SIDANG REDAKSI Penasihat Yazman bin Yahya Penyelaras Ahmad Faizal bin Mohamad Tahir Ahli Noor Hazlinda binti Ahmad Mohd Syam Suri bin Ismail Maizatul Akma binti Mhd Hadzir Aida Sofiah binti Rusmahini Suhana binti Samsudin Siti Farahwahida bt Ahmad Zaki Nuur Azlina binti Din Hasliza binti Salleh Rafidah binti Taha Rozaid bin Ali Mohamad Nizam bin Ibrahim Mohammad Nur Azzudin bin Azmi Danish Aiman bin Mohamad Azhari Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019 (i)
SEKAPUR SIREH Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan Yazman Bin Yahya Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan Tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi Buletin PDTSPS Tahun 2019 yang telah berjaya menghasilkan sebuah dokumentasi perjalanan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS) sepanjang tahun 2018. Perubahan adalah suatu perkara yang sukar lebih-lebih lagi ketika semua perkara dirasakan telah berjalan dengan baik. Namun, tanpa kita sedari dunia persekitaran sentiasa berubah dari hari ke hari. Perkembangan teknologi dan perubahan citarasa pelanggan berlaku setiap hari dengan kita disedari atau tidak. Sebagai sebuah organisasi awam, PDTSPS sentiasa mengorak langkah untuk mendepani cabaran perubahan bagi memenuhi ekspektasi rakyat. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan pada tahun 2018 untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Aspek pembangunan diri, perekayasaan organisasi, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan, pengukuhan jaringan kerjasama dan pemantapan nilai-nilai murni menjadi tumpuan dalam setiap pelaksanaan program dan aktiviti yang digerakkan. Suasana kemesraan dan keharmonian sentiasa menjadi tunjang bagi mewujudkan sebuah organisasi berprestasi tinggi. Melangkah ke tahun baharu 2019, usaha berterusan untuk melaksanakan perubahan akan diteruskan dengan penyediaan satu Pelan Pembangunan Daerah Seberang Perai Selatan (2019-2023) dengan mengambilkira input dan pandangan pihak stakeholder. Penang 2030 akan menjadi teras program dan aktiviti yang direncanakan dengan penglibatan yang lebih aktif daripada agensi Kerajaan, pihak swasta, industri dan perniagaan, badan bukan Kerajaan (NGO), ahli akademia dan komuniti setempat serta masyarakat dengan memastikan alam sekitar terpelihara. Justeru, adalah menjadi harapan saya untuk melihat Daerah Seberang Perai Selatan terus membangun dan maju di masa hadapan seiring dengan daerah-daerah lain di negeri Pulau Pinang. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019 (ii)
Majlis Makan Malam “Cowboy Night” Pada 21 Januari 2018, bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya telah berlangsungnya Majlis Makan Malam dan Penghargaan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (KESDATA) bagi meraikan seluruh warga kerja PDTSPS bagi tahun perkhidmatan 2017. Bertemakan ‘Cowboy Night’, Majlis penuh gilang gemilang tersebut turut meraikan Tuan Haji Mohd Ali bin Sebran mantan Pegawai Daerah SPS serta tidak dilupakan seluruh ahli keluarga warga PDTSPS. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi Majlis tersebut antaranya penganugerahan Most Wanted Cowboy, Most Wanted Cowboy Junior, Healthy Lifestyle, Chasing Time, Most Popular Staff dan juga sesi Cabutan Bertuah. Majlis ini merupakan wadah untuk warga PDTSPS saling beramah mesra dan lebih mengenali untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah silaturrahim yang sedia terjalin. (1)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Fiesta Sukan Bendang Komuniti DUN Sungai Acheh Fiesta Sukan Bendang Komuniti DUN Sungai Acheh Peringkat Daerah SPS telah diadakan pada 24 Februari 2018 yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri 1. Matlamat utama penganjuran Fiesta ini adalah bagi membolehkan pemimpin Kerajaan Negeri untuk mendekati masyarakat setempat serta bagi memupuk semangat perpaduan dan muhibah di kalangan penduduk DUN Sungai Acheh. Pelbagai acara menarik telah dirancang sepanjang penganjuran Fiesta tersebut termasuk pertandingan menangkap itik dan ikan keli, kukur kelapa, panjat tiang licin, ukiran buah tembikai dan lain- lain. Selain beriadah, Fiesta ini turut memberi kesempatan kepada penduduk untuk beramah mesra dan berinteraksi secara langsung dengan pemimpin Kerajaan Negeri di samping dapat menyaksikan buat julung kalinya pemimpin bersukan dalam suasana yang penuh santai dan ceria. (2)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Kejohanan NewslCetatteurrTTitelerbuka YB ADUN Jawi Pejabat ADUN Jawi dengan kerjasama KESDATA telah menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka pada 10 Mac 2018 bertempat di Dewan Seminar PDTSPS. Kejohanan ini yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta telah dihadiri oleh seramai 103 orang peserta dari tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Sekolah Rendah. Melalui Kejohanan ini peserta dapat berkongsi pengalaman, bakat, kemahiran dan strategi permainan catur yang menguji minda serta dapat mendidik peserta untuk sentiasa bersikap sabar, menepati masa serta bijak dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu permasalahan. “Catur itu sendiri melebihi permainan dan hiburan biasa. Di dalamnya terdapat semacam riadah otak dan dan mendidik berfikir” Mufti Wilayah Persekutuan S.S Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (3)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Lawatan Kerja PAGE 4 NewTsalkeltitmeraTtiPtleelaksanaan SSR d PDTSPS pada 22 Mac 2018 telah menerima kunjungan dari Unit Pentadbiran dan Kewangan PDTSPU bersempena dengan Lawatan Kerja Pelaksanaan Penarafan Bintang System Star Rating (SSR) yang merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan Agensi Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pengurusan Daerah) yang berkongsi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam memastikan pelaksanaan dan penilaian penafaran bintang SSR dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta berada pada tahap yang cemerlang. Selamat maju jaya diucapkan kepada warga PDTSPU dan semoga mendapat penarafan SSR 5 bintang! (4)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Kursus PAGE 2 Membuat Aiskrim PDTSPS dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang di bawah Program Pembangunan Modal Insan telah menganjurkan Kursus Membuat Aiskrim pada 24 Mac 2018 bertempat di Dewan Serbaguna Jawi bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Sambutan Kursus ini amat menggalakkan dan melibatkan penyertaan orang ramai dari pelbagai latar belakang termasuk suri rumah serta pengusaha industri kecil dan sederhana. Penganjuran Kursus ini dapat membuka peluang kepada peserta untuk mempelajari ilmu dan kemahiran membuat aiskrim khususnya kepada mereka yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri bagi menambah sumber pendapatan sampingan keluarga. Semua peserta Kursus yang hadir diberikan sijil penyertaan yang disampaikan oleh YB ADUN Sungai Bakap. Program yang dijalankan ini turut dihadiri oleh Pelbagai kaum, dan peringkat umur. Semua peserta memberi tumpuan dan penuh bersemangat sepanjang perjalanan kursus dan demontrasi yang dibuat. (5)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Program Z Jelajah Usahawan & Koperasi Program Jelajah Usahawan dan Koperasi bersama Timbalan Ketua Menteri 1 telah diadakan pada 9 April 2018 di beberapa kawasan terpilih di Daerah SPS antaranya kawasan Tasek, kawasan Sungai Duri dan kawasan Sungai Jawi. Objektif Program ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara usahawan dan pengurusan koperasi dengan pemimpin Kerajaan Negeri di samping berkongsi ilmu dan khidmat nasihat berkaitan keusahawanan oleh agensi kerajaan yang hadir. Program ini juga menjadi landasan penting kepada pengusaha serta pihak pengurusan dan ahli-ahli koperasi untuk untuk merancang hala tuju perniagaan yang lebih kondusif dan berdaya saing serta membuka minda untuk meneroka idea-idea baru bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang komprehensif, relevan dan dinamik sejajar dengan keperluan masa kini dalam meningkatkan sosio-ekonomi anggota dan memartabatkan bidang keusahawanan. (6)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Hari Penamaan Calon PRU Ke-14 Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-14 yang ditetapkan pada 28 April 2018 telah berlangsung dengan lancar dalam suasana meriah dan penuh warna warni bagi Parlimen Nibong Tebal yang diadakan di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Jawi. Proses penamaan calon yang bermula seawal jam 9.00 pagi telah menyaksikan calon-calon yang bertanding hadir mengemukakan Borang Penamaan. Pada PRU kali ini, seramai 4 orang calon bertanding bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal (P.047) manakala 6 orang calon bagi DUN Jawi (N.19), 4 orang calon bagi DUN Sungai Bakap (N.20) dan 3 orang calon bagi DUN Sungai Acheh (N.21) yang menyaksikan pertembungan antara parti-parti politik BN, PKR, PAS, Penang Front Party, Parti Bersama Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia. Pengumuman calon-calon yang berjaya telah dibuat secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Parlimen Nibong Tebal (P.047) merangkap Pegawai Daerah SPS. (7)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Taklimat Pengundian PRU Ke-14 (8)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019 Sempena PRU Ke-14, PDTSPS sekali lagi telah diberikan amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pejabat Pegawai Pengurus bagi Parlimen Nibong Tebal (P.047) dan Dewan Serbaguna Jawi telah dipilih sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi pada PRU kali ini. Lebih daripada 1,000 orang petugas yang terdiri dari penjawat awam pelbagai Jabatan dan agensi telah dilantik bagi membantu kelancaran Hari Pengundian yang telah ditetapkan pada 9 Mei 2018. Pejabat Pegawai Pengurus Parlimen Nibong Tebal menzahirkan penghargaan kepada semua petugas pilihan raya yang amanah dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab serta pasukan penguatkuasa keselamatan yang komited memastikan proses pengundian berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada pengundi yang telah hadir menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian tersebut bagi menentukan kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang.
Lawatan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Kerja ke PDTSPS pada 31 Mei 2018 bertujuan bagi mendalami peranan serta fungsi pentadbiran daerah dan tanah di Daerah SPS melalui satu taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Daerah SPS. Dalam Lawatan Kerja tersebut, YAB Ketua Menteri berkesempatan untuk bersuai kenal dengan semua Ketua Jabatan, pegawai serta wakil jabatan kerajaan di Daerah SPS yang turut hadir. YAB Ketua Menteri turut menyampaikan amanat dan harapan bagi memastikan pentadbiran kerajaan di Daerah SPS berada dalam prestasi yang optima dan sentiasa berdaya maju. Hadir bersama dalam Lawatan Kerja tersebut adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB ADUN Jawi, YB ADUN Sungai Acheh, YB ADUN Bukit Tambun dan YB ADUN Sungai Bakap serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah SPS. (9)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PDTSPS telah diadakan dalam suasana meriah dan penuh warna warni pada 5 Julai 2018 di Dewan Serbaguna Jawi yang turut diserikan lagi dengan kehadiran ADUN dan jemputan dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan di Daerah SPS Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah enak hari lebaran seperti lemang, ketupat, rendang, nasi tomato, nasi himpit, rojak buah, mi kuah, bihun sup, aiskrim dan aneka kuih muih. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi pemberian sumbangan duit raya dan cabutan bertuah. Diharapkan Majlis ini menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan persaudaraan dan memberi kesempatan untuk saling bermaaf- maafan serta memupuk sikap saling memahami dan bertolak ansur. (10)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Majlis Jamuan Teh TYT Yang Ke-80 Majlis Jamuan Teh Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-80 TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Peringkat Seberang Perai telah diadakan pada 24 Julai 2018 bertempat di Dewan Milenium Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah hadir ke Majlis tersebut bersama dengan isteri, Toh Puan Datin Seri Hajah Majimor binti Shariff disantuni oleh YB Timbalan Ketua Menteri 2, YB Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pegawai Daerah SPU, Pegawai Daerah SPT dan Pegawai Daerah SPS dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, ADUN, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, pemimpin masyarakat, penjawat awam dan juga Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri. Majlis penuh istiadat tersebut dimulakan dengan tarian kebudayaan Selamat Datang dan diiringi dengan persembahan Chak Lempong dan nyanyian serta diakhiri dengan acara memotong kek dan penyampaian cenderahati. Warga PDT SPS dengan penuh takzim dan rasa kesyukuran mengucapkan Selamat Hari Jadi Yang Ke-80 kepada TYT Tun dan mendoakan semoga TYT Tun dan Toh Puan sentiasa dilimpahi rahmat serta sihat sejahtera untuk meneruskan khidmat bakti memayungi ketua pemerintahan Negeri Pulau Pinang. (11)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Kursus Pengurusan Kewangan PDTSPS pada 25 dan 26 Julai 2018 telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan bertempat di Bilik Seminar PDTSPS dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah. Kursus ini dikhususkan kepada pegawai PDTSPS yang terlibat secara langsung dalam tugasan berkaitan pengurusan kewangan dan akaun. Kursus selama dua hari ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dari Bahagian Audit Dalam PSUKPP yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan. Semoga penganjuran Kursus ini dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran Peserta dalam pengurusan kewangan di samping memastikan setiap proses kerja dilaksanakan selaras dengan arahan serta tatacara kewangan yang berkuatkuasa. (12)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Program Latihan Pengurusan Banjir Pada 26 Julai 2018, PDTSPS telah mengadakan Program Latihan Pengurusan Bencana Banjir peringkat Daerah SPS dengan objektif bagi memberi pendedahan dan latihan kepada jabatan-jabatan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana banjir. Melalui Program ini, keupayaan anggota terlibat dilatih mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) khususnya dalam aspek keselamatan, pendaftaran mangsa, pemindahan barangan dan intervensi mangsa banjir disamping turut didedahkan dengan taklimat kesihatan. Program ini telah disertai oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah SPS, Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya, RELA, JKKK dan Tenaga Nasional Berhad. (13)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Lawatan Ke Pulau Perhentian PDTSPS melalui KESDATA telah mengadakan lawatan ke Pulau Perhentian, Terengganu selama 2 hari 1 malam pada 28 dan 29 Julai 2018 yang melibatkan seramai 40 orang peserta. Program ini diadakan sebagai penghargaan kepada warga kerja PDTSPS atas sumbangan khidmat bakti yang diberikan dalam perkhidmatan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang Lawatan tersebut antaranya snorkeling bagi melihat keindahan dasar laut dan aktiviti mengelilingi pulau-pulau berhampiran dengan menggunakan bot. Dalam perjalanan pulang, peserta juga dibawa untuk membeli belah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan. Semoga Lawatan ini dapat merapatkan ukhwah antara warga PDTSPS serta memupuk semangat kerjasama, bersatu padu dan toleransi dalam mewujudkan budaya keseronokan bekerja dalam organisasi. (14)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Kursus Asas Hiasan Bunga Reben Selaras dengan dasar dan strategi pembangunan modal insan luar bandar, PDTSPS pada 4 Ogos 2018 telah menganjurkan Kursus Asas Hiasan Bunga Reben bertempat di Bilik Seminar PDTSPS. Kursus ini terbuka kepada peserta yang berminat untuk mendalami secara khusus seni kraf dan dekorasi hiasan bunga reben. Diharapkan semoga segala ilmu, kemahiran dan teknik sulaman reben yang diperoleh dalam Kursus ini dapat membantu peserta menghasilkan kepelbagaian produk berasaskan hiasan bunga reben yang kreatif dan menarik untuk menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi keluarga. (15)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Kursus Reset Minda, Reset Hati & Kongsi Aspirasi Reset Minda, Reset Hati & Kongsi Aspirasi Pada 8 Ogos 2018, bertempat di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kepala Batas, Pulau Pinang telah berlangsung Kursus Reset Minda, Reset Hati & Kongsi Aspirasi melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai PDTSPS dari pelbagai gred dan jawatan. Kursus ini diadakan bertujuan bagi membantu peserta mengurus stress demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian produktiviti organisasi di samping menekankan kepada kombinasi antara minda, jasad dan emosi ke arah kehidupan seharian yang lebih positif dan dapat meneruskan kelangsungan kehidupan kerjaya dan keluarga dengan lebih efektif. (16)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Program Ibadah Korban Sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha dan bagi mengenang kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail, PDTSPS pada 27 Ogos 2018 telah mengadakan Program Ibadah Korban yang turut melibatkan jemputan daripada jabatan-jabatan Kerajaan di sekitar Daerah SPS. Semoga Program ini dapat mendidik kerjasama di kalangan warga PDTSPS melalui kerja-kerja korban yang dilaksanakan secara gotong royong dan diharapkan Program ini juga dapat menyubur nilai serta semangat ukhwah di samping mengeratkan lagi hubungan baik sesama insan. (17)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 Bertemakan “Sayangi Malaysiaku”, Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-61 peringkat Negeri Pulau Pinang telah diraikan dengan penuh sejarah dan gilang gemilang pada 31 Ogos 2018 bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh TYT Yang di-Pertua Negeri serta diteruskan dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku dan lagu Untuk Negeri Kita. Majlis Sambutan turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri. Sebanyak 110 kontinjen mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan termasuk kontinjen PDTSPS yang melibatkan seramai 60 orang pegawai dari pelbagai gred dan jawatan. (18)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Program Semarakkan Kemerdekaan PDTSPS telah meraih Johan dalam Pertandingan Sudut 3R Merdeka Anjuran PSUKPP yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018 bersempena dengan Program Semarakkan Bulan Kemerdekaan. Bertemakan Sayangi Malaysiaku, PDTSPS telah menghias sudut di dalam Pejabat mengunakan pelbagai bahan kitar semula seperti kayu palet, kulit siput, tempurung, pelapik telur, kotak dan termasuk penggunaan 488 buah tin susu bagi menghasilkan Menara KLCC, Menara Kuala Lumpur dan KOMTAR. Penglibatan warga PDTSPS dalam Pertandingan ini secara tidak langsung menggalakkan pembudayaan kitar semula di Pejabat melalui amalan reduce, reuse & recyle ke arah menjadikan Malaysia negara yang bersih, indah dan sejahtera menjelang tahun 2020. Pelaksanaan Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama serta menjana idea kreatif di kalangan warga PDTSPS di samping mewujudkan persekitaran yang lebih ceria, menarik dan penuh dengan nilai patriotik. (19)Buletin PDTSPS / 1/Edisi 2019
Program Menandatangani Big Book Bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jawi telah melancarkan Program Menandatangani Big Book “Sayangi Malaysiaku” dan penyerahan bendera Malaysia yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah SPS pada 7 September 2018 sebagai simbolik bagi membuktikan manifestasi kasih sayang pelajar terhadap negara Malaysia yang tercinta. Program ini diadakan bertujuan bagi menyemai serta memupuk semangat patriotisme, cinta dan taat setia kepada negara di samping bagi memperingati detik bersejarah kemerdekaan. menyemai, menanam dan memupuk semangat cintadan taat setia kepada negara (20)Buletin PDTSPS / Edisi1/ 2019
Majlis Pelancaran Kaunter Bergerak JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang (JPJ) pada 3 September 2018 telah melancarkan perkhidmatan kaunter bergerak di PDTSPS dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan efisyen. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Sungai Bakap dan turut dihadiri oleh YB ADUN Jawi, YB ADUN Sungai Acheh, Ketua- Ketua Jabatan Daerah serta Pengerusi JKKK. Pelaksanaan perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ tersebut akan memberi manfaat kepada penduduk Daerah SPS bagi menyelesaikan semua urusan berkaitan JPJ termasuk pembaharuan lesen memandu (CDL sahaja), pembaharuan cukai jalan serta semakan dan bayaran saman JPJ di samping perkhidmatan pendaftaran My ID (ID portal awam), pindaan alamat dan pemeriksaan motosikal secara percuma. (21)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Daerah Pada 7 September 2018, satu Majlis Perjumpaan kali pertama bersama Pegawai Daerah SPS telah diadakan. Amanat Tuan Pegawai Daerah kepada semua warga PDTSPS untuk menjalankan amanah selaras dengan teras-teras perkhidmatan yang diikrarkan. Dalam ucapannya, Tuan Pegawai Daerah turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas pencapaian, sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh warga PDTSPS kepada Jabatan. Majlis Perjumpaan ini juga diadakan dengan objektif bagi memupuk hubungan yang lebih erat di kalangan warga PDTSPS dengan pegawai pengurusan atasan untuk berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan di samping bagi meningkatkan interaksi yang lebih berkesan dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan. (22)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
[Grab your reader’s attention with a great quote from the document or Kursus use this space to emphasize Fotografi Menggunakan Telefon Bimbit a key point. To place this text box anywhere on the page, just drag it.] Pada 8 September 2018, PDTSPS telah menganjurkan Kursus Asas Fotografi Menggunakan Telefon Bimbit bertujuan bagi memberi latihan serta kefahaman kepada peserta tentang teknik fotografi bagi menghasilkan gambar yang berkualiti dan menarik khususnya bagi tujuan penjenamaan dan pemasaran produk dalam media sosial dan juga media cetak. Dalam Kursus ini, peserta diajar mengenai teknik dan tips menyusun subjek, prop penggambaran serta pencahayaan. (23)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Kursus Mengurut Kaedah Refleksologi Pada 6 Oktober 2018, PDTSPS dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang di bawah Program Pembangunan Modal Insan telah menganjurkan Kursus Mengurut Dengan Kaedah Refleksologi. Dalam Kursus ini, peserta diajar mengenai kaedah penyembuhan penyakit dan penjagaan kesihatan dengan cara menekan titik refleksi (pusat urat saraf) di telapak kaki yang berhubung terus dengan organ di dalam badan bagi melancarkan perjalanan darah. Peserta Kursus terdiri daripada usahawan dan bakal usahawan yang ingin menjana pendapatan dengan perniagaan urutan refleksologi. (24)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Seminar Kerajaan Digital PDTSPS telah meraih Anugerah #AktifDigitalPgGov dalam Majlis Seminar Kerajaan Digital Tahun 2018 yang diadakan pada 11 Oktober 2018 bertempat di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang anjuran Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertemakan “eGOV 4.0: Utamakan Digital Untuk Rakyat”. Anugerah ini telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai penghargaan di atas komitmen dan penglibatan aktif PDTSPS dalam pelaksanaan inisiatif digital peringkat Jabatan Negeri. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat dalam memberi sumbangan di atas kejayaan ini. Semoga pengiktirafan ini akan lebih memantapkan pembudayaan ICT di kalangan warga PDTSPS dalam melaksanakan tugasan. (25)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Sambutan Hari Sukan Negara Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah SPS telah diadakan pada 13 Oktober 2018 bertempat di Padang Awam Jawi dan Kompleks Rakan Muda Jawi. Program ini dianjurkan dengan objektif bagi memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat dan memupuk semangat cintakan negara di kalangan masyarakat di samping bagi merapatkan hubungan sillaturahim. Antara aktiviti sukan dan riadah yang diadakan termasuklah senamrobik, badminton, larian, street soccer dan banyak lagi. Program dimeriahkan dengan kehadiran YB ADUN Jawi, Ketua-Ketua Jabatan Daerah serta pegawai dari pelbagai agensi. = (26)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Kursus Pengurusan Keselamatan Pada 16 dan 22 Oktober 2018, PDTSPS telah menganjurkan Kursus Pengurusan Keselamatan Dan Kawalan Di Tempat Kerja yang disampaikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal. Objektif penganjuran Kursus ini bagi memberi pendedahan kepada warga PDTSPS mengenai aspek keselamatan dan langkah pencegahan kebakaran dalam bangunan di tempat kerja serta memberi latihan kepada peserta untuk mempelajari teknik penggunaan peralatan memadam api. Selain daripada taklimat kursus secara teori, turut diadakan demonstrasi memadam kebakaran dan latihan pengunsian bangunan secara praktikal. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam kursus ini dapat membantu warga PDTSPS menangani situasi cemas semasa kebakaran dengan mahir dan cekap selaras dengan peraturan keselamatan di tempat kerja. (27)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Fiesta Sukan a Komuniti Pulau Aman Pada 27 Oktober 2018 telah berlangsungnya Fiesta Komuniti dan Sukan Komuniti Keluarga Bahagia di Pulau Aman. Program ini dianjurkan oleh PDTSPS dengan kerjasama Pejabat MMK Belia dan Sukan yang dirasmikan oleh Exco Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian. Pelbagai acara sukan telah diadakan sempena Program ini antaranya senamrobik, sepak raga, bowling kelapa, sukaneka, pertandingan mewarna dan gubahan serta banyak lagi aktiviti menarik yang melibatkan peserta dari pelbagai agensi kerajaan persatuan sukan bersama penduduk Pulau Aman. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan hubungan antara peserta dengan komuniti Pulau Aman di samping menerapkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan nilai kekeluargaan. (28)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Lawatan Kerja Penasihat Undang-Undang Negeri Pada 8 November 2018, PDTSPS telah menerima kunjungan hormat daripada YB Penasihat Undang-Undang Negeri bersama pegawai-pegawai kanan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bersempena lawatan kerja ke Pulau Aman bagi melawat lokasi tapak yang terlibat dengan prosiding kes Mahkamah. Semasa lawatan tersebut, delegasi Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri turut dibawa menaiki bot mengelilingi keseluruhan Pulau Aman bagi melihat dengan lebih dekat keindahan perkampungan nelayan dan kehidupan masyarakat setempat yang penuh dengan tradisi. Lawatan kerja ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara kedua-dua Jabatan di samping memberi peluang kepada pegawai untuk saling bertukar idea dan pandangan. (29)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Sambutan Maulidur Rasul 1439H Bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 20 November 2018 bertempat di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang disempurnakan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Seperti kelazimannya Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini turut dimeriahkan dengan laungan pujian dan selawat sebagai tanda kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW oleh kontinjen dari pelbagai jabatan dan agensi yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut termasuk kontinjen PDTSPS. Perarakan kontinjen tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dari Maahad Al-Mashoor Al-Islami menuju ke Politeknik Balik Pulau sejauh hampir dua kilometer diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri 1 dan diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta Ketua-Ketua Jabatan. (30)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Majlis Penyampaian Cek IBITA Seramai 260 anak Pulau Pinang dari Daerah SPS telah dipilih bagi menerima cek bantuan pendaftaran pelajar ke institusi pengajian tinggi bagi sesi kedua tahun 2018 dalam Majlis yang diadakan pada 15 Disember 2018 di Dewan Serbaguna Jawi yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri dan turut dihadiri oleh YB Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB ADUN Sungai Bakap, YB ADUN Jawi, YB ADUN Bukit Tambun, YB ADUN Sungai Acheh, wakil-wakil jabatan kerajaan, barisan ibu bapa serta para pelajar yang diraikan. Sumbangan sebanyak RM1,000 telah diberikan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT di Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah dan Sarawak sebanyak RM1,200 serta RM300 bagi peringkat politeknik. Semoga bantuan tersebut dapat meringankan bebanan ibu bapa dan menyuntik semangat para pelajar untuk lebih berusaha bagi melakar kejayaan yang lebih cemerlang. (31)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Program Jelajah Desa 00 Pada 22 Disember 2018 telah berlangsungnya Program Jelajah Desa peringkat Daerah SPS yang merupakan acara tahunan anjuran EXCO Pertanian & Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan dengan kerjasama PDTSPS. Antara agenda Program Jelajah Desa pada tahun ini adalah bagi meninjau projek pembinaan kediaman baru dan projek baik pulih kediaman rakyat serta pemberian bantuan peralatan ekonomi kepada keluarga terpilih. Selain itu, Program kali ini turut melibatkan sesi dialog dengan pemimpin peringkat kampung, lawatan projek IKS pembuatan mi kuni\\ng, penyerahan bantuan kepada penduduk miskin, penyampaian surat kelulusan pinjaman Mara dan diakhiri dengan Majlis Kenduri Bersama Rakyat. Prog\\ram ini turut dihadiri YB ADUN Sungai Acheh, Ketua Jabatan dan agensi. (32)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Sekilas Pandang Program Puspanita Daerah SPS Wanita Sepakat Negara Meningkat Tarikh: 1 Februari 2018 Tarikh: 11 Jun 2018 Tempat: Dewan Serbaguna Jawi Tempat: Perkarangan PDTSPS Program: Mesyuarat Agung PUSPANITA Daerah Program: Program Memasak Bubur Lambuk SPS Kali Ke-34 Tahun 2017 sempena mengimarahkan Bulan Anjuran: PUSPANITA SPS Anjuran: Ramadhan PUSPANITA SPS Tarikh: 24 Mei 2018 Tarikh: 11 Jun 2018 Tempat: Dewan Sri Pinang Tempat: Pusat Permata Al-Mahabbah, Taman Program: Majlis Penyampaian Sumbangan Jawi Ria Kepada Orang Kurang Mampu Program: Majlis Penyampaian Sumbangan Anjuran: PUSPANITA Negeri Pulau Pinang Kepada Pertubuhan Anak-Anak Yatim Anjuran: PUSPANITA SPS (33)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019
Sekilas Pandang Program Puspanita Daerah SPS Tarikh: 30 Ogos 2018 Tarikh: 27 Oktober 2018 Tempat: Sungai Acheh Tempat: Pulau Aman Program: Lawatan Sambil Belajar ke Program: Fiesta Komuniti Pulau Aman Koperasi Perusahaan Anjuran: PDTSPS dengan kerjasama Pejabat Anjuran: Pemprosesan Roselle KOBERA MMK Belia dan Sukan serta PUSPANITA SPS PUSPANITA SPS Tarikh: 12 Oktober 2018 Tarikh: 2 Disember 2018 Tempat: Hotel Olive Tree, Bayan Baru Tempat: Dewan Serbaguna Jawi Program: Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Program: Pertandingan Nasyid Anjuran: PUSPANITA Negeri Pulau Pinang PUSPANITA SPS telah meraih Johan dalam Anjuran: PUSPANITA SPS dengan kerjasama Pertandingan Persembahan Tarian dan Saguhati PERKIM dalam Pertandingan Tiru Gaya Artis. Kumpulan Huruun’ Aen (Biro Wanita KESDATA) (34)Buletin PDTSPS / Edisi 1/2019 telah dinobatkan sebagai JOHAN.
Search
Read the Text Version
- 1 - 39
Pages: