Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 5

Sinopsis Juzuk 5

Published by Muhd Zulq, 2021-04-17 14:12:54

Description: Sinopsis Juzuk 5

Keywords: AlQuran,Letter of The Almighty

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 5 5 Ramadan 1441H

Surah An-Nisa' 3 Syariat Islam semuanya bersifat rahmah dan bertujuan untuk mengangkat kesusahan dan memberikan keringanan kepada manusia. Ini dijelaskan pada ayat 26 - 27 pada surah ini. 3Pada juzuk ini terkandung panduan bagi hubungan kekeluargaan khususnya hubungan antara suami dan isteri serta bagaimana menyelesaikan perselisihan antara mereka dengan kaedah sulh (pendamaian). 3Terdapat perintah untuk memelihara hubungan silaturrahim dan memelihara kebajikan anak anak yatim serta ancaman yang dasyat buat mereka yang mengabaikan hak hak ini. 3Pada juzuk ini juga terdapat ayat ayat yang menjelaskan penyelewengan golongan Yahudi, pembohongan dan juga hasad mereka. Bandingkan sifat golongan Yahudi terdahulu dengan Yahudi pada zaman sekarang adakah masih berbeza.

3Pada rman Allah SWT : ٰ َ ْ ُ ْ ‫وَا ْ ُ ُوا ا ّ َ وَ َ ُ ْ ِ ُ ا ِ ِ َ ْ ً ۖ وَ ِ ْ َا ِ َ ْ ِ إ ْ َ ً وَ ِ ِي ا‬ ِ ِ ّ ‫وَا ْ َ َ َ ٰ وَا ْ َ َ ِ ِ وَا ْ َرِ ذِي ا ْ ُ ْ َ ٰ وَا ْ َرِ ا ْ ُ ُ ِ وَا‬ َ‫ِ ْ َ ِ وَا ْ ِ ا ّ ِ ِ وَ َ َ َ َ ْ أ ْ َ ُ ُ ْ ۗ إ ّن ا ّ َ َ ُ ِ ّ َ َ ن‬ ‫ُ ْ َ ً َ ُرًا‬ \"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musa r yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.\" [4 : 36] Terdapat 10 hak golongan yang perlu ditunaikan. Perhatikan pada diri kita adakah telah tertunai hak hak ini dan berusahalah untuk menunaikannya.

3Rasulullah SAW mendengar ayat ini : ِ‫ُ ِّ أ ّ ٍ ِ َ ِ ٍ وَ ِ ْ َ ِ َ َ َ َ ُ َ ء‬ ِ َ ْ ِ ‫َ َ ْ َ إذَا‬ ٰ ‫َ ِ ًا‬ \"Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang ka r pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?\" [4:41] Lalu baginda terus menangis. Renungilah makna ayat dan fahamilah apakah sebab sebab yang menjadikan baginda menangis. Tidak lain tidak bukan adalah kerana kasih dan sayangnya baginda terhadap kita.

3Firman Allah SWT : ‫ٌ ِّ ّ ا ْ َ َ ُ ا‬ ِ َ ‫ٍ ۚ ِّ ِّ َ ِل‬ َْ َ َ ْ ُ َ َْ ِ ِ ُ ّ ‫َ ّ َ ا‬ َ ‫َ َ َ ّ ْا‬ َ َ‫و‬ ٰ ِّ ُ ِ َ‫ۖ وَ ِ ِّ َ ءِ َ ِ ٌ ِّ ّ ا ْ َ َ ْ َ ۚ وَا ْ ُ ا ا ّ َ ِ َ ْ ِ ِ ۗ إ ّن ا ّ َ َ ن‬ - ً ِ َ ٍ‫َ ْء‬ \"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.\" Jika ini adalah larangan pada semata mata berharap bagaimana pula dengan mereka yang mengingkari wujudnya perbezaan hak antara lelaki dan wanita serta menyeru untuk menghapuskannya dan menuntut kesamarataan hak di antara mereka?

3Seterusnya pada juzuk ini terdapat ayat yang memerintahkan kita agar menunaikan amanah kepada orangnya yang berhak dan mencari keadilan ketika menjalankan hukum antara manusia. Firman Allah SWT: ‫إ ّن ا ّ َ َ ُ ُ ُ ْ أن ُ َدّوا ا ْ َ َ ِت إ َ ٰ أ ْ ِ َ وَ ذَا َ َ ْ ُ َ ْ َ ا ّ ِس أن َ ْ ُ ُ ا‬ ‫ِ ْ َ ْ ِل ۚ إ ّن ا ّ َ ِ ِ ّ َ ِ ُ ُ ِ ِ ۗ إ ّن ا ّ َ َ نَ َ ِ ً َ ِ ًا‬ \"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.\" [4 : 58] Maka perhatikanlah bagaimana amanah kita dalam mendidik anak, amanah dalam menguruskan harta dan amanah menjaga diri yang diciptakan oleh Allah SWT. Serta perhatikan pula adakah kita benar benar adil dalam menjalankan hukum antara manusia walaupun mereka berbeza agama dengan kita.

3Perintah agar mentaati perintah Allah, Rasulullah dan Ulil Amri (pemimpin). Jika berlaku perselisihan maka rujukannya adalah Al-Quran dan As-Sunnah. 3Terdapat ayat yang memperincikan sifat sifat golongan muna q yang berusaha untuk meruntuhkan dan menghancurkan Islam daripada dalam dan peringatan akan bahayanya kewujudan mereka. 3Antara sifat orang muna q : berpegang kepada selain syariat Allah SWT dan berpaling daripadanya dengan bersungguh sungguh. 3Kewajipan mematuhi hukum Allah dan RasulNya.

3Pada juzuk ini terdapat juga ayat yang menegur mereka yang membaca Al-Quran tanpa merenungi isi kandungannya. Allah SWT ber rman : ‫أ َ َ َ َ َ ّ ُونَ ا ْ ُ ْآنَ ۚ وَ َ ْ َ نَ ِ ْ ِ ِ َ ْ ِ ا ّ ِ َ َ َ ُوا‬ ‫ِ ِ ا ْ ِ َ ً َ ِ ًا‬ \"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.\" [4:82]

3Perintah untuk berhati hati terhadap musuh dan galakan untuk keluar berjihad di jalan Allah ketika terdapat sebab yang mewajibkannya dan terna halangan yang menghalangnya. 3Terdapat penerangan bahawa tujuan jihad dalam Islam adalah untuk membela golongan yang lemah, mempertahankan agama Islam dan kebebasan untuk menyampaikan dakwah. 3Peringatan tentang bahayanya hasutan syaitan dan kesungguhan mereka dalam menyesatkan kita. 3Besarnya kesan membunuh seorang Muslim tanpa sebarang hak dan ancaman azab yang dasyat ke atas pelakunya.

3Pada bahagian 1/4 terakhir surah Al-Nisa diperincikan hukum hakam yang berkaitan dengan perkahwinan seperti nusyuz dan perceraian dan disertakan dengan peringatan terhadap pemerhatian Allah SWT. Renungilah. 3Pada surah ini jelas terlihat kecaknaan Islam terhadap penyusunan sistem kekeluargaan dan pembahagian tanggungjawab di dalam keluarga dan ‫( ا ا‬kepimpinan) yang mengambil cakna tentang hak hak para wanita, maka renungilah maka adakah lagi pada surah ini sesuatu yang bertentangan dengan hak mereka?

3Pada penghujung juzuk ini disebutkan lagi perincian tentang sifat orang muna qin dan kesetiaan mereka terhadap musuh musuh Islam dan sifat malas mereka dalam melaksanakan ketaatan. Maka hendaklah kita menjauhkan diri daripada sifat sifat ini. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook