Title: BalleTella (The Covenant) By: Fariehin Mohd Zin ONESHOOT FANFICTION Author’s note: This story is purely mine. Included a little bit adult and harmful scene. Don’t copy and paste without permission. All cast are not related to anybody whether it’s alive or dead. Warning! This story rather packs of conflicts. Hope to read it carefully and slowly so that it can be understood well. HAPPY READING! . . . (PROLOGUE) ekelibat bayang hitam terus mengejar sasaran. Menargetkan sosok wanita lingkungan awal 50-an yang menjerit-jerit demi huluran bantuan. Malang baginya, atmosfera mencengkam ditemani kelamnya kawasan hutan belantara itu amatlah jauh dari jangkaun manusia. Percuma dia terpekik lolong. Sensori adrenaline berpacu menerjang irama degup jantung. Konteks amaran menandakan dirinya dalam keadaan bahaya. Sambil berlari, otak si wanita terfikir adakah nasibnya akan sama seperti sang anak? Anaknya. Mangsa kambing hitam akan kerakusan prinsip diri untuk hidup serba mewah sudah menemui ajalnya beberapa waktu yang lalu. Menyesal sentiasa datang di belakang tatkala jelmaan penuh anasir negatif tersebut berjaya menggapai tubuh bergetar sang wanita. 1
GREP Belum sempat berkata apa, kuku panjang nan tajam milik makhluk ganas dengan wujud ngeri tersebut mencantas kepala bekas hamba abdi derhakanya itu. SREK BYUR Darah memancur deras. Mengenai wajah hodoh yang bola matanya hampir terkeluar dengan tulang pipi menonjol di sisi. Mulutnya terbuka. Lebih kepada menyeringai seram sebelum memakan organ paling atas hasil penggalan tadi. Hilai tawa berlegar merajai gema sekitar. Impaknya sampai menerbangkan burung-burung gagak yang awalnya ingin mencicipi bangkai manusia baru mati itu namun berubah kerana turut terintimidasi akan kekejaman sang pemutus nyawa. Hutan gelap dengan jajaran pohon meninggi tersebut menjadi saksi pembunuhan ngeri melibatkan makhluk dua alam berbeza. (PROLOGUE END) BGM – Oh My God <English Version> by (G)-IDLE Nothing can pull me away from your embrace I'm not going anywhere Here we go again, I hear the sound of pain 2
Flowing slowly through my veins Oh God Help me, help me Oh, I don't know how to breathe (Don't know how to breathe), for real Set free, set free This craving is gonna be (Almost gonna be), deadly I know that you're only playin' I hate it so much I love it What would be the repercussions if I let you inside me? It's so dangerous I want it Guess you got me where you want me I don't care that I'm addicted Oh my God (Oh, God) She took me to the sky (Sky, sky, sky) Oh my God (Oh, God) She showed me all the stars (Stars, stars, stars) Baby, baby 3
You got me losing my mind tonight (I'm losing my mind) Toxic, toxic I tell my friends that I'm fine, it's a lie (I'm doing real fine) Oh God, I should stay away But then you will hit me up and I am on my way Can't stop, girl, you make me sick But then you make me wanna stick around I know I got it bad It feels good, yeah, I'll regret it You're detrimental to my health but I ain't never leavin' (Yeah, yeah) I'm probably crazy but I need it, want it, gotta have it You may be poison, but sure as hell taste like honey Losing all my senses when you pull me close I don't know how to let go of this passion So just burn me with your loving I can't control this desire We get close, the flames get higher Nothing can put out this fire 4
Oh my God (Oh, God) She took me to the sky (Sky, sky, sky) Oh my God (Oh, God) She showed me all the stars (Stars, stars, stars) Put your hands all over, want your smell on me forever I'm losing my composure, can't nobody do me better Time and time again, I told myself I need to let go Then I fall right back into your arms Oh my God (Oh, God) She took me to the sky (Sky, sky, sky) Oh my God (Oh, God) She showed me all the stars (Stars, stars, stars) Nothing can pull me away from your embrace I'm not going anywhere Here we go again, I hear the sound of pain Flowing slowly through my veins 5
New Jersey, United States, 2021. undukan 45 darjah dengan kaki jenjang saling bersilang menutup tirai persembahan siluet cantik di atas pentas. Sebagai tanda hormat dan terharu akan sambutan diterima. Tubuh kecil nan ramping itu kembali ditegakkan lalu menebar senyum penuh anggun. Paras bak titisan Aphrodite sang gadis tidak pernah gagal memikat setiap indera audiens yang menonton. Lantas, meriuhkan lagi dengan tepukan yang gemuruh. Gerakan lembut bak helaian baldu tersentuh bayu diiringi kemolekan koreografi lincahnya sentiasa menimbulkan decak kagum. Begitu profesional layaknya cerminan penari balet terkemuka saat ini. Cassandra Stella Reece. Gadis muda dengan usia ideal 25 tahun. Gelaran “The Lovely BalleTella” sudah tersemat sejak dirinya berkecimpung dalam dunia seni tari tersebut. BalleTella. Cantuman nama aslinya yakni Stella menjadi “tella” dan perkataan ballerina, “balley” dicipta oleh penggemarnya sendiri. Nama panggung yang sesuai untuk ballerina manis setenarnya. Kadar populariti yang stabil sepanjang lima tahun ini semakin membuka peluangnya bersinar. Usaha sang gadis yang sedari kecil telah memasang impian sebagai penari ballet berjaya membuahkan hasil setimpal. Lihat sahaja kini, dia adalah primadona. Dorongan ibu bapa serta orang sekeliling semakin memudahkan jalan cita-citanya. Puji Tuhan untuk itu. *** 6
Kaki terlatih Stella sampai di bilik hias. Para kru menyapa baik dan dibalas ramah sang bintang muda. Ah, sifat yang menyempurnakan lagi jelmaan dewi padanya. “As usual, you’re doing so fucking amazing Stella!”. Pekik girang salah seorang penata wajah di dalam ruangan belakang pentas. Pihak dipuji tertawa kecil. Suara merdunya bahkan mirip cicitan burung cawi yang sedang menghibur penduduk rimba. “Dilarang mencarut Cindy”. Balas si penari sambil meleraikan sanggul rambut panjang ikalnya. Cebikan protes mulai ditunjukkan oleh penata wajah bernama Cindy itu. “Bukan carut. It’s totally a praising” Bunyi menahan sakit di kepala akibat pukulan manja kru wanita lain terdengar. “Praising your ass! It’s overacting not praising!” “Look! Ass talking ass!” Dan gadis yang menjadi objek sanjungan hanya mempu tergelak akan sifat kakak-kakak seperjuangannya yang saling berbalah. Melanjutkan sesi menyumpah kasar mereka tanpa henti hingga kru lain menulikan telinga. Sudah kebal. *** TING TONG “Mom! Dad! I’m home~” Pasangan suami isteri yang sedang menikmati sisa tua mereka di ruang dapur untuk sesi makan malam tersenyum gembira melihat anak gadis tunggal sudah pulang. Rutin kebiasaan, menjelang Jumaat, dimanfaatkan sepenuhnya bagi Stella. Si cantik brunette akan balik ke rumah ibu bapanya kera esok hari minggu. Meninggalkan apartmen berdekatan studio latihan dan pementasan tempatnya membina karier selama dua hari. Petang Ahad baru kembali bagi bersiap-siap pada hari bekerjanya. 7
Tidak banyak yang dilakukan. Stella hanya akan berlatih dan berlatih. Jika ada permintaan yang mahukan bakat tarian balet muzikalnya maka akan dilaksana sesuai kehendak. Ketiga beranak saling memeluk rindu. Kemudian sang ibu tercinta mempersilakan sang anak duduk untuk menyantap hidangan bersama. “How’s your day sweetie? Semuanya baik?” Angguk Stella yang sedang minum susu rendah kalorinya. Minuman paling disukai untuk menjaga bentuk tubuh. “Cuti ni duduk rumah ke atau ada agenda lain?”. Tanya pula sang ayah. Kali ini Stella bersuara. Menunda acara minum susunya. “Yup. Sorry Mom and Dad. Esok pagi agensi Stella ada buat lawatan. Semua penari dan the rest kru kena pergi” “Oh, great! Pergilah sweetie baik untuk timba ilmu tu. Tambah pengalaman”. Ujar si ibu dengan yakin. “Di mana lawatan tu?” Stella terlupa lalu melihat semula maklumat lawatan esok hari di telefon pintarnya. “Hmm…State’s Ark Gallery. Dad tahu?” Sang ayah menggeleng. “Nope. Mungkin galeri tu baru lagi lepas Dad pencen kerja” Sekadar info. Ayah Stella merupakan bekas pengendali muzium di pusat bandar jadi sudah pasti sedikit sebanyak dia cukup arif akan wujud beberapa balai seni. *** Kenderaan awam jenis bas itu memarkir tepat di depan gerbang galeri. Semua penumpangnya yang merupakan kakitangan agensi balet dinaungi Stella mulai turun satu persatu. Mereka dipimpin sang pegawai bertugas untuk masuk ke dalam. Binar kagum jelas terpancar pada setiap raut rombongan tersebut dek terpikau akan artifak berharga yang ada di dalam sana. Stella tidak kuasa mengabaikan keunikan barang purbakala di depan matanya sehingga mengabadikan dalam bentuk tangkapan foto. 8
Cindy selaku teman baik merangkap kakak angkat paling rapatnya bahkan sangat teruja hingga menyuruh si cantik turut mengambil gambarnya. “Kau bab selfie macam ni memang beria kan” “Absolutely baby! Bazir tenaga dan masa saja kalau tak beria. Thank God kita tak perlu keluar modal untuk datang sini sebab agensi yang tanggung. Hehe” Cengiran rakan hebohnya itu dibalas senyum jengkel Stella. Usah diragukan jika perkara berkenaan duit Cindy amat berkira orangnya. Stella memanjakan kedua iris hazelnya. Melihat-lihat pameran yang dikompilasi serata dunia dari abad pertengahan hingga hujung zaman peralihan. Sehingga korneanya berhenti pada satu foto. Lebih tepatnya lukisan kuno. Entah kenapa, seperti terkandungnya magnet di lukisan tersebut membuatkan inkuiri Stella begitu besar. Perlahan dibawa tungkainya jenjangnya mendekati lukisan itu. Jelas kelihatan pahatan sempurna seorang wanita yang cantik jelita. Bukan itu sahaja menjadi isu di sini, akan tetapi pakaian yang dikenakan. Persis miliknya tiap kali membuat persembahan balet. Ya, gaun ketat membentuk tubuh langsing dalam lukisan itu adalah benar-benar pakaian seorang ballerina. Stella mewarisi minat sang bapa yang gemar akan kisah sejarah. Wujud lukisan misteri namun penuh seni tersebut begitu menarik untuk diselusuri nampaknya. Ada yang ganjil pada lukisan ini, tidak pasti apa tetapi sengatan remang pada tengkuk secara spontan menyambar. Stella terkejut ketika bayangan hitam seakan keluar dari celah-celah bingkai. Tubuhnya bergetar takut ketika bayangan tersebut membentuk sosok ngeri hingga dia dengan pantas memejam kedua mata erat. PUK “Arghhh!” “Hey, Stella. You good? It’s me Cindy” Retina sayu itu mengerjap lirih. Tatkala kesedarannya kembali menyita, Stella terlonjak bangun dari pembaringan. 9
Beberapa pasang mata yang dikenalinya menatap khuatir. Mereka mendekati Stella dan saling bertanya keadaan si gadis. “I-I’m fine. Apa yang terjadi? Kenapa kita di klinik?” Semua yang menemani Stella bernafas lega setelah gadis cantik itu kelihatan waras kembali. “Kau pengsan tadi. Waktu kita berkunjung ke galeri. Sebelum tu kau meracau Stella. Kami bahkan buntu nak pulihkan kau balik. Suddenly, kau terus jatuh tak sedarkan diri.” Apa kata Cindy? Dia pengsan? Dia meracau? Stella mengurut kepalanya. Cuba mengingat perkara terakhir berlaku sebelum meregut kesedarannya. Lukisan itu. Lukisan yang menunjukkan wanita cantik dengan pakaian khas balet sedang bergaya elegan menjadi penampakannya waktu itu. “Kau..Ada buat apa-apa ke sebelum pengsan tadi?” Sudah tentu yang lain harus menyelidik kerana perlakuan drastik yang begitu meremangkan sekujur tubuh mereka sebagai mata saksi kejadian. Melihat sendiri bagaimana mengerikan si cantik itu melalak seakan dirasuk. Pemikiran kritis mereka terlalu pendek sehingga membawa Stella ke pusat rawatan bukannya rumah ibadat untuk berubat. Mujur, Stella sudah kembali tanpa unsur janggal sama sekali. Stella bungkam. Dia tidak tahu untuk mengutarakan yang sebenarnya atau sebaliknya. Berterus terang akan menimbulkan kegusaran para kenalannya manakala pendekatan memendam sendiri justeru sama meresahkan. Akal dan hatinya tidak selari. Menggesa Stella untuk melupakan segalanya termasuk keinginan membuak untuk tahu lebih lanjut akan lukisan tersebut. Lantas, Stella menggeleng perlahan. Membiarkan apa yang terjadi berlalu begitu sahaja. TOK TOK Doktor lelaki tinggi yang begitu tampan dengan aura maskulin dengan sejuta pesonanya menjadi objek pandang para wanita di dalam wad Stella. Lumayan mencuci mata. Cindy yang awalnya terlihat serius akan kejadian ditimpa Stella kembali bersikap genit. 10
Tersenyum semanis mungkin agar doktor kacak berahang tegas tersebut melihatnya namun hanya sekilas dibalas anggukan ringan. Doktor tersebut ingin memeriksa keadaan pesakitnya yang sedang duduk di atas katil. Dirasakan Stella tidak sepenuhnya baik kemudian menggesanya memastikan semula si cantik itu beradaptasi. “Mrs. Reece? May I know how does you feels right now?”. Oh, suara husky itu kenapa amat memukau? Batin Cindy yang masih tidak lepas memandang lekat sosok rupawan yang sedang memeriksa nadi Stella. Wanita itu memang ada-ada sahaja. \"Sampai sekarang, saya rasa baik. Tak ada sakit atau apa\" Jawab Stella. Arah matanya melirik tag nama yang disemat rapi pada jubah putih itu. Davies. Jadi nama doktor tampan dengan tinggi sekitar 185 cm itu bernama Davies. Setelah memeriksa rekod, doktor tersebut tersenyum penuh makna. Tidak menolak betapa cantiknya paras pesakit wanitanya ini. Stella gugup dan segera memalingkan wajah. Sedikit memanas akan iris biru yang memandangnya dalam tadi. *** Ibu bapa Stella menyambut kepulangan anak gadis mereka. Sangat terkejut akan berita yang mengatakan anak mereka pengsan ketika mengikuti kunjungan ke galeri seni. Cindy yang bertanggungjawab selama kebersamaanya dengan Stella bahkan menyuruh kedua orang tua rakannya itu agar tetap di rumah sahaja. Soal Stella dia boleh uruskan dengan baik. \"Makan hm? Kamu belum santap apa pun sejak balik dari klinik tadi\" Sifat keibuaan yang sentiasa menyentuh hati Stella tersebut menunjukkan keprihatinan terhadap sang anak. \"Mom masak apa? Sini Stella makan. Sorry for making you and Dad worries\" Telapak sedikit keriput ibunya membelai lembut surai panjang Stella. 11
\"A simple porridge. Nak Mom suap?\" Tidak kuasa untuk Stella mengabaikan tawaran sang ibu. Dengan manja, dia menghabiskan semua suapan tersebut kerana bubur ibu paling lazat mengunggah selera. Angin malam berhembus. Menyampaikan deruan dingin menusuk kulit hingga tulang temulang. Stella menguatkan kardigan yang membaluti tubuh rampingnya daripada terpaan udara tidak baik luar sana. Bukan apa, musim sejuk bakal tiba. sebarang kemungkinan harus diawasi atas dasar profesionnya yang mengutamakan kesihatan. Jika dia sakit, akan menyusahkan majikan selaku pengarah pentas untuk mencari pengganti sekelas ballerina kesayangan, Cassandra Stella Reece ini. Sejak kepulangannya dari aktiviti melawat galeri seni siang tadi, perasaan janggal itu kembali mengacau fikirannya. Dampak yang tidak biasa daripada lukisan kuno yang terpajang di sudut khusus ruangan tengah galeri seni itu. Niat di hati ingin menyoal lebih mendalam berkaitan sejarah silam di sebalik lukisan penuh misteri demikian. Tetapi, situasi semasa tidak terlalu mendukung. Tambahan pula para rakannya yang lain juga ada di lokasi. Memaksa dirinya mengunci mulut sahaja agar tidak timbul kerisauan mereka semua. Kepala kecil itu menggeleng cepat. Menarik nafas lalu melepas teratur. \"Just forget it Stella. Apa yang jadi mungkin halusinasi kau sahaja. You're really need a rest. Yes. Just a me time. That's all\" Bisik Stella pada diri sendiri. Menguatkan mindanya bahawa itu semua kesan sisa lelah fizikal sepanjang pementasan hingga melampaui benak mentalnya untuk berhalusinasi yang bukan-bukan. Sebatas itu dan tidak ada yang perlu dibahas lagi. *** 12
\"Stella, Mr. Fredo nak berjumpa\" Ucap seorang kru lelaki yang memakai topi. Menegaskan dia salah satu pekerja belakang tabir. Tuan badan yang disebut namanya itu segera menghentikan cada tawanya bersama Cindy dan rakan-rakan lain. Stella mengangguk faham lalu membenarkan penampilannya. Baru selesai sesi latihan santai yang tidak begitu keras memandangkan minggu ini jadualnya kosong. Ballerina cantik itu mengikuti kru lelaki di hadapannya untuk bertemu dengan Mr. Fredo. Pengarah pentas yang bertanggungjawab akan kebajikan pekerjanya. Senyum ramah menyambut kedatangan bintang kesayangan. Menjemput si gadis untuk duduk. Sepertinya akan ada diskusi penting yang akan dilakukan. \"There's any problem bos?\" Tanya Stella membuka bicara. Tawa kecil lepas dari bibir sang majikan. Masalah? Perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus dirinya jika menyangkut seorang profesional ballerina seperti Stella. Tentu sahaja ada lombong emas di depan mata yang harus digapai kerana akan ada projek besar ditawarkan kepada agensinya. \"You're always know how to make me smile pretty girl. Saya rasa kamu cukup tahu kenapa dipanggil ke sini kan?\" Wajah jelita tanpa cacat cela milik Stella kembali tersenyum. Sudah dapat tangkap arah perbicaraan ini akan ke mana. \"Kita diberikan projek baru ya bos? Kali ini apa?\" Aura kewibawaan sebagai pemimpin Mr Fredo menggerakkan tangannya untuk mengambil dokumen di atas meja. Dihulurkan pada sang bintang untuk memudahkan penyampaian maklumat berkenaan kerjasama tersebut. Stella meneliti dokumen yang diberi. Membuka isinya dan membaca dengan fokus. Bibir merah alami itu tersungging manis. Sangat berbesar hati akan tawaran lumayan di hadapan kini. \"Swan Lake The Musical New Born. Terdengar menarik bos. Tapi, kenapa watak asal saya sebagai Swan Princess berubah ke Swan Queen?\" 13
Bukan apa, para orang ramai sudah sebati dengan watak aslinya yakni Swan Princess. Melalui input kontrak yang terkandung, watak yang berjaya mengangkat namanya di persada industri seni tari ballet itu harus diganti ke watak Swan Queen. Terdengar agak mendadak. \"Takut penerimaan audiens?\" Stella termenung dan tersentak. Majikannya ini sentiasa peka akan bisik hati. Wajah tidak terbaca Stella kembali menggeletik tawa bagi Mr. Fredo. Terhibur dengan riak delima si jelita tersebut. \"Don't worry pretty girl. Dunia bisnes tidak sekejam itu. Zaman sekarang, pewasit dan pengkritik bersifat terbuka. Mereka tidak primitif akan pengekalan sesuatu produk yang sama semata. Bukan ke bagus kau sedikit bereksperimen dengan watak baru. Versatil itu lambang kebolehan diri, Mrs Reece\" Setiap ungkapan Mr Fredo dianalisis Stella. Benar juga katanya. Inilah masa yang tepat untuknya menunjukkan sisi di luar kotak. Meninggalkan forte lama rasanya tidak begitu buruk. \"Alright. I accept it.\" Kesepakatan dicapai. *** Cindy berteriak heboh. Jangan salahkan dirinya yang kembali histeris sekarang. Mana tidak, adik kesayangan yang terkenal dengan julukan \"The Lovely BalleTella\" kerana impak keberhasilannya memegang watak Swan Princess pada setiap persembahan kini memperoleh tawaran dengan karakter baru. \"Woah! Swan Queen digambarkan sebagai penguasa wanita yang kontra dengan watak Swan Princess. Yakni Swan Princess lebih murni dan naif berbanding Swan Queen yang diktator serta tegas. Totally 180 degrees huh\" Cindy menghampiri Stella setelah acara antusiasnya akan watak baru rakan baik. Stella mengambil dokumen kontrak tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg. Fikirannya melalang buana. Jujur sekali, dia sedikit tidak yakin akan hal ini walaupun perjanjian sudah ditandatangani bersama dua pihak barusan. 14
\"Cindy. Kau rasa keputusan aku untuk terima watak Swan Queen ini betul ke?\" Wajah berbinar Cindy berkerut. Bingung akan pertanyaan Stella. Ada apa dengan raut mencuka si cantik itu? \"Why? Ini peluang kau untuk lebih bersinar Stella\" Stella menoleh. Memandang ragu terhadap Cindy. Yang dipandang menghela nafas. \"Look Stella. Kau tak akan tau keberkesanan sesuatu kalau tidak mencuba. Ikut kata hati hm? Memang lah aku tau kau agak takut sebab watak Swan Queen yang antagonis. Howsoever, she is the main highlight cast. You have to put yourself on the best mindset. Sampai bila nak berada pada takuk yang lama? Swan Princess ke Swan Queen ke itu cuma watak rekaan saja\" \"Muka aku ni sesuai ke jadi jahat\" Dan gurauan hambar itu hanya dibalas pukulan pada bahu sempit Stella yang tertawa lepas kerana rakannya kesal. \"Orang serius dia main-main. Untung cantik kalau tak aku starlight kau\" Susah payah Cindy menerangkan boleh pula rakan baiknya itu mencelah dengan tidak elit. *** Irama melodi kontemporari bercampur klasik menuai pendengaran. Rentak yang melantun indah menjadi pengiring gerakan lembut nan halus Stella. Jenjang kaki ramping itu semakin terbawa alunan merdu yang terhasil. Beberapa pasang mata yang menonton bahkan terpesona seperti biasa. Meskipun penampilan Stella kali ini berubah dari kebiasaan, mereka tetap kagum dan dibuat ternganga akan keahlian lekuk tubuh langsing tersebut bergemalai memonopoli latar pementasan. Cassandra Stella Reece memang dilahirkan untuk ballet. Setiap teknik pusing, teknik lompat mahupun teknik pusaran yang dipersembahkan semakin menambah nilai wow padanya. Sentuhan magis akan perubahan memek muka dan ketegasan watak sebagai Swan Queen begitu membara bak gunung berapi yang memuntahkan lahar panasnya. Sisi gelap akan watak perdana kali ini bahkan disambut positif para audiens. 15
Gerakan penutup yang menyaksikan lengan kurus Stella melentang dengan luas ditambahi dongakan tegas wajah garangnya akibat riasan make up menamatkan sesi malam itu. Para penari tambahan lain sudah terbaring di atas lantai pentas. Menunjukkan penghayatan watak mereka sebagai hamba abdi yang tunduk pada induk utama. Stella sebagai Swan Queen. Semua audiens berdiri memberi standing ovation. Merasa terpuaskan dengan bayaran mahal yang berbaloi dilaburkan hanya untuk melihat betapa lihainya bintang muda itu beradaptasi dengan imej baru. Wajah garang dikelilingi aura dominan feminin namun begitu jelita diterpa cahaya lampu malap itu kembali tersedar. Stella tersenyum kekok. Dirasakan dirinya seakan tertarik ke dunia semula selepas habis melakukan persembahan tadi. Habis menunduk hormat, dia berjalan perlahan ke belakang pentas sambil mencerna kejanggalan ini. Dia merasakan sesuatu. Seperti bukan dirinya yang mengawal setiap koreografi ketika sedang menari balet beberapa detik lalu. Seketika tengkuknya meremang. Terdengar bisikan halus memasuk auditori. Samar- samar dia menangkap bisikan itu yang memuja namanya. Refleks si gadis menoleh cepat ke belakang. Namun nihil, tidak ada siapa pun di sana. Telapaknya menggosok perlahan belakang leher. Sensasi panas sedikit menjalar dirasa. \"Stella?\" Cindy terkejut tatkala rakan yang disapanya menoleh ke depan dengan wajah pucat. Stella mengerjap kelopak hazelnya lalu berdehem canggung. Kembali bersikap biasa seperti tiada apa yang berlaku. \"Y-ya? Ada apa Cindy?\" \"Kau tu yang kenapa. Puas kami cari. Habis perform tadi kau terus masuk belakang. Ingatkan nak ke bilik make up rupanya datang sini. Buat apa?\" Stella mengernyit bingung. Dibawa retina indahnya menyelusuri sekitar. Dia terkejut lagi kenapa stor usang ini kakinya berpijak. 16
Apa bisikan ghaib tadi yang membawanya? Menuntun fokus si gadis sampai tidak sedar dia salah arah? *** Pulang ke apartment. Stella melepas penatnya dengan membersih diri. Tubuh seputis kapas itu tersentuh aliran air. Stella menutup matanya lalu membiarkan shower membasahi dari kepala hingga kaki. Tepat saat dia ingin mengambil sabun mandi yang terletak di atas loker kecil, Stella mengerut dahi pelik. Ditolehkan sedikit separuh badannya ke belakang lalu tersentak melihat ada goresan kecil pada belakang badannya. Goresan itu seperti cakaran halus. Samar sahaja namun andai diteliti akan sangat jelas ianya membentuk sayatan tak kasat mata. \"A-apa ni?\" Mindanya berfikir. Seingatnya dia tidak terlibat kemalangan ketika melakukan persembahan atau latihan tempoh hari. Lantas, dari mana datangnya luka kecil itu? Disentuh dengan jari telunjuknya susah payah. \"Ssst\". Desis pedih terasakan namun tidak begitu sakit yang berisiko tinggi. Kemudian, kata hati menggesa untuk Stella menghabiskan acara mandiannya. Setelah dipastikan tubuhnya bersih dan wangi, gadis cantik itu mengambil bathrobe yang tergantung pada pintu. Keluar dari bilik air dia terus berpakaian. Kakinya bergerak ke hulur ke hilir mencari jawapan. Perasaan janggal itu kembali menguasi. Ada apa sebenarnya? Peristiwa lukisan misteri itu. Lalu kejadian aneh yang berlaku sejurus lepas dia tamat menyampaikan pementasan tadi. Dan paling membingungkan kesan luka kecil pada belakang badan. Stella tertanya-tanya. Perlukah dia berjumpa pakar psikitri untuk menanyakan soal beberapa perkara pelik yang berlaku serentak tersebut? 17
Dia yakin dia tidak gila dan masih waras namun teka-teki yang menimpanya terpaksa dijelaskan secara psikologi sekarang. *** Keesokannya, Stella menempatkan diri untuk ke klinik psikitri. Klinik yang sama ditempatinya ketika jatuh pengsan saat sesi lawatan galeri terdahulu itu satu-satunya lokasi terbaik untuk mendapat khidmat sedemikian. \"Mrs. Cassandra Stella Reece\" Suara jururawat memanggil Stella. Stella bangun dan masuk ke bilik doktor yang akan menanganinya. Kedua pasang mata hazel itu membola kecil. Terkejut kerana doktor tersebut adalah Davies. Perawat yang sama memeriksaya kala itu. Canggung dirasakan. Doktor tampan itu pasti akan mentertawai dirinya yang kedapatan aneh lagi. \"We meet again. What's coincidence\" Suara husky itu tertawa maskulin. Stella membalasnya dengan senyum malu. \"I didn't know you're the psychiatrist.\" \"Yup. Saya dah agak awak akan hairan. Sebenarnya waktu kawan-kawan awak hantar awak untuk diperiksa, pihak klinik menanyakan musabab awak pengsan. Singkat kata, kronologi awak yang tiba-tiba meracau dan collapse diserahkan kepada saya untuk handle kesnya. Sekadar menerka gangguan jiwa atau apa\" Stella tidak terima pernyataan yang diasumsi oleh doktor tampan itu. Raut kurang selesa milik Stella menyedarkan Davies untuk kembali menerangkan. \"Jangan ambil hati. Saya hanya memastikan. Lagipun, awak datang sini sedikit sebanyak boleh dikatakan ada yang membelenggu fikiran awak kan sekarang?\" CHEKMATE! Stella kembali gugup. Memaki dirinya yang bodoh. Buat apa dia makan hati kalau kini dirinya sendiri bahkan rela datang ke klinik untuk mendapatkan jawapan soal kejadian aneh yang terjadi dalam rangka terdekat. 18
Davies melihat itu. Tergelak kecil dalam hati. Sudah biasa akan sikap skeptikal para pesakitnya yang ingin mendapatkan kepastian namun dalam masa sama tidak mahu dianggap bermasalah mental. Ianya kan tergantung seberapa berat kes masing-masing. \"May i know what's the problem Mrs Reece\" Stella berhenti melamun. Mengulum bibirnya lantas menjawab. \"First thing first, just call me Stella.\" \"Okay noted. Awak pun panggil saya Dave sahaja\" Kening Stella merengut. Sedikit kurang sopan kalau dia turut memanggil Davies tanpa gelaran doktor dan sebatas nickname sahaja. \"Saya doktor dan awak pesakitnya. Nama panggilan tak penting. Saya cuma nak kita lebih terbuka mengeluarkan sebarang pendapat. Lagipun saya memang selesa disebut Dave. Pesakit sebelum ini juga begitu\" Bohong. Hanya Stella yang pertama. Stella mengangguk-angguk samar. \"Alright...Dave?\" Dan senyum manis dihadiahi oleh Davies. Entah kenapa dia sangat suka Stella menyebutnya begitu. \"Teruskan\" Sang gadis menegak tubuh. Bersedia menceritakan. Davies mengamati penuh fokus. Sesekali mencatat beberapa input penting atas apa yang terjadi pada pesakitnya kali ini. \"If don't mind. Boleh saya tengok luka tu?\" Stella segan sebenarnya tetapi ini termasuk salah satu proses merungkai masalahnya bukan? Dengan berhati-hati dia menyelak sedikit baju belakangnya. Membelakangi doktor kacak itu. 19
Davies meneliti kesan lukanya. \"Apa sakit?\" Gelengan perlahan dibalas Stella. \"Kalau ni?\" Ditekannya luka itu dan Stella tidak merasakan sakit. Rasa pedih itu hilang serta merta saat dia sehabis mandi semalam. Davies kembali duduk di kerusi kerjanya. Menulis beberapa dapatan yang belum begitu jelas untuk didiagnosis. \"Sampai sini, saya rasa awak hanya letih bekerja. Penari balet kan? Latihan berterusan tanpa rehat memungkinkan awak lupa tentang beberapa hal sebelumnya. Misal, luka kecik tu boleh terjadi waktu awak bergerak dalam keseharian. Disebut amnesia lakunar di mana ianya menghilangkan ingatan secara rawak. Ianya tak bahaya. Tentang lukisan yang dikatakan misteri, itu sebentuk unsur khayalan kinerja otak mencerna batas logik. Mengambil alih fizik awak atas dasar penat badan. Suara bisikan pulak, adalah salah satu kaedah lahiriah penghayatan karakter baru yang dibawa bagi menegaskan keberadaan\" Dua tiga kerjapan mata tetap menyulitkan otak Stella untuk cerna setiap apa yang dikatakan oleh Davies. \"Awak tahu saya ballerina?\" Senyum simpul terbentuk pada wajah bak pangeran raja tersebut. Ditenung dalam iris bening dihadapannya. \"Swan Queen the Highness. Saya pun ada pada malam pementasan tu. Saja memenuhi masa lapang untuk tengok bagaimana The Lovely BellaTella beraksi dengan imej baru. Anggap saja saya peminat awak sekarang\" Mendengar itu, Stella tergelak manis. Rupanya di sebalik paras tegas yang menurutnya hanya tahu ilmu perubatan itu ternyata menaruh minat akan dunia seni sastera berkelas tarian. \"Hanya perlu rehat saja. Saya faham awak baru nak terbiasa dengan watak Swan Queen tu tapi kesihatan pun harus diambil kira okay? Jangan memaksa diri untuk berikan yang terbaik kerana hasil tak pernah mengkhianati usaha\" Nasihat manis itu diterima dengan baik oleh Stella. Gadis itu memang seorang yang mudah menerima pandangan. Asalkan demi kebaikan diri dia akan pertimbang seadanya. 20
*** \"Attention please.\" Para penari balet yang menyibukkan diri dengan tarian di ruang latihan seketika berhenti. Stella membetulkan ikatan rambutnya lalu mengikuti arah pandang rakan seangkatan lain. Keningnya sedikit terangkat. Siluet gadis yang sama kecil namun sedikit lebih tinggi darinya itu menunduk hormat. Salah seorang kakitangan yang membimbing gadis asing tersebut berdehem. Memulakan sesi pengenalan. \"Here it is. Natalie Callum. Our new teammate.\" Ujar kru lelaki itu kemudian mempersilakan gadis bernama Natalie mengenalkan diri dengan lebih teliti. Wajah cantik dengan mata bulat kepunyaan Natalie melirik ke arah Stella. Perasan Stella sahaja atau memang ahli baru ballerina itu memandang sedikit...sinis padanya? \"Hello everybody. I'm Natalie Callum. Just call me Natalie. Saya ahli baru untuk pasukan balet di studio ini. Sebelumnya saya adalah ketua ballerina yang melatih intern lingkungan umur 9 sampai 18 tahun. So, this is the right opportunity for me to gain more knowledge. As ballerina not coach anymore\" Para ballerina lain saling berbisik-bisik. Ternyata gadis baru di hadapan mereka bukan calang-calang orangnya. Sudah berpengalaman sebagai jurulatih dan sekarang dia lebih memilih menurunkan pangkat menjadi ballerina kembali? Meskipun angkatan ballerina di studio ini semuanya profesional dan berkelas belaka tetap sahaja Natalie tidak rendah diri untuk menyertai. Stella hanya tersenyum. Raut datarnya tidak begitu terpengaruh akan segala latar belakang sang ballerina baru. Bekas jurulatih yang ingin mengilap bakatnya agar bertambah baik. Terdengar berani. *** 21
Pertemuan singkat kedua sejoli itu membawa kepada tumbuhnya sebuah rasa. Sama ada Stella mahupun Davies, mereka tidak bodoh untuk mencerna segala tingkah kebersamaan manis selama ini adalah bukti nyata keduanya di ambang cinta. Arakian, Davies memutuskan untuk mengikat Stella sebagai kekasih hati. Stella yang sentiasa berkunjung sebagai tetamu tiap kali Davies di klinik bahkan menjadi pemicu kepada kemajuan hubungan antara mereka. Stella tidak merasakan gangguan atau perkara aneh lagi selepas menerima rawatan pertama nya beberapa minggu lalu. Namun, hal itu tidak menghalang keduanya saling bertemu hampir tiap hari. Kesibukan tetap kesibukan lantas Stella dan Davies menggunakan kesempatan waktu yang ada untuk memadu asmara. Seperti sekarang, Stella bersandar pada dada bidang yang terbuka milik Davies. Jari jemari lentik itu membelai lembut permukaan berotot empunya badan. Aroma menyengat sehabis making love keduanya menguar begitu kuat di dalam bilik apartment Stella. Ya, keduanya sudah sebatas itu menjalin kasih. Era serba globalisasi sekarang, apa yang dilakukan oleh kedua pasangan tersebut bukanlah hal tabu. Pendek kata, diklarifikasikan sebagai acuan budaya yang berkembang seiring peredaran tamadun. Mereka bukan sekali dua sudah tidur bersama. Masing-masing tidak mempermasalahkan itu kerana hati yang mencinta memang sentiasa menang dalam gelora ghairah. Di atas katil, Davies kembali membuka kata setelah beberapa minit lalu hening yang tercipta. \"Babe...\" Panggilnya lembut. Stella menyahut seadanya. \"Are we should get married?\" Soalan itu membungkam Stella. Dengan raut tidak yakin dia mendongak. Menatap dari atas paras tampan tersebut. 22
\"What do you mean?” Nada sangkal itu agak menganggu riak bahagia Davies yang berubah sendu. \"Ya, married. You and me. Kita kahwin?\" Hati Stella tidak terima. Dengan geram dia bangun dari pembaringan. Aksi mesra keduanya lenyap begitu sahaja tatkala Stella mengutip pakaiannya yang berserakan di atas lantai. Kembali menyarung bersama ledakan emosi yang tiba-tiba. \"Stop talking nonsense Dave.\" Relung hati Davies tercubit. Apa lamaran tanpa persediaannya baru sahaja ditolak oleh kekasih tercinta? Lelaki tampan tersebut turut memakai baju dan seluarnya semula kemudian menarik kasar lengan kurus si wanita. \"Let me go!\" Protes Stella tidak kalah kasarnya. Gadis yang sudah rasmi menjadi wanita itu bahkan memukul-mukul dada tegap sang kekasih. Davies putus asa lalu melepas genggamannya. Menangkat tangan ke udara seakan pelaku jenayah. \"Sorry Dave. Awak tau kan saya tak suka bahas soal kahwin atau apa pun berkaitan dengan perkara yang berpotensi jejas kerjaya saya. Saya harap awak faham. Pengorbanan saya nak jadi ballerina sampai tahap sekarang bukan senang. Kalau kita kahwin, saya akan mengandung. Itu akan merencatkan perjalanan masa depan karier saya. Lepas bersalin tak mungkin bentuk tubuh ni akan kekal langsing dan itu bukanlah hal yang baik untuk keterampilan seorang penari balet sehebat saya\" \"I know. Karier awak memang lebih penting kan dari hubungan kita-\" \"YES! ABSOLUTE FUCKING YES! Kalau dah tau buat apa tanya lagi!\" Davies menunduk. Tersenyum kecut. \"Cinta saya ni apa bagi awak? Sampah saja ke Stella Reece?\" Amarah Stella seketika lenyap. Raut garangnya perlahan memudar dan diganti dengan binar bersalah itu. 23
Stellah mendekati Davies. Mendongak lalu telapak tangannya membelai sayang rahang tajam teman lelakinya itu. Davies bahkan berkerut dahi akan perubahan sikap mendadak sang kekasih hati. \"No. It's not like that. I'm really love you. So much. Cuma...\" \"Awak nak kekalkan nama panggung awak supaya tak terlupakan orang. Senang cerita, supaya awak masih dapat berkerja sebagai ballerina kan?\" Senyum manis terbentuk di wajah jelita tersebut. \"Ha tau pun! Hope you understand it well\" Kerana Davies tahu, reputasi karier sang kekasih bernilai lumayan. Tidak seperti cintanya yang sukar menjamin keberlangsungan hidup. Bukan soal ekonomi tentunya kerana Davies itu seorang doktor psikitri tetapi, minat seorang Stella terhadap seni tari ballet lebih mendominasi. Cintanya hanya bersifat euforia suram bagi Stella. *** \"Wuekkk wuekkk\" Stella memuntahkan isi perutnya sudah hampir tiga kali minggu ini. Pening di kepala juga begitu menangkap tatkala sehabis mengeluarkan loya. Habis latihan tadi, dengan bergegas dia berlari ke arah bilik air. Muntah-muntah dengan berterusan namun cairan jernih sahaja yang keluar. Ingin memeriksa ke doktor namun Stella ambil pendekatan untuk mengurungkan niat tersebut. Walaubagaimanapun dia harus kekal aktif dan fokus untuk pementasan seterusnya. \"Kau yakin baik? Apa kau rasa nak demam hm?\" Cindy dibuat hairan akan jawapan rakannya yang hanya menggeleng kepala sahaja. Sebagai sahabat yang sudah kenal lama pasti dia begitu prihatin akan kondisi Stella. Kesihatan itu penting untuk kelangsungan persembahan nya kelak agar lancar tanpa masalah. \"Don't worry. Biasalah tu aku penat sangat kot\" Ujar Stella cuba mengabaikan kurang enak badan yang dirasainya. 24
Wajah Cindy berubah ragu. Stella yang memerhatikannya mengerut dahi. Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh sahabat terbaiknya tersebut. \"Kenapa?\" \"Huh?\" Stella memutar bola matanya malas. \"Kau tu. Macam ada something to explain saja.\" Gementar di hati hanya Tuhan yang tahu. Cindy tidak tergamak untuk mengatakan desas- desus yang tidak sengaja didengarinya tadi. Tetapi, kalau disimpan juga tiada gunanya Stella itu suka menuntut penjelasan. \"Kalau aku cakap...kau jangan marah dulu tau\" \"Belum cakap nak marah apanya?\" Stella geram lalu mula menyudutkan Cindy dengan pincingan tajamnya. Cindy terkejut kerana tidak pernah sahabat nya ini menuntut sampai begitu sekali. Ludahnya tertelan kasar. Suara gagapnya perlahan terdengar. \"M-mr Fredo nak gantikan watak Swan Princess kau yang dulu dengan orang baru\" Bibir nipis itu menekan kuat bersama kertapan gigi sang empunya diri. Stella semakin termakan emosi dengan mudahnya. \"Who...Who that person?\" Nada lembut namun penuh akan aura negatif itu menambahkan rasa takut terhadap Cindy. Dia jadi tidak yakin untuk kembali berterus terang. Stella dibuat geram. Dia mencengkam lengan Cindy hingga kulit sang rakan mengeluarkan sedikit darah. Kukunya menacap agak kuat. Cindy memekik sakit. Ruangan sudah sepi. Dia berasa terancam oleh rakan baiknya sendiri ini. Kenapa Stella terlihat lain sekarang? 25
\"CAKAP SIAPA ORANGNYA CINDY!\" \"Arghhh N-natalie...l-lepaskan Stella arghhh sakit\" Natalie. Wanita jalang itu. Stella melepaskan cengkaman pada Cindy yang merintih pedih lalu dia terkejut kerana Stella menghentak kaki keluar dari sana. Cindy cuba mengikuti namun wajahnya kembali berubah kecut ketika Stella mengatakan. \"Ikut campur atau kau terima akibatnya...\" Apa yang sudah merasuki Stella sampai begitu tega mengatakan itu kepadanya. Cindy cuma ingin membantu. Nampaknya silap langkah dia lakukan kali ini. Perang besar menyusul. BAM Kedua manusia berbeza jantina itu sontak menoleh pada aksi brutal Stella yang masuk tanpa mengetuk pintu. Mr Fredo dan Natalie yang sedang berbincang soal pengambilalihan watak Swan Princess kepunyaan asal wanita yang sedang bernafas laju dengan kobaran api sekeliling yang berdiri di hadapan mereka memandang jengah. \"Mana adab awak Mrs Reece?\" Stella memincing tajam. Memandang penuh benci pada sosok Natalie yang mengerling padanya. Pandangan sinis itu lagi. Seolah-olah menegaskan Stella adalah bunga yang sudah layu sahaja. Tidak harum lagi. Benar-benar perampas kedudukan orang. \"Kenapa Mr serahkan watak saya kepada pendatang baru ni? Dia bahkan tak semahir saya saat menari. Ceh, bekas jurulatih apanya kalau tarian tu tak ubah macam wanita murahan!\" PLAK \"Kau fikir kau siapa Stella? Sedar diri tu! Aku yang kutip kau dulu jadi jangan suka hati nak mengatur semua!\" 26
Stella mengusap bekas tamparan di pipi. Matanya merah menyala. Kepalan di tangan menguat dengan sendirinya. Termometer amarah si wanita hampir naik untuk mendidih. Mr Fredo bersikap seolah tiada apa yang berlaku. Lelaki dewasa itu bersedekap dada angkuh dan dengan mudahnya berkata. \"Mulai esok, Natalie Callum akan ganti watak Swan Princess. Dan kau...kekal dengan Swan Queen. Apa yang nak ditakutkan Stella? Bukannya aku pecat kau pun. Setidaknya tanpa permintaan kau sendiri sebab boleh saja aku buang kau yang kurang ajar ini.\" Stella membawa tatapan hujung matanya. Aura hitam itu layaknya imej seorang Swan Queen sedikit menggetarkan tubuh Mr Fredo. Sial, sejak bila bekas bintang kesayangannya itu seberani ini? Bulu tengkuknya naik. Terasa lekat dikuasi tatapan menusuk Stella. Dengan sisa kelelakian yang dia punya, Mr Fredo berusaha tegas. \"Oh...jadi ini cara kau bermain ya? Baik...Aku faham Fredo\" Seringaian ngeri yang tercetak di wajah cantik itu menjadi penutup perbalahan mereka. Natalie melihat Mr Fredo yang kelihatan gelisah. Bukan kerana keputusannya menyerahkan watak Swan Princess kepada sang penari baru tetapi...aura kelam milik Stella tadi. Begitu menakutkan. Di mana sifat naifnya pergi? Stella bukan pembangkang selama dia kenali. Usapan halus pada dadanya menghentikan pemikiran Mr Fredo. Korneanya kembali berbinar ketika Natalie menaruh kedua lengannya di bahu. Berbisik sensual tepat pada bibir. \"Thanks darl...Sesuai kesepakatan.Tonight will be ours\" Gejolak Fredo dan Natalie membawa kepada ciuman panas keduanya. Sengaja membuktikan wujudnya skandal di belakang antara kedua insan celaka itu. *** 27
Kebiasaan jadual, hari ini Stella kembali beraksi. Meliuk-liukkan tubuhnya gemalai. Menari balet dengan penuh keyakinan seakan mengatakan pada dunia bahawa dialah paling bersinar. Habis persembahan, wanita itu balik ke belakang pentas. Di saat ingin masuk dia terserempak dengan musuh terkininya, siapa lagi kalau bukan Natalie. \"Aku simpati soal pengalihan Swan Princess. Tapi...nak buat macam mana\" Natalie berhenti cakap kemudian meneliti Stella dari atas ke bawah. Menilai lebih tepatnya. Gadis tersebut mengangkat bibir miring. Berbisik ke telinga Stella. Sangat provokasi. \"Benda kalau dah lama...akan berhabuk. Eventho boleh dilap bekas debunya masih melekat di situ. Jadi, untuk elak kecacatan pemandangan, bukan ke lebih baik diganti dengan benda baru? Just like the old you and the new me.\" Natalie bertatap muka dengan Stella yang sudah terbakar emosi. Penari baru itu memasang raut sedih. Pura-pura simpati. Jarinya membelai rambut Stella yang disanggul rapi. \"Aku rasa kau tak setamak itu kan untuk pegang dua watak sedangkan kau sendiri makin taksub dengan watak sekarang hm? I will become the new Swan Princess. BellaTella huh? Opps! Bukan lagi dah sebab BellaTalie lebih sedap arkhhh\" Tubuh Natalie dihempas kuat ke dinding. Mulutnya terbuka mengaut nafas ekoran Stella dengan gilanya mencengkik leher sang musuh. \"Sekali lagi kau berani ubah gelaran aku...\" Stella mendekatkan diri. Wajahnya begitu menakutkan sekarang. Riak manis sama sekali hilang ditelan aura gelap. Bola mata nya berubah hitam keseluruhan. Dengan seragamnya sebagai Swan Queen begitu mendukung peranan itu. Seperti dia masih terbawa-bawa sahaja. Urat di leher Natalie muncul. Empunya diri menguak-guak mintak dilepaskan. Kakinya bahkan tidak menjejak tanah. 28
Samar-samar Natalie melihat bayangan hitam yang keluar mengelilingi Stella \"I… will... send... you... to... death\" Dan kalimat barusan disebut serentak oleh kedua sosok berbeza jenis. \"Natalie you need to be ready! It's your turn now!\" Panggilan dari jauh itu menghentikan aksi mencekik Stella terhadap Natalie. Tubuh Natalie terhempas. Terbatuk-batuk mencari nafas. Stella kembali tersedar. Alam nyata membawanya semula. Dirinya terkejut mendapati keadaan Natalie akibat ulahnya tadi. Tangan gementarnya diamati. Mulut dan kelopak matanya terbuka tidak percaya bahwa dia sebrutal itu. Layaknya psikopat. Kru yang akan menjemput Natalie untuk sesi selanjutnya hampir datang. Oleh itu Stella memundurkan perlahan tubuhnya ke belakang lalu berlari secepat mungkin. Merasakan kejanggalan tidak kesat mata itu lagi. Ingatkan sudah terhapus malah ianya kembali berhasil menganggu Stella. *** Beberapa hari berikutnya, Stella datang bekerja seperti biasa. Cuba mengabaikan tatapan aneh padanya. Kejadian dia yang melakukan kekerasan pada Natalie tidak diceritakan oleh sang mangsa pada siapapun. Termasuklah Mr Fredo, si skandalnya. Namun, perubahan sikap Stella menggesa semua orang untuk tidak berurusan lebih. Wanita itu mudah sekali marah-marah. Cindy bahkan buntu kenapa dia boleh jadi sebegitu. Tidak mungkin alasannya kerana penggantian Natalie sebagai Swan Princess bukan? Sang tuan badan, Stella bahkan merasakan kejanggalan yang ketara pada dirinya. Luka kecil di belakang tubuh kembali muncul tanpa sebab. Bahkan lebih menjadi kerana semakin hari semakin membentuk bak garis putus yang saling bersambung. 29
Luka goresan tersebut terbentuk pada bahagian tulang belakangnya. Yang paling menghairankan goresan itu berwarna hitam bukannya merah persis sepatutnya yang didapatkan jika itu adalah akibat benda tajam atau apa. Stella memaksakan dirinya melakukan pementasan malam ini meski tubuhnya dalam fasa tidak baik. Bukan sakit biasa tetapi seakan berat untuk dikawal. Persembahannya ditamatkan. Tubuh Stella sudah berpeluh. Sepanjang pengalamannya menari ballet, belum pernah dia selelah ini hingga keringat tidak biasa menitik basah pada badan. Cindy berusaha menenangkan rakannya yang terlihat gelisah dan kurang selesa itu. Sehingga semua terpekik kerana Stella jatuh pengsan. *** Derap langkah kaki panjang itu bergema. Membawa tungkainya supaya cepat sampai ke destinasi. Terbaringnya sang kekasih membuatkan hatinya pilu. Davies dan Stella masih berhubungan meski kebersamaan mereka tidak sehangat dulu. Seolah cinta mereka berehat sekadar menenangkan kehambaran suasana. Kehadiran doktor tampan itu mengejutkan Cindy. Kenapa tiba-tiba doktor itu boleh ada di sini? Melihat gurat khuatir milik Davies menimbulkan tanda tanya dalam diri Cindy. \"Err... doktor ni doktor yang sama rawat kawan saya kan tempoh hari?\" Davies berdehem canggung. Lalu mengangguk kaku. Bagaimana ini? Semua orang tidak tahu soal dirinya dan Stella adalah pasangan kekasih. Teman wanitanya itu sendiri yang minta dirahsiakan. Katanya sebagai pemisah privasi dan kerjaya kerana majikan melarang penari asuhan menjalin kasih di luar. \"A-ah ya. Memang saya doktornya. Kebetulan saya...datang menonton. Bila tengok kawan awak pengsan terus naluri kedoktoran saya menggesa untuk periksa. Apa awak keberatan sebab kita bukan di klinik?\" \"Oh! Tak tak. Sudah tentu tak. Saya berterima kasih banyak-banyak sebab doktor sudi periksa kawan saya ni. Hm... silalah\" Balas Cindy tanpa curiga. 30
Seorang petugas perubatan perempuan yang diupah untuk mengendali keadaan kecemasan sebegini turut memeriksa Stella. Maklumlah, alat perubatan yang dimiliki lebih lengkap berbanding doktor tampan itu yang hanya menggunakan ilmu seadanya. Lagipula bidangnya menjurus psikologi. Jadi sekadar menutup kecurigaan rakan Stella yang lain terhadapnya. Berkamuflase layaknya doktor umum. \"Menurut doktor macam mana?\" Entah firasat atau apa tetapi Davies seakan menangkap maksud konotatif sang petugas. \"Ini jangkaan saya sahaja. Mrs Reece...mengandung empat minggu.\" Jawapan tidak dijangka-jangka itu membuatkan Cindy menutup mulutnya. Shock akan diagnosis tersebut. Davies kelu seribu bahasa. Bukan dia tidak tahu. Stella...kekasihnya itu mengandung. Anaknya. *** Kini, Stella dan Davies saling mengunci mulut. Mereka berada di apartment Stella. Pengesahan akan Stella yang mengandung memang benar. Cindy membawanya ke doktor pakar sakit puan dan keputusannya dia positif hamil. Sudah sebulan bayi itu tumbuh dalam rahimnya. Pantas sahaja perutnya agak membuncit. Diam-diam Davies menjenguk Stella kembali. Ruang tamu itu dilanda kesunyian. Masing- masing mati kutu untuk bereaksi akan realiti yang menampar telak. Tidak tahan akan suasana sendu itu, Davies meyakinkan diri. Dia menggenggam jemari Stella. Stella tidak menolak. Tidak juga bereaksi. Rautnya datar sejak membukakan pintu untuk lelaki yang menjalin hubungan hambar dengannya itu. \"Babe...I'm begging you. Please, keep the baby hm?\" Pinta Davies dengan sendu. Dia bahkan sanggup bersujud pada Stella asalkan benihnya itu dikekalkan untuk berkembang hingga lahir kelak. 31
Stella yang termenung perlahan mengerjapkan mata. Sedari tadi kelopaknya tidak terpejam dek minda dan hatinya yang berkecamuk. Melihat riak tampan di hadapannya yang tengah memohon, Stella menaikkan bibirnya ke atas. Sekali lagi, dengan tiba-tibanya perubahan itu berlaku. \"I know babe. Aku tak akan gugurkan anak kita\" Davies yang menunduk mula mendongak. Apa kekasihnya ini sudah terbuka hati? Menurutnya, jika Stella ingin lahirkan bayi mereka itu bermakna dia juga ingin mengikat janji suci perkahwinan nanti bersamanya bukan? Senyum haru menambah kelegaan si lelaki. Dia memeluk erat tubuh Stella. Melempiaskan kebahagiaan yang berjaya digapai kembali. Di balik pelukan itu, wajah manis Stella berubah. Raut garangnya membentuk ekskpresi tidak diketahui sang kekasih. *** Bilik latihan tersebut menyaksikan Natalie sedang berlatih balet. Ditemani Mr Fredo dan beberapa penari yang lain. Mr Fredo mengamati setiap gerakan Natalie penuh minat. Sesekali menjilat bibirnya. Dia merasakan gadis tersebut bakal menjadi bintang besar. Apa yang ada pada dirinya sangat sempurna untuk memenuhi kredibiliti seorang ballerina cemerlang masa mendatang. Sangat sempurna sehingga mampu juga memuasfkan nafsunya di atas katil. Tidak menampik akan hubungan panas nan kotor keduanya merupakan musabab dia menuruti segala keinginan gadis tersebut. Termasuklah menyingkirkan secara halus bekas bintang kesayangannya, si cantik Stella. Ironi, hal tersebut bahkan tidak menimbulkan rasa bersalah pada dirinya kerana ada imbalan mengiurkan tatkala tubuh Natalie sudah polos tanpa seurat benang di depan mata. Kuasa ghairah mengalahkan rasional akal. Manusia kan memang begitu apatah lagi yang namanya lelaki. Dan Mr Fredo tergolong dalam kalangan lelaki keparat tersebut. 32
Sebenarnya sifat murahan pada Natalie juga layak disudutkan ekoran keduanya saling haloba soal harta dunia hingga membawa kepada jalinan skandal busuk tanpa pengetahuan sesiapa. Sosok Stella muncul di bilik latihan. Semua mata tertuju padanya. Masing-masing menatap takut. Wanita itu terlihat kacau. Wajah cantiknya hilang seri. Iris hazel itu tiada binar sama sekali dek kantung mata di bawah kelopak. Tubuh langsing idaman yang sebelum ini menimbulkan decak iri para gadis seusianya bahkan semakin kurus. Seolah asupan gizinya tidak teratur sahaja. Tetapi, perut sedikit membuncitnya kerana sedang membawa nyawa lain diamati sinis oleh sang majikan. Mr Fredo menyeringai sakarstik. Dalam hati begitu mengejek keadaan kusut bekas bintang kesayangan. Stella tidak keruan. Para penari lain di sana seakan menilainya yang sudah tidak seanggun dulu berbanding Natalie. Si musuh binasa tersebut merenung angkuh. Merasa menang kerana sudah tahu tujuan Stella datang tiba-tiba seperti sekarang. \"Wuho! Tengok semua. Pelacur sesungguhnya sudah datang. Kenapa Stella? Nak jelaskan soal anak haram yang kau kandung tu ke? No need girl, we're already know\" Penuh penekanan Mr Fredo ucapkan. Sengaja memancing situasi untuk menjatuhkan air muka Stella. Stella menggeram. Kuku-kuku jarinya memutih mengepalkan tangan kuat. Mata merahnya persis saga. Aura kelam itu kembali menguasai waras sang pihak yang dihina. Kaki Stella perlahan berjalan ke depan. Para penari lain sudah memundur kecut. Mereka tahu Stella yang sekarang bukanlah Stella yang dulu. Mr Fredo dan Natalie sahaja yang masih berkeras dengan lagak sombong masing-masing. \"Kau...memang melampau Fredo. Jantan laknat. Kau fikir aku taktau kau pun sama bangsatnya. Jalang sebelah kau tu berapa kali dah korang tidur sekali?\" 33
Ejekan itu menusuk tepat ke hati pihak terlibat. Mr Fredo dan Natalie membolakan mata. Bagaimana perempuan ini tahu soal skandal maksiat mereka? Kekehan Stella yang menjurus seringaian itu menguar. Raut cuak pasangan sama kaparat tersebut menjadi hiburan tersendiri baginya. Mendatangkan remang setiap orang yang ada di dalam bilik latihan itu. Mr Fredo dan Natalie dibuat geram. Wanita itu sudah gila agaknya. Kemudian, wajah tertawa Stella kembali bengis. Amaran bahaya akan sosok itu tidak boleh diajak main. \"Apa kerana aku mengandung kau dengan gamaknya singkirkan watak Swan Queen?\" Perlahan Stella bertanya. Mr Fredo tersenyum miring. \"Bagus kalau kau faham itu. Kau tau kan tak mungkin aku memperkerjakan wanita hamil untuk pementasan. Tapi, jangan risau...Swan Queen sudah ada pengganti...\" Lelaki bangsat itu merangkul bahu Natalie mesra. Natalie tersenyum manis. Oh, Stella jadi muak dan ingin meludah sahaja di depan wajah keduanya. \"Natalie. Dia akan jadi the new Swan Queen.\" Ujar Mr Fredo sambil mencolek dagu runcing pasangan skandalnya itu. Stella tidak tahan. Dia ingin sekali mencoret-coret wajah keduanya dengan gunting biar robek habis. \"Tentang Swan Princess...dukacita dimaklumkan bahawa wataknya sudah capai kata sepakat untuk dihapuskan. Well, audiens pun tak masalah dengan tu memandangkan persembahan Natalie disambut sama hangatnya. Mereka hanya datang untuk Swan Queen. I mean...the new one. Lagipun tak kuasa aku nak hadap wanita menyusahkan macam kau lagi Stella\" Hampa. Itu yang dirasakan Stella kini. Dia sudah dipecat. Meskipun bukan secara harfiah bekas majikannya ucapkan namun otak pintarnya dapat menangkap maksud tersirat di sebalik ucapannya tadi. 34
Watak Swan Queen nya tergantikan. Manakala watak Swan Princess yang berpengaruh besar dalam liku-liku hidupnya sebagai ballerina terbaik dilenyapkan serta merta. Kerjayanya hancur. Membentuk debu-debu pasir yang bersedia menunggu masa untuk dihanyutkan arus laut beberapa waktu lagi. Kaki lemah itu terseret sadis. Meratapi nasib yang berubah mendadak. Tidak pernah menyangka akhir kariernya akan semenyedihkan ini. Semuanya berpunca daripada kehadiran bayi di dalam kandungan. Sang ayah biologisnya, Davies, merupakan individu yang layak ditunding jari kini. Andai dia tidak terlalu larut akan feromone romantik dalam hubungan mereka, sudah tentu kerjayanya kekal selamat. Rasa cinta bodoh telah mengalpakan arah tumpu dirinya untuk usaha menata nama panggung agar lebih gah di mata semua. Sial. Davies. Lelaki itu pesalah sesungguhnya. *** Kepulangan anak perempuan tunggal pasangan suami isteri Reece agak menimbulkan kecurigaan mereka. Tuan Reece bahkan terkesan akan perubahan sikap anaknya yang lebih banyak diam. Isterinya cuba bertanya namun bisu sang anak sahajalah yang menyita balasan. Wanita cantik itu tidak turun makan atau sekadar melepas rindu dengan kedua orang tuanya seperti sebelum ini lagi. Letih memaksa dan herdikan menjadi penutup bicara ketiga beranak itu. Puan Reece bahkan menangis pilu kerana terusik hati. Ibu mana akan baik-baik sahaja ketika anak manis yang dilahirkan ke dunia membentak buat pertama kali? Suaminya hanya mampu merenung keadaan. Menenangkan sang isteri tercinta bahawa anak mereka mungkin dilanda penat melampau akan urusan kerja. Beri sedikit ruang bagi perempuan muda itu tidak masalah rasanya. 35
Berdiri di depan cermin dengan raut datarnya. Stella menatap pantulan diri. Suara-suara ghaib kembali menusuk gegendang telinga. Mengarahkannya melakukan sesuatu yang terkutuk. Bunuh... Bunuh... Bunuh bayi sial itu... Bunuh bayi sial itu Stella...bunuh... Raut Stella masih menatap lurus tidak bereaksi sehingga pantulan diri di cermin tersebut bersuara lirih. Sosok serupa Stella itu mirip sekali namun yang di dalam cermin penuh aura kelam. Sisi jahatnya mengangkat bicara. Seluruh permukaan biji matanya bahkan berwarna hitam. Terbalik dengan Stella yang memerah nyala. \"Bunuh anak tu Stella...Kau harus buktikan yang kau masih relevan... Kerjaya kau sebagai ballerina lebih penting...Buktikan kepada para manusia durjana di luar sana bahawa kau...The Lovely BalleTella Swan Queen yang sebenar-benarnya...\" Stella mengangguk patuh seperti patung yang digerakkan tubuhnya. Membalas ucapan doppelganger itu. \"Ya...aku harus buktikan...\" Kemudian, jemari lentik kurus itu mengambil ubat penggugur janin. Dibelinya sebelum singgah ke rumah orang tuanya siang tadi. Lalu, mata tidak berkedip seakan hamba abdi yang taat itu mengamati ubat di telapak tangannya. Membuka isi lantas menelan antibiotik tersebut hingga pil itu mengalir ke sistem pencernaan. Stella mencengkam sisian singki. Menahan sakit tidak terkira pada rahimnya kerana ubat tersebut sedang bekerja menghancurkan cabang bayi di dalam sana. 36
Peluh bercucur-cucur keluar. Tubuhnya terduduk di bawah lantai. Bersandar ke dinding dengan nafas tercungap-cungap. Layaknya orang ingin bersalin. Di tekan bawah perut agar semakin cepat mengeluarkan janin kecilnya. Situasi di kamar mandi begitu ngeri terlihat. Erangan dan jeritan sakit memenuhi deria. Membuktikan ada wanita gila sedang berusaha membunuh bayi nya sendiri. Kaki Stella mengangkang. Bahagian gaun tidur nipis yang dipakainya sudah dipenuhi darah segar. Mengalir deras dari bahagian kelaminnya. \"Erghhh arkhhhhh\" Stella menguatkan diri. Wajahnya basah dek linangan air mata. Sekujur tubuh bermandikan peluh dan bau hanyir darah melekat kuat. Kukunya mencakar dinding. Berpegangan kuat pada apa sahaja di sekelilingnya hingga kuku tuan badan hampir merekah. Deskpripsi betapa seksanya wanita muda itu yang sedang menggugurkan janin murni tidak bersalah. Hingga beberapa minit, Stella melepas nafasnya lelah. Dadanya naik turun. Tangan bergetar penuh darah itu mengambil bangkai daging janin yang masih tidak sempurna tersebut. Lantas, mengilai keras kerana berhasil melenyapkan hasil masalahnya yang pertama. Tepat tengah malam itu, Stella telah membunuh anaknya sendiri tanpa sepengetahuan sesiapa pun. Termasuk kedua orang tuanya yang sudah lelap di alam mimpi kerana bilik mereka kedap bunyi. Jadi tidak tahu menahu kegiatan terkutuk sang anak gila mereka lakukan. Maaf Dave. Ini yang sepatutnya. Batin Stella puas. *** 37
Genap sebulan sudah hilangnya sosok Cassandra's Stella Reece dari pandangan para kakitangan studio balet. Cindy selaku teman baik satu-satunya diblock nombor oleh Stella ketika dia ingin menghubungi. Sekadar bertanya khabar kerana rakannya tersebut ditimpa malang yakni pemecatan. Pelbagai usaha dilakukan namun Stella seakan sudah lenyap dari bumi. Bukan tidak berusaha untuk mencarinya tetapi maklumat rumah orang tua Stella tidak diketahui Cindy. Mereka memang berteman lama, tetapi bukan semua perkara peribadi mereka saling kongsikan. Menghubungi ayah dan ibu Stella juga ternyata percuma kerana tidak diangkat entah kenapa. Walhal, sebelum ini dapat sahaja dia berkomunikasi sekadar mengabari perkembangan anak mereka. \"Buat apa kau nak kisahkan perempuan gila tu Cindy? Sebagai kawan baik dia sepatutnya ucapkan perpisahan kan bukannya pergi macam tu saja lepas kena buang\" Amarah Cindy mula terpancing. Geram sekali akan sikap acah bagus milik Natalie. Salah seorang penyebab rakannya disingkirkan dari pentas ballet. \"Tentu aku kisah sebab dia kawan aku. Walaupun perempuan gila yang kau kata tu mengangdung luar nikah, sekurang-kurangnya dia bukan macam kau yang rela jual tubuh demi duit dan pangkat\" \"Apa kau cakap? Berani lawan-\" Ucapan protes Natalie terhenti kerana siluet Stella menyapa penglihatan. Cindy menoleh dan terkejut. Berlari kecil ke arah Stella dan memeluk rindu. Wajah ketat Stella ditangkup Cindy. Dia memandang sendu kerana Stella sudah cengkung begini. Tubuhnya tidak terawat baik. \"Oh lord! Kau pergi mana? Apa sebab kau mengandung boleh sepucat ini? Jangan block nombor aku lagi Stella aku risaukan kau tau.\" Stella tidak bergeming. Matanya menatap lekat ke arah Natalie. Natalie salah tingkah dan terintimidasi dengan itu. 38
Seketika tengkuknya meremang seperti kali terakhir perempuan gila tersebut merenungnya tajam beberapa minggu lalu. \"Mengandung? Kau silap Cindy\" Cindy mengerut dahi bingung. \"Maksud kau? K-kau...kan memang mengandung?\" Stella membawa bola mata kelamnya menuju mata Cindy. Lalu menjawab pernyataan Stella tanpa beban. \"Aku dah gugurkan. Bayi menyusahkan seperti itu harus aku hukum sebelum lahir. Masa depan akan lebih merana kalau dia dibenarkan hidup...\" Cindy terkedu. Kenapa Stella begitu kejam? \"K-kau...kau tak bergurau kan?\" Dan ludah Cindy tertelan kasar. Ingin dia menceramahi Stella kerana bertindak sezalim itu namun tatapan tajam layaknya malaikat maut miliknya terpaksa membuatnya diam kembali. Natalie semakin jijik akan Stella. Perempuan itu sudah tidak terpengaruh kewarasan memangnya. \"Manusia apa yang sanggup bunuh anaknya sendiri? Ceh, tingkah kau macam ni makin buat aku percaya.... That you're totally insane!\" \"HAHAHAHAHAHAHAHA!!!\" Perilaku Stella yang tiba-tiba tertawa lepas layaknya entiti wanita berjubah putih dengan rambut panjang berjuntai yang gemar bertenggek di dahan pokok dinihari bergelegar seluruh ruangan. Cindy mundur ke belakang. Gadis itu bergegas keluar dari sana kerana terlampau takut. Hilai tawa Stella bahkan memekakkan telinga. Ruang sepi yang hanya ada dua wanita sahaja itu terisi penuh dengan bunyi tawa menyeramkan Stella. Hilai tawa Stella berhenti. Bergantikan dengan sosok itu yang seperti dirasuki jiwa lain. Aura hitam kembali mengelilingi tubuh kecilnya. 39
Tiba-tiba lampu ruangan terpadam sendiri. Natalie gelisah dan tubuhnya gementar. Memekik tolong sambil cuba mendapatkan jalan keluar. Usahanya nihil kerana keadaan gelap tidak memungkinkan. DEG... DEG... DEG... Seperti filem horror, jantungnya berdegup kencang. Menanti apa yang akan menimpanya kelak. \"Somebody help me...hiksss...help!\" Jeritanya mencari bantuan. KREK KREK KREK Bunyi layaknya besi yang terseret ke lantai memasuki telinga Natalie. Wajahnya semakin pucat. Takut merajai diri dengan dasyatnya. Bayangan hitam dengan kepak sangat besar di belakang tubuhnya menjadi pemandangan Natalie. Sosok itu kelihatan samar-samar kerana tiada sumber pencahayaan. 40
Semakin dekat... Jelmaan itu datang... \"Natalie...natalie...\" Natalie memejam mata dan menutup kedua telinga. Menggeleng-geleng takut akan jelmaan hitam itu. \"Pergi! Pergi kau iblis!\" Dia menangis histeris. Tubuh penuh peluhnya berhenti bergetar. Sunyi melanda. Dengan sisa keberanian sebesar zaharah, dia perlahan membuka kelopak mata. Natalie bangun dengan terbata-bata. Menelan ludah kasar. Setiap ruang gelap itu diamati berhati-hati dengan wajah kecutnya. Sehingga kepala si wanita menoleh ke belakang. Sosok bayang hitam itu kembali muncul. Kini lebih jelas, sosok itu berwujud separuh manusia separuh burung besar. Natalie membolakan mata tatkala wajah itu mirip Stella namun versi hodoh. Sangat hodoh. Belum sempat Natalie menjerit untuk meminta bantuan agar keluar dari situ, penampakan seram tersebut berkata dengan suara parau. \"See you in hell...\" CRAK Kepala Natalie dipenggal lalu bergolek ke bawah lantai... 41
\"TIDAKKKKKKK\" Suara pekikan itu mengejutkan para kakitangan studio. Lantas, mereka bergegas menghampiri Natalie yang meracau tidak jelas. Menangis histeris kerana terjaga dari mimpi buruk barusan. Mr Fredo cuba menenangkan dengan memeluk tubuh ringkih kekasih gelapnya itu. \"Hey hey Natalie! It's me Fredo! I'm here okay?\" Natalie mendongak. Wajahnya sudah memerah basah. Mr Fredo bahkan tidak dapat mencerna kenapa sekacau itu keadaan Natalie. Cindy yang melaporkan bahawa Stella dan Natalie sedang berperang dingin di tingkat atas ruang latihan. Ketika mereka sampai, Fredo dan Cindy menemui Natalie yang sudah tidak sedarkan diri. \"S-stella...S-she...s-she wants to kill me! SHE REALLY WANTS TO KILL ME THAT INSANE WOMEN REALLY WANTS TO SEE ME DIE FREDO!!\" Racau Natalie dengan tidak menentu. \"Apa kau merepek ni Natalie? Stella dah tak ada pun. See? You're just fine now. Tak ada siapa yang nak bunuh kau\" Natalie menggeleng protes. \"NO! I'M TALKING THE TRUTH FREDO! DIA MEMANG SEGILA ITU SAMPAI GUNA ILMU TERLARANG\" Kening Fredo mengernyit. Cindy juga sama hairannya. \"Ilmu... ilmu terlarang apa maksud kau?\" \"Aku tak tau...t-tapi dalam mimpi tadi dia... dia jadi setan! Mukanya bukan manusia lagi dia betul dah jadi iblis!\" Fredo menghela nafas lelah. Malas mengambil kisah sikap pelik kekasih gelapnya ini. *** 42
Malam itu adalah malam gala. Dimana studio milik Fredo akan mengadakan pementasan Swan Queen the Musical buat julung kalinya. Sebelum ini, persembahan yang ditampilkan Stella hanyalah memenuhi jadual tayangan biasa. Berlainan pula kali ini dimana orang baru yang diwar-warkan sama hebat bakat balletnya dengan bekas Swan Queen lama itu akan beraksi. Natalie Callum. Sang bintang baru yang semakin mendapat tempat di hati peminat balet. Selepas kejadian tempoh hari, Natalie cuba melupakan mimpi buruk yang terasa nyata itu. Kembali bersemangat untuk tampil yang terbaik agar mampu menawan tiap audiens. \"Do your best baby. Show the world how satisfying you are\" Bisik Fredo pada telinga wanita yang sudah lengkap berhias dengan tatanan sanggulnya dilengkapi tiara hitam berkilau nan cantik. Tidak lupa gaun ketat khas ballerina nya yang turut berwarna senada. Natalie mengerling goda lalu membalas. \"Memuaskan sebagaimana aku memuaskan kau setiap malam kan?\" Dan tawa miang sang majikan merangkap kekasih gelapnya itu menjadi penutup perbicaraan keduanya. Sang bintang menjadi fokus utama malam ini. Natalie sudah bersedia untuk tampil. Ketika tiba masanya dia bergerak ke atas pentas, seluruh gedung ballroom bertukar gelap gelita. Audiens terpekik kejut. Beberapa saat berlalu hingga lampu semua kembali menyala dan alangkah terperanjat nya mereka semua tatkal siluet Stella sudah terpacak di atas pentas. Bisik-bisik para audiens terdengar. Sepertinya mereka menganggap apa yang berlaku adalah gimik bagi menyempurnakan persembahan semata. Fredo menyumpah. \"Siapa yang benarkan perempuan gila tu masuk?!\" Makinya pada alat penyuara kecil di sisi telinga kepada bahagian belakang tabir di seberang. 43
\"K-kami tak tau Mr... Bahagian pengawasan kata mereka memang tak nampak Stella datang sama sekali\" Fredo dibuat menggosok rambutnya kasar. Lantas, bagaimana perempuan itu boleh ada di atas pentas? Natalie hanya bungkam. Stella bahkan terlihat sangat cantik dan anggun. Tidak seperti wujud terakhir kali selepas kejadian gaduh mereka beberapa hari sebelumnya. Wanita itu seakan hidup kembali. Raut tegas namun rupawan bak bidadari kayangan dengan lekukan tubuh berbalut gaun ketat hitam layaknya imej seorang Swan Queen begitu memprovokasi keyakinan Natalie kini. Manik hazel milik Stella begitu luar biasa indah meski dihias dengan sentuhan eye shadow dan eye liner hitam pekat. Bunyi muzik klasik orkestra mengalun damai. Membawa tungkai jenjang Stella bergerak mengikuti kidung simfoni tersebut. Audiens terpukau tentu sahaja. Aura dominan feminin sang Swan Queen yang berkarakter pemimpin tertinggi kerajaan Swan Lake begitu merinding dibuatnya. Aura kelam dapat dirasai namun tidak menafikan ianya mempesona tiap indera yang pandang. Bagaimana liuk gemalai Stella menari persis angsa hitam sebenar di bawah cahaya purnama. Stella benar-benar sudah dirasuk aura gelap itu. Si cantik yang obsesi akan watak Swan Queen tidak menghiraukan tubuhnya dicakar oleh kuku sendiri demi menuntaskan watak angsa betina yang kuat nan berani. Dirinya menghayati dengan amat sangat. Menegaskan pada dunia bahawa sosok pasangan ataupun disebut kekasih tidak diperlukan sama sekali untuk kekal berlagak gah. Aura gelap tersebut semakin menjadi mengawal tubuh kecil Stella. Tidak pernah lekang membisikkan jampi mantera serapah yang berbahasa Rusia padanya 44
Bibir berpoleskan lip gloss nude terang Stella berkomat-kamit sambil tetap meneruskan tarian balletnya. луна, не свети на меня... luna, ne sveti na menya... (Moon, do not shine on me...) Луна, пожалуйста, спрячь меня ... Luna, pozhaluysta, spryach' menya ... (Moon, please hide me...) Обними меня... Obnimi menya... (Embrace me...) дай мне черную боль... day mne chernuyu bol'... (Give me the black pain...) Обними меня... Obnimi menya... (Embrace me...) дай мне черную боль... day mne chernuyu bol'... (Give me the black pain...) 45
Обними меня... Obnimi menya... (Embrace me...) дай мне черную боль... day mne chernuyu bol'... (Give me the black pain...) объятие... ob\"yatiye... (Embrace...) объятие... ob\"yatiye… (Embrace...) объятие... ob\"yatiye… (Embrace...) черная боль... chernaya bol'... (Black pain...) 46
черная боль... chernaya bol'... (Black pain...) Aktiviti pemujaan itu berlaku tanpa sedar oleh yang lain. Mereka hanya mengikuti alur cerita Swan Queen tanpa curiga barang sedikit pun. Pasukan ballerina Fredo membisu. Mereka seakan terhipnotis. Salah satu cara melancarkan perbuatan ilmu guna-guna di atas pentas sana. Tubuh Stella makin banyak timbul bekas cakaran sehingga luka goresan yang sudah memanjang di belakang tulang bahunya mengeluarkan urat-urat tidak lazim. Kulit pucat nya di bahagian itu bergerak-gerak dari dalam tubuh seperti ulat parasit. Kemudian tidak semena-mena goresan luka itu terbuka. Muncul sayap mirip angsa berwarna hitam begitu lebar dan besar tumbuh dari belakang badan kecil Stella. Para audiens terperanjat. Mereka kagum kerana menyangka kepak gergasi itu adalah kesan tatarias wardrobe closet prop. Bagaimana boleh senyata itu? Stella mendongak ke depan. Mengilai dengan kuat kerana telah berubah menjadi jelmaan iblis separuh manusia. Bayangan hitam yang merasukinya bersenandung puas akan pemonopolian manusia lemah ini. Lontaran kalimat berbahasa Rusia kuno oleh wujud iblis Stella itu mengaum seluruh ballroom. \"поклоняйся мне!!!!!\" \"poklonyaysya mne!!!!!\" (\"Worship me!!!!\") 47
поклоняйся мне!!!!!\" \"poklonyaysya mne!!!!!\" (\"Worship me!!!!\") поклоняйся мне!!!!!\" \"poklonyaysya mne!!!!!\" (\"Worship me!!!!\") Sosok iblis Stella menjampi seluruh manusia di situ untuk menyembahnya. Jelmaan ngeri itu menyeringai tatkala mereka semua bangun dari kerusi dan menunjukkan gerak tangan menyembah ke depan. Para audiens begitu juga kru belakang tabir turut menyembah sosok itu. Seakan hamba abdi yang patuh akan diktator sang ratu tegas. Masing-masing seragam membuka mulut lalu memuja penguasa wanita iblis di atas sana. \"поклоняйся твоему высочеству...\" \"poklonyaysya tvoyemu vysochestvu...\" (\"Worship Your Highness...) \"поклоняйся твоему высочеству...\" \"poklonyaysya tvoyemu vysochestvu...\" (\"Worship Your Highness...) \"поклоняйся твоему высочеству...\" \"poklonyaysya tvoyemu vysochestvu...\" (\"Worship Your Highness...\") 48
Dan hilai tawa merajai ballroom tersebut. Beberapa detik kemudian suasana kembali gelap dan ketika lampu terbuka, sosok iblis Stella hilang entah ke mana. *** Tubuh bergetar itu sudah berpeluh banyak. Air matanya mencurah-curah ketika pementasan seram baru sahaja terjadi tadi. Wanita yang dilanda cuak itu adalah Natalie. Dia berjaya menghindari perbuatan laknat Stella kerana berhasil pergi dari situ sebelum turut serta dikuasi aura gelap tersebut. Dirinya di dalam bilik air. Terpojok di sudut. Menangis teresak-esak akan apa yang menimpa. Baru dia tahu rupanya si musuh ketat mempelajari ilmu hitam. Apa kerana itu dia boleh seberjaya dahulu sebelum Natalie mengambil alih kedudukan? Setelah berjam-jam berkurunng di sana, Natalie memberanikan diri untuk ke bilik kerja sang majikan. Ataupun sebenarnya kekasih gelap empunya diri. Waktu cemas seperti sekarang hanya Fredolah tempat berlindung. Dalam hati memohon agar Fredo sudah tidak terpukau akan aksi luar batas logik Stella lalu lelaki itu kini berada di ruangannya. Pintu bilik kerja Fredo dibuka lantas tubuh Natalie membeku. Sosok iblis persis mimpinya sedang mencekik Fredo kuat hingga kaki si lelaki tidak jejak tanah. Bola mata hampir terkeluar milik Fredo menatap ngeri pada Natalie. Meminta supaya diberikan bantuan. \"Arkkkk...h-help...akkkk....\" Natalie mematung dengan mulut terbuka tatkala sosok iblis itu yang menyeringai ngeri lalu bak kaset ulang, adegan kepala terpenggal itu berlaku. Iblis itu mencantas kepala lelaki penuh dosa tepat di hadapan Natalie. Darah memancur deras hingga terpecik ke wajah Natalie. 49
\"ARGHHHHHHHHH\" Tidak kuasa menunggu lama Natalie terus berlari kencang. Kelam-kabut jika iblis itu mengejarnya. Makhluk Tuhan berwujud syaitan itu bertransformasi membentuk manusia asal yakni tubuh pemilik aslinya. Stella kembali menjadi manusia sepenuhnya. Bibirnya menyeringai puas melihat kepala dan badan Fredo yang terpisah. Mengejar Natalie? Sepertinya ditunda dahulu kerana ada urusan lain yang lebih penting. *** Davies menghentikan keretanya. Mengernyit bingung akan suasana ramai di sekitar rumah orang tua Stella. Ya, hanya dia yang tahu alamat ibu bapa Stella kerana kekasihnya itu pernah memberitanu. Niatnya ingin meluruskan hubungan mereka semula dan dia tahu pasti rumah ibu bapanya lah tempat Stella berlabuh. Dia mendekati kerumunan jiran-jirang tetangga. Bertanya sedang apa yang berlaku di dalam sana ekoran terdapat ambulans dan beberapa kereta polis. \"Excuse me.\" Tegur Davies. Lelaki tua sekitar 60-an menoleh lalu tersenyum ramah. \"Yes, young man?\" \"Hmm...ada apa ni? Kenapa polis dan ambulans boleh ada di depan rumah tu?\" Dengan raut simpati lelaki tua itu membalas. \"Pasangan suami isteri di dalam rumah tu terbunuh. Polis masih menyiasat kerana cara kematian mereka tidak begitu lazim\" Fredo terperangah. Shock untuk mencerna. Jadi, orang tua kekasihnya mati dibunuh? Otaknya semakin pusing menganalisis. Merasa ralat kerana belum sempat berkenalan dengan calon mertua. 50
Search