Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Inovasi Situasi

Inovasi Situasi

Published by Siti Najwa, 2021-12-10 03:06:01

Description: Inovasi Situasi

Search

Read the Text Version

Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Penghulu penghulu mukim serta wakil wakil ketua-ketua jabatan. Selepas solat jumaat, Y.D.H Dato OBJ Hilir Perak serta ahli rombongannya beramah mesra bersama ajk serta ahli qoryah masjid, jamuan makan, sesi fotografi dan kemudiannya berangkat ke Masjid Baru Bina Taman Cicely bagi melihat perkembangan pembinaannya dengan lebih dekat.

LAPORAN AKTIVIT BERGAMBAR PPMD HILIR PERAK BULAN OKTOBER 2018 1. SISTEM PENGURUSAN e-AKAUN MASJID (SPeAK) 3 OKTOBER 2018 - Bertempat di Kolej Komuniti Teluk Intan telah berlangsung dengan jayanya Bengkel /Taklimat Sistem Pengurusan e-Akaun Masjid ( SPeAK ) anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak JAIPk dan KPERAK dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak serta Kolej Komuniti Daerah Hilir Perak.Program bermula pada 9.15 pagi dengan ucapan pembukaan Pengacara Majlis oleh Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak dengan mengalukan ngalukan kehadiran penceramah dan jawatankuasa masjid, seterusnya mempersilakan Penceramah jemputan Ybhg Tuan Muhammad Arsyad Pegawai KPERAK yang telah menyampaikan ceramah dan pencerahan begitu berkesan tentang pengunaan sistem SPeAK ini. Seramai 36 orang peserta dikalangan bendahari dan wakil masjid dalam daerah hilir Perak memberi tumpuan serta komitmen yang tinggi sepanjang bengkel tersebut dijalankan. Tujuan pendedahan sistem ini diadakan bagi membolehkan pihak masjid menyimpan maklumat kewangan masjid dan ianya juga dapat memberi kemudahan pada pihak masjid serta Jabatan JAIPk membuat pemantauan atau penyelarasan dari masa ke semasa. Turut sama hadir Ybhg Tn Nizam BPM JAIPk, Ybhg Us Ahmad Kamarul Ariffin Imam Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak dan kakitangan kakitangan kolej komuniti Hilir Perak.Akhir program diadakan Sesi fotografi bersama sama bendahari masjid dan jamuan makan tengahari.

2. BENGKEL KEWANGAN MASJID (SPeAK) 4 OKTOBER 2018 - Satu pendekatan Bengkel yang dinamakan Sistem Pengurusan e-Akaun Masjid (SPeAK) kepada Bendahari Bendahari Masjid dalam Daerah Bagan Datuk telah dijalankan dengan jayanya di Kolej Komuniti Daerah Bagan Datuk.Bengkel anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak JAIPk dan KPERAK dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk serta Kolej Komuniti Bagan Datuk ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan 57 peserta terdiri dari bendahari dan wakil masjid. Bermula dengan ucapan pendahuluan oleh Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk dengan mengalukan ngalukan kehadiran penceramah dan jawatankuasa masjid, kemudian seterusnya taklimat bengkel yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Muhammad Arsyad dan En Lokman Pegawai KPERAK memberi pencerahan tentang penggunaan kaedah kaedah sistem SPeAK dengan lebih efisyen dan berkesan dalam menyimpan data kewangan masjid.Turut sama hadir Ybhg Tn Hj Zainuddin B Kasmuri Pengarah Kolej Komuniti Bagan Datuk,Ybhg Tn Muhammad Khairul Basri bin Osman Pegawai Tadbir Agama Bagan Datuk,Ybhg Tn Nizam BPM JAIPk,Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk dan kakitangan kakitangan kolej komuniti Bagan Datuk.

Mengakhiri program, satu ucapan perasmian penangguhan bengkel telah disampaikan oleh Ybhg Us Hj Muhammad Khairul Basri Osman PTA Bagan Datuk, juga turut diadakan sesi fotografi bersama sama bendahari masjid dan jamuan makan tengahari. 3. WACANA INTELEKTUAL AKIDAH : KEPELBAGAIAN ALIRAN PEMIKIRAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 9 Oktober 2018 / 29 Muharram 1440H (Selasa) Bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Perak (ILKKMSAS), Tg Rambutan Ulu Kinta, Ipoh, satu Wacana Intelektual Akidah Kepelbagaian Aliran Pemikiran Menurut Perspektif Islam telah selamat diadakan dengan jayanya. Wacana ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Islam Malaysia (JAKIM) dengan mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN). Penganjuran wacana ini bertujuan antaranya bagi memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat berkaitan ciri-ciri akidah Islamiah yang bertepatan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah serta menyedarkan masyarakat akan bahayanya serangan pemikiran Barat. Dengan jumlah peserta yang hadir seramai hampir 1000 orang melibatkan Guru Takmir Negeri Perak, Guru Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa dan Pegawai Masjid serta kakitangan ILKKMSAS, objektif dan matlamat wacana ini tercapai sepenuhnya.

Wacana Intelektual Akidah ini dimulakan dengan sesi pembentangan kertas kerja pertama bertajuk Ghazwul Fikri Dan Kaedah Menanganinya oleh Dr Wan Fariza Alyati binti Wan Zakaria, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya disambung dengan sesi pembentangan kertas kerja kedua bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah di Nusantara oleh Dr Abdul Rahman bin Mahmood, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tepat jam 11 pagi, wacana diteruskan lagi dengan forum bertajuk Menangani Cabaran Dan Isu-Isu Semasa Islam. Forum ini dimoderatorkan oleh Al-Fadhil Tuan Mohd Zaidi bin Ramli, Timbalan Yang Dipertua YADIM, dan antara barisan ahli panelnya ialah YBhg S.S. Tuan Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Prof Madya Dr. Azmil bin Zainal Abidin, Pensyarah Universiti Malaya (UM), serta Prof Madya Dr. Khalif Muammar bin A. Harris, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Wacana ini diakhiri dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Dalam ucapan perasmian, beliau menyampaikan salam dan tahniah daripada Ketua Pengarah Jakim dan semua yang hadir. Beliau juga menyebutkan akan peri pentingnya pegangan akidah dalam mendepani cabaran arus globalisasi hari ini. Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah YBhg. Dato' Hj Mohd Yusop bin Hj Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, YBhg. Tuan Hj Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Shaiful Nizam bin Not wakil MAIPk serta wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Unit Takmir & PPMD Perak turut terlibat sebagai urusetia bersama dalam program ini.

4. FIVE IN ONE 11 OKT 2018 - Pergerakan PPMD Hilir Perak Us Mohd Shukor bermula apabila telah dijemput oleh YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin, DPMP., KMN., AMP., AMN., PPT Orang Besar Jajahan Hilir Perak, untuk tujuan Breafing Program Pengimarahan Masjid Kembara Solat Jumaat YDH Dato' OBJ Hilir Perak bersama ketua ketua jabatan dalam Daerah Hilir Perak. Rombongan bersama Us Shukor dalam pertemuan itu ialah En Hazri Unit Hartanah MAIPk, En Solahuddin Unit Agihan MAIPk dan En Hadi Pratikal MAIPk juga turut memperjelaskan portfolio serta peranan masing- masing di MAIPk Caw Teluk Intan. Setelah pertemuan itu, Us Mohd Shukor bersama rombongannya ke Sekolah Kebangsaan Sg Durian untuk tujuan membincangkan permohonan peruntukan dari MAIPk bagi pembinaan surau baru sekolah tersebut. Guru Penolong Kanan Tn Mustapana bersama guru gurunya telah menyambut mesra kehadiran rombongan dan mengharap agar permohonan peruntukan tersebut diluluskan bagi mempercepatkan proses pembinaan surau barunya, yang mana dapat digunakan oleh murid murid serta guru guru dalam menjalankan aktiviti keagamaan. Setelah selesai urusan di SK Sungai Durian, PPMD Hilir Perak bersama rombongannya singgah solat zohor di Masjid Ubudiah Sg Durian dan turut mengadakan perbincangan bersama jawatankuasa masjid tentang langkah langkah persiapan Program Pengimarahan Masjid Kembara Solat Jumaat YDH Dato' OBJ bersama rombongannya yang akan diadakan pada jumaat esok.Semasa perbincangan, jawatankuasa masjid juga turut membawa PPMD Hilir Perak meninjau tahap kebersihan disekeliling masjid dan menyambut baik beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Us Mohd Shukor. Mengambil kesempatan berada Mukim Sg Durian,Unit Agihan En Solahuddin mengajak Us Mohd Shukor bersama rombongannya melihat permohonan bantuan asnaf yang tinggal di sekitar kariah Sg Durian. Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Unit Agihan dan ahli rombongan sempat singgah ke pusat bantuan bencana banjir di Changkat Jong bagi mengambil maklumat mangsa banjir untuk tujuan bantuan yang sewajarnya. Secara tidak langsung pergerakan Five In One pada hari ini dapat mengabungkan gerak kerja Unit Pengurusan Masjid Surau UPMS, Unit Hartanah UH dan Unit Agihan MAIPk Caw. Teluk Intan.

5. ROMBONGAN KEMBARA & PENGIMARAHAN MASJID 12 Okt 2018 - Masjid Ubudiah Mukim Sg Durian telah menjadi destinasi pilihan bagi menjayakan Program Kembara Pengimarahan Masjid dan Solat Jumaat bersama YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak serta ahli rombongannya yang terdiri dikalangan Ketua Ketua Jabatan, wakil wakil Jabatan, Penghulu Penghulu Mukim dalam Daerah Hilir Perak. Program yang bermula sebelum khutbah Jumaat, dengan ucapan oleh Ybhg Tn Syamsul Alauddin Pengerusi Majlis Komuniti Kampung MPKK dengan memperkenalkan ajk masjid dan menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal perkembangan masjid. Seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak, antara intipati ucapannya menceritakan tentang sejarahnya ketika kecil yang mana ayahnya pernah menjawat jawatan sebagai Penghulu Mukim Sg Durian dan pada masa yang sama menyentuh tentang pengurusan pentadbiran masjid agar dilaksanakan dengan baik dari segi usaha ahli jawatankuasa meningkatkan lagi dana masjid dari masa ke semasa. Hadir sama mengimarahkan program tersebut Ybhg Tn Syamsul Ridwan B Idris Pemangku Pegawai Daerah Hilir Perak, YDH Toh Mahkota Lela Toh Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, YDH Toh Tan Dewa Sakti Toh Zulkifli Dato Zakaria Orang Besar 32, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar Pegawai Tadbir Agama Hilir Perak, Ybhg En Solahuddin wakil Pegawai Baitumal Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ybhg Tn Firdaus Penghulu Mukim Sg Durian, Ybhg Tn Mokhtar Penghulu Durian Sebatang serta wakil wakil ketua-ketua jabatan. Selesai solat jumaat, Y.D.H Dato OBJ Hilir Perak serta ahli rombongannya beramah mesra bersama jawatankuasa masjid, ahli qoryah masjid, jamuan makan dan sesi fotografi beramai ramai. Dengan diadakan program seperti ini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan Pemimpin Masyarakat bersama Ahli Qoryah Masjid bagi mendekati dan mengatasi permasalahan yang timbul di kampung tersebut.

6. PROGRAM AMAL & GOTONG ROYONG 13 OKT 2018 - Atas dasar penuh keperihatinan dan tanggungjawab, pihak Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak dengan Kerjasama Universiti MAHSA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM telah menganjurkan Program Kembara Amal Gotong Royong YDH Dato' OBJ Hilir Perak bersama Fakulti Kejururawatan Kebidanan Universiti Mahsa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Teluk Intan. YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Meor Ridwan B Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak berkenan hadir menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan program amal tersebut. Apa yang membanggakan adalah sumbangan dan kerjasama yang baik diperolehi daripada pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta terhadap program ini amat memberansangkan. Dalam program ini juga, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak turut mengambil peluang menyalurkan sumbangan bagi melancarkan lagi perjalanan program gotong royong ini. Program amal ini yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang telah melibatkan anggaran seramai 45 orang pelajar di bawah Fakulti Kejururawatan Kebidanan Universiti Mahsa memilih untuk melakukan kerja-kerja amal gotong royong seperti mengecat bangunan dan membersihkan kawasan sekitar. Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Hilir Perak Us Mohd Shukor Abdillah telah diberi amanah oleh YDH Dato' OBJ untuk mengacarakan program perasmian gotong royong itu. Tetamu jemputan yang hadir sama memeriahkan program Ybhg Tn Azmin B Dato' Othman Negara Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK Sinar Intan, Ybhg Tn Mohd Faisal b Abd Rahman wakil Pegawai Daerah Hilir Perak, YDH Toh Mahkota Lela Toh Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, YDH Toh Tan Dewa Sakti Toh Zulkifli B Dato Zakaria Orang Besar 32, Ybhg Tn Mohd Firdaus B Othman Pegawai JKM Hilir Perak, Ybhg Ms Zainoriah Bt Dato' Zakaria Head Departmen Pre Regestration And PostGraduate Nursing Programs MAHSA Universiti, Ybhg En Solahuddin wakil Pegawai Baitumal Daerah Hilir Perak, Ybhg Tn Norhisham Penghulu Mukim Durian Sebatang, Ybhg Tn Mokhtar juga Penghulu Durian Sebatang serta wakil wakil ketua-ketua jabatan.

Menerusi program ini juga, pelajar-pelajar Kejururawatan Kebidanan MAHSA Universiti serta agensi yang terlibat memperoleh pelbagai pengalaman serta memahami tanggungjawab sebagai salah seorang anggota masyarakat prihatin dan mempunyai kesedaran serta keinsafan terhadap golongan yang hidup dalam kedaifan. Dengan mengaplikasikan teori-teori Perhubungan Awam, secara tidak langsung memberi pendedahan sepenuhnya dengan apa yang dikatakan amalan perhubungan awam di dalam sebuah organisasi. 7. SEMINAR BICARA KEUSAHAWANAN BELIA MASJID PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 18 Okt 2018 : Bertempat di Dewan Kuliah Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak telah berlangsung dengan jayanya Seminar Keusahawanan Belia Masjid Peringkat Daerah Hilir Perak Anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak bersama sama Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak.Bicara seminar ini membentangkan tiga slot, bermula dengan Slot Pertama yang bertajuk Ke Arah Memperkasa Masjid : Fungsi Biro Belia Masjid yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Amir Sufrilnizam Shaari Penolong Pengarah Unit Imarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk.Seterusnya Slot kedua yang bertajuk Peranan FAMA dalam membangunkan Ekonomi Masyarakat dan Peluang Kerjaya yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Abdul Rahim Mohktar Penolong Pengarah FAMA Negeri Perak Bahagian Peruncitan dan slot yang terakhir dengan tajuk Isu Halal Haram dan Prosuder Persijilan Halal yang telah disampaikan oleh Ybhg Us Yusri Penolong Pengarah Unit Halal JAIPk. Kehadiran para peserta dikalangan belia masjid amat memberangsangkan dan dianggarkan lebih 127 orang peserta sekitar 42 buah masjid dalam daerah Hilir Perak telah hadir memberi tumpuan serta kerjasama yang penuh sepanjang sesi seminar dijalankan. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Adun Titi Serong Tuan Hasnul Zulkarnain b Abd. Munaim, juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Exco Kerajaan Negeri Perak. Antara tetamu kehormat yang hadir menyerikan majlis ini YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato’ Hj Meor Redwan b. Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Turut sama hadir YBhg. Tuan Mohd Faisal b. Abdul Rahman wakil Pegawai Daerah Hilir Perak, AF Tuan Hj Mustafa b. Hj Jaafar Pegawai Agama Hilir Perak, YBhg. Tuan Abdul

Rahman b. Mohktar Penolong Pengarah FAMA Negeri Perak Bahagian Peruncitan, AF Ust. Ahmad Kamarul Ariffin b. Rafa’ i IMAM Daerah Hilir Perak selaku urusetia program, AF Ust Mohd Shukor Abdillah b. Razali Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Hilir Perak selaku urusetia program dan pengacara majlis serta hadir sama wakil wakil NGO. Sebelum majlis bersurai, YDH OBJ Hilir Perak berkenan menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Tuan Hasnul Zulkarnain b. Abd Munaim kerana sudi merasmikan program dan kemudiannya diadakan sesi bergambar serta jamuan makan tengahari. 8. TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU TAKMIR ZON UTARA TAHUN 2018 Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis telah mengadakan program Tafaqquh Fiddin Perdana Guru Takmir Zon Utara Tahun 2018 dengan jayanya di Hotel Syuen, Ipoh Perak pada 28 hingga 30 Oktober 2018. Program ini telah dihadiri oleh 200

orang peserta yang terdiri daripada guru-guru takmir daripada negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Slot pengisian telah diisi dengan diskusi Kitab Fatwa Imam Al-Nawawi Sumber Rujukan Fatwa Mazhab Syafi’ e disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil. Sepanjang program para peserta telah bertalaqi dan mendalami asas-asal fiqh berfatawa untuk diterapkan dalam pengajian kelas-kelas takmir. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Asmuni Awi Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ybhg Tuan Haji Abdul Halim bin Ahmad Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Ybhg Dato' Haji Mohd Yusop Husin Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Ybhg Tn Hj Harith Fadzillah Timbalan Pengarah JAIPk, Ybhg SS Al Fadil Us Zambri Hashim Tmbln Mufti Negeri Perak, Ybhg Tn Hj Jamali Adnan KPP BKI JAKIM, KPP KPP Negeri Perak, PPK, PTA seluruh Negeri Perak, Pegawai-Pegawai Takmir Negeri Zon Utara serta PPMD seluruh Negeri Zon Utara . Secara tidak langsungnya, Negeri Perak telah terpilih menjadi tuan rumah dan Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk serta PPMD Negeri Perak berperanan penting sebagai urusetia program tersebut.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR PPMD HILIR PERAK BULAN NOVEMBER 2018 1. IMARAH MASJID : MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2 NOV 2018 - Bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizuddin Shah, satu Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Peringkat Daerah Hilir Perak telah diadakan dengan jayanya di Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan. Bermula seawal 12.15 tenggahari, majlis bacaan yasin dan doa selamat tersebut telah dipimpin dengan sempurnanya oleh Ybhg Al Fadil Us Ahmad Kamarul Arifin B Rapie Imam Daerah Hilir Perak. Majlis tersebut turut dihadiri Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Ybhg Superintenden Yahaya Hassan Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, YDH Toh Mahkota Lela Toh Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, Ybhg Us Zamhana B Ismail Pegawai Khas Agama bagi Ahli Parlimen Bagan Datuk, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Penghulu Penghulu Mukim Durian Sebatang, Pegawai Pegawai PDRM Hilir Perak serta wakil wakil ketua-ketua jabatan. Selesai solat jumaat, Y.D.H Dato OBJ Hilir Perak serta pegawai pegawai kerajaan

beramah mesra bersama jawatankuasa masjid, ahli qoryah masjid dan sesi fotografi beramai ramai. Dengan diadakan program seperti ini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan Pimpinan Pentadbiran Kerajaan bersama ahli-ahli masyarakat kariah masjid tersebut. 2. Bengkel Sistem Maklumat Imam, Surau & Masjid (SISMIM) kepada PPMD Perak 7 November 2018 - Telah selesai Bengkel 1 untuk harini, Bengkel Sistem Maklumat Imam, Surau & Masjid (SISMIM) kepada PPMD Perak yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Yusof B Sham Penolong Pengarah BKI JAKIM di Hub Inovasi & Multimedia KPerak Meru Ipoh. Turut sama hadir Ybhg Tn Syarafi BKI JAKIM, Ybhg Tn Saiful Nizam Not Pengurus Unit Pembangunan Ummah MAIPk, Ybhg Tn Syam Penolong Pengurus Unit Latihan MAIPk. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari, bermula hari ini hingga petang esok. Sumber: PPMD HILIR PERAK

3. WACANA INTELEKTUAL AKIDAH : KEPELBAGAIAN ALIRAN PEMIKIRAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 8 November 2018M / 30 Safar 1440H (Khamis) Bertempat di Dewan Majlis Pembandaran Teluk Intan, satu Wacana Intelektual Akidah Kepelbagaian Aliran Pemikiran Menurut Perspektif Islam telah selamat diadakan dengan jayanya. Wacana ini telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak dengan mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Pembandaran Teluk Intan (MPTI). Penganjuran wacana ini bertujuan antaranya bagi memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat berkaitan ciri-ciri akidah Islamiah yang bertepatan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah serta menyedarkan masyarakat akan bahayanya serangan pemikiran Barat. Dengan jumlah peserta yang hadir seramai hampir 500 orang melibatkan Guru Kafa, Guru Takmir Negeri Perak, Guru Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa dan Pegawai Masjid serta wakil wakil pelbagai agensi jabatan, objektif dan matlamat wacana ini tercapai sepenuhnya. Wacana Intelektual Akidah ini dimulakan dengan sesi pembentangan kertas kerja pertama bertajuk Ghazwul Fikri Dan Kaedah Menanganinya oleh Prof Dr Hj Khairuddin B Hj Salleh, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya disambung dengan sesi pembentangan kertas kerja kedua bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah di Nusantara oleh

Dr Abdul Rahman bin Mahmood, Pengarah Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sepanjang pembentangan ini juga, dijalankan sesi soal jawab diantara para peserta dan penceramah. Pengacara bagi program Wacana ini diamanahkan kepada Us Mohd Shukor Abdillah bin Razali Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Hilir Perak. Turut sama hadir Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir BPM JAIPk, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hilir Perak, Ybhg Us Ahmad Kamarul Ariffin Rapie Imam Daerah Hilir Perak dan wacana turut diurusetiakan oleh kakitangan kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak. Wacana ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian cenderahati kepada penceramah penceramah jemputan yang disempurnakan oleh Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hilir Perak dan diiringi oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir BPM JAIPk serta sesi bergambar bersama penceramah. 4. IMARAH MASJID : FORUM PERDANA ZAKAT & WAKAF

13 November 2018M / 5 Rabiulawal 1440H (Selasa) Bertempat di Masjid At-Taqwa Padang Tembak Teluk Intan, satu Program Imarah Masjid yaitu Forum Perdana dengan tajuk \"Harta Kita Hak Kita\",\"Kawan Atau Lawan\" Peringkat Daerah Hilir Perak telah selamat diadakan dengan jayanya. Forum ini telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak MAIPk dengan mendapat kerjasama MAIPk Caw Daerah Hilir Perak serta Jawatankuasa Masjid At- Taqwa Padang Tembak Teluk Intan.Penganjuran forum ini bertujuan antaranya bagi memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat berkaitan Zakat dan Wakaf. Dengan jumlah ahli jemaah yang hadir seramai hampir 200 orang melibatkan Jawatankuasa dan Pegawai Masjid serta wakil wakil pelbagai agensi jabatan, objektif dan matlamat forum ini tercapai sepenuhnya. Antara Ahli Panel Forum tersebut terdiri dari Ybhg AlFadil Us Azhar B Latif Pendakwah Korporat MAIPk, juga merupakan Pengetua Tahfiz Al Ulya Manjoi, manakala Ahli Panel yang kedua Ybhg Al Fadil Ustaz Munawir B Muhamed Noh Pegawai MAIPk juga merupakan Mantan Atase Pendidikan Negeri Perak di Mesir dan diModeratorkan oleh Ybhg Mohd Razif B Mokhtar Pegawai Baitumal Daerah Parit Buntar.Dalam pada masa yang sama kaunter Zakat dan pameran oleh MAIPk juga dibuka di pekarangan masjid. Turut sama hadir mengimarahkan program Ybhg AlFadil Us Hafizi B Syarif PPMD Kampar, Ybhg Tn Zul Azri Bin Hosaini Pegawai Baitumal Daerah Hilir Perak,Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ybhg Tn Norhisham Penghulu Mukim Durian Sebatang, Ahli Ahli MPKK, dan forum diurusetiakan oleh kakitangan kakitangan HQ MAIPk Ipoh bersama Staf Maipk Daerah Hilir Perak. Forum ini diakhiri dengan jamuan makan malam serta sesi bergambar bersama penceramah.

5. KEMBARA SOLAT JUMAAT & PENGIMARAHAN MASJID 16 NOV 2018 - Kali ini Masjid as-Saadah Kg Selabak Mukim Durian Sebatang telah menjadi pilihan bagi menjayakan Program Kembara Pengimarahan Masjid dan Solat Jumaat bersama YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak berserta ahli rombongannya yang terdiri dikalangan Ketua Ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan, Penghulu Penghulu Mukim dalam Daerah Hilir Perak. Program yang bermula sebelum khutbah Jumaat, dengan ucapan oleh Ybhg Tn Tanusi B Maulud Pengerusi Masjid as-Saadah Kg Selabak dengan memperkenalkan ajk-ajk masjid dan menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal perkembangan masjid. Seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak, antara intipati ucapannya menyentuh tentang peranan AJK Masjid dalam menyemarakkan program program pengimarahan masjid bagi meningkatkan ukhuwah dan perpaduan dikalangan ahli qariah Kg Selabak.Hadir sama mengimarahkan program tersebut YB Dato' Azhar Jamaluddin Adun Changkat Jong, YDH Toh Mahkota Lela Toh Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, Ybhg Tn Ismail SU YDP MPTI, Ybhg Tn Zul Azri B Hosaini Pegawai Baitumal Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ybhg Tn Norhisham Penghulu Durian Sebatang serta wakil wakil ketua-ketua jabatan. Selesai solat jumaat, Y.D.H Dato OBJ Hilir Perak serta ahli rombongannya beramah mesra bersama jawatankuasa masjid, ahli qoryah masjid, sesi fotografi beramai ramai dan jamuan makan. Pihak Masjid juga berbesar hati menyampai Buah Nenas sebagai tanda cenderahati kepada YDH Dato OBJ Hilir Perak dan Bersama-sama ahli rombongannya. Dengan diadakan program seperti ini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan Pemimpin Masyarakat bersama Ahli Qoryah Masjid bagi mendekati dan mengatasi permasalahan yang timbul di kampung tersebut. Sekalung penghargaan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid as- Saadah Kg Selabak yang telah berjaya merealisasikan matlamat utama program ini.

6. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018 M / 1440 H 21 NOV 2018 - Bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Daerah Hilir Perak, pihak sekolah tersebut berbesar hati menjemput PPMD Hilir Perak Us Mohd Shukor bagi menyampaikan ceramah Maulidur Rasul dengan tajuk Tema Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan \"Menyantuni Umat Membawa Rahmat\". Seramai lima ratus orang murid dari tahap satu hingga enam sekolah tersebut telah mengikuti ceramah dan memberi tumpuan yang sepenuhnya sepanjang sesi ceramah dijalankan. Pada masa yang sama, PPMD Hilir Perak Us Mohd Shukor turut dijemput menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Agama kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam Pendidikan Agama Sekolah tersebut. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg En. Jamaluddin Bin Mustafa Guru Besar SK Sultan Abdul Aziz Hilir Perak, Ybhg Us Khairul Akmar Guru Takmir Daerah Batang Padang, juga merupakan tenaga pengajar di sekolah tersebut, serta Guru guru dan majlis diakhiri dengan sesi jamuan dan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Bagi PPMD Hilir Perak,Majlis seumpama ini adalah merupakan \"Kegiatan Luar Tugas Rasmi\" yang sedia ada didalam Borang LNPT Sasaran Kerja Tahunan SKT.

7. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & MAJLIS IHTIFAL 21 NOV 2018 - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ihtifal Peringkat Sekolah Rendah Agama Rakyat KAFA Nurul Huda SRAR NH di Taman Pelangi Langkap. Majlis Ihtifal ini diadakan bagi memberi pengiktirafan, penghargaan kepada murid murid yang telah mencapai tahap kecemerlangan serta mewujudkan kepada murid murid untuk menyertai secara aktif aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun Negara.Dalam pada itu dapat menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri murid supaya cemerlang dalam apa jua bidang dengan berfikiran kreatif dan inovatif. Ucaptama majlis tersebut telah disampaikan oleh Ybhg Us Mohd Sobri B Mohd Nor selaku Guru Besar SRAR Nurul Huda bagi menceritakan tentang perihal pendidikan dan pencapaian sekolah, seterusnya ucapan dari Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah SRAR NH Merangkap PPMD Hilir Perak Ybhg Us Mohd Shukor menfokuskan kepada pengurusan serta menambah baik dari sudut prasarana sekolah tersebut. Majlis Perasmian Ihtifal telah disempurnakan oleh YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin DPMP.,KMN.,AMP.,AMN.,PPT Orang Besar Jajahan Hilir Perak, semasa perasmian antara intipati ucapan YDH Dato' OBJ menganggap bahawa Majlis Ihtifal seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dikalangan Ibubapa, Guru-Guru, Ahli Jemaah

Pengurusan Sekolah serta murid-murid. Selesai ucapan perasmian, pihak sekolah melalui Pengerusi Jemaah Pengurusan SRAR NH Us Mohd Shukor telah menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada YDH Dato' OBJ Hilir Perak. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada murid murid yang terbaik dalam mata pelajaran Fiqah, Sirah, Aqidah dan subjek-subjek yang lain. Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh YDH Dato' OBJ Hilir Perak, Pengerusi Sekolah, Penghulu Mukim Changkat Jong dan Pengerusi MPKK Langkap.Dif dif jemputan yang hadir sama memeriahkan Ihtifal Ybhg En. Azizul Bin Abdul Aziz. Penghulu Mukim Changkat Jong, Ybhg En Muhammad Danian B Ayob Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Langkap, Ybrs Us Mohd Shukor Abdillah B Razali Pengerusi Jemaah Pengurusan SRAR Nurul Huda Taman Pelangi Merangkap Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Hilir Perak, Ahli Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah, Ibubapa bapa serta tetamu tetamu jemputan. Majlis berakhir dengan jamuan makan serta lawatan ke bilik guru, kelas dan kantin bagi tujuan menaik tarafkan lagi kantin di sekolah tersebut.

8. IMARAH MASJID : SG KERAWAI BERSELAWAT 23 NOV 2018 - Pihak Jawatankuasa Qaryah Masjid Abdul Salam Al Masud Kampung Sg Kerawai Hilir Perak dengan kerjasama Belia 4 B Parlimen Teluk Intan telah menganjurkan dengan jayanya Program Pengimarahan Masjid iaitu Sambutan Maulidur Rasul dan Sg Kerawai Berselawat di Masjid Abdul Salam tersebut.Program yang bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari Adik Md Aqil Khair B Mohd Fairos merupakan Juara Tahfiz Muda Astro Oasis ,setelah itu, program telah disempurnakan perasmiannya oleh YDH Toh Muda OKK Laksamana Raja Mahkota Dato Hj Meor Redwan b Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Selesai ucapan perasmian dari YDH Dato' OBJ Hilir Perak, program pengimarahan masjid diteruskan lagi dengan Alunan Qasidah Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dari pelajar pelajar Maahad Tahfiz Chenderong Balai yang menyemarakkan lagi suasana Ahli Qaryah Sg Kerawai Berselawat. Selepas selesai Alunan Qasidah Selawat program diteruskan lagi dengan sesi ceramah dengan tajuk Keagungan Keperibadian Rasulullah yang telah disampaikan oleh Ybhg Kapten Dato’ Ustaz Muhammad Najmuddin Hj Elias Al Hafiz. Seramai 500 orang para jemaah yang hadir memberi tumpuan yang sepenuhnya sepanjang sesi ceramah dijalankan.Antara yg hadir menyerikan majlis tersebut, YDH Toh Mahkota Lela Tuan Hj Abu Bakar bin Mohamad Orang Besar 32 Perak, YBhg Puan Rogayah wakil kepada Puan Pegawai Daerah Hilir Perak, YBhg Tuan Aziz wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah, YBhg Ustaz Mohd Shukor Abdillah b Razali Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, YBhg En Norsham b Abdul Kadir Penghulu Mukim Durian Sebatang, YBrs En Nazmi selaku Pengerusi Belia 4B (M) serta wakil-wakil jabatan.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dari pihak masjid kepada YDH Dato OBJ Hilir Perak dan Penceramah Jemputan, Selesai solat isyak berjamaah, Dif-Dif Jemputan ke jamuan makan dan sesi bergambar bersama sama Jawatankuasa Qaryah Masjid Abdul Salam Al Masud. LAPORAN BERGAMBAR AKTIVIT PPMD HILIR PERAK BULAN DISEMBER 2018 1. MESYUARAT PENYELARASAN SOP DAN KAEDAH GERAK KERJA TAKMIR PERAK 4 Dec 2018 - Satu Mesyuarat Penyelarasan SOP Dan Kaedah Gerak Kerja Takmir Perak telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk, yang mana mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybhg Al Fadil Ustaz Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir BPM JAIPk, turut sama mengikuti mesyuarat PPMD Kuala Kangsar Ustaz Faizal, PPMD Tapah Ustaz Anwar dan Ustaz Mohd Shukor PPMD Hilir Perak. Dalam pada itu, pengerusi mesyuarat Tn Hj Muhammad Imran Ibrahim telah mengagihkan beberapa kategori pelaksanaan Penyelarasan SOP & Kaedah Gerak Kerja Takmir Perak .kepada PPMD Kuala Kangsar Ustaz Mohd Faizal untuk melaksanakan kategori Skima Pemarkahan Guru Takmir SGTM ,manakala PPMD Tapah Ustaz Anwar bagi kategori Infografik Laporan serta Pemantauan Guru Takmir dan PPMD Hilir Perak Ustaz Mohd Shukor dari sudut kategori penulisan laporan situasi.Secara langsungnya dengan melaksanakan Penyelarasan SOP dan Kaedah ini dapat memberi manfaat serta impak yang positif pada PPMD Perak agar ianya merupakan inovasi PPMD & Takmir Perak.

2.PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID BICARA MAULIDUR RASUL BERSAMA UNIT TAKMIR DI MANJUNG 5 Dis 2018- Bertempat di Masjid Sultan Alang Iskandar Shah, Kg Dato' Seri Kamaruddin, Manjung telah diadakan dengan jayanya Program Pengimarahan Masjid Bicara Maulidur Rasul Bersama Unit Takmir BPM JAIPk, program tersebut telah dianjurkan oleh Pihak Jawatankuasa Masjid dengan kerjasama PPMD Manjung Ustaz Mohamad Firdaus Arbangi bagi mewakili Pejabat Agama Islam Daerah Manjung dan MAIPk Caw Manjung. Program bermula dengan ucapan sesi taaruf PPMD Manjung Ustaz Mohamad Firdaus Arbangi bersama Ahli Qariyah Masjid serta jemaah yang hadir untuk berkongsi segala maklumat atau urusan berkaitan pelaksanaan program program masjid dalam Daerah Manjung. Setelah ucapan itu, PPMD Manjung mempersilakan Ahli Panel iaitu Ybhg Tuan Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Takmir BPM JAIPk dan Moderator Ustaz Mohd Shukor PPMD Hilir Perak meneruskan Bicara Maulidur Rasul dengan Tajuk Law Kana Bainana Habib.

Pengimarahan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan jemaah serta ahli qoryah Kg Dato' Seri Kamaruddin Manjung dan sesi jamuan makan malam telah mengakhiri program Pengimarahan Masjid Sultan Alang Iskandar Shah. 3. PELAPORAN PROGRAM PENGIMARAHAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA UNIT TAKMIR BPM JAIPK DI IPD MANJUNG Assalamualaikum YDH Dato' Pahlawan KP Perak/ Dato' T/KP/Dato' Dato', Tuan-Tuan, Puan- Puan 1. Program: Forum Maulidur Rasul, tajuk: \"Menyantuni Ummah Membawa Berkat\". 2. Penganjur: Surau Al Amin dgn kerjasama BIPS Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung. 3. Tarikh / Masa: 06/12/2018 (Khamis)/ 8:30 pagi hingga 11:00 pagi 4. Tempat: Dewan Serbaguna IPD Manjung 5. Penceramah: 1. Panel: Ustaz Mohamad Imran Bin Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan (Takmir) Bahagian Pengurusan Masjid, Jaipk. 2. Moderator: Ustaz Mohd Shukor Abdillah Bin Razali Penyelaras Masjid Daerah Hilir Perak. 6. Kehadiran

1. ASP Mahazir Bin Ahmad KCKD 2. Insp Sri Indri Mastuty Bt Md Deni Perlesenan 3. Insp Mardiah Binti Abdullah BSJK 4. Insp Khairul Zaman Bin Mohd Nor Caw Khas 5. Insp Zainarida Emilia Binti Zaidi BSJK 6. Insp Lily Suryana Bt Roslaili BSJK 7. Pegawai Kanan (56) PRP (12) Pegawai Awam (1) PERKEP Jumlah: 75 7. Aktiviti: • Kata2 Aluan Pengacara Majlis • Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhamand • Forum Maulidur Rasul • Sesi soal jawab 8. Objektif: • Melahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad saw yg merupakan rahmat sekalian alam. • Meningkatkan pengetahuan tentang sejarah kelahiran Nabi Muhammad saw. • Mengetahui pengamalan sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad saw untuk diikuti. 9. Pencapaian: • Program berjalan dengan lancar. 10. Ulasan • Program turut disertai oleh Polis Marin Kg Acheh seramai 5 org. • Penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh YDH ASP Mahazir Bin Ahmad selaku Pengerusi Surau Al-Amin IPD Manjung. • Semoga ramai lagi peserta dapat mengikuti Program yg baik ini dikalangan Pegawai/Anggota/KTA & Perkep.

4. LAWATAN MAHABBAH KE MAAHAD TAHFIZ DAN KEMUKJIZATAN AL-QURAN 11 Disember 2018 Selasa telah dia diadakan satu lawatan mahabbah di Maahad Tahfiz Dan Kemukjizatan Al-Quran bertempat di Gerik, Kami di bawa ke sana oleh Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Gerik dan Pengkalan Hulu Ustaz Muhammad Syayuffi Bin Zahid Sapian sebagai Hos dalam Mesyuarat bulanan Penyelaras Pentadbiran Masjid bagi bulan ini.Setibanya kami disini pada 8.30 Pagi, Kedatangan kami disambut oleh Ust sulaiman bin yusuf mudir Maahad Tafiz dan Kemukjizatan Al-Quran dan beberapa Guru di sini. Kami di bawa ke bilik Mesyuarat bagi mendengar taklimat dan berkenaan Sejarah awal pembinaan Tahfiz tersebut oleh Mudir Ust sulaiman bin yusuf. Kami di maklumkan bahawa Tahfiz ini di bina pada awal tahun 2011 dan banyak di sumbangkan melalui orang ramai pengasasnya iaitu Dr Hj Mohd Fahmi Bin Abdul Khir sedikit biodata di lahirkan pada 20 Mac 1974 beralamat No 29 Jalan padi Malinja, Bendang Kerajaan, 33300 Gerik, Perak. Peringkat Pendidikan Beliau Sek.Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bandar Seri Iskandar. Kolej Islam Kelang. Madrasah al-Latifiyyat, Pengkalan Hulu. (Pondok Pakteh), Universiti of Jordan

(Sarjana Muda Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Pendidikan), Universiti Malaya (Sarjana), dan menyambung pengajiannya di Universiti Malaya (Doktor Falsafah). Maahad Tahfiz Dan Kemukjizatan Al Quran ini telah di rasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Pada Tahun 2014. Majlis ini juga di teruskan dengan ucapan daripada Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Gerik dan Pengkalan Hulu Perak Muhammad Syayuffi Bin Zahid Sapian dan menyampaikan Salam dari YDH Toh Muda Orang Kaya Seri Adika Raja Shah Bandar Muda Dato' Ar La Meor Roslan Bin Dato' Seri Haji Meor Ahmad Rashidi Orang Besar Jajahan Hulu Perak tidak dapat hadir kerana atas urusan yang tidak dapat dielakan. Beliau ucapkan selamat datang ke Pondok Air Jernih Gerik dan menyampaikan pesanannya supaya Institusi seperti ini dapat di perkasakan dan terus di bantu dari segi pembangunanya bagi melahirkan generasi Al Quran seiring dangan perkembangan tuntutan duniawi. Beliau juga merupakan penaung Maahad Tahfiz Dan Kemukjizatan Al Quran ini. Seterusnya ucapan dari Penolong Pengarah Kanan Takmir Negeri Perak Tuan Haji Muhammad Imran Bin Haji Ibrahim yang mewakili Ketua Penolong Pengarah BPM Jaipk Tuan Haji Saiful Azizi Bin Abdul Manap. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Maahad Tahfiz Dan Kemukjizatan Al-Quran Yang berbesar hati menerima rombongan Delegasi Bahagian Pengurusan Masjid Jaipk dan berkongsi cerita dan Pengalaman yang sangat berguna bagi kami PPMD Perak. Delegasi juga di bawa melihat Air Telaga Jernih yang di katakan menjadi tarikan di pusat Maahad Tahfiz Dan Kemukjizatan Al Quran dan kami di beri peluang untuk minum air tersebut. Selain itu kami juga di bawa melihat tempat Aktiviti memanah yang menjadi sukan utama pelajar-pelajar disini Sebelum bertolak ke Pejabat Agama Daerah Gerik untuk bermesyuarat. kami di hidangkan dengan jamuan makan oleh Pihak Maahad Tahfiz dan diadakan sesi bergambar bersama.

5. KEMBARA SOLAT JUMAAT & PENGIMARAHAN MASJID 14 Dis 2018 - Bertempat di Masjid Al-Muhajirin Simpang 4 Balai Polis Mukim Labu Kubong telah berlangsung dengan jayanya Program Kembara Pengimarahan Masjid dan Solat Jumaat bersama YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak berserta ahli rombongannya yang terdiri dikalangan Ketua Ketua Jabatan, wakil wakil Jabatan, Pegawai Pegawai PDRM, Penghulu Penghulu Mukim dalam Daerah Hilir Perak. Program yang bermula selepas solat Jumaat, dengan ucapan oleh Ybhg Tn Hj Ramli B Yusof Pengerusi Masjid Jamek Al Muhajirin Simpang 4 Balai Polis dengan memperkenalkan ajk masjid dan menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal perkembangan masjid. Seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak, antara intipati ucapannya menyentuh tentang peranan AJK Masjid dalam menyemarakkan program program pengimarahan masjid bagi meningkatkan ukhuwah dan perpaduan dikalangan ahli kariah Mukim Labu Kubong. Hadir sama mengimarahkan program tersebut, YDH Toh Mahkota Lela Toh Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, Ybhg Tn Mohd Faisal B Abd Rahman Penolong Pegawai Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ybhg Tuan tuan Penghulu Mukim Labu Kubong, Durian Sebatang dan Changkat Jong serta wakil wakil ketua-ketua jabatan. Selesai menyampaikan amanat dan ucapan, Y.D.H Dato OBJ Hilir Perak serta ahli rombongannya beramah mesra bersama jawatankuasa masjid, ahli qoryah masjid, sesi fotografi beramai ramai dan jamuan makan. Dengan diadakan program seperti ini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan Pempinan Masyarakat serta beberapa Agensi Kerajaan bersama Ahli Kariah Masjid bagi mendekati dan mengatasi permasalahan yang timbul di kampung tersebut. Sekalung penghargaan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Al Muhajirin Simpang 4 Balai Polis Labu Kubong yang telah berjaya merealisasikan matlamat utama program ini.

6. LAWATAN KERJA UNIT TAKMIR NEGERI TERENGGANU KE BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID JABATAN AGAMA ISLAM PERAK Selasa, 18 Disember - Bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Masjid JAIPK, telah berlangsung dengan jayanya satu sesi perjumpaan, lawatan kerja dan kunjungan mawaddah daripada Unit Takmir Negeri Terengganu hari ini. Rombongan daripada Unit Takmir Negeri Terengganu ini terdiri daripada seorang Pegawai Takmir Negeri Terengganu dan 6 orang Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah. Ketibaan delegasi ini telah disambut mesra oleh barisan pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dengan diadakan satu sesi perjumpaan. Sesi perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Tn Hj Saiful Azizi Bin Abd Manap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk. Dalam ucapan pengerusi, Tn Hj Saiful Azizi mengalukan-alukan kedatangan rombongan Unit Takmir Negeri Terengganu ke BPM JAIPK. Beliau juga sempat berkongsi kejayaan-kejayaan Unit Takmir Negeri Perak sepanjang tahun 2018 ini antaranya penghasilan modul sukatan dan kurikulum guru takmir, penghasilan modul fiqh kesihatan, penghasilan kitab hadis berkaitan jihad serta pembikinan jurnal takmir negeri Perak. Sesi pertemuan ini turut diisi dengan ucapan daripada Pegawai Takmir Negeri Terengganu, YBhg. Tn. Lukman bin Ibrahim, selaku ketua rombongan. Dalam ucapannnya, beliau menyatakan rasa penghargaan kepada pihak BPM atas layanan yang diberikan. Sebelum mengakhiri majlis, satu sesi fotografi dan penyerahan cenderahati kenang-kenangan telah diadakan. Peserta rombongan dijamu dengan makan tengahari sebelum bersurai.

Turut sama hadir dalam majlis ini ialah YBhg Tn Joshuade Reza Bin Mohd Zaini PPK Unit Kariah BPM JAIPk, YBhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Unit BPM JAIPk, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak dan Us Husny Fahmy PPMD Ipoh.

7. Majlis Persidangan Takmir Negeri Perak, Mesyuarat Penyelarasan Takmir Perak Bersama PPMD Perak Bil. 6/2018 dan SKT PPMD Perak 2019 serta Maĺam Penghargaan Takmir Perak 21 DIS 2018 / 9.30 P.M - Bertempat di Bilik Intan 3 Orient Star Resort Lumut, telah diadakan dengan jayanya Persidangan Mesyuarat Takmir Peringkat Negeri Perak. Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ybhg Dato' Hj Mohd Yusop B Hj Husin Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

Antara topik persidangan mesyuarat menjuruskan pada pelaksanaan program program takmir dengan lebih cemerlang lagi pada masa masa yang mendatang dan bermula pada tahun 2019 akan diguna pakai Modul Kokurikulum Pengajian Takmir kepada Guru Takmir Perak serta menguna pakai juga Modul Fiqh Kesihatan bagi seluruh masjid didalam Negeri Perak, ianya merupakan Modul yang pertama dilaksanakan di Malaysia. Setiausaha Persidangan Mesyuarat Takmir Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir BPM JAIPk turut membentang dan membacakan perutusan Prestasi Kecemerlangan Takmir pada tahun 2016 hingga 2018, antara intipati perutusannya, menyentuh tentang kejayaan PPMD Perak dalam melaksanakan Tafaqquh Fiddin Peringkat Daerah, Negeri serta Tafaqquh Fiddin Perdana Zon Utara Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Negeri Perak menjadi tuan rumah dengan cemerlangnya. Pada masa yang sama beliau turut melahirkan rasa gembira diatas Inovasi Inovasi SOP dari PPMD Kuala Kangsar Ustaz Mohd Faizal B Sapri yang menghasilkan SOP Soal Selidik Guru Takmir Malaysia SGTM, PPMD Tapah Ustaz Anwar Fauzi SOP Laporan Infografik dan PPMD Hilir Perak Ustaz Mohd Shukor SOP Situasi Report Sitrep, yang mana SOP SOP ini terpilih untuk dijalankan Bengkel PPMD bagi Zon Utara. Ahli ahli mesyuarat yang hadir terdiri dari Ybhg Tuan Hj Harith Fadzillah Tmbln Pengarah JAIPk, Ybhg Tn Hj Saiful Azizi B Abd Manap KPP BPM JAIPK, Ybhg Tuan Sufian Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Gerik, Ybhg Tn Hafiz Sulaiman Penolong Pengarah di Jabatan Mufti Perak, Ybhg Tuan Joshuade Redza B Muhd Zaini Penolong Pengarah Kanan Unit Qoryah BPM JAIPk, Ybhg Ustaz Muhammad Azian PPMD Taiping, Ybhg Ustaz Asyraf PPMD Selama, Ybhg Ustaz Mohd Shukor PPMD Hilir Perak dan Ybhg Puan Sarina Razali Pembantu Takmir BPM JAIPk. Dan disertakan sama Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih…. Alhamdulillah Majlis Persidangan Takmir Negeri Perak, Mesyuarat Penyelarasan Takmir Perak & PPMD Perak Bil. 6/2018 dan SKT 2019 serta Maĺam Penghargaan Takmir Perak selesai dengan jayanya. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan dan host mesyuarat kali ini tuan PPMD Manjung Us Firdaus Arbangi dan semua pihak terlibat yang berusaha bagi menjayakan program bermakna seperti ini. Layanan dan Susunan program yang diberikan kepada kita merupakan pengalaman dan kenangan manis penutup tirai tahun 2018 masihi ini. Tahniah. The Orient Star Lumut dipilih sebagai destinasi persinggahan untuk percambahan minda dan bertukar fikiran juga pengalaman idea sesama kita bagi menilai hala tuju kerjasama pengimarahan 2019 serta mengerat silaturahim sesama ahli keluarga Takmir BPM JAIPk. Terima kasih tidak terhingga kepada Ybhg Dato Hj Mohd Yusop Hj Husin Pengarah JAIPk

yang kita sanjungi, Tn Hj Harith Fadzilah, Tn Hj Saiful Azizi Abd Manap KPP BPM JAIPK dan ahli mesyuarat yang memberikan nasihat kepada ahli mesyuarat dalam setiap gerak kerja Takmir & PPMD. Semoga usaha bakti dan amal jariah yang ditaburkan oleh semua pihak akan beroleh ganjaran yang berlipat ganda dari Allah SWT kelak. Pulau Pandan Jauh Ke Tengah Gunung Daik Bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga La ghalabata Illa bil quwwah, wa la quwwata Illa bil ittihad - Saidina Ali kw Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi insyaAllah Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dari Hj Muhammad Imran Hj Ibrahim Unit Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook