Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU TERBARU 07072022

BUKU TERBARU 07072022

Published by MARZ 20, 2022-08-26 10:48:31

Description: BUKU TERBARU 07072022

Search

Read the Text Version

Prakata elan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) bagi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) atau secara ringkasnya dikenali sebagai OACP LSS ini dibangunkan bagi tempoh lima (5) tahun mulai dari tahun 2022 sehingga tahun 2026. LSS 2022-2026 dibangunkan secara kolektif melibatkan semua peringkat warga LSS dan dibimbing oleh Pegawai dari Kementerian Pengangkutan Sarawak. OACP LSS ini adalah milik bersama keseluruhan warga LSS dan sebagai garis panduan di dalam memperkukuhkan Governans, Integriti serta Antirasuah organisasi. elalui OACP ini diharapkan semua peluang dan ruang untuk berlakunya segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa warga kerja LSS dapat ditangani dan dicegah. Pelan tindakan yang berterusan dengan pemantauan serta penambahbaikan dapat memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui LSS akan dilaksanakan dengan amanah, ketelusan, akauntabiliti dan bebas rasuah. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 i

AMANAT YB DATO’ SRI LEE KIM SHIN Menteri Pengangkutan, Sarawak Salam Sejahtera, Salam Sarawakku Sayang, Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peringkat warga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) yang telah menyumbang di dalam membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) LSS 2022-2026 dengan jayanya. Inisiatif yang telah digariskan melambangkan visi LSS khasnya dan Kementerian amnya secara kolektif untuk memantapkan Governans, Integriti dan Antirasuah agar Kementerian Pengangkutan Sarawak dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah. Pelan OACP LSS dibangun seiring dengan pelan OACP Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) ini akan menjadi panduan dan penanda aras kepada warga kerja dan pelanggan LSS dalam mendukung usaha berkaitan Governans, Integriti, dan Antirasuah yang diterajui oleh MOTS. Saya yakin OACP LSS akan memacu LSS di dalam kecapaian fungsi-fungsi utama dan meneruskan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Akhir kata, saya menyeru semua warga LSS bersama-sama MOTS di dalam menjayakan OACP yang telah dibangunkan dengan meningkatkan tahap amanah, ketelusan dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan serta kecapaian organisasi BEBAS RASUAH 100%. Sekian, terima kasih YB Dato’ Sri Lee Kim Shin PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 ii

PERUTUSAN YB DATO HENRY HARRY ANAK JINEP Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai Dan Laut) Setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dapat membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) LSS 2022-2026 dengan jayanya. Pelan ini menunjukkan komitmen LSS dalam usaha mencapai visi OACP iaitu ke arah Organisasi yang Berintegriti Tinggi dan Bebas Rasuah sejajar dengan visi Kementerian Pengangkutan, Sarawak iaitu melahirkan warga MOTS yang Berintegriti Tinggi dan Bebas Rasuah. Untuk merealisasikan OACP LSS yang telah ditetapkan ia memerlukan komitmen sepenuhnya semua peringkat warga LSS. Peranan dan tangunggjawab semua untuk terlibat sama dalam membanteras serta menutup ruang dan peluang untuk berlakunya isu- isu berkaitan integriti dan salah laku rasuah di dalam pengurusan sungai Negeri Sarawak yang diamanahkan adalah mandatori di dalam memastikan penyampaian perkhidmatan organisasi dengan lebih cemerlang. Akhir kata, saya menyeru semua peringkat LSS menghayati Pelan yang telah dibangunkan dan menggunakan ia sebagai garis panduan di dalam penyampaian perkhidmatan yang telah diamanahkan serta membudayakan nilai-nilai Governans, Integriti dan Antirasuah. Sekian, terima kasih. YB Dato Henry Harry Anak Jinep PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 iii

PEMBUKA BICARA YBhg. DATU BUCKLAND BANGIK Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak Salam Sejahtera, Memperkasakan Tadbir Urus dan Integriti Warga Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Agensi di bawah Kementerian melalui Pematuhan terhadap Undang-Undang, Peraturan dan Arahan yang berkuatkuasa adalah misi OACP MOTS di dalam membanteras amalan rasuah dan salah laku di samping memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pemegang taruh (stakeholders) dan masyarakat umum. Syabas dan tahniah kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) kerana berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) untuk tempoh 2022-2026 seiring dengan misi OACP Kementerian. OACP LSS adalah milik semua warga LSS dan inisiatif-inisiatif serta pelan tindakan yang telah ditetapkan untuk menangani kelemahan-kelemahan yang telah berlaku dan daripada pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling kita perlu dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan tanpa kompromi dan berteraskan integriti. Komitmen semua warga LSS untuk membudayakan integriti di dalam penyampaian perkhidmatan juga akan memantapkan Governans, Integriti dan Antirasuah organisasi secara keseluruhan. Akhir kata, saya yakin pelan ini akan memanfaatkan LSS sepenuhnya di dalam memerangi amalan rasuah dan salah laku demi mencapai visi organisasi bebas rasuah. Sekian, terima kasih. Datu Buckland Bangik PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 iv

UCAPAN YBhg DR. MURNI BIN SUHAILI Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Sebagai pembuka bicara marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan izin-Nya, kita telah berjaya membangun dan menyiapkan Pelan Antirasuah (OACP) Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) 2022-2026. OACP ini telah menyatukan semua usaha untuk memantapkan integriti, tadbir urus dan antirasuah. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam merealisasikan pembangunan pelan ini. Semoga pelan ini akan menjadi panduan dan wadah semua warga LSS, pemegang taruh dan masyarakat umum dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Justeru itu, saya menyeru agar setiap warga LSS memahami dan menghayati budaya yang diterapkan dalam OACP ini serta menghindari diri daripada terjerumus dengan sebarang amalan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang bertentangan dengan prinsip moral dan integriti. Saya juga mengingatkan agar usaha meningkatkan integriti dalam organisasi tidak terbatas kepada inisiatif-inisiatif yang dikenal pasti dalam dokumen ini sahaja, tetapi usaha tersebut hendaklah diteruskan di mana-mana jua tanpa mengira waktu dan tempat. Pemantauan secara berterusan dan tindakan-tindakan penambahbaikan juga perlu dilaksanakan untuk memastikan kejayaan pelan ini. Akhir kata, marilah kita bersama-sama membudayakan integriti dan memastikan LSS terus cemerlang di dalam penyampaian perkhidmatan fungsi-fungsi utama yang diamanahkan. Sekian, terima kasih. Dr. Murni Bin Suhaili PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 v

KATA ALUAN LT. KOL. DING TIEW WONG (BERSARA) Pemangku Controller Salam Sejahtera, Pelan Antirasuah Organisasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) atau juga dikenali sebagai Organisational Anti-Corruption Plan (OACP LSS) 2022-2026 adalah pelan dokumen LSS bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan Governans, Integriti dan Antirasuah dalam Organisasi. Pembangunan OACP ini selaras adalah dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 Siri 2 No.1 Tahun 2019 di bawah inisiatif 6.2.1. serta Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2020 yang mewajibkan Badan Berkanun untuk membangunkan OACP organisasi. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam merangka serta menjayakan pembangunan OACP LSS bagi tahun 2022 sehingga 2026 ini. 27 inisiatif telah digubal sebagai benteng kepada berlakunya rasuah semasa menjalankan fungsi-fungsi utama yang diamanahkan dan tiga bidang keutamaan OACP LSS yang telah digariskan iaitu Penguatkuasaan, Kewangan dan Perolehan dan Urus Tadbir Korporat. Sebagai agensi penguatkuasa yang mengutakuasakan ordinan dan peraturan-peraturan berkaitan sungai, saya yakin keluarga besar LSS akan komit melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah digariskan dalam Pelan Antirasuah LSS 2022-2026. OACP LSS juga menggariskan pelan tindakan beserta sasaran yang realistik serta praktikal dan usaha pemantauan pelaksanaan serta penilaian keberkesanan secara berterusan bagi memastikan LSS adalah tanpa amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di semua peringkat dapat dicapai. Akhir kata, keluarga besar LSS perlu menggunakan OACP ini sebagai rujukan komprehensif dan inklusif agar ia membawa impak maksima seperti yang dihasratkan serta memperkasa integriti dan kerja bebas rasuah dapat direalisasikan. Kekallah beramanah, jujur, ikhlas, berintegriti tinggi di dalam melaksanakan tugasan harian. Sekian, terima kasih Lt. KoL. Ding Tiew Wong (Bersara) PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 vi

PENGURUSAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) sentiasa komited untuk memantapkan pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah sedia ada dalam usaha menuju ke arah organisasi LSS yang bebas rasuah dan membudayakan integriti yang tinggi. Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi atau juga dikenali sebagai Organisational Anti-Corruption Plan (OACP LSS) 2022-2026 adalah komitmen dalam menangani isu pelanggaran integriti, rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang melibatkan keluarga besar LSS selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak untuk membudayakan integriti yang tinggi dan menwujudkan budaya kerja bebas rasuah. OACP LSS dirangka, dibangun dan distruktur secara komprehensif dengan mengambil kira semua fungsi-fungsi utama LSS melalui penyatuan semua inisiatif yang dirumuskan dan usaha pengukuhan untuk memperkasakan aspek integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam satu pelan yang sama. Pelan tindakan yang distruktur akan dipantau, dikaji kerberkesanannya dan penambahbaikan secara berterusan selaras dengan cabaran semasa. Dalam aspek ini, maklumbalas secara berterusan dari keluarga besar LSS, pemegang taruh dan masyarakat umum juga penting bagi memastikan sentiasa relevan. LSS juga komited di dalam menwujudkan mekanisme kawalan dalaman yang membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau dan diukur sebagai salah satu langkah mencegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan. Akhir kata, saya menyeru kepada semua peringkat warga kerja LSS komited untuk menjadikan OACP LSS 2022-2026 sebagai rujukan komprehensif dan inklusif dan melaksanakan pelan tindakan bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 vii

LSS Lembaga Sungai-Sungai Sarawak SRO Sarawak Rivers Ordinance MMKN Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MOTS Ministry of Transport, Sarawak NACP National Anti-Corruption Plan NKRA National Key Result Area OACP Organisational Anti-Corruption Plan PIN Pelan Integriti Nasional JAR Jawatankuasa Antirasuah UNION Unit Integriti & Ombudsman Negeri SOP Standard Operating Procedure PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 viii

KERATAN AKHBAR DAN STATISTIK TANGKAPAN KES RASUAH OLEH SPRM DI MALAYSIA (2018 – 2020) PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 ix

STATISTIK TANGKAPAN KES RASUAH OLEH SPRM DI MALAYSIA (2018 – 2021) A. STATISTIK TANGKAPAN MENGIKUT KATEGORI BAGI TAHUN 2019 DAN 2020 B. STATISTIK TANGKAPAN SPRM JANUARI HINGGA JUN 2021 Sumber Data: SPRM PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 x

Isi Kandungan Muka Surat PRAKATA AMANAT i PERUTUSAN ii PEMBUKA BICARA iii UCAPAN iv KATA ALUAN v PENYATAAN KOMITMEN vi GLOSARI KATA vii KERATAN AKHBAR viii STATISTIK RASUAH ix BAB 1: PENGENALAN 1.1.0 Latar Belakang LSS 13 1.2.1 Visi, Misi dan Tagline 14 1.2.2 Nilai Murni 15 1.2.3 Piagam Pelanggan 16 1.2.4 Fungsi-fungsi Utama Agensi 17 1.2.5 Punca Kuasa LSS 18-20 1.2.6 Carta Organisasi 21 1.3.0 Definisi dan Dasar Rasuah 22 1.4.0 Punca Utama Rasuah dan Salah Laku Integriti di LSS 23 1.5.0 Bidang-Bidang Berisiko di LSS 24 25 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 xi

BAB 2: MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH Muka 2.1 Isu dan Cabaran Menangani Rasuah Surat 2.2 Keperluan kepada Kerangka LSS 2.3 Kerangka Pelan Antirasuah Organisasi LSS 26 2.4 Strategi dan Inisiatif di bawah Bidang Keutamaan 2.5 Bidang Keutamaan 27 28 29 30-31 32-43 BAB 3: TADBIR URUS 44 3.1 Pengenalan kepada Tadbir Urus 45 3.2 Prinsip-Prinsip Tadbir Urus 46-47 48 3.3 Mekanisme Perlaksanaan 49 3.4 Mekanisme Penyelarasan Pemantauan dan Penilaian BAB 4 : Kesimpulan 50 51 4.1 Rumusan PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 xii

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 13

1.1 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak ditubuhkan pada 1 Oktober 1993 di bawah Seksyen 3 Ordinan Sungai-Sungai Sarawak 1993. Lembaga ini merupakan badan berkanun Negeri yang secara langsung di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak. Berkuasa pada 22hb Ogos 2019 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak diletakkan dibawah Kementerian Pengangkutan Sarawak. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak berfungsi melalui sebuah Lembaga yang diketuai oleh seorang Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga yang dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Operasi harian Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dikendalikan oleh Kontroller yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Lembaga ini. Sungai memainkan peranan yang utama dalam aktiviti ekonomi di negeri Sarawak di samping menjadi kaedah yang mudah untuk pengangkutan penumpang dan barangan. Selain itu, sungai juga merupakan sumber air bersih untuk minuman, riadah dan kegunaan industri. Usaha awal dari segi perancangan pengangkutan di Malaysia yang dilakukan dalam tahun 1968 tidak mengambil kira pengangkutan melalui sungai. Antara sebabnya adalah di Semenanjung Malaysia keutamaan diberikan kepada pembangunan jalan raya dan landasan kereta api kerana kebanyakan sungainya tidak sesuai untuk perjalanan bot. Pada bulan Oktober 1989, Kerajan Negeri Sarawak telah melantik DHV Consultants untuk menjalankan kajian kemungkinan terhadap pengangkutan pesisir dan sungai di Sarawak. Ordinan Sungai-Sungai Sarawak, 1993 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam bulan Mei 1993, dan dikuatkuasakan pada bulan Oktober 1993. Dengan kuasa Ordinan ini, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1993. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 14

1.2 1.2.1 VISI, MISI DAN TAGLINE VISI Untuk Menjadi Agensi Peneraju Dalam MISI Pengurusan Sungai Bagi Memastikan Sungai Selamat, Bersih Dan Semulajadi Untuk Memastikan Keselamatan dan Kebersihan Sungai Melalui Penguatkuasaan yang Efektif dan Penyampaian Perkhdimatan yang efisien TAGLINE “SAFETY FIRST, ENFORCEMENT NOW” “CLEAN WATER FOR ALL” PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 15

1.2 1.2.2 NILAI MURNI INTEGRITI BERORIENTASIKAN BAIK HATI DAN HASIL PRIHATIN NILAI-NILAI BERSAMA SEMANGAT PROFESIONALISME BERPASUKAN SIKAP KESEGERAAN DAN SEMANGAT SEPUNYA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 16

1.2 1.2.3 PIAGAM PELANGGAN PERMOHONAN BAHARU PERMIT PENGANGKUTAN SUNGAI DIKELUARKAN 1 DALAM TEMPOH LAPAN (8) HARI BEKERJA DARI TARIKH PERMOHONAN LENGKAP DITERIMA PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT PENGANGKUTAN 2 SUNGAI DIKELUARKAN DALAM TEMPOH LIMA (5) HARI BEKERJA DARI TARIKH PERMOHONAN YANG LENGKAP DITERIMA PERTUKARAN BUTIRAN PERMIT PENGANGKUTAN SUNGAI 3 (PEMILIK/JURAGAN) DIKELUARKAN DALAM TEMPOH LIMA (5) HARI BEKERJA DARI TARIKH PERMOHONAN YANG LENGKAP DITERIMA PEMBATALAN PERMIT PENGANGKUTAN SUNGAI OLEH 4 PEMILIK DIPUTUSKAN DAN DIBUAT DALAM TEMPOH EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA DARI TARIKH PERMOHONAN YANG LENGKAP DITERIMA PEMBATALAN/PENGGANTUNGAN PERMIT PENGANGKUTAN 5 SUNGAI OLEH LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK DIPUTUSKAN DAN DIBUAT DALAM (3) BULAN DARI TARIKH LAPORAN SIASATAN DITERIMA MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA KE ATAS 6 SETIAP ADUAN PELANGGAN YANG DITERIMA DALAM EMPAT BELAS (14) HARI DARI TARIKH ADUAN DITERIMA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 17

1.2 1.2.4 FUNGSI–FUNGSI UTAMA AGENSI 1 Merancang dan mengemukakan saranan kepada Kerajaan Negeri dari segi pembangunan dan menambahbaik sistem pengangkutan sungai secara menyeluruh di Negeri Sarawak; 2 Mengawal dan mengatur lalulintas air di pelabuhan dan dermaga atau sungai dan pantai di perairan Sarawak; Mengambil langkah-langkah yang perlu dan praktikal untuk 3 memastikan sungai-sungai dan pelabuhan-pelabuhan sentiasa bersih dan tidak dicemari oleh sampah, bahan buangan dan kotoran; Memeriksa, mengkaji dan menentukan penggunaan serta menambahbaik kebolehlayaran semua sungai untuk 4 pengangkutan dan mencegah sampah sarap dan sisa dari kilang-kilang yang beroperasi di sepanjang sungai; 5 Mengawal dan mengatur lalulintas air di perlabuhan dan dermaga atau sungai dan pantai di perairan Sarawak; 6 Mengambil semua langkah yang wajar untuk mencegah atau mengurangkan kadar hakisan tebing sungai bagi melindungi dan mengembalikan keindahan sungai; PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 18

1.2 1.2.4 FUNGSI–FUNGSI UTAMA AGENSI 7 Menyediakan dan menyelenggara kemudahan seperti dermaga, jeti atau terminal mendarat penumpang; 8 Mencegah sebarang halangan terhadap mana-mana sungai atau laluan air; 9 Mengemukakan saranan demi keselamatan pelayaran kapal dan pencegahan pelanggaran di sungai; Mengendali dan menyelenggarakan mana-mana baraj 10 atau pintu air dan mengawal serta mengatur laluan kapal melalui baraj atau pintu air; 11 Mengurus dan menyelenggarakan mana-mana dermaga, jeti atau terminal mendarat penumpang bagi pihak kerajaan atau pihak berkuasa tertakluk kepada semua terma dan syarat yang dipersetujui di antara pihak Lembaga dan pemilik waf, jeti atau terminal mendarat penumpang; 12 Menjalankan tugas-tugas lain diarahkan oleh MMKN 19 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026

1.2 1.2.4 FUNGSI–FUNGSI UTAMA AGENSI Pursuant to the Ministers of the State Government (Assignment of Portfolios) Order, 2022 [Swk. L. N. 17] dated 21st January 2022, which comes into force on 04th January 2022; among others as follows; i Peraturan dan keselamatan trafik sungai dan pesisir; ii Pembangunan dan pengurusan sistem pengangkutan sungai Negeri; iii Pengorekan di sungai dan survei hidrografi; iv Pengangkutan termasuk keselamatan pelayaran dan kebersihan di \"specified water bodies\"; v Penyediaan kemudahan awam untuk pengangkutan sungai dan pesisir; vi Waf dan jeti; dan vii Pengurusan dan pengawalan untuk kawasan pesisir. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 20

1.2 1.2.5 PUNCA KUASA LSS PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 21

1.2 1.2.6 CARTA ORGANISASI ENFORCEMENT AND LEGAL CHAIRMAN AND ADMINISTRATION BOARD MEMBERS FINANCE CONTROLLER HEADQUARTERS TECHNICAL SERVICES RIVERINE SAFETY BARRAGE AND SHIPLOCK REGIONAL OFFICES REGION I, KUCHING REGION II, SIBU REGION III, MIRI - KUCHING - SIBU - MIRI - SRI AMAN - KAPIT - MARUDI - BAKO - SONG - LIMBANG - SEBUYAU - KANOWIT - LAWAS - SARIKEI - BINTULU - TG. MANIS - KUALA BARAM - MUKAH - DARO - BAKUN - BELAGA - TG. LEBAAN - NG. SEMARAM PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 22

1.3 1.3.1 DEFINISI RASUAH Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, perkhidmatan, jawatan, rupa, diskaun dan sebagainya. 1.3.2 DASAR RASUAH Kerajaan Negeri Sarawak telah menerima dokumen NACP 2019-2013 daripada Kerajaan Pusat sempena pelancaran Pelan Antirasuah Nasional tersebut 29 Januari 2019 sebagai komitmen Kerajaan Negeri untuk menjayakan agenda integriti. Oleh itu, Kerajaan Negeri Sarawak melalui UNION telah mengeluarkan Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2019, rujukan JKM/UNION/100-1/1/1/5(05) pada 29 April 2019 dengan tujuan memaklumkan semua Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua Jabatan Negeri dan Residen Bahagian bahawa; • Kerajaan Negeri telah menerima pakai Arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 mengenai Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia; Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan; • Kerajaan Negeri memutuskan bahawa JAR ditubuhkan di peringkat Kementerian (JAR-Kementerian), Bahagian (JAR- Bahagian) dan Jabatan (JAR-Jabatan); dan • Menjelaskan secara terperinci mengenai terma rujukan bagi Jawatankuasa-Jawatankuasa tersebut yang merangkumi keanggotaan, peranan dan tanggungjawab, pelaporan isu, jadual mesyuarat dan format laporan. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 23

1.4 Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan serta rekod yang dikumpul dari siasatan yang telah dijalankan mendapati bahawa antara punca berlakunya kesalahan rasuah dalam kalangan agensi adalah: ❑ Pegawai kurang berintergriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan; ❑ Kadar berhutangan yang serius; ❑ Kelemahan SOP serta tidak konsisten untuk mematuhi peraturan sedia ada yang berkuatkuasa; ❑ Pegawai mempunyai kepentingan peribadi, hubungan yang akrab dengan pembekal dan pembekal yang mengambil kesempatan mendorong kepada ruang dan peluang antara kakitangan yang tidak bertanggungjawab; ❑ Terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti rasuah; ❑ Kurang pemantuan/penyeliaan; ❑ Kurang pengetahuan tentang kerja serta amanah; ❑ Ruang dan peluang; ❑ Dorongan pihak ketiga atau orang luar; ❑ Tiada tindakan tegas dan penalti; dan ❑ Salah guna kuasa. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 24

1.5 Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, terdapat tiga (3) bidang keutamaan yang cenderong dan terdedah pada risiko governans, integriti dan rasuah di LSS telah dikenal pasti. 1.5.1 TADBIR URUS KORPORAT Tadbir urus merupakan proses dan aktiviti yang berterusan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Perubahan organisasi yang efektif tidak akan berlaku sekiranya pengurusan dan pentadbiran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya mewujudkan masalah penyampaian perkhidmatan dan masalah tata kelakuan pekerja. 1.5.2 PENGUATKUASAAN Pengurusan sungai yang baik dapat membantu memastikan LSS menggunakan peruntukan dengan cekap dan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak dalam pelaksanaan operasinya. Struktur tadbir urus yang baik juga bergantung kepada pengurusan organisasi yang telus dan berkesan. Tadbir urus yang lemah akan menjejaskan usaha pembangunan organisasi dan kepercayaan pelanggan dan pihak berkepentingan terhadap LSS. Aktiviti operasi adalah nadi utama LSS yang memerlukan ketelusan dalam memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan adalah bebas daripada unsur–unsur korupsi. Pematuhan kepada undang–undang, peraturan-peraturan dan prosidur–prosidur adalah antara kunci kepada kelancaran perkhidmatan yang ditawarkan. Antara isu–isu yang dikenalpasti adalah campur tangan pihak ketiga atau pihak luar memmpengaruhi dalam urusan pentadbiran, tahap kawalan dan keselamatan, serta penyampaian perkhidmatan dan pengurusan di LSS. 1.5.3 PEROLEHAN DAN KEWANGAN Ketidakpatuhan kepada prosidur kewangan dan perolehan seringkali menjadi isu utama LSS. Proses–proses kewangan dan perolehan yang tidak mematuhi prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan akan menyebabkan kerugian kepada perbelanjaan peruntukkan, sumber tenaga dan pembaziran masa pelaksanaan di LSS. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 25

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 26

2.1 Pendekatan 5A digunakan secara menyeluruh dalam penyediaan OACP LSS 2022–2026 bagi memastikan Pelan Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan. Pendekatan 5A tersebut adalah seperti berikut : Jangkaan Diagnosis awal masalah, ancaman dan cabaran rasuah oleh (Anticipation) organisasi melalui data Corruption Risk Management (CRM) , Bengkel Pembangunan OACP dan analisis maklumat daripada pelbagai sumber. Langkah ini penting untuk membantu organisasi mengenal pasti Langkah-langkah pembetulan yang tepat untuk mengurangkan atau mengatasi isu rasuah, governans dan integriti. Advokasi Cadangan dasar dan peraturan mengatasi risiko rasuah (Advocacy) dalam organisasi. Pembuat keputusan hendaklah bertanggungjawab terhadap setiap syor dan seterusnya Persekapatan mengambil Tindakan sama ada melalui pengukuhan (Alliance) peraturan dan sistem, struktur, tenaga kerja, belanjawan atau Latihan. Tindakan (Action) Kerjasama dan koordinasi antara pihak dalaman organisasi dan luaran, termasuk mereka yang terlibat dalam pelaksanaan dasar. Ia akan membantu organisasi untuk memaksimumkan penggunaan sumber melalui perkongsian dalam bentuk tenaga kerja, belanjawan dan logistik supaya lebih berkesan. Pelaksanaan atau penguatkuasa undang – undang, dasar dan peraturan sama ada melalui mekanisme semak dan imbang, pencegahan dan Latihan. Organisasi perlu mengambil Tindakan tegas dan adil pada semua peringkat untuk sebarang perlakuan yang bertentangan dengan peraturan. Akreditasi Memfokuskan proses pemantauan dan penilaian untuk (Accreditation memastikan semua dasar dan peraturan telah dilaksanakan spenuhnya oleh individu atau organisasi. Perkara ini penting untuk memperbaiki dasar dan program sedia ada. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 27

2.2 Kerajaan telah menggantikan Pelan lntegriti Nasional (PIN) dan NATIONAL KEY RESULT AREA (NKRA) -“Membanteras Rasuah”,dengan Pelan Antirasuah National (NACP) yang lebih menyeluruh dan berupaya memberi impak positif yang berkekalan. NACP diperkenalkan setelah mengambil kira pandangan pelbagai lapisan masyarakat berhubung isu kebebasan, hak, kesejahteraan dan ketidakstabilan ekonomi negara. Di peringkat Jabatan, OACP akan memacu ke arah peningkatan ketelusan, dengan menerapkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam semua sistem dan prosedur di Jabatan ini. OACP ini juga bertujuan menghapuskan penyelewengan dan kelemahan tadbir urus. Pelaksanaan dan penguatkuasaan inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan tahap ketelusan dan integriti Jabatan sekaligus meningkatkan persepsi pengguna. Beberapa bidang berisiko yang terdedah kepada perlakuan rasuah telah dikenal pasti melalui kajian dan analisis terperinci terhadap data don hasil kajian daripada pelbagai sumber serta Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM). Hasilnya, OACP menggariskan sebuah kerangka yang menyeluruh dalam memerangi rasuah. Antara inisiatif yang dirangka termasuklah memastikan setiap pemegang taruh menangani permasalahan rasuah di Jabatan melalui pembangunan OACP. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 28

2.3 VISI Ke arah organisasi yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah Meningkatkan kecekapan tadbir urus baik, memperkukuhkan MISI integriti warga jabatan dan mengurangkan kadar salah laku rasuah yang efektif dan penyampaian perkhdimatan yang efisien MATLAMAT Meningkatkan akauntabiliti, kredibiliti dan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan BIDANG TADBIR PENGUATKUASAAN PEROLEHAN KEUTAMAAN URUS DAN KORPORAT KEWANGAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 29

2.4 2.4.1 ANALISIS KUADRAN Hasil analisis kuadran yang telah dilaksanakan, sebanyak 5 strategi dan 47 inisiatif yang telah dikenalpasti yang akan diberi keutamaan dan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun (2021-2025) berdasarkan punca untuk urus tadbir, risiko rasuah dan salahlaku integriti yang ditemui. Keutamaan ini akan dilaksanakan melalui pelan Tindakan yang berimpak tinggi dan kompleksiti rendah yang mana akan memberi kesan besar kepada kecekapan dan ketelusan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Daripada 47 inisiatif yang telah dikenalpasti, 44 inisiatif (94%) adalah berada di kategori Kuadran A dan 3 inisiatif (6%) adalah di dalam ketagori Kuadran B yang akan dilaksanakan dengan usaha minima namun mendatangkan hasil positif yang besar. A B 44 INISIATIF (94%) 3 INISIATIF (6%) ❖Inisiatif berimpak ❖Inisiatif berimpak tinggi / kompleksiti tinggi / kompleksiti rendah tinggi C D ❖Inisiatif berimpak ❖Inisiatif berimpak rendah / kompleksiti rendah / rendah kompleksiti tinggi PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 30

IMPAK A B ❖Inisiatif berimpak tinggi / ❖Inisiatif berimpak tinggi / kompleksiti rendah kompleksiti tinggi C D ❖Inisiatif berimpak rendah ❖Inisiatif berimpak rendah / / kompleksiti rendah kompleksiti tinggi KOMPLEKSITI IMPAK : KOMPLEKSITI : Kesan atau hasil positif yang dicapai Kesukaran dan kerumitan dalam melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif pelaksanaan sesuatu inisiatif STRATEGI 1 Meningkatkan tadbir urus sungai di bawah bidang kuasa LSS STRATEGI 2 Meningkatkan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan STRATEGI 3 penguatkuasaan Sarawak Rivers Ordinance,1993 dan STRATEGI 4 peraturan-peraturan berkaitan penguatkuasaan undang-undang STRATEGI 5 Pemantapan tadbir urus dan modal insan Lembaga Sungai- Sungai Sarawak Memperkasakan dan memperkukuhkan keberkesanan pengurusan perolehan Mempertingkatkan tadbir urus dan pengurusan kewangan ke arah integriti PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 31

BIDANG TADBIR URUS KEUTAMAAN KORPORAT 1 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 32

2.5.1 12 1 INISIATIF STRATEGI JANGKA PANJANG 2 OBJEKTIF STRATEGIK 0 10 INISIATIF RISIKO JANGKA PENDEK PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 33

BIDANG KEUTAMAAN 1: TADBIR URUS KORPORAT STRATEGI : PEMANTAPAN TADBIR URUS DAN MODAL INSAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK OBJEKTIF STRATEGIK 1: MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN UTAMA BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS MASA KUADRAN 1 Manipulasi Meningkatkan kefahaman Unit 5 Tahun A Pentadbiran (2022-2026) maklumat, terhadap Akta Rahsia dokumen rasmi, Rasmi 1972 dan Akta tandatangan dan Keselamatan cop jabatan untuk kepentingan peribadi 2 Ketidakpatuhan i. Memantap dan Unit 5 Tahun A A kepada mengemaskini peraturan Pentadbiran (2022-2026) B A peraturan, dan proses kerja sedia ada A undang-undang A dan proses kerja ii. Meningkatkan Unit 5 Tahun yang sedia ada kefahaman, pematuhan dan Pentadbiran (2022-2026) pemakaian peraturan, undang-undang dan prosidur kerja iii. Menyemak semula Unit Undang- 5 Tahun peruntukan undang-undang Undang (2022-2026) yang berkaitan di bawah SRO, 1993 3 Penerimaan Menguatkuasa Unit 5 Tahun hadiah/faedah perlaksanaan pekeliling Pentadbiran/ (2022-2026) dari pihak berkaitan penerimaan berkepentingan hadiah, imbuhan dan Integriti ganjaran 4 Mengingkari Memberi kesedaran kepada Unit Sumber 5 Tahun arahan kakitangan mengenai Manusia (2022-2026) Ketua/Penyelia arahan berkaitan dengan untuk mengingkari arahan dari menjalankan Ketua Jabatan. tugas 5 Pemantauan Meningkatkan kompetensi Unit Sumber 5 Tahun yang kurang dan tanggungjawab Manusia (2022-2026) tegas terhadap Penyelia pegawai bawahan PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 34

BIDANG KEUTAMAAN 1: TADBIR URUS KORPORAT STRATEGI : PEMANTAPAN TADBIR URUS KORPORAT DAN MODAL INSAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK OBJEKTIF STRATEGIK 2 : MELAHIRKAN MODAL INSAN DAN PEGAWAI YANG BERAKAUNTABILITI BAGI MENAMBAHBAIK KEBERKESANAN FUNGSI JABATAN BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS MASA KUADRAN 6 Kegagalan Mengukuhkan Unit 5 Tahun A melaksanakan tugas pengetahuan dalam Sumber (2022-2026) mengikut sasaran penyediaan Sasaran Kerja Manusia kerja Tahunan (SKT) 7 Ketidaktelusan Meningkatkan kefahaman Unit 5 Tahun A dalam membuat pegawai penyelia Sumber (2022-2026) penilaian prestasi mengenai penilaian Manusia Sasaran Kerja prestasi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahunan (SKT) 8 Penyalahgunaan Memberi kesedaran Unit 5 Tahun A bahan terlarang mengenai kesan Sumber (2022-2026) A penyalahgunaan bahan Manusia A terlarang 9 Keberhutangan Memberi kesedaran Unit 5 Tahun Sumber (2022-2026) serius di kalangan mengenai kesan Manusia pegawai dan keberhutangan serius kakitangan 10 Mengambil cuti Memantapkan penyeliaan Unit 5 Tahun tanpa kelulusan dan pemantauan Sumber (2022-2026) mengenai pengurusan cuti Manusia ketua jabatan PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 35

BIDANG PENGUATKUASAAN KEUTAMAAN 2 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 36

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 36

2.5.2 16 1 INISIATIF STRATEGI JANGKA PANJANG 2 OBJEKTIF STRATEGIK 0 9 INISIATIF RISIKO JANGKA PENDEK PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 37

BIDANG KEUTAMAAN 2: PENGUATKUASAAN STRATEGI : MENINGKATKAN KETELUSAN DAN KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGUATKUASAAN SARAWAK RIVERS ORDINANCE, 1993 DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG OBJEKTIF STRATEGIK 1: MEMPERKASAKAN PENGUATKUASAAN SARAWAK RIVERS ORIDINANCE, 1993 DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS MASA KUADRAN 1 Menjalankan I. Memastikan Unit 5 Tahun A Tugas peraturan yang lapuk Penguatkuasaan (2022-2026) penguatkuasaan / tidak berkaitan tanpa mematuhi dikeluarkan daripada prosidur Standard Operating Procedure (SOP) dan dikemaskini dari semasa ke semasa II. Memastikan anggota Unit 5 Tahun A penguatkuasa Penguatkuasaan (2022-2026) A sentiasa peka dengan perubahan Unit 5 Tahun peraturan Penguatkuasaan (2022-2026) III. Memastikan operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan IV. Memastikan Unit 5 Tahun A anggota Sumber Manusia (2022-2026) penguatkuasa A diambil Tindakan A berdasar Statutory A Bodies (Conduct and Discipline) Ordinance 2004 2 Penyelewengan I. Meningkatkan Unit Pentadbiran/ 5 Tahun Hasil Kutipan kesedaran intergriti di Integriti (2022-2026) Fee / Yuran oleh kalangan pegawai anggota II. Membendung Unit Penguatkuasaan 5 Tahun pemalsuan maklumat (2022-2026) dan rekod kutipan hasil 3 Pemalsuan Membendung pemalsuan Unit Penguatkuasaan 5 Tahun Maklumat dan maklumat dan rekod (2022 - 2026) Rekod Kutipan kutipan hasil Hasil. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 38

BIDANG KEUTAMAAN 2: PENGUATKUASAAN STRATEGIK: MENINGKATKAN KETELUSAN DAN KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGUATKUASAAN SARAWAK RIVERS ORDINANCE, 1993 DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN PENGUATKUASAAN UNDANG- UNDANG OBJEKTIF STRATEGIK 2: MEMPERKASAKAN PENGUATKUASAAN SARAWAK RIVERS ORIDINANCE, 1993 DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS MASA KUADRAN 4. Kepentingan Membendung kepentingan Unit 5 Tahun A peribadi dalam peribadi dalam tindakan Penguatkuasaan (2022 - 2026) mengambil penguatkuasaan tindakan penguatkuasaan 5. Pertimbangan Meningkatkan kefahaman Unit 5 Tahun A yang tidak wajar Sarawak Rivers Ordinance, Undang-undang (2022 - 2026) sehingga 1993 dan Peraturan- menjejaskan Peraturan Berkaitan di dalam kerja menjalankan tugas penguatkuasaan 6. Gagal Meningkatkan kefahaman Unit 5 Tahun A mengambil Sarawak Rivers Ordinance, Undang-undang (2022 - 2026) A tindakan 1993 dan Peraturan- A susulan ke atas Peraturan Berkaitan di dalam A kes kesalahan menjalankan tugas di bawah Sarawak Rivers Ordinance, 1993 dan Peraturan- Peraturan Berkaitan 7. Salahguna Memantapkan penyeliaan Unit Pentadbiran/ 5 Tahun kuasa dalam dan pemantauan oleh menjalankan pegawai penyelia Integriti (2022 - 2026) tugas 8. Kebocoran Memantapkan pelaksanaan Unit Penguatkuasan 5 Tahun maklumat operasi Arahan Keselamatan dan Akta Ibu Pejabat (2022 - 2026) penguatkuasaan Rahsia Rasmi 1972 9. Penyalahgunaan Meningkatkan nilai integriti Unit Pentadbiran/ 5 Tahun kad kuasa dikalangan anggota Integriti (2022 - 2026) Lembaga Sungai- penguatkuasa Sungai Sarawak bagi tujuan penyamaran PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 39

BIDANG KEUTAMAAN PEROLEHAN DAN 3 KEWANGAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 40

2.5.3 7 2 INISIATIF STRATEGI JANGKA PANJANG 2 OBJEKTIF STRATEGIK 0 7 INISIATIF RISIKO JANGKA PENDEK PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 41

BIDANG KEUTAMAAN 3: PEROLEHAN DAN KEWANGAN STRATEGI 1: MEMPERKASA DAN MEMPERKUKUH KEBERKESANAN PENGURUSAN PEROLEHAN OBJEKTIF STRATEGIK 1: MEMPERKASAKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN PEROLEHAN MELALUI PENGUKUHAN KERANGKA PEROLEHAN. BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS MASA KUADRAN 1 Pegawai Meningkatkan kompetensi Unit 5 Tahun memecahkecilkan pegawai mengenai Tatacara Perolehan (2022-2026) A B perolehan Perolehan A A pembelian terus Mengambil tindakan punitif Unit Sumber 5 Tahun B untuk mengelak terhadap pegawai yang Manusia (2022-2026) A perolehan Sebut kerap melanggar SOP A Harga/Tender perolehan A 2 Pegawai membuat Mempertingkatkan Unit 5 Tahun perolehan bekalan pengetahuan dan kemahiran Perolehan (2022-2026) /perkhidmatan dalam proses perolehan /kerja tanpa Memperkukuhkan kelulusan pematuhan ke atas prosidur perolehan bekalan/ perkhidmatan/kerja Memperkenalkan proses permohonan perolehan secara elektronik 3 Pegawai Meningkatkan kesedaran Unit 5 Tahun membocorkan mengenai Akta Rahsia Pentadbiran (2022-2026) Rasmi 1972 dan Undang- maklumat Undang berkaitan perolehan perolehan Menambahbaik pengendalian dokumen terperingkat 4 Pegawai tidak Memastikan pegawai yang Unit 5 Tahun Perolehan (2022-2026) mematuhi prosidur berkepentingan tidak terlibat proses pemilihan dalam proses perolehan dan pembekal pemilihan pembekal perkhidmatan bekalan/perkhidmatan/kerja Memastikan proses A perolehan selaras dengan Tatacara Perolehan Badan- Badan Berkanun Negeri Sarawak PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 42

BIDANG KEUTAMAAN 3: KEWANGAN DAN PEROLEHAN STRATEGI 2: MEMPERTINGKATKAN TADBIR URUS DAN INTEGRITI KE ARAH PENGURUSAN KEWANGAN OBJEKTIF STRATEGIK 2: MENINGKATKAN AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS MASA KUADRAN 1. Kesilapan di Mengukuhkan pelaksanaan Unit 5 Tahun dalam (2022-2026) melaksanakan tatacara pembayaran Kewangan A proses A pembayaran kewangan Melaksanakan polisi pusingan tugas Meningkatkan pematuhan A AP 93 Memastikan setiap pembayaran di buat semakan oleh Penyelia A terhadap baucar bayaran dibuat 2. Pegawai Memantapkan pematuhan Unit 5 Tahun membuat dan penguatkuasaan Kewangan (2022-2026) pembayaran Arahan Perbendaharaan, secara Proses dan Prosidur A A berkelompok Kewangan dan Pekeliling- pada tarikh Pekeliling secara penutupan akaun menyeluruh tahun kewangan Menambahbaik kawalan semasa dalaman bagi proses pembayaran 3. Pegawai Memantapkan pematuhan Unit 5 Tahun Kewangan (2022-2026) membuat bayaran dan penguatkuasaan untuk kerja Arahan Perbendaharaan, penyelenggaraan Proses dan Prosidur A A tanpa perjanjian kewangan dan Pekeliling- Pekeliling secara menyeluruh Menambahbaik kawalan dalaman bagi proses pembayaran PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 43

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 44

3.1 LSS telah menubuhkan struktur khusus pentadbiran antirasuah yang melibatkan pelbagai peringkat berdasarkan “Pemantapan Governans, lntegriti dan Antirasuah dalam pengurusan pentadbiran”. Ia bertujuan untuk memantau kemajuan pelaksanaan yang akan dilakukan oleh setiap bahagian di LSS agar selari dengan perancangan yang telah disediakan. Selain itu, langkah- langkah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaan inisiatif agar dapat diselaraskan dengan lebih berkesan. Bagi memastikan pelaksanaannya bergerak seiring dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), suatu Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan OACP LSS hendaklah ditubuhkan seperti berikut: Pengerusi: Pemangku Controller Keahlian Assistant Controller - Enforcement & Legal Assistant Controller - Riverine Safety Assistant Controller - Technical Services Assistant Controller - Barrage & Shiplock Assistant Controller - Finance Assistant Controller - Administration Keahlian Jemputan Mengikut Keperluan Urus Setia Unit Pentadbiran/Integriti PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 2026 45

3.2 KOMITMEN PENILAIAN RISIKO PENGURUSAN RASUAH TERTINGGI PEMANTAUAN DAN PELAKSANAAN LANGKAH PENILAIAN KAWALAN DALAMAN KOMITMEN PENGURUSAN TERTINGGI • Mengamal serta menghayati integriti dan nilai etika pada tahap yang tertinggi. • Mematuhi sepenuhnya aspek dan keperluaan undang-undang dan peraturan berkaitan dengan antirasuah yang berkuatkuasa. • Pihak pengurusan tertinggi komited untuk memastikan setiap warga LSS mendukung integriti sebagai budaya kerja dengan mengurus risiko antirasuah secara telus dan berhemah. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 46

3.2 PENILAIAN RISIKO RASUAH • Penilaian risiko rasuah akan dilaksanakan secara berkala dan mengikut keperluan dari semasa ke semasa agar sentiasa relevan. • Memberi keutamaan kepada risiko rasuah yang tinggi sama ada dalaman ataupun luaran organisasi supaya peluang dan ruang rasuah dapat diminimumkan dan dihapuskan. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN • Pemantauan inisiatif yang berimpak tinggi dilaksanakan oleh semua unit dan ketua jabatan bagi menangani sebarang risiko yang berpunca daripada kelemahan sktruktur tadbir urus, proses dan prosidur serta penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. • Membuat penilaian melalui pengauditan secara berkala bagi memastikan keberkesanan program, aktiviti dan insiatif yang dilaksanakan. • Mengenalpasti masalah dan mencadangkan kaedah penyelesaian. PELAKSANAAN LANGKAH KAWALAN DALAMAN • LSS akan memperkukuhkan kawalan dalaman yang bersesuaian bagi menangani sebarang risiko rasuah ekoran dari kelemahan proses, prosidur serta tadbir urus. • Memastikan OACP difahami oleh semua warga LSS. • Memastikan inisiatif dilaksanakan mengikut pelan. • Mewujudkan garis panduan dan SOP yang baharu sekiranya perlu. PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 47

3.3 JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) KEMENTERIAN Menerima laporan prestasi OACP daripada LSS (Tertakluk kepada arahan Pengerusi JAR Kementerian) JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK (DIPENGERUSI OLEH CONTROLLER) Unit lntegriti sebagai Urusetia menilai prestasi semasa inisiatif yang dilaksanakan melalui laporan pemantauan berkala ❑ Pembentangan status pencapaian dan pelaksanaan inisiatif di bawah OACP tiga (3) kali setahun; ❑ Mendapatkan penjelasan daripada pelaksana Pelan Tindakan; ❑ Mengenalpasti penyelesaian terbaik; ❑ Membuat keputusan penting selari dengan kepentingan organisasi; dan ❑ Memperakukan isu dan laporan untuk dikemukakan kepada JAR Kementerian (jika perlu). PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 48


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook