MESYUARAT MPPP IPGK GAYA BIL 1/2022 MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN (MPPP) IPGK GAYA BIL 1 TAHUN 2022 Tarikh : 5 Januari 2022 (Rabu) Tempat : Hotel Promenade Pengerusi : Dr. Gerturude Jock A.D.K Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu, Sabah Tentatif Masa Agenda 8.00 pagi Ucapan Pengerusi Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.8/2021 Perkara-perkara Berbangkit Pembentangan Kertas Cadangan dan Makluman IPGK Laporan Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi Pembentangan Laporan Ketua-Ketua Jabatan / Ketua-Ketua Unit Taklimat Profiling Kepimpinan IPG oleh Timbalan Pengarah Hal-hal lain Pembentangan maklum balas tindakan oleh urus setia
MESYUARAT MPPP IPGK GAYA BIL 1/2022 MEMO DALAMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH Kepada : Pengarah Timbalan Pengarah Semua Ketua Jabatan Semua Ketua Unit Encik Shanmuga Nathan- Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi Pegawai Eksekutif Penolong Akauntan Daripada: Setiausaha MPPP Salinan: PengarahTarikh: 29 Dis 2021Rujukan Kami :IPG/11/100-1/1/4 Jld.9 ( ) Tuan, MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN INSTITUT BILANGAN 1/2022 Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman tuan/puan mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 5 Januari 2022 (Rabu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Hotel Promenade Kota Kinabalu 3. Agenda Mesyuarat adalah seperti yang berikut: 3.1 Ucapan Pengerusi 3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 3.3 Perkara-perkara Berbangkit 3.4 Pembentangan Kertas Cadangan dan Makluman IPGK 3.5 Pembentangan Laporan Ketua-Ketua Jabatan / Ketua-Ketua Unit dan Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi. 3.6 Taklimat Profiling oleh Timbalan Pengarah 3.7 Hal-hal lain
MESYUARAT MPPP IPGK GAYA BIL 1/2022 4. Kehadiran tuan-tuan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”Saya yang menjalankan amanah, (DR. NORAFIDAH BINTI NORALIDIN) Urus setia, Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPGKampus Gaya, Kota Kinabalu. Sabah.
MINIT MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN (MPPP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA BIL 8/2021 Tarikh : 8 Disember 2021 (Rabu) Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang Tempat : Bilik Seminar LDP ___________________________________________________________ Hadir 1. Dr. Gerturude Jock A.D.K Pengarah/Pengerusi Mesyuarat 2. Dr. Aris Fazil Hj. Ujang Timbalan Pengarah 3. Encik Shanmuga Nathan R Sekretariat Jaminan Kualiti Dan Pematuhan Polisi 4. Tuan Hj. Mohd Fauzi Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik 5. Dr. Juliana Osong Ketua Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi 6. Tengku Zahiri Tengku Abd Wahab Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 7. Encik Sonny Teh Eng Chong Ketua Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik 8. Puan Juliana @ Julie Johari Ketua Jabatan Bahasa 9. Dr. Sapihi Hj. Dulamit Ketua Jabatan Sejarah 10. Dato Asrah Datu Ambas Ketua Unit Khidmat Pengurusan 11. En George Thomas Ketua Jabatan Pendidikan Holistik 12. Encik Khusaini Mohd Panglan Ketua Jabatan Pembangunan Profesionalisme Dan Konsultasi 13. Dr. Raymie A. Bakar Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 14. Puan Khadijah Adenan Ketua Jabatan Pengajian Melayu 15. Puan Sharifah Mazni Binti Syed Mokhtar Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar 16. Puan Fudzla Suraya Ahmad Faisol Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian 17. Encik Abdul Halim Tahir Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling 18. Encik Faisal bin Sayuati Ketua Unit Latihan dalam Perkhidmatan 19. Puan Noorwainie Yakub Ketua Pusat Sumber 20. Encik Julin bin Erus @ Erusi Ketua Unit Kokurikulum 21. Encik Gelbert David Wakil Ketua Unit Amalan Profesionalisme Tidak Hadir Bersebab: 1. Puan Myrie Melissa Mydin Penolong Akauntan 2. Encik Chai Ming Chan Ketua Unit Amalan Profesionalisme Urus setia: 1. Dr. Norafidah Noralidin Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi 2. Puan Shubashini Suppiah Pensyarah Jabatan Bahasa 3. Puan Norazlinah Abdul Rajik Pegawai Eksekutif Kanan 4. Puan Sarina binti Jinar Pembantu Pustakawan
I PERUTUSAN PENGERUSI 1. Mesyuarat mengambil maklum:i. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Tengku Zahiri bin Tengku Abdul Wahab. ii. Pengarah merakamkan penghargaan kepada semua yang telah membantu IPG Kampus Gaya untuk mencapai eKPI yang telah ditetapkan oleh IPGM. iii. Pengarah juga mengharapkan kluster seperti K2 (Peningkatan Kualiti Pensyarah), 4(Penambahbaikan Infrastruktur/Infosumber), K7 (Pengantarabangsaan) dan K8 (Pemantapan Pembangunan Profesionalisme Keguruan) dapat dimantapkan mulai tahun 2022. iv. Standard Penarafan IPG yang telah dimulakan perlu diteruskan dengan budaya 5S. v. Audit MAMPU untuk EKSA akan dijalankan untuk tujuan pengiktirafan setiap 2 tahun. Kesempatan perlu diambil dengan penyususunan di bangunan baharu. Kerjasama Sepasukan perlu dititikberatkan ke arah budaya EKSA yang lebih mantap. Dicadangkan agar JK Eksa membuat lawatan ke bangunan baharu pada bulan Dis ini bagi memudahkan perancangan untuk melaksanakan EKSA. vi. Ketua Jabatan dan Ketua Unit perlu memimpin semua ahli di bawah pimpinan untuk sentiasa bersedia menghadapi Audit MQA yang akan berterusan pada tahun 2022. vii. PBPPP, LNPT dan MyPerformance akan melalui tempoh percubaan melalui HRMIS Penilaian Baharu (2022-2023). viii. Pengarah berharap proses Borang Keberhasilan dapat dipertingkatkan tahun depan. Penetapan KPI perlu dibuat oleh semua warga dan Borang Keberhasilan akan ditanda tangan pada awal, pertengahan dan akhir tahun. Dicadangkan perbincangan awal pada bulan Januari, bulan Mei (pertengahan) dan bulan September (akhir). ix. Semua Ketua Jabatan/Ketua Unit boleh mengemukakan dan membincangkan Borang Keberhasilan (3 salinan – 1 (sendiri), 2 (Timbalan Pengarah) dan 3 (Pengarah). Tempoh yang ditetapkan adalah pada bulan Februari (awal), Jun (pertengahan) dan Oktober (akhir). Diharapkan proses KPI bersasar ini dapat membantu Ketua Jabatan dan Ketua Unit untuk meningkatkan pencapaian yang dituntut dalam pelaporan penarafan setiap tahun. x. Mulai tahun 2022, PLC Bersama Ketua Jabatan dan Ketua Unit akan dibuat pada hari Rabu selama 2 jam. Fokus PLC berfokuskan pada penyelidikan, penulisan, penerbitan dan inovasi. Sekiranya mesyuarat MMMP tidak dijalankan maka Minggu Pertama dan Minggu Kedua akan berfokus pada penyelidikan/penulisan dan Minggu Ketiga dan Minggu Keempat akan berfokus pada inovasi/penerbitan. xi. PLC yang telah ditetapkan pada hari Khamis juga akan lebih tersasar dan tertumpu pada penghasilan penyelidikan, penerbitan dan inovasi pensyarah. Sesi ini akan dijadualkan supaya penghasilan dapat dimaksimumkan 100%. Persediaan dan perancangan perlu dibuat dan pemantauan/bimbingan oleh KJ/KU bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah akan dijadualkan serentak. xii. Pelaksanaan penyelidikan dalaman hanya memerlukan kelulusan Pengarah manakala kerja penyelidikan luaran perlu mendapat kelulusan EPRD. Lampiran kelulusan perlu disertakan dengan surat pemberitahuan kerja penyelidikan kepada Rektor IPGM bagi pengeluaran surat rasmi kebenaran melaksanakan penyelidikan. xiii. Pengarah memohon agar semua Ketua Jabatan memastikan setiap pensyarah dapat menjalankan sekurang-kurangnya satu kajian penyelidikan setiap tahun sepertimana yang
terkandung dalam ATP. Aktiviti penyelidikan juga adalah satu keperluan yang telah ditetapkan oleh MQA dalam proses permohonan akreditasi. xiv. Hasil inovasi pelajar boleh dikongsi bersama persyarah pembimbing yang telah berkerjasama dengan pelajar untuk memantapkan produk inovasi tersebut. Pengarah dan Timbalan Pengarah boleh turut melibatkan diri agar pencapaian adalah lebih bersifat bottom up seperti konsep pembimbing hasil penyelidikan guru yang sedang berkhidmat di sekolah. xv. Pencapaian 7 hari berkursus dan sistem mata kredit perlu diselesaikan pada bulan Mei 2022 supaya fokus boleh diberi pada audit MQA dan penarafan. Jabatan PPK perlu memastikan perancangan terus mantap dan tidak berlakunya penindihan. Unit LDP di bawah Jabatan PPK perlu bergerak bersama dalam semua hal LDP, PPB dan PLC untuk semua peringkat. xvi. Berdasarkan arahan IPGM, agar tidak ada AP58 dikeluarkan oleh semua IPG disebab kan lumrah KPM yang sentiasa menggunakan perbelanjaan semasa untuk membayar perbelanjaan tahun sebelum. Bagi tujuan mengurangkan AP58, semua perbelanjaan selepas penutupan akaun tidak akan diluluskan. xvii. Permohonan keluar pejabat mulai tahun 2022 akan beroperasi secara dalam talian. Dengan itu, dimohon agar semua membuat perancagan agar proses pertimbangan dapat berjalan dengan lancar. xviii. Penganugerahan kampus akan diperkenal sempena Jubli Intan dengan sijil penghargaan untuk AKP/Pensyarah dan KJ/KU. Antara anugerah yang akan diberi termasuk Anugerah Pendidik Lestari/Online yang Cemerlang, Pengamal KPPB Unggul/Baik/Terpuji, Berilmu, Beramal Dalam Talian, Mentor Pendidik Cemerlang, Auditor Suri teladan, Program Jaringan Berkesan, Program Jalinan Berimpak Tinggi, Penggerak, Inovasi Berimpak Tinggi, Pengurusan Kandungan Terkini dalam Laman Utama IPG Kampus gaya, Anugerah Intan Bersinar, Anugerah Intan Berkilauan dan Anugerah Intan Permata. Elauan keraiahan boleh digunakan untuk membiayai penganugerahan pada peringkat individu. xix. Permohonan untuk Penganugerahan Darjat Kebesaran Negeri 2022 akan dibuat. Sejak tahun 2017, IPG Kampus Gaya Berjaya mendapat sekurang-kurangnya satu warga yang mendapat pengiktirafan kerajaan negeri Sabah dan budaya permohonan ini akan diteruskan. xx. Fokus tahun 2022 adalah untuk aktiviti keilmuan dan kesarjanaan dan diharapkan agar pencapaian penarafan IPG Kampus Gaya akan lebih jelas dan boleh dicapai dengan jayanya. Diharapkan semua KJ/KU akan berperanan tinggi dalam semua pencapaian Makluman II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 7 / 2021 2. Minit Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Bilangan 7/2021 disahkan tanpa pindaan.
III. PERKARA BERBANGKIT 3. Bil Perkara Berbangkit Tindakan a Templat QR CODE Data Individu Januari 2022 akan dibuat test-run dan taklimat akan diberi kepada semua pensyarah. b PhD Journey Semua yang belum menghantar perlu menghantar pada 13 Disember 2021 c Video YOUTUBE PJK – Video perlu disesuaikan dengan kumpulan Gaya Hidup Sihat sasaran iaitu pelajar sekolah rendah. Penghasilan video boleh melibatkan pelajar untuk dijadikan satu penghasilan inovasi. d Pengemaskinian laman web Unit Kokurikulum akan menyelesaikan pada 17 Disember 2021 dan Unit Amalan Profesionalisme akan menyiapkan pada 6 Januari 2022. MaklumanIV. PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN DAN MAKLUMAN IPGK 4. Kertas Cadangan 1/2021: Kem Kepimpinan AJK Perwakilan Pelajar (HEP) Damai Eco RanchMesyuarat mengambil maklum: a. Program ini melibatkan seramai 50 orang pelajar b. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM7760.00 c. Perincian perbelanjaan perlu disertakan dalam kertas cadangan dan dikemukakan 21 hari sebelum program berlangsung. d. Mesyuarat bersetuju untuk diluluskan dengan pindaan yang tertera diatas. 5. Kertas Cadangan 2/2021: Pembelian Buku untuk Pusat SumberMesyuarat mengambil maklum:
a. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM416713.38 b. Kertas kerja perlu dihantar kepada Unit Kewangan untuk dihantar ke IPGM. c. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan permohonan. 6. Kertas Cadangan 3/ 2021: Program Kembara Seni Visual Mesyuarat mengambil maklum: a. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM9,540.00 b. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan dengan beberapa pindaan: i. Cadangan tiga tempat untuk program perlu disertakan. ii. Perincian pergerakan bas perlu disertakan sepanjang program c. Kluster yang terlibat perlu ditulis di dalam kertas cadangan d. Dicadangkan penglibatan pelajar dalam perancangan program 7. Kertas Cadangan 4/ 2021: Gaya Beyond 2025- Keep Earth Beautiful 2022 Mesyuarat mengambil maklum: a. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM1410.00 b. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan dengan pindaan. c. Bayaran saguhati tidak semestinya dalam bentuk pembayaran. bentuk produk seperti kraf tangan dan sebagainya boleh diberi. d. Kewangan tertakluk pada peruntukan yang sedia ada. 8. Kertas Cadangan 5/2021: Pelaksanaan Kelas Amali Renang di Kompleks Sukan Likas Mesyuarat mengambil maklum: a. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM8640.00 b. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan. c. Peruntukan perbelanjaan adalah dibawah OS48. 9. Kertas Cadangan 6/2021: Perkongsian Ilmu berkaitan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Mesyuarat mengambil maklum: a. Tiada Implikasi kewangan. b. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan dengan pindaan c. Unit LDP akan membantu mewar-warkan ke sekolah.
10. Kertas Cadangan 7/2021: Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan Inovasi Antarabangsa Mesyuarat mengambil maklum: a. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM21,270.00 b. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan. c. Yuran penyertaan pensyarah perlu dibayar dahulu dan dituntut kemudian dibawah OS29 d. Syarikat penganjur mesti didaftar dalam epembayaran. 11. Kertas Cadangan 8/2021: 3 InCER 2022- Pemglibatan Pelajar rd Mesyuarat mengambil maklum: a. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM2250.00 b. Koperasi akan membantu dalam mencari sponsor untuk penyertaan pelajar c. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan. 12. Kertas Cadangan 9/2021: Malaysian-Indonesian Research Collaborative Symposium Mesyuarat mengambil maklum: a. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM19,900.00 b. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan. 13. Kertas Makluman 10/2021: Program Bicara Ilmiah Peringkat Kebangsaan Mesyuarat mengambil maklum: a. Tidak ada implikasi kewangan b. Program akan dijalankan secara dalam talian.
14. Kertas Cadangan 11/2021: Program Apresiasi Sastera Mesyuarat mengambil maklum: a. Implikasi kewangan adalah sebanyak RM4100.00 b. Peruntukan adalah dibawah akaun Amanah c. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan dengan pindaan. 15. Kertas Makluman 12/2021: Program Jalinan Kerjasama dengan JAKIM Mesyuarat mengambil maklum: a. Tidak ada implikasi kewangan. b. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan. V. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA-KETUA JABATAN / KETUA-KETUA UNIT DAN SEKRETARIAT JAMINAN KUALITI DAN PEMATUHAN POLISI 16. Laporan Sekretariat Jaminan Kualiti & Kepatuhan Polisi Mesyuarat mengambil maklum: i. Laporan Setiausaha Jaminan Kualiti & Kepatuhan Polisi Bil Perkara Isu/Tindakan/Makluman 1 Laporan Setiausaha Jaminan Kualiti & Kepatuhan Polisi Makluman: IPGK Gaya Audit Standard Penarafan Institut Pendidikan Perguruan KPM IPGM telah memaklumkan bahawa Audit Standard Penarafan IPG KPM akan dilaksanakan secara dalam talian untuk 27 IPG/ELTC pada 29 Nov – 3 Dis 2021. Tujuan penarafan dilakukan adalah sebagai asas penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan profil IPG selaku peneraju kecemerlangan pendidikan guru. Objektif penarafan secara khususnya adalah untuk mengenal pasti sejauh mana tujuh (7) dimensi kualiti berikut berjaya dicapai bagi merealisasikan misi IPG iaitu IPG sebagai peneraju kecemerlangan
pendidikan guru. Tujuh dimensi tersebut adalah seperti berikut: 1. Kualiti Kepimpinan 2. Kualiti Pensyarah 3. Kualiti Penyelidikan dan Inovasi 4. Kualiti Infrastruktur dan Infostruktur 5. Kualiti Pelaksanaan Kurikulum 6. Kualiti Pelajar 7. Kualiti Latihan2 Laporan Setiausaha Jaminan Kualiti & Kepatuhan Polisi Makluman: IPGK Gaya Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko IPG KPM Mesyuarat Jawatan kuasa Pengurusan Risiko IPGK KPM akan dilaksanakan pada 16 Disember 2021 secara dalam talian. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua SJKKP dan Penyelaras Pengurusan Risiko IPG. 3 Laporan Setiausaha Jaminan Kualiti & Kepatuhan Polisi Maklum Balas ISO 21001:2018 Peluang UNtuk Penambahbaik (OFI) Institut Pendikan Guru Malaysia (IPG KPM) Berdasarkan surat bertarikh 25 Novemver 201 (Ruj: KPM.100-8/1/11(91), semua IPG dikehendaki menyediakan laporan maklum balas OFI berdasarkan edaran IPGM bagi memastikan proses kerja telah ditambahbaik dan sebagai bukti penyelarasan operasi antara IPGM dan IPGLK/ELTC. Maklumbalas OFI yang lengkap perlu dihantar ke IPGM sebelum 31 Disember 2021.ii. Laporan Standard Penarafan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) IPG Kampus Gaya dilampirkan.iii. Laporan Pengurusan Risiko yang telah dibentagkan oleh Dr Harold Ong Wei Ann dilampirkan.17. Laporan Jabatan Kecemerlangan Akademik Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Laporan Program/ Aktiviti Yang Dilaksanakan Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1 Mesyuarat Jabatan Kecemerlangan Akademik Bil.7 /2021 24 November 2021 Semua pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Puan Israh Aripin
ii. Laporan Pergerakan Pensyarah (Dalam Talian) iii. Laporan CDL & CCQI (Dalam Excel & Words) a. Laporan CDL & CCQI (excel dan words) bagi program yg menduduki peperiksaan Julai 2021 iaitu: - PITO (KDC) SEM 3 AMBILAN JUN 2020 - PDPP (KDC) SEM 3 AMBILAN JUN 2020 - PDPP (KDC) SEM 2 AMBILAN OKT 2020 b. Laporan CDL & CCQI (excel dan words) bagi program yg menduduki peperiksaan September 2021 iaitu: - PDPM S1 AMBILAN JUN 2021 - PDPP S1 AMBILAN JUN 2021 c. Laporan CDL & CCQI (excel dan words) bagi program yg menduduki peperiksaan Oktober 2021 iaitu: - PISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2021 - PSIMP SEM 3 AMBILAN U 2020 d. Semua telah diemailkan kepada TIER 1. e. Pencapaian CLO keseluruhan = COURSE GPA + EXIT-ENTRANCE+ STU_EVA+C0-PO-LO-KI+OBE-SCL. Bil Nama Pensyarah Urusan / Tempat / Tarikh Penganjur 1 Dr. Christina JohnMesyuarat Lembaga Executives Pandu Puteri IPGM Bil 3_2021* Tarikh: 26 November 2021IPGM 2 Chow Kam Loy Bengkel Pembangunan dan Semakan Kurikulum Bahasa Cina PISMP IPGM. Tarikh: 23-25 November 2021 IPGM
f. 6. Nilai terbaik = 5.0 iv. CDL & CCQI (DALAM EXCEL & WORDS) a. Pencapaian CLO keseluruhan IPGK Gaya untuk Peperiksaan Julai 2021: 4.0-4.8 (4.0 = Sangat Baik, 5.0 = Cemerlang) • Jumlah kursus: 21 • Peratus Sangat Baik = 100% (21/21) • Kursus yang ada isu = 9/21 [Semua IPGM] b. Pencapaian CLO keseluruhan IPGK Gaya untuk Peperiksaan September 2021: 4.2-5.0 (4.0 = Sangat Baik, 5.0 = Cemerlang) • Jumlah kursus: 15 • Peratus Sangat Baik = 86.7% (13/15) • Peratus Cemerlang = 13.3%(2/15) • Jumlah kursus yang ada isu = 9 [1 berkaitan pensyarah IPGK Gaya dan 8 dengan IPGM] c. Pencapaian CLO keseluruhan IPGK Gaya untuk Peperiksaan Oktober 2021: 4.4-5.0 (4.0 = Sangat Baik, 5.0 = Cemerlang) • Jumlah kursus: 27 • Peratus Sangat Baik = 88.9% (24/27) • Peratus Cemerlang = 11.1%(3/27) • Kursus yang ada isu = 13/27[2 berkaitan pensyarah IPGK Gaya dan 11 dengan IPGM] Makluman 18. Laporan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Laporan Pergerakan Pensyarah & Stafa. Mesyuarat Status Vaksinasi Pelajar Bersama IPGM pada 29 November 2021 (dalam talian). Pensyarah terlibat: Ketua Jabatan HEP, Ketua Unit Data HEP, Kaunselor Pelajar dan Dr. Pengarah. ii. Laporan Program-Program Yang Dilaksanakan Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1. Program Bacaan Yasin Perdana 20 November 2021 Anjuran Biro Kerohanian, JPP
iii. Laporan Aktiviti Luar - Pelajar a. Waznah Sayidah binti Sidik (YDP JPP) & Md Zahidi Zein bin Lazim (SU JPP) Bengkel Kementerian Kesihatan ‘I want Sihat’ di Hotel Lintas Platinum, Kota Kinabalu dari 24 hingga 26 November 2021. b. Rafiedah binti Jebri (PISMP PJ Jun 2021) Pertandingan AramaII 10’s Ragbi di Eagles Rugby Club Sandakan dari 01 hingga 06 Disember 2021. c. Dayangku Siti Nur Aima binti Awang Ahmad Safri (PISMP TESL Jun 2021) Program Malaysia Future Leaders School di Dubai, UAE dari 02 hingga 11 Disember 2021. d. Wellyvera Jully (PPISMP TESL Sept 2021) Program Malaysia Future Leaders School di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dari 17 hingga 26 Disember 2021. iv. Beberapa perkara telah dilaporkan dalam hal-hal lain iaitu: a. Status Vaksinasi Covid-19 Pelajar: 3 orang pelajar belum divaksinasi: i. Alanie Fareesa binti Mas Farisan – PPISMP TESL Jun 2021 ii. Shekinah Leong Lee Hua – PISMP BM Jun 2020 iii. Winnelda Eriqa Mac Sapanish – PISMP RBT Jun 2021 b. Laporan Kes positif Covid-19 sepanjang tahun 2021. (sehingga Tarikh 06 Disember 2021): Jumlah keseluruhan : 72 kes (5 % dari 1048 pelajar) Kes masih aktif : 8 Rumah sewa : 5 Rumah keluarga : 3 c. Merujuk kepada memo bertarikh 19 November 2021 (Ruj : IPG/11/600-1/4 Jld 23 (91), semua aktiviti bersemuka seperti perhimpunan rasmi, riadah, bersukan, latihan kecergasan fizikal dan lain-lain aktiviti berkaitan tidak dibenarkan sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan. Mohon pandangan ahli majlis M3P sama ada arahan ini diteruskan sehingga akhir semester atau ditarik balik. 2. Program Segmen Bahasa Antarabangsa 20 November 2021 Anjuran Biro Kerohanian, JPP
d. Pdp secara dalam talian. diteruskan sehingga akhir semester atau kembali kepada PdP secara hybrid. Makluman 19. Laporan Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi Mesyuarat mengambil maklum: i. Penyelidikan EOMS - Beban Kesihatan Mental Pelajar Guru Di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik COVID-19 Pasukan Penyelidik a. Shanmuga Nathan R. Nathan b. Dr Juliana Osong c. Abd Halim Tahir d. Dr Norafidah Noralidin e. Sefiah Ab Kahar f. Dr Shukiman Sukardi g. Dr Zakiah Noordin ii. Penglibatan Pensyarah dalam Teras Transformasi IPG (8 Kluster)
Makluman
20. Laporan Jabatan Pembangunan Profesionalisme Dan Konsultasi Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Program LPP/PPB/Konsultasi yang Dilaksanakan ii. Berikut ialah perkara yang telah dilaporkan dalam hal-hal lain: a Perkara 1 Template bagi penghasilan carian data warga IPG Kampus Gaya (bersama JPPI dan Sekretariat Jaminan Kualiti) b Perkara 2 6 pensyarah akan terlibat dalam Pentaksiran Program Master Trainer (Certified Coach) IAB pada Mac 2022 • Israh binti Aripin • Sefiah Ab Kahar • Carole Anne Justin • Dr Tan Sui Chin • Dr Sapihi Dulamit • Awang Jasrie bin Awang Matusin Makluman 21. Laporan Jabatan Pendidikan Holistik Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut Ialah Isu-Isu Penting Perlukan Keputusan Ahli MPPP. a. Kekurangan Tenaga Pengajar bagi subjek Muzik bagi kumpulan PISMP dan Tenaga Pengajar PAKK kerana akan menerima kumpulan baru PDPP PAKK dalam bulan Jan 2022. ii. Laporan Penyelidikan dan Inovasi. Bil Nama Pensyarah Tajuk Penyelidikan/Inovasi Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1 Komuniti Pembelajaran Profesional (Shared Vision & Value Strategy Siri 1: Agile Leadership – Leading In Vuca18 November 2021 2 Bengkel Road To Pentaksiran Penilaian Certified Coach Mac 2022 2 Disember 2021
1. George Thomas Investigating The Impact Of Covid 19 On ‐Families With Young Children With Intellectual Disabilities In Sabah (SOS) 2. Dr Joanna Ting Investigating The Impact Of Covid 19 On ‐Families With Young Children With Intellectual Disabilities In Sabah (SOS) 3. Shanmuga Nathan Investigating The Impact Of Covid 19 On ‐Families With Young Children With Intellectual Disabilities In Sabah (SOS) iii. Laporan Penerbitan iv. Berikut ialah Laporan Program-Program Yang Dilaksanakan v. Laporan Pergerakan Pensyarah vi. Berikut ialah perkara yang telah dilaporkan dalam hal-hal lain: a. Keperluan Tenaga Pengajar Tambahan bagi Semester 1, 2022 untuk menangani masalah kekurangan Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan kemasukkan kumpulan baru PDPP PAKK Ambilan Januari 2022. b. 1 Pensyarah JPH - Pn Lucy Gawis terpaksa mengajar 4 subjek major dan 2 subjek minor muzik bagi kumpulan PPISMP Muzik. Beban ini terlalu berat bagi seorang pensyarah kerana terpaksa melakukan PdPr, Pengubalan KK & Soalan Peperiksaan dan memeriksa. Makluman Bil Nama Pensyarah Tajuk Penyelidikan/Inovasi 1. Dr Joanna Ting A Review Of Play Intervention For Children With ASD In School Setting.-Scopus Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1. Perhimpunan Pelajar Bulanan November 22 2021 En Abd Halim telah membuat perkongsian Bil Nama Pensyarah Urusan/Tempat/Tarikh Penganjur1. Dr Joanna Ting Konvo Phd di UTM- 8 Disember 2021 KPM
22. Laporan Jabatan Bahasa Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Laporan Program-Program Yang Dilaksanakan ii. Laporan Pergerakan Pensyarah (Dalam Talian) Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1. MUET Workshop 18 November 2021 Penceramah : Puan Roslyn Cheryl Tunggulou Maktab Sabah 2. Public Speaking Competition (MBI) 25 November 2021 Penyelaras : Encik Henry Nicholas Lee Cik Christye Majuddin Bil Nama Pensyarah Urusan / Tempat / Tarikh Penganjur 1. Dr Stephania Albert Jonglai E-Kolokium Kesarjanaan Cendekia Baharu IPG 2021 15-17 November 2021 IPGM 2. Lee Sin Fatt Chow Kam Loy Bengkel Pembangunan dan Semakan Kurikulum Bahasa Cina bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), IPGM Bil.2/2021 23-25 November 2021 IPGM 3. Dr Alvin Auh Min Han Henry Nicholas Lee Sesi perbincangan IMPROVE WITH IPGM bersama pensyarah-pensyarah Bahasa Inggeris 2021 30 November 2021 IPGM 4. Jenny Kwong Shuk Wah Mesyuarat Panel Penilai Pertandingan Inovasi Pendidikan dan Teknologi Kebangsaan (NICEtech) 2021 Peringkat Kebangsaan 07 Disember 2021 IPGK Temenggung Ibrahim, Johor 5. Jenny Kwong Shuk Wah Panel Penilai Inovasi Pendidikan dan Teknologi Kebangsaan (NICEtech) 2021 Peringkat Kebangsaan 06-20 Disember 2021 IPGK Temenggung Ibrahim, Johor 6. Wong Lind Say Pelaksanaan Webinar Maximising Our Ability To Teach English Using Academy Stars09 Disember 2021 ELTC
Makluman 23. Laporan Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Program-Program Yang Dilaksanakan ii. Berikut ialah perkara yang telah dilaporkan dalam hal-hal lain: a. Majlis ringkas persaraan Tuan Haji Ali Bin Abu Bakar pada 15 Disember 2021 (clock out). Makluman 24. Laporan Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Mesyuarat mengambil maklum: i. Laporan Program Yang Dilaksanakan Makluman 25. Laporan Jabatan Sejarah Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Laporan Program Yang DilaksanakanBil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1. PLC IPG Zon Sabah 2021 1 – 15 Disember 2021 Jabatan Pembangunan Profesionalisme dan Konsultasi Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Unit ICT JSTEM Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah JAPIM Bil.2 2021 15 November 2021 Semua Pensyarah JAPIM
ii. Laporan Penerbitan a. PhD Journey (Dr. Sapihi Hj. Dulamit) Makluman 26. Laporan Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Mesyuarat mengambil maklum: i. Penilaian Amali PJMS2092R Rekreasi dan Kesenggangan Tarikh : 6 Hingga 9 Disember 2021 Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kem Malanggang, Kiulu Ambilan : PDPP PJ Ambilan Jun 2021 Bilangan : 54 orang (25 lelaki dan 29 perempuan) Pensyarah Terlibat: 9 orang Makluman 27 . Laporan Unit Khidmat Pengurusan Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Kedudukan Perjawatan IPG Kampus Gaya sehingga 3 Disember 2021: Bil. Gelaran Jawatan Bilangan Perjawatan Bilangan Pengisian Bilangan Kekosongan 1. Kumpulan Pengurusan & Profesionalisme 129 102 27 2. Kumpulan Sokongan (DG) 11 1 10 3. Kumpulan Sokongan (AKP) 58 55 3 JUMLAH 198 161 37 Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1. Majlis Perhimpunan Mingguan IPG Kampus Gaya 2021 6 Disember 2021 Semua Pensyarah JS
ii. Kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan iii. Kekosongan Jawatan Kumpulan Sokongan: Bil.Gelaran Jawatan Kekosongan1. Ketua Pembantu Tadbir N22 1 2. Penolong Pengurus Asrama N29 1 3. Penyelia Asrama N22 1 Bil.Gelaran Jawatan Kekosongan1. Pensyarah Akademik DG52 1 2. Pensyarah Akademik DG48 / Jurulatih Kokurikulum DG48 15 3. Pensyarah Akademik DG44 / Jurulatih Kokurikulum DG44 7 4. Ketua Unit Kaunseling DG44 1 5. Pegawai Pengurusan DG41 1 6. Kaunselor (Pentadbir dan Pelajar) 2
iv. Berikut adalah pembayaran untuk Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) IPG Kampus Gaya:Syarikat KBK (Kekal Jaya Cooperation) Syarikat PKK (Magnus Force Sdn Bhd) Bulan Tuntutan Syarikat (RM) Denda Pelanggaran Kontrak (2%) (RM) Denda Ketidakhadiran Pekerja (RM) Bayaran Dibuat (RM) November 2021 18,738.47---v. Penutupan akaun IPG Kampus Gaya telah dilaksanakan pada 30 November 2021 dengan jumlah nilai perbelanjaan RM20, 116, 327.18 (96.12%). Makluman 28. Laporan Jabatan Peperiksaan Dan Penilaian Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Isu-Isu untuk Dipertimbangkan Oleh Ahli MPPP.a. Kekurangan sumber tenaga di Unit Peperiksaan dan Penilaian kerana pada tahun depan, Encik Zeru Sompot akan berpencen. Mohon menempatkan seorang Pegawai Pengurusan/ staf pengurusan yang berminat. b. Memohon senarai ahli baru bagi Mesyuarat JKPPIPG, iaitu Pengarah, Timbalan Pengarah, semua Ketua Jabatan Akademik, Ketua Unit Kaunseling, Ketua PD, dan juga ahli jemputan iaitu Penyelaras Program (PPISMP/PISMP/PDPP/PDPM) bagi melicinkan proses pengesahan markah kk/pep. ii. Laporan Senarai Peperiksaan Bagi Tahun 2022 Bulan Tuntutan Syarikat (RM) Denda Pelanggaran Kontrak (2%) (RM) Denda Ketidakhadiran Pekerja (RM) Bayaran Dibuat (RM) November 202165,010.00 - - -
iii. Analisis Kehadiran akan dirujuk Sistem iTEMS. iv. Berikut ialah perkara yang telah dilaporkan dalam hal-hal lain: Makluman
29. Laporan Unit Psikologi Dan Kaunseling Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Laporan Program-Program yang telah dilaksanakan ii. Berikut ialah perkara yang telah dilaporkan dalam hal-hal lain: a. Semua program/aktiviti telah dilaksanakan seperti mana yang dirancang dalam perancangan tahunan 2021. b. UPsK IPGK Gaya telah mendapat tempat ke-3 Anugerah 5 Bintang Bagi Kategori Institut Pendidikan Guru (IPG) sempena Hari Kualiti Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi KPM tahun 2021. c. Memohon pertimbangan pihak pengurusan agar jawatan kaunselor di IPGK Gaya dapat diisi pada awal tahun depan bagi merancakkan dan seterusnya membantu keberkesanan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada warga kampus. d. Ucapan terima kasih kepada semua KJ/KU khususnya pihak pengurusan IPGK Gaya atas kerjasama dan sokongan padu kepada UPsK tahun ini. Makluman 30. Laporan Unit Latihan Dalam PerkhidmatanMesyuarat mengambil maklum: Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1. Program Bimbingan Reconnect to Reconnect18 November 2021 Program bersama pelajar 2. Pesona Guru Muda 30 November 2021 Program bersama pelajar
i. Berikut ialah Laporan Latihan Pembangunan Profesionalisme yangdilaksanakan: ii. Berikut ialah Laporan Latihan Pembangunan Profesionalisme Belum Dilaksana/Tunda/Batal Makluman 31. Laporan Unit Pusat Sumber Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Isu-Isu Penting untuk dipertimbangkan oleh Ahli MPPP. a. Laporan KerosakanBilLatihan Pembangunan Profesionalisme Tarikh Catatan 1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah JAPIM 2 15 November 2021 JAPIM Tangguh Daripada 27/10/2021 2. Komuniti Pembelajaran Profesional (Shared Vison & Value Strategy ) Siri 1 : Agile Leadership - Leading In A Vuca Environment18 November 2021 JPPK LPP Tambahan 3. Latihan Kecemasan : Latihan Pertolongan Cemas 18 November 2021 UKP Tangguh daripada 29/07/2021 4. Malaysia University English Test (MUET) Workshop 18 November 2021 JB LPP Tambahan BilLatihan Pembangunan Profesionalisme Tarikh Catatan 1. Program CLEO di Sk Mandalipau, Papar Sabah 19-23 April 2021 JPJK 2. Program Gaya Hidup Sihat – Kecergasan Eksekutif 29 April 2021 JPJK 3. Sambutan Warisan Budaya dan Sukan IPGK Gaya (GAYA BEYOND 2025) 20 September 2021 JPJK 4. Profesional Learning Community (PLC) 5 (Membina Jaringan Luar) 23 September 2021 ULDP 5. Kursus Tali Asas Tinggi 23-24/2021 UKOKUM 6. MIB Education Research (Penerbitan) 14 Oktober 2021 JPPI
BilPerkaraCatatan1.Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Pusat Sumber terputus apabila salah satu penyaman udara dihidupkanLaporan telah dikemukakan kepada Unit Pembangunan pada 6 Disember 2021.Pihak Unit Pembangunan telah memeriksa pada hari yang sama dan akan mengambil tindakan seterusnya.2.Bumbung (zink) Pusat Sumber terbuka3.Air mengalir di tepi bangunan berdekatan dengan pintu dan tangga di Pusat Sumber4.Lampu rosak dan malap di Pusat Sumber•Bilik Bunga raya (6 tidak berfungsi, 2 malap) •Bilik Bunga Orkid (2 tidak berfungsi, 1 malap) •Ruang kaunter (3 tidak berfungsi) ii. Berikut ialah perkara yang telah dilaporkan dalam hal-hal lain:a. Program-Program Yang Dilaksanakanb. Pembentangan Cadangan Pesanan Bahan Perpustakaan LAM PT-12-01Jabatan yang mengemukakan cadangan ialah 1. Jabatan STEM 2. Jabatan Bahasa BilAktiviti/ProgramTarikhCatatan1. Penerimaan, Pemprosesan dan Kataloging Buku Sumbangan Sepanjang November –Disember 2021 2. Perkongsian pelbagai informasi di FB Pusat Sumber Oktober-November 2021 3. Pengumpulan Video Buku a. Buku Saya Baca b. Suaraku (Pantun, Sajak, dll) (Pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021) Sepanjang Tahun Dikongsikan di page FB Pusat Sumber 4. Majlis Pelancaran Buku Penerbitan Gaya 15 November 2021 5. Bengkel Apliskasi Kemahiran Membuat Rujukan 24 November 2021 Pelajar PPISMP Kerjasama dengan JPPI 6. Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber 26 November 2021 Rakan Pustaka 29 orang pelajar
3. Jabatan Pendidikan Holisitik 4. Jabatan Sejarah 5. Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi 6. JAPIM 7. Jabatan PJK 8. Unit Kokurikulum 9. Jabatan Pengajian Melayu 10. JPPK c. Pembentangan Borang Pesanan Bahan Perpustakaan LAM-PT-12-02- Rujuk lampiran Borang Pesanan Bahan Perpustakaan LAM-PT-12-02 - Jumlah tajuk buku ialah 904 Status buku di pasaran - Ada di penerbit luar negara, ada di penerbit dalam negara, out of print, buku tidak diketahui sumber, PD only. d. Kemaskini Laporan Di Laman Website - Maklumat dan laporan Unit Pusat Sumber di laman web IPGK Gaya telah dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga aktiviti pusat sumber pada 26 November 2021. Makluman 32. Laporan Unit Kokurikulum Mesyuarat mengambil maklum: i. Berikut ialah Laporan Program-Program Yang Dilaksanakan.ii. Berikut adalah Laporan Pergerakan Pensyarah Bil Aktiviti/Program Tarikh Catatan 1. GKKO1062 Kokurikulum dan Kesihatan diri (Pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 Kemasukan September 2021) September 2021 – Januari 2022 Dilaksanakan Secara dalam talian. 2. Kokurikulum – MPU3031 Pengurusan PISMP Sem 2 Ambi. Jun 2020 8 November – Disember 2021 Dilaksanakan Secara dalam Talian 3. Persatuan – PISMP Ambilan Jun MPU3081 Kokurikulum - 2020 8 November – Disember 2021 Dilaksanakan Secara dalam Talian
Bil Nama Pensyarah Urusan / Tempat / Tarikh Penganjur 1. Fazidah Abdul Gani Pindah Kembali ke Jabatan STEM berkuatkuasa 16 November 2021 IPGK Gaya (Pengarah) 2. Alvin Raj A/L Santhanadass International Leadership in Education, Administration and Development Webinar– Secara dalam Talian - 1-2 Disember 2021 (Pingat Emas) JPN – Majlis Pengetua-Pengetua Sabah.Makluman VIII. HAL-HAL LAINMesyuarat mengambil maklum i. Pelajar-pelajar yang mewakili IPG ke luar negara perlu menjalani kuarantin di asrama apabila mereka Kembali. ii. Laman web IPG Kampus mest sentiasa dikemaskini dengan aktiviti-aktiviti pelajar. iii. Semua mesin fotostat akan diagihkan semula. iv. Buku perancangan tahunan telah siap dan akan diedarkan pada bulan Disember 2021. v. Encik Sonny Teh Eng Chong mewakili Jabatan STEM mengucapkan selamat Hari Natal kepada semua ahli mesyuarat. Makluman dari Timbalan Pengarah i. Kebenaran keluar waktu pejabat perlu dimohon melalui HRMIS mulai tahun 2022. ii. Siri profiling akan dibuat untuk semua KJ/KU dan semua pensyarah atas gred DG48 secara berperingkat dalam 3 siri. iii. Diharapkan semua pelajar yang mewakili IPG Kampus akan dibawa berjumpa dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah.iv. Portal IPGK Gaya perlu lebih aktif dan sentiasa menguar-uarkan kejayaan IPGK Gaya. Oleh itu, dicadangkan Ketua Unit ICT untuk memberikan taklimat tatacara memuat naik bahan ke laman web dalam Mesyuarat MPPP Bil 1/2022.Tindakan : Ketua Unit ICT
v. Program dengan TKKPM akan bermula jam 8 pagi pada 9 Disember 2021 dan diharap semua bersedia. vi. Timbalan pengarah mengucapkan Selamat Hari Natal dan selamat bercuti kepada semua ahli mesyuarat. Makluman dari Pengarah i. Diharapkan program IPG Kampus Gaya dengan TKKPM dapat menjana dana untuk pembaikan kawasan kampus. ii. Mesyuarat MPPP Bilangan 1/2022 akan diadakan pada 5 Januari 2022 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan jam 3.20 pm Urus setia Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
MAKLUM BALAS MESYUARAT PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL 7/2021 TARIKH: 8 DISEMBER 2021 TEMPAT: BILIK SEMINAR LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL CABUTAN MINIT PERKARA MAKLUM BALAS I PERUTUSAN PENGERUSI 1 Jawatankuasa EKSA dicadangkan untuk membuat lawatan ke JK EKSA yang diwakili oleh Puan Jean Martin bangunan baharu sebagai persediaan untuk pelaksanaan dan dan Carmilla F. J. Simol telah menyertai peryertaan dalam pertandingan EKSA. rombongan bahagian pengurusan ke bangunan baharu pada 16 Disember 2021. II PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 2 Unit KOKUM dan Unit Amalan Profesionalisme perlu Kedua-dua unit telah mengemas kini mengemas kini program/akitiviti dalam laman web IPG. Tindakan: KU KOKUM dan KU Unit Amalan Profesionalisme program/aktiviti di laman web IPGK Gaya. VI HAL-HAL LAIN 3 Buku perancangan tahunan telah siap dan akan diedarkan pada bulan Disember 2021. Tindakan : Urus setia MPPP Buku Perancangan Tahunan 2022 telah diedarkan melalui link Google Sitehttps://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/perancanganipgkg2022/utama4 Pegawai ICT dicadangkan untuk memberikan taklimat tentang Tatacara memuat naik bahan ke laman web tatacara memuat naik bahan ke laman web IPGK akan disampaikan oleh Ketua Unit Khidmat Gaya.Taklimat ini dilaksanakan dalam Mesyuarat MPPP Pengurusan. Bahan taklimat dilampirkan. Bil1/2022. Tindakan : Ketua Unit ICT Urus setia MPPP Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
SEMAK INFOSEDIA ADA12ISI BORANGMUAT NAIK3TANDATANGANKJ / KU45CARTA ALIR MUAT NAIK INFO KE LAMAN WEBEMEL / HANTAR KE UNIT ICTSEMAK MAKLUMATYANG TELAH DIMUATNAIKhttp://ipgkg.moe.edu.my
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KERTAS CADANGAN PENULISAN BUKU KECEMERLANGAN ALUMNI GAYAINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENULISAN BUKU KECEMERLANGAN ALUMNI GAYAINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA •Tujuan:Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan daripada MesyuaratPengurusan Profesional IPGM berhubung cadangan menghasilkan penulisan BukuKecemerlangan Alumni Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya (IPGKG).•Latar belakang: Memantapkan budaya kecemerlangan profesional dan salah satucara untuk mencapai sasaran ini adalah dengan menggalakkan seramai mungkinpenglibatan pensyarah dalam penyelidikan, inovasi dan penerbitan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN •Asas Pertimbangan:✓memperkasakan budaya penerbitan melalui penghasilan buku kecemerlanganalumni ✓membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti bahan penerbitan di IPGKG✓Mengangkat naik martabat Institut melalui pencapaian Alumni✓Meningkatkan hasil penerbitan di institut ini masih kurang memuaskan✓Usaha mencapai sasaran 100 % seperti yang ditetapkan dalam KPI inisiatifTransformasi IPG2019 (penerbitan) •Kerjasama semua pihak untuk menggembleng tenaga dan kepakaran sertamembantu meningkatkan jumlah penerbitan di IPGKG.•Platform kepada semua pensyarah di IPGK Gaya melibatkan diri dalam penulisandan seterusnya penerbitan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN •Strategi Pemerkasaan Penerbitan IPG Kampus Gaya: ➢Setiap jabatan dan unit akan dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti dan mendapatkan data penulisan daripada sekurang-kurangnya lima orang alumni IPGKG yang telah menunjukkan kecemerlangan sama ada peringkat kebangsaanatau antarabangsa. ➢Kecemerlangan ini boleh merangkumi dalam bidang pekerjaaan, pendidikan, peribadi dan sebagainya•Dua buah buku dicadangkan untuk dihasilkan melalui projek ini iaituBuku LegasiKecemerlangan Gayadan Buku Patriot Pendidikan Sabah.•Buku yang dihasilkan ini dicadangkan untuk dilancarkan semasa perayaanJubliIntanIPGKG pada tahun2023justeru proses pengumpulan data dan penulisanperludisiapkanpada tahun2022.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN •Strategi Pelaksanaan:✓Ketua Penyelidik jabatan/unit akan menjadi penyelaras projek;✓Alumni yang dikenal pasti perlu dihubungi dan data diperoleh melalui temu bual, gambar-gambar dan dokumen yang berkaitan; ✓Setiap jabatan/unit perlu menyediakan perancangan yang melibatkan pergerakan dan penglibatan ahli serta menghantar perancangan ini kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi untuk dipanjangkan kepada pengurusan tertinggi;✓semua hasil diterbitkan akan menjadi harta intelek IPGKG***Dilampirkan perincian cadangan penerbitan dua buah buku dan maklumat-maklumat/ dapatan yang perlu diperoleh oleh setiap jabatan dan unit (Lampiran A);
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Garis Masa:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Implikasi Kewangan: Setiap unit dan jabatan perlu menyediakan perancangan kewangan khususnyayang melibatkan pergerakan dalam mendapatkan maklumat bagi penerbitan iniKesimpulan: Usaha memperkasakan penerbitan kecemerlangan alumni IPGKG adalah untukmeningkatkan kuantiti dan kualiti bahan penerbitan ini akan memberi impakkepada institut dan juga kepada pensyarah, pegawai dan pelajar di IPGK Gaya.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Syor:JPPI memohon ahli Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGK Gaya untuk menimbang dan meluluskan cadangan menghasilkan bukukecemerlangan alumni ini bagi memperkasakan lagi penerbitan di IPGKG.Terima kasih
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KERTAS CADANGANKAGUM OLAHRAGA DAN PERMAINAN IPGM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TUJUAN•KAGUM Kebangsaan peringkat IPGM adalah salah satu program yang dianjurkan oleh IPGM pada setiap tahun untuk semua pelajar di semua IPG Kampus seluruh negara. Ianya adalah bertujuan untuk meningkatkanpenglibatan semua pelajar dalam apa juga program IPGM dalam membangunbakat dan potensi pelajar seterusnya memupuk nilai insaniah.•Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini diajukan adalah bertujuan untukmendapatkan kelulusan dari pihak Majlis Tertinggi Pengurusan demi menjayakan program ini.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN LATAR BELAKANG•Penganjuran KAGUM Kebangsaan Olahraga dan Sukan Permainan sepatutnyadiadakan pada tahun 2021 di Perak. Walau bagaimanapun, atas kekangankeadaan isu Covid-19 maka Kejohanan ini telah ditunda pada tahun ini.•Semua IPG Kampus di seluruh negara adalah dijemput untuk menyertaipertandingan ini yang dijadualkan akan berlangsung pada 18 sehingga 22 Mac2022 bertempat di IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan. Antara acarayang akan dilaksanakan adalah Olahraga dan Permainan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAMAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASAS PERTIMBANGAN1.Bakat dan potensi pelajar perlu dikembangkan.2.Menghantar wakil pelajar mengikuti syarat kelayakan3.IPGM Menjemput semua penyertaan dari semua IPG Kampus.4.Membina jati diri dan nilai insaniah pelajar.5.Menjalinkan integrasi antara pelajar di seluruh IPGM6.Menyokong aktiviti dan program yang dianjurkan oleh IPGM.7.Mematuhi semua SOP sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182