Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore AyamJantan

AyamJantan

Published by RAKMAYAPSSSKST, 2021-01-30 08:41:45

Description: AyamJantan

Search

Read the Text Version

MENGAPA AYAM JANTAN BERKOKOK NAMA : KELAS : SEKOLAH : www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Pada suatu hari, Raja Sulaiman menitahkan semua haiwan datang ke istananya. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 1

Raja Sulaiman lalu bertitah kepada semua haiwan. Baginda ingin mencari haiwan yang sanggup melakukan satu tugas. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 2

Tugas itu ialah mengejutkan manusia daripada tidur. Tugas itu mesti dilakukan pada waktu subuh, iaitu sebelum matahari terbit. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 3

Semua haiwan berdiam diri. Mereka tidak sanggup memikul tugas itu. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 4

“Pagi-pagi begitu, cuaca sangat sejuk,” kata tupai kepada burung hantu. “Ya, pagi-pagi begitu, lebih baik kalau dapat tidur lagi!” ujar gajah. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 5

Tiba-tiba ayam jantan tampil ke hadapan. Ayam jantan berkata, “Wahai tuanku, patik sanggup memikul tugas itu.” www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 6

Raja Sulaiman berasa sangat sukacita. “Terima kasih, wahai Sang Ayam Jantan! Kamu seekor haiwan berhati mulia,” Raja Sulaiman memuji ayam jantan. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 7

Raja Sulaiman lalu menghadiahkan sebuah mahkota dan pakaian yang sangat cantik kepada ayam jantan. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 8

Semua haiwan berasa menyesal kerana tidak mahu memikul tugas itu. Namun, mahkota dan pakaian yang sangat cantik itu sudah menjadi milik ayam jantan. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 9

Mengikut cerita dongeng orang tua-tua, kononnya, itulah sebabnya sampai sekarang ayam jantan berkokok pada waktu subuh. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 10

Kononnya lagi, itulah sebabnya sampai sekarang ayam jantan sangat cantik. www.zoom-a.com Pembelajaran Interaktif Melalui Internet 11


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook