MESYUARATMAJLIS PROFESIONALISME PENGURUSAN & PENTADBIRAN BIL 7/202022 OKT 2020
MESYUARAT MPPP IPGK GAYA BIL7/2020 MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN (MPPP) IPGK GAYA BIL 7 TAHUN 2020 Tarikh : 22 Oktober 2020 (Khamis) Tempat : Dalam Talian- Google Meet (http://meet.google.com/fyp-vtaj-mst) Pengerusi : Dr. Gerturude Jock A.D.K Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu, Sabah Tentatif Masa Agenda 8.30 pagi Ucapan Pengerusi Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.6/2020 Perkara Berbangkit Pembentangan Kertas Cadangan dan Makluman IPGK Pembentangan dan Laporan : i Laporan KJ dan KU a. Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik (Perkembangan pelaksanaan akademik dan isu-isu semasa) b. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar – Kebajikan pelajar c. Ketua Jabatan Pembangunan Profesionalisme Dan Konsultasid. Ketua Unit Amalan Profesional e. Ketua-Ketua Jabatan/Unit ii Laporan Persediaan Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 SPK IPGM/IPG iii Penyelarasan Kalendar Akademik dan Takwim IPGM/IPGK 2021 Hal-Hal LainPenutup
MESYUARAT MPPP IPGK GAYA BIL7/2020 MEMO DALAMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH Kepada : Pengarah Timbalan Pengarah Semua Ketua Jabatan Semua Ketua Unit Encik Shanmuga Nathan- Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi Pegawai Eksekutif Penyelaras PLC Penolong Akauntan Daripada: Setiausaha MPPP Salinan: PengarahTarikh: 14 Oktober 2020Rujukan Kami :IPG/11/100-1/1/4 Jld.9 ( ) Tuan, MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN INSTITUT BILANGAN 7/2020 Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman tuan/puan mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 22 Oktober 2020 (Khamis) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dalam Talian (http://meet.google.com/fyp-vtaj-mst)3. Agenda Mesyuarat adalah seperti yang berikut: 3.1 Ucapan Pengerusi 3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 3.3 Perkara-perkara Berbangkit 3.4 Pembentangan Kertas Cadangan dan Makluman IPGK 3.5 i. Laporan KJ dan KU a. Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik (Perkembangan pelaksanaan akademik dan isu-isu semasa) b. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kebajikan pelajar –c. Ketua Jabatan Pembangunan Profesionalisme Dan Konsultasi
MESYUARAT MPPP IPGK GAYA BIL7/2020 d. Ketua Unit Amalan Profesional e. Ketua-Ketua Jabatan/Unit ii. Sekretariat Jaminan Kualiti Dan Pematuhan Polisi Laporan Persediaan Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 SPK IPGM/IPG iii. Penyelarasan Kalendar Akademik dan Takwim IPGM/IPGK 2021 3.6 Hal-hal lain 4. Kehadiran tuan-tuan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”Saya yang menjalankan amanah, (DR. NORAFIDAH BINTI NORALIDIN) Urus setia, Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPGKampus Gaya, Kota Kinabalu. Sabah.
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20201 MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN (MPPP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA BIL 6/2020 Tarikh : 14 Julai 2020 (Selasa) Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan ________________________________________________________________________________________ Hadir 1. Puan Gerturude Jock A.D.KPengarah/Pengerusi Mesyuarat 2. Dr. Aris Fazil Hj.Ujang Timbalan Pengarah 3. Encik George Thomas Ketua Jabatan Pendidikan Holistik 4. Dato Asrah Datu Ambas Ketua Unit Khidmat Pengurusan 5. Encik Sapihi Hj. Dulamit Ketua Jabatan Sejarah 6. Dr. Juliana Osong Ketua Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi 7. Tengku Zahiri Tengku Abd Wahab Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 8. Encik Sonny Teh Eng Chong Ketua Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik 9. Encik Ravi a/l Margapandu Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan 10. Encik Khusaini Mohd Panglan Ketua Jabatan Pembangunan Profesionalisme Dan Konsultasi 11. Puan Juliana @ Julie Johari Ketua Jabatan Bahasa 12. Hj. Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik 13 Encik Shanmuga Nathan R. Sekretariat Jaminan Kualiti Dan Pematuhan Polisi 14. Encik Chai Ming Chan Ketua Unit Amalan Profesionalisme 15. Dr. Raymie A. Bakar Ketua Unit Kokurikulum 16. Puan Noorwainie Yakub Ketua Pusat Sumber 17. Encik Abdul Halim Tahir Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling 18. Puan Khadijah Adenan Wakil Ketua Jabatan Pengajian Melayu 19. Puan Fudzla Suraya Ahmad Faisol Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian 20. Encik Yahya Yassin Wakil Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Tidak Hadir Bersebab Encik Irwan Bin IsdupKetua Jabatan Hal Ehwal PelajarPuan Norazlinah Abdul Rajik Pegawai Eksekutif Kanan Puan Sarina Binti JinarPembantu PustakawanUrus setia Dr. Norafidah NoralidinJabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20202 I UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1. i.SOP pengurusan dan pengoperasian IPG masih belum dapat dibentangkan kerana belum mendapat kelulusan daripada pihak MKN. ii.Penyampaian Ucapan daripada Timbalan Rektor Kanan Dr. Jamiah binti Mohammad a. Sebarang maklumat yang dikongsikan dalam mesyuarat di IPG perlu dikongsikan kepada semua warga, misalnya tentang dasar, SOP KPM dan sebagainya. Hal ini adalah untuk mengelakkan ketidakjelasan kefahaman guru atau pensyarah. Maklumat yang kurang difahami akan menyebabkan ramai yang memberi komen dalam sosial media malah ada juga yang menulis surat kepada Menteri Pendidikan. b. Para pelajar (PISMP dan PDPM) telah membuat permohonan agar konvo pada tahun ini diteruskan justeru pihak jabatan HEP diminta bersedia kerana kemungkinan konvo tahun ini akan dibuat di peringkat IPG atau zon. Permohonan pelajar ini masih dalam perbincangan. c. Pengambilan pelajar IPG pada tahun hadapan adalah dari pelajar Tingkatan 6 dan Martikulasi. Oleh itu, semakan kurikulum sedang dilaksanakan dan langkah ini akan menjimatkan perbelanjaan untuk IPG. d. Modul Sains dalam BI telah dimuat naik dalam Google Classroom (GC) dan modul ini digunakan untuk kursus PdP Sains dan Matematik dalam BI. KJ JKA diminta menyemak sama ada modul sudah dimuat naik atau belum dalam GC. Tindakan : Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik. e. Praktikum untuk semester akhir perlu dijalankan. Hal ini kerana sekolah sudah dibuka. Pihak IPGM dalam proses untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak IPG berkenaan pemilihan salah satu daripada empat mod dalam pelaksanaan praktikum. f.Pelaksanaan Program Pengajian Pascasiswazah di IPGK: i. Hanya ada enam kampus yang akan melaksanakan program ini dan di Sabah IPGK Gaya dipilih disebabkan jumlah pemegang ijazah kedoktoran ramai berbanding dengan IPGK lain di zon Sabah ii. Kursus yang ditawarkan terbuka dan tiada pengkhususan. iii. Kursus sarjana diperuntukan 40 kredit tetapi proses pindah kredit kepada 30 peratus untuk kursus-kursus tertentu dibolehkan. iv. Semua pemegang ijazah kedoktoran akan mengajar dalam program ini v. Program ini terbuka kepada guru-guru yang telah tiga tahun dalam perkhidmatan dan akan melalui proses-proses pemilihan yang ditetapkan. vi. Pihak MQA mencadangkan pensyarah daripada IPGK lain boleh dilibatkan sekiranya kekurangan tenaga pengajar. vii. Yuran pengajian masih murah iaitu antara 12,000 20,000 berbanding yuran yang –dikenakan oleh universiti. viii. Penyelarasan untuk Progam PAKK Swasta dalam peringkat akhir dan program seperti PDPP dan PDPM akan dilaksanakan untuk semua sek swasta yang berdaftar di bawah KPM. Perancangan ini terbengkalai dari tahun 2010 dan akan dimulakan pada Nov 2020. Program ini akan dilaksanakan selama dua tahun dan yuran
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20203 pengajian masih yang termurah. Maklumat kursus bagi program ini masih dalam proses semakan dan pembetulan. g. Kemahiran pensyarah dalam e-Learning dan pembinaan JSU masih belum memuaskan dan perlu ditingkatkan. h. Pengerusi meminta agar semua KJ dan KU memberikan motivasi kepada pensyarah dan pegawai di jabatan/unit masing-masing untuk menghabiskan pengajian mereka. iii.Penyampaian Ucapan daripada Rektor Dr. Hajah Rusmini binti KuAhmad a. Perbezaan markah dalam peperiksaan didapati sangat ketara dan ini menunjukkan cara pemeriksaan yang tidak konsisten. b. Sistem pemeriksaan perlu distandardkan dan didapati bentuk lonceng masih dianggap yang terbaik dan sesuai. c. IPGK Gaya antara IPGK yang didapati menunjukkan pemberian markah yang ketara perbezaannya. d. Integriti dalam pemberian markah perlu ditingkatkan agar masalah yang dikemukakan dapat diatasi. e. Penilaian KJ dan KU terhadap pensyarah juga perlu lebih objektif dan KJ dinasihatkan untuk melihat semula aspek-aspek yang perlu dipenuhi oleh seorang pensyarah cemerlang. f.Pensyarah-pensyarah yang diberi penilaian yang tinggi oleh KJ dan KU sepatutnya tidak bermasalah. g. Penilaian perlu berasaskan merit dan ATP sangat penting untuk semua termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah. iv.Beberapa kertas cadangan dan kertas makluman telah dibentangkan dalam mesyuarat Senat IPGM v.Masalah guru-guru sama ada di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menunjukkan sikap dan kata-kata yang kurang sopan kepada Menteri Pendidikan juga dimaklumkan. Hal ini dijadikan iktibar agar perkara yang sama tidak dilakukan oleh bakal guru yang dilatih di IPGK. Makluman II PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 5 / 2020 2. Minit Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bilangan 5/2020 disahkan tanpa pindaan. III PERKARA BERBANGKIT 3. Mesyuarat mengambil maklum: Perkara Berbangkit Tindakan Dua orang pensyarah dan tiga orang staf Dua orang pensyarah dan tiga orang staf sokongan sokongan belum menghantar hasil karya mereka. tersebut telah menghantar hasil karya mereka.Encik George Thomas selaku ketua dalam Perbincangan telah dilaksanakan dan hasil kumpulan Gaya Preparedness Risk, Emergency perbincangan akan dibentangkan dalam mesyuarat Management (PREyM) diminta membincangkan MPPP Bil6/2020.dan memperhalus Garis Panduan Operasi
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20204 Pejabat (GPOP) dan perlu membentangkannya semasa mesyuarat pada 9 Julai 2020. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan ialah cara memastikan suhu badan semua pelajar diimbas, pergerakan pelajar di kawasan kampus dan kuliah, makan minum dan sebagainyaTimbalan Pengarah diminta mengetuai Perbincangan telah dilaksanakan dan hasil perbincangan untuk membuat ketetapan tentang perbincangan akan dibentangkan dalam mesyuarat kawalan dalaman keluar dan masuk IPG dan MPPP Bil6/2020. penggunaan empat jam yang diperuntukan. Hal ini kerana, masalah ini masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan kesedaran pentingnya mengisi borang keluar dari institut masih tidak memuaskan. Dr. Sapihi Hj.Dulamit akan merancang aktiviti Majlis ulang tahun IPGK Gaya ke-57 telah disambut atau program Sambutan Ulang tahun IPGK Gaya secara dalam talian pada 3 Julai 2020 dengan tema yang ke-57 pada 4 Julai 2020. ‘Melakar Kecemerlangan Guru, Membina Generasi Baharu”. Pengarah telah menyampaikan ucap tama dan seterusnya merasmikan pembukaan majlis. Diikuti dengan pengkisahan sejarah oleh Dr. Sapihi Hj Dulamit dan majlis diakhiri dengan upacara pemotongan kek sambutan ke-57 tahun IPGK Gaya. Majlis dianjurkan oleh JSejarah dengan kerjasama JSTEM dan JPPK.IV PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN DAN MAKLUMAN IPGK Mesyuarat mengambil maklum: a) Puan Myrie Meliss Mydin Pegawai akauntan perlu hadir dalam mesyuarat MPPP terutamanya apabila terdapat KC yang melibatkan permohonan peruntukan kewangan. 4 Kertas Cadangan Bil 32/2020 : Program MPU3112 Bina Insan Guru (BIG) Mesyuarat mengambil maklum : i.Penyelaras : Unit Kokurikulum ii.Tarikh: 2- 6 November iii.Sasaran : 39 orang pelajar dan 9 orang jurulatih iv.Tempat : Pusat Kokurikulum JPN Sabah v.Catatan : a. Pembentangan kali kedua. b. Ahli mesyuarat bersetuju dan meluluskan permohonan ini dengan syarat merujuk pegawai akauntan untuk semakan kewangan. c. Penyelaras perlu memastikan semua pensyarah yang terlibat berada di kawasan perkhemahan semasa aktiviti ( bermalam dan tidak ada yang pergi/balik) 5. Kertas Cadangan Bil 33/2020 : Pembiayaan Untuk Tenaga Pengajar Sambilan Pakar dan Penggunaan Makmal Autocad RBT1014 Asas Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer Kursus PPISMP Opsyen Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Ambilan September 2020 Mesyuarat mengambil maklum :
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20205 i.Penyelaras : Jabatan STEM ii.Tarikh : Sept Disember –iii.Sasaran : PPISMP RBT iv.Catatan: Diluluskan bersyarat iaitu perlu rujuk bahagian kewangan untuk pembayaran tenaga pengajar 6. Kertas Cadangan Bil 34/2020 : Perkhemahan Unit Beruniform i.Penyelaras : Unit Kokurikulum ii.Tarikh: 2 hingga 5 November 2020iii.Sasaran : 123 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2019 iv.Tempat : Pusat Kokurikulum JPN Sabah v.Catatan : a. Diluluskan bersyarat iaitu perlu dirujuk pegawai akauntan untuk semakan kewangan. b. Penyelaras perlu memastikan semua pensyarah yang terlibat berada di kawasan perkhemahan semasa aktiviti ( bermalam dan tidak ada yang pergi/balik) c. Perincian tugas setiap pensyarah yang terlibat perlu disertakan 7. Kertas Cadangan Bil 35/2020: Pelaksanaan Kelas Amali Kursus PJMS3073 Pergerakan Asas, Gimnastik Dan Renang Dan PJMS3023 Olahraga, Badminton Dan Softbol Di Luar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya i.Penyelaras : Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ii.Tarikh: Semester Kedua iii.Sasaran : Opsyen BM SK (60 pelajar) dan BM SJKC (20 pelajar) Sem 1/.Tahun 2 iv.Catatan : a. Makluman awal yang diterima, pihak IPGM bercadang untuk mengubah subjek yang melibatkan amali kepada semester akan datang. b. Dicadangkan agar penyelaras menyediakan pelan B iaitu sekiranya peruntukan OS42 tidak mencukupi, pelajar perlu bersedia untuk menggunakan wang sendiri. 8. Kertas Makluman Bil13/2020 : We Care We Share: Perubahan Diri Sepanjang Tempoh PKP. i.Penyelaras : Unit Psikologi dan Kaunseling ii.Tarikh: 17 Julai 2020 iii.Sasaran : Semua warga IPGK Gaya iv.Catatan : Ahli Mesyuarat mengambil maklum.
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20206 V PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA-KETUA JABATAN / KETUA-KETUA UNIT DAN SEKRETARIAT JAMINAN KUALITI DAN PEMATUHAN 9. Pembentangan penyediaan loose furniture, CCTV dan langsir Bangunan Pentadbiran Baharu & Auditorium IPGK Gaya oleh ZBN Holdings Sdn. Bhd. 10. Jabatan Hal Ehwal Pelajar Mesyuarat mengambil maklum: a)Pembentangan Program Minggu Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP Ambilan Sept. 2020 dilampirkan b)Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan antaranya: i.Setiap beg pelajar perlu diberikan nombor untuk memudahkan penyusunan dan pengagihan. ii.40 pelajar pertama yang hadir dan mendaftar di Masjid Negeri Sabah akan menjadi kumpulan pertama dihantar ke IPGK Gaya tanpa mengira jantina. iii.Beg-beg pelajar perlu dihantar terus ke kolej kediaman dimana mereka ditempatkan. iv.Pelan kedudukan kelas akan dimaklumkan semasa di masjid untuk mengurangkan pergerakan pelajar mencari kelas masing-masing. v.Pihak HEP perlu sentiasa memastikan terdapat pensyarah atau pegawai yang bertugas untuk menunggu pelajar di Masjid Negeri Sabah. vi.Pihak HEP perlu menyediakan borang pengesahan kehadiran dalam bentuk google form dan edaran boleh dibuat di masjid negeri sama ada dalam bentuk link URL atau QR Code. vii.Sekiranya program dilaksanakan di JKKNS, pihak HEP perlu merancang pergerakan pelajar dengan terperinci untuk memastikan SOP dipatuhi. viii.Pelajar perlu diberi pelan pergerakan semasa berada di IPGK Gaya khususnya semasa minggu pengurusan pelajar. ix.Dicadangkan pelajar dan ibu bapa diberi taklimat awal iaitu menggunakan platform dalam talian. Dicadangkan juga pelajar diberi akses kod untuk taklimat-taklimat yang akan diberi. x.Pelajar juga dicadangkan untuk dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa pada jam 3.00 petang dan aktiviti hanya akan dilaksanakan pada hari kedua. Pihak HEP perlu memutuskan hal ini dan Ibu bapa pula perlu dimaklumkan lebih awal. xi.Tempat khas perlu disediakan bagi pelajar yang suhu badannya melebihi 37.5 ke atas dan persediaan perlu dibuat untuk menghantar tersebut ke hospital. xii.Perlu disediakan satu borang pengesanan untuk pelajar yang ada kaitan dengan individu yang pernah dijangkiti Covid19. Tindakan : Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar 11. Jabatan Pendidikan Holistik Mesyuarat mengambil maklum: a) Pembentangan Garis Panduan Operasi Pejabat (GPOP) IPGK Gaya dilampirkan i.Setiap individu bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan rakan-rakan sekerja. Sebagai contoh, walaupun kuarantin sudah tidak diwajibkan kita perlu mengambil cuti untuk memastikan diri sihat dalam tempoh tiga hari selepas balik daripada bertugas di luar. b) Webinar Saintis Kanak-Kanak anjuran Program Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS dengan kerjasama IPG Kampus Gaya akan diadakan pada 18 Julai 2020 melalui
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20207 platform Google Meet. Perkongsian akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato Dr. Noraini Idris, ’Pengerusi National STEM Movement dan moderator ialah Encik George Thomas. c) Encik George Thomas memohon peruntukan untuk mengecat bangunan prasekolah dan aktiviti ini akan dilaksanakan dengan bantuan pelajar, pensyarah dan staf sokongan. Dicadangkan juga memohon sumbangan daripada pihak KRKK sebagai tambahan. d) Permohonan Cuti Ganti bagi Pensyarah Mengajar pada Hujung Minggu i.Isu berkaitan kelayakan menuntut cuti ganti bagi pensyarah yang ada kuliah hujung minggu dalam lebih kurang 30 jam dikemukakan. ii.Mesyuarat bersetuju (kecuali ada arahan baharu yang diterima) pensyarah yang terlibat layak memohon cuti ganti dengan syarat-syarat seperti yang berikut: a.Ketua Jabatan mestilah buat pengesahan bertulis kepada pihak pentadbir dan sentiasa membuat pemantauan. b.Pensyarah yang terlibat perlu ada bukti/laporan pelaksanaan kelas dan disahkan oleh KJ dan ada pengesahan pelajar juga. c. Pensyarah yang memohon cuti gantian perlu mengisi borang permohonan cuti gantian yang boleh diperoleh di pejabat pentadbiran. Makluman 12. Jabatan Kecemerlangan Akademik Mesyuarat mengambil maklum: a) Dapatan keseluruhan hasil penyemakan folder kursus adalah seperti yang berikut: b) Semua folder kursus PT05, sebanyak 113 telah disemak. Namun hanya 8 (7 %) folder dikategori sebagai lengkap. Kebanyakan folder tidak lengkap dari segi ketiadaan dokumen khususnya dokumen LAM-PT-05-05 (Rekod Kehadiran Pelajar), JST & Soalan tugasan, PK2 , Surat tawaran mengikut semester, LAM-PT-05-3 dan Rumusan Analisis Entrance dan Exit Survey. c) Lain-lain dokumen ada tetapi adalah tidak lengkap khususnya dari segi tandatangan Ketua Jabatan dan tandatangan pensyarah. d) Kesimpulan dapat dibuat bahawa para pensyarah memahami tugas dan tanggungjawab untuk menyediakan folder kursus namun kurang dari segi kesedaran dan sikap positif dalam penyediaan folder khususnya dalam proses penyediaan folder kursus lebih awal dan tidak pada saat akhir. Justeru, ini membawa kepada permasalahan sepertiyang dinyatakan di atas. e) Laporan telah diedarkan dan dibincangkan bersama Jawatankuasa Penambahbaikan dan beberapa perancangan penambahbaikan akan dilaksanakan untuk cuba mengatasi / mengurangkan permasalahan dalam penyediaan folder kursus yang lengkap f)Perincian laporan semakan telah diserahkan kepada Ketua Jabatan. Semua KJ perlu bertanggungjawab untuk memastikan masalah-masalah yang dilaporkan tidak berlaku. Hal ini menunjukkan KJ kurang membuat semakan folder sehingga berlaku isu-isu yang ditimbulkan. Pensyarah yang BDR pula dilihat tidak mengunakan masa bekerja di rumah untuk menyiapkan folder masing-masing. g) Cadangan pembahagian kelas untuk semester akan datang juga dibentangkan. Disebabkan pelajar PISMP akan belajar dalam talian maka pelajar PPISMP yang bersemuka tidak akan menghadapi masalah kelas. h) Dicadangkan pihak JKA menyediakan alternatif lain sebagai persediaan sekiranya pelajar PISMP diminta balik untuk pembelajaran secara bersemuka.(contoh: kelas terapung)
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20208 i)Bilik muzik tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai kelas dan Encik George Thomas dikehendaki untuk menyimpan kunci bilik muzik dan penggunaan bilik ini adalah di bawah kuasa beliau. 13. Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Mesyuarat mengambil maklum: a) Perancangan Penyelidikan dan Inovasi: i.Perancangan Penyelidikan IPGK Gaya (Focus Group Ph.D Holder & Jabatan Bitara) - Mesyuarat –MPPP Bil.1 (2 Januari 2020). #Url: https://tinyurl.com/t5q7l9lii.25 kumpulan dan daripadanya 11 kumpulan telah mendaftar dalam Inisiatif 112, iii. 14 kumpulan lagi akan membentangkan kajian dalam Seminar Gaya pada 3 September 2020 b) Program MinD IPG 2020 i.Perasmian diadakan pada 6 Oktober 2020 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ii.Acara yang akan diadakan ialah MInD Rekacipta Logo, MInD Inovasi, MInD Pitching, MInD Pamer, MInD Hibur dan MInD Sembang. iii.Dicadangkan MInD Hibur boleh dipertanggungjawabkan kepada JK Kebudayaan JPP iaitu Young Ting Khong manakala Dr. Shirhajwan Idek pula boleh dijemput untuk program MInD Sembang. Makluman 14. Unit Peperiksaan Dan Penilaian Mesyuarat mengambil maklum: a) Semakan rayuan peperiksaan akan dikenakan RM50 (Merujuk buku panduan dan Syarat Penganugerahan, Kemas kini Julai 2020) dan KJ diminta memaklumkan kepada semua pensyarah dan juga pelajar. Makluman 15. Unit Amalan Profesionalisme Mesyuarat mengambil maklum: a) Terdapat 7 program yang masih tergantung pelaksanaan praktikum iaitu PISMP Fasa 1 dan 2, PDPP, TFM, PAKK Fasa 1 dan 2 serta PBS. b) Praktikum Program PDPP dan TFM akan disambung pada 3 Ogos 2020. c) Dua program PISMP Ambilan Jun 2017 dan Ambilan Jun 2018 dipersetujui untuk diteruskan dengan justifikasi bahawa sekiranya tidak dilaksanakan pada tahun ini akan menimbulkan masalah penyelia dan penempatan di sekolah. d) PBS PISMP, PDPM dicadangkan oleh pihak IPGM diteruskan tetapi belum ada tarikh dan surat arahan. 16. Laporan Sekretariat Jaminan Kualiti Dan Pematuhan Polisi Mesyuarat mengambil maklum: a) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Audit MQA PDPM PAKK Pada 8 Julai 2020, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persediaan Audit PDPM PAKK Bil. 1/2020 telah dilaksanakan di bilik seminar LDP dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah IPGK Gaya, Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang dan semua KJ/KU dan pensyarah yang berkenaan. Mesyuarat telah membincangkan tugas
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/20209 dan tanggungjawab setiap JK Kerja serta tindakan setiap jawatankuasa secara terperinci. b) Mesyuarat Jawatankuasa Penambahbaikan IPGK Gaya Bil. 1/2020 Mesyuarat JK Penambahbaikan IPGK Gaya telah dilaksana pada 9 Julai 2020. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Chow Kum Loy selaku penyelaras jawatankuasa tersebut. Beberapa cadangan dan tindakan telah dibincangkan bagi tujuan membuat penambahbaikan terhadap dokumen LAM PT 05 hasil dapatan laporan Audit Penyemakan Folder Kursus PPISMP dan PISMP. c) Taklimat Persediaan Menghadapi Audit PDPM PAKK Bagi Pelajar Taklimat persediaan menghadapi audit PDPM PAKK telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Holistik dipimpin oleh Ketua Jabatan dan Penyelaras Program pada 10 Julai 2020 di bilik sumber PAKK, Blok E. Taklimat telah disampaikan kepada pelajar-pelajar PDPM PAKK berkenaan persediaan dan perancangan semasa audit MQA pada 18-19 Ogos 2020. d) Bengkel Penyemakan Folder Kursus PDPM PAKK Bengkel penyemakan folder kursus PDPM PAKK telah dilaksanakan di bilik seminar LDP pada 13 Julai 2020 bagi membantu para pensyarah membuat pembetulan dan penambahbaikan pada folder kursus berdasarkan hasil dapatan audit penyemakan yang telah dilaksanakan pada 1-3 Julai 2020. Makluman VII PERANCANGAN TAHUNAN 2021 DAN ERRC 17. Mesyuarat mengambil maklum: a) Senarai semak proses perancangan tahunan 2021 telah dibentangkan seperti yang berikut: i.Perancangan tahunan 2021 akan disemak semula selepas pembentangan kompentesi oleh KJ JPPK. ii.Pihak urus setia juga masih menunggu takwim akdemik IPGM iii.Pengisian program dalam talian akan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu draf 1 pada 10 14 –Ogos dan draf 2 pada 1 5 September 2020. –b) Jabatan/unit yang akan bertanggungjawab untuk menyelaras Jurnal Gaya pada tahun ini ialah Unit Pusat Sumber dan Unit Amalan Profesionalisme. Manakala program Gaya Beyond pada tahun 2021 ialah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan temannya ‘Gaya Enriching Our Hearts, Strengthening Our Souls .’c) Setiap jabatan telah membentang penilaian ERRC untuk perancangan 2020 yang dijadikan panduan dalam pelaksanaan perancangan tahunan 2021 ( ERRC dilampirkan) Tindakan : Ketua Jabatan dan Ketua Unit VIII HAL-HAL LAIN 18. Mesyuarat mengambil maklum
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/202010 a) Kebenaran untuk Meninggalkan Pejabat dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G- Mematuhi Waktu Bekerja oleh Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang, Timbalan Pengarah i.Seorang pegawai hanya diberi kebenaran menggunakan kemudahan ini sekali dalam seminggu ( berdasarkan kawalan dalaman IPGK Gaya yang khususnya bagi kes-kes kecemasan sahaja) ii.Pegawai penyelia (Ketua Jabatan/Ketua Unit) hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini tidak disalahgunakan oleh pegawai terutamanya dari segi kekerapan penggunaan. iii.Pegawai yang diberi kebenaran untuk meninggalkan pejabat dikehendaki untuk mengetik kad perakam waktu semasa keluar/masuk dan perlu disahkan oleh Pegawai Penyelia. iv.Pegawai Penyelia yang meluluskan kebenaran keluar pejabat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keberadaan pegawai berkenaan selepas tempoh kelulusan. Kegagalan pegawai untuk kembali bertugas selepas tempoh 4 jam akan mengakibatkan cuti rehat pegawai ditolak/pegawai perlu memohon cuti. v.Borang keluar pejabat yang telah diluluskan oleh Pegawai Penyelia hendaklah diserahkan kepada Unit Pentadbiran untuk tujuan rekod. vi.Urusan peribadi perlu memohon cuti dan bukannya menggunakan masa 4 jam yang diperuntukan bagi urusan rasmi. Makluman b) Dato Asrah Datu Ambas memaklumkan perkara-perkara yang berikut: i.Semua KJ/KU yang ada bilik-bilik khas di bangunan baharu kelak perlu memuktamadkan pemilihan perabot atau peralatan yang berkaitan pada minggu ini juga. ii.Majlis Profesionalisme IPGK Gaya akan diadakan pada 16 Julai melalui Google Meet dan semua KJ/KU diminta mengingatkan pensyarah tentang majlis ini. iii.Unit Khidmat Pengurusan akan mengadakan Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 13 Ogos 2020 dan majlis persaraan untuk Hajah Kalthom Samiain dan Hajah Che Nurazmah Sujai ’akan diadakan pada hari yang sama. Pakaian yang ditentukan pada hari itu ialah batik Gaya. iv.Penyelenggaran paip sedang dijalankan dan terdapat gangguan air di tempat-tempat yang terlibat. Makluman c) Dr. Sapihi Dulamit mencadangkan kelas Sejarah SJKC 1 dan 2 dipecahkan untuk memudahkan pelaksanaan pengajaran. Walau bagaimanapun cadangan ini hanya akan dipertimbangkan pada semester akan datang (2021) kerana perancangan kelas untuk semester terkini sudah dipersetujui untuk diimplementasikan. d) Encik Sonny Teh Ah Chong memaklumkan bahawa IPGK Gaya akan menerima lawatan pemantauan analisis Sistem Rangkaian IPGK Gaya dari pihak IPGM pada 27 Julai 2020. Makluman e) Pengarah memaklumkan beberapa perkara seperti yang berikut: i.Audit Sirim akan diadakan pada 19 20 Oktober 2020 dan perlu ada mesyuarat penyelarasan –sebelum audit. Tindakan : Puan Sharifah Mazni S. Mokhtar Penyelaras SPK MS ISO
Edaran TerhadMesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bil 6/202011 ii.Sebarang maklumat yang melibatkan IPGK Gaya perlu dimaklumkan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah. Hal ini penting kerana keputusan akhir akan ditentukan oleh pengurusan tertinggi. iii.Ahli mesyuarat diminta memberikan pandangan berkaitan BDR yang sepatutnya sudah dibatalkan dan keputusan mengenai hal ini akan diumumkan dalam Majlis Profesionalisme pada hari Khamis. VII PENUTUP 19. Mesyuarat ditangguhkan jam 1.00 petang Urus setia Majlis Profesional,Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT MPPP IPGKG BIL 6/2020 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA AGENDA PERKARA STATUS MPPP BIL6/2020 TINDAKAN MAKLUM BALAS TERKINI I ii(d) Modul Sains dalam BI telah dimuat naik dalam Google Classroom (GC) dan modul ini digunakan untuk kursus PdP Sains dan Matematik dalam BI. KJ JKA diminta menyemak Kecemerlangan sendiri modul untuk kursus Sains dan Matematik sama ada modul sudah dimuat naik atau belum dalam GC. KJ Jabatan Akademik IPGK Gaya tidak terlibat dalam pembinaan modul ini. Manakala IPGK yang terlibat pula perlu membuat dalam Bahasa Inggeris. iv 5 Permohonan pembiayaan untuk Tenaga Pengajar Sambilan Pakar dan Penggunaan Makmal Autocad RBT1014 Asas Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer Kursus PPISMP Opsyen Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Ambilan September 2020KJ STEM Unit Akaun IPGK Gaya memaklumkan tiada halangan pembiayaan namun perlu mengikut tatacara kewangan dan SOP yang ditetapkan. Rombongan IPGK Gaya telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Vokasional Likas pada 10 Oktober 2020. Surat permohonan untuk menggunakan Makmal AutoCad dan Surat Pelantikan kepada tenaga pengajar Kolej Vokasional Likas telah diserahkan kepada pengarah Kolej Vokasional Likas. Tarikh penggunaan makmal ialah pada 27 Oktober 2020, 3 November 2020 dan pertengahan November 2020. V 10 (b) Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan antaranya: i.Setiap beg pelajar perlu diberikan nombor untuk memudahkan penyusunan dan pengagihan. ii.40 pelajar pertama yang hadir dan mendaftar di Masjid Negeri Sabah akan menjadi kumpulan pertama dihantar ke IPGK Gaya tanpa mengira jantina. iii.Beg-beg pelajar perlu dihantar terus ke kolej kediaman dimana mereka ditempatkan. iv.Pelan kedudukan kelas akan dimaklumkan semasa di masjid untuk mengurangkan pergerakan pelajar mencari kelas masing-masing. v.Pihak HEP perlu sentiasa memastikan terdapat pensyarah atau pegawai yang bertugas untuk KJ Hal Ehwal Pelajar Sambutan pelajar baharu berjalan seperti yang dirancang disebabkan oleh faktor cuaca yang baik, kerjasama yang diberikan oleh pihak bomba (sanitizer beg/ bas), lori untuk angkat barang pelajar oleh JPAM dan BOMBA, juga penggunaan dewan JKKNS yang diluluskan. •Pelajar mendaftar dgn mengisi pengesahan kehadiran melalui QR Code. •Setiap pelajar akan mendapat penanda yang mempunyai ruang untuk nama pelajar, opsyen dan no hp. Warna merah untuk pelajar perempuan dan hijau untuk lelaki. •Beg pelajar perempuan diturunkan di block E dan pelajar lelaki di asrama Jati. •Kedudukan kelas pelajar diberikan di dalam
menunggu pelajar di Masjid Negeri Sabah. vi.Pihak HEP perlu menyediakan borang pengesahan kehadiran dalam bentuk google form dan edaran boleh dibuat di masjid negeri sama ada dalam bentuk link URL atau QR Code. vii.Sekiranya program dilaksanakan di JKKNS, pihak HEP perlu merancang pergerakan pelajar dengan terperinci untuk memastikan SOP dipatuhi. viii.Pelajar perlu diberi pelan pergerakan semasa berada di IPGK Gaya khususnya semasa minggu pengurusan pelajar. ix.Dicadangkan pelajar dan ibu bapa diberi taklimat awal iaitu menggunakan platform dalam talian. Dicadangkan juga pelajar diberi akses kod untuk taklimat-taklimat yang akan diberi. x.Pelajar juga dicadangkan untuk dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa pada jam 3.00 petang dan aktiviti hanya akan dilaksanakan pada hari kedua. Pihak HEP perlu memutuskan hal ini dan Ibu bapa pula perlu dimaklumkan lebih awal. xi.Tempat khas perlu disediakan bagi pelajar yang suhu badannya melebihi 37.5 ke atas dan persediaan perlu dibuat untuk menghantar tersebut ke hospital. xii.Perlu disediakan satu borang pengesanan untuk pelajar yang ada kaitan dengan individu yang pernah dijangkiti Covid19. bas •Pensyarah JAPIM diketua oelh KJ dan Timb. Pengarah serta HEP menyambut pelajar di MASJID Negeri •Pergerakkan pelajar pergi dan balik ke dewan JKKNS adalah menaiki bas pergi mula jam 7 pagi dan balik mula jam 5.00 petang •Taklimat ibu/bapa/waris telah dijalankan pada 28/08/2020 mula jam 9.00 pagi melalui g00gle meet. (link: https://meet.google.com/dmi-keyz-tpi) •Pelajar tidak dibenarkan berjumpa ibu/bapa/waris setelah memasuki Kampus IPG Gaya atas nasihat KKM dan MKM •Semua pelajar melepasi tahap suhu yang sihat •Seramai 8 orang pelajar yang beradal daripada Negeri Kedah telah dihantar swap dan di asingkan ke bilik isolasi. Urus Setia MPPP
KERTAS CADANGAN DAN KERTAS MAKLUMAN
KERTAS MAKLUMAN DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIKKERJASAMAJABATAN PROFESIONALISME & KONSULTASIIPG KAMPUS GAYAPROGRAM INTERVENSI TAMBAHAN OPTION (PITO)
TUJUAN Kertas makluman ini dikemukakan bertujuan memaklumkan ahli Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus GayaBilangan 7/2020 tentang Program Intervensi Tambahan Option (PITO).
LATAR BELAKANG Program Intervensi Tambahan Option (PITO)adalah program khas untuk guru-guru yangsudah berkhidmat. Program ini dilaksanakansambil bekerja selama setahun dan akandianugerahkan sijil. Sehubungan itu 8 programatau aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjangkursus tersebut.
OBJEKTIF 1.MemberipendedahankepadapelajarPITOkaedah dan teknik pengajaran danpembelajaranyangdapatmembantumengurusPendidikan Awal Kanak-kanakdengan lebih berkesan .2.Memantapkankualitipensyarahdanpelajar PITOdalammenghadapicabaranpendidikan abad ke21.
OBJEKTIF 3.Melaksanakan pentaksiran dengan lebihsistematik.4.Meneroka pelbagai bidang baharu yangperludikuasaisepertiTamanAsuhanKanak-Kanak bagi pensyarah dan pelajar PITO.
TARIKH Oktober 2020 hingga Jun 2021( Sila Rujuk Lampiran )SASARANPensyarah Kursus PITO, Pelajar PITO dan Jemputan dari Jabatan lain (Jabatan Bahasa).TEMPAT Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan, IPGK Gaya,
IMPLIKASI KEWANGANAktivitiyangdilaksanakanberdasarkanperuntukan PITO Institut Pendidikan Guru.Lampiran
PERANCANGAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN LATIHAN PITO TAHUN 2020 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU JUMLAH PERUNTUKAN DITERIMA OS 21000 OS 27000 OS 29000 JUMLAH KESELURUHAN RM800.00 RM1,600.00 RM5,280.00 RM7,680.00 BIL PERKARA / PROGRAM / AKTIVITI / OBJEKTIF JABATAN CADANGAN TARIKH ANGGARAN KOS JUMLAH TEMPAT OS 21000 27000 OS OS 29000 1 BENGKEL INTERVENSI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS PAKK PITO Memberi pendedahan cara mengesan kanak-kanak berkeperluan khas peringkat awal JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Oktober 2020 IPG Kampus Gaya 100.00 400.00 600.00 2 BENGKEL PENYELIAAN TASKA Memberi pendedahan teknik bimbingan dan asuhan kanak-kanak TASKA sebagai persediaan praktikum Fasa 2 JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Nov-20 IPG Kampus Gaya / TASKA 100.00 400.00 600.00 3 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TASKA SWASTA Menimba pengalaman situasi sebenar asuhan kanak-kanak di TASKA JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Nov-20 TASKA Swasta 100.00 200.00 300.00
4 KURSUS KESIHATAN, KESELAMATAN DAN PEMAKANAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK / PITO Kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan bagi kanak-kanak JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Nov-20 IPG Kampus Gaya 100.00 500.00 700.00 5 BENGKEL PENYEDIAAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA (EDISI KEDUA) MQF VERSI 2.0 SIRI 1 UNTUK PENSYARAH PAKK PITO SEKRETARIAT JAMINAN KUALITI DAN PEMATUHAN POLISI Oktober 2020 IPG Kampus Gaya 100.00 500.00 700.00 6 BENGKEL PENYEDIAAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA (EDISI KEDUA) MQF VERSI 2.0 SIRI 2 UNTUK PENSYARAH PAKK PITO SEKRETARIAT JAMINAN KUALITI DAN PEMATUHAN POLISI Nov-20 IPG Kampus Gaya 100.00 500.00 700.00 7 PERTANDINGAN MEMBINA BAHAN BANTU MENGAJAR- PELAJAR PITO JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Nov-20 IPG Kampus Gaya 500.00 400.00 900.00 8 MESYUARAT PENYELARAS PITO IPG KAMPUS IPGM Oktober - November 2020 IPGM 800 800.00 9 PEMBELIAN KEPERLUAN ALAT TULIS BAGI PDP, PENGURUSAN PROGRAM PITO PAKK JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Oktober - November 2020 IPG Kampus Gaya 300.00 300.00 10 PERCETAKAN PROGRAM PITO PAKK JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Oktober - November 2020 IPG Kampus Gaya 1500.00 1500.00
11 KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN URUTAN BAYI Pendedahan cara dan teknik pertolongan cemas yang betul kepada pelajar JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Oktober - November 2020 IPG Kampus Gaya 400.00 400.00 12 BENGKEL PENTAKSIRAN BAGI TASKA DAN PRA SEKOLAH BAGI PELAJAR PITO Kepentingan amalan pentaksiran dalam membantu kanak-kanak JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Oktober - November 2020 IPG Kampus Gaya 100.00 200.00 200.00 13 BENGKEL KSPK UNTUK PELAJAR PITO Pendedahan penguasaan KSPK dalam menyediakan RPH dan RPS JABATAN PENDIDIKAN HOLISTIK Oktober - November 2020 IPG Kampus Gaya 100.00 200.00 200.00 JUMLAH 800 1600.00 5200.00 7680.00 Disediakan oleh : SEFIAH BT AB. KAHAR @ ABDUL KAHAR Penyelaras PITO IPG Kampus Gaya 1 Oktober 2020
KERTAS CADANGAN UNIT KOKURIKULUMMESYUARAT MPPP BIL. 7/2020
KURSUS KEJURULATIHAN BOLA JARING TAHAP 1KERTAS CADANGAN 1
1. TUJUANKertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohonpertimbangandankelulusanbagimelaksanakanKursusKejurulatihan Bola Jaring Tahap 1 pada 18 - 22 Januari 2021dengan Kerjasama Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) danJabatan Pendidikan Negeri Sabah di Kompleks Sukan Likas.
2. LATAR BELAKANGKursus tersebut merupakan satu aktiviti pembangunan profesionalismeberterusan seperti yang disarankan dalam gelombang ketiga (2021–2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Pelaksanaankursus ini adalah untuk 25 orang guru dalam perkhidmatan yang telahmempunyai Sijil Kursus Kejurulatihan Tahap 0 (Pengenalan) dan layak untukmenyertai kursus ini. Instruktor kursus adalah dari Persatuan Bola JaringMalaysia (PBJM) dan dengan kerjasama Unit Sukan Jabatan PelajaranNegeri Sabah bagi tujuan surat-surat pelepasan para guru yang akan terlibatsebagai peserta.
3. Tarikh PelaksanaanPada 18 - 22 Januari 2021 dipilih berdasarkan cuti persekolahanpada tarikh tersebut. Ini juga memberi peluang kepada guru-guruuntuk mengaplikasikan kemahiran mereka kerana kejohanan bolajaring peringkat MSSD dan MSS bermula pada bulan Februari sepertidi dalam takwim sukan bagi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
4. IMPLIKASI4.1 KewanganUntuk kursus tersebut melibatkan perbelanjaan iaitu (Yuranpenyertaan dibayar oleh peserta kursus sebanyak RM306.00seorang).
Bil.ButiranJumlah1.Sewaan Kompleks Sukan1 Hari = RM1000.004 Hari x RM4000.00RM4,000.002.Bayaran Innstruktor (PBJM)1 Orang = RM1000.002 Orang = RM2000.00RM2,000.003.Pengurusan InstruktorYuran pengurusan = RM1500.00RM1,500.004.Makan dan minum instruktor(Sarapan pagi, makan tengahhari dan makan malam).1 orang = Rm15.002 orang x RM15.00 x 5 hariRM150.00Jumlah RM7650.00
4.2 PengangkutanMenggunakan land cruiser IPGK Gaya untuk pengangkutaninstruktor dan bas IPGK Gaya bagi membawa para pesertayang menyertai kursus ini ke Kompleks Sukan Likas.
6. SYORUnit Kokurikulum IPG Kampus Gaya memohon ahli mesyuarat untukmempertimbangkan dan meluluskan cadangan untuk KursusKejurulatihan Bola Jaring Tahap 1 anjuran Bersama Persatuan BolaJaring Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
KURSUS TALI TINGGI TAHAP 1KERTAS CADANGAN 2
1. TUJUANKertaskerjainibertujuanmemaklumkanahliMesyuaratPengurusan Tertinggi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagimendapatkan kelulusan iaitu berkaitan Kursus Tali Tinggi Tahap 1bagi Pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2021seramai 41 orang.
2. LATAR BELAKANGDalam Sukatan pelajaran ataupun Ringkasan Maklumat Kursus(RMK) dan Maklumat Kursus (MK) terdapatnya kursus PendidikanLuar yang akan dilaksanakan semasa mereka memasuki PISMPkelak. Oleh itu untuk persediaan awal pelajar-pelajar tersebut akanmengambil kursus tersebut yang mana dapat membantu parapelajar untuk mengendali aktiviti tali-temali di samping mereka akanmendapat Sijil Tahap 1 yang dikeluarkan oleh Persatuan MendakiMalaysia.
3. Tarikh PelaksanaanPada 19 hingga 21 Februari 2021 dan bertempat di InstitutPendidikan Guru Kampus Gaya.
4. Asas PertimbanganDitawarkan supaya pelajar dapat memilik sijil yang bertarafkebangsaan yang berkaitan dengan profesion keguruan di sampingmemantapkan pembinaan ciri-ciri peribadi, sosial dan profesionalinsan guru melalui aktiviti luar bilik darjah serta melalui aktiviti-aktivitialamiah dan dalam konteks sebenar bagi menerapkan kemahiraninsaniah.
4. IMPLIKASI KEWANGANPermohanan pembayaran yuran kursus adalah melalui AkaunAmanah iaituRM160.00 bagi seorang pelajar.Bil.PerkaraJumlah/Kos(RM)Catatan1.Yuran kursus bagi seorang RM160.00 x 41pelajar (RM160.00)orang pelajar =RM6560.002.Keperluan Kursus Tali Karmentel, Figure of 8, Karabiner, Harness dan keperluan lain yang diperlukan.Tidak AdaIPGK Gaya sediakan dan akan dipinjam dari IPG Kent sekiranya ada keperluan.JumlahRM6560.00
5. SYORUnit Kokurikulum IPG Kampus Gaya memohon ahli mesyuarat untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan untuk Kursus Tali Tinggi Tahap 1 ini dapat dilaksanakan.
KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA DIVISI EDISI KALI KE-52 52Kertas Cadangan 3
1. TUJUANKertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohonpertimbangan dan kelulusan bagi melaksanakan Kejohanan OlahragaAntara Divisi Kali Ke- 52.
2. LATAR BELAKANGKejohanantersebutmerupakansatuaktivititahunanyangdilaksanakan terhadap pelajar PPISMP dan PISMP yang manapenganjuran dan pengendalian ini sepenuhnya dilakukan oleh parapalajar dan dibantu oleh para pensyarah yang terlibat.
3. TARIKH KEJOHANANPada 29 dan 30 Mac 2021 di Kompleks Sukan Likas/Penampang.
4. ASAS PERTIMBANGANKejohanan Olahraga Antara Divisi ini dianjurkan adalah memberipeluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat mereka didalam bidang olahraga, mendedahkan kepada pelajar bagaimanasesuatu penganjuran olahraga itu dianjurkan sebagai persediaanapabila telah ditempatkan di sekolah selepas bergraduat danmeningkatkankeyakinandiriapabilamenghadapisesuatupenganjuran sukan olahraga yang memerlukan pengetahuan dankemahiran yang tinggi.
5. IMPLIKASI4.1 KewanganUntuk kejohanan tersebut melibatkan perbelanjaan iaitu (menggunakan OS 42).Bil.ButiranJumlah1.Sewaan Kompleks Sukan1 Hari = RM1000.002 Hari x RM2000.00RM2,000.003.Pembelian Pingat1 pingat = RM12.00150 pingat x RM12.00RM1,800.004.Pembeliaan Pialai. Johan Keseluruhan = RM100.00ii. Olahragawan Lelaki = RM100.00iii. Olahragawan Perempuan = RM100.00iv. Johan Perbarisan = RM100.00RM400.005.Banner KejohananRM300.006.Air Maneral 20 kotak1 kotak RM10.00 x 20RM200.00JumlahRM4700.00
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211