Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Ilham Punai IPGK Gaya Bil 1_2020

Ilham Punai IPGK Gaya Bil 1_2020

Published by norafidahnoralidin, 2021-03-29 04:18:42

Description: Ilham Punai IPGK Gaya Bil 1_2020

Search

Read the Text Version

45 dalam memilih perkataan kesalahan berbentuk berlebih-lebihan pula merujuk kepada kesalahan menulis sesuatu yang tidak penting dan tidak membawa sebarang fungsi di dalam sesuatu ayat. Kesalahan disebabkan penggunaan bahasa lain berpunca daripada pengaruh bahasa pertama dalam penggunaan bahasa kedua atau sebaliknya. Kesalahan jenis ini sering berlaku dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu kerana pelajar bukan Melayu sering terpengaruh dengan bahasa ibunda mereka. Kesalahan yang disebabkan pengaruh lisan pula merujuk kepada penggabungan bahasa pertuturan atau tulisan dalam penulisan terutamanya pelajar sekolah. Kepelbagaian laras bahasa menyebabkan murid sering terkeliru sehingga membawa kepada kesalahan bahasa dalam penulisan. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa pemasalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu di negara ini antaranya adalah seperti yang berikut: a) Penggunaan kata ganti nama ‘ia’ dan ‘ianya’ia padanan daripada “it”-BI - digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja, kecuali untuk watak binatang seperti Sang Buaya. ianya dua kali kata ganti nama dan tidak dibenarkan sama sekali b) Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalahialah diletakkan di hadapan frasa nama Ali ialah guru bahasa Melayu adalah diletakkan di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif Hadiah itu adalah untuk ibunya. kedua-dua kata pemeri tidak boleh diletakkan di hadapan kata kerja Kesalahan penggunaan: Adalah dimaklumkan Adalah dirujuk c) ‘selain daripada itu’ atau ‘selain itu’Selain kata sendi nama Kata sendi nama tidak dibenarkan hadir secara berturutan. daripada kata sendi nama Penggunaan yang tepat ialah ‘ selain itu’d) Oleh kerana atau Oleh sebab Oleh Kata sendi nama Hukum penggunaan : Kerana Kata hubung pancangan

46 Sebab Kata nama Kata sendi nama diikuti oleh Kata nama/frasa nama Penggunaan yang tepat ialah ‘oleh sebab’e) Sehubungan itu atau Sehubungan dengan itu Sehubungan itu Perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan. Frasa ‘sehubungan dengan itu’ bermaksud sama dengan, oleh itu kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun frasa lebih tepat ialah ‘sehubungan dengan itu’ kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu dan perlu ada dengan. Sehubungan dengan itu f) Hukum Aneksi Persona Maksud: Peraturan yang menetapkan frasa kerja pasif diri pertama atau kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama atau kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata 1. Akan saya baca - betul 2. Saya akan baca - salah g) Hukum DM (Diterangkan Menerangkan) Maksud: (D) merujuk aspek yang ‘Diterangkan’ manakala (M) merujuk aspek yang ‘Menerangkan’. Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu ‘diterangkan’ harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang ‘menerangkan’.a) Sos cili dan bukannya cili sos b) Hal-hal lain dan bukannya lain-lain hal h) Oleh yang demikian atau Oleh hal yang demikian Oleh yang demikian ‘Oleh’ ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama ‘hal’ Oleh hal yang demikian Penggunaan yang betul ialah ‘ oleh hal yang demikian’ Huraian kesalahan dan hukum penggunaan bahasa di atas merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Musa, & Farid Onn (2015). Walau bagaimanapun hanya sebahagian kecil kesalahan bahasa telah dipaparkan namun kesalahan ini mampu memberi impak yang besar sekiranya tidak dibetulkan. Kurang pengetahuan atau tidak berkemahiran dengan hukum berbahasa dalam bahasa Melayu tidak boleh dijadikan alasan untuk

47 membenarkan kesalahan penggunaan bahasa ini sama ada secara lisan atau pertuturan. Kesimpulannya isu kesalahan penggunan bahasa dalam bahasa Melayu hanya akan selesai sekiranya semua pihak menggembleng tenaga dan usaha untuk memastikan bahasa itu menjadi jiwa kerana sesungguhnya ‘Bahasa itu Jiwa Bangsa’ dan kita mestilah ‘Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul’. Rujukan Awang Sariyan. (1996). Warna dan suasana perancangan bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aminuddin Mansor (2006). Konsep bahasa, dalam Jurnal Dewan Bahasa, Februari 2006. Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (2015). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Musa, & Farid Onn. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka S.Nathesan.(2010). Beberapa Persoalan Penggunaan bahasa Melayu dan Penyelesaiaanya, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

48 REFLECTIVE PRACTICE: A REVIEW Shubashini Suppiah Jabatan Bahasa [email protected] IntroductionThe concept of reflection is probably as old as educational discourse itself. It is an inseparable element of teaching and learning, allowing teachers to identify and solve problems (Dewey, 1933) related to their teaching practice or learning various aspects of their profession. Although teachers have always been in some way engaged in reflection, it is only during recent decades that the notion has become a well-established theoretical concept in the field of education (Farrell, 2019).The basic premises behind reflective practice are that it helps teachers to apply theory to practice, leads to improved classroom practice and enables practitioners to grow professionally by learning from classroom-related experience (Cirocki & Farrell, 2017).This article is a review of the notion of reflective practice in teacher education. This article will review two aspects: (1) the concept of reflective practice and reflective practitioners and (2) critical views of reflective practice. The Concept of Reflective Practice and Reflective PractitionersReflection, and reflective practice, play a fundamental role in teacher learning and professional development (Widodo & Ferdiansyah, 2018) because it gives teachers the opportunity to self-assess their teaching knowledge and practice, as well as share thinking and practices in informal groups or well-established communities of practice. Reflective practice has been operationalised in different ways, including learning through and from experience, evidence-based observations and examination of critical incidents (Arslan, 2019). Regardless of the different approaches, it can be defined as thinking about classroom events, experiences or critical incidents, before, during and after their occurrence, in ways that allow for deep introspection and evaluation. From an ecological perspective, reflective practice embraces three levels: surface reflection pedagogical reflection , and critical reflection (Larrivee, 2008). With surface reflection, teachers emphasise technical methods to achieve specific goals. Pedagogical reflection involves reflecting on instructional theories and approaches, and connections between theory and practice; teachers aspire to achieve consistency between advocated theory and theory-in-use. Critical reflection involves

49 teachers reflecting on the moral and ethical implications of their classroom practices on students and themselves as lifelong learners. It involves an in-depth analysis of both personal and professional belief systems as well as educational practices. Preparing teachers to become reflective practitioners is a frequently articulated goal in teacher education (Cirocki & Farrell, 2017). Similarly, the construction of reflective identity in practitioners has become a prominent theme within a transformative education discourse. Thus, as reflective practitioners, teachers are no longer technicians or curriculum transmitters who follow a subscribed model of education. Instead, they serve as autonomous decision makers who continually learn from their experience and reconstruct this experience through reflection (Schön,1983). Reflective practitioners are also committed to lifelong learning, as they engage in continuing reflective practice and professional identity (re)construction (Cirocki & Farrell, 2017). Sustained reflective practice is therefore challenging, as it requires that teachers regularly play various roles, often going beyond those of curriculum transmitters. To fulfil the various roles well, as Qinhua, Dongming, Zhiying and Hao (2016, pp: 6-7) state, reflective practitioners are required to; (i) acknowledge the theory and value of life-long learning, (ii) demonstrate strong motivation to learn, coupled with a sense of responsibility, (iii) show clear self-perception, in addition to continual self-reflection and self-assessment, (iv) display self-direction, self-adjustment and control their learning process, (v) be effective in using diverse learning methods, strategies, approaches and resources to assist their own learning and (vi) assess the effects of their own learning and use their learning in solving problems, facilitating future learning. Critical Views of Reflective Practice Although the concept of reflective practice established itself as a major component in teacher education, it is not without criticisms based on various aspects. The establishment of reflective practice in teacher education programmes has in fact, created more contradictions, tensions and dilemma. A Delusive Concept The vagueness of the concept of reflective practice has been an on-going subject of dispute by many notable scholars of the field. The literature pertaining to the idea of reflection “has witnessed a loose and fuzzy treatment of the concept” and “its various conceptions galore” (Fat’hi & Behzadpour, 2011, p: 245). One particular dispute is

50 the concept of reflection formulated by Dewey and the type of reflection propagated by Schön. Dewey’s notion of reflection is a form of practice in the field that will eventually lead to professionalization and is a means to control “action that is merely repetitive, blind and impulsive” (Dewey, 1933, p: 17). Schön on the other hand viewed reflection as an intuitive, personal and non-rational activity in which practitioners make “new sense of the situations of uncertainty or uniqueness” of the teaching experience (Schön, 1983, p: 61). The tensions between Dewey’s notion of reflection which is both scientific and rational in nature and the reflection proposed by Schön, which is more of an intuitive-based concept has resulted in a state of confusion as to what the term exactly means. It’s Individualistic Approach The individualistic nature of reflective practice is yet another point of disagreement among advocates of reflective practice. The consequence of the disagreement has given rise to the question of the relative benefits of individual and collective reflection in the literature on reflective practice. Many practitioners assert that leaving reflections in the hand of the individual to analyse and make a valid judgement is difficult as the individual may believe that it seems much safer and secure not to reflect as they do not see anything wrong. A position also supported by Mann and Walsh (2013) who claim that “RP is often presented as an individual process that does not fore-ground collaboration or participation in a community of practice” (p: 296). On the other hand, studies examining pre-service and novice teachers’ reflective thinking and engagement (Cirocki & Widodo, 2019) concluded that for deeper, richer and more critical articulation of reflective thought and engagement to develop there has to be guidance, feedback and some form of collaboration to support it. The Dominance of the Written Forms Mann and Walsh (2013) put forth the argument that there appears to be a dominance of written forms of reflective practice at the expense of other possible forms. This issue has also surfaced as a point of contention among reflective practice scholars who appear to be divided on this. Reflective journals have been widely used in teacher education programmes and have also been the focus of many studies related to reflective practice. Reflective journal writing either done individually or collaboratively provides the individual meta-cognitive opportunities to connect new

51 and existing knowledge. Having established the importance of written journals in developing reflective practice in teacher education, contrasting views on the use of written journals have also been raised. Mann & Walsh (2013) caution about written forms of reflection claiming that when the focus of reflection is on the writing itself, practitioners can find themselves more concerned with “completing the reflective task” (p: 297) which may prioritise reflection as a product rather than a process. Is it Possible for the Novice? There appears to be conflicting perspectives in introducing reflective practice in pre-service teacher training. Akbari (2007) in his polemic paper on reflections presented the argument that “reflection cannot be introduced at all the stages of teacher development” (p: 200) more so in the early stages of teacher development as they could be counter-productive because survival strategies take priority. He goes on further to add that novice or beginning teachers are more concerned with the image they portray rather than “any real and meaningful creativity or innovation aimed at improved classroom performance” (Akbari, 2007; p: 200). This claim is supported by other advocates who posit that many new teachers tend to fall back on pre-conceived understandings of how they and their pupils should conduct themselves in the classroom which can hinder critically constructive practice and reflection. On the other end of the argument, several researchers have pointed out that with appropriate conditions and spaces for professional dialogue/collegial discussions in addition to suitable facilitation approaches and sustained feedback (Foong, Md Noor & Nolan, 2018; Martinez, 2018) novice teachers can be guided to understand and re-construct their teaching knowledge, which is very much what reflective practice advocates. Conclusion This article has reviewed a fundamental cornerstone of teacher education, reflective practice by highlighting two aspects which are the concept of reflective practice and reflective practitioners as well as some critical views of reflective practice. Despite, its ambiguity in different research-based contexts, reflective practice still remains a crucial component in teacher training and development.

52 ReferencesAkbari, R. (2007). Reflections on reflection: A critical appraisal of reflective practices in L2 teacher education. System, 35(2), 192–207. Arslan, F.Y. (2019). Reflection in pre-service teacher education: Exploring the nature of four EFL pre-service teachers’’ reflections. Reflective Practice, 20(1), 111-124. Cirocki, A., & Farrell, T. S. C. (2017). Reflective practice in the ELT classroom [special issue]. The European Journal of Applied Linguistics and TEFL, 6(2). Cirocki, A., & Widodo, H. P. (2019). Reflective Practice in English Language Teaching in Indonesia: Shared practices from two teacher educators. Iranian Journal of Language Teaching Research 7, (3), 15-35. Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of reflective thinking to the educative process. Boston, MA: D. C. Heath. Farrell, T. S. C. (2019). Reflective practice in ELT. London: Equinox. Fat’hi, J., & Behzadpour, F. 2011. Beyond Method: The Rise of Reflective Teaching. International Journal of English Linguistics 1, (2), 241–252. Foong, L.Y.Y., Md Nor, M., Nolan, A. (2018). The influence of practicum supervisors’ facilitation styles on student teachers’ reflective thinking during collective reflection. Reflective Practice 19, (2), 1-16. Larrivee, B. (2008). Meeting the challenge of preparing reflective practitioners. The New Educator, 4(2), 87-106. Mann, S & Walsh, S (2013). RP or RIP: A critical perspective on reflective practice. Applied Linguistics Review, 4(3), 543 -579. Martínez, J.M.G. (2018). How effective is collaborative reflective practice in enabling cognitive transformation in English language teachers? Reflective Practice: International and Multidisciplinary Perspective 19(4), 427 – 446. Qinhua, Z., Dongming, M., Zhiying, N., & Hao, X. (2016). Adult competences for lifelong learning. Aalborg: River Publishers. Schön, D. A. (1983). The reflective practitioner: How professionals think in action. New York: Basic Books. (Reprinted in 1995)

53 RUKUN NEGARA SEBAGAI WAHANA PENYATUAN MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA Widayati Harun (Ph.D) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi [email protected] ‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh, begitulah perumpamaan yang perlu dipegang oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan negara. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan juga dikenali sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Tiga etnik yang terbesar di Semenanjung Malaysia ialah Melayu, Cina dan India manakala etnik yang lain di Sabah dan Sarawak sama ada terdiri daripada bumiputera atau bukan bumiputera. Kepelbagaian kaum di negara ini sentiasa dilihat sebagai satu keistimewaan malah satu kekuatan bagi membentuk identiti budaya warga Malaysia seperti perpaduan antara kaum. Jalinan dan ikatan yang padu ini amat penting dan merupakan asas untuk menjamin kesejahteraan negara. Kebelakangan ini, usaha-usaha kerajaan dalam mengekalkan perpaduan negara yang memiliki rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama bukanlah satu perkara yang mudah. Justeru, 50 tahun lalu iaitu pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara telah dibentuk bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan negara kerana Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah menggugat perpaduan antara kaum di Malaysia. Antara usaha kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan perpaduan adalah dengan menubuhkan Majlis Perundingan Negara untuk membincangkan soal-soal sensitive setelah rusuhan-rusuhan itu, melancarkan satu Dasar Ekonomi Baru, melaksanakan dengan lebih tegas Dasar Bahasa Kebangsaan dalam sistem pelajaran nasional, mewujudkan sebuah ideologi kebangsaan (Rukun Negara), membuat beberapa pindaan perlembagaan untuk memperkukuh peruntukan-peruntukan berhubung dengan perkara-perkara sensitif, menubuhkan sebuah Lembaga Perpaduan Negara dan memperluas konsep politik kerjasama antara kaum dengan mewujudkan gabungan parti Barisan Nasional (Fatimi Hanafi, Zulkarnain Abdul Rahman dan Arabiyah Mohd Noor, 2016). Pelbagai cabaran juga ditempuhi dalam meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan

54 masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara Di samping itu, objektif utama Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memastikan perpaduan yang lebih erat dapat dicapai dalam kalangan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing. Memelihara dan mengekalkan cara hidup yang demokratik dengan mewujudkan kebebasan asasi dan kegiatan berpolitik yang tidak melanggar undang-undang negara, seperti melakukan aktiviti berkempen tanpa melakukan keganasan dan merosakkan harta benda. Seterusnya, mencipta satu masyarakat yang adil dan mementingkan kemakmuran negara agar dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Selain itu, membentuk sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak tanpa menyinggung atau memburukkan kaum lain untuk menghargai tradisi dan perayaan mereka. Contohnya, kaum Cina yang melawat rakan mereka yang meraihkan Hari Gawai atau Hari Kaamatan dan tidak merasakan hari perayaan itu sebagai perkara yang remeh-temeh atau tidak menghina kepercayaan kaum tersebut. Kesan Rukun Negara Terhadap Masyarakat Dan Negara Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 masih diguna pakai sehingga ke hari ini semestinya telah membawa kepada kesan positif kepada masyarakat majmuk di Malaysia dan memberi impak kepada negara. Umum mengetahui bahawa lima prinsip Rukun Negara ialah kepercayaan kepeda Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Berdasarkan kepada prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan telah berjaya melahirkan individu bertamadun dan mengambil kira komposisi rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Melalui prinsip ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah menerima dan menghormati pegangan agama lain dan mengamalkannya dengan aman. Oleh itu, pergolakan negara yang terjadi akibat perselisihan fahaman agama tidak akan tercetus. Prinsip kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara telah berjaya melahirkan rakyat yang taat setia dan selari dengan peranan rakyat apabila Yang di-Pertuan Agong diangkat menjadi ketua negara. Raja telah dianggap sebagai simbolik kemegahan negara. Oleh yang demikian, masyarakat akan menyanjung

55 tinggi semangat Raja Berpelembagaan Justeru, ia memberi impak positif kepada . negara, negara akan lebih makmur akibat kesetiaan dan bersatu dalam mentaliti Raja. Prinsip ketiga iaitu keluhuran perlembagaan berhasil membuka mata dan minda rakyat Malaysia bahawa pemerintahan berkesan mempunyai tunjang dan asas panduan. Sebagai contoh, negara Malaysia yang ditadbir oleh Yang di-Pertuan Agong berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan yang cukup matang dan undang-undang ini berupaya untuk melahirkan masyarakat yang boleh mengawal tingkah laku dengan sopan agar tidak bertindak di luar batas dalam pemerintahan. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan menjadikan negara lebih stabil dan terurus dalam organisasi negara seperti kabinet menteri dan perlantikan dan perletakan jawatan menteri. Prinsip keempat kedaulatan undang-undang berjaya melahirkan rakyat berdisiplin. Oleh hal yang demikian, kadar jenayah dalam negara dapat dikawal dengan baik. Hal ini dapat menarik perhatian orang luar untuk datang melancong ke dalam negara kerana merasa selamat. Bahkan, pelabur juga bersedia untuk melabur dalam Malaysia kerana sikap disipilin masyarakat Malaysia itu sendiri dan wujud keyakinan bahawa keselamatan mereka terjamin. Secara tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat dan berkembang pesat. Prinsip terakhir dalam rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan telah berjaya melahirkan rakyat Malaysia yang beradab dan santun. Sikap ini amat sejajar dengan adat resam Melayu yang menekankan sikap sopan dan lemah lembut dalam setiap tatacara kehidupan. Kesopanan masyarakat telah menarik minat masyarakat luar untuk mengenali adat Melayu dengan lebih dalam lagi. Selain itu, satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak akan terbentuk dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, nama negara akan lebih dikenali seantero dunia disebabkan adat yang diamalkan, masyarakat yang santun, mempunyai suasana yang harmoni dan berjaya mengekalkan ketenteraman dan keamanan negara. Apabila kelima-lima prinsip ini digabungkan, lahirlah masyarakat Malaysia yang holistik dan berkualiti. Tidak dapat disangkal lagi, rukun negara yang termetrai memberi kebaikan kepada individu,masyarakat serta negara.

56 Cabaran Merealisasikan Rukun Negara Pelaksanaan Rukun Negara oleh setiap lapisan masyarakat semestinya akan membawa banyak kebaikan kepada setiap warganegara Malaysia dan akan dapat memajukan negara dari pelbagai aspek. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran yang akan dihadapi dalam pelaksanaan Rukun Negara. Antara cabaran dalam usaha merealisasikan Rukun Negara ialah rakyat yang tidak mengamalkan ajaran agama, melakukan jenayah, rakyat yang mempersoalkan kedudukan dan kuasa Raja-raja, rakyat yang menyalahgunakan teknologi media sosial dan rakyat yang mementingkan diri sendiri. Cabaran-cabaran ini haruslah ditangani dan diberikan perhatian agar kemakmuran negara dapat dikekalkan. Cabaran-cabaran dalam merealisasikan Rukun Negara ini haruslah ditangani dan diselesaikan secara efektif. Cabaran-cabaran tersebut akan mengundang kepada permasalahan yang lebih besar. Semua pihak haruslah memainkan peranan dengan efektif dan inovatif agar negara Malaysia dapat menjadi lebih maju dan dipandang tinggi oleh negara lain yang mempunyai tahap keharmonian dan kesejahteraan yang tinggi walaupun terdiri daripada masyarakat majmuk. Kesimpulan Kesimpulannya, masyarakat haruslah peka terhadap kewujudan Rukun Negara dan menghayati makna yang terkandung dalam Rukun Negara. Rukun Negara bukanlah diwujudkan semata-mata sebagai satu hiasan di dalam sesebuah buku namun adalah untuk mengatasi segala perbezaan yang dimiliki oleh masyarakat berbilang kaum serta menjadi nadi perpaduan bagi mengekalkan keharmonian kaum di Malaysia. Kesannya, Rukun Negara memberi impak yang positif terhadap masyarakat dari segi kesetiaan dan kelakuan mereka. Semangat Rukun Negara perlu ada dalam diri setiap masyarakat kerana sangat relevan dalam menangani krisis negara daripada ancaman dalam mahupun luar negara. Masyarakat perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing agar dapat menghadapi apa-apa jua cabaran. RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Aziz. (2010). Rukun Negara dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara, Political Management and Policies in Malaysia, Hlmn. 443-457.

57 Fahezah Nor Mohamed, 26 September 2018. Disebalik makna Prinsip Rukun Negara, Tema: Kenegaraan. Diakses dari https://agri.upm.edu.my/artikel/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara43449?L=en. Fatimi Hanafi, Zulkarnain Abdul Rahman dan Arbaiyah Mohd Noor. (2016). Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasional di Malaysia, 3 (1). ISSN: 22898042. Mohd Sohaimi Esa dan Romzi Ationg. (2020). Majlis Gerakan Negara (MAGERAN): Usaha Memulihkan Semula Keamanan Negara Malaysia, dalam Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Hlmn. 171-177. Rohaizahtulamni Radzlan, Sarjit S. Gill dan Ahmad Tarmizi Talib. (2013). Pemahaman dan Penghayatan Rukun Negara dalam Kalangan Belia Bandar di Semenanjung Malaysia, Malaysian Journal of Youth Studies, Jilid (9): 55-65. Sharif Zainudin dan Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counseling 1, (7), 115-140. Siti Norayu Mohd Basir, Junainor Hassan, Shuhairimi Abdullah dan Hasad Hassan. (2014). Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Rukun Negara Melalui Pengajaran Subjek Hubungan Etnik: Kajian kes di Universiti Malaysia Perlis. Journal of Human Development and Communication Volume 3 (Special Issue) (2014) Hlmn. 67-79.

58 TABURAN NORMAL DALAM ANALISIS DATA Shukiman Sukardi (Ph.D) Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi, [email protected] Pengenalan Analisis Data sangat penting dalam satu penyelidikan. Sebelum analisis statistik digunakan untuk mengekstrak data mentah, terlebih dahulu perlu mengetahui data yang dikutip bertaburan normal atau sebaliknya. Ini merupakan salah satu syarat utama bagi menentukan kesesuaian statistik yang akan digunakan dalam kajian. Jika, salah pilih, maka dapatan kajian tidak bermakna. Taburan normal (Normal Distribution) ringkasnya adalah satu taburan selanjar berbentuk simetri yang mempunyai nilai min dan sisihan piawai. Rajah 1: Taburan NormalUjian Parametrik & Ujian Non Parametrik Terdapat dua jenis ujian sebelum melaksanakan analisis statistik iaitu Ujian Parametrik dan ujian bukan Parametrik. Ujian Parametrik adalah ujian yang melibatkan data normal. Ujian parametrik perlukan beberapa andaian (assumption) supaya menjadi penganggar kepada parameter. Contoh Statistik parametrik adalah Ujian-t, Korelasi Pearson, Anova dan sebagainya. Manakala Statistik non parametrik tidak mensyaratkan bentuk sebaran parameter sautu populasi. Statistik biasanya digunakan untuk melakukan analisis data nominal atau ordinal. Contoh kaedah statistik non parametrik diantaranya adalah Ujian Chi-square, Friedmebt Test dan lain-lain. Berbalik kepada kenormalan data, sebelum sesuatu analisis statistik dilaksanakan untuk data-data mentah,data tersebut mestilah melalui ujian normaliti. Tujuannya adalah untuk menentukan data yang dioperolehi normal atau tidak

59 normal. Jika normal, analisis statistik yang digunakan adalah berbentuk Statistik Parametrik. Jika data tidak normal, gunakan analisis statistik non parametrik. Bagi menguji data mentah yang diperolehi normal atau tidak, dua kaedah ujian ini boleh dilaksanakan iaitu Ujian Statistik dan graf. Menurut Ahad, Teh, Othman dan Yaacob (2011), ujian statistik untuk uji kenormalan data iaitu ujian Kolmogorov-Smirnov (Kolmogorov 1956; Smirnov 1936), Shapiro-Wilk test (Shapiro & Wilk 1965), Liliefors Statistic dan Skewness & Kurtosis.Bagi Ujian normaliti berbentuk Ujian Statistik, beberapa jenis ujian boleh digunakan. Antaranya: i. Ujian Kolmogorov-Smirnov ii. Shapiro-Wilks iii. Liliefors Statistic iv. Skewness & Kurtosis Manakala bagi bentuk graf, merangkumi: i. Histogram ii. Steam Leaf Plot iii. Boxplot iv. Normal Probability Plot Ujian Normaliti Menggunakan SPSS Berikut adalah cara-cara menggunakan ujian statistik dalam menentukan taburan normal pada data menggunakan perisian SPSS: ANALYZE DESCRIPTIVE →STATISTIC EXPLORE →(Data kajian mesti sudah lengkap) Rajah 2: Analisis Diskriptif

60 Kemudian klik pada EXPLORE.Akan terpapar kolum seperti bawah ni. Masukkan Index EQ ke dalam kotak DEPENDENT LIST(purata bagi Index EQ, Data EQ 1 – EQ 4 perlu COMPUTE dahulu). Pada ruangan DISPLAY klik pada BOTH dan kemudian pilih kotak PLOTS. Rajah 3:Explore Data 3. Apabila sudah klik pada kotak PLOTS, akan keluar paparan seperti di bawah. Tandakan (tick)pada ruangan Factors levels together, Steam-and-leaf, Histogram dan Normality plots with tests.Rajah 4: Plots 4. Klik Continue dan OK. Hasilnya, akan keluar pada window OUTPUT SPSS KesimpulanKesimpulan, Ujian normaliti digunakan untuk menentukan sama ada bertaburan normal atau tidak. Dalam proses ujian statistik, ujian normal dianggap prasyarat dalam mengekalkan taburan data normal adalah andaian asas dalam ujian berparameter. Ia boleh dilakukan dengan dua cara, sama ada secara grafik dan berangka. Fokus utama adalah untuk melihat dan menjelaskan data normal yang digunakan dalam penyelidikan. Adalah ditegaskan, jika salah memilih statistik, maka dapatan kajian adalah tidak bermakna. Rujukan Ananda Kumar Palaniappan. (2005). Penyelidikan Dan SPSS (PASW). Pearson, Malaysia.

61 Nor Aishah Ahad, Teh Sin Yin, Abdul Rahman Othman & Che Rohani Yaacob. (2011). Sensitivity of Normality Tests to Non-normal Data. Jurnal Sains Malaysiana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusri Ibrahim. (2010). Bimbingan Cepat Analisis Data Penyelidikan Untuk Pendidikan & Sains Sosial. Bandar Ilmu. Kuala Lumpur.Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for Window. Venton Publishing. Kuala Lumpur.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook