Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 9

Sinopsis Juzuk 9

Published by Muhd Zulq, 2021-04-24 06:46:17

Description: Sinopsis Juzuk 9

Keywords: AlQuran,Letter of The Almighty

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 9 9 Ramadhan 1441h

Ṣurah Al-A’rāf 3Pada permulaan juzuk ini terdapat sambungan kisah Nabi Shuaib ‫ ا م‬bersama dengan pembesar kaum baginda yang enggan menerima seruan dakwah yang disampaikan. Tingkah laku golongan yang angkuh pada mana mana zaman adalah sama; mereka akan berhujah mempertahankan kebatilan dan jika gagal, mereka akan mengancam dengan kuasa dan kekerasan. 3Adapun para nabi dan rasul mereka tidak sesekali gentar dan takut kepada ancaman golongan yang angkuh dan sombong itu kerana mereka mengetahui dan mengimani bahawa keteguhan mereka dalam berpegang kepada kebenaran adalah kerana bantuan dan izin Allah, dan bukannya daripada diri mereka sendiri.

3Antara hikmah daripada sesuatu bala dan ujian adalah supaya seseorang itu tunduk dan kembali bertaubat kepada Allah SWT. 3Ayat ke-99 menjelaskan kepada kita bahawa tidak sepatutnya bagi seseorang merasa aman daripada azab dan seksa Allah dan seharusnya dirinya sentiasa merasa takut dan berharap kepada Allah SWT. Kata Hasan Al-Basri, \"orang yang beriman melakukan ketaatan dalam keadaan mereka takut dan berharap kepada Allah manakala orang orang yang jahat melakukan maksiat dalam keadaan merasa aman.\"

3 Kisah Nabi Musā adalah kisah yang terpanjang di dalam surah Al-‘Arāf ini. Antara sebabnya adalah kerana Bani Israel pada setiap zaman berbeza beza akhlak dan juga perangai mereka. Maka pada kisah kisah ini terdapat pengajaran dan persiapan buat Umat Islam menghadapi pertembungan dengan kebatilan. 3Pada kisah Nabi Musā juga mengandungi ketenangan dan penguat semangat bagi Nabi Muhammad ‫ ا ّٰ و‬bagi menghadapi ujian dan cabaran daripada umatnya. 3 Cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Nabi Musā dalam berdepan dengan Fir’aun dan kaum Yahudi amat berat dan besar. Setiap kali dugaan semakin kuat, pergantungan baginda kepada Allah SWT -yang tidak akan sesekali menghina dan melemahkan baginda- juga semakin kuat.

3Pada kisah ahli sihir raun yang beriman terdapat pengajaran yang besar tentang peranan iman. Bagaimana iman mengubah cara pandang seseorang manusia. Ketika mereka diancam dengan azab oleh raun kerana beriman, mereka memperingatkan diri mereka bahawa azab raun ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan azab Allah dan bahawasanya mereka akan kembali kepada Allah SWT. Maka mereka telah memilih untuk menanggung azab raun ini demi mempertahankan keimanan mereka. 3Antara pembohongan yang paling berbahaya adalah pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin kepada rakyat kerana ianya boleh mempengaruhi permikiran dan tindakan mereka. Seperti mana yang dilakukan oleh pembesar yang berada di sekeliling raun yang telah membohongi rakyat mereka bahawa Nabi Musa dan Nabi Harun ingin memporak perandakan negara mereka dan menghina sembahan mereka walhal yang sebenarnya bukanlah sedemikian.

3Renungilah kemuliaan ini : َ ْ ُ َ ٍ‫وَ َ َ ْ َ َ ُ ِ ا ْ ْ َا ِح ِ ُ ِّ َ ْءٍ ّ ْ ِ َ ً وَ َ ْ ِ ً ِّ ُ ِّ َ ْء‬ 7:145 - َ ِ ِ َ ْ ‫ِ ُ ّةٍ وَأ ُ ْ َ ْ َ َ َ ُ ُوا ِ ْ َ ِ َ ۚ َ رِ ُ ْ دَارَ ا‬ “Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik - derhaka\".” Tetapi hanya dengan kemuliaan kitab yang diturunkan tidaklah memadai bagi meningkatkan darjat seseorang melainkan jika dirinya mengamalkan ajaran kitab itu dengan bersungguh sungguh dan menyeru orang lain berpegang dan mengamalkannya dengan sebaik baiknya.

3 Ketika mana ujian semakin getir Nabi Musā telah membimbing pengikut baginda agar meminta bantuan daripada Allah dan bersabar, serta mengingatkan mereka bahawa bumi ini milik Allah SWT dan kemenangan adalah buat mereka yang bertakwa. Maka renungilah. 3 Rahmat Allah SWT meliputi segala perkara dan Allah SWT menyebutkan bahawa Dia akan mengurniakan rahmatNya kepada hambaNya yang terpilih. Renungilah sifat sifat mereka semoga kita juga tergolong dalam golongan ini. 3 Pada surah ini juga disebutkan kisah ‫ ة ا‬/ penduduk yang tinggal di tepi pantai, yang diuji dengan ikan pada hari ibadat mereka iaitu hari sabtu. Disebutkan pada kisah ini pengakhiran bagi golongan yang menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada perbuatan mungkar dan pengakhiran golongan yang melampaui batas.

3 Juga terdapat kisah mereka yang dikurniakan oleh Allah petunjuk daripadaNya kemudian mereka berpaling daripadanya. Lihat bagaimana Allah telah menukar rupa bentuk mereka menjadi sehina hina haiwan selepas berada pada setinggi tinggi kedudukan. 3Seterusnya juzuk ini berbicara tentang permulaan perciptaan makhluk dan mena kan apa apa manfaat sembahan yang disembah selain Allah SWT.

Surah Al-Anfāl 3Topik utama surah ini adalah pengingatan terhadap orang orang Islam tentang nikmat nikmat Allah kepada mereka melalui kemenangan dalam perang Badar dan penerangan tentang sebab sebab kemenangan dan kekalahan. 3Pada permulaan surah ini disebutkan tentang pertanyaan sahabat tentang cara pembahagian harta rampasan perang. Maka untuk mengelakkan mereka daripada berselisih pendapat dalam perkara ini dan mengelakkan mereka daripada menyibukkan diri dengan urusan harta, Allah SWT telah meletakkan urusan pembahagian harta rampasan perang di tangan Rasulullah ‫ ا ّٰ و‬. Pada perkara ini terkandung tarbiah pembinaan ketakwaan kepada Allah, ketaatan kepada Rasul dan pembaikan hubungan ukhuwwah sesama mereka.

3 Juga ketika para sahabat bertanya tentang Al-Anfāl (harta rampasan perang) surah ini memulakan penerangan tentang perkara yang lebih penting dan utama iaitu tentang ketaqwaan dan mendamaikan dua pihak yang bersengketa dan jawapan tetang al-anfāl ini datang selepas 40 ayat; jawapan kepada persoalan mereka : ‫وَا ْ َ ُ ا‬ ‫( أ ّ َ َ ِ ْ ُ ِّ َ ْءٍ َ ّن ِ ّ ِ ُ ُ َ ُ وَ ِ ّ ُ ِل‬Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya). 3Disebutkan juga tentang ciri ciri orang beriman iaitu hati mereka akan menjadi takut dan gementar jika disebutkan nama Allah SWT. Didahulukan amalan hati ini berbanding dengan solat dan zakat adalah kerana hati adalah asas kepada amalan anggota luaran.

3Al-Quran memberikan perhatian yang besar kepada perbuatan mendamaikan dua pihak yang bersengketa sehingga menggandingkannya dengan ketakwaan secara umum kepada Allah SWT dan mendahulukan ke atas perintah mentaati Allah dan RasulNya. 3Perincian tentang peristiwa peperangan Badar dan bagaimana para sahabat keluar ke medan perang dan beberapa peristiwa yang berlaku pada peperangan ini yang menunjukkan tahap ketinggian iman mereka.

3Pada ayat ke-17 Umat Islam diperingatkan bahawa kemenangan ke atas golongan ku ar adalah kerana kekuatan dan bantuan daripada Allah SWT semata mata dan bukan kerana jumlah dan kekuatan mereka. Maka seseorang perlu menyandarkan segala nikmat dan kemenangan kepada Allah SWT. 3Pada ayat yang ke-29 diterangkan apakah faedah daripada ketakwaaan iaitu Allah akan mengurniakan Al-Furqan (pemisah) kepada seseorang. Apakah itu Al-Furqan? Ianya adalah cahaya di dalam hati orang yang beriman yang menjadi pemisah dan pembeza bagi mereka antara kebenaran dan kebatilan.

3Memperbanyakkan istighfar dan menyebar luaskan amalan ini dalam masyarakat adalah penyebab yang menolak bala dan azab. َ‫( وَ َ َ نَ ا ّ ُ ُ َ ِّ َ ُ ْ وَ ُ ْ َ ْ َ ْ ِ ُون‬dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar). 3Pada ayat ke-36 terdapat peringatan agar Umat Islam tidak merasa lemah dan takut jika melihat musuh membelanjakan wang dan harta yang banyak serta membuat pelbagai perancangan untuk memerangi Islam kerana segala harta yang dibelanjakan dan perancangan itu akan menjadi sebab kekecewaan mereka di dunia dan akhirat. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook