PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 T erbitan Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum 2020
Terbitan 2020 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blk E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA. CIP/ISBN ISBN XXXX Diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
KANDUNGAN Rukun Negara……………………………………………………………………... v Falsafah Pendidikan Kebangsaan………………………………………………. vi Definisi Kurikulum Kebangsaan…………………………………………………. vii Kata Aluan…………………………………………………………………………. ix Pengenalan………………………………………………………………………… 1 Contoh 1: Mekanisma Pembekuan Darah.…………………………………….. 7 Contoh 2: Asid Nukleik….……………………………………………………….. 15 Contoh 3: Enzim…....…………………………………………..………………… 23 Contoh 4: Serangan Jantung.…………………………………………………... 31 Contoh 5: Nutrisi dan Sistem Penghadaman Manusia….…………………… 41 Contoh 6: Pembahagian Sel……...…………………………………………….. 53 Contoh 7: Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma…………………. 63 Contoh 8: Respirasi…...……..…………………………………………….……... 71 Panel Penulis………………………………………….……………….…………... 79 Penghargaan.………………………………………………………….…………… 80
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.] vii
KATA ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulilah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sebagai bahan sokongan bagi pelaksanaan KSSM Biologi Tingkatan 4 dan 5. Bahan ini diharap dapat digunakan sebagai panduan dan pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang menarik dan berkesan. Panduan PdP ini mengandungi exemplar atau contoh PdP bagi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran terpilih. Contoh yang disediakan boleh dirujuk dalam usaha guru mempelbagaikan strategi dan kaedah PdP (termasuk penggunaan teknologi) agar pembelajaran lebih bersifat hands-on dan minds-on; menggalakkan aktiviti penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kehidupan harian di samping memupuk kemahiran dan nilai saintifik murid. Sebagai bahan sokongan kurikulum, Panduan PdP ini memberi pendedahan kepada aktiviti yang melibatkan kandungan sedia ada dan yang baharu diperkenalkan dalam KSSM Biologi. Penyediaan contoh PdP dalam dokumen ini bertujuan memastikan guru dapat menyampaikan kandungan khususnya kandungan baharu dengan yakin dan berkesan. Aktiviti PdP yang disediakan dapat memperkukuhkan konsep, prinsip dan teori Biologi selain membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selaras dengan hasrat pembelajaran abad ke-21. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang terlibat dalam penghasilan Panduan PdP KSSM Biologi ini. Semoga Panduan PdP ini dapat dimanfaati oleh pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara dan sumber tenaga kerja akan datang. Sekian, terima kasih. DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 2020 ix
PENDAHULUAN Malaysia perlu menyediakan masyarakat yang berorientasikan sains, berpengetahuan, berpandangan ke hadapan, inovatif dan menyumbang kepada perkembangan saintifik dan teknologi agar berupaya menghadapi ketidaktentuan dan kerencaman di masa hadapan. Transformasi Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 mengaspirasikan murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran lebih dari satu bahasa, etika dan kerohanian serta berpegang kepada identiti nasional. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran sains dan matematik yang digubal mengambil kira antara lain aspirasi murid yang digariskan, perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, dan kemahiran yang diperlukan di masa hadapan bagi melahirkan bakal sumber tenaga yang kreatif, kritis, bersifat ingin tahu, berdaya tahan, berfikiran terbuka serta celik sains dan teknologi. Bagi menyokong pelaksanaan kurikulum, bahan sokongan kurikulum seperti Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) disediakan untuk rujukan guru dan pihak lain yang berkepentingan. Panduan PdP KSSM Biologi menekankan pembelajaran secara mendalam melalui strategi dan pendekatan PdP yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Fokus diberikan kepada pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM. Selain itu, penekanan turut diberi kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Panduan PdP ini juga menitik beratkan perkembangan semasa dalam bidang sains dan teknologi, industri revolusi terkini dan Sustainable Development Goals (SDG). Panduan PdP ini boleh digunakan oleh guru sebagai panduan dan pencetus idea dalam merancang PdP yang menarik dan berkesan. Panel penulis dokumen ini yang terdiri daripada guru berpengalaman dan pakar mata pelajaran menyediakan aktiviti yang sesuai dengan standard kandungan terpilih. 1
Rekabentuk Buku Panduan PdP Panduan PdP KSSM Biologi merangkumi exemplar yang boleh digunakan oleh guru dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan. Struktur exemplar yang dicadangkan boleh digunakan untuk tajuk lain sesuai dengan strategi PdP yang dipilih. Secara umumnya, exemplar ini terdiri daripada: Bidang Standard Standard Objektif Tempoh PdP Pembelajaran Kandungan Pembelajaran Pembelajaran Sinopsis Bahan Bantu Strategi PdP Persediaan Cadangan Mengajar Guru Aktiviti PdP Pentaksiran Penutup Lembaran Kerja Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Contoh PdP yang disediakan dalam buku panduan ini adalah berdasarkan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Biologi. Guru perlu merancang dan membuat persediaan untuk melaksanakan aktiviti PdP berdasarkan SK dan SP yang telah dipilih. Guru boleh menggabungkan beberapa SK atau SP dan melaksanakan PdP tersebut secara bertema atau modular agar PdP lebih menarik, mencabar dan berkesan. Bagi mencapai standard yang ditetapkan dalam SK dan SP, guru perlu menetapkan dan merancang objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid di akhir setiap sesi PdP. Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran 2
Objektif Pembelajaran Objektif Pembelajaran yang dinyatakan dalam exemplar adalah objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh murid dalam PdP yang telah dirancang. Dalam menetapkan okbjektif pembelajaran, guru boleh mengambil kira tuntutan dan keperluan SK dan SP, strategi pembelajaran, aktiviti dan kaedah pentaksiran. Secara dasarnya, penulisan bagi objektif pembelajaran perlulah spesifik, boleh diukur, boleh dicapai dan berfokus dan bersesuain dengan tempoh PdP. Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai Objektif Pembelajaran Tempoh PdP Tempoh PdP yang dirancang adalah fleksibel dan tidak terikat hanya kepada satu sesi PdP sahaja. Tempoh PdP yang dicadangkan dalam exemplar buku panduan ini bersesuaian dengan strategi pembelajaran dan aktviti yang dirancang. Tempoh PdP boleh ditetapkan mengikut kesesuaian PdP berdasarkan SK dan SP, objektif pembelajaran yang telah ditetapkan bagi PdP tersebut, strategi pembelajaran dan aktiviti yang telah dirancang. 3
Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai Objektif Pembelajaran Strategi pembelajaran dan aktiviti pembelajaran ditetapkan dan dirancang sesuai dengan tempoh PdP. Perancangan aktiviti melibatkan persediaan guru dan penyediaan bahan bantu mengajar Strategi Pembelajaran dan Aktiviti PdP Dalam merancang dan melaksanakan PdP, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru. Guru disarankan untuk mempelbagaikan strategi PdP supaya pembelajaran lebih menyeronokkan, berkesan dan sesuai dengan keperluan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan. Antara strategi yang disarankan adalah: Penyelesaian Pembelajaran Pembelajaran Pendekatan Inkuiri Masalah Berasaskan Projek Koperatif (5E) Pembelajaran Luar Pendekatan STEM Bilik Darjah Contoh PdP dalam buku panduan ini mencadangkan strategi yang sesuai dengan SK dan SP yang dipilih dan aktiviti yang dirancang bagi mencapai objektif pembelajaran. Aktiviti PdP yang dirancang perlu menarik, kontekstual bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Aktiviti yang dicadangkan dalam exemplar dirancang dengan mengambil kira kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid seperti kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran saintifik, kemahiran abad ke-21 dan kemahiran menyelesaikan masalah. Elemen merentas kurikulum juga diterapkan dalam penulisan aktiviti PdP 4
dan mengambil kira sikap saintifik dan nilai murni yang boleh diterapkan apabila aktiviti dalam exemplar ini dijalankan. Aktiviti PdP ini juga dirancang bersama-sama dengan pentaksiran. Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai Objektif Pembelajaran Strategi pembelajaran dan aktiviti pembelajaran ditetapkan dan dirancang sesuai dengan tempoh PdP. Perancangan aktiviti melibatkan persediaan guru dan penyediaan bahan bantu mengajar Pentaksiran dirancang bersama-sama aktiviti Pentaksiran Guru perlu mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa proses pembelajaran. Tahap penguasaan murid bagi aktiviti dalam exemplar yang disediakan merujuk kepada Standard Prestasi di akhir setiap Bidang Pembelajaran dalam DSKP. Murid telah menguasai sesuatu perkara apabila berjaya mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan dalam aktiviti tersebut. Tahap penguasaan yang dicadangkan untuk aktiviti yang dirancang disertakan bersama- sama contoh PdP dalam panduan ini. Akhir kata, buku ini diharap dapat mencetuskan idea dan memacu kreativiti guru untuk mempelbagaikan strategi dan meningkatkan keberkesanan PdP bagi semua tajuk dalam KSSM Biologi. Pembelajaran yang menarik dan bermakna memberi kesan mendalam kepada murid, seiring dengan harapan agar murid akan kekal berada dalam bidang STEM. 5
CONTOH 1 Mekanisme Pembekuan Darah
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Bidang Pembelajaran: 4.0 Komposisi Kimia Dalam Sel 5.0 Metabolisme Dan Enzim 10.0 Pengangkutan dalam Manusia Dan Haiwan 13.0 Homeostasis dan Sistem Urinari Manusia Standard Kandungan: 4.5 Asid nukleik 5.2 Enzim 10.4 Mekanisme pembekuan darah 13.1 Homeostasis Standard Pembelajaran: 4.5.4 Mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel: (i) pembawa maklumat perwarisan (ii) penghasilan protein 5.2.2 Menaakul keperluan enzim dalam metabolisme 10.4.1 Mewajarkan keperluan mekanisme pembekuan darah 10.4.2 Memerihalkan mekanisme pembekuan darah 10.4.3 Memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah: (i) trombosis (ii) embolisme (iii) hemofilia 13.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep homeostasis dalam pengawalaturan (iv) tekanan darah Bahagian Pembangunan Kurikulum 9 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Kriteria Kejayaan: 1. Menjelaskan proses pembekuan darah. 2. Menganalisis masalah pembekuan darah dan kesannya. 3. Mengenalpasti komponen mekanisme pembekuan darah. 4. Menyatakan kesan kegagalan mekanisme pembekuan darah. 5. Menyatakan cara mengatasi masalah pembekuan darah untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Tempoh PdP: 2 jam SINOPSIS Standard pembelajaran 10.4.3 memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan pembekuan darah. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menjalankan aktiviti bagi memerihalkan isu kesihatan berkaitan pembekuan darah manusia. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan kaedah jelajah pembelajaran dan hot seat di mana murid menjalankan perbincangan dan pembentangan untuk mempelajari mekanisme pembekuan darah. Pembelajaran secara konstruktivisme juga digunakan bagi membina pemahaman murid terhadap isu kesihatan tersebut. Selain itu, konsep pembelajaran ini membolehkan murid menghubungkait idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Pembelajaran Kontekstual juga diterapkan agar murid dapat mengaplikasikan teori dalam kehidupan mereka. BAHAN BANTU MENGAJAR Komputer dan projektor LCD Kad manila berwarna Lembaran kerja murid Kerusi Pen Marker STRATEGI PdP Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan (Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate). 10 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN PERSEDIAAN GURU 1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4. 2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan PdP dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. 3. Guru perlu menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk menggalakkan murid berfikir. 4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep sains. Pastikan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. 5. Murid telah mempelajari semua tajuk berkaitan dalam tema 1 dan tema 2 sebelum ini. CADANGAN AKTIVITI PdP Perkembangan Aktiviti PdP Pembelajaran Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard pembelajaran hari tersebut Standard Pembelajaran: 4.5.4 Mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel: (i) pembawa maklumat perwarisan (ii) penghasilan protein 5.2.2 Menaakul keperluan enzim dalam metabolisme 10.4.1 Mewajarkan keperluan mekanisme pembekuan darah 10.4.2 Memerihalkan mekanisme pembekuan darah 10.4.3 Memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah: (i) trombosis (ii) embolisme (iii) hemofilia 10.5.2 Menghubung kait kumpulan darah ABO dengan pendermaan darah 13.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep homeostasis dalam pengawalaturan (iv) tekanan darah Bahagian Pembangunan Kurikulum 11 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada: (30 minit) 1. Menayangkan video mengenai : a) mekanisme pembekuan darah atau b) isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah The Romanovs and the \"Royal Disease\" https:// www.youtube.com/watch?v=tEGznxHOGUw 2. Guru mencungkil pengetahuan murid tentang mekanisme pembekuan darah atau isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah. Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan. (40 minit) 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi satu tugasan untuk menjalankan aktiviti jelajah pembelajaran. 3. Mengumpul bahan dan maklumat untuk tugasan yang diberikan. 4. Setiap ahli memainkan peranan masing-masing semasa aktiviti mengumpul maklumat pelbagai sumber. 5. Setiap kumpulan akan diberikan masa untuk meneroka maklumat melalui jelajah pembelajaran. Catatan : Guru boleh menggunakan kaedah PAK-21 yang sesuai. Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan (30 minit) 1. Guru menggunakan kaedah hot seat di mana setiap kumpulan menghantar wakil. 2. Murid mempamerkan hasil aktiviti 1 (jelajah pembelajaran) di papan kenyataan bilik darjah. 3. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman dari pembentangan murid. Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baru (20 minit) Guru membimbing murid kepada pemahaman rawatan isu kesihatan berkaitan dengan pembekuan darah menggunakan kaedah kejuruteraan genetik. Guru mesti membuat rumusan tentang pembelajaran hari tersebut bersama murid. 12 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP) Penilaian Kolaborasi/Kerjasama Murid (sediakan rubrik Penilaian Kendiri/Kumpulan)/ Pentaksiran Rakan Sebaya Nota: Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat penambahbaikan pada PdPc akan datang. PENUT UP Contoh PdP ini boleh digunakan semasa PdP Tema 1 dan Tema 2. Tahap Tafsiran Penguasaan 1 Mengingat kembali - Murid dapat menyatakan fungsi asid nukleik, enzim dan platlet dalam mekanisme pembekuan darah. Murid dapat menyatakan empat kumpulan darah (ABO). 2 Memahami - Murid dapat menjelaskan mekanisme pembekuan darah dan fungsi platlet dalam pembekuan darah. 3 Mengaplikasi - Murid dapat mengaplikasikan kepentingan pembekuan darah dalam mengekalkan tekanan darah yang normal. 4 Menganalisis - Murid dapat menganalisis statistik hemofilia di Malaysia. 5 Menilai - Murid dapat memberi cadangan atau cara penyelesaian untuk mengatasi isu kesihatan berkaitan dengan pembekuan darah. 6 Mereka cipta - Murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains berkaitan dengan isu kesihatan yang melibatkan pembekuan darah dalam konteks mengurangkan jumlah pesakit yang mengalami thrombosis/ embolisme/ hemofilia dengan mengambil kira nilai sosial/ ekonomi/ budaya masyarakat Bahagian Pembangunan Kurikulum 13 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN LEMBARAN KERJA. Aktiviti 1 : Jelajah Pembelajaran Tugasan Kumpulan 1 Mengenalpasti komponen mekanisme pembekuan darah Menjelaskan mekanisme pembekuan darah (mengaitkan enzim dengan proses pembekuan darah) Tugasan Kumpulan 2 Menyatakan satu contoh isu kesihatan berkaitan mekanisme pembekuan darah (trombosis – punca, kesan, langkah pencegahan dan rawatan Tugasan Kumpulan 3 Menyatakan satu contoh kegagalan sistem pembekuan darah (embolisme – punca, kesan, langkah pencegahan dan rawatan) Tugasan Kumpulan 4 Menyatakansatu contoh kegagalan sistem pembekuan darah (mengaitkan hemofilia dengan asid nukleik – punca, kesan, langkah pencegahan dan rawatan jangka masa pendek & panjang) Aktiviti 2 : Hot Seat Murid berkomunikasi dapatan penerokaan dengan kaedah hot seat di mana setiap kumpulan menghantar wakil. 14 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 2 Asid Nukleik
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 Bidang Pembelajaran: 4.0 Komposisi Kimia dalam Sel Standard Kandungan: 4.3 Protein 4.5 Asid Nukleik Standard Pembelajaran: 4.3.4 Mewajarkan kepentingan protein dalam sel. 4.5.3 Menghuraikan struktur polinukleotida: (i) asid deoksiribonukleik (DNA) (ii) asid ribonukleik (RNA) 4.5.4 Mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel: (i) pembawa maklumat pewarisan. (ii) penghasilan protein Kriteria Kejayaan Pembelajaran: 1. Melukis rantaian asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). 2. Menyatakan sekurang-kurangnya satu kepentingan asid nukleik dalam sel sebagai pembawa maklumat perwarisan dan dalam penghasilan protein. 3. Membina model DNA daripada bahan maujud seperti manik, dawai, straw, kadbod dan polisterin. Tempoh PdPc: 1.5 jam SINOPSIS Dalam tema Asas Biologi, murid diperkenalkan kepada struktur nukleotida dan polinukleotida. Selain itu, murid dapat menerangkan kepentingan asid nukleik dalam sel sebagai pembawa maklumat pewarisan dan dalam penghasilan protein. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh seterusnya boleh digunakan untuk membina model DNA daripada bahan-bahan maujud seperti manik, dawai, straw, kadbod dan polisterin. Bahagian Pembangunan Kurikulum 17 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 BAHAN BANTU MENGAJAR Komputer dan projektor LCD Kertas A4 Manik Dawai Straw Kadbod Polisterin Pensil Lembaran kerja murid STRATEGI PdP 1. Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan (Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate). 2. Membina Model 3. Penyelesaian Masalah PERSEDIAAN GURU 1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat Standard Kandungan dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4. 2. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk menggalakkan murid berfikir. 3. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep sains. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. 4. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Pilih latihan yang sesuai yang berkaitan dengan Standard Pembelajaran di atas. 18 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 AKTIVITI PdP Perkembangan Aktiviti PdP Pembelajaran Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami Standard Pembelajaran hari tersebut. Standard Pembelajaran: 4.3.4 Mewajarkan kepentingan protein dalam sel. 4.5.3 Menghuraikan struktur polinukleotida: (i) asid deoksiribonukleik (DNA) (ii) asid ribonukleik (RNA) 4.5.4 Mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel: (i) pembawa maklumat pewarisan. (ii) penghasilan protein Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada: (20 minit) 1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan menunjukkan gambar tiga orang murid dari kaum berbeza. 2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut: Lihat pada ciri-ciri yang terdapat pada ketiga-tiga murid tersebut. Perihalkan apa yang anda lihat. Apakah faktor yang menyebabkan persamaan dan perbezaan ciri pada mereka? Bahagian Pembangunan Kurikulum 19 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 3. Dapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid boleh membuat kesimpulan bahawa asid nukleik adalah penting sebagai pembawa maklumat pewarisan. Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan. (40 minit) 1. Guru menayangkan video pendek untuk memperkenalkan kepentingan asid nukleik sebagai pembawa maklumat pewarisan. 2. Menjalankan aktiviti melukis dan melabel rantaian asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA) secara berkumpulan Dalam aktiviti ini, murid: menerangkan struktur nukleotida dengan jelas. menentukan pasangan setiap satu bes bernitrogen adalah betul membincangkan bebenang DNA berpilin. 3. Dalam kumpulan, murid membina model DNA dan RNA daripada bahan seperti manik, dawai, straw, kadbod dan polisterin. a. Guru menegaskan bahawa bebenang yang terbentuk boleh membentuk RNA atau DNA. Guru mencetuskan persoalan tentang perbezaan RNA dan DNA. b. Guru menegaskan pembentukan pasangan bes bernitrogen beserta ikatannya yang betul. c. Sekiranya terdapat kesilapan pada struktur DNA/ RNA/ pasangan/ susunan bes bernitogen, murid membuat pembetulan. Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan. (20 minit) 1. Murid berkomunikasi dapatan penerokaan dengan model 20 DNA/RNA. Persoalan kepada murid: Kenapakah nukleus dikatakan membawa maklumat genetik? Lihat pada ciri-ciri yang terdapat pada ketiga-tiga murid tersebut. Perihalkan apa yang anda lihat. Apakah faktor yang menyebabkan persamaan dan perbezaan ciri pada mereka? Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 Bagaimanakah urutan nukleotida mempengaruhi dalam penghasilan protein? 2. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman konsep dari pembentangan murid. Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu (10 minit) Guru mengimbas kembali pada aktiviti berkaitan cantuman DNA yang salah dan meminta murid membuat ramalan apa yang akan berlaku jika nukleus mengalami perubahan pada susunan DNA. Guru mesti membuat rumusan tentang pembelajaran hari tersebut bersama murid. PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP) Penilaian Produk Murid (sediakan rubrik Penilaian Produk) - Model DNA & RNA Kolaborasi/Kerjasama Murid (sediakan rubrik Penilaian Kendiri/Kumpulan) – Pentaksiran Rakan Sebaya Nota: Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat penambahbaikan pada PdPc akan datang. Bahagian Pembangunan Kurikulum 21 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 Tahap Tafsiran Penguasaan 1 Mengingat kembali – Murid melukis rantaian asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). 2 Memahami - Murid dapat menyatakan dengan lisan sekurang-kurangnya satu kepentingan asid nukleik dalam sel sebagai pembawa maklumat perwarisan dan dalam penghasilan protein. 3 Mengaplikasi - Murid dapat membina model DNA dan protein daripada bahan maujud. PENUT UP Contoh PdP ini boleh digunakan dengan mengaitkan dengan topik Variasi yang akan dipelajari pada Tingkatan 5. 22 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 3 Enzim
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM BIOLOGI TEMA 1 : ASAS BIOLOGI TINGKATAN 4 Bidang Pembelajaran: 1.0 Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal 5.0 Metabolisme dan Enzim Standard Kandungan: 1.3 Berkomunikasi dalam Biologi 1.4 Penyiasatan Saintifik dalam Biologi 5.2 Enzim 5.3 Aplikasi Enzim dalam Kehidupan Seharian Standard Pembelajaran: 1.3.1 Berkomunikasi tentang data eksperimen dengan membina jadual berdasarkan data daripada eksperimen yang dijalankan. 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah penyiasatan saintifik. 5.2.4 Mencirikan sifat umum enzim. 5.2.9 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan suhu dan pH terhadap aktiviti enzim amilase dan pepsin. 5.3.1 Menjelaskan dengan contoh aplikasi enzim dalam kehidupan harian. Kriteria Kejayaan Pembelajaran: 1. Mengendalikan bahan dan radas dengan betul. 2. Merekod pemerhatian terhadap keadaan larutan dalam tabung uji dalam bentuk jadual. 3. Menganalisis keputusan dengan memplotkan graf. 4. Memberikan cadangan penggunaan enzim dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seperti melembutkan daging, gastrik dan pembersihan kotoran pada pakaian. Tempoh PdP: 2 jam SINOPSIS Dalam tema Asas Biologi, murid diperkenalkan kepada Pengenalan Kepada Biologi dan Peraturan Makmal dan Metabolisme dan Enzim. Dalam modul ini, murid akan dapat melaksanakan eksperimen mengikut kaedah penyiasatan saintifik yang telah dipelajari. Selain itu, murid juga dapat mencirikan enzim dan juga dapat mengaitkan pengetahuan tentang enzim dengan aplikasi dalam kehidupan seharian. Bahagian Pembangunan Kurikulum 25 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 BAHAN BANTU MENGAJAR Komputer dan projektor LCD Bahan dan radas aktiviti 5.1 dan aktiviti 5.2 STRATEGI PdP Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan (Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate). PERSEDIAAN GURU 1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4. 2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan pdp dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. 3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk menggalakkan murid berfikir. 4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep Biologi. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. 26 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM BIOLOGI TEMA 1 : ASAS BIOLOGI TINGKATAN 4 CADANGAN AKTIVITI PdP Perkembangan Aktiviti PdP Pembelajaran Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard pembelajaran hari tersebut. Standard Pembelajaran: Berkomunikasi tentang data eksperimen 1.3.1 dengan membina jadual berdasarkan data daripada eksperimen yang dijalankan. 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah penyiasatan saintifik. 5.2.4 Mencirikan sifat umum enzim. 5.2.9 Mengeksperimen untuk megkaji kesan suhu dan pH terhadap aktiviti enzim amilase dan pepsin. Penglibatan Me5n.j3e.la1skan Menerangkan dengan contoh kegunaan enzim (30 minit) dalam kehidupan harian. dengan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada: 1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan menunjukkan video : https://www.youtube.com/watch?v=2njLsRJ5XSo atau video yang berkaitan dengan keberkesanan detergen ke atas penanggalan kotoran pada pakaian. 2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut: Bagaimana bio detergen membantu membersihkan kotoran organik seperti darah, daki, makanan dan klorofil pada baju? 3. Guru mendapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid boleh membuat keputusan bahawa tindak balas enzim membantu membersihkan baju kotor. Bahagian Pembangunan Kurikulum 27 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan. (50 minit) 1. Menjalankan aktiviti 5.1/5.2 (buku teks) secara berkumpulan mengkaji kesan suhu terhadap aktiviti enzim amilase/kesan pH ke atas aktiviti enzim pepsin. 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan dan radas seperti yang telah disenaraikan. Setiap murid perlu membaca dan memahami prosedur eksperimen. 3. Guru mengingatkan murid untuk berhati-hati dalam mengendalikan alat radas. 4. Guru menerangkan langkah berjaga-jaga: (a) Pastikan substrat berada pada suhu optimum sebelum memasukkan enzim ke dalam substrat (aktiviti 5.2). (b) Jam randik dimulakan serta-merta sebaik sahaja enzim dimasukkan ke dalam tabung uji. Penerangan Murid berkomunikasi tentang keputusan eksperimen dalam (20 minit) bentuk jadual dan graf. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman tentang kesan suhu ke atas aktiviti enzim amilase/kesan pH ke atas aktiviti enzim pepsin dari pembentangan murid. Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu (20 minit) 1. Guru meminta murid memberi contoh lain bagi penggunaan enzim dalam kegunaan kehidupan seharian ataupun dalam kegunaan industri. 2. Murid memberikan cadangan penggunaan enzim dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seperti melembutkan daging, gastrik dan pembersihan kotoran pada pakaian. 3. Murid diminta untuk menghasilkan video tentang penggunaan enzim dengan menggunakan bahan mentah yang mudah didapati dalam kehidupan harian secara kreatif. Contohnya, penggunaan enzim papain dari betik untuk melembutkan daging. ATAU Murid digalakkan untuk menghasilkan bio enzim untuk dipasarkan di sekolah. (Catatan : Proses penghasilan video atau penghasilan bio enzim menunjukkan murid dapat mencapai TP 6) 28 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM BIOLOGI TEMA 1 : ASAS BIOLOGI TINGKATAN 4 PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP) Penilaian Laporan eksperimen Nota: Video / Bio enzim Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat penambahbaikan pada PdPc akan datang. Tahap Tafsiran Penguasaan 1 Mengingat kembali - Murid dapat menyatakan pengetahuan dan kemahiran asas mengenai biologi dan peraturan makmal. 2 Memahami - Murid dapat mencirikan sifat umum enzim dan menjelaskan dengan contoh penggunaan enzim dalam kegunaan kehidupan seharian. 3 Mengaplikasi - Murid dapat menjalankan ekperimen mengikut prosedur dengan mengendalikan bahan dan radas dengan betul. 4 Menganalisis- Murid dapat menjelaskan pemerhatian yang terhadap keadaan larutan dalam tabung uji dalam bentuk jadual dan menganalisis keputusan dengan memplotkan graf. 5 Menilai - Murid dapat memberikan cadangan penggunaan enzim dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seperti melembutkan daging, gastrik dan pembersihan kotoran pada pakaian. 6 Mereka cipta- Murid dapat menghasilkan video tentang penggunaan enzim dengan menggunakan bahan mentah yang mudah didapati dalam kehidupan harian secara kreatif/digalakkan untuk menghasilkan bio enzim untuk dipasarkan di sekolah. PENUT UP 1. Contoh PdP ini boleh digunakan selepas murid selesai mempelajari Standard Kandungan 5.2 iaitu Enzim. 2. Murid juga mengaplikasi kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menghasilkan video. Bahagian Pembangunan Kurikulum 29 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 4 Serangan Jantung
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Bidang Pembelajaran: 4.0 Komposisi Kimia Dalam Sel 9.0 Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia 10.0 Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan Standard Kandungan: 4.4 Lipid 9.6 Gizi Seimbang 9.7 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Pencernaan dan Tabiat Pemakanan 10.2 Sistem Peredaran Manusia 10.3 Mekanisme Denyutan Jantung 10.6 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Peredaran Manusia Standard Pembelajaran: 4.4.2 Menjelaskan jenis lipid yang utama 9.6.3 Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu yang: (i) mengalami obesity (ii) menghidap penyakit tertentu - diabetes mellitus. - kardiovaskular. - kanser. 9.7.3 Menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan tabiat pemakanan 10.2.4 Melabel struktur jantung manusia dan salur darah berkaitan: (i) aorta. (ii) vena kava. (iii) arteri pulmonari dan vena pulmonari. (iv) arteri koronari dan vena koronari. (v) injap sabit. (vi) injap bikuspid dan injap tricuspid (vii) septum 10.2.5 Memerihalkan fungsi bahagian jantung. 10.3.2 Berkomunikasi tentang penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia: (i) pengepaman jantung. (ii) pengecutan otot rangka. 10.6.1 Mewajarkan keperluan sistem peredaran yang sihat. 10.6.2 Berkomunikasi tentang penyakit kardiovaskular. Bahagian Pembangunan Kurikulum 33 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Kriteria Kejayaan Pembelajaran: 1. Menyenaraikan jenis-jenis lipid yang utama. 2. Menyediakan menu makanan yang sesuai untuk pesakit jantung. 3. Menyenaraikan punca-punca yang menyebabkan penyakit jantung. 4. Melabel struktur jantung manusia: • aorta • vena kava • arteri pulmonari dan vena pulmonari • arteri koronari dan vena koronari • injap sabit • injap bikuspid dan injap tricuspid • septum 5. Memadankan struktur jantung manusia dengan fungsinya. 6. Menerangkan mekanisme pengepaman jantung. 7. Menerangkan hubungkait pengecutan otot rangka dengan pengaliran darah sehala dalam vena. 8. Menerangkan kepentingan sistem peredaran yang sihat. 9. Menerangkan punca, kesan dan cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Tempoh PdP: 5 jam SINOPSIS Dalam tema Asas Biologi dan Fisiologi Manusia dan Haiwan, murid diperkenalkan kepada struktur dan fungsi jantung manusia. Selain itu, murid dapat menerangkan kesan merokok dan makan makanan segera berlebihan boleh menyebabkan seseorang yang mengalami penyakit jantung. Dalam standard pembelajaran 10.2.4, murid melabel struktur jantung manusia dan salur darah. Selain itu, murid akan memperoleh kemahiran saintifik dalam mengendalikan spesimen dan radas. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh seterusnya boleh digunakan untuk mereka bentuk menu baharu untuk pesakit jantung dan membina model implan sten. 34 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN BAHAN BANTU MENGAJAR Komputer dan projektor LCD Spesimen jantung ayam Kanta pembesar Pisau Papan pembedahan Jarum tenggek Sarung tangan Forsep Kertas A4 Pensil Belon/ sarung tangan getah Dawai Lembaran kerja murid STRATEGI PdP 1. Kaedah inkuiri (5E) - Engage (Pelibatan), Explore (Penerokaan), Explain (Penerangan), Extend (Pengayaan), Evaluate (Penilaian). 2. Membina Model Implan Sten 3. Penyelesaian Masalah PERSEDIAAN GURU 1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4. 2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan pdpc dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. 3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk menggalakkan murid berfikir. 4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep Biologi. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Pilih latihan yang sesuai yang berkaitan dengan Standard Pembelajaran di atas. Bahagian Pembangunan Kurikulum 35 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN AKTIVITI PdP Perkembangan Aktiviti PdP Pembelajaran Sebelum memulakan pdpc, guru perlu memastikan murid memahami standard pembelajaran hari tersebut. Standard Pembelajaran: 4.4.2 Menjelaskan jenis lipid yang utama 9.6.3 Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu yang: (i) mengalami obesity (ii) menghidap penyakit tertentu - diabetes mellitus. - kardiovaskular. - kanser. 9.7.3 Menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan tabiat pemakanan. 10.2.4 Melabel struktur jantung manusia dan salur darah berkaitan: (i) aorta. (ii) vena kava. (iii) arteri pulmonari dan vena pulmonari. (iv) arteri koronari dan vena koronari. (v) injap sabit (vi) injap bikuspid dan injap tricuspid (vii) septum 10.2.5 Memerihalkan fungsi bahagian jantung. 10.3.2 Berkomunikasi tentang penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia: (i) pengepaman jantung. (ii) pengecutan otot rangka. 10.6.1 Mewajarkan keperluan sistem peredaran yang sihat. 10.6.2 Berkomunikasi tentang penyakit kardiovaskular. Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada: (30 minit) 1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan 36 menunjukkan empat gambar : Gambar 1: Seorang lelaki yang sakit akibat penyakit kardiovaskular dan terlantar di hospital. Gambar 2: Individu yang sedang makan makanan segera secara berlebihan. Gambar 3: Individu obesiti Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Gambar 4: Seorang lelaki sedang merokok. 2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut: Lihat pada gambar-gambar ini. Perihalkan apa yang anda lihat. Bagaimanakah situasi dgambar 2, 3 dan gambar 4 menyebabkan kejadian di gambar 1? 3. Guru mendapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid boleh membuat keputusan bahawa merokok dan makan makanan segera boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit jantung. Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan. 1. Menjalankan aktiviti secara berkumpulan melabel struktur jantung manusia berdasarkan keratan memanjang jantung ayam Dalam aktiviti ini perlu ditegaskan: Memotong jantung ayam secara keratan memanjang. Membuang ketulan darah pada jantung dengan cara mengalirkan air paip agar struktur jantung dapat diperhatikan dengan jelas. 2. Murid diminta melabelkan struktur jantung manusia berpandukan keratan memanjang jantung ayam. Murid diberikan contoh gambar jantung sihat dan jantung pesakit (perokok). Murid menjana idea perbezaan terhadap dua jenis jantung tersebut. Mereka juga harus menyatakan sebab jantung pesakit perokok kelihatan berbeza dengan jantung sihat. Murid diberikan gambar koronari arteri yang sihat dan yang tersumbat. Murid harus menyatakan kesan jika arteri koronari tersumbat (kesan ke atas otot kardium, pengepaman jantung dan kadar denyutan jantung). Murid digalakkan berkongsi dapatan aktiviti bersama rakan dalam kumpulan. 3. a) Guru menayangkan video bagaimana salur darah tersumbat (https://m.youtube.com/watch?v=lxNK0RlhAB0) b) Guru meminta murid untuk menerangkan proses pengenapan kolesterol pada dinding arteri berdasarkan pemerhatian yang dibuat pada tayangan video tersebut. 4. Dengan merujuk kepada Gambar 4, guru meminta murid menjana idea kesan merokok ke atas denyutan jantung. Bahagian Pembangunan Kurikulum 37 Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan dengan multimedia. Persoalan kepada murid Bagaimanakah implan sten boleh mengurangkan risiko sakit jantung berulang? Guru menyemak penemuan dan memantapkan pemahaman tentang implan sten dari pembentangan murid. Lembaran kerja diedarkan bagi menilai pemahaman murid tentang struktur jantung, kesan tabiat merokok, kesan implan sten dan makan makanan segera ke atas jantung manusia. Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu Guru meminta murid mencadangkan menu untuk pesakit jantung kronik dan menerangkan mengapa pemilihan menu itu dibuat. Guru membimbing murid kepada pemahaman terhadap perubahan menu harian untuk pesakit jantung. Guru membimbing murid membina model implan sten untuk arteri yang tersumbat. Guru bertanya kepada murid tentang kesan jika seseorang berada dalam kapal terbang untuk jangka masa yang lama. (deep vein thrombosis). Guru juga harus bertanya mengapa vena kurang tersumbat berbanding dengan arteri (Murid harus mengaitkan jawapan dengan saiz lumen). Guru memberikan satu situasi konsultasi antara pesakit jantung dengan doktor. Konsultasi berfokus kepada samada penyakit jantung adalah penyakit keturunan atau tidak. Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pembelajaran pada hari tersebut. 38 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
Search