Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA KALI KE-23 TAHUN 2022

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA KALI KE-23 TAHUN 2022

Published by Redza Khalid, 2022-06-18 14:54:09

Description: BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA KALI KE-23 TAHUN 2022

Search

Read the Text Version

SABTU 23 OKTOBER 2021 9.00 PAGI KAEDAH : ATAS TALIAN (GOOGLE MET)



ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 1 SERUMPUN KATA YDP PIBG SK 2 TAMAN DAMAI JAYA 3 2 SEKAPUR SIREH PUAN GURU BESAR 5 JAWATANKUASA KERJA 6 3 MESYUARAT AGUNG PIBG SK 7 TAMAN DAMAI JAYA KALI KE-23 13 ATURCARA MESYUARAT AGUNG 16 4 PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA KALI 17 20 KE-23 21 5 SENARAI AJK PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA SESI 2021/2022 6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA KALI KE-22 7 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2021 8 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2021 9 USUL PIBG 2022 10 PROSPEKTUS 11 PENGHARGAAN

SERUMPUN KATA YDP PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA SESI 2021/2022 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terlebih dahulu marilah kita semua merafakkan rasa syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka pada hari ini kita semua dapat bersama-sama menghadiri Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ini. Tanpa sumbangan, sokongan dan komitmen yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan,sudah tentu majlis yang diadakan ini tidak dilaksanakan dengan jayanya. Seperti yang kita sedia maklum, objektif penubuhan PIBG ini adalah untuk merapatkan hubungan ibu bapa dan guru-guru serta menyalurkan segala maklumat mengenai kegiatan atau rancangan sekolah demi mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan murid-murid sama ada dibidang kurikulum atau kokurikulum. Sehubungan dengan itu, PIBG SK Taman Damai Jaya sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah membantu apa sahaja yang diperlukan untuk keselesaan murid supaya kualiti pelajar dalam bidang ilmu pengetahuan mencapai tahap yang cemerlang, berketerampilan, bersahsiah dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Justeru,untuk mencapai sasaran, ia memerlukan usaha berterusan dan anjakan paradigma ke arah kecemerlangan diri bukan sahaja dikalangan murid, malah dikalangan ibu bapa dan guru-guru. Oleh itu, saya memohon kerjasama semua ibu bapa dan guru-guru agar dapat berusaha secara lebih bersungguh-sungguh lagi untuk menjayakan usaha murni ini. Akhir kata,saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua jawatankuasa PIBG 2021/2022 yang berusaha dengan gigihnya bagi menjayakan semua program dan aktiviti sekolah yang melibatkan PIBG, sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Sekian, terima kasih. MOHD FAUZY BIN AMAT ARIS YDP PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA SESI 2021/2022 1

SEKAPUR SIREH GURU BESAR SK TAMAN DAMAI JAYA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam ukhuwah dan Selamat Sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin-NYA, kita dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Damai Jaya kali ke-23. Di kesempatan ini, saya merakamkan rasa penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG sekolah ini kerana telah dapat membantu pihak sekolah sama ada dari segi tenaga, idea dan sumbangan kewangan demi kejayaan anak didik SKTDJ. Kerjasama erat yang terjalin merupakan faktor yang amat penting dalam membina keakraban PIBG dengan pihak sekolah dalam mencapai kemajuan dan kecemerlangan yang bersepadu di antara murid dan warganya dan diharapkan akan berterusan sampai bila-bila.Usaha gigih tanpa jemu ini adalah kunci kejayaan kita bersama. Kehadiran ibu bapa pada hari ini juga amat dihargai. Saya berharap segala keputusan dapat dicapai secara telus dan segala aktiviti yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga kehadiran tuan dan puan dapat memberi manfaat demi kecemerlangan warga di sekolah ini. Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP serta AJK PIBG sesi 2021/2022 yang banyak membantu dalam melaksanakan program dan aktiviti sekolah. Terima kasih juga kepada semua warga SKTDJ yang bertungkus lumus tanpa mengira masa, tenaga dan doa serta sekalung penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada semua pihak yang memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan diberkati Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. SAFIAH BINTI JOHARI GURU BESAR SK Taman Damai Jaya JOHOR BAHRU 2

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA KALI KE-23 PENGERUSI PUAN SAFIAH BINTI JOHARI NAIB PENGERUSI RAPIDAH BINTI MD DALIS NORAZAH BINTI ABD MAJID SUHASRUL BIN MOHD HASSAN SAMBUTAN DAN PROTOKOL PERSIAPAN DEWAN/ KHEMAH SAFIAH BINTI JOHARI MOHAMAD NAZARUDIN BIN ZAKARIA RAPIDAH BINTI MD DALIS SHUKRI BIN MOHD NORAZAH BINTI ABD MAJID MOHD RITHAUDDIN BIN ALIAS SUHASRUL BIN MOHD HASSAN NASARUDIN BIN RAMDZAN JEMPUTAN PIBG/VIP MOHD KHAIRUDIN BIN JUREMI MUHAMMAD REDZA BIN KHALID SHAMSHUL AULIA BIN YUNUS AHMAD NASARUDIN BIN HUSSAIN PENDAFTARAN SIARAYA NOURUL AZURA BINTI MANAP SAFIUDIN BIN SAMSUDIN NOOR MUNIRAH BINTI ABDUL GHANI RASID BIN HUSSAIN PENGACARA MAJLIS BUKU PROGRAM SITI HADJAH BINTI MOHD YASAK MUHAMMAD REDZA BIN KHALID NUR FATIN NAJIHAH BINTI MUSA BANNER BACAAN DOA AHMAD NASARUDIN BIN HUSSAIN MOHD HELMI BIN KUSNI MUHAMMAD REDZA BIN KHALID HIASAN PENTAS PENGUMPUL USUL MUFIDAH RAMIZAH BINTI MIHAT NOOR SYAKIRIN BINTI MOHD YOSOFF SITI SALSABILA BINTI MOHD ESA NURSYAFIQAH NADHIRAH BINTI AB. LLAH PENCATAT MINIT HARDIAH BINTI AB BAKAR SHALINI A/P SIVAKUMAR NUR FADHILAH BINTI MD YUSOF SITI ZALIKA BINTI ISHAK NUR AFNIOCTAVIA BINTI A. RAZAK NUR FATIN NAJIHAH BINTI MUSA MOHD ROHAIZAL BIN MOHD SO’OUD 3

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA KALI KE-23 PENGIRA DAN PENCATAT UNDI CABUTAN BERTUAH SUHAILA BINTI SHAABAN NIK SHAMSULL BAHARUDDIN BIN MOHD ZAINU NURASHIDAH BINTI ROSLI NUR ANNISHAA BT MD NAWAWI NUR SYAHIDDA BINTI MAT GURMAIL KAUR A/P PRETAM SINGH NOOR SYAKIRIN BINTI MOHD YOSOFF RAMLEE BIN RASMAT KEBERSIHAN AHMAD IZZUDDIN BIN IBRAHIM KAMARIAH BINTI TAFRI KANMANI A/P MUNIANDY SITI ZALIKA BINTI ISHAK SITI SALSABILA BINTI MOHD ESA PERSEMBAHAN MAKANAN IBU BAPA NURUL AIEN BINTI NORDIN NURSHAKIRAH BINTI ABD HANIF KARTIKA DEWI BINTI SURIP NAZIRAH BINTI M. TAHRIR JURU GAMBAR/DOKUMENTASI NUREHAN BINTI AWANG TANJUNG SAIFULDDIN BIN HASSAN ZAKIAH BINTI MOHAMAD FARAH ADILA BINTI IBRAHIM CENDERAMATA/SIJIL PIBG MAKANAN GURU ISZAIFAH BINTI ISMAIL SHARIFAH NORA SHIDA BINTI SHARIS DIN V. PREMA A/P V.G.K MENON NURSYAFIQAH NADHIRAH BINTI AB. LLAH MAWADDAH BINTI SAAIDIN KHADRI 4

ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-23 MASA AGENDA 1.30 PETANG 2.00 PETANG - PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU 2.30 PETANG - KEHADIRAN PARA TETAMU - PERSEMBAHAN PEMBUKAAN OLEH PELAJAR 4.15 PETANG 4.30 PETANG PRA SEKOLAH 5.00 PETANG - NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BANGSA JOHOR - BACAAN DOA MESYUARAT AGUNG PIBG SKTDJ KALI KE-23 - UCAPAN YDP PIBG - UCAPAN GURU BESAR - PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 - PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2021 - PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG TAHUN 2021 - PEMBENTANGAN USUL - PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 - PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA - PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 - PENETAPAN SUMBANGAN TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 - UCAPAN PENANGGUHAN - PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN SIJIL KEPADA AJK PIBG SESI 2021/2022 - CABUTAN BERTUAH - BERSURAI 5

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 EX – EFFICIO PUAN SAFIAH BINTI JOHARI YANG DIPERTUA ENCIK MOHD FAUZY BIN AMAT ARIS NAIB YANG DIPERTUA ENCIK MOHD ARIFF BIN SAMAD SETIAUSAHA ENCIK MUHAMMAD REDZA BIN KHALID NAIB SETIAUSAHA PUAN NOOR SYAKIRIN BINTI MOHD YOSOFF BENDAHARI PUAN LIE POH LING NAIB BENDAHARI ENCIK MOHAMAD NAZARUDIN BIN ZAKARIA AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA GURU ENCIK SIVAKUMAR SUPRAMANIAM ENCIK SAFIUDIN BIN SAMSUDIN PUAN HASLINDA BT BAHRIN ENCIK SHUKRI BIN MOHAMAD ENCIK RASID BIN HUSSAIN PUAN PALMA DENAK BT AMING PUAN SARAH NORAIDA BT ABD. PUAN NOR LINDA BT ROHANI RAHMAN PUAN NOR ASIKIN BT SIDIK PUAN ISZAIFAH BT ISMAIL CIK V.PREMA A/P V.G.K MENON PEMERIKSA KIRA-KIRA IBU BAPA GURU ENCIK NOR JUANA BIN MIHAT EN NIK SHAMSULL BAHARUDDIN BIN MOHD ZAINU 6

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-22 SESI 2020/2021 TARIKH : 23 OKTOBER 2021 HARI : SABTU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING PLATFORM : GOOGLE MEET AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021 EX – EFFICIO : Puan Safiah Binti Johari YANG DIPERTUA : Encik Mohd Fauzy Bin Amat Aris NAIB YANG DIPERTUA : Encik Mohd Ariff Bin Samad SETIUSAHA : Encik Muhammad Redza bin Khalid NAIB SETIAUSAHA : Puan Noor Syakirin Binti Mohd Yosoff BENDAHARI : Puan Lie Poh Ling NAIB BENDAHARI : Encik Mohamad Nazarudin Bin Zakaria AHLI JAWATANKUASA : Encik Safiudin bin Samsudin : Encik Shukri Bin Mohamad : Encik Rasid Bin Hussain : Puan Sarah Noraida Bt Abd. Rahman : Puan Iszaifah Bt Ismail : Cik V.Prema a/p V.G.K Menon : Encik Samsudin Bin Hassan : Encik Sivakumar Supramaniam : Puan Haslinda Bt Bahrin : Puan Palma Denak Bt Aming : Puan Nor Linda Bt Rohani 7 : Puan Nor Asikin Bt Sidik

PEMERIKSA KIRA-KIRA : En Nik Shamsull Baharuddin Bin Mohd Zainu : Encik Nor Juana Bin Mihat ANGGOTA YANG HADIR Jumlah ibu bapa yang hadir ialah seramai 100 orang termasuk Ahli Jawatankuasa. AGENDA 1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Menjemput Encil Nik Shamsul untuk membacakan doa pembukaan majlis. 1.2 Encik Fauzy mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga kepada para Ahli Jawatankuasa kerja yang berusaha menyediakan tempat dan peralatan. 1.3 Encik Fauzy mendoakan agar Pandemik Coid-19 segera berkahir agar aktiviti yang dirancang PIBG dapat berjalan dengan lancar. 1.4 Encik Fauzy juga menyeru ibu bapa agar dapat membantu pihak sekolah dalam segala aspek pada masa akan dating. 2. KATA ALU-ALUAN GURU BESAR 2.1 Puan Safiah yang baru sahaja bertukar ke SK Taman Damai Jaya mengucapkan salam perkenalan kepada para ibu bapa yang hadir. 2.2 Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat. 2.3 Menerangkan pembukaan semula sekolah pada 24 Oktober untuk kelas Pra Sekolah. 2.4 Negeri Johor akan memasuki Fasa 4 PPN pada 25 Oktober. 2.5 Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 8 November 2021 bagi Tahap 1 sahaja. 2.6 Sistem penggiliran pelajar akan digunakan bagi mengelakkan kesesakan semasa di sekolah. 2.7 Sebarang perubahan akan dimaklumkan. 8

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 3.1 Minit dibentang oleh Encik Muhammad Redza bin Khalid selaku setiausaha PIBG sesi 2020/2021. 3.2 Minit dicadang untuk disahkan oleh Puan Palma Denak Binti Aming dan disahkan oleh Puan Zainab Binti Sahmad. 4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA TAHUNAN KEWANGAN PIBG 2020 DAN 2021 4.1 Puan Lie Poh Ling selaku Bendahari Kehormat PIBG membentangkan Penyata Tahunan Kewangan PIBG sekolah bagi Tahun 2020. 4.2 PENDAPATAN PIBG 2020 RM 26, 243.67 PERBELANJAAN PIBG 2020 RM 12, 658.00 BAKI SEHINGGA 31 DISEMBER 2020 RM 13, 585.67 4.3 Puan Haslinda Bt Bahrin mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh Puan Salina. 4.4 Puan Lie Poh Ling selaku Bendahari Kehormat PIBG membentangkan Penyata Tahunan Kewangan PIBG sekolah hingga Bulan Jun 2021. 4.5 RM 17, 786.05 PENDAPATAN PIBG 2021 RM 6, 270.50 PERBELANJAAN PIBG 2021 RM 11, 515.55 BAKI SEHINGGA 30 JUN 2021 4.6 Puan Hardiah Binti Abu Bakar mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh Encik Saifuldin Bin Hassan. 5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN TAHUNAN PIBG 2020 5.1 Encik Muhammad Redza Bin Khalid membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bagi tahun 2020. 9

6. MEMBAHASKAN USUL ( 5 USUL DITERIMA) 6.1 Usul pertama daripada Encik Mohd Zulkifli Bin Zainal Abidin. 6.1.1 Usul ditolak kerana tidak hadir mesyuarat. 6.2 Usul kedua daripada Puan Hariyati Bte Ab Wahid. 6.2.1 Usul ditolak kerana tidak hadir mesyuarat. 6.3 Usul ketiga daripada Encik Muhammad Luqman Bin Masrom. 6.3.1 Usul ditolak kerana tidak hadir mesyuarat. 6.4 Usul keempat daripada Encik Zul Azwan Bin Mohammad. 6.4.1 Usul ditolak kerana tidak hadir mesyuarat. 6.5 Usul kelima daripada Puan Sharifah Nurintan Fazlina Syed Mohamed. 6.5.1 Usul ditolak kerana tidak hadir mesyuarat. 7. PENETAPAN SUMBANGAN PIBG 2021 7.1 Encik Mohd Fauzy menerangkan bahawa tiada sumbangan PIBG akan diminta pada tahun ini berikutan keprihatinan pihak PIBG terhadap keadaan semasa ibu bapa dalam keadaan Pandemik. 7.2 Encik Fauzy menerangkan penggunaan JOMPAY Bank Rakyat bagi pihak yang ingin memberikan sumbangan ikhlas pada PIBG. 8. HAL-HAL LAIN 8.1 Encik Fauzy membuka soalan kepada ibu bapa. 8.2 Puan Zainab Binti Samad Soalan : Program Hala Tuju Pelajar Tahun 6 untuk ke sekolah menengah. Jawapan: Dijawab oleh Puan Rapidah Binti Md. Dalis bahawa banyak program Tahun 6 yang dirancang tergendala akibat PKP. Program lain akan dirancang oleh Guru Bimbingan Kaunseling dalam masa terdekat. 8.3 Puan Zainab Binti Samad Soalan : Program Imunisasi Tahun 6. Jawapan : Puan Safiah menerangkan bahawa tiada Program Imunisasi bagi pelajar Tahun 6. Hanya pelajar lelaki yang akan menjalani 10 pemeriksaan kesihatan sahaja.

8.4 Puan Nur Shazwani Binti Shukor Soalan : Program Imunisasi Tahun 1 Jawapan : Puan Rapidah menerangkan Program Imunisasi Tahun 1 akan dijalankan pada tahun berikutnya dalam Bulan Mac. Bertempat di Klinik Kesihatan Seri Orkid. 8.5 Puan Nur Shazwani Binti Shukor Soalan : Anak menghidapi penyakit resdung. Sering bersin dan selesema waktu pagi. Adakah dikira sebagai bergejala? Jawapan : Guru besar meminta murid yang menghidapi masalah yang sama untuk maklumkan pada guru kelas berkenaan masalah beserta surat rujukan daripada klinik sama ada kerajaan atau swasta. 8.6 Puan Zainab Binti Samad Soalan : Penggunaan faceshield dan pelitup muka. Jawapan : Guru Besar menerangkan tiada kewajipan menggunakan faceshield tetapi wajib memakai pelitup muka. Pelitup muka boleh menggunakan jenis kain atau pakai buang. 8.7 Encik Nur azwan bin madon Soalan : Pematuhan SOP semasa berada di sekolah. Jawapan : Guru Besar menerangkan bahawa pematuhan SOP akan cuba dipertingkatkan. Mohon bantuan ibu bapa yang menunggu anak juga mematuhi SOP yang ditetapkan. 8.8 Puan Dorothy Binti Judin Soalan : Pakaian murid semasa berada di sekolah dan pertukaran saiz baju sukan untuk Tahun 1. Jawapan : Encik Zakaria menerangkan murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai selain baju sekolah. Tetapi lebih digalakkan mengenakan pakaian sukan sekolah. Pertukaran saiz baju akan dibincangakn dahulu dengan pembekal. 11

8.9 Puan Raja Norrima binti Raja Arrif Soalan : Penggiliran murid semasa sesi persekolahan. Jawapan : Guru besar menerangkan murid hadir ke sekolah dengan penggiliran mengikut minggu. Jadual akan disusun semula mengikut jadual asal kelas. 8.10 Puan Siti Aminah Binti Mohamad Soalan : Pertimbangkan penggiliran mengikut jumlah anak dalam satu keluarga. Jawapan : Puan Rapidah menerangkan penggiliran murid memang mengikut bilangan ahli keluarga. Sekiranya ada anak-anak yang berasingan atau tercicir boleh maklumkan semula pada pihak sekolah melalui guru kelas. 9. UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP mengalu-alukan sokongan dan bantuan ibu bapa untuk turut Bersama membantu guru demi menjana kecemerlangan anak-anak dan sekolah. .9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.05 pagi Disediakan oleh : Disemak oleh: ……………………………………………….. ………………………………. (MUHAMMAD REDZA BIN KHALID) (MOHD FAUZY BIN MAT ARIS) Setiausaha Kehormat, Yang Dipertua PIBG, PIBG Sesi 2020/2021, Sesi 2020/2021, SK TAMAN DAMAI JAYA, SK TAMAN DAMAI JAYA, JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU 12

LAPORAN KEWANGAN PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA 1.1.2021 HINGGA 31.12.2021 13

14

15

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK TAMAN DAMAI JAYA TAHUN 2021 BIL AKTIVITI PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH 1 (NORMA BARU) - SANITASI KELAS - PERAKAM SUHU BADAN - ‘STICKER’ LALUAN DAN NOTIS - ALAT SANITASI PROGRAM GOTONG ROYONG 2 MENCANTAS DAHAN POKOK BERSAMA AHLI JAWATANKUASA KSIB NEGERI JOHOR PROGRAM PEMOTONGAN GELANG 3 MEREKA YANG TERLIBAT - KEPUTUSAN SWAB NEGATIF 16

PEMBENTANGAN USUL & CADANGAN 2022 BIL. USUL PENCADANG Lagu sekolah SKTDJ sangat sedap 1 didengar. Harap Lagu Sekolah SKTDJ Gan Soh Koon boleh dimuat naik dalam laman Facebook atau Youtube. Terima kasih. Meletakkan pengawal di pintu pagar 2 kecil. Tiada jualan yang tiada kaitan Norhisam bin dengan pembelajaran di sekolah Narowi kecuali hari kantin sahaja 3 Mohon penyelenggaraan tandas Zaharudin bin sekolah bagi keselesaan murid Basiran 4 Menyediakan laci buku teks untuk Mohd Khairizam pelajar. bin Mohmad Zaiwawi Kindly please repair the lock of each Saravanan 5 toilets door. Thank you for the cooperation Saya cadangkan agar setiap pembayaran yg diminta oleh pihak guru kepada murid diberikan resit tak 6 kira barang apa pun agar tiada lagi Monica Celia kes cikgu lupa murid sudah membuat Hendy pembayaran dan meminta pembayaran semula sampai bergaduh dengan ibu bapa..Terima kasih 7 Masukkan semua guru subjek dalam Muhammad ilyas setiap group whatsapp / telegram 17

PEMBENTANGAN USUL & CADANGAN 2022 BIL. USUL PENCADANG Kesesakan di depan sekolah boleh dikurangkan jika, 1) Bagi duit kecil siap-siap dari rumah. Tidak lah masa sampai depan pagar sekolah baru nak cari duit dan bagi. 2) Peluk cium anak awal-awal di rumah. Sampai depan pagar cukup bersalam 3) Tak perlu nak melambai anak dan lihat dia berjalan sampai hilang dari pandangan. 4) Jika ingin hantar anak, tolong parking di tempat yang sesuai agar tidak menghalang lalu lintas, tidak 8 bertindan. Biar jauh sikit pun, Haslinda binti Bahrin kemudian jalan bersama - sama pimpin tangan masuk pagar sekolah. 5) Jika ingin memberi pesanan berharga pada anak, pesan awal- awal dari rumah dan sepanjang perjalanan ke sekolah. Jangan letak beg anak dalam bonet belakang melainkan ia satu keperluan. Akan menganggu perjalanan ibu bapa yang lain. Antara tips-tips yang boleh kita amalkan agar memudahkan urusan semua orang dan mengurangkan kesesakan di depan pagar sekolah. 18

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013 – 2025 ANJAKAN 9 : BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAMAI JAYA, JALAN MAKMUR TAMAN DAMAI JAYA, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU Mengalu – alukan kerjasama dan sumbangan datuk – datuk, datin – datin, tuan – tuan dan puan – puan untuk membantu memajukan sekolah ini dalam semua aspek. BANK : BANK RAKYAT NAMA AKAUN : PERSATUAN IBU BAPA-GURU SK TAMAN DAMAI JAYA NOMBOR AKAUN : 1101416416 19

Datuk – datuk, datin – datin, tuan – tuan dan puan – puan juga boleh menyumbang menggunakan JOMPAY BANK RAKYAT 20

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK TAMAN DAMAI JAYA Setinggi – tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada AJK PIBG Warga SK Taman Damai Jaya Ibu Bapa Para Penyumbang Atas Sumbangan Dan Bantuan Kepada Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Johor Bahru Sepanjang Tahun 2021 21


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook