Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sinopsis Juzuk 14

Sinopsis Juzuk 14

Published by Muhd Zulq, 2021-04-29 18:14:42

Description: Sinopsis Juzuk 14

Keywords: AlQuran,Letter of The Almighty

Search

Read the Text Version

Sinopsis Juzuk 14 14 Ramadan 1441h

Surah Al-Hijr 3Dinamakan surah ini sebagai Al-Hijr (batu) bersempena dengan kisah kaum Nabi Soleh iaitu Thamud yang mana mereka dikenali dengan kemahiran mengukir batu batu bukit untuk dijadikan rumah. Kisah mereka disebutkan pada ayat ke 80 surah ini. Sehingga kini tinggalan kaum Thamud masih lagi wujud dan dikenali sebagai Madain Soleh yang terletak di Arab Saudi. 3 Tema surah ini adalah perlindungan dan penjagaan Allah terhadap agamanya. Renungan terhadap surah ini menunjukkan bahawa surah ini berbicara tentang 'perlindungan dan penjagaan' bermula daripada awal surah sehinggalah ke akhir surah.

3Pada ayat 9 disebutkan tentang perlindungan Allah SWT terhadap kitabNya iaitu Al-Quran. Pada ayat ke 16-17 dijelaskan tentang penjagaan Allah SWT terhadap langit. Seterusnya pada ayat ke 20-21 berbicara tentang penjagaan Allah SWT terhadap rezeki. Pada ayat ke 22 dijelaskan penjagaan Allah SWT terhadap air hujan yang diturunkan ke bumi. 3Seterusnya pada ayat ke 39-40 disebutkan tentang perlindungan Allah SWT terhadap Nabi Adam ‫ ا م‬dan zuriat keturunan baginda. Kemudian diceritakan juga tentang perlindungan Allah SWT terhadap Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Syuaib dan Nabi Soleh ‫ ا م‬. Akhir sekali disebutkan tentang perlindungan dan penjagaan Allah SWT terhadap Nabi Muhammad ّٰ ‫ا‬ ‫ و‬iaitu pada ayat ke 95.

3Pada permulaan surah ini disebutkan tentang Al-Quran iaitu pada ayat yang pertama dan diakhiri dengan perintah agar teguh melaksanakan perintah sehingga tibanya kematian. Ini mengisyaratkan bahawa sebab yang paling besar dalam membantu seseorang dalam keteguhan beragama adalah Al-Quran. 3Surah Al-Hijr bermula dengan Allah mengkhabarkan bahawa Dia menjaga dan melindungi kitabNya iaitu Al-Quran dan kemudian menceritakan tentang apa yang berlaku kepada para anbiya sebelum Nabi Muhammad ‫ ا ّٰ و‬sebagai pengubat hati buat baginda.

3Terdapat juga peringatan tentang kehebatan penciptaan makhluk yang telah dicipta oleh Allah SWT dan tentang hari kebangkitan dan dalil dalil yang membuktikan ia akan berlaku. 3Pada ayat ke-3 terdapat peringatan bahawa terlalu sibuk berada dalam kesenangan dan kemewahan dan lain lain adalah punca yang melalaikan seseorang daripada melakukan amal kebaikan.

3Firman Allah SWT : ْ ُ َ َ ْ َ َ َ‫وَا ْ ْر َض َ َ ْد َ َ وَأ ْ َ ْ َ ِ َ رَوَا ِ َ وَأ َ ْ َ ِ َ ِ ُ ِّ َ ْءٍ ّ ْزُو ٍن و‬ ‫ِ َ َ َ ِ َ وَ َ ّ ْ ُ ْ َ ُ ِ َازِ ِ َ وَ ن ِّ َ ْءٍ إ ّ ِ َ َ َ َا ِ ُ ُ وَ َ ُ َ ِّ ُ ُ إ ّ ِ َ َ ٍر‬ َ ِ ِ‫ّ ْ ُ ٍم وَأ ْر َ ْ َ ا ِّ َ َح َ َا ِ َ َ َ ْ َ ِ َ ا ّ َ ءِ َ ء ً َ ْ َ ْ َ ُ ُ هُ وَ َ أ ُ ْ َ ُ ِ َز‬ \"Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.\" Ayat ini menghilangkan kegusaran dan kebimbangan seorang insan tentang rezkinya. Bahawanya Allah SWT telah menjamin dan menyediakan segala galanya, hanya tinggal dirinya untuk berusaha dan bertawakkal kepadaNya.

3Terdapat kisah penciptaan manusia dan jin, perintah kepada Iblis untuk bersujud kepada Nabi Adam ‫ ا م‬dan keengganan Iblis daripada bersujud dan bagaimana dia dihalau daripada syurga disebabkan oleh sifat sombong dan hasad. Seterusnya bagaimanakah usaha Iblis untuk mengindahkan maksiat agar kita turut binasa seperti mana dia telah binasa. Maka berhati hatilah daripada tipu daya Iblis. 3Juga terdapat isyarat bahawa Iblis tidak akan dapat menguasai seseorang manusia melainkan jika manusia tersebut yang membuka peluang kepadanya.

3Pada kisah Nabi Ibrahim ‫ا م‬ diulang ulang perkataan ‫ا ى‬ (berita gembira) sedangkan ujian hidup baginda amatlah berat. Ini mengisyaratkan bahawa pada kesusahan pasti akan ada kesenangan. 3Pada kisah Nabi Lut ‫ا م‬ pula dijelaskan tentang kesan bergelumang dengan hawa nafsu terhadap kerosakan akhlak dan kehilangan perasaan malu.

3Jika seorang mu’min membaca dan memahami ayat ini, ُ ِ ّ ‫َ ِ ّ ْ ِ َدِي أ ِّ أ َ ا ْ َ ُ رُ ا‬ \"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).\" ُ ِ ْ ‫وَأ ّن َ َا ِ ُ َ ا ْ َ َا ُب ا‬ \"Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).\" Dirinya akan berjalan menuju kepada Allah dengan perasaan harap dan takut yang seimbang, tidak berputus asa daripada rahmat Allah dan tidak pula bermudah mudahan dengan dosa dan maksiat.

3Pada akhir Surah Al-Hijr terdapat penawar bagi kegelisahan dan kesusahan hati iaitu dengan memperbanyakkan bertasbih dan beribadah. Renungilah tiga yang terakhir ini : َ‫وَ َ َ ْ َ ْ َ ُ أ ّ َ َ ِ ُ َ ْرُكَ ِ َ َ ُ ُ ن‬ \"Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.\" َ ِ ِ ّ ‫َ َ ِّ ْ ِ َ ْ ِ رَ ِّ َ وَ ُ ِّ َ ا‬ \"Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.\" ُ ِ َ ْ ‫وَا ْ ُ ْ رَ ّ َ َ ّ َ ِ َ َ ا‬ ٰ \"Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.\"

Surah An-Nahl 3 Surah Al-Nahl ini turut dinamakan surah al-ni’ām (nikmat nikmat) kerana banyaknya disebutkan nikmat nikmat Allah dalam surah ini, maka renungilah isi surah ini dan perbanyakkanlah rasa syukur kepada pengurnianya iaitu Allah SWT. 3Walaupun yang dimaksudkan dengan nikmat di dalam surah ini adalah nikmat yang dapat dirasai oleh panca indera iaitu yang berkaitan dengan kenderaan, pakaian dan seumpamanya tetapi surah ini telah mengisyaratkan kepada kita satu nikmat yang paling besar daripada segala nikmat nikmat ini, iaitu nikmat penurunan Al-Quran, dan disebutkan di dalam surah ini tentang penurunan Al-Quran sebanyak tiga kali.

3Pada ayat ke 22 surah ini juga dijelaskan sebab kenapa manusia tidak beriman iaitu disebabkan oleh juhud (pengingkaran) dan istikbar (kesombongan). 3 Selepas disebutkan nikmat nikmatNya yang banyak, Allah SWT telah menceritakan kisah penduduk kampung yang mengingkari nikmat kurnian Allah dan bagaimana Dia telah menceritakan apakah hukumanNya ke atas mereka agar kita tidak ditimpa dengan apa yang telah berlaku kepada mereka. 3Pada surah ini juga disebutkan tentang contoh golongan yang bersyukur iaitu Nabi Ibrahim ‫ ا م‬dan bagaimana Al-Quran menyifatkan baginda sebagai ‫( أ‬sebuah umat) walaupun baginda hanyalah berseorangan.

3Allah SWT telah memerintahkan kepada lebah lebah pada ayat 28-29 agar mereka membuat sarang di gunung ganang, pokok pokok dan juga bangunan bangunan, kemudian agar mereka memakan segala jenis buah buahan dan bunga bungaan dan kemudian agar menuruti jalan jalan peraturan Allah SWT. 3Lebah telah melaksanakan segala perintah ini maka apakah hasilnya? Hasilnya adalah Allah mengeluarkan daripada perut lebah madu yang amat bermanfaat. Ini menjadi isyarat kepada manusia agar mereka turut mengikuti dan melaksanakan perintah perintah Allah SWT dan Dia SWT pasti akan mengeluarkan kebaikan kebaikan buat mereka.

3 Pada penutup surah ini terdapat galakan kepada pendakwah untuk berdakwah dengan hikmah dan mau’iẓah ḥasanah (peringatan yang baik), berdebat dengan cara yang lebih baik dan kemudian bersabar dengan segala ujian yang dihadapi. Wallahua'alam. Selamat bertadabbur! #FakhriFadzli Semoga bermanfaat!


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook