Serumpun Wangian Ilmu Perasaan seni yang halus akan meresap secara perlahan ke dalam diri mereka yang akan menimbulkan semangat kerohanian terhadap apa isu sekalipun yang diketengahkan oleh guru mereka. Sebelum kaedah ini diaplikasikan oleh guru dalam P&P, pelajar terlebih dahulu perlu menikmati keindahan karya sastera yang digunakan oleh guru. Lebih baik lagi sekiranya karya yang akan digunakan itu diberi beberapa hari sebelum sesi P&P yang sebenarnya untuk memudahkan mereka membaca dan menghayatinya. Apabila mereka sudah memahami lebih awal maka lebih mudah untuk mereka mengkaji aspek-aspek penting dan aspek dalaman karya dengan lebih mendalam. Sebelum memulakan P&P guru boleh meminta murid untuk menceritakan intipati keseluruhan karya yang diberikan terlebih dahulu. Apabila pelajar dapat menerangkan dengan baik, maka agak mudah untuk guru meneruskan P&P dengan menggunakan kaedah ini. Ciri-ciri Kaedah Mengalami–Menghayati i) Memerlukan pembacaan yang rapi dan mendalam ii) Kaedah penerangan induktif iii) Penglibatan pelajar yang meluas iv) Isi karya perlu diperdalami lebih awal v) Perlu penikmatan lebih awal terhadap karya Kaedah mengalami dan menghayati ini boleh diaplikasikan dalam P&P dalam semua jenis genre sastera sama ada puisi tradisional, puisi moden, novel, cerpen ataupun drama. Kaedah ini akan memberi peluang secara langsung kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dan pelajar akan lebih banyak diberikan peluang untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. KAEDAH BERFOKUS Fokus bermaksud memberikan perhatian dan berfokus pula bermaksud berpusat atau tertumpu kepada sesuatu (Kamus Dewan, 2000: 353). Ini bermakna, kaedah berfokus ialah kaedah yang memberikan tumpuan kepada sesuatu dengan lebih baik. Murid akan diminta untuk mengikuti langkah-langkah yang penting untuk memastikan kemahiran ini dapat diperoleh dan dikuasai dengan baik. Menerusi kaedah berfokus ini, murid akan menerima penerangan terlebih dahulu daripada guru mereka. Jika perlu guru akan memberikan tunjuk ajar dalam bentuk bimbingan dan tunjuk cara dari awal untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai kaedahnya dengan betul. Kaedah ini menekankan sesuatu aspek bagi setiap karya di samping mengambil kira aspek-aspek penting yang agak ketara dalam sesebuah karya yang diberikan oleh guru. Dalam erti kata yang lain, kaedah ini mempunyai dua aspek utama iaitu fokus utama dan fokus sampingan. Fokus utama perlu diberikan perhatian yang lebih dan 39
Serumpun Wangian Ilmu guru perlu memberikan penerangan dan penjelasan dengan lebih mendalam agar fokus utama tidak ketinggalan apabila tiba masa untuk mereka membuat simulasi atau tunjuk cara dan juga apabila mereka diminta untuk menjawab soalan. Jika sekiranya fokus utama tidak dititikberatkan berkemungkinan isi-isi utama yang mendominasi sesebuah karya tidak akan dibincangkan dengan lanjut. Kesan langsung akan memberi impak kepada guru iaitu menyukarkan perbincangkan guru dengan pelajar. Pelajar-pelajar juga tidak mampu untuk bergerak dalam kumpulan untuk meneruskan agenda dan aktiviti kumpulan yang diminta oleh guru. Oleh itu, tema dan mesej yang ingin disampaikan tidak kesampaian dan apabila tiba menjawab soalan kefahaman pelajar tidak akan dapat menjawab dengan tepat. Bukan itu sahaja, apabila fokus utama tidak dikuasai maka besar kemungkinan pelajar tidak akan dapat menjiwai dunia sastera yang diterokainya. Lama kelamaan minat terhadap karya-karya sastera semakin lama semakin pudar dari dalam diri seseorang pelajar. Oleh itu, sangat penting untuk pelajar menguasai fokus utama dan sangat penting juga guru perlu memastikan pelajar-pelajarnya memahami fokus utama untuk memudahkan sesi P&P yang berikutnya. Fokus utama ini akan menjadi lebih mudah dan lebih berkesan dalam P&P sastera terhadap pelajar apabila pelajar dapat memahami fokus sampingan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar seharusnya memahami keseluruhan aspek perjalanan karya sama ada karya tersebut berbentuk cerita rekaan ataupun khayalan. Fokus sampingan ini akan memberi bantuan secara langsung dalam memahami keseluruhan pergerakan cerita. Oleh itu, sebarang aktiviti yang akan dilaksanakan dalam kumpulan lebih mudah dan guru hanya perlu memantau dan menjadi fasilitator setiap kali P&P dilaksanakan di dalam kelas. Bukan itu sahaja, setiap soalan kefahaman ataupun soalan spontan yang ditanya oleh guru akan mudah dijawab oleh pelajar tanpa merujuk kepada kawan-kawan yang lain ataupun membaca semula bahan yang diberikan. Kaedah berfokus ini memperlihatkan elemen yang paling penting dalam sesebuah karya ialah isi-isi penting yang menjadi tema kepada karya yang dikenali sebagai fokus utama. Manakala aspek-aspek lain seperti aspek bahasa, nilai- nilai kemanusiaan dan bentuk akan menjadi fokus sampingan yang menguatkan sesebuah cerita. Gabungan kedua-dua fokus utama dan fokus sampingan ini akan menjamin sesebuah karya sastera dibincangkan dengan lebih terperinci. Apabila perbincangan lebih mendalam dan lebih terperinci, maka akan menyerlahkan sama ada sesebuah karya yang dibincangkan tersebut merupakan karya yang berkualiti ataupun sebaliknya. Oleh itu contoh model yang boleh digunakan untuk memudahkan pemahaman P&P kaedah ini adalah seperti berikut dan guru-guru boleh menerangkan model tersebut untuk memberi kefahaman yang lebih mudah kepada pelajar. Berikut ialah model yang disarankan untuk memudahkan kaedah berfokus dilaksanakan di dalam kelas. 40
MODEL 1 S Serumpun Wangian Ilmu A F FM KESELURUHAN O OP CERITA K KI (KARYA) U UN S SG OLAHAN CERITA A DENGAN GAYA U N BAHASA SENDIRI T A (FS) M A (FS) (FU) CIRI- MODEL 2 CIRI (FU) B A B H A A H S A A S A Model 1 dan model 2 adalah sebahagian kecil model yang boleh digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar-pelajar menguasai kaedah berfokus supaya mereka tidak tersasar daripada apa yang diminta oleh guru bincangkan di dalam kelas. Guru tidak perlu terikat dengan sebarang model sekalipun untuk memberikan kefahaman kepada pelajar-pelajar. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan untuk memahamkan pelajar tentang genre yang dipelajari. Yang paling penting pelajar-pelajar dapat menguasai sesuatu karya mengikut kefahaman yang diberikan oleh guru. Guru juga tidak akan rasa terikat dan mereka bebas untuk menggunakan gaya pembelajaran yang pelbagai bergantung kepada kebolehan dan kefahaman pelajar mereka. Ada dalam kalangan guru hanya menerangkan isi pembelajaran dalam satu hala komunikasi sahaja pelajar sudah boleh menguasai kaedah ini. Biasanya, penerangan satu hala komunikasi tanpa melibatkan apa-apa bantuan model ataupun bahan bantu mengajar yang bersesuaian hanya akan mampu difahami oleh pelajar-pelajar yang genius dan mencintai dunia sastera secara bakat semula jadi. 41
Serumpun Wangian Ilmu KAEDAH GABUNGAN (BLENDED LEARNING) Ketiga-tiga kaedah yang diperkatakan di atas merupakan kaedah yang telah wujud dalam P&P sastera namun kaedah yang sedia ada ini akan menjadi lebih menarik seandainya guru menggabungkannya dengan kaedah terkini era abad ke-21. Salah satu kaedah yang pengkaji rasakan menarik ialah kaedah gabungan atau Blended Learning. Guru boleh menggabungkan pembelajaran bersemuka dengan meningkatkan penggunaan e-Learning sebagai strategi pembelajaran gabungan. Penggabungan strategi pembelajaran ini akan dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan juga akan menarik minat murid untuk belajar. Di samping itu kaedah gabungan ini bertepatan dengan aspirasi sistem pendidikan negara dalam 11 Anjakan Utama untuk Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara, yang menekankan antara lain untuk: i. memastikan setiap murid profisiensi dalam Bahasa Malaysia. ii. memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Blended Learning ialah kaedah yang menggabungkan pembelajaran tradisional (bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian. Menurut MacDonald (2003), istilah blended learning biasanya dengan memasukkan media online pada program pembelajaran, sementara pada masa yang sama tetap mempertahankan pertemuan secara terbuka dan pendekatan tradisional yang lain untuk mendukung pelajar. Istilah ini juga digunakan oleh media massa seperti email, forum, blogs digabungkan dengan teknologi, teks atau audio sinkronus. Tujuan mengaplikasikan kaedah Blended Learning ini antara lain melatih guru menyesuaikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Dasar e-Pembelajaran Negara dan Pendidikan abad ke-21. Selain daripada itu, kaedah ini juga dapat memupuk sikap membudayakan amalan literasi digital bagi semua warga guru juga anak-anak didik kita. Oleh itu, kaedah ini boleh memberikan kesempatan bagi berbagai karakteristik murid agar mereka mampu belajar secara kendiri, berterusan, dan berkembang sepanjang hayat sehingga pembelajaran akan menjadi lebih efektif, lebih efisien, dan lebih menarik. Ciri-Ciri Pengajaran Blended Learning i. Sewaktu PdPc, guru bersemuka dengan murid dengan menggunakan bahan bahan yang tersedia di internet. ii. Model Pengajaran dan Pembelajaran Blended Learning memerlukan guru mengakses internet, mengintergrasi teknologi komputer. Contohnya memuat turun video dan simulasikan di dalam kelas sewaktu PdP. iii. Murid mencari bahan-bahan di internet dan membentangnya di dalam kelas. iv. Guru memperluaskan BBM (media dan bahan-bahan yang boleh diakses di internet). 42
Serumpun Wangian Ilmu v. Guru mengoptimakan penggunaan e-mel (e-mel kumpulan) sebagai wahana perbincangan dengan murid bagi tujuan mengumpulkan pelbagai bahan. Manfaat Blended Learning i. Proses belajar mengajar tidak hanya tatap muka tetapi menambah waktu pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi dunia maya. ii. Mempermudah dan mempercepat proses komunikasi non-stop antara guru dan murid. iii. Meningkatkan Kemahiran ICT pelajar dan guru. iv. Membantu mempercepatkan proses pengajaran. v. Murid dapat belajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan. vi. Pembelajaran secara kendiri (individu) lebih berkesan. Perkembangan teknologi komputer informasi berpotensi meningkatkan kualiti pendidikan dan pembelajaran. Secara pedagogi, ada dorongan untuk melibatkan murid secara lebih aktif (student centered) dalam proses pembelajaran. Praktik berpusat pada guru (teacher centered) dirasakan tidak relevan lagi dengan pesatnya perkembangan informasi sehingga perlu diubahsuai mengikut peredaran semasa. Guru perlu memberikan kesempatan pada murid untuk melakukan penerokaan dengan memanfaatkan teknologi on-line. Implementasi teknologi informasi akhirnya diharapkan dapat menginspirasi murid menjadi pembelajaran sepanjang hayat (life long learning), yang mampu berkembang di tengah perkembangan informasi yang pesat. PENUTUP Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru dalam P&P mereka untuk peningkatan potensi insan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, afektif dan sosial. Pembentukan yang menyeluruh dan bersepadu perlu digariskan oleh pembina kurikulum menerusi pelbagai kaedah P&P dalam setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas untuk memastikan peresapan rohani dapat disalurkan dalam mana-mana subjek yang diajar. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat, matlamat asas pendidik pada peringkat sekolah rendah atau pada peringkat sekolah menengah adalah untuk memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia. (Nik Azis Nik Pa: 1997). Oleh itu, ketiga-tiga kaedah yang digunakan dalam P&P sastera ini adalah sebahagian kaedah yang boleh diguna pakai oleh guru untuk memastikan nilai-nilai yang baik dapat disalurkan dan disampaikan dengan lebih mudah. Kaedah yang sesuai perlu dilaksanakan agar mata pelajaran sastera tidak lagi menjadi mata pelajaran yang hanya dianggap sebagai kelas kedua dan hanya dipelajari oleh pelajar-pelajar yang tahap akademik yang sederhana. Kaedah yang sesuai dan relevan dengan dunia semasa memberikan daya tarikan kepada pelajar yang tahap 43
Serumpun Wangian Ilmu akademiknya sangat baik dan memberikan senario pemahaman kepada masyarakat bahawa sastera bukan lagi menjadi mata pelajaran pilihan yang terakhir. Justeru itu, kurikulum pada abad ke-21 perlu relevan dan koheran dengan keadaan dan cabaran dunia globaliasi. Perancangan kurikulum ke-21 bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik pastinya akan dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Untuk itu Kemahiran abad ke-21 perlu dikuasai oleh guru dan pelajar dalam apa juga pendekatan yang sesuai dan mampu dikuasai dengan baik. Menjadi manusia lebih beradab bukan sahaja bergantung kepada kehebatan teknologi semata-mata, namun kefahaman yang mendalam dan jelas tentang aspek kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran turut memainkan peranan yang besar dalam kehidupan pelajar-pelajar di sekolah. Adunan kedua-dua gaya pembelajaran sedemikian akan membentuk satu pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang berkualiti yang sememangnya diispirasikan dan dihasratkan oleh sistem pendidikan negara di Malaysia. RUJUKAN Bellanca.J. Brant.R., (2010). Twenty-first Century Skills. USA: Solution Tree Press Juriah Long, etc. )1990(. Pengkaedahan pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Macdonald, D. (2003). Curriculum change and the post-modern world: Is the school curriculum-reform movement an anachronism? Journal of Curriculum Studies, 35(2), 139-149 Nik Azis Nik Pa. (1997). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kamus Dewan (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka: . Pusat perkembangan kurikulum (2001) Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 44
EVOLUSI INDIVIDU DALAM SI TENGGANG DAN KASIH IBU SAMPAI KE MATI Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Puan Azim Normiza binti Ahmad Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Antarabangsa Anjuran: IPG Kampus Keningau, Sabah ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan tajuk Evolusi Individu dalam Si Tenggang dan Kasih Ibu Sampai ke Mati yang membincangkan perihal masalah kepimpinan sahsiah yang sering berlaku dalam masyarakat. Kajian ini yang boleh dijadikan panduan oleh pelajar dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu berunsurkan sastera. Oleh itu, perbincangan khusus terhadap kajian ini tentang sikap manusia daripada baik kepada jahat atau daripada jahat kepada baik manakala pengaruh persekitaran pula memainkan peranan sebagai mengubah gaya hidup sama ada ke arah kebaikan atau tersasar jauh dari landasan kehidupan. Si Tenggang dan Kasih Ibu Sampai ke Mati bertepatan dengan evolusi invidu yang digarap oleh Posnett. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menganalisis karya “Si Tenggang” dan Kasih Ibu Sampai ke Mati” menerusi sub topik anak derhaka, darah muda dan naluri ibu yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam. Dapatan menunjukkan dengan jelas bahawa individu terbabit telah berperang dengan jiwa mereka untuk memenuhi dan melanggari tuntutan hidup sama ada secara sedar atau tidak sedar. Memuhasabah diri dengan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta supaya tidak terkeluar daripada norma kehidupan dan landasan agama yang dianuti. Maka evolusi individu ini telah membuka mata dan minda untuk melihat sejauh mana individu yang bergelar insan di muka bumi untuk bertindak dalam sesuatu situasi yang akan memberi impak yang besar dalam kehidupan. Kata Kunci: Evolusi Sosial, Evolusi Individu, Anak Derhaka, Naluri Ibu PENDAHULUAN Terdapat tiga Evolusi Posnett dalam kesusasteraan bandingan iaitu evolusi sosial, evolusi individu dan pengaruh persekitaran terhadap kehidupan sosial dan individu manusia. Istilah ‘bandingan’, saran beliau adalah sama dan terkandung dalam “menjejak kembali langkah yang telah diambil oleh manusia secara individu dan bersama dalam mencapai kehidupan sosial yang paling tinggi.” Evolusi sosial merupakan perubahan yang berlaku seperti taraf kehidupan dari miskin kepada kaya. Evolusi individu pula merangkumi sikap manusia daripada baik kepada jahat atau daripada jahat kepada baik manakala pengaruh persekitaran pula memainkan peranan sebagai mengubah gaya hidup sama ada ke arah 45
Serumpun Wangian Ilmu kebaikan atau tersasar jauh dari landasan kehidupan disebabkan persekitaran dan masyarakat yang berada dalam lingkungan individu terbabit. Apa yang ingin dianalisis dalam Si Tenggang dan Kasih Ibu Sampai ke Mati bertepatan dengan evolusi invidu yang digarap oleh Posnett. Karya yang akan dianalisis ialah Nakhoda Tenggang (Anak Derhaka-Riwayat Batu Keb) yang ditulis oleh Abdul Samad Ahmad manakala Cerpen Kasih Ibu Sampai ke Mati hasil nukilan Abdul Rahim Kajai yang diterbitkan dalam Warta Jenaka, 15 September 1936. SINOPSIS NAKHODA TENGGANG Mengisahkan tentang Si Tenggang yang merupakan anak tunggal bagi sepasang suami isteri yang bernama Si Talang dan Si Deruma yang tinggal di dalam sebuah hutan. Mereka ini merupakan keturunan Sakai iaitu salah satu keturunan orang asli. Semasa kecilnya, Si Tenggang selalu diserang sakit sehingga merisaukan ibu bapanya. Kaum Sakai ini sangat berpegang kepada adat dan pantang-larang dalam melayari kehidupan seharian. Ini termasuklah kedua ibu bapa Si Tenggang yang kuat berpegang teguh kepada adat kaum mereka ini. Si Tenggang mempunyai kelebihan dalam berburu binatang. Si Tenggang juga mempunyai perwatakan yang menarik dan kacak dalam kalangan suku kaumnya. Pada suatu hari Si Tenggang telah diculik oleh anak kapal. Dia telah dibawa naik ke atas kapal untuk menjadi budak suruhan. Maka bermulalah episod hidup Si Tenggang di atas bahtera. Terbuka mindanya daripada seorang budak hutan telah belayar membelah lautan merasai hidup bebas. Perasaan rindu kepada kampung halaman, ayah dan ibu semakin pudar. Si Tenggang telah dijadikan anak angkat oleh Nakhoda Jaya kerana rajin dan kuat berusaha. Si Tenggang telah mempelajari ilmu perniagaan secara kecil-kecilan daripada Nakhoda Jaya. Setelah berkahwin dengan anak Saudagar Biram, dia menjadi nakhoda yang amat disegani. Dengan kedudukan itu, Si Tenggang menjadi tamak. Dia mula mempunyai sifat tidak mahu rendah daripada orang biasa. Si Tenggang mula bertindak mengeluarkan anak-anak kapal agar tiada siapa tahu akan keturunannya. Setelah menjadi kaya-raya, dia ingin berkuasa pula. Dia telah berkenalan dengan Puteri Ratna Lela dan berkahwin. Dia pun berkahwin. Kemudian Si Tenggang membawa kedua-dua isterinya belayar menggunakan bahtera. Semasa belayar, mereka telah sampai di Kuala Sungai tempat dia bermain dahulu dan terjumpa dengan Si Keledek serta Si Akoi. Maka Si Keledek dan Si Akoi telah berlari pulang dan memberitahu Si Deruma dan Si Talang tentang mereka telah berjumpa Si Tenggang. Maka kedua-dua ibu bapa Si Tenggang pun pergilah mendapatkan Si Tenggang berada dalam bahtera itu. Kebetulan isteri pertamanya hendak melahirkan anak. Si Tenggang tergamam melihat ibunya yang daif. 46
Serumpun Wangian Ilmu Si Tenggang malu akan keadaan ibunya yang sudah tua lagi miskin itu dan tidak mahu memberitahu hal tersebut kepada anak-anak kapalnya. Si Tenggang tidak mengakui akan perempuan tua itu ibunya. Isteri keduanya, Ratna Sari pula mempertikaikan tentang kesahihan ibu Si Tenggang. Ini menaikkan lagi kemarahan Si Tenggang. Si Tenggang juga telah menendang seekor lotong dan seekor hikah yang menjadi makanan kegemarannya sewaktu kecil dulu yang dibawa dengan penuh kerinduan oleh ibunya. Si Tenggang juga telah memukul tangan ibunya yang berpaut kepada tepi bahtera sehingga memancut darah keluar kerana ibunya tidak mahu melepaskan pautan di tebing bahtera tersebut. Akibat kekecewaan yang melampau, akhirnya ibu Si Tenggang telah berdoa kepada Tuhan agar Si Tenggang mendapat pembalasan yang setimpal jika Si Tenggang itu membesar dengan air susunya. Dengan izin Allah, Si Tenggang dan seluruh isi bahteranya telah menjadi batu. SINOPSIS KASIH IBU SAMPAI KE MATI Mengisahkan tentang Kamaruddin yang menderhaka kepada ibunya, Hajah Badariah. Dia telah menampar ibunya kerana ibunya tidak memberi geran tanah untuk dia gadaikan bagi membeli sebuah motosikal. Dia malu kepada orang ramai kerana tidak mempunyai motosikal sedangkan dia bekerja sebagai kerani. Kamaruddin juga telah memberi kata dua kepada ibunya sama ada memberi geran itu atau dia tidak mengaku ibunya itu melahirkannya. Ibunya menolak kedua-dua apa yang diperkatakan oleh Kamaruddin itu. Dia berharap agar geran itu masih berada ditangannya dan Kamaruddin tetap dianggapnya anaknya dunia dan akhirat. Kamaruddin telah mengambil keputusan meninggalkan emaknya sementelah lagi dia tidak mahu dijodohkan dengan sepupunya, Cik Kamariah. Inilah peluang untuk dia lari daripada semua keadaan itu. Hajah Badariah sangat sedih tetapi dia tetap berdoa akan keselamatan anaknya itu. Kamaruddin telah lari ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur dia telah menukar namanya kepada Mr. Din. Dia telah menyewa sebuah bilik di Jalan Pudu kerana mengambil peluang berhampiran dengan kabaret. Dia mula berjinak-jinak dengan arak dan perempuan-perempuan kabaret. Dia telah membeli sebuah motosikal dengan membuat pinjaman dari koperasi. Dia mula hanyut dalam hidup yang serba kebaratan. Kehidupan Kamarudin yang telah menyimpang jauh daripada norma-norma kemelayuan dan Islam telah didengari perkhabaran itu dari ibunya di kampung. Hajah Badariah telah ditemani oleh Cik Kamariah ke Kuala Lumpur dan mencari alamat bilik penginapan Kamaruddin. Apabila sampai di sana, dia dan Cik Kamariah telah dihalau oleh Kamaruddin kerana malu jika dilihat oleh kawan-kawan ibunya itu. Dia mengeluarkan kata-kata yang kesat dan menyamakan ibunya itu sebagai orang Sakai. H a j a h Badariah telah bernazar, jika Kamaruddin balik ke pangkal jalan, dia akan membuat kenduri kesyukuran dengan memotong seekor kambing. Setelah hidup dengan 47
Serumpun Wangian Ilmu bergelumang dengan arak dan perempuan kabaret, dia tidak dapat lagi menyara kehidupannya sendiri. Surat saman telah dilayangkan. Motosikalnya telah ditarik balik. Dia akhirnya jatuh sakit dan dibela oleh Miss Yasmin yang menjadi perempuan kabaret yang tinggal bersama-sama dengannya. Di kampung, Cik Kamariah telah berkahwin. Maka musnahlah harapan Hajah Badariah hendak bermenantukannya. Hajah Badariah masih ingat akan anaknya itu. Suatu hari ketika dia membuka pintu rumahnya, alangkah terkejut kerana Kamaruddin berada di hadapan tangga. Kamaruddin meminta ampun kepada ibunya. Hajah Badariah tidak menunjukkan reaksi walaupun dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Dia bersyukur kerana doanya dimakbulkan oleh Allah. Kamaruddin menyatakan bahawa dia sekarang sakit. Perempuan kabaret yang menjadi perempuan simpanannya telah lari meninggalkannya. Hajah Badariah mahu Kamaruddin berjanji dengannya bahawa dia tidak akan berpatah balik pada perangai lamanya. Hajah Badariah menunjukkan kasih sayangnya apabila Kamaruddin pura-pura tidur. Ibunya telah membisikkan di telinganya yang dia ampunkan semua dosa Kamaruddin. Kamaruddin baru tahu bahawa ibunya tetap sayang akan dirinya seperti dahulu. Keesokan harinya, ibunya telah memanggil beberapa orang kampung untuk diadakan majlis kesyukuran dengan menunaikan nazarnya jika Kamaruddin insaf. Tiba-tiba, ibunya jatuh sakit dan Kamaruddin telah menguruskan semua keperluan ibunya tanpa ada rasa sangsi. Akhirnya ibunya telah meninggal dunia. Kamaruddin berada dalam keadaan kesedihan yang melampau sejak kematian ibunya sehingga dia terpaksa dijaga oleh saudara-maranya. Setelah segalanya kembali normal, Kamaruddin telah berkahwin dan mempunyai anak. Hampir 20 tahun Hajah Badariah meninggal dunia, Kamaruddin tetap mengunjungi pusara ibunya tanpa rasa jemu. ANALISIS KAJIAN MENERUSI KARYA SI TENGGANG DAN KASIH IBU SAMPAI MATI DALAM EVOLUSI INDIVIDU Anak Derhaka Melalui teks Nakhoda Tenggang, Si Tenggang yang diperlihatkan sebagai seorang yang tidak mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya. Setelah berjaya dalam hidup menjadi seorang nakhoda kapal yang termashyur ketika itu serta kaya-raya sehingga dia tidak mengaku ibu dan bapanya yang sudah tua itu sebagai ibu dan bapa kandungnya. Hal ini diperlihatkan seperti dalam penurunan teks di bawah ini: 48
Serumpun Wangian Ilmu “Tidak! Tidak, adinda! Kalau bukan-nya ibu-bapa kakanda, sa-kali-kali tidak kakanda mengakui-nya.” Sambil berkata itu di-terajangkan-nya tangan Si Deruma tetapi Si Deruma maseh juga berpaut kuat kapada tepi bahtera itu dengan ayer mata-nya tiada berhenti-henti berchuchoran”. (Abdul Samad Ahmad, 1955: 104) Si Tenggang dengan angkuhnya terus menidakkan tentang kesahihan ibu bapa kandungnya itu. Ini disebabkan oleh perasaan malu yang melingkari dirinya apabila terus-terusan disoal oleh isterinya yang datang daripada golongan bangsawan. Akibat malu yang menebal menguasai diri, Si Tenggang terus mencaci dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Si Tenggang juga telah memukul tangan ibunya. Ini dapat dilihat dalam teks di bawah: “Perbuatan Si-Deruma tiada melepaskan tangannya daripada berpaut di tepi bahtera itu telah menambahkan berang hati Nakhoda Tenggang; di-chapai-nya sa-batang kayu yang bersegi tajam lalu di-palukan-nya dengan kuat kepada tangan Si-Deruma. Ketika itu baharu-lah di-lepaskan oleh Si-Deruma tangan-nya yang telah keluar darah memanchut-manchut itu. Daripada haluan perahu kechil itu pula kedengaran suara Si-Talang berkata, “Oi Doma! Dah dia ta’ mengaku kita ibu-bapa-nya, sudah-lah, moh kita balek.” (ibid: 104) Si Tenggang yang malu untuk mengaku ibunya ibu kandung kerana pandangan jijik isterinya terhadap perempuan tua Sakai diturunkan dalam penurunan teks di bawah: “Sa-kali pun tidak diketahui oleh Ratna Lela bahasa yang di-chakapkan oleh orang tua perempuan itu, tetapi bunyi-bunyi chakap-nya menyebut nama suami-nya itu telah menyebabkan masam muka-nya. Dengan rupa yang menyesal, kening-nya berkerut, Ratna Lela berkata, “Cheh, kakanda! Bagini-lah rupa-nya ibu-bapa kakanda!”. Perkataan isteri-nya itu telah menambah lagi menyala-nya kemarahan Nakhoda Tenggang; panggang chikah dan lotong yang di-unjok-unjokkan oleh Si-Deruma itu di-tendangkan-nya berdenchum ka dalam ayer”. (ibid: 102-103) Anak derhaka yang ditonjolkan dalam cerita Si Tenggang ini menunjukkan bahawa Si Tenggang bermatian-matian tidak mahu mengaku ibunya itu ibu kandungnya kerana keturunan ibu dan bapanya itu iaitu keturunan Sakai. Si Tenggang berasa malu dengan keturunannya itu jika diketahui oleh anak-anak kapal dan isteri- isterinya itu. Penurunan teks adalah seperti berikut: 49
Serumpun Wangian Ilmu “Kemarahan Nakhoda Tenggang sa-makin memunchak oleh merasai bertambah malu kerana isteri-nya, Ratna Lela, dengan tergopoh-gapah telah datang mendapatkan dia. Suara suami-nya yang keras itu telah menyebabkan Ratna Lela terkejut, di-sangka-nya suaminya berkelahi. Ratna Lela hairan melihatkan keadaan kedua orang tua itu, lalu ia bertanya, “Orang apa-kah kedua-nya itu kakanda? Apa hajat-nya?” “Orang Sakai, adinda,” sahut Nakhoda Tenggang, bunyi suara-nya lantang oleh kemarahan. Kemudian kata-nya lagi, “Adakah patut orang tua Sakai bedebah ini mengatakan kakanda ini anak-nya?” (ibid: 102) Penggunaan perkataan seperti bedebah telah menunjukkan betapa kasar bahasa yang digunakan kepada seorang ibu yang melahirkan anaknya ke dunia ini. Secara logik akal, mana ada seorang anak yang sanggup mengeluarkan perkataan yang kesat kepada ibunya yang melahir, menyusu, membesar, dan menjaga siang dan malam semenjak bayi lagi hingga dewasa. Anak derhaka dalam “Kasih Ibu Sampai ke Mati” mengisahkan tentang Kamaruddin yang sanggup menampar ibunya kerana tidak memberi geran tanah untuk dia menggadaikan geran tanah bagi membeli sebuah motosikal. Dengan memandang harta dan material sahaja, Kamaruddin meletakkan ibunya seperti orang luar dan sanggup membuat apa sahaja bagi memenuhi kehendak nafsu dan nalurinya. Penurunan teks untuk analisis cerita di atas adalah seperti berikut: “Sampai hati engkau menampar aku sampai begini sekali, Din!” kata Hajah Badariah dengan air mata berhamburan.”Buanglah ke tepi perkara derhaka kepada ibu tetapi kenangkanlah seksa aku mengalaskan makan dan pakai engkau serta belanja sekolah engkau kerana harapkan mudah- mudahan engkau menjadi manusia berguna. Alih-alih inikah yang engkau balaskan?” katanya sambil menyapu air mata. “Mak tak sayang kepada saya,” jawab Kamaruddin dengan kasar. “Jikalau mak berikan geran tanah ini, saya gadaikan membeli motosikal, bukankah saya saya lebih terkenal pada mata orang ramai. Tambahan pula pekerjaan saya kerani,” katanya kepada emaknya yang sedang teresak-esak itu”. (Abdul Rahim Kajai, 2010: 1) Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri seperti Kamaruddin yang langsung tidak menghiraukan perasaan ibunya yang terluka walaupun rela digelar anak derhaka. Dia lari meninggalkan ibunya untuk mencari kepuasan diri walaupun ibunya merayu supaya dia tidak ditinggalkan kerana usianya telah lanjut. Pada siapa lagi dia hendak mengadu nasib kerana Kamaruddin merupakan anak tunggalnya. Penurunan teks adalah seperti di bawah yang mengggambarkan secara jelas tentang situasi di atas: 50
Serumpun Wangian Ilmu “Dengan sekonyong-konyong itu Hajah badariah melihat anaknya masuk ke dalam. Sebentar sahaja kelihatan dia membimbit beg kulit tempat kain bajunya. Melayang semangat Hajah Badariah melihat kelakuan anaknya itu yang memberi alamat bahawa anaknya hendak membawa diri. Sebaik- baik Kamaruddin akan melangkah kepala tangga hendak turun, Hajah Badariah pun menerjah lalu memegang baju anaknya. Dengan air mata Hajah Badariah berkata, “Sampai hati anakku meninggalkan mak. Mak sudah tua, kepada siapalah mak hendak menumpang!”. Kamaruddin merentap bajunya sekuat-kuat hati sehingga emaknya jatuh tertiarap ke bendul yang di kepala tangga itu, sambil turun. Apabila sampai di tanah, dia pun berpaling kepada emaknya yang sedang meratap itu sambil berkata: “Selamat tinggal mak!”. (ibid: 2) Tindakan Kamaruddin yang mempunyai jiwa yang keras, tiada langsung jiwa luhur seorang anak ketika mendengar ratap tangis ibunya. Sifat belas ehsan tidak ada dalam diri Kamaruddin ketika itu. Apa yang pasti dalam jiwanya ingin keluar dari rumah dan tidak mahu melihat kelibat ibunya. Ingin mencari kepuasan diri di luar sana tanpa memikirkan pancaroba yang lebih besar untuk dihadapinya. Setelah meninggalkan ibunya, Kamaruddin masih dengan sikap kasar dan kurang ajar apabila ibunya tahu alamat tempat tinggalnya. Dengan bantuan Cik Kamariah yang merupakan sepupunya mereka ke Kuala Lumpur untuk menjenguk Kamaruddin. Dengan harapan yang menggunung Hajah Badariah terhadap anaknya itu untuk melihat keadaan Kamaruddin. Kedatangan dia ke sana penuh dan sarat menanggung rindu terhadap anak kesayangannya itu. Kedatangannya bukan disambut mesra tetapi herdikan pula yang diterima. Berlaku lagi sikap derhaka anak terhadap ibunya. Kamaruddin tidak berubah. Dia terus hanyut dibuai kehidupan yang penuh dengan penipuan untuk mendapat keseronokan sementara. Penurunan teks adalah seperti berikut: “Pada suatu petang, Kamaruddin yang moden dan seorang gentleman itu sedang bersiap-siap hendak melancong dengan motosikalnya. Kebetulan tatkala menyimpul tali leher, dengan sekonyong-konyong ibunya diiringi oleh Cik Kamariah berdiri di pintu biliknya. “Di sini rupanya anakku,” kata Hajah Badariah sambil menerkam ke dalam memaut leher anaknya. “Mengapa anakku membuat laku begini? Tidak engkau menaruh belas kasihan kepada ibumu yang papa ini?” kata Hajah Badariah sambil tersedu-sedan. Mak jangan bikin kacau di sini! Baik mak pulang sekarang jugak! Jikalau tidak nanti aku halau! kata Kamaruddin. “Sampai hati engkau menghalau mak begitu,” sampuk Cik Kamariah dari pintu bilik itu. “Engkau jangan campur! Bukan engkau punya pasal,” sahut Kamaruddin sambil menarik tangan emaknya menunjukkan pintu bilik itu. Ketika itu 51
Serumpun Wangian Ilmu Hajah Badariah hendak bercakap panjang tetapi telah diperonyok oleh anaknya yang berkata, “Jangan cakap banyak! Kawan-kawan aku sudah datang di bawah. Aku tidak suka dia orang tahu mak aku begini rupanya, macam sakai. Lekas jalan sekarang!” (ibid: 4-5) Kepedihan yang dirasai oleh Hajah Badariah memang tidak tertanggung oleh seorang ibu tua sepertinya. Makin hamun dan kata-kata kesat yang yang dihamburkan oleh anaknya menjadi kudis yang bernanah dan berdarah umpama tidak mahu sembuh layaknya. Bukan peluk cium yang dapat daripada anaknya tetapi dihalau untuk tidak ada walaupun bayang untuk dilihat oleh anaknya Kamaruddin itu. Penderhakaan di antara kedua-dua individu ini telah mendapat pembalasan daripada Tuhan. Anak derhaka yang bernama Si Tenggang telah menjadi batu akibat doa ibunya dimakbulkan serta-merta. Doa ibu Tenggang yang mustajab itu telah menamatkan kepedihan yang ditanggung oleh seorang ibu tua kerana perbuatan anak kandungnya sendiri. Menyelusuri anak yang bernama Kamaruddin, ibunya Hajah Badariah berdoa dan menunggu hampir dua tahun untuk anaknya kembali ke pangkal jalan. Doanya dimakbulkan oleh Allah. Dia tidak mendoakan yang buruk berlaku kepada anaknya. Sebaliknya doa balik kepada landasan agama dan menjadi anak yang baik menjadi kenyataan. Perubahan sikap Kamaruddin seperti putaran 360 darjah menjadikan ibunya bahagia dan dia terlepas daripada kongkongan menjadi anak derhaka pada awal cerita. Jadi evolusi individu dalam garisan anak derhaka telah dikupas berdasarkan dua cerita di atas. Darah Muda Darah muda seiring dengan jiwa orang muda yang ingin meneroka sesuatu. Tindakan yang dilakukan bukan berlandaskan pemikiran tetap hanya mengikut jiwa muda dan nafsu semata-mata. Tanpa memikirkan buruk dan baiknya, tindakan-tindakan yang dibuat itu adalah untuk memenuhi jiwa dan gejolak perasaan muda yang menguasai diri ketika itu. Selalunya perkara-perkara yang dilakukan akan menjebakkan diri individu terbabit ke kancah yang negatif dan akhirnya memudaratkan diri sendiri tetapi ada juga perkara positif yang dilakukan sehinggakan individu terbabit mencapai puncak jaya akibat daripada darah muda yang membuak-buak untuk mencipta dan mendapat kecemerlangan dalam kehidupan. Dalam cerita Nakhoda Tenggang, jiwa muda yang ingin diketengahkan adalah berkisar tentang Si Tenggang dan semangat Si Tenggang ingin berkuasa serta menakluki bidang pelayaran untuk menjadi nakhoda yang terkenal. Penurunan teks dapat dilihat di bawah: 52
Serumpun Wangian Ilmu “Nakhoda Jaya telah berhenti daripada jawatan-nya. Sa-kali pun hatinya tetap chinta kepada penghidupan menjadi ahli pelayaran, tetapi keadaan-nya yang telah tua dan udzor itu tidak mengizinkan dia meneruskan penghidupan chara yang di-gemari-nya itu. Bagaimana pun ia berpuas hati dengan harta benda kepunyaannya yang telah terhimpun salama ia berkhidmat dari semenjak mudanya. Ia berbesar hati kerana anak angkatnya, Si Tenggang, dalam masa yang singkat sahaja telah membuktikan kebolehannya menjadi nakhoda menggantikan dia. Nama Nakhoda Tenggang, menantu Saudagar Biram itu telah mula terkenal ka seluroh negeri Labohan Puri, demikian juga ka negeri-negeri yang biasa disinggahi oleh Kapal Helang Segara itu”. (Abdul Samad Ahmad, 1955: 83) Dalam petikan ini menunjukkan darah muda yang ada dalam diri Si Tenggang telah menaikkan semangatnya untuk berusaha menjadi nakhoda yang berjaya. Apa yang dicita-citakannya telah menjadi kenyataan dengan kegigihan mempelajari selok-belok hal pelayaran daripada Nakhoda Jaya yang juga merangkap bapa angkatnya. Bermula daripada anak keturunan Sakai yang tidak pernah terbuka mindanya menjadi seorang yang gah dalam bidang pelayaran. Ini disebabkan orang muda cepat untuk mempelajari sesuatu bidang yang ingin dikuasainya. Darah muda yang ada dalam diri Si Tenggang juga telah melayakkan dirinya untuk berkahwin dua. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk merebut situasi ini kerana dia berasa mampu untuk melakukan sedemikian. Dia pandai mengambl hati Tuan Puteri Ratna Lela dengan memberikan pelbagai hadiah istimewa antaranya seekor burung kakak tua yang berada di dalam sangkar perak. Akhirnya Si Tenggang berjaya memperisterikan tuan puteri setelah mengadakan pertemuan demi pertemuan secara sulit. Penurunan teks dapat dilihat seperti berikut: “Beberapa kali Nakhoda Tenggang Tenggang mengunjongi Puteri Ratna Lela di-dalam taman larangan itu; perasaan kaseh puteri itu kapadanya makin sa-hari samakin terikat erat, tiada dapat di-rombak ungkai lagi, walau pun telah sedia di-ketahui-nya Nakhoda Tenggang telah mempunyai isteri. Tiada jalan lain bagi puteri dengan menyatakan kepada bondanya akan rahsia-nya itu serta meminta pertolongan-nya. Sunggoh-lah bukan mudah bagi kedua ayahanda bonda puteri itu akan menerima menantu sa-orang dari orang kebanyakan, tetapi oleh terlalu kaseh kedua-nya akan puteri itu dan tidak tergamak hendak menchachatkan hati-nya, maka akhir-nya kemahuan puteri itu terpaksa-lah di-turutkan oleh ayahanda bonda-nya. Setelah siap segala peralatan untuk perkahwinan agong dan apabila telah sampai ketika yang baik, maka Puteri Ratna Lela pun di-kahwinkan-lah dengan Nakhoda Tenggang”. (ibid: 89) 53
Serumpun Wangian Ilmu Selalunya perkara-perkara yang sedemikan terjadi disebabkan gelora perasaan dan jiwa muda yang ada dalam diri seseorang individu itu. Rangsangan-rangsangan yang menjurus ke arah itu membolehkan seseorang itu bertindak untuk memenuhi keperluan naluri masing-masing. Tidak terkecuali Si Tenggang yang berani menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Dia telah mempersiapkan dirinya disebabkan keberanian yang ada dalam diri dan jiwa muda. Bagi Kamaruddin pula, darah muda yang ada dalam dirinya membuak-buak untuk dia lari dari hidup dalam lingkungan kampung. Dia tidak mahu ibunya merencanakan seluruh kehidupannya terutama membabitkan soal jodoh. Dia mahu ada kebebasan dalam mencari jodohnya sendiri. Dia tidak mahu ibunya mengatur perjalanan hidupnya. Penurunan teks dapat dilihat berdasarkan huraian di atas: “Mak jangan sebut-sebut nama Cik Kamariah. Aku tak ingin. Pasal bini, aku punya suka”. Petikan menjelaskan bahawa Kamaruddin melarang ibunya masuk campur hal peribadinya terutama dalam hal perkahwinan. Dengan usia muda, mengikut kata hati, segala teguran tidak dapat diterima kerana Kamaruddin mahu membuat keputusan sendiri. (Abdul Rahim Kajai, 2010: 2) Sikap Kamaruddin yang keluar dari rumah dan duduk menyewa di Jalan Pudu. Di sana dia telah bercampur dengan perempuan-perempuan kabaret. Ini kerana dia terikut dengan dengan naluri mudanya. Dia merasakan seperti berada di syurga layaknya. Bebas daripada kongkongan ibunya yang penuh dengan ciri kemelayuan dan berpegang teguh pada agama. Penurunan teks adalah berdasarkan penerangan di atas adalah seperti berikut: “Bersultan di mata beraja di hati, kata pepatah. Begitulah Encik Kamaruddin yang telah berkenan dipanggil Mr. Din sahaja daripada dipanggil Encik Din, semenjak meninggalkan ibunya kira-kira sebulan dahulu, lalu tinggal menyewa sebuah bilik di Jalan Pudu kerana mengambil peluang berhampiran dengan kabaret dan menjadi senang kawan-kawnnya, ahli- ahli rumah dansing daripada Cina, Manila dan Serani datang, terutama puteri-puteri yang laksana pari-pari itu. Kamaruddin tahan berhabis menyediakan arak asalkan kawan-kawannya selalu singgah. Pada sangkaannya tiadalah yang lebih mulia di dalam dunia ini melainkan mereka yang dapat berjinak-jinak dengan puteri-puteri dansing itu.” (ibid: 3) Darah muda yang ada pada seseorang individu yang menginjak usia muda menjadikan seseorang itu ingin meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Posnett telah menggariskan evolusi individu ini untuk melihat kehendak- kehendak manusia dalam melalui proses kehidupan. 54
Serumpun Wangian Ilmu Sikap Terhadap Nasib Si Tenggang yang begitu berfikiran jauh ke hadapan amat sedih apabila melihat kaum iaitu Sakai yang hanya menyerahkan nasib mereka pada hukum alam. Apabila berlaku sesuatu kematian dalam puak mereka, mereka terpaksa berpindah dari tempat yang diduduki oleh mereka ke tempat lain kerana dikatakan kematian itu membawa satu petanda tempat itu tidak boleh diduduki dan membawa mala petaka jika terus diduduki oleh mereka. Apabila mereka berpindah dan membuka kawasan baru menyebabkan mereka kekurangan makanan untuk meneruskan kehidupan. Sikap ini amat dibenci oleh Si Tenggang. Ini kerana suku kaum Sakai ini amat mempercayai Batin Itam. Apa yang diperkatakan olehnya diikut oleh kaumnya itu. Ini memberi tamparan hebat kepada Si Tenggang bagaimana untuk mengubah keadaan itu. Penurunan teks adalah seperti berikut: “Pekerjaan membuat tempat kediaman baharu di dalam hutan itu bukanlah suatu perkara yang mudah; bukan sedikit tenaga yang diperlukan bagi menebas menebang kayu-kayan hutan dan mengerjakan tanah untuk membuat ladang baharu. Demikianlah penderitaan kaum Sakai pada masa itu. Mereka telah menjadi korban oleh kejahilan mereka sendiri dan oleh terlalu berpegang kepada atoran adat lama dan telah dipusakai mereka semenjak zaman-berzaman. Setelah beberapa kali berpindah randah dari satu lerengan bukit yang lain maka sekarang kumpulan kaum Sakai yang diketuai oleh Batin Itam telah membuat kediaman baru di sebuah kawasan hutan yang tidak berapa jauh daripada sebuah tasek yang menjadi hulu di sebuah sungai”. (Abdul Samad Ahmad, 1955: 25) Oleh kerana taksub kepada seseorang individu itu menjadikan diri manusia yang berada dalam kelompok itu tertekan untuk terus menghadapi situasi yang sama pada masa akan datang. Si Tenggang berasa takut jika berlaku sesuatu kematian kerana mereka terpaksa berpindah lagi. Apabila sahabatnya Si Tirim meninggal dunia, bukan kesedihan melanda diri Si Tenggang akibat kematian kawannya itu tetapi sedih kerana terpaksa berpindah dan membuka tempat baru lagi. Contoh petikan teks: “Apabila mendengar khabar daripada kedua orang rakannya bahawa Si Tirim sakit kuat, dengan tiba-tiba muka Si Tenggang menjadi pucat saolah-olah terperanjat besar, kerana bukan semata-mata sebab Si Tirim itu seorang kawan rapatnya yang sentiasa sama-sama berempat itu keluar pergi menyumpit tetapi ialah kerana perkhabaran seorang sakit kuat itu adalah terlebih besar bahananya. Kepada kaum Sakai pada zaman itu, berita berkenaan saseorang sedang sakit tenat adalah bererti sebagai suatu amaran bagi perpindahan dengan serta-merta”. (ibid: 17) 55
Serumpun Wangian Ilmu Sikap bergantung terhadap nasib ini telah menjadi penghalang kepada kemajuan pada diri seseorang individu itu sendiri. Dalam kisah Kamaruddin pula, bukan kebergantungan kepada nasib tetapi Kamaruddin membiarkan nasibnya dibawa arus kepura-puraan. Hidup dengan penuh keseronokan tanpa memikir masa depan. Membela perempuan simpanan yang bernama Miss Jasmin sehinggakan semua duit gajinya habis. Hidup tanpa arah tujuan. Duit habis untuk membeli dan meneguk arak. Motosikal ditarik balik kerana tidak mempunyai wang ansuran untuk dibayar setiap bulan. Penurunan teks adalah seperti di bawah: “Mr. Din terus-menerus melakukan sekehendak hatinya tetapi kira-kira setahun pun telah berkeluh-kesah kerana gajinya tiada tinggal di tangan lagi. Ansuran motosikal mesti dibayar, bunga hutang mesti dibayar pula. Jika tidak harus dipegang oleh Benggali di tengah jalan. Telah menjadi kelaziman kepadanya apabila cukup bulan mestilah menangis di dalam hatinya kerana gaji yang akan diterima itu telah habis pada kiraan kemudian mesti berkelit mencari jalan I owe you. Jikalau tidak barangkali Miss Yasmin iaitu perawan yang dikenalinya yang disimpannya yang dinamakan dalam bahasa sporting spirit sebagai mysterious itu harus paling punggung”. (ibid: 5) Mengikut untung rugi nasib sendiri yang dialami oleh Kamaruddin. Membiarkan diri hanyut dalam kancah noda dan dosa. Tidak ada keinginan untuk mengubah nasib diri. Enak dibuai realiti kehidupan yang menjadikan Kamaruddin seorang lelaki yang dipandang rendah dengan kelakuan peribadi yang menjijikkan kerana mempunyai perempuan simpanan. Melihat kepada keadaan ini, Posnett memperkenalkan evolusi individu ini dapat mengkaji bagaimana gerakan kehidupan yang membelenggu diri seseorang dapat dilihat dengan jelas untuk dijadikan teladan kepada khalayak pembaca khususnya. Naluri Ibu Benarlah kata pepatah, “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu” dan “Kasih ibu sampai ke syurga”. Pepatah tersebut jelas menunjukkan peranan ibu dan ibu itu sendiri berada di tahap yang tertinggi. Dalam episod Si Tenggang yang telah lama meninggalkan kampung halaman, ibu bapa dan suku kaumnya apabila dia kembali ke tempat asalnya dengan bahtera yang besar, namanya gah sebagai seorang nakhoda menyebabkan rindu ibunya yang sarat selama ini ingin menatap wajah anaknya yang lama tidak ditenungnya. Penurunan teks adalah seperti berikut: “Walaupun Si Keledek dan Si Akoi bersumpah menyebut “Ditimpa punggor rebah’ bagi menguatkan bukti bahawa orang yang dijumpa oleh keduanya itu adalah Si Tenggang, tetapi tidak seorangpun yang percaya. Akhirnya 56
Serumpun Wangian Ilmu apabila Si Talang dan Si Deruma menceritakan ramalan beberapa orang pawang-pawang, demikian juga mendiang Batin Itam, bapa Batin Embih itu, yang mengatakan dalam penilekan mereka Si Tenggang akan balek juga pada suatu masa kelak, baharulah mereka mulai perchaya. Meskipun demikian, Batin Embih serta anak-anak buahnya lari juga jauh ka-kaki bukit melainkan tinggal Si Talang dan Si Deruma sahaja yang berjalan balek menuju ka-pondok rannya kerana Si Deruma telah mengambil keputusan walau apa jadinya sakalipun dia hendak menemui anak yang di-kasehi dan di-rinduinya, Si Tenggang, yang telah ghaib dari mata-nya semenjak beberapa tahun dahulu”. (Abdul Samad Ahmad, 1955: 17) Berdasarkan petikan menunjukkan naluri seorang ibu walaupun dia belum lagi melihat wajah Si Tenggang tetapi naluri keibuannya kuat mengatakan bahawa itulah anaknya. Si Deruma tanpa rasa sangsi yakin bahawa apa yang diceritakan oleh kawan-kawan Si Tenggang itu ialah Si Tenggang. Semua kaumnya telah lari ke kaki bukit kerana pada mereka sesuatu yang dilihat itu adalah perkara baru iaitu bahtera yang besar mungkin membawa bala kepada puak mereka. Naluri ibu yang dapat merasakan sesuatu merupakan kelebihan yang dianugerahkan oleh Tuhan. Naluri ibu juga dapat dilihat apabila Si Tenggang tidak mengaku perempuan tua yang hodoh itu ibunya. Si Deruma tanpa rasa sangsi memanggil-manggil Si Tenggang dari atas perahu kerana tidak sabar untuk melihat anaknya dari dekat. Penurunan teks adalah seperti di bawah untuk menunjukkan situasi di atas: “Berdebar hati Nakhoda tenggang mendengar kabar itu; perlahan-lahan ia bangun dan keluar daripada kurongan itu. Sa-jurus kemudian kedengaran kepadanya suara yang memang di-kenal-nya ia-itu suara ibunya sendiri menyeru-nyeru-nya kerana ibu-nya itu telah nampak akan dia keluar daripada kurongan itu. Nakhoda Tenggang telah mara berjalan menuju ka-tempat ibu-bapanya berpaut pada lambongan bahtera itu. Maka ketika itu suara Si-Deruma samakin lantang lagi, sa-olah-olah menimang- nimang dan melepaskan kata-kata hatinya sambil mengunjok-unjokkan panggang-panggang lotong dan chikah, serta buah mempelam yang di-bawa-nya untok anak-anaknya itu”. (ibid: 101) Perasaan Si Deruma tidak dapat ditahan-tahan lagi. Naluri keibuannya membuak-buak untuk melihat anak kesayangannya. Ungkapan seterusnya dapat dilihat dalam penurunan teks seperti berikut yang menunjukkan Si Deruma dengan penuh yakin memanggil dan menyeru anaknya Si Tenggang: “Maka perasaan malu itu-lah menyebabkan Nakhoda Tenggang lupakan diri, lupa ia akan keadaan yang sebenar. Mukanya telah merah padam 57
Serumpun Wangian Ilmu oleh melihatkan Si Deruma dengan gembira rupanya, mengunjok- unjokkan kapadanya panggang-panggang chikah dan lotong serta buah mempelam itu, sambil berkata, ‘Anak-ku! Buah hati dan chahaya mata-ku, lama sudah ibu berendam ayer mata, menunggu kau balek kapada-ku, Tenggang; inilah ibu bawakan engakau panggang-panggang yang kau gemari, nak ...” Sa-belum Si Deruma meneruskan kata-kata-nya itu, ia telah terhenti dan amat terkejut rupa-nya kerana ditengking oleh Nakhoda Tenggang dengan berkata ‘Siapa anak engkau? Bila kala-nya engakau, sa-orang tua Sakai, beranakkan aku?” (ibid: 101-102) Naluri ibu yang mengiakan itu anaknya tetapi dinafikan oleh Si Tenggang malah ditengking pula menyebabkan Si Deruma tersentak dengan kelakuan anaknya itu. Tanpa rasa sangsi dan segan silu, Si Deruma terus merayu kepada anaknya Si Tenggang supaya terus mengaku dia ini ibu Si Tenggang. Penurunan teks seperti di bawah: “Sa-kali lagi Si-Deruma dengan berchuchoran ayer mata, dan merayu- rayu bunyi suara-nya berkata, “Hai Tenggang dari dua jari tapak kaki kau ku-pelihara, ku-tatap, ku-tatang siang malam hingga besar. Sekarang sampai hati kau membalas kapada-ku bagini!’ Tatkala berkata itu tangan- nya tidak juga lepas berpaut kapada tepi bahtera itu”. (ibid: 103) Kemuncak naluri seorang ibu yang dapat dilihat dalam cerita Si Tenggang ini apabila ibunya Si Deruma yang sudah berputus harap kerana Si Tenggang tidak mahu mengaku dirinya ibu Si Tenggang menyebabkan Si Deruma telah berdoa kepada Tuhan akan ditunjukkan kebenaran itu. Naluri ibu yang berkata ya tetapi tidak diperakui anaknya dapat dilihat dalam penurunan teks di bawah: “Dalam perahu kechil itu Si Deruma menangis menahan kesakitan. Hati- nya remok redam mengenangkan perbuatan anaknya dan melihatkan darah keluar berpanchutan dari tangan-nya itu. Kemudian ia pun menengadah ka-langit, memohon kapada yang Maha Berkuasa, sambil melambong-lambong susu-nya ia berseru dengan sa-kuat-kuat suara-nya, “Ya Tuhan! Kalau benarlah Si Tenggang itu anak-ku, besar dengan ayer susu-ku ini, kau tunjukkan-lah sa-suatu balasan yang sapadan dengan anak derhaka itu!”. Sa-jurus sahaja lepas menaiki pantai itu, tiba-tiba kedengaran ka-telinga keduanya bunyi suara laungan Si Tenggang berulang-ulang menyebut: “Emak! Emak! Emak! Ia emak aku! Ia emak aku! Emak! Ia emak aku!. Kaseh ibu sepanjang hayat! Demikianlah peribahasa orang tua-tua, maksud peri bahasa memang tepat, kerana sunggoh pun begitu kejam perbuatan anaknya itu ka-atas dirinya, tetapi tiada juga sampai hati Si Deruma mendengarkan suara laungan anak-nya 58
Serumpun Wangian Ilmu itu. Ia berhenti sambil menoleh ka-belakang ka-arah bahtera itu tetapi Si Talang berjalan terus, hati-nya telah putus; sadikit pun tidak dihiraukannya laungan anak-nya itu”. (Abdul Samad Ahmad,1955: 105) Doa yang dipohon oleh ibu Si Tenggang akhirnya dimakbulkan oleh Tuhan kerana naluri ibu yang bersungguh-sungguh memohon itu telah diperkenankan oleh Tuhan. Si Tenggang yang anak derhaka ini telah menjadi batu dan tenggelam dengan bahtera gahnya. Kesedihan yang melampau dialami oleh ibu Si Tenggang ini telah menyebabkan kematiannya kerana sebagai seorang ibu, naluri keibuan itu tidak sanggup melihat balasan yang diterima oleh anaknya itu. Dalam cerita “Kasih Ibu Sampai ke Mati” pula menggarap naluri ibu itu berlainan dengan ibu Si Tenggang yang mendoakan supaya anak derhakanya mendapat pembalasan yang setimpal. Sebaliknya Hajah Badariah iaitu ibu kepada Kamaruddin yang layak juga digelar anak derhaka kerana perbuatan terhadap ibunya itu. Hajah Badariah tetap mendoakan anaknya kembali ke pangkal jalan walaupun menunggu selama hampir dua tahun untuk anaknya insaf. Bukan hanya sekadar berdoa, Hajah Badariah juga bernazar, jika anaknya insaf, dia akan membuat kenduri dengan menyembelih seekor kambing untuk menunaikan nazarnya itu. Penurunan teks adalah seperti berikut: “Ketika itu, Hajah Badariah pun menghadapkan hatinya ke hadrat Tuhan Rabbulalamin seraya berdoa, “Hai, Tuhan! Tunjuklah anakku dan buah hatiku itu jalan yang benar serta pelihara akan dia daripada bahaya dunia dan akhirat.” (Abdul Rahim Kajai, 2010: 5) Lagi penurunan teks tentang naluri ibu yang mendoakan anaknya balik ke pangkal jalan: “Maka Hajah Badariah pun berasa gentar memandang muka anaknya yang telah hilang akal itu. Dia pun nyah dari situ dengan hati yang luka, terus pulang ke rumahnya. Pada keesokan harinya, diapun bernazar dan berjanji hendak memotong kambing jika permintaannya dikabulkan Tuhan.” (ibid: 5) Walaupun dihalau oleh anaknya sendiri, naluri seorang ibu yang tetap mendoakan anaknya memperlihatkan bahawa ibu merupakan insan yang cukup istimewa. Kesabarannya tiada tandingan. Diperlakukan oleh anak sendiri sesuka hati tetapi hati kecilnya tetap ada belas dan ehsan yang tinggi untuk melihat anaknya berubah. Berkat kesabaran yang dikurniakan oleh Ilahi telah menampakkan hasil 59
Serumpun Wangian Ilmu apabila Kamaruddin telah pulang ke rumah dan memohon ampun kepada ibunya. Penurunan teks adalah seperti berikut: “Ia pun berdiri dari tikar sembahyang itu lalu membukakan pintu. Dilihatnya Kamaruddin meningkat tangga lalu naik menerkam dan memaut kaki emaknya dengan tangisan serta berkata, “Ampunkanlah anakmu yang bebal ini. Saya sudah derhaka kepada mak tetapi sekarang saya menyesal.” “Alhamdulillah, syukur!” kata Hajah Badariah di dalam hatinya. “Dua tahun lamanya aku berdoa minta temasya yang demikian ini. Alhamdulillah, sekarang barulah dikabulkan oleh Tuhan al-Rahman al-Rahim. Dia memegang tangan anaknya lalu disuruhnya duduk.” (ibid: 6-7) Tuhan Maha Mendengar permintaan hamba-Nya. Doa yang dipohon dimakbulkan sama ada cepat atau lambat sahaja. Jika kisah Si Tenggang, doa ibunya dimakbulkan serta-merta tetapi bagi kisah Hajah Badariah dengan anaknya Kamaruddin ini mengambil masa selama dua tahun untuk dimakbulkan doanya. Apapun perkaranya, persoalan pokok tentang naluri ibu itu sunnguh kuat terhadap anaknya. Dia dapat merasakan dengan gerak hati tentang perkara yang akan berlaku atau sesuatu itu akan terjadi berbentuk positif atau negatif. Pengakhiran cerita ini Kamaruddin telah menjadi anak yang taat dan tetap menziarahi makam ibunya walaupun ibunya telah meninggal dunia lebih daripada dua puluh tahun. Evolusi individu ini telah memberi satu peluang kepada khalayak untuk melihat bagaimana seorang individu itu mengekspresikan sesuatu perkara yang berlaku itu dapat dilihat dan dijelaskan kepada khalayak khususnya untuk dijadikan pedoman, panduan, dan sebagainya yang memberi kesan positif supaya menjadi panduan dalam menempuh kehidupan. KESIMPULAN Tuntasnya, evolusi individu ini telah membuka ruang seluas-luasnya untuk mengkaji individu terbabit dalam cerita Nakhoda Tenggang dan Kasih Ibu Sampai ke Mati. Kedua-dua karya ini amat bersesuaian dan bertepatan dengan konsep evolusi individu yang ditunjangi oleh Posnett. Melihat individu dalam kedua-dua karya ini sebagai ibu dan anak telah memberi impak yang berbeza sama ada daripada sudut positif dan negatif. Perbandingan yang telah dibuat telah membuka minda bahawa setiap perbuatan yang dilakukan sama ada baik dan buruk akan mendapat pembalasan yang setimpal. Menyelusuri apa yang dibincangkan seperti anak derhaka, darah muda, sikap terhadap nasib dan naluri ibu telah menampakkan dengan jelas tentang apa yang dialami oleh individu terbabit telah berperang dengan jiwa mereka untuk memenuhi dan melanggari tuntutan hidup sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kupasan 60
Serumpun Wangian Ilmu panjang lebar tentang perkara-perkara di atas dengan diberikan penurunan teks tentang karya-karya yang dipilih menjadikan kupasan yang dibuat dapat dilihat dengan jelas. Sebagai manusia biasa, apa yang yang perlu dalam kehidupan ini, perlulah memuhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta supaya segala perkara dan perbuatan yang dilakukan tidak terkeluar daripada norma kehidupan dan landasan agama yang dianuti. Maka evolusi individu ini telah membuka mata dan minda untuk melihat sejauhmana individu yang bergelar insan di muka bumi untuk bertindak dalam sesuatu situasi yang akan memberi impak yang besar dalam kehidupan. RUJUKAN Azemi Salim (terj). (1989). Antropologi sosial permulaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Samad Ahmad. (1955). Nakhoda Tenggang (anak derhaka-riwayat Batu Keb). Kuala Lumpur: The Khee Meng Press. Othman Putih (pngr.). (2010). Antologi cerpen Guruh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Senu Abdul Rahman. (1973). Revolusi mental. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu. Shamsuddin Jaafar (terj.). (1993). Susan Busnett: pengenalan kritis kesusasteraan bandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 61
JENAKA DALAM MASYARAKAT MELAYU Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Hajah Amanah binti Mohd Noor Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Anjuran: IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak PENDAHULUAN Jenaka merupakan sesuatu yang tidak asing dengan masyarakat Melayu. Jenaka merupakan sifat yang ada dalam setiap diri manusia. Secara tabi’inya manusia lebih cenderung untuk bermain dan ketawa, dan lebih tertarik untuk berjenaka. Barangkali manusia merupakan mahkluk Allah yang memiliki sifat jenaka dan ketawa, mempunyai tanggapan kejenakaan dan menimbulkan sikap ketawa terhadap pelbagai fenomena kehidupan manusia dan makhluk lain. Manusia berjenaka dan ketawa terhadap dirinya dan hal-hal yang terdapat di luar dirinya. Seseorang yang suka berjenaka merupakan seorang yang disukai oleh kumpulan atau masyarakat. Jenaka dan ketawa merupakan fenomena sosial kehidupan manusia. Ada yang ketawa dan ada yang diketawakan. Ketawa dan jenaka adalah sinonim kerana tujuan utama jenaka adalah untuk membuatkan orang ketawa. Ketawa juga merupakan sebahagian daripada perlakuan seharian dalam kehidupan manusia malahan mereka yang sering ketawa juga dikatakan awet muda. Seseorang boleh ketawa kerana berasa geli hati apabila membaca atau mendengar sesuatu yang lucu. Ketawa itu pula berlaku secara bersama menimbulkan suasana ceria, lucu, geli hati dan mesra. Situasi ini mewujudkan suasana kemesraan, keakraban lantaran interaksi dan gurau-senda tersebut. Seorang pemimpin masyarakat baik atau pemimpin politik atau ketua agama yang pandai berjenaka pasti akan disenangi oleh ahli masyarakatnya. Berjenaka juga dapat membantu merapatkan hubungan keakraban antara individu atau kumpulan. Keakraban yang wujud dalam sesuatu ruang sosial membolehkan individu berasa diri amat dekat antara satu sama lain walaupun tiada hubungan darah dan berlainan status sosial. Justeru berjenaka, bergurau-senda, berseloroh, melawak menjadi elemen penting dalam adat berkawan seterusnya sebagai salah satu unsur penting memiliki banyak kawan, menjadi popular dan disukai handai-taulan. Orang Melayu juga mempunyai jenaka bentuk naratif sebagai warisan sosio budaya zaman berzaman. Maka itulah sebabnya terdapat watak-watak tertentu yang jenaka dan melucukan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Watak-watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, sangat dekat dengan masyarakat Melayu 63
Serumpun Wangian Ilmu kerana watak-watak dengan perlakuan lucu mereka menjadikan kita tertawa. Namun di sebalik jenaka dan kelucuan itu tersirat pula panduan hidup serta pengajaran yang boleh diberikan perhatian dan renungan. Apa itu Jenaka Jenaka ialah perbuatan yang membangkitkan ketawa, lucu, perbuatan atau kata- kata untuk membuatkan orang ketawa, berkelakar, dan berlawak. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:623) mentakrifkan jenaka sebagai perbuatan atau kata-kata yang menggelikan hati. Asmah (2000:84) mendefinisikan jenaka atau humor sebagai tutur kata yang mencuit hati orang yang mendengar, yang membuat seseorang itu ketawa atau ingin ketawa, walaupun dalam keadaan marah. Syed Zulfilda (1976:197) menjelaskan humor atau jenaka itu sebagai suatu keupayaan mengenal, menilai atau menyatakan kelucuan, kejenakaan, kebodohan ketidakseimbangan perangai atau sesuatu kejadian, watak, kata-kata yang menimbulkan gelak ketawa, senyum senda-gurau dan menggelikan. Za’ba mengaitkan jenaka dengan ragam bahasa. Menurutnya jenaka adalah ragaman bahasa tetapi bukanlah digunakan untuk menguatkan tujuan kata, hanya jenis pembahasaan yang memakai satu perkataan dengan dua makna kerana maksud jenaka atau bergurau-senda, kadang- kadang ada juga dengan maksud bersungguh-sungguh. Kepentingan Jenaka dalam Masyarakat Dalam kehidupan seharian, kita berhadapan dengan berbagai-bagai peristiwa dan perkara yang membuatkan kita berasa lucu dan geli hati. Jenaka mempunyai peranan dan kepentingan dalam kehidupan manusia sepanjang zaman. Jenaka memberi ruang kepada individu untuk berhibur. Ketawa yang lahir daripada jenaka merupakan hiburan yang berkesan kepada individu yang mengalami tekanan. Ada waktunya kita menempuh hari yang penuh dengan tekanan sedangkan tanpa kita sendiri tekana itu sebenarnya boleh diredakan dengan sedikit jenaka dan ketawa. Sebab itu terdapat ungkapan yang menyebut ‘ketawa itu penawar duka terutama ketika memujuk mereka yang dilanda kemurungan atau kesedihan. Bagaimana hendak membuatkan mereka yang dilanda masalah itu ketawa, pastinya dengan jenaka. Jenaka juga menjadi landasan untuk melepaskan perasaan, mengurangkan beban tekanan emosi dan sebagai saluran yang dapat mengisi keperluan yang lebih tinggi. Jenaka dapat memberikan layanan kepada perasaan dan dapat menjadi penawar kepada tekanan hidup dalam zaman yang serba pantas ini. Di samping itu jenaka juga mempunyai kepentingan simbolik. Dalam jenaka ada ketawa dan dalam ketawa ada ada maknanya. Di sebalik sifat menimbulkan rasa ria, ketawa dan santai, jenaka membawa nilai pemikiran yang begitu besar, terutama untuk mengkritik atau menyindir. Jenaka kerap kali turut menyampaikan maklumat, pengetahuan, sindiran, kiasan dan kritik sosial baik secara halus. Jenaka timbul 64
Serumpun Wangian Ilmu dari satu sikap toleransi dengan maksud-maksud tersirat agar tidak menimbulkan aib atau menjatuhkan maruah golongan yang dituju. Jenaka juga merupakan pelengkap dalam kehidupan masyarakat. Martineau (1972) menjelaskan jenaka atau humor berperanan sebagai pelincir dalam interaksi sosial dan boleh juga menjadi penyebab kepada pergeseran sosial. Le Shan (1982) pula berpendapat jenaka atau humor membolehkan seseorang ketawa terhadap diri sendiri dan mewujudkan pertautan dengan pihak lain. Jenaka juga berperanan untuk mempermudahkan kehidupan dan mewujudkan suasana lebih ceria. Suasana ceria dalam organisasi umpamanya menurut Ab. Aziz Yusof (2008: 179), memainkan peranan dan memberi impaks yang signifikan kepada kejayaan organisasi dalam melaksanakan perubahan. Ini kerana pengurusan humor yang berkesan akan dapat membantu menceriakan organisasi kerana subordinat yang mendapat keseronokan akan dan berasa gembira semasa bekerja akan membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap tugas yang dilakukan. Di samping itu humor atau jenaka akan dapat mengurangkan rasa bosan, jemu, bimbang, rasa tertekan. Semua ini akan dapat meningkatkan mutu kerja. Jenaka juga dapat memberi sumbangan terhadap penghasilan persekitaran yang positif dalam membentuk tingkah laku pelajar. Jenaka boleh menjadi aset bernilai dalam pengajaran yang berkesan. Dalam konteks pengajaran, jenaka dapat dilihat sebagai pelengkap pengajaran yang berkesan dan keakraban antara guru dan pelajar. Bahan pengajaran yang disampaikan dengan penuh gaya dan disuntik dengan sedikit unsur jenaka menjadi lebih menarik dan pelajar lebih mengingati isi ataupun bahan yang hanya disampaikan berdasarkan fakta semata-mata. (Abdul Ghani Abdullah dan rakan-rakan: 2009) Jenis Jenaka Melayu Abang Yusof Puteh (2001:9) menyatakan jenaka atau humor dalam masyarakat Melayu menjadi sebahagian daripada kehidupan. “...generally...the Malays laugh almost every time and every where, at work, at play, at meals, at wedding and even at funeral. And of course at gossip sessions.” Tujuh kategori jenaka Melayu oleh beliau ialah; i. Jokes. They can be very crude and also directed ii. Comic acts. The most popular part of the Malay bangsawan ... the appearance of the clown iii. Body language iv. The media, tv, radio and also press are major sources of humor not forgetting the parliament v. Puns. Skill in the play of words with double or multiple meaning vi. Pantun vii. Language 65
Serumpun Wangian Ilmu Raphaelson-West (1989:130) pula telah mengkategorikan humor atau jenaka ini kepada tiga jenis, iaitu: • Jenaka linguistik [misalnya permainan kata (puns)], • Jenaka budaya (misalnya humor sesama kaum, bangsa, etnik), dan • Jenaka sejagat (misalnya humor yang tidak dijangka). Humor juga boleh berlaku dalam banyak bentuk seperti slapstick fizikal, humor visual, jenaka gerak isyarat atau bunyi, aforisme, teka-teki, dan cerita- cerita pendek. Untuk kertas kerja ini, contoh jenaka diperoleh daripada internet, tulisan dan cerita yang disampaikan dari semasa ke semasa serta penceritaan langsung oleh individu-individu tertentu. Dalam apa keadaan sekalipun pada akhir setiap penyampaian jenaka akan menimbulkan rasa geli hati dan ketawa yang menghiburkan. Keberkesanan jenaka akan lebih terserlah apabila menggunakan dialek dengan berkesan. Di samping contoh jenaka atau humor, contoh-contoh berikut juga memaparkan jenis-jenis jenaka Melayu. Jenaka Etnik Sama seperti masyarakat lain, orang Melayu tidak ketinggalan mempunyai sekumpulan cerita yang berkisar tentang sesuatu kumpulan masyarakat untuk dipersendakan. Kumpulan yang dijadikan sasaran persendaan itu kebiasaannya didakwa sebagai bodoh. Kumpulan utama yang menjadi sasaran ialah Orang Asli, Sikh, India, Cina, Eropah dan juga kumpulan etnik Melayu terutamanya seperti Minangkabau, Pahang, Kelantan dan Jawa (Shaiful Bahri Md. Radzi: 2002). Jenaka orang Melayu Cerita 1 : Imam Menangis Ni ceghito (cerita) bonar..di ceghitokan turun temurun ... tapi bukanlah dah lamo bonar... kato nyo berlaku dalam tahun 50an ... Alkisah mako ado lah sebuah sughau (surau) yg di buek dari polopah buluh (buluh yg di belah2)..dinding buloh ... tanggo buloh sampai lantai pun buloh ... cumo atap nyo atap ghombiyo (rumbia). Ado lah solat jemah tiap2 waktu kek sughau tu ... katonyo 5,6 oghang jo dongan soghang imam yg dah tuo dan uzur, tapi taat jadi imam. Terjadi lah satu insiden yg tak pornah terjadi ... iaitu imam tetibo ‘menangis’ maso tahiyyat akhir. Apo yg di menjadi tando tanyo pado makmum yo lah lambek nyo imam bagi salam.. 66
Serumpun Wangian Ilmu Dailog nyo lobih kughang mcm ni ha.. Makmum : Den nampak imam botul2 ‘khusuk’ maso sembahyang tadi Imam : Apo lak ekau kato mcm tu .. Makmum : Den tengok dan dongar imam ‘menagih (menangis) maso baco tahiyyat akhir tadi. Imam : Den bukan ‘khusuk’ sampai den menangih ... Makmum : Kalau tak khusuk..kenapo pulak menangih ...??? Imam : Den menangih pasal tolur (buah z*****r) ‘torsopit (tersepit) kek lantai buluh ... Makmum : Yo ko...(sambil tergolak bosar...) Cerita di atas mengesahkan peristiwa yang berlaku semasa waktu solat apabila makmun melihat imam menangis semasa membaca tahiyyat akhir. Makmun menyangka tangisan tersebut kerana kekhusyukan imam tetapi yang sebenarnya perkara yang lain terjadi. Masyarakat Kelantan juga sering menjadi senda-gurau dalam jenaka ini. Dialek Kelantan yang mengiringi setiap jenaka akan menambahkan lagi kejenakaan dalam jenaka yang disampaikan. Contohnya seperti petikan cerita di bawah; Cerita 2 : Kencing masam Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu... Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa “ Pok cik ni sakit gapo?” “Kecing manih. Lamo doh.” Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya, “Tu bakpo pulok?” “Kecemase” “Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih.” 67
Serumpun Wangian Ilmu Cerita 3: Herman Tino Orang Kelantan katanya marahkan Herman Tino. Selepas melihat Herman Tino menyanyi dalam satu konsert mereka berteriak. “Tipu! Tipu! Tipu! Kito semuo kena tipu. Katanye Herman Tino yang date, ruponye Herman Jate. Baik tengok Siti Norhaliza.” Cerita 4: Menantu Terengganu Menantu Terengganu: Mok, kalu mok gi kedaa tolong beli ‘ketang’ 4 kilo. Nanti kito bayar. Mentua Kelantan: Bereeehhh. Selepas mentua pulang dari kedai MenantuTerengganu: loooo, bak po mok beli ‘ubi ketang’ banyok-banyok ni Mentua Kelantan: Tadi mu kato beli kete (ubi kentang). Pah tu kete mano pulakkkk? Menantu Terengganu: Bukang ubi ‘ketang’…. Kito suruh beli ‘ketang’. Hok ada sepik nung… (sepit/ketam) Kumpulan Orang Asli juga menjadi bahan senda-gurau orang Melayu. Kelurusan sikap kaum ini merupakan bahan jenaka yang menghiburkan. Orang Asli dipandang rendah dan dianggap bodoh kaitan daripada kejahilan mereka menyesuaikan diri dengan kemajuan. Contoh jenaka tersebut seperti di bawah: Jenaka Orang Asli Cerita 5: Tok Batin Hebat Seorang askar rejimen PPH berjumpa dengan seorang Tok Batin. Mereka mula bersembang pasal makanan dari makanan kampung hinggalah kepada makanan Barat. Tok Batin tu tak mengaku kalah, Tiap-tiap makanan yang diceritakan oleh askar itu semuanya dia dah cuba. Mula-mula cerita pasal KFC, “Tu shaya dah terai dah, shedap …” Lepas tu cerita pasal Pizza Hut,” Tu shaya dah terai shedap …” 68
Serumpun Wangian Ilmu Pasal Mc Donalds, “Tu juga saya dah terai, shedap ...” Askar tu dah syak Tok Batin ni temberangkan dia. Lalu dia dapat idea nak menggenakan Tok Batin yang sombong dan berlagak ini. Askar tu pun tanya, “Tok Batin pernah makan kari kepala ikan?” “Tu pun shaya dah terai, shedappp,” jawapan biasanya. Askar tu tanya lagi, “Tok Batin pernah makan kepala keretapi?” “Tu pun shaya dah terai, shedap.” Sah memang dasar penipu… Cerita 6: Motosikal Baru Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan seorang sahabatnya yang ingin menumpang. Lalu dengan senang hati ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan, kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu. Kawan Tok Batin : Kenapak kamuk hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ???????? Cerita 7: Jam Dinding Ada sekali tu ketua kampung orang asli tu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu. Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas dicelah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya “OOOO ... patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt ...!!” 69
Serumpun Wangian Ilmu Cerita 8: Report Pada suatu hari ada seorang asli pergi ke Balai Polis untuk membuat aduan tentang kematian kawannya. Orang Asli: Datuk ... saya datang ni nak buat report tentang kematian kawan saya, dia dibaham oleh harimau. Polis: Pukul berapa? Orang Asli:Tak pukul tok, harimau tu terkam jer. Polis: Habis tu? Orang Asli: Habis tak habislah tinggal tulang je. Cerita 9: Memancing Seorang askar pernah bercerita semasa beliau berada di dalam hutan. Ketika meronda beliau telah terserempak dengan seorang orang asli sedang memancing ikan. Maka askar tersebut kononnya cuba nak bermesralah dengan orang asli tersebut lalu beliau pun bertanya dengan penuh mesra “Banyak dapat ikan?” Maka bertolehlah orang asli itu dalam keadaan terperanjat sambil menjawab “Mane shaye tauuu tanyalah ikan. Shaye bukan ikan ....!!!” Jenaka Politik Melayu Permainan politik tanah air sering kali menjadi bahan jenaka oleh pihak-pihak tertentu baik secara naratif mahupun dalam bentuk kartun. Peristiwa politik yang boleh menimbulkan kelucuan dan yang menggelikan hati akan menjadi bahan jenaka dan kebiasaannya merupakan sindiran kepada pihak tertentu. Contoh seperti di bawah; Cerita 10: Buluh “assalamualaikum ... ai tengok belakang rumah buluh banyak pakcik. Kami nak cantas sikit boleh dak? Nak kira lagu mana?” “wasalam. Hampa ni nak pacak bendera apa?” “Kami nak pacak bendera pas dengan keadilan” “Hah kelia ar mau lagu tu, hampa ambik semua takpa. Ambik-ambik. Pree. Pakcik ok ja. Kalau hampa nak pacak bendera kati pakcik caj sebatang rm20. Hihi” 70
Serumpun Wangian Ilmu Cerita 11: Temuduga Seorang pemimpin mahu memilih menteri kewangannya. Pemimpin berkenaan membuat iklan dalam pelbagai media mencari rakyat yang bijak dari segi ekonomi. Setelah disaring dan ditemuduga, tiga orang yang telah dianggap layak. Calon pertama ditemuduga dengan soalan berapakah jumlah satu campur satu. Dijawab calon pertama dengan cepat dua. Dipanggil calon kedua, soalan yang sama disoalkan. Jawab calon kedua, satu untuk tuan dan satu untuk saya. Calon ketiga juga diajukan soalan yang sama dan jawapan calon ketiga ialah berapa yang tuan suka, saya setuju belaka. Maka calon yang ketiga terpilih akhirnya. Jenaka Ramadhan Cerita 12: Pak Pandir dan Syaitan Di suatu petang yang cerah, Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan. “Ya tuan-tuan ... sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang,” kata ustaz itu. Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tu. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuooot memanjang. Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?” “Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka setan tu... terberak- berak makan julap ... puas ati aku. Cerita 13: Kisah Kuih Dalam bulan puasa ni macam-macam kuih ada jual… Kuih paling gangster - Lompat Tikam Kuih paling sexy- Puteri Mandi Kuih paling busuk - Taik Itik 71
Serumpun Wangian Ilmu Kuih bajet cute - Cek Mek Molek Kuih untuk awet muda - Seri Muka Kuih paling alim - Kuih Ketayap Kuih penyakit lelaki kronik - Batang Buruk Kuih suka pukul - Kuih Lompang Kuih dalam zoo - Badak berendam Kuih yang bangun sendiri- Kuih Bangkit Kuih orang tak mandi - Kuih Bau-lu Kuih paling tenteram - Kuih Makmu Kuih paling lembap - Kuih Siput Kuih paling ganas - kuih BoooMM..!! Kueh yang lama tertinggal orang tak makan - kueh abuk-abuk Kuih yang banyak buat dosa - kuih talam (dua muka) kuih yang sentiasa ayu - kuih putri ayu kuih ada lampu - kuih tepung pelita kuih bukan kuih - kuey teow kuih mekap tebal- tepung gomak kuih ala hispanis - kuih lopez kuih paling kaya - jala emas kuih paling jauh - kuih bulan kuih paling banyak - kuih muih Kuih confuse - quaker oat (kuih ke oat?) Haaa pilih nak kuih yang mana? Jenaka Umum Cerita 14: Ayam dan Kambing Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu. Ayam : Kambing, pekabo? Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni. Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko. Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap 72
Serumpun Wangian Ilmu kaki ayam, kan? Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya .... Kambing : Apsal pulak? Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR Nampak ... Cerita 15: Mangga Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga. Pembeli: Bang, berapa harga mangga sekilo? Peniaga: RM7! Pembeli: Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la! Peniaga: Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu! Pembeli: Kalau tak manis, macam mana bang? Peniaga: Kalau tak manis, tak payah bayar! Pembeli: Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo! Cerita Jenaka Masyarakat Melayu Tradisional Cerita jenaka masyarakat Melayu Tradisional sangat terkenal sejak dari dahulu lagi secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah sekarang. Cerita-cerita jenaka Melayu tradisional ini memberikan kesan ingatan yang lama kerana ceritanya agak sinonim dengan masyarakat Melayu dan tukang-tukang cerita pada zaman tersebut sangat komited apabila mempersembahkan cerita kepada orang-orang kampung. Pada zaman tersebut, orang kampung tidak akan ke mana-mana sebaik sahaja mereka habis bersawah ataupun berkebun. Mereka akan berkumpul di beranda ataupun di rumah penglipurlara untuk mendengar pelbagai cerita termasuklah juga cerita jenaka ini. Oleh itu, cerita ini amat popular dan menjadi ingatan serta ikutan kepada orang-orang kampung sehinggakan cerita ini dibukukan secara cetakan untuk mengelakkan daripada cerita jenaka tersebut hilang ditelah masa dan zaman. Cerita jenaka Melayu tradisional ini terbahagi kepada dua iaitu jenaka tempatan dan jenaka yang menerima pengaruh Hindu dan juga pengaruh Arab Parsi. 73
Serumpun Wangian Ilmu Cerita Jenaka Tempatan Cerita-cerita jenaka tempatan lebih berorientasikan soal-soal yang berkaitan dengan isu tempatan dari segi watak, latar, persoalan dan sebagainya. Contoh: Cerita Pak Pandir, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Kaduk, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai. Cerita Jenaka Pengaruh Asing/Luar Cerita jenaka pengaruh luar ialah cerita yang mendapat pengaruh luar terutama Hindu dan Islam (Arab Parsi) kerana masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh-pengaruh tersebut. Contoh: Cerita Mat Jenin (Hindu), Cerita Abu Nawas dan Cerita Musang Berjanggut (Islam). PENUTUP Jenaka sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu. Meskipun begitu masyarakat bukan Melayu juga mempunyai pelbagai jenaka dalam kehidupan mereka setiap hari. Cerita jenaka dalam masyarakat ini mempunyai pelbagai fungsi seperti mendidik masyarakat, menyindir, menghiburkan orang ramai, dan memberikan pelbagai kegunaan dalam masyarakat. Jenaka yang agak melampau seringkali menjadikan masyarakat mengingatinya sejak zaman berzaman. Meskipun begitu, cerita jenaka ini juga dijadikan bahan jenaka mengikut perkembangan semasa. Ada sebilangan besar masyarakat menggunakan jenaka untuk menyindir pemimpin yang memimpin mengikut kehendak semata-mata tanpa memikirkan kepentingan masyarakat. Ada juga jenaka yang menempelak agamawan yang pandai berkata-kata, namun hakikatnya diri sendiri tidak mempraktikkan ajaran agama yang sebenarnya. Begitulah peranan yang dimainkan oleh jenaka dan yang nyatanya kebanyakan jenaka akan memberikan hiburan secara tidak langsung kepada masyarakat. 74
Serumpun Wangian Ilmu RUJUKAN Ab. Aziz Yusof. (2008). Mengurus perubahan dalam organisasi. Arah Publication Shah Alam: Arah Publication. Abang Yusof Puteh. (2001). Malay humors. Kuching Sarawak: Shobra publication. Abdul Ghani Abdullah dan rakan-rakan. (2009). Mengurus tingkah laku Pelajar. Batu Caves Selangor: PTS Profesional. Shaiful Bahri Md Radzi. (2002). A classification of Malay humours tales. Indonesian and the Malay World. Syed Zulfilda, (1976). Wit dan humor dalam Sejarah Melayu. majalah Dewan Bahasa, April 1976. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. https://www.ceritalawak.com/2014/10/1027-sakit-kencing-manis.html https://bm.cari.com.my/misc.php?mod=mobile https://www.wattpad.com/amp/556430577 http://bla-blacorner.blogspot.com/2009/05/ http://maskulinpower.blogspot.com/2013/06/cerita-lawak-tok-batin-dan-motor.html https://kelakargila.blogspot.com/2012/09/orang-asli-dan-jam.html http://mei-chanhere.blogspot.com/2011/03/lawak-orang-asli.html http://flagfromeast.blogspot.com/2010/11/koleksi-lawak-kisah-pak-pandir.html https://roslindazaki.blogspot.com/2011/08/lawak-kuih-taken-from-hanieliezas-blog. html https://ikimpc.blogspot.com/2008/08/cerita-hehehehe_13.html 75
SUMBER YANG MEMBINCANGKAN LAMBANG KEBIJAKSANAAN ISLAM Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan (2013) Anjuran: IPG Kampus Pulau Pinang dengan kerjasama USM ABSTRAK Perbincangan secara kualitatif akan meneliti dan membincangkan sumber yang digunakan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu dan novel 1511 [Kombat] untuk mendedahkan produk-produk yang dihasilkan oleh orang Islam sebelum ini. Objektif perbincangan ini menceritakan bagaimana asal- usul kegemilangan dan produk-produk Islam yang dihasilkan oleh umat Islam sebelum ini namun tidak diiktiraf malahan telah ditenggelamkan faktanya. Dalam aspek berpakaian, muzik, seni sastera dan termasuklah dari aspek kepercayaan kepada Nabi Muhammad SAW, perbincangan ini menunjukkan bagaimana asal-usul yang bersumberkan Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974) dan lain-lain sumber membuktikan bagaimana kegemilangan Islam ini telah diterima di seluruh dunia namun tenggelam kerana pelbagai faktor. Cadangan perbincangan ini menunjukkan produk-produk yang dihasilkan oleh orang Islam yang terkenal sehingga kini bukan sahaja perlu diiktiraf oleh dunia malahan perlu dipatenkan supaya orang Barat tidak boleh mengaku produk tersebut adalah ciptaan dan milik mereka. Kata Kunci: Kualitatif, sumber, kegemilangan, paten. PENDAHULUAN Objektif perbincangan ini akan memperlihatkan pelbagai sumber yang digunakan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu untuk mengetengahkan pelbagai jenis produk Islam. Produk-produk ini telah berjaya mengetengahkan kecemerlangan hasil kerja umat Islam pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam. Permasalahan utama perbincangan ini membincangkan bagaimana hasil- hasil seni Islam telah dimanipulasi sehingga menenggelamkan hak-hak kepunyaan, keistimewaan, kelebihan dan pemilikan ekslusif orang Islam. Hak dan keistimewaan produk yang dihasilkan oleh orang Islam dikhuatiri tidak lagi diperakui oleh dunia. Metodologi perbincangan ini secara kualitatif terhadap bukti-bukti yang diambil dari sumber-sumber yang bersesuaian. Perbincangan ini juga turut membincangkan aspek kepercayaan dan akidah umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Aspek tersebut membincangkan bagaimana kewujudan Rasulullah SAW telah dinafikan oleh pihak-pihak yang berkuasa sedangkan realiti sejarah menunjukkan kebenaran nyata yang sebenar yang sukar 77
Serumpun Wangian Ilmu dinafikan oleh dunia. Perbincangan ini akan dimulakan untuk membincangkan bagaimana asal-usul yang dibincangkan dalam buku yang dijadikan sebagai sumber iaitu buku Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974). Buku ini dijadikan panduan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu untuk mereka menjelaskan kepada dunia bahawa beberapa produk Islam telah dimanipulasi dunia. Novel Manikam Kalbu ini mengisahkan dua zaman yang berbeza dan berlainan yang dihubungkan dengan cerita tentang kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Pengarang novel ini mencipta novel tersebut untuk memperlihatkan beberapa perkara termasuklah perihal makna dan falsafah Melayu yang terkandung dalam ciptaan setiap fesyen dan busana yang dicipta. Novel Manikam Kalbu ini mengisahkan bagaimana cerita daripada dua zaman yang berbeza dan sebahagian kandungan ceritanya merujuk peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Kesemua cerita ini dikaitkan dengan data atau fakta yang bersumberkan cerita Ziryab dalam Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974). Fakta ini dijadikan sebagai sumber utama untuk memberitahu orang ramai tentang falsafah dan budaya yang ada dalam pakaian orang Melayu. PERIHAL PEREKA FESYEN Dalam novel Manikam Kalbu ini, Ziryab sebagai watak utama dalam Manikam Kalbu adalah watak sebenar yang diambil daripada nama pereka Islam yang terkenal yang bernama Abul Hasan Ali ibnu Nafi yang lahir di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Berikut adalah keterangan yang menjelaskan bagaimana watak Abul Hasan Ali ibnu Nafi yang juga dikenali sebagai Ziryab sebenarnya timbul dalam Manikam Kalbu. Keterangan tentang Ziryab ini menceritakan perihal pereka fesyen yang terkenal yang merupakan orang Islam dan sangat disegani oleh masyarakat dan juga dalam kalangan orang istana. Dalam novel tersebut, watak tersebut timbul apabila Cikgu Natasya menceritakan perihal pereka fesyen terkenal yang lahir pada tahun 789 Hijrah. Berikut adalah kata-kata Cikgu Natasya: “Ziryab nama pereka fesyen terkenal Islam. Dia juga seorang ulama.” Ziryab itu nama sebenarnya Abul Hasan Ali ibnu Nafi. Dia lahir di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Beliau ahli muzik dan anak murid kepada ulama muzik terkenal, Ishak al-Mausili ketika era kehebatan dinasti Abbasiyah. Malah dia sangat masyhur di Andalusia dan dikatakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan fesyen musim dingin dan fesyen musim panas. Juga fesyen untuk musim gugur dan musim bunga. 78
Serumpun Wangian Ilmu Ziryab juga bertanggungjawab memperkenalkan seni dandanan rambut termasuklan barangan kecantikan seperti produk kosmetik, ubat gigi, dan deodoran ke Eropah. (Manikam Kalbu: 54-56) Kata-kata Cikgu Natasya ini adalah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang ketokohan dan kemasyhuran Ziryab. Kata-kata ini juga dapat memberi perangsang serta menasihati Ziryab agar beliau meneruskan niat dan bakatnya dalam rekaan busana Muslim. Kata-kata ini juga juga diucapkan kerana Ziryab agak ragu-ragu dengan kebolehannya dan khuatir dia tidak mampu untuk merealisasikan cita-cita dan niatnya dalam bidang rekaan busana muslim ini. Kata-kata nasihat daripada Cikgu Natasya ini memberi perangsang juga mengingatkan Ziryab untuk berdakwah melalui rekaan fesyen terkini. Penggunaan watak Ziryab dalam Manikam Kalbu yang berpandukan kepada watak sebenar semasa zaman Abbasiyah dan terkenal di Andalusia menunjukkan berlaku penjenamaan semula watak sebenar dari zaman tersebut ke dalam novel Manikam Kalbu. Menerusi pakaian juga akan menggambarkan kepatuhan syariah yang boleh membawa dakwah untuk kebaikan kepada umat Islam. Jika diteruskan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan semasa membolehkan setiap rekaan boleh diterima tanpa melanggar sebarang syariat dalam berpakaian. Sumber teks yang dirujuk untuk menggambarkan kelebihan dan ketokohan Ziryab pada zaman kerajaan Andalusia: But the most important émigré was Ali Ibn Nafi, known as Ziryab (789 – 857). He was probably a client (mawla) who was brought up and educated in Baghdad. According to Ibn Rabbihi, he was a black slave of the famous musician Ibrahim al-Mawsili, the leading musician of the day who trained him in the arts of music and singing. He was so gifted that his special talents attracted the attention of the Caliph Harun al-Rasjid… (Anwar G. Chejne, 1974: 372). Sumber yang dipetik ini menjelaskan dan mendedahkan ketokohan Ziryab. Cikgu Natasya menonjolkan ketokohan Ziryab untuk membincangkan isu berkaitan busana Muslim dalam novel ini. Ketokohan Ziryab di zaman Abbasiyah ini telah dijadikan panduan kepada pengarangnya iaitu Faisal Tehrani untuk menamakan watak Ziryab dalam novel Manikam Kalbu. Ketokohan dan kepakaran Ziryab ini ditafsirkan kepada seorang watak remaja yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang jahitan busana muslim. Kebolehan Ziryab dalam novel ini adalah menunjukkan kepakaran secara warisan yang diperoleh daripada neneknya bernama Zainon Abdullah yang pernah menjadi tukang busana istana Maziah, Istana Bukit Chandan dan Istana Bukit Serene (Manikam Kalbu: 350). 79
Serumpun Wangian Ilmu Dalam novel tersebut, Ziryab diberikan peranan yang lebih besar untuk menyesuaikan busana Melayu dengan keperluan semua zaman yang tidak menyalahi etika dan hukum untuk orang Islam dan masih bersandarkan syariah Islam. Beliau telah mencipta busana berasaskan baju kurung untuk orang perempuan dan baju Melayu untuk orang lelaki yang boleh digunakan dan bersesuaian untuk semua majlis. Perbincangan busana ini adalah untuk menyampaikan dakwah menerusi berpakaian dan mengikut syariat yang ditentukan oleh agama. Kehadiran watak Ziryab dalam Manikam Kalbu ini diadakan oleh pengarang untuk memperkukuhkan konsep dakwah dalam mengajak manusia melakukan islah (nilai pembaikan) melalui etika berpakaian yang betul. Nilai pembaikan melalui tingkah laku dapat mempamerkan kebaikan dari segi sikap ke arah pegangan hidup yang lebih baik (Kamariah Kamarudin, 2006: 246). Sikap dan peribadi yang mulia mencerminkan keindahan dan kebaikan agama Islam itu sendiri. Hal tersebut juga menjelaskan pengarang secara tidak langsung bertindak sebagai pendakwah dalam memahamkan khalayak pembaca melalui corak berpakaian untuk menutup aurat. Ini juga adalah peringatan jihad kepada umat Islam agar berpakaian mengikut syarak dan tidak menyalahi kehendak agama Islam yang menjadi tuntutan dan kewajipan kepada semua umat Islam. Di samping memakai baju mengikut trend terkini untuk kecantikan, hal ini juga menjelaskan bagaimana keindahan membawa kebaikan dan kebaikan tidak bermakna sekiranya tidak memancarkan keindahan (Hashim Awang, Dewan Sastera, Februari 1994: 14). Keindahan berpakaian dengan cara menutup aurat ini turut menterjemahkan orang Islam turut menyahut pembaharuan fesyen terkini tanpa menyalahi hukum dan syariat beragama. Interpretasi di sebalik peristiwa tersebut menjelaskan lagi yang orang Islam boleh berpakaian dengan mengikuti peredaran masa asalkan tidak melanggar hukum. Hal tersebut menunjukkan orang Islam juga tidak ketinggalan dalam arus kemodenan berpakaian. Orang Islam juga boleh menerima perkembangan gaya berpakaian terkini tanpa melanggar syariat berpakaian dalam agama. Kesannya, orang Islam sentiasa menerima perubahan tanpa ada sebarang percanggahan dengan syariat. Di samping mendedahkan Ziryab sebagai pereka busana Islam, sumber ini juga menjelaskan beliau merupakan seorang yang terkenal dalam bidang muzik dan nyanyian kerana beliau telah diajar untuk bermain alat muzik dan menyanyi dengan baik oleh Ibrahim al-Mawsili. Beliau belajar dengan serius sehingga terkenal sebagai seorang pemuzik dan penyanyi di negara tersebut. Oleh itu, pemimpin pada masa itu Khalifah Harun al-Rasyid telah mengundang beliau untuk membuat persembahan di hadapannya (Anwar G.Chejne, 1974: 372). Kebolehan Ziryab tersebut menyebabkan pemerintah Abd. Al-Rahman II mengurniakan pendapatan yang lumayan kepadanya iaitu gaji berjumlah 200 dinar setiap bulan. Di samping itu juga, Ziryab dibayar 20 dinar lagi bari setiap bayaran perkhidmatan kepada anak 80
Serumpun Wangian Ilmu lelakinya dan bonus tahunan 3000 dinar. Bayaran khas lain untuk persembahan festival pula diberikan sebanyak 500–1000 dinar (Ibid: 372). Kebolehan dan rasa tanggungjawabnya membolehkan beliau dikenali dan dikagumi oleh pemerintah dan juga pihak istana. Pendedahan kepakaran yang terserlah yang dimiliki oleh Ziryab dalam bidang nyanyian ini juga turut menceritakan sumber untuk produk Islam yang lain. Sumber ini menjadikan kreativiti yang dimiliki oleh watak-watak yang dikenal pasti membolehkan produk-produk Islam dikenali di serata dunia. Sumber yang telah diketengahkan oleh pengarang ini juga turut memperkenalkan orang yang bertanggungjawab dan arif dalam memperkenalkan produk seperti minyak wangi, deodoran, dan kosmetik serta mengetengahkan seni dan kaedah dandanan rambut. Berikut adalah petikan yang membuktikan hal tersebut: Ziryab became the boon-companion of his patron, and introduced new fashions in hair styles, culinary arts, table etiquette, and dresses for every season and occasion (Anwar G. Chejne, 1974: 372) Bukan itu sahaja, Ziryab juga dikatakan sebagai seorang yang arif dan bertanggungjawab dalam mereka baju dan fesyen untuk kegunaan empat musim iaitu musim dingin, musim panas, musim bunga, dan musim gugur (Ibid). Pakaian empat musim ini seolah-olah tidak diketahui lagi tuannya sehingga kini kerana rekaan tersebut tidak diberi hak milik sepenuhnya. Rekaan ini lama kelamaan hilang begitu sahaja dan tidak disebut hak sesiapa sehinggalah sekarang. Tambahan pula rekaan tersebut boleh diubah suai mengikut citarasa dan kesukaan perekanya. Rekaan itu juga direka mengikut arus perkembangan zaman dan sesuai dengan kehendak pelanggan semasa. Itulah yang menjadikan rekaan Ziryab ini tidak lagi diperkatakan dan sehingga kini masyarakat dunia tidak mengetahui asal-usul pereka baju untuk kegunaan empat musim ini. Meskipun Ziryab mempunyai banyak kelebihan, kepakaran, dan bakat semula jadi sehingga menjadikan beliau terkenal di seluruh Andalusia, beliau juga turut terkenal dalam bidang muzik dan nyanyian. Ziryab dikatakan dapat menghafal 1000 lagu dalam ingatannya dan berjaya mencipta pelbagai jenis lagu. Beliau juga turut mengajar pelajar dan memperkenalkan tiga tahap kurikulum dalam muzik iaitu belajar irama muzik, menguasai melodi, dan memperkenalkan maknanya (Ibid: 373). Sumbangan Ziryab dalam bidang ini membolehkan kerajaan Andalusia memberikan perhatian lebih kepada bidang muzik sehingga melahirkan penulis- penulis buku dalam bidang muzik, antaranya Ibn. Abd Rabbihi dan Yahya al-Khudujji yang masing-masing menulis buku bertajuk ‘a collection of song’ dan ‘a book of song’ (Ibid: 373). 81
Serumpun Wangian Ilmu Kelebihan Ziryab ini tidak diperakui dan perlahan-lahan dilupakan oleh masyarakat meskipun kepakaran yang dimiliki oleh Ziryab ini menunjukkan kelebihan yang ada pada orang Islam pada zaman pemerintahan Abbasiyah. Kelebihan ini telah memberikan laluan kepada orang lain terutama bagi masyarakat yang melihat dari aspek kepentingan ekonomi dan politik kepada negara mereka. Kelebihan ini turut dimanipulasi untuk kepentingan individu dan juga kepentingan negara amnya yang sukar dikesan pemilikan asal kerana tiada hak milik sebenar dan disahkan oleh mana-mana pihak yang berwajib. Sumber yang digunakan ini juga secara tidak langsung mendedahkan bagaimana produk-produk Islam disalahgunakan untuk kepentingan mereka. Hal ini terjadi kerana umat Islam sendiri tidak menggerakkan kekayaan asal dan kemahiran yang dimiliki. Sedangkan menghasilkan produk keluaran Muslim yang berkualiti merupakan suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. (Mohd Asri Zainul Abidin, 2008:201) Jelasnya, novel Manikam Kalbu ini berjaya merungkai kepakaran dan bakat yang dimiliki oleh Ziryab dan mengetengahkan produk-produk Islam. Hal ini juga dapat menyerlahkan kebijaksanaan dan kepakaran tokoh Islam yang dapat mengharumkan negara dan sekaligus mengharumkan agama Islam itu sendiri. Disebabkan kelebihan yang dimiliki oleh tokoh ini membolehkan Faisal Tehrani sebagai pengarang menggunakan nama tersebut untuk digunakan kembali sebagai watak penting dalam novel ini. Bukan itu sahaja, kearifan, ketokohan dan bakat semulajadi yang ada pada Ziryab menjadi ilham dan idea kepada pengarang untuk meneruskan cerita dalam novel Manikam Kalbu dalam mengetengahkan produk-produk Islam dan memperkatakan persoalan mencipta dan mereka busana berasaskan syariat berpakaian dalam Islam. Daya kreativiti yang tinggi dan proses kepengarangan dengan merujuk sumber daripada buku Muslim Spain Its History and Culture oleh Anwar G.Chejne ini berjaya merungkai kearifan orang Islam dalam bidang rekaan baju sehingga membolehkan pengarang mencipta novel dalam usaha untuk mengetengahkan busana Muslim untuk kegunaan orang Islam. Secara tidak langsung, sumber ini berjaya merungkai dan mengenal pasti hasil kerja orang Islam namun kerana faktor-faktor tertentu telah melenyapkan hak milik eksklusif orang Islam. Rujukan sumber itu juga penting untuk meyakinkan rakyat agar tidak menyalahtafsirkan konsep pemakaian Islam dengan tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa. Islam tidak pernah menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam atau menyebabkan orang salah faham terhadap Islam (Mohd Asri Zainul Abidin, 2008: 92). Fesyen pakaian yang tidak melanggar syariat dan nilai kesopanan bangsa adalah dibolehkan dan diharuskan yang melambangkan juga ketinggian budaya berpakaian 82
Serumpun Wangian Ilmu dalam Islam. Hal tersebut juga membolehkan orang bukan Islam melihat Islam ini mudah diamalkan dan tidak terlalu mengongkong umatnya dalam aspek berpakaian dan juga hal-hal kehidupan yang lain. Konsep pemakaian Islam ini dapat dijelaskan kepada dunia tentang kelebihan dan falsafah yang terkandung di sebalik pakaian tersebut. Di samping dapat mengkomersialkan inovasi penciptaan baju kurung dan baju Melayu ke peringkat dunia, penjelasan berbentuk peringatan juga dapat memperjelaskan konsep pemakaian Islam agar tidak disalahtafsirkan oleh orang bukan Islam. Hal itu penting kerana ada dalam kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami konsep berpakaian bagi orang Islam. Kemenangan Manikam Kalbu dalam pertandingan mencipta inovasi baju Melayu dan baju kurung itu juga turut mendedahkan falsafah di sebalik rekaan tersebut. Falsafah rekaan baju kurung itu dalam Manikam Kalbu menyatakan bahawa baju kurung yang boleh dipakai oleh orang lelaki ataupun orang perempuan menunjukkan busana tersebut dikurung oleh syarak bukan hanya sekadar untuk dipakai semata- mata. Baju kurung juga dimanifestasikan sebagai dikurung oleh adat dan pemakainya terhindar daripada sifat-sifat yang keji. Oleh yang demikian, pemakaiannya bukan sekadar memakai untuk keselesaan dan untuk kecantikan. Kata-kata Manikam Kalbu memperlihatkan kebaikan daripada berpakaian dan falsafah rekaan baju tersebut terserlah daripada petikan ini: “Adapun kurung itu bermakna dikurung adat … Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong.” (Manikam Kalbu: 127) Falsafah penciptaan baju kurung yang berbutang lima itu pula merujuk kepada rukun Islam yang menjadi pegangan akidah umat Islam. Manakala butang yang satu melambangkan akidah orang Islam dengan mengesakan Allah yang satu. Berikut adalah keterangan yang menceritakan tentang hal tersebut: “Ampun tuanku, beribu ampun. Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat lima waktu, justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah ketiganya itu mengingatkan kepada puasa Ramadan dan yang keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik haji.” 83
Serumpun Wangian Ilmu “Teruskan! Teruskan!” “Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu. …” (Manikam Kalbu: 127) Penjelasan yang diberikan oleh Manikam Kalbu amat menarik perhatian Sultan sehingga kemenangan berpihak kepada beliau apabila pertandingan busana diadakan di istana. Baginda Sultan amat kagum dengan ilmu dan kepetahan anak muda tersebut sehinggakan beliau tidak sedikitpun terpengaruh dengan puterinya untuk tidak memberi kemenangan kepada Manikam Kalbu. Kemenangan yang diperoleh Manikam Kalbu menyebabkan Sultan sangat gembira sehingga Baginda membawa Manikam Kalbu belayar ke negeri China. Kebijaksanaan mereka busana menyerlahkan kebolehan dan bakat semulajadi yang dimiliki oleh Manikam Kalbu. Manikam Kalbu sangat teruja dan gembira kerana kreativiti jahitan baju kurung rekaannya diiktiraf oleh Sultan. Beliau juga turut ditawarkan untuk mempelajari ilmu dengan lebih lanjut di Negeri China. Tawaran ini amat menggembirakan Manikam Kalbu dan beliau berazam untuk mempelajari ilmu berbusana dengan lebih baik lagi. Sumber: Teks Bible dalam 1511H [Kombat] Sumber daripada Bible dalam 1511H [Kombat] ini dikenal pasti ketika doktor yang beragama Islam yang bernama Abdul Kader Aras bertelingkah dengan pesakitnya yang mengalami halusinasi hypnogogic ketika tidur dan apabila terjaga dia dijangkiti pula hypnopompic yang menyebabkan perasaan kadang-kadang gembira dan kadang-kadang bersedih. Hypnogogic dan hypnopompic bermaksud halusinasi dalam keadaan terjaga. Dalam website http://www.stanford.edu/~dement/paralysis. html ini juga bermaksud Sleep paralysis consists of a period of inability to perform voluntary movements either at sleep onset (called hypnogogic or predormital form) or upon awakening (called hypnopompic or postdormtal form). Pesakit tersebut berazam bersungguh-sungguh untuk menghancurkan Islam dan menghapuskan umat Nabi Muhammad SAW dengan cuba menghalau orang- orang Islam di Amerika. Niat dan hajatnya ini tidak kesampaian kerana kumpulan askarnya mengalami kekalahan dan niat jahat itu ditentang habis-habisan oleh doktor yang merawatnya. Penentangan doktor tersebut dengan membawa hujah yang terkandung dalam Bible tentang kewujudan Nabi Muhammad SAW dan sekaligus meminta pesakitnya itu membaca Gospel St. John ayat 7 bab 16 tentang Paracletos dan bab John ayat 26. Berikut adalah petikan tersebut yang menjelaskan kewujudan Nabi Muhammad SAW dalam Bible yang menjadi kitab orang Kristian: And I will ask the father, and he shall give you another Paracletos, that he may stay with you forever (1511 H [Kombat]: 29). 84
Serumpun Wangian Ilmu Faisal Tehrani telah memetik sumber rujukan dia atas daripada kitab Bible yang bertajuk Prophecies for Muhammad in the Bible yang telah dikemaskini pada 16 Januari tahun 2000. Rujukan artikel bertajuk Moses and Isaiah Prophesied the Coming of Jesus dalam mostmerciful.com Petikan ini turut membincangkan Jesus, Luke, dan al-Quran yang telah diturunkan untuk keturunan Nabi Muhammad SAW. Kitab tersebut daripada Injil versi The Revised Version of the Bible terbitan British and Foreign Bible Society. Petikan asal daripada Bible tersebut seperti berikut: “And I will pray the Father, and He will give you another Paraclete, that he may abide with you into the age.” (John 14: 16) Petikan daripada Bible di atas menjelaskan tentang paraclete adalah panggilan kepada Spirit of truth dan bukannya Holy Spirit dan maksud kedua-dua frasa ini adalah berbeza. Merujuk Hipogram, berlakunya ubahsuai daripada teks yang dirujuk yang melibatkan dialog dan dapat dikesan dengan jelas untuk mengetahui latar belakang teks yang sebelumnya. Daripada petikan yang dirujuk oleh pengarang tersebut, telah berlaku pertukaran beberapa perkataan daripada teks yang asal untuk memantapkan proses penceritaan selanjutnya. Perkara ini diperhatikan dalam petikan yang pertama perkataan pray ditukarkan kepada ask, will ditukarkan kepada shall, abide ditukarkan kepada stay dan with you into the age ditukarkan kepada with you into the age forever. Sebahagian daripada perkataan yang ditukarkan oleh pengarang daripada proses modifikasi tersebut menegaskan lagi bahawa orang yang dimaksudkan dalam kitab Bible tersebut ialah nabi Muhammad SAW bukannya Paracletos yang dipercayai sebagai holly spirit oleh Kristian. Holy Spirit bermaksud The third person of the Trinity; God as Spiritually active in the world–in Christinity (Ibid: 681). Paracletos dalam bahasa Greek yang menyamai Paraclete bermaksud The Holy Spirit as advocate or Counselor (Concise Oxford English Dictionary, 2004: 1037) Malahan, menurut doktor berkenaan yang telah menuturkan Bible tersebut, Paracletos berasal daripada kalimat Yunani Kuno yang merupakan bahasa asal Gospel St. John yang membawa maksud “yang terpuji” daripada suku kata “peri” dan “celotis”. Doktor tersebut menegaskan bahawa Paracletos orang yang dimaksudkan dalam kitab tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad SAW. Perkataan paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani klasik dan perkataan dan perkataan yang lebih tepat adalah periclytos. Kalimat ini berasal daripada suku kata ‘peri’ dan ‘cleotis’. Apabila kalimat ini dicantumkan ianya membawa maksud yang terpuji (Danial Zainal Abidin, 2008: 278). Kepercayaan orang Kristian terhadap Paracletos sebenarnya ialah Nabi Isa ternyata tidak tepat 85
Serumpun Wangian Ilmu kerana terdapat beberapa pendapat daripada Bible sendiri yang menunjukkan percanggahan tentang hal tersebut (ibid: 278). Oleh itu, pengkaji mendapat sumber daripada Bible ini diambil oleh Faisal Tehrani dan dibuat pengubahsuaian untuk mendedahkan kebenaran tentang Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Terakhir dan bukannya Nabi Isa yang menjadi kepercayaan penganut agama Kristian. Pengubahsuaian kehadiran Nabi Muhammad SAW dalam kitab Bible dapat dikenal pasti dengan menyalin semula petikan asal daripada kitab tersebut. Pengarang menggugurkan beberapa perkataan dan menukarkannya dengan perkataan yang bersesuaian. Meskipun berlakunya pengubahsuaian tersebut, namun Faisal Tehrani masih lagi memberi tumpuan dan perhatian kepada peristiwa dan cerita sejarah tentang kewujudan Nabi Muhammad SAW dalam perspektif berbeza berasaskan sejarah asal. Kajian autonomi sejarah dalam sastera boleh menimbulkan perspektif yang baru sebagai pertimbangan terhadap pembacaan unsur-unsur sejarah untuk tujuan penulisan (Kristeva 1977: 36). Elemen agama yang diubahsuai oleh pengarang menjelaskan tentang perbincangan Nabi Muhammad SAW dalam kitab Bible. Malahan, Nabi Muhammad SAW turut disebut di dalam kitab Taurat dan Kitab Injil yang disampaikan melalui Nabi Musa dan Nabi Isa seperti yang dibuktikan dalam surah al-Maidah, ayat 66 dan surah as-Saff, ayat 6 (Johari Yaman, 2008: 68-73). Petikan daripada Al-Quran surah al-Maidah, ayat 66 yang berbunyi: “Dan kalau mereka bersungguh menegakkan (menjalankan perintah Allah) dalam Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (al-Quran) nescaya mereka akan makan rezeki (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah mereka (bumi).” Manakala surah as-Saff, ayat 6 pula berbunyi: “Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibn Maryam berkata: “Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad.” Proses pengubahsuaian itu dapat diinterpretasikan bahawa cerita yang dibawa oleh pengarang menunjukkan orang Kristian tidak meneliti asal-usul Paracletos yang terdapat dalam kitab mereka. Kepercayaan mereka selama ini Paracletos ialah al-Masih yang membawa kebenaran kepada agama Kristian ialah Nabi Isa. Sedangkan di sebaliknya asal perkataan Paracletos daripada kalimat Yunani bermaksud yang terpuji adalah merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Dakwah 86
Serumpun Wangian Ilmu yang jelas menunjukkan pengarang turut menggunakan Kitab Injil dan Bible untuk membincangkan Nabi Muhammad dalam novel 1511H [Kombat] secara ringkas untuk menegaskan kewujudan Nabi Muhammad SAW. Dalam peristiwa yang sama yang telah berlaku pengubahsuaian, perbincangan kewujudan Nabi Muhammad SAW turut dirujuk daripada Kitab Injil. Hal ini dilakukan oleh pengarang kerana tertarik dengan fikiran-fikiran luar yang kemudiannya diambil untuk ditulis dalam karya (Mana Sikana, 1998: 78). Hal tersebut dapat dilihat apabila doktor Islam yang merawat orang kafir tadi menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW memang ada dibincangkan dalam kitab Injil. Namun, perkara tersebut telah dimanipulasi sehingga menafikan hal yang sebenarnya. Pengakuan ini dinafikan oleh pesakitnya dan beliau tidak mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW terdapat dalam kitab Injil. Penafian ini dijelaskan oleh Doktor Abdul Kader Aras dengan keras untuk menegah pesakitnya daripada terus mengeluarkan hujah tanpa bukti yang jelas. Berikut adalah petikan tersebut: Doktor berkata bahawa Muhammad ada dalam Injil. Doktor muda berhujah bahawa Nabi Muhammad S.A.W memang ada dalam injil, tetapi fakta ini digelapkan. (1511 H [Kombat]: 26) Hujah ini dipetik daripada sumber sebenar yang ditulis oleh Ustaz Johari Yaman bertajuk Mengenali Rasulullah (2008: 73) dan sumber daripada buku Kitab Sirah Rasulullah SAW tulisan Syeikh Muhammad al-Khudhari Bik dan diterjemahkan oleh Ust. Hj. Mohd Asri Hj. Hashim (2009: 51). Berikut adalah wacana yang dipetik daripada kedua-dua buku tersebut: Kitab Injil Barnaba telah menyebut nama Muhammad secara jelas. Kitab ini baru saja ditemui tetapi ia disembunyikan oleh tangan-tangan yang jahil. Cerita dari sumber tersebut memberitahu tentang Nabi Isa yang menjelaskan kepada kaumnya tentang kehadiran Muhammad atau dikenali juga dengan nama Ahmad. Dalam sumber itu juga dibincangkan sifat-sifat Muhammad yang akan membawa kebenaran kepada dunia. Nabi Isa sendiri amat meyakini akan kehadiran Nabi Muhammad SAW. Novel 1511H [Kombat] ini juga turut menceritakan hal yang sama tentang kebenaran kewujudan Nabi Muhammad SAW. Kedua-dua wacana yang dipetik ini menunjukkan berlakunya pengubahsuaian sumber terhadap fakta yang telah dilakukan oleh pengarang untuk menegaskan bahawa nama Nabi Muhammad SAW memang jelas terkandung dan dibincangkan dalam kitab Injil walaupun tidak diakui oleh orang kafir. Nabi Isa yang dikatakan “Tuhan” juga oleh penganut agama Kristian turut mengakui kehadiran Nabi Muhammad SAW. Maka, sepatutnya pengakuan Nabi Isa 87
Serumpun Wangian Ilmu tersebut turut diperakui oleh pengikut-pengikut Nabi Isa yang lain yang menganut agama Kristian. Namun, hal itu tidak berlaku kerana agama Kristian tetap tidak mahu mengakui wujudnya Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir seperti yang diakui oleh pesakit tersebut kepada doktor yang merawatnya. Ketidakakuan itu berlaku kerana mereka berpegang kepada Nabi Isa yang dikatakan pernah dianiaya dan dibunuh oleh musuh-musuhnya. Penggunaan kitab Injil (Bible) yang dirujuk dalam sumber tersebut oleh Faisal Tehrani untuk disesuaikan dalam karya menunjukkan proses pindaan dalam karya untuk menegaskan kewujudan Nabi Muhammad SAW. Faisal Tehrani turut memasuki gereja ketika berada di Jerman pada tahun 2006 sewaktu perayaan Krismas untuk memperlihatkan perkaitan rujukan sumber tersebut. Beliau melihat sendiri bagaimana perjalanan upacara keagamaan masyarakat Kristian di sana untuk memperlihatkan perkaitan dan simbolisme upacara penyembahan terhadap Nabi Isa. Asas ini turut dijadikan sumber untuk memindahkan Bible tersebut dalam karya dengan membuat sedikit pengubahsuaian. Menurut Faisal Tehrani yang diwawancara pada 9 Mac 2011 pada jam 3.00 petang di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, pemerhatian ini juga digunakan untuk menyiapkan novel Tuhan Manusia dalam isu pluralisme beragama. Pengubahsuaian ini dilakukan untuk memberi kekuatan perjalanan plot yang dibina untuk melengkapkan proses kreatifnya. Interpretasi peristiwa tersebut menjadi fakta yang digunakan oleh pengarang dalam karya adalah perkara yang sebenar dan bukannya rekaan magis pemikirannya. Hal tersebut terbukti melalui kewujudan Nabi Muhammad SAW yang turut diakui dalam kitab Injil dan Bible. Faisal Tehrani menggunakan sumber sebenarnya untuk berdakwah berasaskan kebenaran agar pembaca memperakui kebenaran serta kemurnian Islam (Hashim Awang, Dewan Sastera, 1993: 74). Sumber yang sebenar ini penting untuk meyakinkan khalayak terutama bagi masyarakat bukan Islam yang sentiasa menolak kehadiran Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah. Cerita tersebut ditimbulkan pengarang untuk tidak mendatangkan keraguan dalam sejarah Islam supaya barat tidak menukarkan fakta sebenarnya sebagai usaha serangan pemikiran untuk mencemarkan kebenaran tentang kewujudan Rasulullah sekaligus mencemarkan gambaran peribadi Rasulullah, sejarah Islam dan sistem hidup dan warisan Islam (Osman Hj. Khalid, 2002: 31). Inilah dakwah yang cuba disampaikan oleh Faisal Tehrani kepada khalayaknya. Teknik penulisan sedemikian membuktikan bahawa kebenaran dan kebijaksanaan Islam sekaligus menyangkal hujah-hujah yang dikemukakan oleh Barat tentang Nabi Muhammad SAW. 88
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184