Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore OCAP MBI E-Book

OCAP MBI E-Book

Published by printhink haus, 2021-09-03 03:00:03

Description: ISI DALAM OCAP MBI FINAL-E-Book

Search

Read the Text Version

BAB 3 MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH

“In looking for people to hire, look for three qualities : integrity, intelligence and energy. And if they don’t have the first, the other two will kill you.” Warren Buffett Chairman and CEO of Berkshire Hathaway

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 39 MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH DI MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 40 MEKANISME PELAKSANAAN OACP hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan kerjasama di antara pihak pengurusan tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh serta anggota-anggota dalam memastikan inisiatif Antirasuah Majlis Bandaraya Ipoh dijalankan secara cekap dan sistematik, selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri 2 No.1 Tahun 2019 iaitu Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Pengurusan Tertinggi Majlis Bandaraya Ipoh hendaklah memastikan kebolehlaksanaan OACP diperkukuhkan dengan tindakan seperti berikut:- i) Mengkoordinasi, memantau, menilai dan melaporkan pencapaian Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025; ii) Memastikan setiap pelan tindakan dilaksanakan mengikut tempoh sasaran yang ditetapkan; dan iii) Memastikan pematuhan setiap pelan tindakan OACP oleh semua agensi pelaksana yang dikenalpasti.

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 41 STRUKTUR TADBIR URUS PEMANTAUAN OACP MAJLIS BANDARAYA IPOH Unit Integriti MBI selaku Urus Setia bagi pelaksanaan serta pemantauan OACP akan bertindak dalam perkara-perkara seperti berikut: • Menilai prestasi tahunan dan keberkesanan inisiatif yang dilaksanakan menerusi pemantauan secara berkala; • Melaksanakan pemantauan prestasi pelaksanaan inisiatif berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan; dan • Mengadakan mesyuarat sebanyak dua (2) kali setahun.

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 42 MMEEKKAANNIISSMMEEPPEENNYYEELLAARRAASSAANN,, PPEEMMAANNTTAAUUAANNDDAANNPPEENNIILLAAIIAANN

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 43 MMEEKKAANNISISMMEEPPEENNILILAAIAIANN Penilaian amat penting dalam memastikan setiap tindakan yang dibuat telah memenuhi jangkaan dan matlamat OACP MBI. Dalam mengenalpasti kemajuan dan prestasi pelaksanaan strategi setiap inisiatif, semua aktiviti akan sentiasa dipantau dan dinilai dalam tempoh enam (6) bulan sekali. Penilaian keseluruhan pencapaian OACP MBI boleh dinilai berdasarkan petunjuk-petunjuk berikut: • Pengurangan statistik kes aduan tadbir urus dan integriti; • Pengurangan bilangan aduan awam; • Pengurangan kes-kes tatatertib; • Pengurangan kes-kes yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan • Pengurangan teguran audit. SEMAKAN SEMULA DAN PEMBAHARUAN OACP MBI 2021-2025 Semakan dan kajian semula OACP MBI akan dibuat pada tahun 2024 bagi menentukan keberkesanan pelaksanaan inisiatif. Tindakan pembaharuan akan dikeluarkan pada tahun berikutnya.

BAB 4 KESIMPULAN

“ Integrity, Transparency And The Fight Against Corruption Have To Be Part Of The Culture. They Have To Be Thought As Fundamental Values.” Angel Gurria Former OECD Secretary - General

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 46 KESIMPULAN Dalam usaha pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran, kerajaan telah merangka satu pelan khusus iaitu Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023 bagi menangani rasuah, integriti dan tadbir urus negara ini. Bagi menyahut dan memperlihatkan komitmen Majlis Bandaraya Ipoh dalam menyokong usaha kerja ini, MBI telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI bagi tempoh lima (5) tahun iaitu 2021 sehingga 2025. OACP ini telah menggariskan inisiatif yang akan dilaksanakan oleh MBI sebagai mekanisme pengurusan pemantapan governans, integriti dan antirasuah Majlis. Sebagai langkah pencegahan serta kawalan dalaman, pelan tindakan telah dibangunkan dan diharapkan agar inisiatif-inisiatif tersebut dapat memantapkan aspek governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi ini. Pelan ini juga menjelaskan mekanisme penyelarasan dan pemantauan bagi memastikan inisiatif – inisiatif OACP MBI dilaksanakan seperti yang ditetapkan dan pelan ini akan sentiasa dikaji serta dikemaskini mengikut perubahan semasa. Pelan ini berperanan dalam menjadikan MBI sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT ) yang dikenali sebagai berintegriti dan bebas rasuah.

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 47 PENGHARGAAN

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 48

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 49 1. Encik Azahari Effendy bin Abd Rahim 2. Cik Nur Diyana binti Zuhair 3. Puan Nur Fidrah binti Noh 4. Encik Mohamad Zulirwan bin Nazri 5. Puan Siti Salwani binti Ismail 6. Encik Hairil Anwar bin Amirusin 7. Encik Norrahmat bin Abdul Ghani

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 50 Dengan perkhidmatan konsultasi daripada pihak Institut Integriti Malaysia (IIM): 1. Puan Nurul Fadzliyanie Binti Mohd Razif 2. Encik Umar Chong Bin Shafie Abdullah 3. Encik Harisham Bin Ibrahim 4. Encik Zubayry Abady bin Sofian Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025. TERIMA KASIH

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 51 SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) MBI 2021-2025 PADA 15 MAC 2021

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 52 SESI TAKLIMAT “AWARENESS” PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) MBI PADA 26 MAC 2021

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 53 TAKLIMAT CRA DAN ANALISIS DATA PADA 2,16 DAN 17 JUN 2021

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 54 SESI PEMBENTANGAN PELAN TINDAKAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI PADA 23 JULAI 2021

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 55 BENGKEL PEMURNIAN PADA 26 DAN 27 JULAI 2021

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBI 2021-2025 56 BENGKEL PEMURNIAN PADA 26 DAN 27 JULAI 2021

“ Integrity is doing the right thing even when no one is watching ” C.S Lewis British Writer









MAJLIS BANDARAYA IPOH JALAN SULTAN ABDUL JALIL GREENTOWN 30450 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN NO TEL: 05-2083333 NO FAKS: 05-2537396 / 05-2083530 E-MEL: [email protected]


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook