Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore IZWAN

IZWAN

Published by atiqahrosli25, 2020-10-06 13:31:23

Description: IZWAN

Search

Read the Text Version

Bismillahirahmanirahim sesungguhnya engkaulah penghapus dosaku



Pertama Kali. semenjak aku kenali begitu indah kata puisi mekar harum dilontar bibir aku mengenali dan aku fahami aku mengerti keadaan sebenarnya didalam puisi aku hiasi kata kata aksara berjiwa seni

Pemimpi. Diatas kertas putih bersama pena warna Dengan melakar kata pujangga Hitam putih seri permulaan langkah Lalu gambar terlukis dari pancarindera Jadi membesarlah lukisan daripada warna Terbentuk insan berkata - kata Bermimpi indah tentang dunia Lalu dakwat tertumpah Dan cerita berubah Hidup dengan nafsu dosa Ada kisah dalam cerita Hidup dineraka bermimpikan syurga

Tanya Aku. Hari ini aku lebih banyak menyepi Lebih banyak termenung bermatakan sunyi Aku bertanya aku Adakah aku tidak layak untuk bahagia? Yang sama seperti mereka Yang gembira yang tiap hari ketawa? Satau suara berbisi dalam minda Yang terduduk sekarang tidak selamanya terduduk Suatu hari nanti bahagia milikmu Berikan dia masa untuk pulih Dan berikan dia ruang untuk pilih Semangat serta bahagia yang dia cari Kekuatan yang dia perlu untuk berdiri.

Dari Langit. Hidup bermula daripada kesedaran Bukan mimpi atau angan - angan Hanya bila kau tahu siapa diri kau Hari itu, hidup kau baru bermula Mamandang langit jangan lupakan tanah Hidup dengan sepenuh hati Sampai sini saja aku mampu bertahan Dan aku rasa masanya sudah sampai Kawanku, jangan lupakan aku Panjang umur kita bertemu.

Utusan. Tulisan surat penuh makna Mengais masa melakar cerita Tentang kita Dalam cerita Muka surat akan habis Dan buku semakin nipis Dakwat ku habis Habis.

Gambar Yang di Jaga. Sewaktu ketika aku mengenali Dan sewaktu aku mengenali tidak seperti aku kenali Aku masih memiliki gambar yang sudah pudar Dan didalam sabar aku masih memiliki gambar Tetapi apa yang dimiliki aku Tidak sama seperti didalam gambar itu Aku lebih suka gambar yang dulu Daripada wajah itu Kerana, gambar yang dimiliki aku Tidak akan layu Biarpun ceria dan sedih mengundang selalu. satu . . dua . . tiga . . senyum

Janji. Aku biarkan ia didalam Dan aku bukan khas untuk dara Jagalah ia dengan penuh mendalam Setelah engkau membuat ia membara Aku munculkan serigala dalam mimpimu Serta aku datangkan juga wiramu Berlindunglah engkau disitu ketika diganggu Agar malam mu itu terus berlagu merdu Masuklah engkau didalam rumahku Tetapi dilarang membuat kacau Dan duduklah engkau disitu tanpa rasa bosan Kerana aku selalu meletakkan perhiasan.

Pernantian Tak Pasti. Siang aku gelap Malam aku padam Sekelilingku hitam Mata ku pejam Hati yang sakit sangat mendalam Bagai tertusuk benda tajam Bila aku datang kau pasti pergi Bila kau seru aku datang pasti Biar cuaca berganti - ganti Aku tetap disitu menanti kembali

Tapok. Antara senyuman padu Dan tangisan bertalu Mampukah kau beritahu aku Mana satu yang harus kau tipu dulu?

Pesanan. Kaki ku kerap berjalan Mencari ruang Melangkah sempadan Sukanya Ingat sang peneroka dunia Jangan tersalah jalan

Ha Ha Ha. Tunduk tak bererti terduduk Jatuh bertongkat paruh Diketuk patuh, bercakap tuduh Seperti kata orang bijak “Kenapa diam setelah dirasuk?” Dan balas bodohku “Adakah bila kau digigit anjing, kau menggigitnya kembali?” Diam si tuduh merasa bodoh.

Ta’kut. Dulu semasa kecil Cahaya api menangkap sepasang mataku Aku menyentuh dan merasa sakit Bahang panas yang menyengat Membuatkan aku takut untuk bermain api lagi Hari ini Aku berdiri dibawah cahaya bulan Perlukah aku gapai? Atau, Aku perlu nikmati saja?

Dunia Aku. Fantasi itulah realiti. Realiti yang kita semua sedang hidup sekarang ini, Jika ingin katakan realiti sebenar, Tunggu kita mati. Kerana disana realiti yang abadi Dan bukan lagi fantasi. Kadang, Realiti yang sangka bukan fantasi ini pun Kau benci.

Rungutan Hari Hari Aku. Masih samar dan tidak terang, Gelap yang dulu hilang kini datang Tak minta pulang Tak suruh buang Cuma takutkan ia berulang. jangan risau, malam ini masih sama dan tak ada yang berubah biasalah, ini hanya kata - kata harini tanam, esok lusa berbuah. sekarang aku tidak lagi ilusi, aku berdiri atas realiti realiti yang korang benci!!

Sahabat Pagi. Baruah bangun!!! Ayat ini yang sering mengejutkan aku, Membuatkan aku sedar akan realiti, Terjaga dan melulu untuk bersarapan pagi. Dan kini tidak lagi, Kami punya haluan sendiri, Tidak lagi berkering gusi Kerna dia mahu aku berdikari. Baruah bangun!!! Aku terjaga sekali lagi.

Teman Malam. Dulunya aku bermimpi tenang, Menjadi bulan dan keliling aku banyak bintang. Tapi, hadirnya waktu itu hnya ditengah malam, Disaat aku tidur tenang, Aku suka pada malam dan aku benci pada siang. Walaupun bintang malam kejap datang dan kejap hilang, Apabila siang aku dibuang.

Larian Tanpa Henti. Dulunya aku terpikir Adakah perjalanan hidup ini ada hadnya, Yang kaya akan sentiasa kaya Dan yang miskin akan terus menderia. Persoalan ini tidak perlu dijawab oleh sesiapa, Kerna ia hanya bermain dipikirkan sahaja. Terkadang kegembiraan kita tidak perlu diraikan Dan kesedihan kita tidak perlu diceritakan Sebab tiada siapa yang mehiraukan. Teruskan berlari mengejar mimpi yang kita impi hingga jadi realiti, Selagi hati ini bersemadi disini.

Habis. Simpankan cahaya itu sedikit Agar bisa aku nikmatinya lagi Tapi, jika ingin habiskan biar sampai aku tak terlihat sisanya Kacau malam sampai jadi siang, Bercampur aduk sampai jadi basi Ketika itu, Tiada gunanya lagi


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook