Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Inovasi Situasi

Inovasi Situasi

Published by Siti Najwa, 2021-12-10 03:06:01

Description: Inovasi Situasi

Search

Read the Text Version

11. Edisi Kedua Program Pengimarahan & Pemantauan Takmir Masjid Masjid Terpilih Di Daerah Bagan Datuk Bagan Datuk - Rombongan dari JAKIM Putrajaya seramai 4 orang Pegawai JAKIM yang diketuai oleh Ybhg Tn Hj Sufian Lodin Penolong Pengarah BKI JAKIM telah mengadakan kunjungan mesra ke atas Ybhg Tn Hj Muhammad Basri B Osman PTA Bagan Datuk ,bagi menjayakan Edisi Kedua Program Pengimarahan & Pemantauan Takmir Masjid Masjid Terpilih Di Daerah Bagan Datuk , program tersebut telah di anjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk.Bermukim selama 2 hari bermula dari 30 April hingga 1 Mei 2018, dalam aktiviti pemantauan takmir dan meyampaikan kuliah maghrib dan kuliah subuh di 3 buah masjid yang terpilih sekitar daerah bagan datuk. Pihak jawatankuasa masjid menyambut baik program pengimarahan tersebut dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dikalangan ahli qoryah masjid. PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk telah diberi tanggungjawab untuk mengalas tugas mengurus selia perjalanan program pengimarahan tersebut. Sekalung penghargaan ucapan terima kasih kepada pihak JAKIM, PAID Bagan Datuk atas pengajuran dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program pengimarahan ini.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR PPMD HILIR PERAK / BAGAN DATUK BULAN MEI 2018 1. JEMPUTAN CERAMAH MARHABAN YA RAMADHAN PERINGKAT SURAU AMALIAH KG CERAH HILIR PERAK 15 MEI 2018 - Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan AL Mubarak, PPMD Hiir Perak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Marhaban Ya Ramadhan dengan tajuk \"Tekad Azam Amal Ibadah\". Ybhg Tn Hj Zamhana Pengerusi Surau serta ahli jemaah memberi tumpuan yang sebaiknya sepanjang sesi ceramah tersebut dijalankan.Selepas menunaikan solat isyak, penceramah serta hadirin yang hadir dijemput untuk menjamu selera.

2. PROGRAM KEMBARA PENGIMARAHAN MASJID BERBUKA PUASA & SOLAT SUNAT TARAWIH 22 MEI 2018 – 2 Buah masjid, Masjid At-Taqwa Padang Tembak dan Masjid Daerah Sultan Idris II Hilir Perak telah terpilih bagi menjayakan Program Kembara Pengimarahan Masjid Berbuka Puasa & Solat Sunat Terawih bersama Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Turut sama hadir mengimarahkan program tersebut YDH Toh Mahkota Lela Tn Hj Abu Bakar Yusof Orang Besar 32 , YDH Toh Tan Dewa Sakti Tn Hj Zulkifli b Dato' Zakaria Orang Besar 32, Ybhg Tn Shahrunnaim b Hj Radzali DO Hilir Perak ,Ybhg Tn Hj Abdul Rani JD Hilir Perak,Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak,Ybhg Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak ,Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ybhg Tn Hj Mokhtat Penghulu Mukim Durian Sebatang , sidang sidang serta wakil wakil ketua-ketua jabatan.

Program kembara pengimarahan masjid tersebut bermula sebelum berbuka puasa dengan ucapan oleh Ybhg Dato’ Hj Ayob Pengerusi Masjid dengan memperkenalkan ajk ajk masjid dan menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal perkembangan masjid. Seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak menyentuh tentang pentadbiran masjid, perlantikan jawatakuasa baru bagi sesi 2019 - 2022 dan amat menitik beratkan pembelanjaan kewangan masjid dengan cara penuh berhemah. Selesai sahaja ucapan, program diteruskan lagi dengan bacaan tahlil, doa selamat dan doa berbuka puasa yang telah dibimbing oleh Ybhg Us Imam Majid At Taqwa. Selepas solat maghrib berjamaah, Y.D.H. Toh Seri Bijaya Dato OBJ serta ahli rombongannya beramah mesra bersama ajk, ahli qoryah masjid kemudiannya berangkat ke Masjid Daerah Sultan Idris II Hilir Perak bagi menunaikan solat sunat tarawih 23 Rakaat termasuk witir.

3. PROGRAM KEMBARA PENGIMARAHAN MASJID BERBUKA PUASA & SOLAT SUNAT TARAWIH PART 2 24 MEI 2018 – Majlis berbuka puasa di Masjid Kg Bharu Changkat Jong dan solat sunat tarawih di Masjid Jamek Al Makmur Langkap telah berjalan dengan jayanya bagi menyemarakkan lagi Program Kembara Pengimarahan Masjid bersama Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Turut sama rombangan YDH Dato' OBJ yang hadir mengimarahkan program tersebut ialah YDH Toh Tan Dewa Sakti Tn Hj Zulkifli b Dato' Zakaria Orang Besar 32, Ybhg Tn Shahrunnaim b Hj Radzali DO Hilir Perak ,Ybhg En Haikal ADO Hilir Perak,Ybhg Dato' Ayob Pengerusi Perkim T.Intan, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ybhg Penghulu Penghulu Mukim,sidang sidang serta wakil wakil ketua-ketua jabatan.

Program kembara pengimarahan masjid tersebut bermula sebelum berbuka puasa dengan ucapan oleh Ybhg Cikgu Ishak selaku Pengerusi Masjid Kg Bharu Changkat Jong dengan memperkenalkan ajk ajk masjid dan menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal perkembangan masjid. Seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak menyentuh tentang pentadbiran masjid, perlantikan jawatakuasa baru bagi sesi 2019 - 2022 dan amat menitik beratkan pembelanjaan kewangan masjid dengan cara penuh berhemah. Selesai sahaja ucapan, program diteruskan lagi dengan bacaan tahlil, doa selamat dan doa berbuka puasa yang telah dibimbing oleh Ybhg Us Imam Masjid Kg Bharu Changkat Jong. Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, atas dasar rasa tanda solidariti ke atas program World Quran Hour, telah diadakan sesi bergambar jawatankuasa masjid dan ahli qoryah masjid bersama Y.D.H. Dato OBJ serta ahli rombongannya. Kemudiannya rombongan YDH Dato' OBJ berangkat ke Masjid AL Makmur Langkap bagi menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih 23 Rakaat termasuk witir. 4. MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL AL MARHUM SULTAN AZLAN SHAH 28 Mei 2018 - Bertempat di Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak, telah berlangsung Majlis penyerahan peruntukan RM 2K dari Yayasan Sultan Azlan Shah kepada 5 buah masjid terpilih dalam Daerah Hilir Perak. Tujuan penyerahan peruntukan tersebut adalah bagi mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil AL Marhum Sultan Azlan Shah serta AL Marhum Raja Kecil Sulong Raja Ashman Shah.

Peruntukan tersebut telah disampaikan oleh YDH Toh Sakna Menteri Tn Hj Zulkifli dan ditanda tangan sebagai saksi oleh Us Shukor PPMD Hilir Perak.Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil AL Marhum Sultan Azlan Shah akan diadakan pada jam 6.30 petang ini di seluruh masjid masjid terpilih dalam Negeri Perak. 5. IFTAR JAMAIE SEMARAK RAMADHAN 28 Mei 2018 ,Langkap - Guru guru serta anak anak murid SRAR Nurul Huda Taman Pelangi Langkap mengihyakkan lagi Ramadhan Karim dengan menganjurkan program Iftar Jamaie Semarak Ramadhan. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran PPMD Hilir Perak selaku Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, turut bersama hadir jawatankuasa jemaah serta ibu bapa murid- murid. Sebelum berbuka puasa, PPMD Hilir Perak berpeluang menyampaikan ucapan dan tazkirah kepada hadirin dengan tajuk Semarakan Ramadhan.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR PPMD HILIR PERAK JUN 2018 1. MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT SUNAT TARAWIH 5 Jun 2018 – Bertempat di Masjid Al Muhajirin Simpang Empat Balai Polis Chenderong Balai Hilir Perak telah berlangsung dengan jayanya Majlis Berbuka Puasa & Solat Sunat Terawih. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' Hj Zainol Fadzi B Paharuddin Adun Sg Manik bagi mewakili YAB Menteri Besar Perak, turut sama hadir YB Dr Abdul Aziz Bari Exco Negeri Perak, YB Pegawai Kewangan Negeri memangku tugas YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Ghazali Jalal, Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak, YDH Toh Mahkota Lela Tn Hj Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, YDH Toh Tan Dewa Sakti Tn Hj Zulkifli b Dato' Zakaria Orang Besar 32, Ybhg Tn Shahrunnaim b Hj Radzali DO Hilir Perak, Ybhg Tn Hj Abdul Rani JD Hilir Perak, Ybhg Tn Marzuki OCPD Hilir Perak, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak,Ybhg Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Penghulu penghulu, sidang sidang kampung, jawatankuasa masjid serta wakil wakil ketua- ketua jabatan. Pada awalnya Majlis Berbuka Puasa dijadualkan bersama DYAM Raja DiHilir Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, namun DYAM Raja DiHilir tidak berangkat hadir kerana berangkat ke Johor utk istiadat Pemakaman Bonda Sultan Johor. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh YBhg Imam Kamarul Ariffin B Rapie Imam Daerah Hilir Perak.YBhg Imam Kamarul Ariffin B Rapie turut mengimami solat Isyak, solat sunat tarawih dan witir berjemaah.Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai ramai bersama jawatankuasa masjid (berbaju melayu seragam bewarna biru).

2. PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DAN PENYERAHAN BANTUAN FAKIR MISKIN 6 Jun 2018 ,Hilir Perak - Pengimarahan Masjid di Masjid Daerah Sultan Idris II Hilir Perak telah diserikan lagi dengan majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan fakir miskin ramadhan serta penyerahan saguhati jawatankuasa masjid masjid dalam daerah Hilir Perak. Program anjuran MAIPk Teluk Intan dengan kerjasama Masjid Daerah Sultan Idris II Hilir Perak telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan Jawatankuasa jawatankuasa masjid dalam daerah hilir Perak. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ybhg Tn Shahrunnaim b Hj Radzali DO Hilir Perak merangkap Pengerusi Masjid Daerah Sultan Idris II dengan menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal perkembangan masjid tersebut.

Program diteruskan lagi dengan penyerahan bantuan fakir miskin ramadhan disempurnakan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Hadir sama mengimarahkan program tersebut YB Terence Naidu Adun Pasir Bersama Teluk Intan, YDH Toh Mahkota Lela Tn Hj Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak, Ybhg Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ybhg Penghulu Penghulu Mukim, sidang sidang serta wakil wakil ketua- ketua jabatan. Sebelum berbuka puasa, bacaan tahlil dan doa dibimbing oleh Ybhg Us Kamarul Ariffin Imam Masjid Daerah Hilir Perak.Y.D.H. Toh Seri Bijaya Dato' OBJ Hilir Perak bersama ahli rombongannya berkenan menunaikan solat maghrib, solat isyak dan solat sunat tarawih termasuk witir 23 Rakaat.Majlis berakhir dengan jamuan moreh dan beramah mesra bersama ahli jemaah serta ahli qoryah Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan.

3. JEMPUTAN IMAM SOLAT SUNAT TARAWIH & MAJLIS KHATAM AL-QURAN 23 Ramadhan - PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk telah dijemput untuk mengimami solat isyak, solat sunat tarawih di Masjid Aziziah Bt 20 Daerah Bagan Datuk. Majlis Khatam Al-Quran juga telah berlangsung dengan jayanya selepas solat sunat tarawih dan witir.Seramai 22 orang pelajar SABK Al Ulum Syariah Bagan Datuk telah menyempurnakan majlis khatam Al-Quran dan telah menerima cenderahati yang telah disampaikan oleh PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk. Uniknya Masjid Aziziah Bt 20 ini, terletaknya bersebelahan SABK Al Ulum Syariah Bagan Datuk dan ianya membolehkan pelajar pelajarnya mengimarahkan lagi masjid tersebut.

4. Kunjungan Mawaddah 8 Jun 2018,Jumaat - PPMD Hilir Perak mengadakan Kunjungan Mawaddah wa Rahmah ke atas Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPKT BPM JAIPk yang baru pulang beberapa minggu dari menunaikan umrah.Kunjungan tersebut turut membincangkan setiuasi kerja dan penambahbaikan pelaksanaan takmir di daerah hilir perak dari masa ke semasa. 5. PROGRAM IMARAH MASJID & MAJLIS BERBUKA PUASA 9 JUN 2018 - Jawatankuasa Masjid Al Fallah Hutan Melintang Daerah Bagan Datuk telah menganjurkan dengan jayanya program imarah masjid serta majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dan faqir miskin.Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg Tn Hj Muhammad Khairul Basri B Osman PTA Bagan Datuk, YBhg Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk, Ketua kampung dan ahli ahli qoryah Masjid AL Fallah. Program bermula dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ybhg Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk.Sebelum berbuka puasa, Tn Hj Muhammad Khairul Basri B Osman PTA Bagan Datuk telah dijemput untuk menyempurnakan penyampaian bantuan hari raya kepada anak yatim dan fakir miskin qoryah masjid al

fallah.Majlis bersurai selepas solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Khairul Basri PTA Bagan Datuk. 6. PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DAN MENYANTUNI ASNAF 10 JUN 2018,Langkap - PPMD Hilir Perak mewakili YB Dato' Hj Zainol Fadzi B Paharuddin Adun Sg Manik merangkap Penasihat Khas YAB Menteri Besar Perak hadir menyempurnakan program imarah masjid, majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan anak yatim serta fakir miskin di Masjid Jamek Al Makmur Kg Melayu Langkap.Seramai 120 orang telah hadir membanjiri kawasan masjid bagi memeriahkan pengimarahan masjid, majlis berbuka puasa dan sebahagian yang hadir menerima pelbagai kategori bantuan. Dalam ucapan PPMD Hilir Perak menyebut, sentiasalah merebut peluang kelebihan ganjaran yang ada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, antaranya dengan banyak berdoa dan banyak meminta pada Allah S.W.T. kerana bulan Ramadhan inilah permintaan yang paling mustajab Allah Taala maqbulkan.

7. Mesyuarat JKBD & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kompleks Pentadbiran Daerah Hilir Perak 27 Jun 2018 , Hilir Perak - Mesyuarat Jawatankuasa Baitumal Daerah (JKBD) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak.Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Y.D.H. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Hj. Nazari Orang Besar Jajahan Manjung memangku Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Ahli Mesyuarat yang turut sama hadir, YDH Toh Tan Dewa Sakti Tn Hj Zulkifli b Dato' Zakaria Orang Besar 32, Ybhg Tn Shahrunnaim b Hj Radzali DO Hilir Perak, Ybhg En Haikal ADO Hilir Perak, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak, Ybhg Tn Zul Azri B Hosaini Pegawai Baitumal Daerah Hilir Perak, Ybhg Tn Firdaus Pegawai JKM Hilir Perak, PPMD Hilir Perak serta Penghulu penghulu mukim di daerah Hilir Perak. Selepas mesyuarat ahli-ahli mesyuarat dijemput untuk memeriahkan lagi majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat baitumal daerah Hilir Perak. PPMD Hilir Perak telah mengacarakan majlis tersebut dengan baik sekali.Majlis diakhiri dengan sesi jamuan hari raya dan sesi bergambar bersama ahli-ahli mesyuarat JKBD Hilir Perak.

8. MAJLIS PENGISYTIHARAN SOLAT JUMAAT 29 Jun 2018 - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat di Bilik Guru Maahad Al Islah Sg Lampam Hilir Perak. Majlis pengisytiharan tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg SS Us Zamri Hashim Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak.Bilik Guru Maahad Al Islah telah dipilih menjadi tempat solat atau surau diri jumaat sementara, bagi menunggu kerja kerja pembinaan masjid baru Al Mansor Sg Lampam. Turut sama hadir mengimarahkan majlis tersebut ialah YDH Toh Mahkota Lela Abu Bakar Yusof Orang Besar 32, Ybhg Tn Shahrunnaim b Hj Radzali DO Hilir Perak, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak, Ybhg Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ybhg Penghulu Penghulu Mukim, rombongan rombongan jabatan mufti, rombongan Bahagian Pengurusan Masjid, sidang sidang serta wakil-wakil ketua-ketua jabatan. Pegawai daerah hilir Perak Tn Shahrunnaim Radzali mewakili YDH Dato' OBJ Hilir Perak diberi kesempatan memberi ucapan dan menyampaikan salam YDH Dato' OBJ kepada jemaah serta ahli qoryah yang hadir.Majlis berakhir dengan sesi penyerahan watikah solat diri jumaat oleh Ybhg Timbalan Mufti kepada Hj Tahir Pengerusi Masjid tersebut, kemudian seterusnya sesi bergambar beramai-ramai.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR PPMD HILIR PERAK BULAN JULY 2018 1. URUSAN PENGAMBILAN BUKU RUJUKAN GURU TAKMIR 2 July 2018 - Penolong Pengarah Kanan Takmir BPM JAIPk Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim bersama sama PPMD Tapah dan Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk ke JAKIM bagi pengambilan buku Mata' Laul Badrain Guru Takmir tajaan JAKIM bagi seluruh Malaysia.Buku tersebut yang menjadi rujukan ilmiah dan ianya juga dapat memberi kemudahan guru takmir mengajar semasa pengajian dimasjid masjid. Dalam pada masa yang sama, Tn Hj Muhamad Imran bersama sama PPMD, berpeluang dapat turut bergambar dengan KP JAKIM Dato Nordin dan menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Bahagian Dakwah JAKIM.

2. PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID & MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 4 JULY 2018 - Bertempat di Masjid Al Khairiah Selekoh Bagan Datuk telah diadakan dengan jayanya program pengimarahan masjid dan majlis sambutan hari raya aidilfitri peringkat jawatankuasa kariah masjid masjid dalam daerah bagan datuk. Program tersebut bermula pada awal pagi dengan diisi 2 slot program, antaranya Bacaan Undang Undang Jawatankuasa Kariah Masjid yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Saiful Azizi B Abd Manap KPP BPM JAIPk dan Kursus Pengukuhan Biro Muslimat yang telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Joshuade Reza B Mohd Zaini PPK Unit Kariah BPM JAIPk. PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk juga telah diberi kesempatan untuk menyampaikan taklimat pengurusan masjid. YDH Toh Seri Lela Paduka Dr Hj Khalid B Ismail Orang Besar Jajahan Bagan Datuk turut berkenan hadir memeriahkan majlis tersebut sekaligus menyempurnakan perasmian program pengimarahan yang penuh bermakna ini.

Turut sama hadir, Ybhg Tn Hj Muhammad Khairul Basri bin Osman PTA Bagan Datuk, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak, Ybhg Tn Syahmer Mahzoz PBD Bagan Datuk, Ybhg Tn Hj Fkharolrozi Penyelaras Parlimen Bagan Datuk, Ybhg Tn Hj Zamhana Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Bagan Datuk, Penghulu Penghulu Mukim, wakil-wakil ketua jabatan serta ahli ahli qoryah masjid tersebut. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama jawatankuasa pelaksana program dan jamuan hari raya aidilfitri. 3. PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN,PROGRAM PEMUTIHAN DAN PENYAMPAIAN BUKU MATA' LAUL BADRAIN 3 JILID TAJAAN JAKIM KEPADA GURU-GURU TAKMIR PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK & BAGAN DATUK SIRI 3 /2018 9 July 2018 - Telah diadakan dengan jayanya Program Tafaqquh Fiddin, pemutihan guru takmir peringkat daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk bil 3 / 2018 di Bilik Kuliah Masjid an- Naim Taman Seri Setia Teluk Intan. Penganjuran program tersebut telah berlangsung dengan usahasama dari pihak Jawatankuasa Masjid an-Naim Taman Seri Setia, Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak dan Unit Takmir BPM JAIPk. Seramai 26 orang guru takmir dari daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk telah memberi tumpuan yang baik sepanjang 2 jam tafaqquh fiddin tersebut dijalankan. Turut sama hadir Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir BPM JAIPk, Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak serta ahli jemaah dan jawatankuasa Masjid an-Naim. Penceramah undangan Ybhg Dato' Tuan Haji As`ad Bin Awang (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak) telah menyampaikan ceramah dengan menggunakan kitab Fathul Qorib Babu Solah.

Ucapan perasmian penutup Tafaqquh Fiddin Guru Takmir peringkat daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk siri 3 / 2018 telah disempurnakan oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir BPM JAIPk.Antara intipati ucapan beliau, menyentuh tentang cara pendekatan uslub dakwah bagi mendapani cabaran suasana masa kini.Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir BPM JAIPk turut menyempurnakan sesi akhir program dengan penyampaian 3 Jilid buku Ma'ta Laul Badrain tajaan dari JAKIM kepada guru takmir yang hadir.

4. Taklimat Bacaan Undang-Undang Jawatankuasa Kariah 11 July 2018-Telah diadakan dengan jayanya Taklimat Bacaan Undang Undang Jawatankuasa Kariah Masjid dalam Daerah Hilir Perak di Dewan Pejabat Agama Daerah Hilir Perak dan kehadiran Jawatankuasa Masjid amat memuaskan. Program tersebut bermula pada awal pagi dengan diisi slot program, antaranya Bacaan Undang Undang Jawatankuasa Kariah Masjid yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Saiful Azizi B Abd Manap KPP BPM JAIPk. Turut sama hadir Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar PTA Hilir Perak, Imam Daerah dan PPMD Hilir Perak.

5. URUSAN PENGAMBILAN BUKU RUJUKAN GURU TAKMIR 13 July 2018 - Penolong Pengarah Kanan Takmir BPM JAIPk Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim bersama 3 orang PPMD Daerah Kuala Kangsar, Lenggong dan Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk ke JAKIM bagi pengambilan kali ke kedua berbaki 15 buku Mata' Laul Badrain Guru Takmir tajaan JAKIM bagi seluruh Malaysia. Buku tersebut yang menjadi rujukan ilmiah dan ianya juga dapat memberi kemudahan guru takmir mengajar semasa pengajian dimasjid masjid. Pada masa yang sama, Tn Hj Muhamad Imran bersama 3 orang PPMD, berpeluang hadir sama dalam majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Bahagian Kemajuan Islam BKI JAKIM. Sebelum bersurai, PPMD dan PPK Takmir BPM JAIPk berkesempatan bergambar bersama Ybhg Pn Hjh Hakimah binti Mohd Yusof Pengarah BKI JAKIM serta kakitangan kakitangan BKI JAKIM yang lain.

6. TAKLIMAT LANTIKAN BARU PPMD PERAK 17 July 2018 - Bertempat di tingkat 5, Bilik Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak telah berlangsung dengan jayanya sesi taklimat perlantikan baru PPMD Perak. Seramai 8 orang PPMD lantikan baru perak hadir mengikuti sesi taklimat yang telah dianjurkan oleh pihak Bahagian Khidmat Pengurusan BKP MAIPk.Taklimat pada awalnya telah disampaikan oleh Ybhg Tn Rohizan B Omar Pengurus Besar BKP MAIPk dan Tn Ahmad Nazari b Hassan Pengurus Unit Pentadbiran BKP MAIPk.Kemudian sesi taklimat berikutnya telah disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim PPK Takmir BPM JAIPk. Antara perkara yang disentuh oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Imran ialah tentang skop kerja PPMD dan peranan penting PPMD Perak dalam sistem pengurusan masjid yang merujuk pada garis panduan enakmen pentadbiran masjid negeri perak. Tn Hj Muhammad Imran juga turut menyampaikan salam daripada Ybhg Tn Hj Saiful Azizi B Abd Manap KPP BPM JAIPK kepada PPMD Perak lantikan baru.

Sesi taklimat tersebut turut di urusetiakan oleh Ybhg EO Cik Najihah, PT Cik Hafizah BKP MAIPk dan Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak.Sebelum bersurai, telah diadakan sesi bergambar PPMD Perak lantikan baru bersama Ybhg Tn Hj Muhammad Imran dan Us Mohd Shukor. 7. SEKITAR PERBINCANGAN DI PRODUKSI NUR - JOHAN SDN BHD 19 July 2018 - Penolong Pengarah Kanan Takmir BPM JAIPK Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim bersama sama Ustaz Mohd Shukor PPMD Hilir Perak telah mengadakan pertemuan bersama Kakitangan Syarikat Produksi Nur - Johon SDN BHD di Silibin Ipoh. Tujuan pertemuan tersebut bagi mendapatkan gambaran dan sebab sebab kelewatan percetakan buku modul kokurikulum takmir dan buku etika guru takmir peringkat Negeri Perak. Pihak Syarikat Produksi Nur - Johon SDN BHD memandang serius apa yang telah dikemukakan oleh Tn Hj Muhammad Imran dan syarikat akan berusaha dengan sebaik mungkin dalam mempercepatkan proses percetakan buku buku tersebut. Pada tahun 2017 DYMM Tuanku Sultan Perak berkenaan menyempurnakan pelancaran buku modul kokurikulum takmir dan buku etika guru takmir peringkat Negeri Perak di Institut Tadbiran Agama Islam INTIM Ipoh Perak.Selepas selesai perbincangan, Tn Hj Muhammad Imran dan Ustaz Mohd Shukor dibawa meninjau sekitar kawasan percetakan Syarikat Produksi Nur - Johon SDN BHD.

8. MESYUARAT PEMILIHAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID SESI 2019 - 2022 23 July 2018 - Telah berlangsung dengan jayanya mesyuarat pemilihan jawatankuasa kariah masjid dalam Daerah Hilir Perak sesi 2019 - 2022 di bilik mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak.Mesyuarat pemilihan tersebut telah dipengerusikan oleh Ybhg YDH Toh Seri Bijaya Lt K B Dato' Saharuddin B Haji Nazari Orang Besar Jajahan (OBJ) Hilir Perak bersama ahli ahli panel mesyuaratnya terdiri dari Pegawai Daerah (DO), Pegawai Tadbir Agama Daerah PTA, Penghulu Penghulu Mukim serta PPMD Hilir Perak sebagai setiausaha atau urusetia, dan turut dijemput terlibat sama Imam Daerah Hilir Perak S41. Sesi mesyuarat pemilihan tersebut berjalan dengan lancarnya atas kerjasama dan perbincangan yang baik antara YDH Dato' OBJ, Tn DO, Tn PTA serta penghulu-penghulu mukim. Borang cadangan perlantikan jawatankuasa kariah masjid melibatkan sebanyak 39 buah Masjid termasuk 3 Surau Diri Jumaat yang telah siap ditandatangani oleh ahli-ahli panel mesyuarat untuk diangkat peringkat seterusnya ke Bahagian Pengurusan Masjid BPM JAIPk.Selepas mesyuarat tersebut, YDH Dato' OBJ Hilir Perak berkenan memanggil Imam Daerah Hilir Perak bersama PPMD Hilir Perak bagi membincangkan hala tuju penambaikan program program pengimarahan masjid masjid dalam Daerah Hilir Perak.

9. BREAFING PROGRAM 25 JULY 2018 - Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir BPM JAIPK Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim bersama sama PPMD Hilir Perak telah mengadakan pertemuan dengan YB Tn Hj Asmuni B Awi Exco Agama merangkap Adun Manjoi di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Pertemuan yang berlangsung selama setengah jam itu bagi membincangkan isu-isu berkaitan takmir, hala tuju PPMD Perak dan menjelaskan tentatif perjalanan program Majlis Liqa' Mahabbah Pegawai Pegawai Takmir Bersama YB Exco Agama di Restoran Simpang Tiga Ipoh. Program Majlis Liqa' tersebut dijangkakan akan diadakan pada malam ini dengan dihadiri beberapa orang pegawai kanan JAIPK, MAIPK dan juga JAKIM.Selesai perbincangan tersebut, YB Tn Hj Asmuni Awi berkenan untuk bergambar bersama sama.

10. MAJLIS LIQA MAHABBAH PEGAWAI PEGAWAI TAKMIR SELURUH NEGERI MALAYSIA BERSAMA YB EXCO AGAMA KERAJAAN NEGERI PERAK 25 Julai - Bertempat di Restoran Simpang Tiga, Ipoh, Perak telah berlangsung Majlis Liqa' Mahabbah Pegawai-Pegawai Takmir Seluruh Negeri Malaysia Bersama Yang Berhormat Tuan Haji Asmuni bin Awi, Exco Agama Kerajaan Negeri Perak. Majlis dimulakan dengan Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Majlis, Ustaz Mohd Shukor Abdillah bin Razali diikuti dengan bacaan doa memohon keberkatan majlis oleh A.F Ustaz Syed Mohd Mudzafar bin Syed Azlan, Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kemajuan Islam JAKIM. Dalam ucapannya, beliau menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan tahniah kepada YB Tuan Haji Asmuni bin Awi atas perlantikan beliau sebagai Exco Agama Kerajaan Negeri Perak. Tuan Haji Jamali juga menyebutkan peranan dan sumbangan JAKIM terhadap kebajikan para Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), Guru Takmir dan Imam yang berkhidmat di seluruh negara. Beliau juga sempat mengucapkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan YB Tuan Haji Asmuni atas perhatian serta usaha jitu mewujudkan hubungan baik pentadbiran agama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Menyusul kemudiannya, ucapan kemuncak oleh YB Tuan Haji Asmuni bin Awi. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Dan Pendidikan Islam, Luar Bandar, dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak memulakan ucapannya dengan Surah Al-Hajj, ayat 41 yang membicarakan berkaitan amanah manusia untuk memakmurkan dunia dengan amar makruf dan nahi munkar.

YB Tuan Haji Asmuni bin Awi dalam ucapannya menyebutkan bahawa telah menjadi impian beliau untuk melihat perubahan dalam pentadbiran agama dalam negara. Hal ini kerana melihat kepada 'trend' masyarakat dunia hari ini yang mula kembali kepada ajaran agama sebenar dan mendalami ilmu-ilmu berbentuk ukhrawi. Ianya menjadi satu cabaran buat para pendakwah untuk menjadikan Islam sebagai tarikan yang terbaik buat para mad'u. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Manjoi) itu juga menyebutkan kepelbagaian masyarakat dalam negara pada hari ini memerlukan kepada pendakwah yang cakna kepada isu semasa dan ilmu-ilmu yang bersifat kontemporari. Sikap keterbukaan dalam meraikan pendapat juga perlu dipupuk dan disemai dalam jiwa para mubaligh dan pendakwah bagi mendepani cabaran hari ini. YB Tuan Haji Asmuni bin Awi juga turut memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada para pegawai takmir yang hadir agar tidak bersikap rendah diri dan 'inferior' dengan jawatan yang dipegang pada hari ini. Beliau juga menyatakan amanah yang diberikan merupakan penghormatan dan penerimaan masyarakat kepada mereka. Beliau mengakhirkan ucapannya dengan menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak JAKIM atas kesudian menjadikan negeri Perak sebagai tuan rumah majlis- majlis seperti ini. Majlis Liqa' Mahabbah diteruskan lagi dengan penyerahan cenderahati dan penghargaan kepada YB Tuan Haji Asmuni bin Awi sebelum sesi fotografi diadakan dan para hadirin menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Turut hadir dalam majlis ini ialah S.F. Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak JAIPk, Tuan Haji Muhammad Imran bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan (Unit Takmir) Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk, Tuan Haji Sufian bin Lodin, Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, pegawai-pegawai JAKIM dan seterusnya pegawai-pegawai Takmir dari setiap negeri seluruh negara. Sebelum bersurai, para hadirin dan dif-dif kehormat dijamu dengan durian kampung sebagai penutup majlis. Majlis tamat dengan jayanya pada jam 10.30 malam.

11. LAWATAN KERJA DAN KUNJUNGAN MAHABBAH KE GUNUNG LANG DAN MASJID MUHAMMADIAH (MASJID CINA) 26 Julai - Telah diadakan satu Lawatan Kerja dan Kunjungan Mahabbah Pegawai-Pegawai Takmir dari setiap negeri seluruh negara ke Taman Rekreasi Gunung Lang dan Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Ipoh pada pagi ini. Lawatan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk, diketuai oleh A.F. Tuan Haji Muhammad Imran bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir ini bermula pada jam 9.30 pagi dengan berhenti di Taman Rekreasi Gunung Lang. Di sini para Pegawai Takmir dibawa menaiki bot mengelilingi tasek dan berhenti di pulau untuk melawat kawasan dan bersiar-siar di sekitarnya. Antara tempat yang menarik di sini ialah Mini Zoo, Rumah Perak dan lain-lain lagi. Para pegawai sempat bergambar kenang- kenangan di sini sebelum menaiki bot pulang ke jeti asal dan memberi makan kepada ikan- ikan dan hidupan tasik tersebut.Program lawatan yang turut disertai oleh A.F. Tuan Haji Sofian bin Lodin, Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, pegawai-pegawai JAKIM beserta PPMD Hilir Perak dan PPMD Ipoh ini diteruskan dengan menziarahi Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) Taman Tasek Jaya. Kunjungan Mahabbah ini disambut mesra oleh A.F. Ustaz Hafiz Ng, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) dengan diadakan sesi pengenalan Masjid Muhammadiah kepada para peserta lawatan. Dalam sesi pengenalan oleh A.F. Ustaz Hafiz Ng ini, beliau menerangkan kepada para hadirin tentang corak dan sosiobudaya masyarakat Cina di sini, ciri-ciri istimewa Masjid Muhammadiah, dan usaha dakwah oleh pihak masjid terhadap masyarakat. Beliau juga sempat memperkenalkan kepada para pegawai yang hadir barisan Ahli Jawatankuasa masjid tersebut yang terdiri daripada saudara baru kebanyakannya.Beliau juga sempat menayangkan video aktiviti dan program yang telah berlangsung di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) ini antaranya Karnival Makanan Cina tahun 2018, Program Ziarah Saudara

Baru, Majlis Berbuka Puasa 1439H, Majlis Pengislaman Saudara Baru, Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain lagi. Mengakhiri lawatan ini, para pegawai dijamu oleh Pihak Pengurusan Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) dengan juadah sebelum bertolak balik. Program tamat dan selesai dengan jayanya pada jam 12 tengahari. 12. PERJUMPAAN DATO PENGARAH BERSAMA PPMD BAHARU 26 Julai 2018: Satu sesi perjumpaan khas telah diadaka diantara Pengarah Jaipk Dato Hj Mohd Yusop Bin Hj Husin bersama PPMD yang baharu dilantik. Turut serta dalam perjumpaan ini ialah Penolong Pengarah Kanan (Takmir) Ustaz Hj Muhammad Imran bin Hj Ibrahim dan PPMD Hilir Perak Ustaz Syukur. Didalam perjumpaan itu banyak perkara yang diperkatakan oleh Dato Pengarah Jaipk diantaranya yang ditekankan ialah sejarah PPMD, pengurusan masjid, pentingnya kerja berpasukan, memastikan masjid tidak ada campur tangan politik dari sudut pemilihan Ahli Jawatankuasa dan pengurusannya. Sehubungan dengan itu juga Dato Pengarah Jaipk mengariskan tiga peranan yang perlu diambil perhatian oleh PPMD iaitu mesti memilih orang-orang yang 'ahli'nya untuk mentadbir dan mengimarahkan masjid, memantau perjalanan pengurusan masjid seperti imam, bilal, siak, ahli jawatankuasa dan akaun masjid supaya tidak ada penyalahgunaan wang masjid. Dato Pengarah juga menekankan peranan PPMD dalam memantau kebersihan tandas masjid, ini kerana dahulunya tahap kebersihan tandas masjid di negeri Perak adalah dibawah tahap yang sangat rendah, tetapi sejak kebelakangan ini telah ada anjakan

paradigma dalam mengurus tandas masjid sehingga ada yang memberi tahap pencapaian lima bintang, maka ini satu yang sangat membanggakan. Diakhir pertemuan Dato Pengarah Jaipk ada menyuarakan dan mencadang agar diadakan kaji selidik terhadap guru-guru takmir di negeri Perak, cadangan kaji selidik ini ialah untuk jemaah menilai tahap pemahaman sesuatu subjek yang diajar. Beliau juga mencadangkan program imarah masjid dari sudut penerangan pemakanan & penjagaan kesihatan diadakan di masjid-masjid. Banyak nasihat dan pesanan yang diberikan oleh Dato Pengarah Jaipk kepada PPMD yang baharu, semoga ianya menjadi satu inspirasi dan resepi untuk berkerja, berjaya dan sukses dalam kerjaya. Program ini disertai oleh PPMD Ipoh, PPMD Batu Gajah, PPMD Gerik, PPMD Kampar, PPMD Manjung, PPMD Seri Iskandar, PPMD Parit Buntar dan PPMD Bagan Serai. Program diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penaja. 13. SELAMAT MAJU JAYA 26 July 2018 - Satu Majlis Meraikan Al Fadil Us Tasyreff Sebagai Atase Pendidikan MAIPk telah diadakan dengan jayanya di Restoran Shabu Shabu Ipoh.Atas rasa setia kawan, Tn Hj Muhammad Imran PPK Takmir bersama sama PPMD Senior yang terdiri dari PPMD Hilir Perak, Taiping, Selama dan PPMD Lenggong mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis tersebut secara unformal. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi PPMD Hilir Perak, kemudian ucapan dari Ybhg Tn Hj Muhammad Imran bagi mewakili PPMD Senior.Antara intipati ucapan Tn Hj Imran yang

juga pernah menjawat sebagai Atase Pendidikan KPT Timur Tengah, mengucapkan syabas, tahniah dan selamat maju jaya kepada Tn Tasyreff atas perlantikan sebagai Atase Pendidikan MAIPk di Ardun Kinanah Timur Tengah Mesir, Jordan dan Morocco. Pada masa yang sama juga, beliau memberikan kata kata semangat dan ransangan kepada PPMD Senior agar mencontohi lakaran kejayaan yang telah dicapai oleh Tn Tasyreff ke tahap ini. Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Di Raikan Ybhg Tn Tasyreff selaku Mantan PPMD suatu ketika dahulu. Pertamanya dalam ucapan Tn Tasyreff, mengucapkan ribuan terima kasih atas penganjuran majlis dan berkongsi pengalaman kerja bersama PPMD, antara perkongsiannya, beliau berkata \"Never Say No to The Bos\" serta memberi komitmen sepenuhnya pada kerja berbanding hal keluarga dan hal hal lain. Beliau turut menyatakan berat untuk meninggalkan tanah air Malaysia, namun disana perlu ada pengorbanan, kepercayaan dan amanah yang telah diberikan oleh pihak MAIPk kepadanya. Akhir majlis tersebut, satu sesi penyampaian cenderamata kenang kenangan dari PPMD Taiping dan Tn Hj Muhammad Imran mewakili Unit Takmir BPM JAIPk. Semoga Tn Tasyreff Selamat Maju Jaya ditempat yang baru dan menjadi Inspirasi serta Role Model buat PPMD Perak. 14. FINAL SEMAKAN PERLANTIKAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID DALAM DAERAH BAGAN DATUK 27 July 2018 - Bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk telah diadakan sesi semakan terakhir Borang Cadangan Perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid bagi sesi 2019 - 2022 Dalam Daerah Bagan Datuk.

Pegawai Tadbir Agama Tn Muhammad Khairul Basri B Osman bersama sama PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk dan beberapa kakitangannya menyemak borang dengan penuh tekun dan ketelitian. Semakan tersebut dijalankan atas tujuan untuk diangkat ke Persidangan Panel Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid yang akan dimesyuaratkan pada 1 Ogos 2018 ini. Mesyuarat 1 Ogos telah dipersetujui oleh YDH Toh Seri Lela Paduka Dr Khalid B Ismail Orang Besar Jajahan OBJ Bagan Datuk dan dipengerusikan olehnya serta ahli ahli mesyuarat terdiri dari Pegawai Daerah DO, Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Penghulu Penghulu Mukim Daerah Bagan Datuk. PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk bertindak sebagai urusetia atau setiausaha mesyuarat tersebut dan turut dijemput hadir Imam Daerah Hilir Perak Us Ahmad Kamarul Arifin B Rapie. 15. JAWATANKUASA PENYELARASAN PROGRAM KURSUS MASJID BESTARI 31 JULY 2018 - 5 Pejabat Agama Islam Daerah iaitu Daerah Batang Padang, Mua'llim, Hilir Perak, Bagan Datuk dan Kg Gajah telah mengambil keputusan berkeloborasi bagi menjayakan Program Kursus Asas Masjid Bestari Peringkat Negeri Perak. Oleh yang demikian, bagi melicinkan gerak kerja program tersebut, satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Program Kursus Asas Masjid Bestari telah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak dan dipengerusikan oleh Ybhg Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak.

Organisasi jawatankuasa tersebut terdiri diantaranya KPP BPM JAIPk Tn Hj Saiful Azizi B Abd Manap selaku Penasihat, Pegawai Pegawai Tadbir Agama selaku Pengerusi bersama, Imam Imam Daerah sebagai Setiausaha dan PPMD PPMD Daerah sebagai AJK program. Mesyuarat penyelarasan tersebut juga telah memutuskan 15 - 16 Ogos sebagai tarikh pelaksanaan program yang bertempat di Felda Residence Sungkai Trolak. Sebanyak lima masjid telah dipilih mengikuti kursus asas masjid bestari: 1. Daerah Muallim Masjid Proton City 2. Daerah Hilir Perak Masjid Nurul Hijrah 3. Daerah Bagan Datuk Masjid Aziziah Bt.10 4. Daerah Tapah Masjid Muhtadin Bidor 5. Daerah Kg. Gajah Masjid Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Ybhg Tn Muhammad Khairul Basri B Osman PTA Bagan Datuk, Ybhg Tn Syakirin PTA Mua'llim, Ybhg Us Amirul Imam Daerah Batang Padang, Ybhg Us Nuzul Halim Imam Daerah Muslim, Ybhg Us Kamarul Ariffin Imam Daerah Hilir Perak, Ybhg Us Asrun Imam Daerah S22 Kg Gajah dan PPMD Hilir Perak. Sebelum mesyuarat ditangguhkan, Tn Hj Mustafa selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan dan mengharapkan program tersebut berjalan dengan lancar.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR PPMD HILIR PERAK OGOS 2018 1. MESYUARAT PEMILIHAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID SESI 2019 - 2022 DAERAH BAGAN DATUK 1 Ogos 2018 - Bertempat dibilik mesyuarat Pejabat Penghulu Mukim Hutan Melintang telah berlangsung dengan jayanya mesyuarat pemilihan jawatankuasa kariah masjid dalam Daerah Bagan Datuk sesi 2019 - 2022. Mesyuarat pemilihan tersebut telah dipengerusikan oleh Ybhg YDH Toh Seri Lela Paduka Dr Khalid B Ismail Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, turut sama ahli ahli panel mesyuarat terdiri dari Wakil Pegawai Daerah Cik Huda ADO, Pegawai Tadbir Agama Daerah Us Hj Muhammad Khairul Basri, Penghulu Penghulu Mukim serta PPMD Hilir Perak memangku Bagan Datuk sebagai setiausaha atau urusetia dan dijemput terlibat sama Imam Daerah Hilir Perak Us Ahmad Kamarul Ariffin. Sesi mesyuarat pemilihan tersebut berjalan dengan lancar atas kerjasama dan perbincangan yang baik antara YDH Pak Toh OBJ, ADO, Tn PTA serta penghulu-penghulu mukim Kariah masjid dalam Daerah Bagan Datuk melibatkan empat mukim, Mukim Bagan Datuk, Mukim Rungkup, Mukim Hutan Melintang dan Mukim Teluk Bharu. Sebanyak 41 buah Masjid termasuk 1 Surau Diri Jumaat borang cadangan perlantikan jawatankuasa dalam Daerah Bagan Datuk telah siap ditandatangani oleh ahli ahli panel mesyuarat untuk diangkat seterusnya ke peringkat Bahagian Pengurusan Masjid BPM JAIPk.

2. TAKLIMAT & TA'ARUF 2 Ogos 2018 - Telah diadakan dengan jayanya sesi taklimat dan taaruf kepada PPMD Perak yang baru bermula lapor diri di tingkat 1 Bilik As Syafie MAIPk Ipoh.PPMD yang dinyatakan tersebut ialah PPMD Kg Gajah Ustaz Mohd Adib dan PPMD Mua'llim Ustaz Shahrir Fahmi.Taklimat yang memakan masa selama dua jam itu, telah disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Imran B Hj Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Takmir Bahagian Pengurusan Masjid BPM JAIPk. Antara perkara yang ditekankan oleh Ybhg Tn Hj Muhammad Imran ialah tentang penjagaan waktu, ketepatan pada masa berkerja, bersungguh sungguh dalam setiap gerak kerja, menjadi jambatan / penghubung kepada JAKIM, MAIPK, JAIPK dan berperanan penting dalam pengurusan takmir serta pengurusan masjid yang merujuk pada garis panduan enakmen pentadbiran masjid Negeri Perak. Tn Hj Muhammad Imran juga turut menambah, agar mengambil contoh seperti Mantan PPMD Batu Gajah Ybhg Tn Tasyreff bermula dari Zero to Hero, yang kini beliau telah dilantik sebagai Atase Pendidikan MAIPk di Timur Tengah atas kesungguhan beliau dalam karier kerjayanya. Dalam pada masa yang sama, Mantan PPMD Batu Gajah Ybhg Tn Tasyreff sempat mengambil peluang menyapa PPMD Mua'llim dan PPMD Kg Gajah, juga turut mengucapkan tahniah atas lantikan. Sesi taklimat tersebut turut di urusetiakan oleh Ybhg Pembantu Tadbir Cik Hafizah Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk dan Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak. Sebelum bersurai, PPMD Mua'llim (dari kanan) dan PPMD Kg Gajah (dari kiri) mengambil peluang bergambar bersama sama Ybhg Tn Hj Muhammad Imran dan Us Mohd Shukor.

3. SERAHAN DOKUMEN 7 Ogos 2018 - Bertempat di Bahagian Pengurusan Masjid BPM JAIPk Ipoh telah diadakan Penyerahan Dokumen Senarai Nama Cadangan Jawatankuasa Kariah Masjid Dalam Daerah Bagan Datuk Lantikan 2019 - 2022. Penbantu Takmir Puan Sarina Bt Razali bagi mewakili Tn Joshuade Reza B Mohd Zaini Penolong Pengarah Kanan Kariah BPM JAIPk berkenan menerima senarai nama jawatankuasa tersebut dari PPMD Hilir Perak. Senarai Nama Jawatankuasa Kariah Masjid Dalam Daerah Bagan Datuk ianya melibatkan 41 buah masjid dan 1 surau diri jumaat. Kariah Masjid dalam Daerah Bagan Datuk mempunyai 4 mukim, Mukim Rungkup, Mukim Bagan Datuk, Mukim Hutan Melintang dan Mukim Teluk Bharu.Mudahan nama nama jawatankuasa tersebut mendapat pertimbangan yang sewajarnya diperingkat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) 4. MESYUARAT PENYELARASAN UNIT TAKMIR BERSAMA PPMD PERAK

8 Ogos - Bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah Selama, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan antara Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Negeri Perak bersama Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Saiful Azizi bin Abd Manap, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk dimulakan dengan ucapan alu-aluan, seterusnya menyampaikan amanat kepada para PPMD selaku ahli mesyuarat. Sebelum agenda pembentangan laporan mesyuarat PPMD Negeri Perak diteruskan, Tuan Haji Saiful Azizi bin Abd Manap sempat mengadakan sesi taaruf antara beliau dan semua PPMD Negeri Perak. Dalam sesi pembentangan laporan gerak kerja pula, pelbagai isu dibangkitkan oleh para PPMD antaranya Guru Takmir, Pemilhan Jawatankuasa Kariah, Masjid dan lain-lain lagi. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid, Tn Hj. Muhammad Imran bin Ibrahim. Sebelum mengakhiri mesyuarat tersebut, telah diadakan sesi penyampaian sumbangan kepada beberapa PPMD dan sesi bergambar beramai-ramai. 5. MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SMART INSANI PPMD MALAYSIA 16 Ogos 2018: Bertempat di Bilik Mutiara Hotel Seri Malaysia telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Kursus Smart Insani Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah PPMD Siri 2 / 14 hingga 16 ogos 2018.Majlis Penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Ybhg Tn Muhammad Azizon B Nordin.

54 peserta kursus dari beberapa buah negeri termasuk Negeri Perak telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang kursus tiga hari 2 malam itu. Pihak JAKIM selaku penganjur dan barisan fasilitator berpuas hati pada semua peserta ppmd yang menepati masa dan mengikuti slot slot kursus dengan cemerlangnya. Sesi akhir penutupan majlis telah diadakan penyampaian hadiah berkumpulan, penyampaian buku Matta' Laul Badrin dan Sijil Kursus kepada semua para peserta kursus serta sesi bergambar beramai-ramai. 6. IMARAH MASJID & RAMAH MESRA 9 Zulhijjah - Jemputan berbuka puasa sunat, Ramah Mesra dan menyampaikan ceramah di Masjid Tajur Rahman Pekan Rabu Hilir Perak.Masjid yang tersergam indah dengan landskap dan seni binanya yang baru ini terletak di kawasan pendalaman Kg Pekan Rabu Mukim Sg Manik. Pihak Masjid tersebut buat julung kalinya telah mengadakan majlis berbuka puasa sunat bersempena 9 Zulhijjah, tujuannya adalah untuk memupuk silaturrahim dikalangan ahli qoryah disamping mengingatkan kebesaran hari Arafah dan amalan berpuasa sunat. Pada masa yang sama, PPMD Hilir Perak berpeluang menyampaikan ceramah dengan tajuk Arafah Bayangan Mahsyar, bagi menjelaskan perbandingan berada di padang Arafah dan padang Mahsyar.Akhir majlis, satu sesi bergambar dan beramah mesra bersama Jawatankuasa Masjid Tajur Rahman telah diadakan selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah.

7. IBADAH QURBAN & BERMASYARAKAT 23 Ogos 2018 - Bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ibadah Qurban dan Majlis Meraikan Saudara Kita ( Muallaf ). Sebanyak 2 ekor lembu sumbangan dari DYMM Tuanku Sultan Perak dan 1 ekor lembu sumbangan YB Ahli Parlimen Teluk Intan serta 1 ekor kambing yang diaqiqahkan sumbangan oleh seorang staf Pejabat Agama. Majlis tersebut yang bermula seawal jam 9 pagi dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan Ybhg Tn PTA Tn Hj Mustafa B Jaafar, kemudian disusuli bacaan wukala penyerahan lembu korban oleh YDH Toh Mahkota Lela Tn Abu Bakar Yusof Orang Besar 32 bagi mewakili DYMM Tuanku Sultan Perak, dan seterusnya diteruskan dengan penyampaian cek dari wakil YB Ngah Kor Ming Ahli Parlimen Teluk Intan.Turut sama hadir ke majlis tersebut, Ybhg Tn Syamsul Ridwan B Idris CADO Hilir Perak, Dato' Ayob B Muhammed Pengerusi Perkim, Ybhg Us Kamarul Ariffin Imam Daerah, Staf Staf MAIPKTI, Staf Staf PADTI, Staf Staf Mahkamah Syariah Daerah Hilir Perak, wakil wakil dari lain lain jabatan kerajaan, NGO serta saudara- saudara kita Muallaf. Ibadah qurban yang dilaksanakan ini bukan sahaja hanya tertumpu kepada penyembelihan dan pengorbanan semata mata, bahkan ianya menerapkan semangat kerjasama, saling

mengenali antara satu sama lain dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim. Seperti mana firman Allah \" ‫\" ْۚ أَتْقَا ُك ْْم ّلل ِْا ِع ْن َْد أَ ْك َر َم ُك ْمْ ِإ ْن ْۚ ِلتَعَا َرفُوا َو َقبَائِ َْل ُشعُو ًبا َو َج َع ْلنَا ُك ْْم‬ Surah Al Hujurat Ayat 13 8. KURSUS INDUKSI DAN PENINGKATAN PROFESIONALISME PPMD PERAK 2018 DAY 1 27 Ogos 2018 - Telah diadakan Kursus Induksi Dan Peningkatan Profesionalisme Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Seluruh Negeri Perak bertempat di Kem Murni, Kampung Jahang, Gopeng, Perak Darul Ridzuan. Program yang dijalankan selama 3 hari ini dianjurkan oleh Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk dan disertai oleh seramai 16 orang PPMD Perak. Program bermula dengan sesi Taaruf dan Ice Breaking yang dijalankan oleh barisan fasilitator. Seterusnya taklimat pengenalan JAIPk oleh Puan Nor'asyikin binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah BKP JAIPk menyusul kemudiannya. Pada sebelah petang pula, para peserta dibawa ke Gua Kandu bagi aktiviti eksplorasi untuk merasai keindahan dan kebesaran Allah swt. Seusiai pulang dari Gua Kandu kesemua peserta diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas masing-masing. Kemudian kesemua peserta bersolat Maghrib secara berjemaah dan diimamkan oleh A.F. Ust. Husny Fahmy. Program diteruskan lagi dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh A.F. Ust. Ashraf. Sesi antara Maghrib dan Isyak juga diisi dengan taklimat disiplin PPMD oleh Tuan Haji Imran bin Haji Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Takmir BPM JAIPk. Selesai mengerjakan solat Isyak, peserta diberikan taklimat berkaitan JAKIM oleh Ybhg Al Fadhil Tuan Haidir bin Zainuddin, Pegawai Khas YB Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri. Program tamat jam 11 malam.

9. KURSUS INDUKSI DAN PENINGKATAN PROFESIONALISME PPMD PERAK 2018 HARI KE DUA 28 Ogos 2018 - Hari kedua program dimulakan dengan Qiamullail pada jam 5 pagi. Qiamullail diImam kan oleh Tuan Haji Syed Mohd Mudzaffar bin Syed Azlan, Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. Program diteruskan lagi dengan tazkirah subuh yang di sampaikan oleh A.F Ustaz Amin PPMD Bagan Serai dan disusuli dengan senamrobik dan joging oleh para peserta. Pada jam 9 pagi, telah berlangsung slot ke-6 yang disampaikan oleh Cik Nor Najihah binti Mat Munon selaku Penolong Pengurus Unit Perkhidmatan dan Sumber Manusia, MAIPk berkenaan Elaun Perjalanan dan Cuti.Menyusul kemudian slot ke-7 yang disampaikan oleh Prof. Yahya Mat Som yang mengupaskan tajuk Integriti Dalam Kehidupan dan Penjawat Awam. Prof. Yahya merupakan seorang Konsultan bebas.

Program diteruskan lagi pada jam 2 petang dengan kehadiran wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak bagi mengisi slot ke-8 dengan menyampaikan penerangan berkenaan Rasuah dan Hadiah Satu Perbezaan disusuli Bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh PPMD Perak yang diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Imran bin Haji Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Takmir, BPM JAIPk. Pada sesi petang pula, tepat jam 3.30 petang para peserta telah di bawa ke tapak water rafting tidak jauh dari tapak kem bagi mengisi slot ke-9. Sepanjang 4 km jarak sungai telah ditelusuri oleh para peserta dan berakhir pada jam 6.30 petang. Pada sesi malam pula, majlis perasmian kursus induksi ini telah dilangsungkan dan dirasmikan oleh Ybhg Dato Hj Mohd Yusop Bin Hj Husin, Pengarah JAIPk. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Shaiful Nizam Bin Not, Pengurus Unit Hal Ehwal Ummah JAIPk dan Ustaz Noraizad Bin Rosli, PBD Kampar. Menghadiri program pada hari ini, satu ceramah bertajuk Menangani stress dan konflik telah disampaikan oleh Prof. Yahya Mat Som. Program tamat pada jam 11.30 malam. 10. Day 3 Kursus Induksi PPMD Perak 29 Ogos 2018 - Bermula seawal jam 5.30 pagi, setelah selesai sembahyang subuh berjemaah, para peserta mengikuti forum perdana subuh yang telah disampaikan oleh 3 orang ahli panel iaitu Al Fadhil Ust Adib PPMD Kg Gajah, Al Fadhil Ust Jalal PPMD Lenggong, Al Fadhil Ust Hanif PPMD Parit Buntar dan di ketuai oleh moderator iaitu Al Fadhil Ust Amin PPMD Bagan Serai di Surau Murni Camp Kg Jahang Gopeng Perak.Antara intipati forum yang di kongsikan oleh ketiga-tiga ahli panel ialah mengenai Cabaran PPMD dalam Memartabatkan Islam dan Pembangunan Islam mengikut acuan Al Qur’ an dan Assunnah

dalam menyelusuri liku-liku dakwah demi mengembangkan syiar Islam khususnya di Negeri Perak. Aktiviti seterusnya di teruskan dengan senamrobik Tai Chi yang di ketuai oleh Al Fadhil Tn Hj Muhammad Imran B Ibrahim.Kursus diteruskan dengan slot ke 11 bertajuk Pengenalan Bahagian Pengurusan Masjid yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Saiful Azizi Bin Haji Abdul Manap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid.Beliau menerangkan tentang unit-unit dan tugas-tugas di bahagian pengurusan masjid. Antaranya bahagian pengimarahan, kariah dan takmir. Selain itu beliau juga memberi penekanan tentang tugas-tugas PPMD di daerah, iaitu bukan sekadar bertangungjawab dalam ahli jawatankuasa masjid dan takmir, malah perlu sentiasa peka dan kehadapan dalam apa jua program yang melibatkan masyarakat khususnya institusi masjid.Slot ke 12 yang terakhir, telah disampaikan oleh Ybhg Haji Kamal Izat Bin Ahmid Pegawai Tadbir Agama Daerah Taiping, perkongsian tentang pengalaman Pegawai Tadbir Agama bersama PPMD Perak melalui tugas-tugas dan juga kerja-kerja yang dijalankan diperingkat daerah,beliau turut menyebut PPMD mudah dikenali ramai kerana tugas yang perlu sentiasa menonjolkan diri dan bergaul dalam kelompok masyarakat. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybhg Tn Haji Saiful Azizi Bin Abd Manap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid BPM JAIPK, beliau mengucapkan tahniah kepada PPMD Negeri Perak kerana berjaya mengikuti 12 Slot Kursus dengan jayanya dan mengharap dapat mengempletasikan tugasan dengan lebih baik. Akhir majlis, Unit Takmir, PPMD Perak dan BPM JAIPk telah menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 61.

11. QURAN HOUR 30 OGOS 2018 – Telah berlangsung dengan jayanya Program Malaysia Quran Hour Peringkat Daerah Hilir Perak di Masjid at-Taqwa Padang Tembak Hilir Perak. PPMD Hilir Perak dijemput mempengerusikan majlis tersebut. Majlis telah dihadiri oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt K B Dato' Saharuddin B Hj Nazari memangku tugas OBJ Hilir Perak, YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Hj Meor Redwan B Mahayuddin Orang Besar Jajahan Kerian. Hadir sama Orang Orang Besar 32 Hilir Perak, Ketua Ketua Jabatan Daerah Hilir Perak, Penghulu Penghulu Mukim Daerah Hilir Perak, Imam Daerah Hilir Perak, PPMD Hilir Perak dan wakil-wakil agensi kerajaan daerah Hilir Perak.Sesi majlis berakhir dengan jamuan makan dan sesi begambar beramai ramai.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR PPMD HILIR PERAK BULAN SEPT 2018 1. IMARAH MASJID & SANTUNI JAMAAH 7 SEPT 2018 - Bertempat di Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan telah diadakan dengan jayanya Program Kesihatan dan Derma Darah anjuran MEDIFA CARE dengan kerjasama Masjid Daerah Hilir Perak, Hospital Kerajaan Daerah Hilir Perak serta Yayasan Anak Yatim Darus Sakinah.Program yang berkonsepkan 2 in 1 ini, secara langsungnya menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan derma darah secara percuma, ianya juga dapat menarik lebih ramai jemaah yang hadir mengimarahkan masjid. YDH Toh Muda Raja Mahkota Orang Kaya Kaya Laksamana Dato' Hj Meor Ridwan B Mahayuddin Orang Besar Jajahan Hilir Perak berkenan hadir menyempurnakan perasmian program tersebut. Turut sama hadir memeriahkan program, Ybhg Tn Syamsul Ridwan B Idris Pemangku DO Hilir Perak, Ybhg Us Ahmad Kamarul Ariffin Imam Daerah Hilir Perak, Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak, Ketua Ketua Jabatan Hospital Daerah Hilir Perak, serta wakil wakil jabatan dan badan badan bukan kerajaan. Selesai sahaja program, YDH Dato' OBJ Hilir Perak bersama sama dif dif jemputan menikmati hidangan makanan tengahari dan menunaikan solat jumaat.

2. TAFAQQUH FIDDIN & PEMUTIHAN GURU TAKMIR 13 SEPT 2018 - Telah diadakan dengan jayanya Program Tafaqquh Fiddin & Pemutihan Guru Takmir Peringkat Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk Bil 4 / 2018 di Dewan Masjid Daerah Sultan Idris II Hilir Perak. Penganjuran program tersebut telah mendapat usahasama dari pihak Jawatankuasa Masjid Daerah Sultan Idris II Hilir Perak, Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak dan Unit Takmir BPM JAIPk. Penceramah undangan Ybhg Dato ' Tuan Haji As`ad Bin Awang (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak) telah menyampaikan ceramah dengan menggunakan Kitab Feqh Fathul Qorib Bab Zakat bagi mengupas tentang kekeliruan berkenaan Asnaf Ar-Riqab.Seramai 24 orang guru takmir dari Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk telah menghadirkan diri dan memberi tumpuan yang baik sepanjang 2 jam tafaqquh fiddin tersebut dijalankan. Sebelum bermulanya Tafaqquh Fiddin,satu sesi taklimat ringkas berkenaan pemutihan guru takmir yang telah disampaikan oleh Ustaz Shukor PPMD Hilir Perak bagi menjelaskan tentang komitmen displin dalam mengajar, kehadiran kursus, kehadiran mengajar dan ketelusan dalam memohon klim takmir.Program turut sama dihadiri oleh Ybhg Tn Hj Zamhana B Ismail Pegawai Khas Agama YB Ahli Parlimen Bagan Datuk dan beliau turut berkenan menyampaikan cenderahati kepada Ybhg Penceramah Dato' Hj As'ad Awang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Program berakhir dengan sesi bergambar beramai- ramai dan jamuan makan tengahari.

3. PROGRAM IMARAH MASJID 14 SEPT 2018 : Bertempat di Masjid AL Aula Simpang 4 Hutan Melintang Bagan Datuk, telah berlangsung dengan jayanya sesi ceramah bertajuk \"Cabaran Nikmat Dunia\" yang telah disampaikan oleh Imam Muda Jabbar Abdul Kahar Pendakwah Korporat Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak MAIPk .Program ceramah ini diadakan bagi tujuan pengimarahan masjid oleh ahli qoryah, disamping memberi pendedahan kepada ahli jemaah tentang kepentingan dalam meninfaq, mewakafkan harta serta menunaikan zakat untuk mendapatkan keberkatan dalam kesenangan hidup di dunia dan di akhirat. Penganjuran oleh pihak MAIPk Bagan Datuk ini telah mendapat usahasama pihak Jawatankuasa Masjid Al Aula Simpang 4 Hutan Melintang, Pejabat Orang Besar Jajahan Bagan Datuk dan Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk.MAIPk Bagan Datuk turut berkenan menjemput Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak Memangku Bagan Datuk untuk mengacarakan majlis tersebut. Tetamu kehormat yang hadir ialah YDH Toh Seri Lela Paduka Dr Khalid B Ismail Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, turut sama hadir Ybhg Tn Hj Muhammad Khairul Basri B Osman PTA Bagan Datuk, Ybhg Tn Hj Sulaiman Pegawai Pelajaran Daerah Bagan Datuk, Penghulu Penghulu Mukim, Ketua Ketua Jabatan, jawatankuasa jawatankuasa masjid dalam Daerah Bagan Datuk serta wakil-wakil pejabat dalam Daerah Bagan Datuk.Akhir program, diadakan sesi bergambar bersama sama jawatankuasa masjid dan jamuan makan malam.

4. BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT & RESTU ILMU 21 SEPT 2018 - Sempena UPSR, UPKK dan SRAI yang akan menjelang tidak lama lagi, satu Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat Dan Restu Ilmu telah diadakan dengan jayanya di SRAR KAFA Nurul Huda Taman Pelangi Langkap. Us Mohd Shukor PPMD Hilir Perak Merangkap Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Nurul Huda telah dijemput hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut dan turut memberikan seuntai kata-kata semangat serta motivasi kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, UPKK dan SRAI. Turut sama menyerikan majlis, ibubapa, jawatankuasa jemaah pengurusan sekolah, guru-guru serta murid-murid tahun 1 hingga 6.Majlis bersurai dengan sesi \"Restu Ilmu\", yaitu murid-murid calon peperiksaan bersalaman dan memeluk ibubapa serta guru guru memohon mendoakan agar mendapat keputusan yang cemerlang.

5. PPMD & MASYARAKAT 27 SEPT 2018 - Bertempat di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK Maahad Islahiah Addiniah Lekir Manjung telah berlangsung dengan jayanya Ceramah Motivasi sempena Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ybhg Us Mohd Shukor Abdillah PPMD Hilir Perak. Program anjuran PIBG dan pihak sekolah tersebut bermula selepas maghrib dengan diadakan majlis bacaan yasin serta doa bagi persiapan menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan juga STAM.Kemudian seterusnya program motivasi selepas solat isya'. Seramai 600 orang pelajar putera puteri termasuk PIBG SABK tersebut serta ahli masyarakat setempat hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Ybhg Tn Mohd Akhir B Abd Latif Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Ybhg Tn Muhammad Hafizi Syarif wakil YDP PIBG merangkap PPMD Kampar, Ybhg Us Abd Rahman Pengetua Maahad, Penghulu penghulu dan Ketua ketua kampung Mukim Lekir.Akhir program dengan diadakan penyampaian cenderahati kepada penceramah serta jamuan makan.

6. KEMBARA IMARAH 29 Sept 2018 - Kali ini Program Kembara Imarah Solat Jumaat Ketua Ketua Jabatan dalam Daerah Hilir Perak bersama YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak telah diadakan dengan jayanya di Surau Diri Jumaat SDJ Hidayatul Islamiah Tmn Cicely Teluk Intan.Program yang bermula sebelum khutbah Jumaat ,dengan ucapan oleh Ybhg Tn Hj Hairuddin Turidi Pengerusi SDJ dengan memperkenalkan ajk ajk masjid dan menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal perkembangan masjid. Seterusnya ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin Orang Besar Jajahan Hilir Perak ,antara intipati ucapannya menyentuh tentang pentadbiran serta peranan ajk masjid dan amat menitik beratkan perpaduan dikalangan Jawatankuasa SDJ bersama sama Ahli Qoryah Taman Cecily .Hadir sama rombongan mengimarahkan program tersebut YB Dato' Azhar Jamalludin Adun Changkat Jong Ybhg Tn Faisal ADO Hilir Perak wakil DO, Tn Hj Mustafa B Hj Jaafar Pegawai Tadbir Agama Hilir Perak, Ybhg Tn Zul Azri B Hosaini Pegawai Baitumal Daerah Hilir Perak, Us Kamarul Arifin Imam Daerah Hilir Perak, Us


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook