Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore LAPORAN MHPSS PKRC MAEPS 2.0 (LATEST)

LAPORAN MHPSS PKRC MAEPS 2.0 (LATEST)

Published by zyanazieha, 2022-04-14 06:24:08

Description: LAPORAN MHPSS PKRC MAEPS 2.0 (LATEST)

Search

Read the Text Version

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 1.0 LATAR BELAKANG Pasukan Mental Health and Psychosocial Support Services (MHPSS) telah mula beroperasi di PKRC MAEPS 2.0 pada 9 Disember 2020. MHPSS merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang menawarkan perkhidmatan kepada pesakit dan juga petugas. Pada peringkat awal seramai empat orang Pegawai Psikologi Kaunseling dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah dimobilisasi ke PKRC MAEPS 2.0 bagi melaksanakan perkhidmatan ini.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 2.0 OBJEKTIF Pasukan MHPSS bertanggungjawab dalam memberi Bantuan Awal Psikologi atau Psycho- logical First Aid (PFA) serta perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial bagi menjaga kesejahteraan emosi dan psikologi pesakit dan petugas di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0. Pasukan MHPSS beroperasi berpandukan kepada: 1. Standard Operating Procedure (SOP) In Providing Mental Health and Psychosocial Support Services (MHPSS) For Covid-19 Response In Quarantine Stations 2. Garis Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) Bagi Individu dan Anggota Kesihatan yang Terlibat dalam Pengendalian Wabak COVID 19 di Negeri Selangor.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 2.1 BANTUAN AWAL PSIKOLOGI Bantuan Awal Psikologi atau PFA adalah kaedah bantuan segera semasa tercetusnya sesuatu krisis atau bencana. PFA diberikan untuk mereka yang mengalami gejala reaksi stres akut seperti keliru, gelisah, panik serta mudah marah dan berisiko untuk mendapat masalah kesihatan mental akibat Covid-19 dan juga krisis yang sedang berlaku. Objektif PFA:  Mengurangkan tekanan emosi akibat Covid-19  Menyediakan bantuan keperluan asas/praktikal  Memberi sokongan kepada pesakit supaya kembali kepada fungsi optima  Mempromosi dan menggalakkan fungsi penyesuaian (adaptive functioning) Tindakan Teras PFA:

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Aktiviti Asas PFA Bantuan PFA diberikan kepada:  Pesakit yang mengalami reaksi stres (acute stress reaction)  Pesakit yang berisiko untuk mengalami kesukaran berfungsi akibat Covid-19 atau masalah sosial yang lain  Pesakit yang mengalami trauma  Petugas barisan hadapan atau yang membantu di dalam menguruskan bantuan di PKRC MAEPS 2.0 secara langsung atau tidak langsung

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 3.0 FUNGSI/ PERANAN 3.1 Melaksanakan Bantuan Awal Psikologi serta Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 3.2 Melaksanakan Bantuan Awal Psikologi serta Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial kepada petugas di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0

3.1 PERKHIDMATAN KEPADA PESAKIT

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 PERKHIDMATAN KEPADA PESAKIT YELLOW ZONE RED ZONE (Dari luar Hall) (Di dalam Hall) I. Memberikan Bantuan Awal I. Mengendalikan Bantuan Awal Psikologi/ Tele-Kaunseling/ Tele- Psikologi /Sesi Kaunseling secara Psikososial kepada pesakit bersemuka II. Melaksanakan Sesi Psikopendidi- II. Melaksanakan pelbagai aktiviti inter- kan aktif III. Mentadbir Saringan Minda Sihat III. Melaksanakan aktiviti kecergasan [Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21)] IV. Membekalkan bahan bacaan dan peralatan permainan (Indoor Games/ Board Games) V. Mewujudkan ruang permainan kanak -kanak VI. Mewujudkan Stress Release Corner VII. Mewujudkan Sudut Bacaan Pesakit VIII. Berkongsi maklumat kesihatan men- tal melalui poster dan infografik IX. Menyediakan teks pengumuman seperti teks Pengumuman Kutip Sampah X. Melaksanakan aktiviti khas kepada pesakit



MHPSS PKRC MAEPS 2.0 I. MEMBERI BANTUAN AWAL PSIKOLOGI / TELE-KAUNSELING / TELE- PSYCHOSOCIAL SUPPORT KEPADA PESAKIT Bantuan Awal Psikologi/Tele-Kaunseling/Tele-Psikosocal Support diberikan kepada pesakit yang: I. Dikenalpasti melalui Saringan Ujian DASS-21 serta mendapat keputusan TERUK dan SANGAT TERUK. II. Dirujuk oleh pakar atau pegawai perubatan. III. Memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini secara sukarela. Bantuan emosi kepada pesakit ini diberikan setiap hari tanpa mengira masa. Ini bermakna pegawai perubatan boleh merujuk pesakit pada bila- bila masa sekiranya diperlukan. Petugas MHPSS akan membuat panggilan diatas talian dan menjalankan sesi bersama pesakit. Sekiranya pesakit tidak mempunyai telefon bimbit, petugas MHPSS akan berjumpa dengan pesakit dan menjalankan sesi sama ada dari Zon Kuning atau Zon Merah bergantung kepada keadaan pesakit. Kebanyakan isu yang dihadapi oleh pesakit berkisar tentang anxiety, panic attack, low mood, depression serta mempunyai sejarah penyakit mental. Pesakit yang dikenalpasti mempunyai tanda-tanda trauma yang melampau atau tanda-tanda penyakit mental dan memerlukan rawatan segera akan dirujuk kepada Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. Manakala pesakit lain yang tidak kritikal akan diberikan temujanji untuk berjumpa dengan Pegawai Psikologi Kaunseling atau Pakar Psikiatri sebagai pesakit luar di Klinik atau Hospital yang berhampiran dengan kediaman mereka. Pn. Noorsyazwani sedang melaksanakan Sesi Tele-Kaunseling kepada pesakit yang telah dirujuk oleh Pegawai Perubatan.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Pn. Suraya sedang melaksanakan Sesi Kaunseling bersemuka secara atas talian dari Zon Kuning kepada pesakit yang diru- juk oleh Pegawai Perubatan.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 II. MELAKSANAKAN SESI PSIKOPENDIDIKAN KEPADA PESAKIT Sesi Psikopendidikan kepada pesakit dilaksanakan dengan tajuk-tajuk seperti Pengurusan Stres, Pengurusan Kemarahan, Gaya Daya Tindak (coping skills), dan Teknik Pernafasan dan lain-lain dikongsikan melalui sistem pembesar suara di setiap hall mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sukarelawan JKM, Cik Najwa sedang melaksanakan sesi Psikopendidikan bertajuk Coping Skill di Hall D1. Sukarelawan VCEE19 Cik Aliyyah sedang melaksanakan sesi Psikopendidikan ber- tajuk Pengurusan Kemarahan kepada pe- sakit di Hall A1.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 III. MENTADBIR SARINGAN MINDA SIHAT [DEPRESSION, ANXTY,STRESS SCALE (DASS-21)] KEPADA PESAKIT Poster beserta QR Code DASS-21 dit- ampal di dalam Hall bagi memudahkan pesakit menjalani ujian kendiri (self as- sessment) secara atas talian apabila me- merlukan. Petugas MHPSS akan menyemak google form yang mengandungi keputusan ujian setiap hari. Pesakit yang mendapat kepu- tusan TERUK dan SANGAT TERUK akan dihubungi menggunakan maklumat yang diperolehi melalui google form tersebut. Pesakit juga boleh membuat permohonan untuk bercakap dengan petugas MHPSS melalui google form ini.

MHPSS berganding dengan Mohd Joshim dari MERCY Malaysia yang boleh bertutur dalam tujuh bahasa untuk menterjemah DASS-21 ke dalam Bahasa Myanmar, Bang- ladesh, Tamil dan Hindustan. Selain itu, be- liau juga membantu dalam menyampaikan psikopendidikan tentang penjagaan emosi dalam 4 Bahasa tersebut.



MHPSS PKRC MAEPS 2.0 I. MENGENDALIKAN BANTUAN AWAL PSIKOLOGI / SESI KAUNSELING SECARA BERSEMUKA KEPADA PESAKIT Mengendalikan Bantuan Awal Psikologi / Sesi Kaunseling secara bersemuka kepa- da pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di dalam hall terutamanya bagi kes- kes yang memerlukan intervensi segera seperti kes kematian pasangan atau ahli keluarga. Sesi kaunseling bersemuka di dalam Hall sedang dijalankan oleh Puan Suraya Banu di Hall DG bersama dengan pesakit yang baru menerima berita kematian suaminya akibat Covid-19.

II. MELAKSANAKAN PELBAGAI AKTIVITI INTERAKTIF BERSAMA PESAKIT Pelbagai aktiviti interaktif telah dirancang dan dilaksanakan bersama pesakit kanak- kanak. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengisi masa lapang serta mengu- rangkan rasa bosan di kalangan pesakit yang dikuarantin di dalam Hall selama 10 hari. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti senaman regangan dan tarian ber- pandukan lagu-lagu kanak-kanak seperti Chicken Dance, Baby Shark, Sini Virus Sana Virus dan Penguin Dance. Acara sukaneka seperti menyusun puzzle, boling botol air, junjung buku di atas kepala, membawa bola ping pong dengan sudu dan mereka pakaian pahlawan manggunakan suratkhabar ternyata telah menambat hati para ibubapa serta kanak-kanak yang mengambil bahagian. Selain itu, pertandingan mewarna juga dijalankan sebagai salah satu aktiviti Art Therapy. Art Therapy dapat mengurangkan stress di kalangan kanak-kanak dan membantu mere- ka untuk fokus pada aktiviti yang sedang dijalankan.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Kanak-kanak di Hall A2, D1 dan DG berasa seronok melakukan aktiviti regangan dan tarian Chicken Dance bersama petugas MHPSS .

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Kanak-kanak di Hall D1 berasa sangat gembira dan teruja ketika melakukan aktiviti mewarna bersama rakan-rakan yang lain.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Kanak-kanak lelaki di Hall DG gembira apabila mendapat sorakan dan sokongan daripada bapa mereka ketika bermain sukaneka

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Sokongan daripada bapa menjadi pemangkin kepada kanak-kanak ini untuk meneruskan per- juangan serta sembuh daripada Covid-19. Komunikasi antara bapa dan anak ketika aktiviti sukaneka mengeratkan lagi hubungan mereka.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 III. MELAKSANAKAN AKTIVITI KECERGASAN BERSAMA PESAKIT Pada peringkat awal pengoperasian PKRC MAEPS 2.0 aktiviti kecergasan bersama pe- sakit di setiap Hall dapat dilaksanakan sebanyak dua kali seminggu kerana kebanyakan pesakit yang dikuarantin merupakan pesakit Kategori I dan II. Lama kelamaan apabila lebih ramai pesakit kategori III dan IV ditempatkan, aktiviti ini tidak begitu sesuai untuk dilaksanakan memandangkan pesakit merupakan kategori berisiko tinggi. Pesakit di Hall B turut serta dalam aktiviti kecergasan yang dianjurkan oleh pasukan MHPSS. Kebanyakkan pesakit memberikan maklumbalas positif tentang aktiviti kecer- gasan ini.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 IV. MEMBEKALKAN BAHAN BACAAN DAN PERALATAN PERMAINAN (INDOOR GAMES / BOARD GAMES) Bahan bacaan dan peralatan permainan board games / indoor games diletakkan di dalam setiap Hall bagi memberi peluang kepada pesakit untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, permainan ini juga dapat menceriakan pesakit dan membantu mengurangkan kebimbangan yang dihadapi apabila mereka bergelak keta- wa sambil bermain bersama rakan-rakan. Peralatan permainan Board Games seperti Sa- hibba, Monopoli, Scrabble, Billionaire dan lain- lain lagi diserahkan kepada Matron dan Team Leader bertugas di Hall B.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Bahan bacaan dan permainan yang diterima hasil sumbangan NGO diagihkan ke setiap Hall.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 V. MEWUJUDKAN BILIK PERMAINAN KANAK-KANAK DI DALAM HALL Taman Permainan Mini Kanak-kanak diwujudkan bagi memberi peluang kepada pesakit kanak -kanak yang dikuarantin di PKRC Maeps 2.0 meluangkan masa mereka sambil bermain bersa- ma rakan-rakan. Pelbagai peralatan permainan disediakan seperti kerusi, meja, buku cerita ka- nak-kanak, bean bags, congkak, Sahibba, Saidina, jigsaw puzzles serta Lego. Selain itu, dua buah komputer juga ditempat di dalam bilik ini bagi membantu mereka mengikuti kelas secara atas talian. Taman Permainan Mini yang berwarna-warni dan Ceria hasil kreativiti Pasukan MHPSS di Hall D1 PKRC MAEPS 2.0.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Taman Permainan Mini yang ceria dapat menarik minat pesakit kanak- kanak yang dikuarantin di PKRC Maeps 2.0 untuk bermain dengan gembira.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 VI. MEWUJUDKAN SUDUT RELAKSASI (STRESS RELEASE CORNER) Stress Release Corner di dalam setiap Hall di PKRC Maeps 2.0 dapat membantu pe- sakit meluahkan perasaan mereka secara kreatif. Ia juga dapat mengurangkan ke- bimbangan dan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Peralatan di Stress Release Corner terdiri daripada pensel warna, crayon, pensel, pemadam, gam, kertas warna, kertas Mandala, kertas lukisan, kertas A4, magic colour, marker pen, dan gunting. Salah satu Sudut Relaksasi (Stress Release Corner) yang berada di Hall A2.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Hasil kreativiti pesakit di Hall D2.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 VII. MEWUJUDKAN SUDUT BACAAN PESAKIT DI DALAM HALL Sudut Bacaan dapat membantu pesakit kanak-kanak mahupun dewasa untuk mengisi masa yang terluang di PKRC MAEPS 2.0 selama 10 hari dengan bahan bacaan yang berfaedah. Sudut ini sentiasa menjadi tumpuan pencinta buku ilmiah mahupun komik di kalangan pesakit. Pesakit kanak-kanak sedang khusyuk membaca buku komik di Sudut Bacaan di Hall B.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Bahan bacaan dibekalkan setiap bulan ke setiap hall di PKRC MAEPS 2.0.

VIII. BERKONGSI MAKLUMAT KESIHATAN MENTAL MELALUI POSTER DAN INFOGRAFIK DI DALAM HALL Petugas MHPSS sedang menampal Infografik yang berkaitan dengan Kesihatan Mental dan Poster kata- kata motivasi di dalam Hall D1.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 IX. MENYEDIAKAN TEKS PENGUMUMAN AKTIVITI Teks pengumuman bagi aktiviti tertentu disediakan agar pengumuman yang dibuat lebih seragam dan mesra serta mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pesakit.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 X. MELAKSANAKAN AKTIVITI KHAS KEPADA PESAKIT PENYERAHAN KIT SPM Penyerahan Kit SPM kepada 32 orang pelajar Tingkatan Lima sekolah yang dikuarantin di PKRC MAEPS 2.0. Kit ini diserahkan kepada pelajar di dalam hall bagi membantu mereka mengu- langkaji pelajaran sepanjang tempoh kuarantin. Para pelajar ini dijangka akan menduduki pepe- riksaan SPM sejurus selepas mereka keluar dari PKRC MAEPS 2.0.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 PROGRAM KHAS PELAJAR SEKOLAH SERI PUTERI Melaksanakan aktiviti khas kepada 114 pelajar tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang ditempatkan di Hall A2. Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka sepanjang berada di PKRC MAEPS 2.0 serta mengurangkan stres memandangkan terdapat pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM. Gambar kenanagan bersama pelajar Sekolah Seri Puteri yang ceria pada hari terakhir mereka di PKRC MAEPS 2.0.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Pelajar Sekolah Seri Puteri menyiapkan dan membentangkan tugasan mereka berkaitan dengan tajuk Pengurusan Stres.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Persembahan hebat Pelajar Sekolah Seri Puteri dalam Pertandingan Zumba Menyiapkan kad ucapan untuk diberikan kepada ibubapa

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Ceria bermain acara sukanekan dan Telefon Karat Pelajar Sekolah Seri Puteri gembira dapat menyiapkan Stress Ball untuk dibawa pulang se- bagai tanda kenangan

Pn. Suraya bergambar bersama apron yang tertulis kata-kata motivasi buat pelajar Sekolah Seri Puteri pada hari terakhir mereka di PKRC MAEPS 2.0

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Teks pengumuman bagi aktiviti tertentu disediakan agar pengumuman yang dibuat lebih sera- gam dan mesra serta mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pesakit. Hasil kreativiti pelajar Sekolah Seri Puteri dengan menggunakan peralatan yang dise- diakan di Stress Release Corner

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Pn. Suraya dan Pn. Nurhayati bergambar kenangan bersama poster ucapan terima kasih Pelajar Sekolah Seri Puteri kepada Frontliners

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 PROGRAM KHAS PELAJAR SEKOLAH VICTORIA INSTITUTION DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR Melaksanakan aktiviti khas kepada 24 orang pelajar dari Victoria Institution dan 28 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur yang ditempatkan di Hall A1. Aktiviti yang dijalankan bagi mengisi masa yang terluang untuk memanfaatkan tempoh kuarantin mereka selama 10 hari. Rata-rata pelajar memberikan respon yang baik dan berasa terhibur dengan aktiviti yang dijalankan Pelajar sedang berbincang untuk menyiapkan tugasan di Hall A1 PKRC MAEPS 2.0.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Pelajar sedang mendengar arahan yang sedang diberikan oleh petugas Pelajar sedang berbincang dan menyiapkan tugasan mengikut kerativiti masing-masing

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Pelajar sedang menyiapkan tugasan yang diberikan secara berkumpulan Pelajar sedang memberikan penerangan tentang emosi yang dirasai ketika disahkan positif Covid-19

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 Pelajar sedang melihat peta dan menunjukkan hasil tugasan Pelajar sedang menyiapkan kad penghargaan kepada frontliner dan menampalnya pada dinding dalam bentuk hati

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 PENCARIAN SUKARELAWAN COVID-19 Pencarian Sukarelawan Covid-19 adalah satu program yang dijalankan kepada pesakit Kategori I dan II. Pesakit yang secara sukarela menawarkan diri untuk membantu tu- gasan ringan seperti mengedarkan makanan kepada pesakit lain, menjaga kebersihan hall dan tugasan lain seperti yang tertera diposter akan diberikan sijiil dan button badge sebagai tanda penghargaan.



3.2 PERKHIDMATAN KEPADA PETUGAS

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 3.2 PERKHIDMATAN KEPADA PETUGAS I. Menjalankan Sesi Tele-Kaunseling dan Tele-Psychosocial Support kepada petugas II. Menjalankan Sesi Tele-Kaunseling dan Tele-Psychosocial Support kepada petugas yang dikuarantin dan positif COVID-19. III. Mengendalikan Sesi Kaunseling Individu secara bersemuka kepada petu- gas. IV. Mengendalikan Sesi Kaunseling Kelompok kepada petugas menggunakan modul-modul tertentu. V. Memberi taklimat Pre-Deployment kepada petugas yang melapor diri di PKRC MAEPS 2.0. VI. Memberi taklimat Post-Deployment kepada petugas yang menamatkan tu- gasan di PKRC MAEPS 2.0. VII. Melaksanakan Saringan Minda Sihat (DASS-21) kepada petugas. VIII. Memberi khidmat nasihat dan rundingcara berkaitan psilkologi dan kesihatan mental kepada penyelaras/ penyelia/ ketua agensi. IX. Mewujudkan Sudut Motivasi & Terapi Seni X. Mewujudkan Stress Release Corner . XI. Melaksanakan pelbagai aktiviti interaktif bersama petugas. XII. Melaksanakan pelbagai aktiviti interaktif bersama anak-anak frontliners.

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 I. MENJALANKAN SESI TELE-KAUNSELING DAN TELE-PSYCHOSOCIAL SUPPORT KEPADA PETUGAS Sesi tele-kaunseling dan tele-psychosocial support dijalanakana kepada petugas yang datang secara sukarela ataupun dirujuk oleh penyelia. Kebanyakan isu petugas yang datang secara sukarela untuk mendapatkan perkhidmatan ini adalah seperti isu keluarga, isu peribadi dan kebimbangan yang melampau. Terdapat juga kes petugas yang dirujuk oleh peyelia atau ketua agensi masing-masing. Ke- banyakan kes rujukan ini berkisar tentang isu kesihatan mental seperti anxiety, panic at- tack dan mempunyai sejarah penyakit mental. Petugas MHPSS sedang menjalankan sesi tele-kaunseling dan tele-psychosocial support kepada petugas dari pelbagai agensi di PKRC MAEPS 2.0

MHPSS PKRC MAEPS 2.0 II. MENJALANKAN SESI TELE-KAUNSELING DAN TELE-PSYCHOSOCIAL SUP- PORT KEPADA PETUGAS YANG DIKUARANTIN DAN POSITIF COVID-19. Sesi tele-kaunseling dan tele-psychosocial support dilaksanakan kepada petugas yang dikuarantin dan positif Covid-19. Rata-rata petugas mempunyai isu kebimbangan apabila mereka dikuarantin atau disahkan positif. Sesi kaunseling ringkas dapat membantu mengu- rangkan rasa bimbang dan cemas yang dialami oleh mereka. Sesi Tele-Psychosocial Support sedang dijalankan kepada petugas yang sedang dikuarantin dan didapati positif Covid-19. Segala maklumat akan di dokumenkan di dalam Borang Kaunseling untuk tujuan pengurusan data.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook