Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore P2_1

P2_1

Published by tuantulis10, 2020-01-19 07:42:37

Description: P2_1

Search

Read the Text Version

SULIT* PP 2 MODEL 1

SULIT* 2 Bahagian A [50 markah] Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Terangkan maksud kemahiran teknikal dan berikan satu contoh yang berkaitan dengan pengurusan sebuah kilang perabot. [4] Menentukan matlamat dan Menganalisis persekitaran objektif perniagaan ZY X Gambar rajah proses perancangan (b) Berdasarkan gambar rajah di atas, nyatakan langkah X, Y, Z dan huraikan setiap langkah tersebut. [6] (c) Huraikan amalan gaya kepimpinan yang sesuai bagi pengurus syarikat swasta berdasarkan pekerja bercirikan Teori X dan Teori Y. [6] (d) Nyatakan langkah proses kawalan. [4] (e) Huraikan tiga bentuk remedi mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan). [6] (f) Berikan empat elemen kontrak dalam Akta Jualan Barangan 1957 (termasuk pindaan). [4] Pengurus Pemasaran Syarikat Sinar Bintang iaitu Encik Kamal- Ludin Satar sedang memberi taklimat kepada 10 orang jurujual tentang strategi pemasaran dengan menggunakan Internet. Beliau telah membawa contoh kejayaan syarikat pesaing yang telah berjaya dalam perniagaan menggunakan strategi tersebut. Semasa memberi taklimat, beliau menjawab semua persoalan yang diajukan oleh segelintir jurujual. . (g) Berdasarkan petikan di atas, jelaskan tiga langkah pertama dalam proses komunikasi yang berlaku semasa taklimat tersebut. [6] (h) Jelaskan kepentingan elemen masa dan elemen etika semasa perundingan antara pengurus pemasaran dengan pihak bank. [4]

SULIT* 3 Encik Muhamad Rahman pengusaha golf di Johor Bahru. Setelah kegawatan ekonomi, perniagaannya merosot dan beliau mendapati modalnya tidak mencukupi untuk menyelenggara tempat dan bangunan perniagaannya. Pekerja asing telah ditamatkan perkhidmatan kerana tidak mampu membayar gaji, tambahan pula pekerja malas menjalankan tanggungjawab. (i) Berdasarkan situasi di atas, lakarkan gambar rajah analisis tulang ikan [6] yang sesuai. (j) Berikan empat faktor situasi pembuatan keputusan. [4] Bahagian B [50 markah] Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya. Voice Berhad 2 Voice Berhad merupakan salah sebuah syarikat peneraju utama industri komunikasi negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 12 Januari 1986, telah berjaya dalam dunia perniagaan telekomunikasi sehingga ke peringkat antarabangsa. Visi Voice Berhad ialah “Menjadi sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia” manakala misi Voice Berhad ialah “Memberi perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan”. Sementara objektif ialah “Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang dinamik dan bergerak di atas landasan menjana keuntungan maksimum untuk pemegang saham”. Program pembangunan sumber manusia menjadi penekanan khusus kepada Voice Berhad kerana hampir semua institut latihan diusahakan Voice Berhad dengan kerjasama institut pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa. Seramai 40,000 orang pekerja dirancang melalui program latihan dan kemahiran secara teratur berdasarkan tiga kategori pekerja iaitu pekerja mahir, pekerja separuh mahir dan pekerja tidak mahir. Pihak pengurusan Voice Berhad kerap menganjurkan majlis makan malam bagi mengenangkan jasa pekerja dan menyebar luaskan visi, misi dan objektif Voice Berhad melalui hari keluarga, karnival sukan kebangsaan, bengkel dan seminar. Voice Berhad secara tekal akan memilih pemimpin berteraskan konsep peserta aktif dan pemangkin supaya dapat melahirkan pemimpin yang dinamik, progresif dan berpandangan jauh. Pengurusan atasan Voice Berhad memberi kuasa penuh kepada setiap pengurus membuat keputusan melalui cadangan menggunakan penjabatan berasaskan geografi atau fungsian. Selain itu, Voice Berhad telah melabur jutaan ringgit dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan bertujuan menyumbangkan kepada pengukuhan kedudukan dalam pasaran dan industri.

SULIT* 4 Pengamalan budaya kerja yang berteraskan nilai-nilai murni seperti kewibawaan, kepantasan, komitmen dan keprihatinan telah dititikberatkan. Voice Berhad mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja kerana mampu menyumbangkan kepada keuntungan, pulangan atas pelaburan dan kecemerlangan. Voice Berhad juga mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh ekoran daripada keuntungan operasi, langkah penjimatan, pelaburan jangka pendek dan penjualan aset yang tidak penting. Pendapatan syarikat telah meningkat diikuti dengan peningkatan keuntungan bersih dapat meningkatkan pulangan kepada pemegang saham. Perkembangan industri teknologi komunikasi menyebabkan berlakunya perkembangan dalam ekonomi negara termasuklah meluaskan perkhidmatan komunikasi di kawasan luar bandar. Pihak kerajaan terus menyokong dengan mewujudkan Dasar Telekomunikasi Negara pada tahun 1994, kesannya telah berjaya memastikan kemudahan telekomunikasi terus dipertingkatkan. Kewujudan persaingan baharu dan sengit dalam industri telekomunikasi menyebabkan wujudnya strategi produk yang murah. Peningkatan jumlah penduduk Malaysia menjadi pemangkin perniagaan yang sihat dan celik teknologi maklumat. Seiring dengan dasar kerajaan pro liberalisasi ekonomi terhadap 27 sub sektor berkaitan perkhidmatan telah mewujudkan persekitaran mesra perniagaan walaupun telah berlaku kemelesetan ekonomi. Pihak kerajaan turut memberi peruntukan besar melalui Rancangan Malaysia Ke-9 dan Rancangan Malaysia Ke-10 dalam usaha membangunkan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di luar bandar. (Disesuaikan daripada Pengurusan Strategik Konsep dan Kes, Petaling Jaya: Pearson Malaysia 2011) Berdasarkan kes di atas, dengan menggunakan analisis Strength, Weaknesses, Opportunities, Threats (SWOT), jelaskan aplikasi analisis Strength dan Opportunities bagi Voice Berhad dalam membantu kejayaan dalam perniagaan telekomunikasi. [34] 3 Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 3(a) ATAU soalan 3(b) (a) Jelaskan proses pembuatan keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada penggunaan Teknik Delphi. [16] ATAU (b) Jelaskan jenis komunikasi lisan yang boleh digunakan dalam media komunikasi internet terkini. [16]

SULIT* 5


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook