biennale, the first Malaysian to participate under Smithsonian Institution. He was an artist in resident at the University of Malaya from 1970 to 1977. He was conferred with the World Economic Forum’s Crystal Award (1997), the Japan Foundation Cultural Award (1988), Venezuela’s Order of Andres Bello (1993), Chile’s Order of Bernardo O’Higgins (1996) and the Anugerah Tokoh Melayu Terbilang (2007). 37

DATUK IBRAHIM HUSSIEN Subterranean Mixed media on canvas • 42 x 60 cm • 1981 38 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

39

DATUK IBRAHIM HUSSIEN Genting 2 Acrylic on canvas • 152 x 152 cm • 1978 40 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

41

DATUK SYED AHMAD JAMAL (lahir di | born in Johor, 1929 - 2011) 42 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

‘Warna Garis’ (1992) oleh Datuk Syed Ahmad Jamal menampilkan palet pelbagai warna seperti kuning, biru, merah jambu, hijau, putih dan percikan merah yang meransang setiap deria. Gubahan irama palet hangat dan sejuk ini menghasilkan suatu pengalaman yang amat menceriakan. Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal dikenali sebagai pelukis yang menganjurkan Abstrak Ekspresionisme sebagai satu pendekatan seni lukis di negara ini. Beliau mengadakan tujuh pameran solo sepanjang hayatnya, iaitu ‘Pameran Retrospektif’ (1975) dan ‘Syed Ahmad Jamal: Pelukis’ (2009) di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, ‘Syed Ahmad Jamal, A Historical Overview 1954-1994’ di Nanyang Gallery of Art, Kuala Lumpur pada tahun 1994, ‘Dari 1956 hingga 1999’ di Balai Seni Maybank pada tahun 1999, dan ‘Antara Langit & Bumi (Between Heaven and Earth)’ di Galeri Petronas pada tahun 2000. Syed Ahmad Jamal mulanya belajar di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950 tetapi berpindah ke Chelsea School of Art, London dari 1951 hingga 1955. Beliau mendapat biasiswa Fulbright untuk belajar seni arca di Chicago Institute of Art antara tahun 1963 dan 1964, dan kemudian mendapat ijazah sarjana dalam bidang Sejarah Seni daripada University of Honolulu, Hawaii pada tahun 1974. Beliau adalah pengarah Balai Seni Lukis Negara dari tahun 1983 hingga 1991 dan pengarah Muzium Seni Asia dari 1979 hingga 1983, dan pengetua Institut Perguruan Ilmu Khas antara tahun 1964 dan 1972. Selain Anugerah Seni Negara (1995), beliau juga menerima Anugerah Budaya ASEAN (1987) antaranya. ‘Warna Garis’ (1992) by Datuk Syed Ahmad Jamal features multichromatic palette such as yellow, blue, pink, green, white and a splash of red that uplifts every sensory stimulation. The rhythmic composition of warm and cold palette encapsulates an exhilarating experience. Malaysia’s National Art Laureate, Datuk Syed Ahmad Jamal, is credited with being the painter who promoted Abstract Expressionism as an artistic approach in the country. He held seven solo exhibitions during his lifetime: ‘Retrospective Exhibition’ (1975) and ‘Syed Ahmad Jamal: Pelukis’ (2009) at the National Art Gallery, Kuala Lumpur, ‘Syed Ahmad Jamal, A Historical Overview 1954-1994’ at Nanyang Gallery of Art, Kuala Lumpur in 1994; ‘Dari 1956 hingga 1999’ at Balai Seni Maybank in 1999; and ‘Antara Langit & Bumi (Between Heaven and Earth)’ at Galeri Petronas in 2000. Syed Ahmad Jamal enrolled at the Birmingham School of Architecture in 1950 but transferred to the Chelsea School of Art in London from 1951 to 1955. He received a Fulbright scholarship to study Sculpture at the Chicago Institute of Art between 1963 and 1964, and received his Masters of Art History from the University of Honolulu, Hawaii in 1974. He was director of the National Art Gallery from 1983 to 1991 and the Asian Art Museum from 1979 to 1983, and principal of the Specialist Teachers Training Institute between 1964 and 1972. Apart from Anugerah Seni Negara (1995), he also received the ASEAN Cultural Award (1987) among others. 43

DATUK SYED AHMAD JAMAL Warna Garis Acrylic on canvas • 92 x 107 cm • 1992 44 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

45

KHALIL IBRAHIM (lahir di | born in Kelantan, 1934 - 2018) 46 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1

Karya abstrak skrin sutera yang unik oleh Khalil Ibrahim bertajuk ‘Batik Abstrak No. 2’ (1972) menampilkan bentuk bulat yang diletakkan di tengah-tengah latar belakang berbentuk segi empat tepat yang berwarna matahari terbenam. Ia menggambarkan keghairahan terhadap bentuk intrinsik. Khalil Ibrahim adalah seorang pelukis handal yang terkenal dengan siri nelayan yang menggambarkan komuniti nelayan di Pantai Timur, pemandangan yang indah, lukisan potret dan lukisan abstrak. Kemahirannya melukis dengan cat air dan akrilik menghasilkan gaya yang hampir nyata ke gaya yang hampir abstrak. Beliau adalah pengasas-bersama Persatuan Cat Air Malaysia dan telah mengadakan pameran solo pertamanya dengan menampilkan karya yang dihasilkan di London dan juga karya batik Malaysia di Galeri Samat, Kuala Lumpur pada tahun 1970. Pada tahun itu juga beliau telah mengadakan pameran solo di Indonesia dan menjadi rakyat Malaysia yang pertama berbuat demikian. Beliau banyak membuat pameran solo dan berkumpulan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Switzerland. Khalil merupakan salah seorang dari segelintir rakyat Malaysia yang mendapat biasiswa kerajaan negeri untuk mengikuti latihan seni di Central St Martin’s School of Art and Design, London. Beliau mendapat National Diploma of Design (Fine Arts) pada tahun 1964 dan ijazah pasca-siswazah pada tahun 1965, dan seterusnya menjadi pelukis sepenuh masa pada tahun 1966. A unique silkscreen abstract work by Khalil Ibrahim titled ‘Batik Abstract No. 2’ (1972) featuring a circular form deliberately placed in the centre of a sunset-hued rectangular shaped background illustrates the burning passion for the intrinsic form. Khalil Ibrahim is a versatile and distinguished artist known for his fisherfolk series depicting the fishing community in the East Coast; idyllic landscape scenes; portraitures; and abstract paintings. His skills in drawing, watercolour and acrylic, produced styles that move from the almost real to the almost abstract. He was a co-founder of the Malaysian Watercolour Society and had his first double solo of London works and Malaysian batik at Samat Art Gallery, Kuala Lumpur in 1970. That year, he also had a solo exhibition in Indonesia, the first Malaysian to have done so. He participated in numerous solo and group exhibitions in Malaysia, Singapore, Indonesia and Switzerland. Khalil was one of the few Malaysians who received a state scholarship to attend art training at the prestigious Central St Martin’s School of Art and Design in London. He graduated with a National Diploma of Design in Fine Arts in 1964 and a postgraduate degree in 1965, and became a full-time artist in 1966. 47

KHALIL IBRAHIM Batik Abstract No. 2 Silk screen • 122 x 104cm • 1972 48 SEMANGAT MAYBANK ART COLLECTIONS VOL. 1


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook