Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Ilham Punai IPGK Gaya Bil 1_2020

Ilham Punai IPGK Gaya Bil 1_2020

Published by norafidahnoralidin, 2021-03-29 04:18:42

Description: Ilham Punai IPGK Gaya Bil 1_2020

Search

Read the Text Version

ILHAM PUNAI BIL 1. 2021 IPG KAMPUS GAYA ILHAM PUNAI (Buletin Pendidikan) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya merupakan terbitan ulung IPG Kampus Gaya. Ilham Punai ini adalah satu usaha bagi menggalakkan penulisan dalam kalangan warga IPGK Gaya di samping menjadi platform untuk mencetus dan menyebar luas idea-idea bernas serta berkongsi pengalaman dalam kalangan pendidik untuk kepentingan institusi pendidikan dan seterusnya meningkatkan profesionalisme keguruan. Ilham Punai menerbitkan artikel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semua artikel berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan Pendidikan dan isu-isu semasa. Penulisan yang dihasilkan boleh berbentuk penulisan ilmiah, artikel berasaskan pengalaman atau berasaskan penyelidikan, ulasan buku atau ulasan sumber. Sumbangan artikel terbuka kepada semua warga IPG Kampus Gaya. Setiap penyumbang artikel hendaklah mematuhi garis panduan berikut: • Format dan gaya penulisan selaras dengan garis panduan Manual APA. • Manuskrip hendaklah ditaip pada kertas A4, langkau 1.5, menggunakan Arial 11. • Manuskrip yang dihantar hendaklah asli dan tidak pernah diterbitkan di penerbitan lain. • Panjang manuskrip hendaklah tidak lebih daripada 2000 patah perkataan, tidak termasuk rujukan dan lampiran. • Penyumbangan artikel hendaklah menghantar satu salinan softcopy (CD) kepada Editor. Mana-mana bahagian daripada buletin ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh dibaiki, atau disiarkan semula. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang artikel untuk penerbitan Ilham Punai boleh berhubung dengan pihak editor.Sidang Editor IPG Kampus Gaya, Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu, Sabah Email: [email protected] ®HakCiptaTerpelihara IPG Kampus Gaya

ii ILHAM PUNAI (BULETIN PENDIDIKAN) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu, Sabah BIL 1 Tahun 2020 SIDANG EDITOR Ketua Editor: Dr Widayati Harun Editor: Dr Juliana Osong Dr Norafidah Noralidin Dr Shukiman Sukarti En Abd Halib Mohd Ali Dr Chai Cheng Peng Pn Carole Anne Justin PENERBIT IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu, Sabah ALAMAT IPG Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu Sabah Tel: 088-210646 / 088-210979 Fax: 088-217124 Website: http://ipgkg.moe.edu.my

iii KATA-KATA ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. Salam Sejahtera dan Salam Damai, Syukur ke hadrat Tuhan semesta alam atas limpahan rahmat-Nya, Ilham Punai Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ini berjaya dihasilkan dengan jayanya. Penerbitan buletin ini merupakan satu komitmen seluruh warga IPGK dalam memastikan budaya penulisan dan seterusnya penerbitan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Usaha ini juga seiring dengan transformasi IPG dalam gelombang ketiga transformasi IPG (2021-2025) yang memfokuskan usaha untuk mewujudkan budaya kecemerlangan profesional dan salah satu cara untuk mencapai sasaran ini adalah dengan menggalakkan penglibatan pensyarah dalam penyelidikan, inovasi dan seterusnya penerbitan. Tambahan pula, penerbitan ini diharap dapat menyokong matlamat pelan strategik IPGKG iaitu Gaya Beyond 2016-2025 yang juga telah menetapkan bahawa pada tahun 2025 sebanyak 70 % pensyarah akan melibatkan diri dalam penyelidikan dan seterusnya pembentangan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Hasil penyelidikan ini juga perlu disebarluaskan melalui penerbitan justeru Ilham Punai ini merupakan salah satu medium untuk mencapai matlamat tersebut. Harapan saya, buletin Ilham Punai terbitan pertama ini akan menjadi satu penerbitan berterusan dengan jumlah artikel yang bertambah pada setiap tahun. Bak kata pepatah ‘Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih’ justeru jadikan Ilham Punai ini sebagai wadah untuk warga IPGK Gaya meluahkan idea, ilham malah berkongsi kemahiran dan kepakaran melalui penulisan. Akhir kalam, tahniah diucapkan kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi yang telah berjaya menghasilkan buletin ini, tahniah juga kepada semua penyumbang artikel dan yakinlah bahawa sumbangan semua pihak akan menjadikan penerbitan di IPGK Gaya sebagai satu budaya. Sekian, terima kasih. DR. GERTURUDE JOCK A.D.KPengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu.

iv TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Allah S.W.T kerana dengan Izin-Nya penerbitan Ilham Punai ini akhirnya berjaya direalisasikan. Tahun 2020 mencatatkan sejarah dengan penerbitan pertama Ilham Punai yang saya yakin akan berterusan pada tahun-tahun akan datang. Sebelum itu, terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi kerana dengan komitmen mereka akhirnya Ilham Punai Bil1/2020 ini berjaya diterbitkan. Di samping itu, matlamat penerbitan Ilham Punai yang berusaha untuk meningkatkan jumlah penerbitan di IPGK Gaya ini merupakan salah satu sasaran yang cuba dicapai melalui penghasilan Ilham Punai tersebut. Oleh itu, sebanyak 14 artikel yang telah disumbangkan oleh warga IPGK Gaya berjaya diterbitkan dalam buletin ini. Dari segi kandungan, artikel yang diterbitkan ditulis sama ada berbentuk dapatan kajian penyelidikan atau penulisan umum tentang perkongsian pengalaman, kepakaran, idea dan sebagainya. Semoga Ilham Punai ini akan menjadi platform untuk warga IPGK Gaya berkongsi idea, pengalaman, kepakaran atau dapatan-dapatan kajian yang seterusnya akan mendorong kepada pemantapan budaya ilmu. ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ peribahasa ini bermaksud sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai sekiranya tidak diusahakan justeru kita jadikan ungkapan ini sebagai pendorong untuk sentiasa berusaha menulis dan seterusnya menerbitkan hasil penulisan. Jelaslah bahawa, terbitnya Ilham Punai ini bermakna satu tindakan proaktif untuk membudayakan penyelidikan dan seterusnya penulisan telah menunjukkan hasil. Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang menjayakan Ilham Punai ini dan tahniah juga kepada penyumbang artikel untuk keluaran 1/2020 ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan dijadikan budaya oleh warga IPG Kampus Gaya. Sekian, terima kasih DR. ARIS FAZIL UJANG Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu.

v ILHAM PUNAI (BULETIN PENDIDIKAN) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu. KANDUNGANIlham Punai, Capturing Words Onto Paper Gerturude Jock (Ed.D) 01 Outliers Dalam Data KajianAris Fazil Ujang (Ph.D) 05 A Covid-19 Experience Towards BehaviourNgui Geok Kim (Ph.D) 09 Budaya Membaca Membangun Generasi Berjaya Juliana Osong (Ph.D)14 Definisi Kurikulum Pendidikan Di Malaysia Sapihi Dulamit (Ph.D)18 Fungsi Imbuhan Sebagai Penanda Masa Dalam Bahasa Kadazan Dusun Rozita Buyoh (Ph.D)22 Go Digital Or Go Home!!! Musings From A Teacher Educator Shubashini Suppiah 27 Kecindan: Elemen Merentas Kurikulum Dalam Interaksi Elektif Teras Pendidikan Jasmani Jana KbatIsrah Binti Aripin 31 Kemahiran Asas MemanahNoni Binti Maki (Ph.D)30 Perkembangan Dan Pemantapan Bidang Pendidikan Sejarah Nadarajan Marimuthu34 Permasalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Bahasa Melayu Norafidah Noralidin (Ph.D)44 Reflective Practice: A Review Shubashini Suppiah48 Rukun Negara Sebagai Wahana Penyatuan Masyarakat Majmuk Malaysia Widayati Harun (Ph.D)53 Taburan Normal Dalam Analisis Data Shukiman Sukardi (Ph.D)58

1 ILHAM PUNAI, CAPTURING WORDS ONTO PAPER. Gerturude Jock (Ed.D) [email protected] Inspiration comes in many shapes and forms. It can materialise in a blink of an eye, or it can take till the sands of time run out. Let us take the title of this exciting book, for example – Ilham Punai, it was coined by five individuals who sat discussing a serious professional challenge. It took less than five minutes when great minds set their target clearly. Allow me to elaborate. Ilham means inspiration and Punai is the local name of a green pigeon, found on a little hill, named Bukit Punai. The green pigeon is found mainly in Malaysia, Brunei, Indonesia, and Thailand (\"Punai Tanah\", n.d.). Thus, on Bukit Punai, the pigeons fly freely home, unperturbed by the noise of modernisation and the various voices of educators engaged in moulding the minds and hearts of future teachers. Bukit Punai holds Sabah's heart of teacher education, the Institute of Teacher Education Gaya Campus. Gaya Campus is fondly known as Maktab Gaya. Many of Sabah's top-notch educators taught and graduated from this distinguished institution. Ilham Punai has the sole objective of encouraging educators and administrative staff to write their thoughts and ideas on professional matters or varied issues. This first edition marks Gaya's management concerted effort to gather the written products in one compilation, which is to be published digitally at the end of the year. This 2020 project's success paves the way for a continuous flow of creative writing and publication of educators' contribution to the development of understanding and appreciation to a multitude of subject matters. Let's explore one's inspiration for writing. It is limitless. As an educator, if you are passionate about your area of interest, then write about it. Begin from your challenge in preparing for a topic to students' difficulties in this subject matter. You can even write about the lively class that captured everyone's enjoyment. You can also write about your learning from your students and turn that into a teaching point. Nothing ventured, nothing gained. If you are in the administrative team, look at the work you do and zoom into a puzzling problem. Write about how you will address that problem.

2 Thus far, I only mentioned about work. There are other muses, for example, your idol – a close relative, a national figure or an international star. Favourite recipes, books, hobbies, animals and skills are your choices. The only limit is the one that you set for yourself. The most important thing is to write about how these areas of interest affect your learning and how others can learn from your experience. Allow me to share my own wonderful experience of sitting in my quiet room, looking out into the bright array of nature in front of me. I feel like I am soaring up in the sky, searching the whole expanse of the air and the earth, wandering up high with the freedom to just be in flight. I can fly away as far as my eyes can see and as wide as my strength can carry me. I hear the loud whispering of vehicles hurrying to their destinations with the promise of an errand or two to be completed. I smell the fresh warm breeze and the lush greenery all around me—no one to distract me from my calm and serene journey across the unchartered territory. Suddenly, a faint sound can be heard, it grows louder, and alas, I am pulled back to reality. I see the grilled glass wall in front of me, \"Good morning, boss. May I enter?\" Been trained as an English language teacher by lecturers who were native speakers in a time that seemed surreal now, I can only do justice by writing and writing some more. I love poetry and the beauty of words. Hence, when I see things or events, I see them through a different romantic lens. My love for nature and the glorious wonders of our land will always make me want to use them to express my messages. I have no worries about my views being tainted by what I believe in because I always preach unity in diversity and always choose to make one's own decision and actions. Unfortunately, that cannot be true of everyone because of our encounter, our environment, the people we associate with, and prior teachings ingrained in us when we were young and impressionistic. Our inner resolves and nature are our saving graces and conscience. Some might want to say otherwise, but the truth is uneducated minds, unsolicited taunts and unschooled biases are our major stumbling blocks to real peace, respect and progress. So why should you contribute to research journals, innovation or publication in the campus? If you consider your job as a profession and a professional in education, you have to serve and achieve the key performance indicators set in your profession. Need I say more? The top two excuses given by many individuals on why they do not contribute articles fall on lack of writing skill and time. How often do you hear these lamentations: \"I do not know how to write\" and \"I do not have the time\". As a professional, I believe that one has no right to say that because it will suggest that you have not maximised

3 your talents and skills. Indirectly it will mean that you choose to make time and other excuses your scapegoats. Now, does this not reflect negatively on the value of your degrees or your profession? Remember that your top priority is to show great examples to the future teachers that are under your tutelage. Have you fulfilled your duty? The message here is, make time and write. Writing becomes a habit. Inspiration, as mentioned earlier comes from varied sources. Kick that self-preservation attitude of not wanting to do more because that more is still your duty. I called the ‘latch on’ syndrome another problem that has hooked onto these infamous two scapegoats. 'Latch on' meaning to hold onto, and syndrome suggests frequent occurrence. In a group writing dynamics, latch on syndrome means always taking a free ride without taking up the weight of responsibility. As a true professional, one will avoid being a passenger in a writing team. You must always take an active role. There is no point in being part of a team if you just want your name on the product. Remember karma will have it that you will have to provide your opinion on the work that the team has done one day. At this stage, pleading ignorance will just point the finger back to the ignoramus fool that said it in the first place. Now the crucial question – why should I bother to write? In our profession, there is an enormous amount of good reads. We read so that we enhance our knowledge of the latest happenings in our field. We have to keep abreast with the changes in learning, management of resources and in facilitating learning. After we have done this, we have to transfer that reading into our work, the topic we teach, and our curriculum. Nothing is static. Knowledge and what we offer our students must change according to current trends and development. One has only two choices to sink or to swim. Have you seriously assessed your teaching manuals? Are they up-to-date or are you guilty of plagiarism from yourself from your days gone by? Remember the old adage – twenty years of teaching but one teaching experience? I do hope that this is not the case for you. If you are guilty, then you are under obligation to take the honourable bitter remedy. In addition to updating your training manuals, you need to write. The benefit of putting pen to paper or in this new era typing your thoughts to the document file is that you will remember essential facts more. You are concretising your ideas, the notes you gather from different references and your newfound knowledge into a meaningful exchange of intellectuals at work. When you share your writings, you can get feedback from your colleagues about that idea or a new concept you have tried to present. Communication takes place, and this will invite more discussion and more

4 Google searches that eventually may lead to a discovery. Now if you can predict further into the future, the impact of your writing will mean your students may have caught onto your habitual writing exploration. In which case, they too will adopt such a beneficial habit and in the long run transfer that habit to their young students. In the next ten or twenty years, there is hope for a nation hungry for knowledge, enthusiastic about exploring new areas of interests permitting a whole new breed of global citizens, searching non-stop for the glory of the future generations to come. Wouldn't your child or your grandchild, your flesh and blood deserve to reap in this benefit? For the sake of creative learning, innovative exploration and sterling education, let us continue to strive for the moral and social imperatives, the promotion of an invaluable gem, Ilham Punai. Reference Punai Tanah. (n.d.). In Wikipedia.https://www.wikiwand.com/ms/Burung Punai Tanah.

5 OUTLIERS DALAM DATA KAJIAN Aris Fazil Ujang (Ph.D) [email protected] Pengenalan Dalam statistik, outliers ialah skor data yang sangat berbeza daripada skor data-data yang lain dalam kelompok yang sama, sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah. Sebagai contoh dalam satu set data 3, 7, 8, 10, 52. Nilai skor 52 adalah outlierskerana terlalu tinggi berbanding skor yang lain. Outliers Outliers boleh ditemui dalam situasi univariat dan multivariat. Outliers univariat ialah skor data yang mempunyai nilai ekstrem dalam satu pemboleh ubah. Outliersmultivariat pula merupakan kombinasi nilai ekstrem dalam sekurang-kurangnya dua pemboleh ubah. Kedua-dua jenis outliers ini akan menyebabkan isu normality dan boleh mempengaruhi hasil analisis kajian. Outliers univariat boleh dikenal pasti berdasarkan nilai skor standard iaitu skor z dan disemak menggunakan operasi Analyze - Descriptives dan Explore. Data yang mempunyai nilai skor z melebihi 3.29 berpotensi sebagai outliers. Kaedah alternatif menentukan outliers univariat adalah secara grafik data statistik iaitu box plots (stem-and-leaf plots), histogram dan normal probability plot seperti dalam Rajah 1. Merujuk Rajah 1, box plots menunjukkan terdapat tiga kes outliers, satu dengan nilai yang terlalu tinggi dan dua dengan nilai yang terlalu rendah. Rajah 1. Semakan outliers mengunakan grafik data statistik, (a) Box plots (b) Histogram dan (c) Normal Probability Plot Outliers multivariat disemak menggunakan analisis regresi dan ditentukan dengan menilai jarak Malahanobis Distance. Data yang mempunyai nilai maksimum Mahalanobis Distance melebihi nilai kritikal chi-square bagi darjah kebebasan yang

6 ditetapkan menunjukkan terdapat outliers (Tabachnick & Fidell, 2007). Pengukuran statistik yang lain bagi menentukan outliers multivariat ialah pengukuran leverage, discrepancy dan influence. Pengkaji boleh memilih salah satu cara bagi mengesan outliers dan melaporkan tindakan yang dibuat. Sehubungan dengan itu, antara sebab wujudnya outliers dalam data ialah (i) kesilapan semasa memasukkan data, (ii) gagal untuk spesifikasikan kod bagi missing-value supaya indikator missing-value dibaca sebagai data yang sebenar dan (iii) data daripada bukan ahli sesuatu populasi yang dijadikan sampel. Outliers boleh menyebabkan masalah dalam analisis statistik, sebagai contoh bagi pengukuran kecenderungan memusat. Outliers memberi kesan kepada nilai min sesuatu set data tetapi memberi kesan yang sedikit terhadap median atau mod data tersebut. Pengiraan min bagi set data 3, 7, 8, 10, 52 ialah 16, walau bagaimanapun menggunakan min 16 sebagai pengukuran kecenderungan memusat agak mengelirukan disebabkan tiada skor berdekatan nilai 16. Dalam situasi ini, apabila terdapat outliers, pengkaji perlu menggunakan median bagi mengukur kecenderungan memusat kerana median tidak terkesan dengan outliers. Merujuk contoh lain dalam Rajah 2, terdapat satu kes outliers dan hasil ANOVA sehala menunjukkan dapatan yang tidak signifikan ( =0.085) pada aras kesignifikanan 0.05. pApabila outliers tersebut dikeluarkan, hasil analisis adalah signifikan ( =0.000). Bagi pset data tersebut, menyingkirkan outliers memberi kesan pemisahan yang besar Sum of Squares df Mean Square F Sig. Between Groups 142.519 2 71.259 2.730 .085 Within Groups 626.444 24 26.102 Total 768.963 26 Sum of Squares df Mean Square F Sig. Between Groups 246.916 2 123.458 11.030 .000 Within Groups 257.431 23 11.193 Total 504.346 25 Rajah 2 Box plots. dan ANOVA sehala dengan dan tanpa outliers.outliers

7 antara tiga min kerana min dengan outliers ialah 13.00, 17.22 dan 11.89 tetapi min tanpa outliers adalah 13.00, 17.22 dan 9.63.Rajah 3 Box plots. dan jadual descriptives Penyingkiran outliers juga mengurangkan kebolehubahan dalam kumpulan yang mempunyai outliers dan pengumpulan kebolehubahan dalam kumpulan (ralat dalam ANOVA) akan menjadi lebih kecil. Apabila outliers telah dikesan, pengkaji perlu membuat keputusan sama ada keluarkan atau kekalkan outliers. Sekiranya outliers tersebut disebabkan kesilapan semasa merekodkan skor atau semasa memasukkan data maka data tersebut boleh diperbetulkan. Sekiranya kes outlierstersebut disebabkan ralat instrumentasi maka data tersebut perlu dikeluarkan. Sebelum membuat keputusan, pengkaji juga boleh merujuk kepada beberapa maklumat dalam jadual discriptives melalui analisis explore. Merujuk Rajah 3, box plots menunjukkan terdapat beberapa kes outliers. Seterusnya, pengkaji boleh meneliti nilai min dan 5% trimmed mean dalam jadual discriptives. Nilai min berat subjek yang direkodkan ialah 55.85 manakala nilai min bagi 5% trimmed mean ialah 55.50 iaitu nilai selepas 5% data outliersdikeluarkan. Kedua-dua nilai tidak jauh berbeza maka outliers tersebut tidak perlu dikeluarkan kerana tidak mempengaruhi min keseluruhan bagi pemboleh ubah yang dikaji (Pallant, 2011). Berdasarkan nilai min berat subjek yang sama, apakah tindakan yang perlu diambil apabila nilai min bagi 5% trimmed mean ialah 45.50? Kesimpulannya, outliers dalam data kajian perlu diuruskan dengan teliti kerana kewujudan outliers akan menyebabkan bias terhadap hasil kajian. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada tujuan kajian kerana apabila nilai ekstrem yang diperoleh diperlukan untuk dinilai keberadaannya atau fenomenanya maka nilai tersebut dikekalkan. Namun demikian, sekiranya kajian yang dijalankan Rajah 3 Box plots. dan jadual descriptives

8 untuk digeneralisasi atau untuk membentuk satu model dalam analisis regresi maka outliers tersebut perlu disingkirkan. Oleh itu, pengkaji perlu menyemak dan membersihkan data kajian sebelum menganalisis data agar kajian yang dijalankan dapat memberikan satu rumusan yang tepat. Rujukan Pallant, J. (2011). SPSS survival manual: A step-by-step guide to data analysis using SPSS for Windows (4th ed.). Australia: Allen & Unwin. Tabachnick, B.G., & Fidell, L.S. (2007). Using multivarite Statistics (5th ed.). Boston, MA: Pearson/Allyn & Bacon.

9 A COVID-19 EXPERIENCE TOWARDS BEHAVIOUR Ngui Geok Kim (Ph.D) Jabatan Bahasa [email protected] Introduction In the late 2019, the world has been attacked by a new strain of virus that will change the lives of many. The novel coronavirus outbreak, otherwise known as COVID-19, has become the latest pandemic that has affected the whole world. After it was first detected in December 2019 in China, Malaysia had their first confirmed case on the 25 January 2020 and the first confirmed death on the 17 March 2020. The rising number of Covid-19 infected individuals in Malaysia was linked to a religious event in Kuala Lumpur from 27 February to 1 March. This event is known as Sri Petaling Mosque cluster attended by an estimated 16,000 people, nearly 1,500 of who came from other Southeast Asian countries. Due to the impending threat, the country was placed under a strict movement control order (MCO) announced by the prime minister and the number of cases has steadily increased since then. After seven phases and three main stages, it is undeniable that Movement Control Order (MCO) has manage to curb the number of cases in Malaysia but in the same time it is also argue that MCO has led to psychological problems and behavioural changes among the public. In this paper, the author will attempt to investigate the effect of Covid-19 experience towards behavioural changes. These changes include behaviour, general public and the impact of MCO towards economy. This study will be conducted by reviewing existing articles and literature sources that is related to Covid-19 pandemic in Malaysia. The study will discuss on the containment measures conducted and how it shaped the behaviour of the people of Malaysia. Literature Review According to Gensini et al (2004), quarantine has been defined as the detention and segregation of subjects suspected to carry a contagious disease. More recently, the term quarantine has come to indicate a period of isolation imposed on persons, animals or things that might spread a contagious pathology. From the bubonic plague until SARS, quarantine and distancing has been proven effective in containing pandemic from spreading broadly. Containment of infectious disease also involves actions and measures such as closing of business, schools or limited transportation services and restricted public services (Jackson et al, 2014).

10 Study by Suppawittaya et al (2020) mentioned that there are three types of social alterations when it comes to containing infectious disease; social distancing, self-quarantine and self-isolation. Social distancing is designed to minimize interactions between people living in a wider community, in which individuals have the potential to be infectious but have not yet been identified. Self-quarantine are the contaiment for those who had direct contact with any infected people, travelled to countries with widespread ongoing transmission and had symptoms including fever and coughing after travelling to crowded areas. Self-isolation refers to the separation of ill persons with contagious diseases from others for the purpose of protecting non-infected persons. However, prolonged isolation and distancing has been related to loneliness which is one of the main factors to social well-being. Loneliness can lead to several psychiatric disorders and many physical disorders that can have dire consequences for mental and physical health if it’s left untreated (Mushtaq et al, 2014). Social isolation is also believed to be the main cause of smoking, obesity, inactive lifestyle and high blood pressure (Cacioppo et al. 2011). According to study byy Wang et al (2017), there is a significant correlation between social isolation towards behaviour and mental health of individuals. Methodology According to Rahman (2016), qualitative approach is suitable for study related to behaviour and experience. To have a better understanding on the concept of Covid-19 experience, a qualitative study is deemed fit. The methodology for this study involves reviewing secondary data in the form of past articles and literatures related to Covid-19 and its impact towards lifestyle and human behaviour. Articles and past research will be obtained via various websites using related keywords. The data collected is analysed and recorded as findings. Findings Covid-19 Containment Measures The Malaysian government has been attentive on Covid-19 since January 2020, starting with travelling ban to China on 25 January after three Chinese citizens’ were tested positive for Covid-19 (Immigration Department of Malaysia, 2020). The measures started with entry restriction of selective foreign nationals into Malaysia, as well as self-quarantine of Malaysian and non-Malaysian citizens returning from

11 Covid-19 red zone, and led to the implementation of the Movement Control Order (MCO), followed by Conditional Movement Control Order (CMCO), and Recovery Conditional Movement Order (RMCO). (Immigration Department of Malaysia 2020; Ministry of Health 2020; Prime Minister’s Office of Malaysia, 2020). Movement Control Order (MCO) The 2020 MCO, also regarded as partial lockdown, is considered a major step taken by the Malaysian Government to contain the Covid-19 pandemic. Similar to a cordon sanitaire, it prohibits mass gatherings and circulation nationwide including religious services, public events, and demands closure of all business premises except for essential services such as manufacturers, suppliers, retailers, and food outlets (Kumar et al. 2020). The order amplifies travel restrictions and required all Malaysians travelling overseas continued medical screening and to be placed under 14-days quarantine. MCO was carried out on seven phases that take place from 18 thMarch and expected to end at 31 August 2020. stAccording to Zolkepli and Sivanandam (2020), stark enforcement has resulted in improved obedience to the MCO during its second and third phases with the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342), offenders could face maximum penalties of MYR1,000 fine and 6 months' jail for offences related to disobedience towards MCO. Due to the implementation of MCO, many businesses and daily activities had been prohibited and various restrictions had been introduced. This not only affects the economy and lifestyle, but also the public’s behavior and psychological well-being. Behavior changes of the General Public According to Koh et al (2020), the general public typically responds to an outbreak with a sense of denial. There are also individuals that stopped their family members, from getting tested, as getting tested may lead to unwanted outcome that escalates the fear of illness or life-threathening situation. Another significant change that we can see is related to self-preservation that is quite intricately linked to unusual psychological reactions in COVID-19 which is bulk-purchasing essential supplies. Due to mass panic, public are easily startled when they observe others buying certain products and will only feel secure once they owned one or more non-essential item that appears to be running out.

12 Changes in Economy, Trade and Tourism The Bank Negara Malaysia, which is the central bank, declared that the Covid-19 would negatively impact Malaysia’s financial development. Due to the outbreak and MCO, the Visit Malaysia 2020 (VM2020) campaign that aimed to attract 30 million tourist arrivals has also been cancelled. At the same time, retail market and accommodation significantly add to revenues along with tourism. According to Azman (2020), considering the likelihood that tourism will decrease in the year 2020, Malaysia’s private consumption growth will be gravely affected. This may prove to be burdensome for the economy as private consumption alone was more than half of the economy and contributed over 90% of significant development in nine months of 2019. Changes in Psychological Well-being A meta-analysis research by Sofia Pappa (2020) and her colleagues found a prevalence of depression, anxiety, and insomnia among Malaysian frontliners and healthcare workers during the pandemic. This research revealed that 70 per cent of the respondents agreed that their anxiety level increased during the early phase of the Covid-19 outbreak in Malaysia. They experienced symptoms such as loss of appetite, headache, fatigue, sweating, mood swings, chest pains and intermittent shortness of breath. In additional to the Movement Control Order (MCO), with the limited mobility, closed borders and a chain of roadblocks and checkpoints, some respondents mentioned they had heightened temperament and irritability at home. Other countries such as Germany (Bohlken et al., 2020), mentioned that their doctors displayed high levels of anxious and depressive symptoms. Similar cases reported in Hong Kong by (Cheung et al., 2020), shows that medical and nursing staff were found vulnerable to burnout, anxiety and mental exhaustion. Conclusion As a measure to break the chain of Covid-19 infection, Malaysia has executed several measures to control the Covid-19 pandemic since January 2020, leading to the implementation of the MCO. Although this is the first time for Malaysia to deal with such enormous threat, it is a clever step for the government to implement MCO while the numbers of cases are low. There are rising doubts on effectiveness of the MCO at the early stage of its implementation as they are some mass movements persisted, but strict enforcement and improved awareness of the impacts of Covid-

13 19 have brought huge improvement in compliance, which contributed to the decrease in new Covid-19 cases since mid-April. Based on the decreasing number of new and active Covid-19 cases, it can be assumed that the MCO has been effective, provided that public’s compliance to the MCO is maintained. Nevertheless, other socioeconomic implications require other interventions and more attentive and long term solution. Although the government manage to hold up against the viruses, the behaviour changes amongst Malaysians are both unique and expected at the same time. Past related studies and articles reported similar themes in behaviour changes, but the choice of behaviour changes are explicitly similar to those in COVID-19 pandemic. This paper managed to explain the surface of this topic but a more in-depth explanation are needed to provide a more substantial theoretical concept to this subjective topic in order to address the effect of the pandemic better. There is a need to investigate these changes further through qualitative and quantitative studies for a better understanding of the behaviour changes related to COVID-19 pandemic experience in order to map suitable intervention strategy. References Azman N.H (2020) Malaysia's 2020 GDP growth to sink to 3.7% amid Covid-19 [Internet]. The Malaysian Reserve; 2020. Benjamin, N., Devi, V. (2020, August 11) Suicides spike during MCO, The Star Online, accessed via: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/11/suicides-spike-during-mco Bohlken, J., Schömig, F., Lemke, M.R., Pumberger, M., Riedel-Heller, S.G., (2020) COVID-19 pandemic: stress experience of health careworkers, a short current review. Psychiatr. Prax 47,190–197. Cacioppo J.T, Hawkley L.C, Norman G.J and Berntson G.G, (2011) Social isolation. Ann NY Acad Sci 2011; 123:11:17-22 Cheung, T., Fong, T.K.H., Bressington, D., (2020) COVID-19 under the SARS Cloud: Mental Health Nursing during the Pandemic in Hong Kong. J. Psychiatr. Ment. Health Nurs. jpm.12639. Department of Statistics Malaysia (2020) Current statistics: Covid-19 by states in Malaysia. Retrieved from https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id= UjJoNk9OalhZWlVHdExiaGF1OW13UT09

14 BUDAYA MEMBACA MEMBANGUN GENERASI BERJAYA Juliana Osong (Ph.D) Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi [email protected] Buku adalah jendela dunia, dengan membaca buku pelbagai ilmu dapat dipelajari. Maka tepatlah kata pujangga bahawa membaca jambatan ilmu. Menjadikan budaya membaca sebagai suatu amalan adalah asas kepada pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan. Membaca merupakan kemahiran asas yang penting dan menjadi kayu pengukur utama kepada tahap pendidikan penduduk sesebuah negara. Dari perspektif sejarah, didapati bahawa tahap literasi membaca penduduk dunia telah meningkat secara drastik dalam beberapa abad kebelakangan ini. Pada tahun 1820 hanya kira-kira 12% sahaja penduduk dunia yang boleh membaca dan menulis, namun hari ini hanya 14% penduduk dunia yang buta huruf. Sejarah menunjukkan kadar literasi global telah meningkat sebanyak 4% bagi setiap 5 tahun, iaitu dari 42% pada tahun 1960 meningkat kepada 86% pada tahun 2015. Namun peratusan ini berbeza mengikut benua dan dilaporkan bahawa negara-negara Nordik menduduki tangga teratas, dengan Finland di tempat pertama, diikuti oleh Norway di tempat kedua, seterusnya Iceland, Denmark dan Sweden berada di tangga lima teratas. Switzerland berada di kedudukan keenam, Amerika Syarikat tempat ketujuh, Kanada di tangga ke-11, Perancis di tempat ke -12 dan United Kingdom di tempat ke-17. Kedudukan paling rendah dipegang oleh Botswana yang berada di tempat ke-61, di belakang Indonesia dikedudukan ke-60 dan Thailand di kedudukan ke-59 (The Guardian., 2016). Senerio Semasa Budaya Membaca Rakyat Malaysia Kajian Miller & McKenna (2016), telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-53, jauh di belakang negara Singapura yang berada di kedudukan ke-36 dalam The World’s Most Literate Nations (WMLN). Berada di bawah kedudukan 100 di anggap tidak mencukupi bagi negara yang sedang berkembang maju, kerana dengan literasi pada kadar 95%, Malaysia sepatutnya berada di kedudukan 20 terbaik. Namun berdasarkan laporan sebuah badan Antarabangsa Adult and Youth Literacy: National Regional and Global Trends 1985-2015 terbitan UNESCO Institute for Statistic (UIS)menyatakan pengklasifikasian peratusan berkenaan merujuk kepada golongan

15 rakyat berumur 15 tahun ke atas di Malaysia dan tidak mengambilkira keseluruhan peringkat umur penduduk Malaysia. Namun begitu, kajian Miller & McKenna, (2016), menentukan kedudukan sesebuah negara berdasarkan tingkah laku literasi dan sokongan sumber bacaan dan bukannya berdasarkan kemampuan membaca penduduk. Kriteria yang diambil kira sebagai kriteria negara membaca terdiri daripada lima kategori, iaitu (i) perpustakaan, (ii) surat khabar, (iii) input pendidikan, (iv) output pendidikan, dan (v) ketersediaan komputer. Pendekatan pelbagai dimensi yang diguna pakai ini lebih merujuk kepada kuasa sosial, ekonomi dan kuasa kerajaan di seluruh dunia. Laporan (Astro Awani, 2017), pula memetik kenyataan Datuk Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, bahawa kadar literasi rakyat Malaysia berada pada tahap 95% dengan purata setiap rakyat membaca 15 hingga 20 buku setahun (Iskandar Zulfaqar., 2019). Kadar ini didakwa masih jauh ketinggalan berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia, iaitu seramai 32 juta orang. Bagi mencapai sasaran ideal jumlah populasi dengan bilangan buku dibaca dalam tempoh setahun, rakyat Malaysia perlu membaca purata 30 buah buku setahun (Astro Awani, 2017). Walaupun disinonimkan dengan negara yang penduduknya kurang membaca, namun ironinya kajian (Picodi dalam Hassandarvish., 2019), melaporkan bahawa Malaysia antara negara yang membelanjakan sejumlah besar wang untuk membeli buku. Kajian Picodi dilaksanakan ke atas 7,800 responden daripada 41 buah negara termasuk Malaysia dan didakwa 76% rakyat Malaysia dengan nisbah 78% wanita dan 74% lelaki menyatakan yang mereka membeli sekurang-kurangnya sebuah buku setahun dan sebahagian membeli lebih daripada sebuah dan terdapat peratusan yang kecil membeli sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan (Picodi dalam Hassandarvish., 2019). Kajian ini telah meletakkan Malaysia di kedudukan keenam dalam 41 skala negara teratas, lebih tinggi daripada Singapura, Indonesia, dan Filipina namun lebih rendah berbanding Thailand. Dapatan kajian Picodi turut menyatakan yang statistik pembelian buku tersebut tidak menggambarkan budaya membaca reponden yang menyertai kajian. Pembelian buku tidak semestinya menunjukkan penduduk Malaysia membaca buku yang dimiliki. Selain daripada itu sumber bahan bacaan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia kurang berunsurkan akademik kerana kebanyakan buku yang dibeli berunsurkan fiksyen, thriller, romance dan juga jenayah. Statistik yang dilaporkan turut menunjukkan faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku pembelian rakyat

16 Malaysia ialah tawaran jualan, cadangan daripada rakan dan ulasan daripada blogger (Picodi dalam Hassandarvish., 2019). Langkah Membudayakan Aktiviti Membaca Kadar 95% rakyat Malaysia yang celik huruf menunjukkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia tahu membaca dengan hanya kira-kira 5 peratus sahaja yang tidak tahu membaca. Kadar peratusan yang positif dan baik ini boleh menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan dan semua pihak untuk mencapai kadar 99% celik huruf dan seterusnya mencapai tahap purata pembacaan buku kepada 40 buah setahun. Dalam usaha berkenaan kerajaan Malaysia telah turut serta dalam bidaan untuk menjadi Kota Buku dan Kuala Lumpur telah terpilih menjadi Kota Buku bagi Tahun 2020. Pemilihan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku mengambil kira beberapa kriteria, antara lainnya ialah fokus yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada segenap populasinya (Nazmi Yaakub., 2019). Pemilihan Slogan “Kuala Lumpur (KL) Baca” dengan tema “Caring Through Reading” telah dibuat dengan hasrat untuk membudayakan aktiviti membaca dalam kalangan penduduk Malaysia amnya dan penduduk Kuala Lumpur khasnya. Program ini menumpukan kepada empat tema, iaitu membaca dalam semua bentuk bahan bacaan, pembangunan infrastruktur industri buku, inklusif akses digital dan pengupayaan kanak-kanak melalui membaca. Rakyat yang membaca merupakan rakyat yang mengambil berat dan menekankan kepada akses kewujudan buku yang boleh dibacaa di mana-mana sahaja. Sambutan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku telah bermula pada 23 April 2020, iaitu Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (Nazmi Yaakub., 2019). Majlis pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah usaha kerajaan untuk memupuk semangat membaca masyarakat, memupuk aspirasi rakyat membaca dalam membangunkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Program DMK ini merupakan usaha bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program DKM dikategorikan dalam enam program iaitu kepelbagaian program membaca, pembangunan prasarana dan aktiviti membaca, pesta buku sebagai destinasi perbukuan masyarakat, pembangunan pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, capaian buku digital dan pendidikan sepanjang hayat. Kesemua

17 program ini dilaksanakan oleh KPM dan DBP dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2021 hingga 2030 (Mohamad Arif Haziq Mohamad Musri., 2020). Penutup Dihasratkan menjelang 2030 budaya membaca sudah mantap dalam kalangan rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan negara maju seperti Korea Selatan dan negara maju lain di dunia yang sentiasa dilihat membaca di mana-mana sahaja, diharapkan juga Malaysia mencapai tahap membaca secara purata 40 buah buku setahun seperti Korea Selatan. Membaca mampu menjadikan generasi bangsa Malaysia bangsa yang berjaya dan maju ke hadapan kerana ilmu pengetahuan merupakan senjata paling berkuasa dalam menangani apa juga cabaran kehidupan. Rujukan Astro Awani. (2017, Mei 09). Kadar Literasi Rakyat Malaysia Hampir 95 peratus - Perpustakaan Negara. Dimuat turun pada 22 Ogos 2020 daripada Astro Awani: astroawani.com Hassandarvish., M. (2019, April 30). Malaysian among the world's top spenders on books but not the most read. Malay Mail . Kuala Lumpur, Malaysia: Malay Mail.Astro Awani. (2017, Mei 09). Kadar Literasi Rakyat Malaysia Hampir 95 peratus - Perpustakaan Negara. Didapatkan dari Astro Awani: astroawani.com Hassandarvish., M. (2019, April 30). Malaysian among the world's top spenders on books but not the most read. Malay Mail. Kuala Lumpur, Malaysia: Malay Mail. Iskandar Zulfaqar. (2019). Ulasan Statistik Membaca Rakyat Malaysia. Didapatkan dari The Nationale. Miller, J., & McKenna, M. (2016). The Worls.s Most Literate Nation. New York: Routledge. Mohamad Arif Haziq Mohamad Musri. (2020, Feb 13). Dekad Membaca Kebangsaan Pupuk Semangat Membaca Masyarakat. Didapatkan dari Berita UKM: ukm.my Nazmi Yaakub. (2019, Sept 19). Kuala Lumpur dinobatkan Kota Buku Dunia 2020.Didapatkan dari Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/475757/kuala-lumpur-dinobatkan-kota-buku-dunia-2020The Guardian. (2016). Finland ranked world's most literate nation. (Guardian News & Media Limited) Didapatkan August 22, 2020, daripada The Guardian: theguardian.com

18 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sapihi Dulamit (Ph.D)Jabatan [email protected] pendidikan dalam sesebuah negara sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan kemajuan dunia dalam bidang pendidikan. Perubahan-perubahan tersebut mesti dilakukan agar seiring dengan arus pembangunan negara dan global, sesuai dengan dasar kerajaan dan demi kepentingan mendidik generasi muda yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan pada masa hadapan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan berkaitan dengan dasar dan falsafah. Implikasi daripada perubahan dasar dan falsafah tersebut ialah perubahan dari segi penggubalan kurikulum, latihan perguruan dan pendekatan dalam bilik darjah. Pemahaman dan cara seseorang mendefinisikan kurikulum menggambarkan cara atau pendekatan yang diamalkan terhadap kurikulum. Kajian tentang kurikulum telah dihasilkan oleh ramai cendekiawan dan ahli akademik, khususnya dalam mendefinisikan dan menjelaskan konsep kurikulum. Pertamanya, kurikulum telah didefinisikan sebagai suatu perancangan untuk mencapai tujuan. Definisi ini dikembangkan oleh Tyler dan Taba, yang mengatakan kurikulum itu bergerak secara sehala dan perancangan melibatkan langkah yang berulang-ulang. Definisi ini dipersetujui oleh pengamal teori tingkahlaku dan pengurus sistem. Sebagai contoh, J. Galen Saylor, William M. Alexander dan Arthur J. Lewis dalam Curricullum Planning for Better Teaching and Learning mendefinisikan kurikulum sebagai “perancangan untuk menyediakan satu set peluang pembelajaran kepada seseorang yang menerima pendidikan”.Kedua, kurikulum secara umumnya boleh didefinisikan sebagai ‘pengalaman belajar’. Melalui definisi ini, hampir keseluruhan perancangan di dalam dan luar sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum. Definisi ini juga berasaskan kepada definisi pengalaman dan pendidikan oleh Dewey, yang disokong oleh Hollis dan Campbell yang lebih awal mendefinisikan kurikulum sebagai semua pengalaman kanak-kanak adalah dipandu oleh guru-guru. Ahli kurikulum humanistik dan sekolah peringkat permulaan mengamalkan kurikulum jenis ini, iaitu penggunaan buku teks sebagai sumber pengajaran sepanjang tahun. Gene Shepherd dan William Ragan dalam Modern Elementary Curriculum menjelaskan bahawa “kurikulum adalah terdiri daripada pengalaman berterusan kanak-kanak dengan panduan pihak sekolah,

19 termasuklah persekitaran yang kondusif untuk membantu kanak-kanak mencapai kesedaran kendiri melalui penyertaan aktif di sekolah.”Definisi ketiga yang kurang popular berbanding definisi awal di atas dikembangkan oleh David G. Armstrong dalam karyanya Curriculum Today, menjelaskan bahawa kurikulum adalah satu sistem untuk mengendalikan seseorang. Sistem yang dimaksudkan boleh jadi berlaku secara sehala ataupun sebaliknya. Sistem sehala bertujuan untuk menghasilkan keputusan yang diharapkan, sebaliknya sistem bukan sehala membenarkan ahli akademik menggunakan pelbagai cara dalam model ini, melangkaui sesuatu tahap, mengulang semula arahan dan bekerja menggunakan lebih daripada satu komponen dalam satu masa. Ramai dalam kalangan pengurus dan penggubal kurikulum seperti Ronald C. Doll dan Allyn & Bacon mengamalkan model ini.Keempat, kurikulum didefinisikan sebagai suatu bidang pengajian yang mempunyai asas tersendiri, domain pengetahuan, kajian, teori, prinsip dan pengkhususan. Individu yang mengamalkan definisi ini cenderung membincangkan kurikulum dari segi teori berbanding praktikal. Mereka lebih menekankan bidang sejarah, falsafah dan isu-isu sosial. Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru dalam mencapai matlamat yang disasarkan negara. Pada dasarnya kurikulum yang dibentuk mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Kemudian, pembentukan kurikulum dilihat dapat menyumbang ke arah pembentukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dasar-dasar negara, matlamat secara menyeluruh dan bersepadu. Justeru, segala perubahan dalam kurikulum, perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan dengan berkesan dan sempurna. Kurikulum akan sentiasa mengalami pembaharuan apabila wujudnya ilmu-ilmu baru atau penemuan-penemuan baru. Selain itu pembaharuan kurikulum adalah disebabkan oleh kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Justeru, seorang guru perlulah menggunakan kurikulum dengan kreatif dan menjalankan aspek pengujian dan penilaian terhadap murid agar murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani, dan sosial dapat dilahirkan. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu yang pertama, bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala

20 kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Keduanya, bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (ko-kurikulum) seperti kegiatan-kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain. Kurikulum itu ialah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, umsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, kurikulum itu juga berperanan utuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 menegaskan seperti berikut; “Untuk kepentingan pembangunan Negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, bahkan perlu juga dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia”. Akhir sekali, kurikulum didefinisikan sebagai hal yang berkaitan dengan mata pelajaran (subject matter) seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah dan lain-lain lagi, atau berkaitan dengan isi kandungan, cara menyusun dan menerima maklumat. Mata pelajaran dan isi kandungan juga boleh dibincangkan dari segi pemeringkatan gred. Ahli akademik yang mengamalkan definisi ini memberi penekanan kepada fakta dan konsep yang khusus dalam bidang tertentu. Kurikulum jenis ini diamalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini. Rujukan Akmal Annas Hasmoril, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah dan Muhammad Sukri Saud. (2011). Pendidikan, Kurikulum dan Masyarakat: Satu Integrasi, Fakulti Universiti Teknologi Malaysia, Jurnal of Edupres.

21 Colin J. Marsh dan George Willis. (2002). Curriculum: Alternative Approaches, Ongoing Issues, 3 ed., Columbus, OH: Merrill. rdDavid G. Armstrong. (2003). Curriculum Today, Columbus, OH: Merrill; Ronald C. Doll, Curriculum Improvement: Decision Making and Process, 9 ed., Boston: thAllyn & Bacon. (1996); dan Peter F. Olivia. (2009). Developing the Curriculum, 7 ed. Boston: Pearson. thDewey J. (1938). Experience and Education, New York: MacMillan and Hollis L. Caswell, dan Doak S. (1935) Curriculum Development, NewYork: American Book Company.J. Gaylen Saylor, William M. Alexander, dan Arthur J. Lewis. (1981). Curricullum Planning for Better Teaching and Learning, 4 ed. New York: Holt, Rinehehart thand Winston. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

22 FUNGSI IMBUHAN SEBAGAI PENANDA MASA DALAM BAHASA KADAZAN DUSUN Rozita binti Buyoh, (Ph.D) Jabatan Pengajian Melayu [email protected] Bahasa Kadazandusun (BKD) merupakan bahasa jenis aglutinatif berdasarkan skema tipologi morfologi. Bahasa ini yang tergolong dalam rumpun Austronesia menunjukkan ciri pengimbuhan yang tinggi melibatkan imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Salah satu keunikan pengimbuhan dalam bahasa Kadazandusun adalah dari segi fungsinya untuk menandakan aspek masa selain sebagai penanda fokus dan ragam. Berbanding dengan bahasa Melayu yang menunjukkan aspek masa melalui kata bantu aspek seperti “telah” “akan” dan “sedang”, aspek masa dalam bahasa Kadazandusun ditunjukkan melalui aspek imbuhan. Dalam bahasa Inggeris pula aspek masa turut ditunjukkan melalui beberapa bentuk imbuhan akhiran umpamanya -ed cooked () untuk aspek masa yang telah lepas (past tense) dan -ing cooking () untuk aspek masa kini (present tense) dan partikel will would, , may might, untuk merujuk masa akan datang (future tense). Kadazan Dusun Malay - English Dictionary (1995) dan Puralan Boros Kadazandusun id Sikul (2008: 8) menyatakan fungsi sisipan -in- adalah untuk menandakan perbuatan kata kerja yang masanya telah lepas; penanda kualiti pada kata nama; penanda gabungan; dan untuk menyatakan makna dalam keadaan sesuatu situasi atau posisi. Sisipan -um- pula dikategorikan sebagai imbuhan m-/um-yang menandakan fokus pelaku. Imbuhan m- digunakan dalam kata dasar yang bermula dengan huruf vokal dan tidak memerlukan objek sementara sisipan -um-digabungkan dalam kata kerja yang bermula dengan huruf konsonan dan fungsinya menerangkan sesuatu perbuatan yang sedang dilakukan atau sesuatu peristiwa dan perkara yang sedang berlaku. Kroeger (2005: 21-36) dalam kajiannya ke atas Dusun Kimaragang (KD) mendapati sisipan -um- menandakan masa non-past; dan sisipan -in-um sebagai penanda past. Kajian Sementara Veronica Atin (2014: 5-9) menyatakan sisipan -um- berfungsi sebagai menjadi penanda mood (ragam) iaitu default mood dan penanda masa non past past bagi sisipan -in-um- atau -um-in-. Selain imbuhan sisipan, imbuhan awalan noko-/naka ko-/ka--, dan apitan no-/na-...-an juga berfungsi sebagai penanda masa.

23 Fungsi Imbuhan Sebagai Penanda Masa dalam Bahasa Kadazandusun Imbuhan sisipan dalam bahasa Kadazandusun iaitu sisipan <um>, <in>, <umin> dan <inum> dan imbuhan awalan noko-/naka- dan imbuhan apitan no-/na-...-an dapat dikategorikan kepada dua penanda masa utama iaitu penanda masa kini atau sedang berlaku dan masa yang lepas iaitu telah berlalu. Aspek masa akan datang atau belum berlaku juga ditandai oleh imbuhan awalan ko ka-/- dan juga ditandai oleh partikel mai. (i) Penanda masa kini Imbuhan sisipan <um> Fungsi sisipan <um> terbahagi kepada tiga kategori berdasarkan fungsi yang didukungnya. Fungsi pertama adalah sebagai penanda aktif dan menerangkan sesuatu perbuatan atau aktiviti yang sedang dilakukan. Fungsi kedua sisipan <um>adalah untuk menandakan proses memasuki (inchoative) atau proses beralih ke sesuatu keadaan atau lokasi. Selain itu, sisipan <um> mempunyai fungsi yang spesifik untuk menerangkan pekerjaan, peristiwa atau upacara yang tertentu. Dalam setiap fungsi tersebut fokus yang dirujuk adalah FA iatu pelaku. Penanda masanya pula merujuk peristiwa yang akan berlaku (inchoative) atau sedang berlaku. Contoh perkataan yang menandakan perbuatan yang sedang dilakukan adalah seperti <um> + karaja - kumaraja (sedang bekerja), <um> + simbar -sumimbar(sedang menjawab), <um> +sakai - sumakai (sedang menaiki). Imbuhan sisipan <um> juga turut menandakan fasa memasuki (inchoative) atau proses beralih ke sesuatu keadaan atau lokasi. Contohnya adalah seperti perkataan <um> + rikot - rumikot (sedang tiba, datang), <um> + labus - lumabus (bergerak keluar), <um> + ruhuk - rumuhuk (menuruni bukit, ke bawah), <um> + takad - tumakad (mendaki, ke atas) dan <um> + soborong - sumoborong(menyeberangi). Imbuhan sisipan <umin>/<inum>Imbuhan sisipan <umin>/<inum> mendukung fungsi yang sama, saling bertukar ganti antara keduanya dan bentuk sisipan ini seakan-akan hanyalah sebagai variasi dialek kerana makna dan fungsinya adalah sama iaitu menunjukkan proses sesuatu pekerjaan dilakukan, menandakan proses memasuki (inchoative) atau proses beralih ke sesuatu keadaan atau lokasi. Masanya merujuk masa kini dan aspeknya pula sama ada progresif atau sedang berlaku. Sisipan <umin> dan <inum> hanya bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf konsonan dan imbuhan

24 ini menyisipi antara huruf awal konsonan dan huruf vokal dalam suku kata pertama kata dasar. Berikut merupakan contoh perkataan bersisipan <umin>. Contohnya seperti perkataan <umin> + sikul - suminikul(bersekolah), <umin> + timpuun - tuminimpuun (bermula), <umin> + kowili - kuminowili (menoleh); <inum > + gusa - ginumusa (mengejar), <inum > + gogor - ginumogor (bergegar). ii. Penanda Masa Lepas Imbuhan sisipan < > inImbuhan sisipan < > merujuk masa lepas dengan aspeknya sudah berlaku. Bentuk inkata dasar yang menerima imbuhan sisipan < > terdiri daripada kata kerja tunggal, indan kata terbitan atau dikenali juga sebagai struktur kompleks. Pengimbuhan sisipan < > dalam struktur kompleks berlaku dalam kata kerja terbitan yang telah menerima inimbuhan bermula dengan huruf /m/ dan /p/. Contohnya seperti dalam perkataan minakan (telah makan) dan pinaakan (telah diberi makan), minibok (telah pergi), pinoibok (telah dibenarkan pergi). Gabungan < > dengan kata kerja tunggal membawa makna “kena” atau “di-” inyang merujuk kepada ‘cara’ sesuatu perbuatan tersebut dilakukan. Dalam bentuk ini fungsi sisipan <in> adalah untuk menandakan perbuatan yang telah dilakukan ke atas sesuatu objek atau sasaran. Contoh perkataan adalah seperti <in> + babo - binabo (telah dibawa, disikut), <in> + kokos - kinokos (telah diperah), <in> + lopot - linopot (telah dibungkus), <in> + tanom- tinanom (telah ditanam) dan <in> + wonsoi - winonsoi (telah dibina, dicipta). Imbuhan awalan noko-/naka- dan apitan no-/na-...-anDalam bentuk yang kedua ini, imbuhan noko-/naka- dan apitan no-/na-...-an merujuk masa yang telah lepas dan lazimnya berhubung kait dengan sesuatu perbuatan pelaku terhadap diri sendiri atau perkara yang telah dilakukan kepada sesuatu objek atau penerima. Contoh-contoh perkataan adalah seperti nokoibok (telah pergi), nakaakan (telah makan), nolihungan (telah dicuci, dibersihkan), natanaman (telah ditanami). ii. Penanda Masa akan Datang Imbuhan awalan ko-/ka- Dari segi makna, imbuhan ko-/ka- merujuk makna keupayaan. Di samping itu imbuhan ini berfungsi menandakan masa akan datang dan belum berlaku seperti dalam perkataan ko + - uli kouli (akan/dapat pulang), ko- + rikot korikot - (akan/dapat

25 tiba, sampai), ka- + tanom katanom - (akan selesai /dapat menanam), ka- + tahak - katahak (akan/dapat memberi, menyerahkan). Partikel mai pula lazimnya mengikuti perkataan sebelumnya untuk menunjukkan kala masa akan datang misalnya seperti perkataan kouli mai (akan dapat pulang) seperti dalam ayat lengkap “Kouli mai i Sarah do suab” (Sarah akan balik esok). Penutup Berdasarkan perbincangan di atas, imbuhan dalam bahasa Kadazandusun menunjukkan fungsi yang berangkai iaitu sebagai penanda fokus, masa, aspek dan ragam dalam kata terbitan sebagaimana fungsi imbuhan sisipan dalam Bahasa-bahasa Jenis Filipina . Fungsi imbuhan sisipan sebagai penanda gramatikal adalah 1selari dengan fungsi imbuhan sisipan dalam Philippine-type Language (PTL) seperti Tagalog, Waray dan Bikol. Contoh imbuhan yang menunjukkan keselarian fungsi Penanda Masa-Aspek adalah seperti berikut: Jadual 1: Keselarian Fungsi Imbuhan sebagai Penanda Masa dalam BKD dan PTL BahasaMasa LepasMasa KiniKadazandusun <in>no-/na-…-an, noko- <um>, <um> /naka- KG <umin> <inum> Tagalog <in> , <um> ni-…-an <um>, C<um>V Bikol <in> , <um> , <umin> <um> , <umin> Waray <um> , <inm> Sebagai kesimpulannya, kajian ke atas aspek ini perlulah diperhalusi dan diperluaskan lagi. Kajian yang lebih mendalam dan menyilang antara bahasa-bahasa stok Borneo wajar dilakukan untuk melihat jika adanya keselarasan fungsi imbuhan untuk menandakan aspek masa selain fungsinya nahunya sebagai penanda fokus 1Himmelmann (2005) menyatakan kelompok bahasa yang termasuk dalam Philippine-type Language adalah termasuk bahasa-bahasa Filipina serta bahasa-bahasa dari kepulauan di sekitarnya, bahasa Formosa, bahasa-bahasa di utara Borneo dan utara Sulawesi. Bahasa dalam kelompok Philippine-type Language memiliki karakter yang sama dari aspek Symmetrical voice alternations. Selain itu, bahasa-bahasa dalam kelompok tersebut menunjukkan paradigma voice-aspect-mood yang selari dalam imbuhan awalan, akhiran serta sisipan kata kerja.

26 dan ragam dalam ayat. Kajian seumpamanya mampu untuk mendalami ciri dan sifat bahasa serta menambahkan khazanah kajian linguistik bahasa serumpun. Rujukan Asmah Haji Omar. 2009. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. 2015. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hurlbut, H. 1988. Verb Morphology in Eastern Kadazan. Department of Linguistics, Research School of Pacific Studies, The Australian National University. MA: 144. Kadazan Dusun Malay-English Dictionary. 1995. Kota Kinabalu: Kadazan Dusun Cultural Association. Kroeger, P. 1996. The morphology of affectedness in Kimaragang Dusun. Pacific Linguistic A 84 C (Papers in Austronesian Linguistics). Kroeger, P. 2005. Kimaragang. In Sander Adelaar & Nikolaus Himmelmanns. Eds, The Austronesian Language of Asia and Madagascar, London & New York: Routledge, pp. 397 – 428 Kroeger, P. 2015. Derivational, Reduplication, and other Delights. FLEx workshop, Universiti Malaysia Sabah. Nik Safiah Karim, et. al. 2011. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Puralan Boros Kadazandusun id Sikul. (2008). Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Veronica Petrus Atin. 2014. The Centrality of Voice System in the Grammar of Bundu Dusun, International Conference on Education (ICEedu) 2014, Sekolah Pendidikan dan Kerja Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

27 GO DIGITAL OR GO HOME!!! MUSINGS FROM A TEACHER EDUCATOR Shubashini Suppiah Jabatan Bahasa [email protected] In a truly unprecedented manner, which took the whole world by shock, COVID -19 shut down establishments all around the world. A tiny unseen air-borne virus literary brought the world to its knees as people tried to make sense of what was happening around them. The lock-down which was deemed necessary brought forth a range of emotions which included fear, anxiety, stress and in some cases, digital-phobia. Schools which were on the list of establishments to be on complete lock-down left many teachers and students reeling as to what next? With no certainty of re-opening anywhere in the horizon, the newly coined phrase, online learning came into effect. Well just to be clear, online learning is not an alien concept as many learning establishments around the world including Malaysia have used it to some extent. What is different now is online learning must go full force as syllabuses and assessments must go on one way or the other. Teachers and teacher educators are transitioning through a particularly uncertain time in terms of their professional lives and work. The rapid move to online modes of delivery in order to keep students engaged in learning has led to significantly intensified workloads as they work to not only move teaching content and materials into the online space, but also to become adept in navigating the required software. Allen, Rowan & Singh (2020), observed that the impact of this shift on both the teaching staff and the students is uneven pointing out that in some contexts, there are already established blended modes of delivery while in others the move to online spaces is considerably difficult as teachers and teacher educators struggle to adapt to what might well be the “new normal” for an indefinite period of time. In the multitude of studies exploring the perceptions of teachers and teacher educators globally having to make the transition to online teaching in the wake of the COVID-19 pandemic (Flores & Gago, 2020; Moorhouse, 2020; Zhu & Liu, 2020), a pertinent concern that seemed to have emerged is the need for teachers and teacher educators to take on the responsibility and condition themselves to all the instructional component that comes with online learning. These include instructional methods, the online leaning platform that will be used, the use of instructional time related to the time of application use and well as the psychological and social factors

28 that affect teaching motivation. Being in the field of teacher education, we are expected to be the “front-liners”, the experts’ schools can refer to. In what follows, is my own take based on my own personal technological journey in these rather trying times. I am a teacher educator at one of the teacher training institutes and like schools we were not spared the predicament as well. While I would consider myself to be rather tech-savvy, there were still many things I had to learn or re-learn. I teach two classes of Drama in English and when the Movement Control Order (MCO) was announced on the 18 of March, I still had a total of six weeks to complete. What thmade it more difficult, was the fact that final six weeks of the course I teach, were mostly based on preparations for staging the play that was studied in the course, Othello, a well-known Shakespearean tragedy. A tragedy indeed as I met my students on the 16 of March during one of their last practice sessions to break the thnews that all their hard work right from setting up the committee, to the two-day auditions to the practice sessions that have been on-going since mid-February would come to a screeching halt as we awaited to hear the announcement. I was also saddled with another issue which had to do with the coursework. The big part of the coursework grade was allocated towards the final staging of the play. Now, that aspect of the coursework would have to be amended in accordance to the unfortunate turn of events. In retrospect to my whole online teaching experience, I think I will start from the beginning. In an attempt to try out something different with my classes for the year 2020, one of my teaching resolutions was to incorporate an online approach in my classes. I learnt how to use Google Classroom and created a class at the beginning of the academic year. Little did I know how ironic my attempts were when all I wanted initially was to have an online platform with my students for us to share materials and interact on top of the face-to-face classes which still went on. When the MCO was announced, it was not such as difficult transition for both myself and my students. My classes went online from March 18 onwards with its fair share of thchallenges and successes or as I would like to call them, lessons learnt. I think one of my biggest challenge was overcoming my anxiety over a term known as FOMO or the fear of missing out. This term was coined by Patrick J. McGinnis and it was popularized in 2004 when it was used in one of Harvard Business Schools’ publications. FOMO refers to the apprehension that one is either not-in-the-know or is out of touch with social events, experiences and interactions.

29 According to McGinnis (2004), people who grapple with FOMO may not know exactly what they are missing but can still fear that others are having a much better time or doing something better than they are, without them. My anxiety stemmed from the fear that I was not technologically savvy enough and I was not doing enough or using more online tools with my students during classes. With the whole world going digital, the number of education-based applications seemed to have mushroomed overnight and I felt in order not to miss out I needed to learn everything and apply them during my online classes. Learning something new especially if it is technologically-based can be somewhat both intimidating and daunting. Most of my learning were from YOUTUBE channels and while they were really helpful, wanting to master every application or tool out there is not the way to go based on my own personal experience. I learnt the hard way that mastering one or two applications that can be fully utilized in my online classes is so much more feasible and manageable. I tried to make my classes interactive by incorporating links to YOUTUBE videos, using online quiz applications such as QUIZZEZ and QUIZLETS. I used PADLET to get my learners to share their views for instance writing a personal letter to William Shakespeare on his play Othello. I learnt how to create assessments using Go Formative which unfortunately I did not manage to use with my students as learning that took more time than I had anticipated. In reflecting on the whole experience, while making the transition from face-to-face to fully online was not so much of a huge obstacle to me, the fear of missing out was. Trying to keep abreast with current trends, tools and applications so that I could appear to be more tech-savvy and in-the know to both my colleagues and students was perhaps not my proudest moment. To be fair, I am really interested in learning and discovering new ways and approaches in my teaching but in the course of my online teaching experience during the MCO, I realized I was doing it for all the wrong reasons and after a while, it gets to a point when it all becomes too overwhelming. The old adage, Go Big or Go Home or in my case Go Digital or Go Home can be relevant in this context when we are all clamoring to out-do one another in our rush to embrace technology for fear of missing out. To this, I say to all of you, one application or tool at a time. This is a marathon, not a sprint. Learning is, after all a life-long process.

30 References Allen, J, Rowan, L & Singh, P. (2020). Teaching and teacher education in the time of COVID-19. Asia-Pacific Journal of Teacher Education, 48(3) 233-236. Flores, M.A & Gago, M. (2020). Teacher education in times of COVID-19 pandemic in Portugal: national, institutional and pedagogical responses, Journal of Education for Teaching. DOI: 10.1080/02607476.2020.1799709. McGinnis, Patrick J. 2004. “Social Theory at HBS: McGinnis Two Fos.” The Harbus. http://www. harbus.org/2004/social-theory-at-hbs-2749/. Moorhouse, B.L. (2020). Adaptations to a face-to-face initial teacher education course ‘forced’ online due to the COVID-19 pandemic, Journal of Education for Teaching, DOI: 10.1080/02607476.2020.1755205. Zhu, X. and Liu, J (2020). Education in and After Covid-19: Immediate Responses and Long-Term Visions. Post-digital Science and Education © Springer Nature Switzerland AG 2020.

31 KECINDAN: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM INTERAKSI ELEKTIF TERAS PENDIDIKAN JASMANI JANA KBAT Israh Binti Aripin Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan [email protected] Pengenalan Pendidikan Jasmani merupakan salah satu kursus yang ditawarkan sebagai kursus teras dan kursus elektif teras di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Bermula PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) Ambilan Jun 2007 pelajar pengkhususan Bahasa Melayu telah mengambil Pendidikan Jasmani sebagai kursus Elektif 1 di institut ini. Begitu juga dengan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2009, PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2010, PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 dan terkini PISMP Bahasa Melayu (SJKC). Kecindan dengan pantun semasa amali PJ Menurut Wan Nur Hasmy Wan Mansor (2014) menyatakan guru perlu mengenal pasti jenis kecindan yang sesuai digunakan di bilik darjah sama ada cerita jenaka, kartun, sindiran atau teka-teki. Sehubungan dengan itu, dalam sesi interaksi semester Januari - Mei 2020, penerapan unsur kecindan mengunakan teka-teki. Kursus elektif teras PJMS3033 Permainan Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling yang diambil oleh pelajar PISMP BM SJKC Ambilan Jun 2019 dilaksanakan secara amali 100%. Sesi ‘jual beli’ teka-teki ini dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi amali kemahiran asas permainan bola jaring untuk mengelakkan pelajar daripada burn out melakukan tugasan amali yang agak memenatkan. Senario ini dapat diperhatikan pada minggu kedua interaksi sebelum memulakan aktiviti amali salah seorang pelajar “menjual” teka-teki kepada pensyarah dan rakan-rakan sekelasnya iaitu Jika ilmu tinggi di dada, macam mana nak kenal ikan jantan ikan betina? Jawapan: Ikan bakar (jantan) ikan patin (betina), banyak-banyak negara, negara mana yang banjir, dulu kemudian hujan? Jawapan: Bahrain (bah= banjir dan rain (dalam bahasa Inggeris yang bermaksud hujan).Jika anda bijak bistari, negara mana tak ada jalan? Jawapan: Norway (pada sebutan “no..way”).

32 Secara tidak langsung ini dapat mengangkat fungsi teka-teki yang digunakan dalam pertuturan harian, menguji minda dan kecindan sebagai hiburan semasa masa lapang. Selain memberikan mental exercise dan boleh memberikan intellectual pleasure apabila individu dapat menjawab soalan teka-teki dengan betul. Sesi interaksi merentas kurikulum jana KBAT Frymier et al. (2008), bahawa jenaka dalam bilik darjah membantu berlakunya interaksi guru dan murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. ‘Jual beli’ teka-teki ini juga secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Ini sejajar dengan kehendak yang digariskan IPGM dalam usaha memartabatkan pendidikan guru yang memberi fokus kepada penerapan beberapa elemen termasuk KBAT (IPGM, 2019). Begitu juga dengan DSKP KSSR Pendidikan Jasmani (BPK, 2016) iaitu guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) interaksi dalam talian menggunakan platform Group Whatsapp, kami meneruskan aktiviti ini dan saya dapati pelajar-pelajar akan lebih seronok dan bersedia untuk sesi interaksi seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1 di bawah. Rajah 1: Maklumbalas pelajar

33 Pelajar berasa teruja dan seronok dengan aktiviti jual beli pantun teka-teki ini dan ada ketika pelajar meminta untuk saya mengakhiri sesi interaksi dengan satu teka-teki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah. Rajah 2: Maklum balas Pelajar Penutup Walau bagaimanapun, teka-teki ini semakin tenggelam impak arus teknologi dengan ledakan penggunaan media sosial yang kian berkembang. Diharapkan amalan penerapan unsur-unsur kecindan menggunakan teka-teki ini akan diteruskan dalam sesi interaksi kursus elektif teras Pendidikan Jasmani bersama pelajar yang mengambil pengkhususan Bahasa Melayu. Rujukan Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Jasmani Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Kementerian Pendidikan Malaysia: BPK Frymier, A. B., Wanzer, M. B., & Wojtaszczyk, A. M. (2008). Assessing Students' Perceptions of Inappropriate and Appropriate Teacher Humor. Communication Education, 57(2), 266–288. (ERIC Document Reproduction Series No.ED499080). Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat, (2019). Buku Panduan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia; Institut Pendidikan Guru Malaysia, Wan Nur Hasmy Bin Wan Mansor, (2014). Penerapan Unsur Kecindan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi). Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional; Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

34 KEMAHIRAN ASAS MEMANAH Noni Binti Maki (Ph.D) Jabatan Pendidikan Jasmani [email protected] Pengenalan Ingin belajar bagaimana hendak memanah? Anak anda minat sukan memanah? Anda minat tetapi tiada asas dalam kemahiran sukan memanah? Jika anda mempunyai persoalan seperti yang telah dinyatakan, maka anda bolehlah belajar asas kemahiran memanah melalui lima langkah asas memanah seperti yang dinyatakan di bawah. Sebelum itu, anda perlu mengetahui anatomi asas peralatan memanah bagi memudahkan anda melakukan panahan. Dalam pertandingan sukan memanah, jenis panah yang digunakan dikenali sebagai recurve bow (lihat Rajah 1). Rajah 1 . Recurve Bow Peralatan yang diperlukan selain bow dan arrow ialah arm guard untuk melindungi lengan anda daripada terkena tali, chest guard bagi mengelakkan tali tersangkut pada mana-mana bahagian dada anda, finger tab bagi melindungi jari anda semasa menarik tali panah dan quiver sebagai tempat menyimpan anak panah (lihat Rajah 2).

35 Rajah 2. Keperluan Peralatan Memanah Langkah-langkah asas memanah Langkah Pertama: Posisi kaki Bukaan kaki adalah seluas bahu. Terdapat tiga jenis dirian iaitu square feet stance, open feet stance dan close feet stance. Tetapi untuk penguasaan asas adalah lebih mudah mengaplikasi di antara dua jenis dirian sahaja (lihat Rajah 3). Rajah 3. Cara Dirian Asas Semasa Memanah Langkah Kedua: Pasang anak panah Pasang anak panah pada nocking point (Lihat Rajah 4) sehingga terdapat bunyi klik pada nocking point Fletching. pada arrow biasanya mempunyai dua warna. Warna berlainan akan menghadap badan pemanah.

36 Rajah 4: Cara Memasang Anak PanahLangkah Ketiga: DrawingDrawing adalah posisi menarik tali panah. Pegang tali dengan tiga jari. Tarik tali sehingga menyentuh pada bahagian tengah hidung dan bawah dagu. Kedudukan bahu dengan sasaran adalah pada sudut 90 darjah manakala tangan kiri dan kanan diangkat seimbang pada sudut 90 darjah (lihat Rajah 5). Rajah 5. Posisi Drawing Semasa Memanah

37 Langkah Keempat:Anchoring dan AimingSemasa posisi anchoring, bahagian tengah jari telunjuk akan menyentuh pada dagu. Mata dominan untuk 'aiming' boleh ditutup sebelah atau dibuka kedua-dua mengikut keselesaan. Jika menutup sebelah mata, pemanah yang menggunakan tangan kanan akan menutup mata kiri dan sebaliknya bagi pemanah yang menggunakan tangan kiri (lihat Rajah 6). Rajah 6. Posisi Anchoring dan Aiming Semasa MemanahLangkah Kelima: Melepaskan anak panah dan gerak lanjut Fasa terakhir ialah posisi melepaskan anak panah dan gerak lanjut. Anda hanya boleh menarik anak panah selama tiga saat sahaja iaitu dalam kiraan up one, up two, up three dan lepas. Jika anda masih menarik anak panah selepas kiraan tersebut, tangan anda akan mula menggeletar dan mudah penat. Posisi gerak lanjut ini berlaku apabila hujung limb bawah menyentuh pinggul kiri (pemanah tangan kanan) pada sudut 25 darjah setelah anak panah dilepaskan. Jari telunjuk kanan menyentuh pada bahagian bawah cuping telinga kanan untuk gerak lanjut (lihat Rajah 7).

38 Rajah 7. Posisi Melepaskan Anak Panah dan Gerak Lanjut Enam batang anak panah dikira sebagai satu end. Biasanya dalam satu set panahan, enam end anak panah iaitu sebanyak 36 batang anak panah akan dilepaskan dengan jumlah mata penuh 360 mata iaitu skor 10 bagi setiap satu mata penuh. Semoga infomasi yang diberikan serba sedikit dapat membantu anda untuk menceburkan diri dalam sukan memanah ini. Semoga berjaya! *Gambar-gambar diambil daripada Google Images Bibliografi Martens, R. (2004). Successful coaching (3 ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. rdMcKinney, W., & McKinney, M. (1997). Archery. London: Brown & Benchmark. Orlick, T. (1980). In pursuit of excellence. Champaign, IL: Human Kinetics. Tinazci, C. (2011). Shooting dynamics in archery: A multidimensional analysis from drawing to releasing in male archers. Procedia Engineering, 13, 290-296.

39 PERKEMBANGAN DAN PEMANTAPAN BIDANG PENDIDIKAN SEJARAH Nadarajan Marimuthu Jabatan Sejarah [email protected] Aspirasi sistem pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM: 2013-2025) memberi perhatian kepada kepelbagaian budaya di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selaku pelaksana dasar dan aspirasi ini, berinisiatif untuk menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak pelbagai kaum bagi membentuk satu identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara yang diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Aspirasi sistem ini juga berhasrat menjadikan setiap murid dan pelajar berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Secara keseluruhannya, esei ini meninjau perkembangan dan pemantapan Pendidikan Sejarah pada alaf baru dalam usaha KPM merealisasikan matlamat Transformasi Sekolah (TS 2025). Matlamat Pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan Sejarah Malaysia, para pelajar akan dapat memahami keadaan dan perkembangan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan dan nilai kekitaan terhadap masyarakat dan negara (Arba'iyah Mohd Noor, 2009). Perkara ini pasti akan mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan perasaan cintakan tanahair. Mata pelajaran Sejarah adalah pendukung utama pemupukan semangat kewarganegaraan dan patriotisme. Oleh yang demikian kandungan kurikulum Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) akan memberi penekanan terhadap pengetahuan tentang Sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat kewarganegaraan dan patriotisme (Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualit, KPM, 2018). Bagi mencapai hasrat ini, sistem pendidikan memerlukan guru yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh menjadikan mereka sensitif terhadap latar belakang murid yang berbeza dan menangani masalah hubungan antara kaum dengan kaedah yang positif dan proaktif adalah amat wajar (Mohd Samsudin & Shahizan Shaharuddin, 2012). Guru memainkan peranan yang penting

40 dalam mendidik dan menguruskan murid di sekolah keranan guru adalah faktor kritikal yang menentukan kejayaan dan keberkesanan program-program pendidikan. Dalam persekitaran sekolah pelbagai budaya, guru bukan sahaja berperanan sebagai pelaksana kurikulum malah sebagai agen memupuk keharmonian dalam kalangan murid (Siti Haishah Abdul Rahman, 2014). Oleh kerana pendidik mempunyai peranan dan kesan yang besar kepada perkembangan pelajar, kaum guru yang mendamping mereka perlu mempunyai kemahiran dalam mendidik dan menguruskan generasi muda pelbagai budaya di Malaysia. Keputusan kerajaan Malaysia menjadikan matapelajaran sejarah Malaysia sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pengajian Malaysia menjelang 2012 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2011) mendapat reaksi positif rakyat. Semua pihak bersetuju dengan keputusan mewajibkan mata pelajaran Sejarah, tetapi terdapat banyak persoalan berkaitan dengan kandungan kurikulumnya dalam semua peringkat sistem pendidikan negara. Sesetengah pihak mendesak agar kandungan sukatan pelajaran ini dikaji semula termasuklah, antara lain, menilai semula skop sejarah setiap bangsa, tema-tema sejarah tempatan dan sejarah dari luar Malaysia serta tema-tema lain. Oleh itu inovasi dan pendekatan yang pelbagai diperlukan dalam bidang Sejarah serta peranan pendidik Sejarah sebagai pembentuk generasi masa depan bumi tercinta ini. Guru-guru Sejarah mempunyai asas untuk menimbang kegunaan pelbagai pendekatan atau strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang menggabung jalin elemen-elemen seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni. Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet, perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT dalam bilik darjah (Majalah Pendidik, November 2016). Tegasnya guru-guru Sejarah perlu menggunakan kaedah PdPc berpusatkan murid (student-centred) serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid. Dalam kurikulum pendidikan kebangsaan, antara mata pelajaran yang mengandungi elemen kepelbagaian budaya ialah mata pelajaran Sejarah. Ini kerana melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair, murid dapat memahami perkembangan masyarakat dan negara. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KPM,

41 2013). Untuk mengajar kumpulan pelajar yang pelbagai budaya dengan lebih berkesan, guru perlu responsif terhadap kepelbagaian budaya murid. Mohammad Sultan Faujar (2000) menyatakan kemahiran pengajaran antara budaya, pedagogi sensitif budaya, pedagogi relevan budaya atau pengajaran responsif budaya adalah perlu dalam pendidikan Sejarah. Sogokan bertubi-tubi yang diulangi banyak kali dalam naratif sejarah Malaysia pada beberapa tahap pembelajaran di sekolah, dan pengisiannya di dalam buku-buku teks yang sarat dengan faktanya tetapi tidak berintegrasi dari segi perkaitan idea antara satu sama lain telah menjadikan pembelajaran Sejarah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi membosankan (Abd Rahim Abd Rasyid, 1999). Sejarah bukanlah semata-mata penceritaan fakta sahaja, tetapi lebih daripada itu, ia juga memerlukan pemahaman yang analitikal dan kritis tentang sesuatu peristiwa, penglibatan individu-individu serta organisasi tertentu. Kaum guru berhempas pulas untuk menyudahkan sukatan pelajaran sehingga sistem yang sangat berorientasikan peperiksaan dan bersifat akademik ini menghakis keyakinan guru untuk mendidik pelajar supaya menghayati sejarah tanah air yang sebenarnya. Justeru kerana ketiadaan keseimbangan, baik dari segi kandungan buku teks mahupun pengintegrasian maklumat dan sumber-sumber, maka wujud konflik yang kini semakin lantang menentang beberapa aspek kepentingan pengajaran Sejarah. Ini termasuklah aspek kebenaran fakta dan objektiviti ilmu pengetahuan dan nilai pembelajaran Sejarah tanahair, kaedah-kaedah pengajaran, kurikulum serta bahan-bahan sumber Sejarah. Berdasarkan tinjauan penulis, guru-guru Sejarah masih berpendapat bahawa maklumat yang diberikan di dalam buku teks adalah penting untuk lulus pepriksaan awam. Oleh itu sikap berpegang kepada buku teks adalah penting kerana jawapan yang terkeluar daripada buku teks, walaupun fakta dan perbahasannya boleh dianggap munasabah tetapi tidak akan diterima oleh pemeriksa yang semata-mata berpandukan kepada apa yang terkandung di dalam buku teks (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Oleh yang demikian, guru dan pelajar terpaksa bergantung kepada buku teks Sejarah semata-mata dan kurang berminat untuk membaca lagi untuk meluaskan pengetahuan sejarah Malaysia dari sumber lain yang mungkin memberikan tafsiran yang lebih meyakinkan walaupun berbeza-beza kandungannya. Keadaan ini juga memberi isyarat kepada murid-murid tentang betapa pentingnya menghafal fakta-fakta dalam buku teks. Pemberatannya dari segi penyusunan fakta yang banyak juga menimbulkan persepsi bahawa terdapat ciri-ciri

42 prasangka atau bias dalam pengajaran Sejarah kerana mereka tidak nampak kesahihan dan kerelevanan dengan Sejarah pembinaan negara bangsa Malaysia. Maka tidaklah keterlaluan jika seorang pensyarah atau pendidik Sejarah sendiri mengamati bahawa kelembapan pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah disebabkan oleh adanya 'arahan' dan bukan 'pengajaran', 'ulangan' dan bukan 'pembinaan'. Dengan itu pelajar-pelajar menjadi 'penerima' dan bukan 'pembina', serta 'pengikut' yang tidak bebas. Penulis ingin mengutarakan bahawa aspek-aspek perkembangan dan pemantapan pendidikan Sejarah harus diberi nafas baru dan dicorakkan semula dalam pembinaan negara bangsa Malaysia ketika negara melangkah tahun 2020 selari dengan ambang Revolusi Industri Keempat. Bidang pendidikan Sejarah menjadi pemangkin kepada perubahan pembangunan Malaysia seiring dengan transformasi digital dan elemen cabaran zaman Revolusi Industri 4.0 yang berdaya saing. Kesimpulan Pengajaran Sejarah di semua peringkat seperti sekolahlah, institut pendidikan guru dan universiti awam dan swasta perlu direformasi dan ditambah baik supaya menjamin kelangsungan pendidikan Sejarah di Malaysia. Pada masa yang masa kualiti latihan perguruan harus ditingkatkan dengan memberi penekanan kepada penggunaaan kaedah dan sumber yang pelbagai serta berlandaskan objektiviti pendidikan Sejarah yang sebenar. Tidak kurang pentingnya adalah penyelidikan Sejarah tempatan Malaysia perlu diberi landasan kukuh oleh kerajaan serta agensi-agensi yang berkaitan. Antara bentuk landasan itu ialah penyediaan dana untuk menjalankan penyelidikan Sejarah tempatan, meningkatkan inovasi dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran Sejarah di semua peringkat yang akan memperkasakan perkembangan dan pemantapan pendidikan Sejarah di Malaysia. Rujukan Abd Rahim Abd Rasyid. 1999. Pendidikan Sejarah : Falsafah, Teori dan Amalan . Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM, 2018. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2, JNJK, Putrajaya, Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

43 Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya Kementerian Pelajaran Malaysia Mohammad Sultan Faujar. 2000. Kualiti Pengajaran Sejarah di Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Mohd Samsudin & Shahizan Shaharuddin. 2012. Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah di Malaysia. 39: 116-141. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013. Siti Haishah Abdul Rahman. 2011. Pencapaian akademik dan etnisiti: satu kajian bagi mata pelajaran sejarah di Malaysia. Dlm. Abdul Razaq Ahmad & Anuar Ahmad (pnyt.). Pendidikan & Hubungan Etnik, hlm. 271-306. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkatperingkat Mulai Tahun 2017.

44 PERMASALAHAN BAHASA YANG LAZIM DALAM BAHASA MELAYU Norafidah Noralidin (Ph.D) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi [email protected] Bahasa didefinisikan sebagai alat yang terdiri daripada bunyi berartikulasi yang digunakan untuk berhubungan, baik secara bertulis mahupun secara lisan. Sifat atau umum bahasa ialah sesuatu yang lahir atau bunyi yang keluar dari mulut yang mempunyai erti sebagai lambang (Aminuddin Mansor, 2006). Di samping itu, Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) pula mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa juga dikatakan sebagai kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Sehubungan dengan itu, bahasa perlu dijaga martabatnya dengan memastikan setiap pertuturan atau penulisan dibuat dengan menitikberatkan hukum atau peraturan bahasa. Menurut Awang Sariyan (1996) masalah kesalahan bahasa perlulah dibaiki kerana tuntutan zaman menjadikan bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi daripada bahasa-bahasa moden lain di dunia untuk menjadi alat komunikasi maju dan alat pembinaan budaya tinggi. Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu Masalah kesalahan penggunaan bahasa masih menjadi cabaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu ini di negara ini. Nathesan (2010) menyatakan bahawa kesalahan bahasa berlaku dalam pelbagai aspek seperti kesalahan sebutan, ejaan, perkataan, frasa, ayat, dan makna. Di samping itu, Juriah Long (1990) mengklasifikasikan kesalahan bahasa kepada beberapa jenis iaitu kesalahan struktur, kesalahan konsep, kesalahan berbentuk berlebih-lebihan, kesalahan yang disebabkan gangguan bahasa lain, dan kesalahan disebabkan pengaruh lisan. Kesalahan struktur dimaksudkan kepada kesalahan berkaitan struktur bahasa seperti binaan ayat, klausa, frasa dan binaan perkataan. Kesalahan konsep merujuk kepada kesalahan menanggap atau memahami konsep atau pengertian yang didukung oleh sesuatu perkataan sehingga menyebabkan kesalahan penggunaannya. Kesalahan ini lazimnya berlaku kerana sesuatu bahasa itu mempunyai banyak perkataan yang hampir sama dan ketidakcekapan penutur


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook