PELANCONGAN MANJUNG PANDUAN JELAJAH Selamat Datang MASJID AL-BADR SERIBU SELAWAT, PULAU PANGKOR EDISI KELUARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PULAU PANGKOR MANJUNG PERAK MASJID AL-BADR SERIBU SELAWAT, PULAU PANGKOR PERAK DARUL RIDZUAN
Masjid AL-Badr Seribu Selawat SEJARAH NAMA Masjid AL-Badr Seribu Selawat Pulau Pangkor merupakan salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Justeru, pembinaan Masjid ini merupakan cetusan idea daripada hasil perbincangan antara bekas Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd.Kadir merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor bersama Datuk Abdul Latiff Mirasa serta pakar-pakar dan pegawai dari Yayasan Restu yang berhasrat membina sebuah masjid ikonik untuk masyarakat Muslim tempatan di Teluk Gedong, Pulau Pangkor. Selain itu, idea ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menarik minat pengunjung dalam dan luar negara bagi melihat sendiri keunikan masjid yang berkonsepkan 1,000 selawat sebagai hiasan dalamannya. Masjid ini mula dibina pada 7 Mac 2014 di bawah pengawasan Pejabat Daerah Manjung. Manakala kaligrafi yang terdapat pada masjid ini telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti Negeri Perak. Peruntukannya pula disalurkan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak dan Pejabat Menteri Besar Perak.
Masjid AL-Badr Seribu Selawat SEJARAH NAMA Masjid AL-Badr Seribu Selawat Masjid ini mengetengahkan 1000 selawat dan identiti Negeri Perak pada setiap panel hiasan dalaman pada dindingnya. Pada tahun 2015, reka bentuk dalamannya dibangunkan berdasarkan kajian tentang khazanah alam yang terdapat di Negeri Perak. Kemudian kajian tersebut berkembang kepada rekaan halus seni tangan anak tempatan oleh Yayasan Restu. Di samping itu, masjid ini juga adalah simbolik rasa cinta kepada Junjungan Terbesar Nabi Muhammad SAW yang diabadikan dengan seni tangan kaligrafi yang memuatkan pelbagai selawat kepada Baginda. Proses ini mengambil masa beberapa tahun untuk digabungkan dan mewujudkan hasil kaligrafi bersama seni rekaan halus. Keluasan masjid yang mampu menampung sehingga 1000 jemaah ini sudah mula beroperasi pada awal Februari 2017 dan siap sepenuhnya pada Jun 2017. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfurlah Sultan Perak Darul Ridzuan pada 8 Jun 2017.
Masjid AL-Badr Seribu Selawat REKA BENTUK HIASAN DALAMAN Keseluruhan rekaan hiasan dalaman sehinggalah penyediaan bahan binaan dekorasi Islamik dan seni tampak Melayu Negeri Perak telah dihasilkan dan disediakan oleh Yayasan Restu. Pemilihan bunga tekat, bunga kertas dan bunga kelumpang telah dipilih sebagai rekaan motif masjid kerana sinonim dengan identiti Negeri Perak. Di samping itu, hiasan kaligrafi 1000 selawat menambahkan lagi keunikan pada setiap ruang di dalam masjid.
\"Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan petang, orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan, dan tidak (pula) oleh jual-beli, atau aktiviti apapun dan mengingat Allah, dan (dari) mendirikan solat, membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi guncang. \"(QS An-Nur : 36-37)\" TERIMA KASIH
Search
Read the Text Version
- 1 - 6
Pages: