Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Usahawan Tekun

Usahawan Tekun

Published by mdsidek, 2016-01-26 06:11:49

Description: Usahawan Tekun

Search

Read the Text Version

Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 1

2 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

‘MelahirkanUsahawan Cemerlang’ NILAI-NILAI KOPRORAT • Bertanggungjawab, amanah dan komited. • Bermatlamat dan berwawasan. • Cekap dan berwibawa. • Berdaya usaha dan berbudaya keusahawanan. • Berilmu, berpengetahuan dan bermaklumat. • Bekerjasama dan mewujudkan jaringan. Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 3

TEKUN Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada Bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan dan peluang- peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan. Sehingga kini, seramai 312,894 orang usahawan telah mendapat pinjaman perniagaan daripada TEKUN Nasional. Peruntukan sebanyak RM3.5 bilion telah disalurkan kepada usahawan di seluruh Malaysia dengan pinjaman di antara RM1,000 sehingga RM100,000 untuk memula dan memperkembangkan perniagaan mereka. Justeru, melalui pinjaman mudah ini, usahawan dapat mengorak langkah dan seterusnya mencapai kejayaan di dalam perniagaan mereka. VISI TEKUN NASIONAL SEBAGAI INSTITUSI STRATEGIK PEMBIAYAAN MIKRO DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN YANG UNGGUL MISI MENYEDIAKAN PEMBIAYAAN MIKRO DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWAN PERANAN DAN OBJEKTIF • Menyediakan pembiayaan usahaniaga secara mudah dan cepat. • Menyediakan maklumat keusahawanan dan peluang-peluang perniagaan. • Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada para usahawan yang menyertai program TEKUN. • Mewujudkan Komuniti Usahawan TEKUN yang berdaya usaha, inovatif dan progresif serta jaringan perniagaan. • Memupuk budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. • Menggalakkan budaya menabung di kalangan usahawan TEKUN.4 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

KandunganKandunganKATA-KATA ALUAN 6 7Pengerusi TEKUN Nasional 8Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Pengenalan USAHAWAN-USAHAWAN BERJAYA 9 - 14 15 - 181. PERLIS 19 - 202. KEDAH 21 - 243. PULAU PINANG 25 - 284. KELANTAN 29 - 325. TERENGGANU 33 - 346. PAHANG 35 - 397. PERAK 40 - 448. SELANGOR 45 - 539. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 54 - 6010. NEGERI SEMBILAN 61 - 6711. MELAKA 68 - 7312. JOHOR 74 - 7813. SABAH 14. SARAWAK PENGHARGAAN 80Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 5

Kata-kataAluanKata-kata Aluan Pengerusi TEKUN Nasional Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada TEKUN Nasional di atas penerbitan buku yang memaparkan kisah kejayaan usahawan TEKUN Nasional. Saya melihat usaha TEKUN dalam menerbitkan buku ini adalah tepat dan kena pada masanya. Ini kerana di samping mengiktiraf kejayaan para usahawan, buku ini juga dapat menjadi inspirasi dan dorongan kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan. Selain daripada itu, kejayaan yang dipaparkan ini merupakan bukti keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu usahawan Bumiputera khususnya dalam mem- perkasakan ekonomi dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Akhir kata, saya berharap semoga dengan penerbitan buku ini akan dapat mengangkat martabat usahawan TEKUN ke status yang lebih tinggi sekaligus memberikan satu dorongan kepada warga kerja TEKUN Nasional untuk terus bekerja dengan lebih gigih dalam memastikan kejayaan usahawan TEKUN. Sekian, terima kasih. NOR AZITA BINTI ABDUL RAHMAN Pengerusi TEKUN Nasional 6 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

Kata-kata AluanKata-kataAluanPengarah Urusan &Pegawai Eksekutif TEKUN NasionalAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Saya mengalu-alukan penerbitan Buku UsahawanBerjaya TEKUN Nasional yang diterbitkan buat julungkalinya ini. Buku ini bukan sahaja memaparkan kisahkejayaan usahawan TEKUN Nasional dalam perniagaanmalah, ia juga menunjukkan pencapaian dan kejayaanTEKUN Nasional dalam membantu usahawan. TEKUNNasional boleh berbangga kerana ada di antara usahawankecil yang dibantu suatu ketika dulu, kini telah berjaya bukansahaja di dalam negara malah, di peringkat antarabangsa. Peranan TEKUN Nasional dalam membantu usahawankecil tidak boleh dinafikan. Sejak penubuhannya padatahun 1998, TEKUN Nasional telah menjadi sebuahinstitusi strategik di peringkat akar umbi yang berkesan dalam membantuBumiputera menceburkan diri dan bergiat dalam bidang perniagaan. Besarlahharapan saya, agar penerbitan Buku Usahawan Berjaya TEKUN Nasional iniakan memberikan maklumat terkini dan menjadi penggalak dan perangsangkepada usahawan dan bakal usahawan untuk menceburkan diri seterusnyamenjadi usahawan berjaya yang akan mengisi ruang-ruang buku ini padamasa akan datang. TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu danmempertingkatkan taraf ekonomi Bumiputera selaras dengan hasrat kerajaanuntuk mencapai Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB).Sekian, terima kasih.BAHAROM EMBIPengarah Urusan & Ketua Pegawai EksekutifTEKUN Nasional Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 7

PengenalanPengenalan Buku Usahawan Berjaya TEKUN Nasional ini merupakan penerbitan sulung TEKUN Nasional. Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk memaparkan perubahan- perubahan positif di kalangan usahawan yang telah menerima bantuan pinjaman melalui pelbagai program di bawah TEKUN Nasional. Melalui bantuan pinjaman ini, mereka telah berjaya melonjakkan pendapatan keluarga hasil daripada usaha yang tidak pernah henti. Ini membuktikan bahawa mereka juga boleh berjaya setanding dengan mereka yang telah berjaya di dalam perniagaan di luar sana, di samping berjaya mengubah nasib hidup keluarga mereka. Usahawan-usahawan ini dipilih berdasarkan rekod peningkatan pendapatan mereka di dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Antaranya, sektor pertanian dan perusahaan tani, peruncitan, perkhidmatan, pembuatan dan juga kontraktor kecil. Hasil daripada usaha gigih dan tidak pernah kenal erti penat, bantuan pinjaman yang diterima digunakan dengan sebaik-baiknya. Kini, mereka hidup selesa dan gembira di samping mampu memenuhi keperluan harian. Ini membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa mereka juga mampu berdiri setanding dengan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia. Selain itu, buku ini juga turut memaparkan kisah-kisah perjalanan para usahawan di bawah TEKUN Nasional dan bagaimana mereka memulakan perniagaan daripada secara kecil-kecilan dengan modal dan tempat yang terhad hingga mampu meraih pendapatan berlipat kali ganda seterusnya menyewa dan memiliki premis mereka sendiri. Maklum balas yang diterima daripada usahawan-usahawan ini menunjukkan reaksi yang sangat positif terhadap bantuan pinjaman yang diterima daripada pihak TEKUN Nasional. Mereka berhasrat untuk bergerak lebih jauh dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan masing-masing serta lebih berdaya maju pada masa hadapan. Pihak TEKUN Nasional akan sentiasa berusaha memberi peluang kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti perusahaan demi mengubah kehidupan masing-masing, namun setiap kejayaan itu perlulah diiringi dengan usaha dan tawakal pada Allah S.W.T. di samping memperkukuhkan ilmu, kemahiran dan kerohanian diri. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Jabatan Urusetia & Penyelidikan TEKUN Nasional 8 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

PerlisPerlis RUSLI ABDULLAH TEKNO TANI ENTERPRISE No 2 & 3 Dataran Genting, Behor Empiang Batu 1 1/2, Jalan Abi Tok Hashim, 01000 Kangar, Perlis. Sektor Peruncitan: Input Pertanian & Hardware TEKNO TANI ENTERPRISE (singkatan daripada Teknologi Pertanian) didaftarkan pada 6 Jun 2005. Terasperniagaannya adalah dalam input pertanian. Pemilik TEKNO TANI ENTERPRISE, Rusli Abdullah telah menerimabantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2010 (RM30,000), 2012 (RM21,000)dan pada tahun 2014 (RM50,000). Pada tahun 2011, TEKNO TANI ENTERPRISE membesarkan perniagaannyadalam bidang hardware dengan menyewa sebuah lagi kedai menjadikan dua buah kedai bersebelahan, sebuahuntuk input pertanian, manakala sebuah lagi kedai untuk barangan hardware. Kini, TEKNO TANI ENTERPRISEsemakin maju dan sedang dalam perancangan untuk membuka cawangan baru pada masa akan datang. PENDAPATAN Modal RM30,000 Jualan Bulanan RM45,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM13,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 9

Perlis Perlis CHE ZAMBERI CHE IDRIS DAYANG INDUSTRI No 1, KM 27 Jalan Padang Besar, 02200 Kaki Bukit, Perlis. Sektor Perkhidmatan: Memproses & Membekal Bahan Pencuci DAYANG INDUSTRI ditubuhkan bermodalkan RM5,000 pada tahun 1998, bermula dengan berniaga darirumah ke rumah dan kedai runcit. Proses pembuatan menggunakan kaedah manual dengan seorang pekerja. Mulamemproses di rumah secara kecil-kecilan dan pada tahun 2005 telah menyewa premis apabila permintaan semakinbertambah. Beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional sebanyak tiga kali iaitu pada tahun2010 (RM8,000), 2011 (RM30,000) dan pada tahun 2015 (RM50,000). Kini, pelanggan DAYANG INDUSTRY terdiridaripada MRSM, UiTM, PLKN, BTN dan sekolah. DAYANG INDUSTRY bakal membina kilang sendiri di tapak Lot40, Jalan Padang Besar, Batu 16, Kaki Bukit dengan keluasan 86”x 63”. PENDAPATAN Modal RM35,000 Jualan Bulanan RM10,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM3,50010 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

PerlisPerlis HAMEEDA BEE OLI MOHAMED HAMEEDA BEE OLI MOHAMED Bangunan KWSP, 01000 Kangar, Perlis. Perlis Sektor Perkhidmatan: Kedai Photostat & Alat Tulis Hameeda Bee Oli Mohamed telah memulakan perniagaan ini dengan bermodalkan RM10,000. Kemudian,beliau membuat pinjaman dengan TEKUN sebanyak RM2,000 di peringkat permulaan dengan tujuan untukmengembangkan perniagaannya. Melihat pada perniagaannya yang semakin mendapat sambutan yang luar biasadaipada pelanggan, Hameeda telah diberi peluang oleh TEKUN untuk membuat pinjman sebanyak enam kalibermula pada tahun 2003 (RM7,000), 2004 (RM20,000), 2008 (RM30,000), 2011 (RM10,000), 2013 (RM30,000)dan yang terbaru pada tahun 2015 (RM60,000). Hasil bantuan tersebut beliau telah menambah perkhidmatanseperti hot stamp, business kad, rubber stamp dan lain-lain lagi yang berkenaan. PENDAPATAN Modal RM30,000 Jualan Bulanan RM10,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM4,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 11

Perlis Perlis ROSMIZAN MANSOR ANGGUN SAUJANA BRIDAL GALLERY No 34 Taman Pertiwi Indah, Jalan Tuanku Syed Putra Seriab, 01000 Kangar, Perlis. Sektor Perkhidmatan: Perancang Perkahwinan Dan Pusat Kecantikan & Spa ANGGUN SAUJANA BRIDAL GALLERY ditubuhkan pada 8 Julai 2003 dengan modal simpanan sebanyak RM17,000. Dengan modal tersebut, pemilik hanya dapat menyewa lot kedai di tingkat satu yang mempunyai satu set pelamin, lima set pakaian pengatin, ubah suai kedai dan seorang perkerja. Selepas lima tahun, galeri ini berpindah ke lot kedai Taman Pertiwi Indah Seriab dengan menyewa satu lot kedai dua tingkat di mana tingkat bawah dijadikan butik pengatin dan di tingkat atas adalah spa. Berkat bantuan pinjaman yang diperolehi daripada TEKUN Nasional pada tahun 2008 (RM10,000), 2010 (RM25,000) dan pada tahun 2012 (RM40,000), kini Anggun Saujana Bridal Gallery mempunyai enam orang perkerja dan juga mempunyai sebuah lori dua tan dan sebuah van untuk memudahkan urusan perniagaan. Anggun Saujana Bridal Gallery juga kini telah mempunyai lebih dari 100 set pakaian pengatin dan lebih dari 20 set pelamin, bilik tidur dan meja makan beradab. PENDAPATAN Modal RM60,000 Jualan Bulanan RM25,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,000 12 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

PerlisPerlis RAHMAH HAMZAH KEDAI RUNCIT B MAL Lot 144, Batu 4 1/4, Kg. Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis. Sektor Peruncitan: Kedai Runcit PERNIAGAAN SYARIKAT B MAL ENTERPRISE ini adalah perniagaan kedai runcit yang bermula dari 10 tahunyang lalu iaitu pada tahun 2005. Bermula dari modal yang kecil berjumlah RM8,000 dari wang simpanan. Setelahperniagaan runcit ini bertambah maju, pemilik kedai runcit iaitu Rahmah Hamzah membuat permohonan pinjamandari TEKUN Nasional. Dengan suntikan modal dari pihak TEKUN Nasional yang berjumlah RM40,000 yang diberisecara berperingkat iaitu pada tahun 2008, 2011 dan 2014, perniagaan kedai runcit ini telah dapat membuatpenambahan barangan yang dijual dan membuat pengubahsuaian kedai agar lebih luas dan selesa. PENDAPATAN Modal RM20,000 Jualan Bulanan RM25,200 Pendapatan Bersih Bulanan RM2,500 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 13

Perlis Perlis THEW A/P KHAI KK PART AUTO No C17D Jalan Padang Behor, Kg Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis. Sektor Perkhidmatan: Pusat Tayar & Servis KK PART AUTO ditubuhkan pada tahun 2010 bermodalkan RM27,000 sahaja. Mendapat pinjaman TEKUNpada tahun 2012 sebanyak RM30,000 dan pada tahun 2015 sebanyak RM80,000. Pemilik kedai tayar dan servis iniberbangsa Siam bernama Thew A/P Khai. Beliau mempunyai 10 orang kakitangan yang memajukan perniagaan beliau.Beliau menjalankan perniagaan premis beliau yang berada di tempat yang strategik berhampiran pusat bandar Perlis. PENDAPATAN Modal RM300,000 Jualan Bulanan RM200,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM50,00014 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

KedahKedah SITI NORANITA HASHIM LAMOUREUX PET SHOP 66, Pusat Bandar Barat, Bandar D’aman 05200 Alor Setar, Kedah. Sektor Perkhidmatan: Kedai Haiwan LAMOUREUX PET SHOP merupakan kedai haiwan yang diusahakan oleh seorang usahawan wanita yangbernama Noranita Hashim. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang kerani di klinik haiwan, beliau memberanikandiri menceburkan diri dalam bidang perniagaan kedai haiwan. Memperolehi bantuan pinjaman TEKUN Nasionalpada tahun 2011 (RM15,000) dan juga pada tahun 2014 (RM25,000), kini perushaan Noranita telah berkembangmaju dengan mempunyai seramai tiga orang pekerja di kedainya. PENDAPATAN Modal RM140,000 Jualan Bulanan RM49,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM35,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 15

KedahKedah ROZAINI SALEH AMBANG DORONGAN SDN BHD Lot 1-8 Taman IKS KEDA, Batu 10, Jalan Jeniang, 08700 Gurub, Kedah Sektor Pembuatan: Memproses & Menjual Kuih Sejuk Beku Bermula tahun 1996, perniagaan AMBANG DORONGAN SDN BHD hanya dilakukan di rumah dengan bantuansuami dan anak-anak. Jualan juga hanya tertumpu kepada individu perseorangan dan jiran terdekat. Perniagaanberkembang setelah mendapat tempahan daripada jabatan kerajaan dan orang perseorangan untuk majlis kenduridan keraian yang lain. Pada masa tersebut, hanya cucur kacang sahaja yang diproses sendiri oleh usahawan inisementara kuih-kuih yang lain diperolehi daripada pembekal yang lain. Setelah permintaan meningkat, pembekallain menghentikan penghantaran kerana tidak dapat menampung permintaan berikutan proses pembuatan secaramanual. Bermula dari situ, usahawan ini mula menyewa bengkel untuk memproses sendiri kuih mengikut tempahanyang diterima. Menggunakan modal dan bantuan geran daripada MATRADE dan Jabatan Veterinar, beliau dapatmemproses lebih banyak kuih untuk permintaan yang meningkat. Setelah mendapat suntikan modal daripada TEKUN Nasional pada tahun 1999 (RM5,000), 20144 (RM45,000)dan 2013 (RM100,000), beliau telah menaik taraf bengkel tersebut dan dijadikan kilang memproses dan menjualkuih sejuk beku. Nama Nani’s Frozen Food telah terkenal dan produk beliau telah berjaya dieksport ke luar negaraseperti Brunei, Singapura dan yang terbaru ke negara Jepun. PENDAPATAN Modal RM25,000 Jualan Bulanan RM100,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM30,00016 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

KedahKedah NURUL WAHIDA AHMAD PUSTAKA HARRANI No 181, Jalan Shahab 5, Shahab Perdana, 05350 Alor Setar, Kedah. Sektor Perkhidmatan: Menjual & Alatulis Perniagaan PUSTAKA HARRANI dimulakan pada tahun 2008 sewaktu usahawan ini belum tamat pengajianlagi. Beliau dibantu sepenuhnya oleh suami yang juga penuntut di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar. Pinjamanyang diterima daripada TEKUN Nasional pada tahun 2008 (RM10,000), 2010 (RM25,000) dan pada tahun 2015(RM80,000) digunakan sepenuhnya bagi tujuan pengembangan perniagaan sedia ada. Selain menjual alatulis danbuku, suami beliau juga mengarang buku-buku ilmiah berkenaan Bahasa Arab dan mendapat permintaan yangtinggi di kalangan pelajar dan juga orang perseorangan. Setelah tujuh tahun berniaga, terdapat perubahan padapendapatan dan juga imej premis beliau yang lebih menarik jika dibandingkan sewaktu beliau mula berniaga dahulu. PENDAPATAN Modal RM80,000 Jualan Bulanan RM41,300 Pendapatan Bersih Bulanan RM23,400 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 17

KedahKedah FIRDAUS AZMI IHRAM TRADING (M) SDN BHD 115, 116 & 117, Tingkat Bawah, Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Kedah. Sektor Perkhidmatan: Menjual Pakaian & Kelengkapan Haji & Umrah IHRAM TRADING (M) SDN BHD telah menjalankan perniagaan selama 13 tahun, menjual pakaian siap danjuga pakaian serta kelengkapan ibadat haji dan juga umrah. Beliau membuat pinjaman TEKUN Nasional pada tahun2008 berjumlah RM30,000. Berdasarkan rekod bayaran balik yang sangat memuaskan, beliau berjaya mendapatpembiayaan untuk kali kedua sebanyak RM50,000 pada tahun 2012. Premis asal usahawan terletak di KompleksPekan Rabu, Alor Setar. Selepas mendapat pembiayaan TEKUN, beliau berjaya menambah empat cawangan dibandaraya Alor Setar, satu cawangan di Sungai Petani dan satu di Perlis. PENDAPATAN Modal RM500,000 Jualan Bulanan RM300,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM40,00018 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

Pulau PinangPulauPinang FADZIL AKASHAH OSMAN 336 MK 1, Kampung Perlis, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. Sektor Pembuatan: Perusahaan Makanan Jeruk Madu Fadzil Akashah telah menjalankan perniagaan makanan jeruk madu semenjak lima tahun yang lalu. Beliaumengusahakan pelbagai jenis makanan jeruk dan kerepek. Bermula dengan sebuah kedai, kini beliau berjayamembuka empat buah cawangan kedai makanan jeruk dan kerepek di sekitar Pulau Pinang dengan dibantu olehpara pekerjanya seramai sembilan orang. Beliau memperolehi bantuan pinjaman TEKUN Nasional sebanyakRM20,000 untuk beliau mengembangkan lagi perusahaan beliau. Selain itu, beliau juga turut menerima bantuandaripada FAMA, PERDA, PPK Seri Pulau. PENDAPATAN Modal RM20,000 Jualan Bulanan RM25,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 19

PulauPinangPulau Pinang WAN BALKIS BRAHIM SRI BALKIS BAKERI Bengkel Perusahaan Kecil & Sederhana, Pertubuhan Peladang Seri Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang Sektor Pembuatan: Perusahaan Bakeri, Kek & Pastri Wan Balkis memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2006 dengan modal pusingan sebanyak RM15,000 dengan memasarkan produk (biskut raya dan kek) ke kawasan perumahan sekitar Balik Pulau. Selepas dua tahun beroperasi, pada tahun 2008 beliau menambah modal pusingan dengan membuat pinjaman TEKUN Nasional sebanyak RM25,000. Perniagaannya semakin berkembang maju melangkaui ke seluruh negeri Pulau Pinang membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menambah jumlah pinjaman TEKUN Nasional pada RM50,000 pada tahun 2011 bagi menampung kos pengurusan dan kos penambahan mesin serta perkakasan. Seiring dengan perkembangan itu, beliau membuka kafe dan kedai kek dan pastri (sebagai cawanganya) di bangunan lot kedai berhampiran kilang. PENDAPATAN Modal RM50,000 Jualan Bulanan RM80,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM40,000 20 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

KelantanKelantan WAN AHMAD SHAFIE WAN ABDUL KADIR Depan Masjid Repek 16310 Bachok, Kelantan. Sektor Pertanian: Perusahaan Tanaman Sayuran Wan Ahmad Shafie memulakan tanaman sayuran dengan menanam sejenis sayuran. Hasil pinjaman yangditerima daripada pihak TEKUN Nasional sebanyak RM10,000, beliau telah berjaya mengembangkan tanamansayuran beliau daripada sejenis tanaman sayuran kepada empat jenis sayur-sayuran. Kebanyakan hasil sayuranbeliau dipasarkan ke TEMAN dan pemborong-pemborong tempatan kebanyakannya adalah pelanggan beliau. PENDAPATAN Modal RM10,000 Jualan Bulanan RM15,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 21

KelantanKelantan MD DZAKARIA MOHAMAD Kg. Gong Keding, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Sektor Pertanian & Perusahaan Tani: Perusahaan Ternakan Kambing Pengalaman selama lapan tahun dalam bidang ternakan kambing, Md Dzakaria Muhamad mula memberanikan diri memulakan perniagaan di dalam bidang ternakan kambing. Bermula dengan ternakan kambing secara kecil- kecilan, kini perusahaan ternakan kambing beliau telah berkembang maju. Beliau telah berjaya membuka tiga buah kandang kambing hasil daripada bantuan pinjaman yang diterima daripada TEKUN Nasional sebanyak RM20,000 dengan pendapatan bulanan yang diperolehi mencecah RM10,000 sebulan. PENDAPATAN Modal RM20,000 Jualan Bulanan RM10,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM5,000 22 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

KelantanKelantan SARIPA ZAINAL Kg. Hj. Wan Omar, Semerak, 16700 Pasir Puteh, Kelantan. Sektor Pertanian & Perusahaan Tani: Perusahaan Tanaman Ubi Keledek, Labu, Tembikai & Cili Saripa Zainal telah menjalankan perusahaan tanaman ubi keledek, labu, tembikai dan cili selama 12 tahun.Keluasan tanah yang diusahakan untuk menanam tanaman ini adalah seluas enam ekar dengan lima orang pekerja.Purata pendapatan yang diperolehi setiap bulan adalah sekitar RM9,000. Beliau pernah mendapat bantuan pinjamandaripada TEKUN Nasional sebanyak RM8,000 untuk beliau memperluaskan lagi perusahaan tanaman beliau. Rata-rata pelanggan yang membeli hasil tanaman beliau adalah di kalangan pemborong tempatan. PENDAPATAN Modal RM8,000 Jualan Bulanan RM9,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM5,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 23

KelantanKelantan ROSMIZAZILA MAT YEH Batu 19 Kg. Badak, 16300 Bachok, Kelantan. Sektor Perkhidmatan: Kedai Telekomunikasi Rosmizazila Mat Yeh menjalankan perniagaan telekomunikasi bermodalkan bantuan pinjaman yang diperolehi daripada TEKUN Nasional sebanyak RM2,000. Di peringkat permulaan, beliau hanya menjalan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan sahaja. Lama-kelamaan perniagaan beliau semakin maju di mana beliau telah berjaya membuka tiga buah cawangan kedai telekominukasi. Di peringkat permulaan, beliau hanya menjual 10 buah produk sahaja di kedai beliau, kini produk yang dijual di kedai telah meningkat mencecah 50 buah produk. Selain menjalankan perniagaan secara stokis, beliau juga menjalankan perniagaan tersebut secara online. Rosmizazila juga aktif mempromosikan produk perniagaan beliau di karnival-karnival yang dianjurkan di sekitar negeri Kelantan. PENDAPATAN Modal RM2,000 Jualan Bulanan RM18,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM5,000 24 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

TerengganTuerengganu CHE SITI MARIAM ALI SSP RIZ GLOBAL TRADE SDN BHD PT 6006 A, Pekan Batu Enam, Jalan Kelantan, 21200 Kuala Terengganu, Trerengganu. Sektor Pembuatan: Produk Makanan Kesihatan Jenama SSP Che Siti Mariam telah memulakan perusahaan makanan kesihatan bermula dari rumah di mana beliaumenjalankan secara jualan langsung sehingga berjaya membuka kedai dan mengeluarkan produk jenamanyasendiri. Kini, beliau ini telah mempunyai 19 produk makanan kesihatan dan mempunyai enam buah service centretermasuk satu di Thailand. Che Siti Mariam telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN pada tahun 2011(RM5,000) dan pada tahun 2013 (RM20,000). PENDAPATAN Modal RM50,000 Jualan Bulanan RM120,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM20,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 25

TerengganuTerengganu CHE HASNI CHE DAUD WAJA BEST ENTERPRISE Lot 19766, Jalan Sek. Keb. Gong Badak, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Sektor Pembuatan: Membuat Air Minuman Karbonat Jenama WAJA BEST Pada peringkat permulaan pemilik WAJA BEST ENTERPRISE iaitu Che Hasni Che Daud hanya menyewa rumah kedai, membuat air karbonat dengan mesin manual dengan menggunakan tenaga manusia yang ramai. Ianya semakin maju sehingga mampu membeli lot tanah dan mendirikan sebuah kilang sendiri dengan mesin air karbonat automatik. Kini, perusahaan minuman karbonat yang diusahakan oleh beliau telah berkembang maju dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. PENDAPATAN Modal RM80,000 Jualan Bulanan RM45,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM5,000 26 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

TerengganTuerengganu ROHANI AWANG @ MAMAT KEROPOK CAP INTAN Lot 301, Hadapan Masjid Kuala Kemaman, 24000 Kemaman, Terengganu. Sektor Pembuatan: Perusahaan Keropok Pada asalnya Rohani bekerja sebagai jurujual kereta. Pada tahun 1995, beliau mengambil keputusan untukberhenti kerja bagi memulakan perniagaan dengan membuat keropok secara kecil-kecilan bermodalkan RM7,000kerana pada waktu itu, ibunya sedang sakit yang amat memerlukan kewangan. Beliau memulakan operasi dibangsal tiada bekalan elektrik dan air yang berkeluasan 10 kaki persegi. Apabila ada kemajuan, beliau menyewasebuah kedai dengan kos RM150 sebulan bagi memproses keropok. Apabila bertambah maju, kedai tersebut dibelidengan harga RM10,000 untuk memproses keropok hingga sekarang. Melalui bantuan pinjaman daripada TEKUNNasional sebanyak RM30,000, beliau telah berjaya mengembangkan perusahaan keropoknya. Menariknya, setiapkali musim haji, keropok beliau telah dibawa ke Mekah dan Arab Saudi oleh syarikat popular iaitu Ryhar untukdijadikan makanan tambahan oleh jemaah haji. Pada tahun 2013, beliau telah membeli sebuah bangunan bernilaiRM1.4 juta untuk dijadikan hotel bajet yang dijangka akan beroperasi pada tahun 2016. PENDAPATAN Modal RM30,000 Jualan Bulanan RM50,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 27

TerengganuTerengganu HASANLUDIN AHMAD SRI KALONG SEAFOOD Lot 6357 Bukit Kuang, 24000 Kemaman, Terengganu. Sektor Perkhidmatan: Perusahaan Kedai Makan Pada peringkat awal perniagaan, Hasanludin hanya berniaga pasar malam selama lapan tahun. Bermula tahun 2000, beliau mula berkecimpung dalam perniagaan restoran dengan bermodalkan RM20,000 yang diterima daripada bantuan pinjaman TEKUN Nasional pada tahun 2004 di mana perniagaan berkenaan semakin hari semakin maju. Permohonan pinjaman yang dipohon daripada TEKUN Nasional pada tahun 2008 (RM20,000), 2009 (RM30,000) dan pada tahun 2015 (RM50,000) telah diluluskan oleh TEKUN Nasional. Kini, beliau telah berjaya membuka dua buah cawangan lagi iaitu di Chukai dan Dungun. PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM75,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,000 28 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

Pahang Pahang NORAZALIZA AWANG No. 363, Felda Sg. Kemahal, 28320 Triang, Pahang. Sektor Pembuatan: Perusahaan Bakeri Di peringkat awal penglibatan Norazaliza Awang dalam aktiviti membuat kek dan biskut, dia hanyamenjalankannya di rumah bermodalkan RM10,000. Berkat pinjaman daripada TEKUN Nasional sebanyak RM20,000dan juga sedikit simpanan sendiri, beliau telah menambah peralatan dan juga barang-barang keperluan yang lain.Beliau juga berjaya membina sebuah bengkel sendiri berhampiran rumah keluarga. Hari demi hari, beliau telahberjaya mendapat tempat di pasaran termasuklah menembusi pasaran di Singapura dengan bantuan FAMA. Beliaudalam proses mendapatkan persijilan halal bagi mencari peluang untuk dieksport ke Dubai dan Brunei. Di sampingitu juga beliau menjadi tenaga pengajar kepada para usahawan di bawah anjuran MARA, BELIA, Pertanian, PPKdan sebagainya. PENDAPATAN Modal RM4,000 Jualan Bulanan RM12,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM5,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 29

PahangPahang ZAKARIYA HUSSIN No 1, Jalan Niaga 1, Pusat Pertumbuhan Desa, 28380 Kemayan, Pahang. Sektor Perkhidmatan: Perusahaan Restoran Zakariya telah mengusahakan perusahaan restoran selama lebih tiga tahun. Berbekalkan pengalaman yangluas dalam bidang kedai makan, beliau telah berjaya menjadi pengusaha kedai makan di daerah Kemayan, Pahang.Beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional sejak dari tahun 2000 di mana pinjamanpertama yang diperoleh adalah sebanyak RM3,000 diikuti RM5,000 (2003), RM20,000 (2005), RM40,000 (2009)dan seterusnya mendapat pinjaman sebanyak RM100,000 pada tahun 2014. Hasil daripada usaha gigih, beliautelah berjaya membuka beberapa kedai makan di daerah Kemayan dan Keratong, Pahang. PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM30,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM13,00030 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

Pahang Pahang MOHD YUSRI MOHD YUNUS E-COMMERCE No 9, Pusat Komersial Pekan, 26600 Pekan, Pahang. Sektor Perkhidmatan: Cyber Cafe Pemilik Syarikat E-COMMERCE iaitu Mohd Yusri Mohd Yunus telah memulakan perniagaan cyber cafe padatahun 1999. Pada tahun 2009, beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional sebanyakRM35,000 di mana pinjaman yang diperoleh digunakan untuk menaik taraf dan membeli unit komputer yang baru.Hasilnya, pendapatan beliau telah meningkat 100 peratus daripada sebelumnya. Pada tahun 2012 pula, sekalilagi beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional sebanyak RM50,000. Perniagaan beliausemakin maju dan beliau telah berjaya membuka sebuah cawangan cyber cafe di IKM Pekan, Pahang. Pada tahun2012, melalui sokongan pihak TEKUN Nasional, Mohd Yusri mampu membeli sebuah bangunan premis perniagaanbernilai RM435,000. PENDAPATAN Modal RM170,000 Jualan Bulanan RM16,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM3,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 31

PahangPahang MOHAMED ALI JONAB ALI HUSSAIN AKED ALI HUSSAIN & ANAK-ANAK No 13, Jalan Dato’ Abdullah, 27600 Raub, Pahang. Sektor Peruncitan: Pemborong & Peruncit Barangan Tekstil Dan Karpet Pemilik Syarikat AKED ALI HUSSAIN & ANAK-ANAK dimiliki oleh Mohamed Ali Jonab Ali Hussain. Perniagaan ini adalah perusahaan yang diwarisi daripada bapa beliau. Di awal perniagaannya, syarikat ini hanya menyewa sebuah kedai. Namun, apabila perniagaan semakin maju, beliau berjaya memiliki premisnya sendiri. Beliau pernah pendapat suntikan pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2003 (RM10,000), 2004 (RM20,000), 2006 (RM30,000), 2009 (RM50,000), 2012 (RM50,000) dan yang terbaru adalah pada tahun 2015 (RM50,000). PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM40,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM3,500 32 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

PerakPerak JAMAHURI AHMAD JAPILOS GOPENG ADVENTURE No. 3 Kampung Pintu Padang, 31600 Gopeng, Perak. Sektor Perkhidmatan: Perusahaan Perkhidmatan Aktiviti Sukan Lasak Jamahuri Ahmad Jais banyak mempelajari teknik-teknik kerja berkaitan aktiviti lasak semasa bekerja sebagaipengawal keselamatan di syarikat Nomad Adventure. Rentetan daripada itu, beliau telah membuka perniagaansendiri dalam perkhidmatan aktiviti sukan lasak. Beliau telah menerima suntikan bantuan pinjaman daripada TEKUNNasional sebanyak RM50,000. Ketika ini, beliau telah mempunyai peralatan aktiviti lasak dan sukan air dan telahmendapat banyak tempahan aktiviti sukan lasak terutama daripada Adeline Resort. PENDAPATAN Modal RM50,000 Jualan Bulanan RM30,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM17,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 33

PerakPerak NORA ISHAK NORA JAYA ENTERPRISE Perhentian Bas, Jalan Bandar Baru 1, Jalan Gopeng, 31300 Batu Gajah, Perak. Sektor Pekhidmatan: Menjual Pakaian Terpakai (Bundle) Perniagaan NORA JAYA ENTERPRISE yang diusahakan oleh Nora Ishak ini telah diusahakan selama 25tahun dan merupakan perniagaan keluarga. Di awal penubuhan, aktiviti perniagaan lebih tertumpu di beberapalokasi pasar pagi dan pasar malam. Antara lokasi tersebut termasuklah pasar minggu Batu Gajah, pasar malamRinglet, Cameron Highland, pasar malam Kuala Terla, pasar malam Gopeng dan pasar malam Tanjung Tualang.Bermodalkan sebuah van dan besi-besi gantungan, Nora juga masuk ke kawasan pedalaman seperti kampung-kampung, estet dan kongsi. Selepas beberapa tahun berniaga secara mobil, syarikat beliau akhirnya berjayamembuka sebuah premis di tapak perhentian Bas Batu Gajah dan diberi nama Bee Gee Bundle Station. Kini,syarikat ini menjadi pilihan utama bagi pelanggan barangan bundles sama ada di kalangan penduduk setempatmahupun orang luar. Beliau telah menerima pinjaman TEKUN pada tahun 2010 (RM7,000), 2012 (RM20,000) danpada tahun 2014 (RM50,000). PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM30,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,00034 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

SelangorSelangor NGATIMAH TAHIR BAWANG ENTERPRISE No. 3 Jalan Kerayong, Kg. Bukit Bangkong, Kg. Sungai Pelek, Sepang, 43950 Sg Pelek, Selangor. Sektor Pembuatan: Memproses/Membekal & Menjual Kerepek Perusahaan perniagaan BAWANG ENTERPRISE bermula dengan jualan kerepek bawang (packing) padatahun 1992 secara kecil-kecilan dan menjadi sepenuh masa pada 1997 dengan modal RM10,000. Ngatimah Tahirtelah mendapat bantuan aset daripada Jabatan Pertanian berbentuk burner, kemudian menerima pinjaman TEKUNNasional sebanyak RM4,000 pada tahun 1999 sebagai modal pusingan, RM10,000 (modal pusingan), RM20,000(modal pusingan dan pembelian aset), RM40,000 (tanaman ubi) dan RM100,000 (modal pusingan dan mesinkapasiti tinggi). Beliau juga telah mendapat pembiayaan lebih besar dari institusi kewangan dan agensi pembiayaanselepas mendapat pembiayaan kali ketiga daripada pihak TEKUN Nasional. Memulakan operasi dari bawah rumahsebagai tempat pemprosesan, kemudian berpindah ke tempat baharu dengan proses naik taraf kilang sebanyakempat kali sehingga kini. PENDAPATAN Modal RM20,000 Jualan Bulanan RM4,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 35

SelangorSelangor MOHD SHARIF ABDUL HAMID ATI PRINTING ACG 7/7, Jalan Plumbum AC 7/AC, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Sektor Perkhidmatan: Pengiklanan Bermula pada tahun 2004, Mohd Sharif Abdul Hamid membuka sebuah kedai di UITM Puncak Perdana dengan sasaran golongan pelajar UITM. Kini, beliau berjaya menubuhkan ATI PRINTING di Seksyen 7 Shah Alam dengan menawarkan perkhidmatan percetakan berformat besar seperti banner, bunting, billboard dan papan tanda untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan menggalakkan. September 2012, beliau mula merekrut pekerja kreatif dengan menubuhkan ATI ADVERTISING SOLUTIONS SDN BHD. PENDAPATAN Modal RM40,000 Jualan Bulanan RM60,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM30,000 36 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

SelangorSelangor NORAZIAN DIN BUTIK SIREH PINANG No. 6 Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. Sektor Pembuatan: Butik Pakaian BUTIK SIREH PINANG memulakan perniagaan pada September 2003 dengan membuka kiosk di SubangParade, kemudian ditawarkan pinjaman oleh MARA sebelum Norazian Din meminjam dengan pihak TEKUNNasional. Mendapat pembiayaan lebih besar daripada PUNB sehingga membolehkan beliau membuka beberapacawangan dan membeli sebuah bangunan di Shah Alam pada tahun 2010 sebagai tempat operasi dan kilangmembuat pakaian. Bagi mengembangkan lagi perusahaan, beliau telah membuat permohonan pinjaman denganTEKUN Nasional pada tahun 2006 (RM10,000) dan 2010 (RM20,000). Beliau telah berjaya meluaskan pasaran diseluruh Malaysia dan menjangkau hingga ke negara Brunei. PENDAPATAN Modal RM700,000 Jualan Bulanan RM300,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM200,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 37

SelangorSelangor JURIFAH KADIS I. A. D. Z. ENTERPRISE Batu 18, Kg Jawa, 43100 Hulu Langat, Selangor. Sektor Pembuatan: Mengusahakan Pembuatan Kuih Tradisional Matlamat perniagaan Jurifah adalah untuk mengeluarkan kuih-kuih tradisional Melayu yang mempunyai nilai- nilai kormersial. Berkat usaha beliau dan juga mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2014 sebanyak RM100,000, Jurifah Kadis telah berjaya mengembangkan perusahaan pembuatan kuih tradional. PENDAPATAN Modal RM200,000 Jualan Bulanan RM90,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM60,000 38 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

SelangorSelangor KAMARUZI KARYA CAFÉ TWENTY TWO Lot 168 Lorong 6 1/2, Kg. Tengah Batu 13, Jalan Klang , 47100 Puchong, Selangor. Sektor Pembuatan: Pembuatan Soya / Minuman Ringan / Jus & Kordial Syarikat CAFÉ TWENTY TWO telah ditubuhkan pada 25 Januari 2007. Menariknya, nama syarikatnya adalahbersempena nombor lot kedai 22 dan menggabungkannya dengan konsep café. Operasi syarikat ini bermuladengan perniagaan makanan segera dan minuman jus segar yang terletak di premis kecil di Seri Kembangandengan dibantu oleh dua orang pekerja sahaja. Dari situ telah bermulanya perniagaan secara serius berkonsepkan‘Cari Pelanggan’ untuk menambah pendapatan syarikat. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dari pelbagaicabaran serta kerja keras tanpa mengenal erti putus asa, hari ini, CAFÉ TWENTY TWO telah mendapat pelanggandi kalangan pengusaha kantin, koperasi dan kedai runcit di kilang-kilang besar sekitar kawasan Shah Alam. Bagimenampung permintaan yang semakin meningkat. beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUNNasional pada tahun 2008 berjumlah RM30,000 dan 2012 berjumlah RM50,000. PENDAPATAN Modal RM15,000 Jualan Bulanan RM60,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM45,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 39

W.P.KualaLumpurW. P. Kuala Lumpur KORNIA NAIEE KORNIA ENTERPRISE No. 8, Lorong Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Sektor Pembuatan: Pemborong Pakaian Memulakan perniagaan dengan menjalankan perniagaan pakaian secara kecil-keciilan di Bazar Moden Masjid Jamek, kini Kornia Naiee mampu menarik nafas lega apabila perniagaan beliau telah berkembang maju dan mampu menembusi Pasaraya MYDIN di seluruh Malaysia. Berbekalkan pengalaman mengusahakan perniagaan pakaian, Puan Kornia tersenyum lebar apabila beliau mampu membuka dan memiliki empat buah bazar, satu butik pakaiannya sendiri yang diberi nama Koleksi Kornia dan sebuah kilang pakaian di Bandung, Indonesia. PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM150,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM40,000 40 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

W. P. Kuala LumpurW.P.KualaLumpur RUGAYAH MALIK GAGASAN EKSLUSIF SDN BHD Lot 7A & 8A (D’Mara), Kawasan Industri MARA (KIM), 68100 Jalan Batu Caves, Kuala Lumpur. Sektor Pembuatan: Kilang Perabot SYARIKAT GAGASAN EKSLUSIF SDN BHD diusahakan oleh seorang usahawan wanita iaitu Rugayah Malik.Syarikat ini menjalankan pembuatan perabot di Wisma Cosway, Jalan Raja Culan Kuala Lumpur. Walaupun beliaumerupakan seorang ibu tunggal, berkat doa dan usaha serta sokongan keluarga, beliau mampu membuktikanbahawa ibu tunggal juga mampu berjaya membuka perniagaan khususnya perabot di tengah-tengah kota KualaLumpur. Kini, Rugayah berjaya menjana pendapatan yang lebih besar hasil daripada bantuan pinjaman TEKUNNasional yang dipohon oleh beliau. PENDAPATAN Modal RM500,000 Jualan Bulanan RM200,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM60,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 41

W.P.KualaLumpurW. P. Kuala Lumpur ROZALFIKAR ABDUL RAHMAN USAHA DAGANG SERVICE & MARKETING Lot SK 48/49, Ground Floor, Central Market, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur. Sektor Pembuatan: Pembuat & Pembekal Cenderamata Rozalfikar memulakan perniagaan membuat dan membekal cenderamata pada tahun 2006. Berbekalkan pengalaman dalam pembuatan cenderamata, Rozalfikar melangkah lebih jauh melebarkan perniagaan beliau dengan membuka satu lagi cawangan dengan bantuan pinjaman yang diterima daripada TEKUN Nasional pada tahun 2013 (RM50,000) dan 2015 (RM100,000). Kini, perniagaan beliau berkembang maju dan memperolehi pendapatan bulanan yang amat membanggakan. PENDAPATAN Modal RM180,000 Jualan Bulanan RM95,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM7,000 42 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

W. P. Kuala LumpurW.P.KualaLumpur FATIHAH ANIS IBRAHIM FATIHAH FROZEN FOOD SDN BHD Lot 12, Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), KM 13 Jalan Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur. Sektor Pembuatan: Makanan Sejuk Beku Sebut sahaja FATIHAH FROZEN FOOD SDN BHD pasti ramai di kalangan usahawan tahu dan kenal akanpemilik perusahaan makanan sejuk beku ini. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan dengan menghantarsendiri tempahan yang diterima ke rumah-rumah pelanggan, Fatihah Anis kini sudah mempunyai kilang sejukbekunya sendiri. Produk makanan sejuk bekunya telah berjaya dipasarkan ke negara China, Brunei, Singapuradan juga negara Timur Tengah. Hasil peningkatan dalam perusahaan makanan sejuk bekunya, beliau pernahdinobatkan sebagai Usahawan Terbaik TEKUN Nasional. Beliau pernah mendapat bantuan pinjaman daripadaTEKUN Nasional pada tahun 2007 (RM40,000) dan pada tahun 2014 (RM70,000). PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM200,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM107,500 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 43

W.P.KualaLumpurW. P. Kuala Lumpur ZAHARULLAIL ALANG TEH DUA-H AUTO SDN BHD 169A, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. Sektor Perkhidmatan: Membaik Pulih & Servis Kenderaan DUA-H AUTO SDN BHD merupakan sebuah bengkel yang diusahakan oleh Zaharullail Alang Teh. Beliau memulakan perusahaan dalam bidang perkhidmatan membaiki kenderaan pada tahun 1998. Lebih membanggakan, beliau merupakan seorang usahawan OKU yang berjaya di Kampung Baru. Beliau berjaya membuka sebuah lagi cawangan bengkelnya di Kuala Lumpur. Kejayan demi kejayaan diperolehi termasuklah dianugerahkan Anugerah Tokoh Pekerja (Kategori OKU) Kementerian Sumber Manusia 1996 & Anugerah Majikan Prihatin 1998. Beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2009 (RM30,000), 2012 (RM50,000) dan pada tahun 2014 (RM100,000). PENDAPATAN Modal RM50,000 Jualan Bulanan RM82,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM5,000 44 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

Negeri SembilanNegeriSembilan THIRUNAUKARASU A/L MUTHAYAM PRINTEAM (M) SDN BHD No 27, Wisma Sangam, Jalan Kapitam Tam Yeong, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Sektor Perkhidmatan: Percetakan & Pengiklanan PRINTEAM (M) SDN BHD dimiliki bersama oleh Thirunaukarasu Muthayam. Beliau berpengalaman hampir12 tahun dalam menguruskan syarikat percetakan Printeam dan 5 tahun menguruskan syarikat percetakan milikkeluarga (Syarikat Saravana Printer). Produk yang dihasilkan diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti.Syarikat ini mempunyai pelanggan yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, MIC NegeriSembilan, Kolej Etika, Kolej Lagenda dan Lotus Group. Thirunaukarasu pernah mendapat bantuan pinjamandaripada TEKUN Nasional sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2010 sebanyak RM8,000, 2011 bernilai RM20,000dan pada tahun 2014 sebanyak RM70,000. PENDAPATAN Modal RM100,000 Jualan Bulanan RM90,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM30,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 45

NegeriSembilanNegeri Sembilan SITI AIDA ALWI Lot 69, Kg Sawah Wakil Pos, Bukit Pelandok, 71960 Port Dickson, Negeri Sembilan. Sektor Perkhidmatan: Pemborong & Pembekal Kelapa, Kerisik, Santan dan Makanan Sejuk, Pembekal Keledek serta memproses Arang Menerima bantuan pinjaman sebanyak RM3,000 pada tahun 2000 daripada TEKUN Nasional, Siti Aida Alwi telah menggunakan wang pinjaman tersebut untuk memulakan perniagaan memborong dan membekal kelapa. Apabila perniagaannya semakin meningkat maju, beliau membekalkan kelapa ke negeri Pahang, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan dengan hanya sebuah van untuk menjalankan perniagaan. Oleh kerana permintaan yang diterima semakin tinggi, Aida telah membuat beberapa permohonan pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2001 (RM5,000), 2009 (RM25,000) dan pada tahun 2012 (RM25,000) untuk menampung dan mengembangkan lagi perniagaannya. Kini, beliau telah mempunyai dua buah lori dan sebuah kenderaan mpv untuk menjalankan perniagaan. PENDAPATAN Modal RM300,000 Jualan Bulanan RM200,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM50,000 46 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

Negeri SembilanNegeriSembilan SITI NORHAYATI SHUKRI PERSONA BEAUTY & IMEJ 146-1 Jalan TKS 1, Dataran Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Sektor Perkhidmatan: Butik Pengantin & Pakaian Sekitar tahun 2011 hingga 2013, Siti Norhayati Syukri telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan denganhanya menjual kain sahaja. Perniagaannya semakin berkembang apabila dia mula menjahit baju hasil rekaanbeliau sendiri. Memperolehi bantuan pinjaman TEKUN pada tahun 2011 (RM10,000), 2012 (RM40,000) dan 2014(RM70,000), kini beliau telah berjaya mengembangkan butik pakaiannya dengan menyewa satu premis yang lebihbesar dengan pekerja seramai lima orang. Beliau juga telah mendapat banyak tempahan dari dalam dan luar negara. PENDAPATAN Modal RM250,000 Jualan Bulanan RM35,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM18,400 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 47

NegeriSembilanNegeri Sembilan KHAIRUL EFFENDI HASHIM SANABEL MARKETING & SUPLLIERS LOT 21 & 23 Kompleks Kilang SME Bank Seremban, Jalan Lombong Emas 5, Kaw. Industri Ringan, Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Sektor Pembuatan: Pembuatan & Pemasaran Makanan Sejuk Beku SANABEL MARKETING & SUPPLIERS telah diusahakan oleh Kharul Effendi Hashim. Memulakan operasi daripada rumah pada tahun 2009, kemudian bertukar pada rumah kedai pada tahun 2010. Kini, beliau mampu menyewa sebuah kilang yang lebih besar apabila permintaan dan pemasaran produk sejuk beku semakin mendapat permintaan tinggi. Produk makanan sejuk beku keluaran SANABEL MARKETING & SUPPLIERS boleh didapati di 208 outlet dan satu kiosk di seluruh negara termasuk pasaran di Brunei dan Singapura. Beliau telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2015 berjumlah RM50,000. PENDAPATAN Modal RM300,000 Jualan Bulanan RM50,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM10,000 48 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015

Negeri SembilanNegeriSembilan MUHAMAD FA’IS SUKUR SYUKUR FOOD & CHIP ENTERPRISE No 175 Felda Raja Alias 1, 72120 Jempol, Negeri Sembilan. Sektor Pembuatan: Pengusaha Produk Makanan Ringan SYUKUR FOOD & CHIP ENTERPRISE telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2010 oleh Muhamad Fais Sukur.Antara tahun 1994 hingga 2010, ia lebih dikenali dengan nama Perusahaan Kecil Kerepek Ubi Sukur yangdimulakan oleh bapanya (Sukur Binu). Pengeluaran produk dilakukan di kilangnya beralamat no 321 A, PusatMemproses Makanan Ringan, Felda Raja Alias 1, 72120 Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Manakala tempaturusan penjualan dan pembungkusan dijalankan di bangunan kedai yang dibina bersebelahan rumah kediaman dialamat, No 175 Felda Raja Alias 1, 72120 Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Beliau telah mendapat bantuanpinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2007 (RM10,000) dan pada tahun 2012 (RM50,000). PENDAPATAN Modal RM50,000 Jualan Bulanan RM60,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM20,000 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015 49

NegeriSembilanNegeri Sembilan YATI MISKAM LEGASI YATI ENTERPRISE Lot 1066, Kg. Mara Parit Tinggi, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sektor Pembuatan: Makanan Sejuk Beku LEGASI YATI ENTERPRISE telah ditubuhkan pada tahun 2012 di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1956. Ia merupakan syarikat 100 peratus Bumiputera. Konsep utama yang digunakan oleh syarikat ini ialah membuat dan membekalkan makanan sejuk beku dan kuih tradisional. LEGASI YATI ENTERPRISE giat berusaha dan bergerak kehadapan menyahut seruan kerajaan untuk menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang berjaya dan berdaya saing dalam merealisasikan segala matlamat dan misi yang termaktub di dalam syarikat. Yati Miskam telah mendapat bantuan pinjaman daripada TEKUN Nasional pada tahun 2013 berjumlah RM10,000. PENDAPATAN Modal RM3,000 Jualan Bulanan RM6,000 Pendapatan Bersih Bulanan RM3,000 50 Usahawan Berjaya TEKUN Nasional • Edisi Pertama 2015


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook