Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Seminar Penyelidikan Gaya Beyond

Seminar Penyelidikan Gaya Beyond

Published by norafidahnoralidin, 2020-09-05 21:14:40

Description: Seminar Penyelidikan Gaya Beyond

Search

Read the Text Version

3 dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Oleh itu, integrasi buku teks atau bahan bercetak dengan teknologi AR akan dijadikan asas dalam pembinaan BBM bahasa Melayu dalam kajian ini. Kesimpulannya peranan teknologi adalah penting kerana bukan sahaja mampu memperkembangkan keupayaan rutin pengurusan seharian, tetapi juga dapat melakukan pengawalan dan semakan terhadap kualiti dan kecekapan serta keberkesanan sesuatu tugasan termasuk proses memperkasakan pengajaran guru itu sendiri. Pernyataan Masalah Dalam era teknologi ini, guru sebenarnya perlu berkemahiran dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat murid dan seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. Walau bagaimanapun didapati masalah amalan pengajaran dan penggunaan bahan pengajaran dalam kalangan guru sering menjadi isu yang diperbincangkan sejak kebelakangan ini. Faktor-faktor seperti bahan pengajaran tidak mencukupi, beban mengajar yang tinggi, kekurangan masa, tidak praktikal, tidak mahir membina bahan secara sendiri dan sumber kewangan tidak mencukupi merupakan beberapa halangan atau kekangan yang dihadapi oleh para pendidik untuk melaksanakan dan menyediakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (Lai et.al., 2002). Di samping itu, Mohamed Noh et. al. (2013) pula menyatakan bahawa guru kurang mahir dalam mengintegrasikan bahan daripada portal dalam pengajaran walaupun guru ini pernah menyertai kursus ICT dalam pendidikan sekolah. Dapatan pengkaji juga menunjukkan guru tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan yang sedia ada. Oleh itu, satu bahan bantu mengajar yang mengintegrasikan teknologi terkini perlu dihasilkan untuk kegunaan guru-guru yang didapati kurang kreatif dalam menghasilkan bahan pengajaran yang boleh menarik perhatian murid-murid. Bahan yang dibina juga perlulah menggunakan bahan sedia ada yang mudah diperoleh tetapi ditambah baik dengan menggunakan teknologi yang boleh diperoleh secara percuma seperti aplikasi Augmented Reality (AR). Apatah lagi kajian lepas menunjukkan penggunaan AR dalam pengajaran bahasa Melayu agak kurang dan perlu ditingkatkan lagi (Jamilah Hamid Nor Hasbiah Ubaidullah dan , Ahmad Yasir Bahador, 2018). Objektif dan Soalan Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif dan menjawab soalan kajian yang berikut: a) Objektif KajianMengenal pasti kesesuaian penggunaan Augmented Reality (AR dalam bahan bantu ) mengajar Bahasa Melayu.b) Soalan Kajian Apakah kesesuaian penggunaan Augmented Reality (AR) dalam bahan bantu mengajar Bahasa Melayu? Kajian Literatur Penggunaan AR sebagai bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang postif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Walau bagaimanapun terdapat juga dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dalam kalangan guru terhadap penggunaan AR dalam pengajaran juga berbeza berdasarkan faktor umur. Sebagai contoh kajian Lopez-

4 Belmonte, J., Pozo-Sanchez, S., Fuentes-Cabrera, A., Romero-Rodriguez, J.M. (2020) mendapati bahawa guru-guru muda lebih mudah menerima AR sebagai BBM berbanding dengan golongan yang berumur. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kemahiran dalam penggunaan bahan berteknologi seperti AR. AR sebagai bahan bantu mengajar dibuktikan oleh kajian-kajian lepas telah memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Jamilah Hamid Nor Hasbiah , Ubaidullah dan Ahmad Yasir Bahador (2018)terhadap penggunaan AR untuk mengajar peribahasa bahasa Melayu mendapati bahawa teknologi AR ini telah memberi kesan kepada proses pembelajaran dan murid-murid dilihat bermotivasi untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di samping itu, Cetinkaya and Akcay (2013) dalam kajian mereka mendapati bahawa penggunaan AR dalam persekitaran pendidikan telah memperkaya aktiviti pendidikan khususnya dalam pelaksanaan kurikulum, bimbingan dan pengenalan, permainan, latihan dan sebagainya. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa penggunaan AR akan memudahkan murid mendapatkan maklumat baharu atau menambahkan maklumat dalam pembelajaran mereka. Hal jelas misalnya Demirer and Erbas (2015) telah menyimpulkan dapatan kajian mereka mengenai AR sebagai satu pendekatan yang perlu dilaksanakan di sekolah dan diaplikasikan secara berkesan. Pengkaji berpendapat penggunaan AR ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan memudahkan murid menambahkan maklumat pembelajaran. Di samping itu, Fleck et al. (2015) dan Rosenbaum et al. (2006) pula menyatakan bahawa aplikasi AR akan membantu memberikan kesan realiti kepada murid-murid. Melalui AR para murid akan melihat imej sebenar dan situasi ini akan menyebabkan mereka menunjukkan minat dan memberi fokus kepada pengajaran guru. Kajian Chiang, Yang & Hwang (2015) juga mendapati bahawa kefahaman murid mengenai sains telah bertambah apabila guru menggunakan AR sebagai bahan bantu mengajarnya. Selain itu Kucuk, Zilmas, dan Goltas (2015) pula dalam kajian mereka telah melihat kesan positif penggunaan AR dalam pembelajaran bahasa. Kesimpulannya faedah dan impak postif AR dalam pengajaran mengukuhkan lagi keperluan kumpulan pengkaji untuk menghasilkan BBM yang berintegrasi dengan AR khususnya untuk pengajaran bahasa Melayu. Metod Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah nota lapangan, temu bual dan rakaman gambar. Dalam kajian ini kandungan data dianalisis berdasarkan tema. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah rendah di Kota Kinabalu dan sekolah ini dipilih adalah kerana mudah diakses dan dihubungi (Othman Lebar, 2009). Kaedah peserta bertujuan digunakan dalam pemilihan peserta kajian ini. Oleh itu, seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahun Empat telah dipilih untuk menjadi peserta dalam kajian ini. Dapatan Bahan bantu mengajar bahasa Melayu yang digunakan dalam kajian ini telah diintegrasikan dengan teknologi Augmented Reality (AR). Dalam kajian ini kumpulan pengkaji telah menghasilkan bahan pengajaran untuk kemahiran menulis yang menggunakan tema kesihatan yang bertajuk aedes. Bahan dalam buku teks telah dijadikan sebagai objek visual yang menjadi pengantara untuk menghasilkan kesan visual menggunakan telefon bimbit. Skrin telefon akan memaparkan video atau maklumat baharu yang boleh diteroka oleh murid-murid dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.

5 Sehubungan dengan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa Augmented Reality (AR) yang digabungkan dalam bahan bantu mengajar Bahasa Melayu sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesesuaian penggunaan bahan gabungan ini ditunjukkan melalui kesannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu proses pengajaran lebih menarik dan efektif, memberi peluang murid meneroka maklumat baharu dan membantu meningkatkan kefahaman murid. Proses Pengajaran dan Pembelajaran Lebih Menarik dan Efektif Hasil kajian telah menunjukkan bahawa proses pengajaran menjadi lebih menarik dan efektif apabila AR digunakan bersama-sama bahan pengajaran BM yang sedia ada seperti buku teks. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan keratan nota lapangan dan gambar di bawah: (GBR1/M/PM) “Guru telah berjaya mewujudkan suasana pengajaran yang menarik perhatian para murid. Murid dilihat fokus melihat bahan yang terhasil daripada AR yang menjadikan BBM sebagai pengantara (Trigger)” (NL/G/PM) Rujuk silang melalui temu bual dengan guru juga menunjukkan dapatan yang sama. Guru dalam kajian ini menjelaskan bahawa BBM yang telah digunakan menyebabkan strategi pengajaran berpusatkan murid dapat dilaksanakan. Murid dinyatakan kurang bergantung dengan guru kerana semua bahan tambahan yang boleh digunakan dalam penulisan telah dipaparkan dalam skrin telefon melalui AR (TB/G/PM). Dapatan juga menunjukkan bahawa AR telah menjadikan pengajaran lebih efektif kerana penerangan dan gambaran secara realiti dan jelas dapat divisualkan oleh murid-murid. Kenyataan ini dapat ditunjukkan dalam keratan gambar di bawah:

6 (GBR2/M/PM) Tayangan ‘cara aedes merebak’ telah dilihat oleh murid-murid melalui paparan skrin telefon yang telah dihasilkan menggunakan AR dan hal ini memudahkan mereka untuk mendapatkan bahan penulisan. Maklumat ini tidak dapat diperoleh sekiranya hanya menggunakan bahan bercetak yang diedarkan. (NL/G/PM) Hasil temu bual dengan murid juga menunjukkan dapatan yang sama. Murid-murid menyatakan bahawa bahan ini menimbulkan minat mereka untuk belajar dan mengetahui maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut. Mereka juga boleh memperoleh maklumat dengan segera. (TB/M/PM). Peluang Meneroka Maklumat Baharu BBM yang menggunakan AR juga didapati mampu memberi peluang kepada murid untuk meneroka maklumat yang baharu. Penggunaan BBM yang hanya berfokus kepada bahan bercetak menyebabkan maklumat baharu sukar diperoleh apabila diperlukan, walau bagaimanapun dengan menggunakan BBM AR, murid-murid berpeluang untuk meneroka maklumat baharu yang disediakan yang tidak terdapat dalam bahan bercetak khususnya buka teks. Proses mendapatkan maklumat baharu menggunakan AR jelas ditunjukkan dalam keratan gambar di bawah: (GBR3/M/PMB) Rajah 1. Penggunaan AR dalam Mendapatkan Maklumat Baharu Rajah 1 di atas menunjukkan bahawa murid-murid menggunakan AR untuk mendapatkan maklumat baharu bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Maklumat yang ada dalam bahan bercetak belum mencukupi untuk mereka menghasilkan satu pembentangan bagi

7 tugasan yang diberikan. Berbantukan AR dan bahan bercetak yang sedia ada, para murid telah menghasilkan satu pembentangan dengan maklumat yang ditetapkan dalam objektif pengajaran guru. Bahan pembentangan murid dipaparkan dalam rajah di bawah: Rajah 2. Bahan Pembentangan Hasil Penerokaan Maklumat Melalui AR Rujuk silang dengan temu bual guru dan murid juga mendapati bahawa penggunaan BBM yang menggabungkan elemen teknologi seperti AR akan memudahkan murid mendapatkan pelbagai maklumat baharu yang membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru (TB/M/PMB). Di samping itu, guru pula berpendapat bahan bantu ini menyebabkan peranan mereka lebih kepada fasilitator iaitu hanya membimbing murid supaya tugasan lebih kemas dan dilaksanakan dengan teratur (TB/G/PMB). Secara keseluruhannya didapati bahawa jalinan antara AR dan bahan bercetak sangat sesuai dengan digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Bahan tersebut apabila dibina dengan teratur dan berpandukan bahan sedia ada akan menjadikan guru dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna untuk murid-muridnya. Rumusan dan Perbincangan Memastikan para guru menggunakan teknologi pengajaran secara berkesan dalam pengajaran harian merupakan antara cabaran besar yang dihadapi dalam bidang pendidikan sama ada di negara ini atau di luar negara (Lee & Winzenreid, 2009). Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan guru memiliki kemahiran dalam menghasilkan bahan berteknologi terkini ataupun membina bahan berbantukan teknologi yang boleh diaplikasikan di sekolah. BBM Bahasa Melayu yang mengaplikasikan AR perlu dibina dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana dapatan kajian ini menunjukkan BBM dalam bentuk ini sesuai digunakan kerana proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan menarik. Suasana pengajaran yang menarik dan menyeronokkan murid-murid akan menyebabkan mereka mudah faham dan aktif melibatkan diri dalam pembelajaran. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian oleh beberapa pengkaji yang lain (Fernandez, M.,2017 Jamilah Hamid Nor Hasbiah Ubaidullah dan Ahmad Yasir Bahador ,2018; dan Pombo & Marques, 2019) ,

8 Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan AR dalam BBM Bahasa Melayu telah memberi peluang kepada murid untuk meneroka maklumat baharu. Maklumat baharu yang dimaksudkan ialah maklumat tambahan yang mudah diperoleh melalui AR yang disediakan dalam BBM tersebut. Bahan bercetak yang statik biasanya hanya akan memberi maklumat yang sedia ada justeru melalui AR maklumat tambahan dan baharu boleh digunakan oleh para murid. Dapatan kajian ini juga bersesuaian dengan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Demirer and Erbas (2015). Kedua-dua dapatan kajian ini menjelaskan bahawa satu bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar yang menggabungkan teknologi AR perlu dibina untuk menjadikan pengajaran Bahasa Melayu lebih menarik minat murid dan memastikan penglibatan aktif mereka. Bahan ini perlu dihasilkan menggunakan bahan sedia ada seperti buku teks yang sememangnya menjadi pegangan guru-guru di sekolah masa kini. Buku teks ini boleh ditambah baik dan tambah nilai dengan menjadikan AR sebagai elemen yang diterapkan untuk menambahkan maklumat dan memberi pengalaman menarik kepada para murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Rujukan Chiang, T. H. C., Yang, S. J. H., & Hwang, G. J. (2014). Students' online interactive patterns inaugmented reality-based inquiry activities. Journal Computers & Education, 78, 97-108. Cetinkaya, H. H. & Akcay, M. (2013). Egitim ortamlarinda arttirilmis gerçeklik uygulamalari. XV. Akademik Bilisim Konferansi Bildirileri (ss. 1031-1035). Antalya: Akdeniz Universitesi. Demirer, V. & Erbas, C.(2015). Mobil artirilmis gerceklik uygulamalarinin incelenmesi ve egitimsel acidan degerlendirilmesi. Mersin Universitesi Egitim Fakultesi Dergisi 11, (3), 802-814. Hassan, J. & Abdul Rahman, F. R., (2011), Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 4 : 22-37. Jamilah Hamid, Nor Hasbiah Ubaidullah dan Ahmad Yasir Bahador (2018). The Development Of A Digital Storybook And An Augmented Reality (Ar)-Based Proverbs Application. The International Journal of Multimedia & Its Applications (IJMA) Vol.10, No.6. Kucuk, S., Yilmaz, R. M., & Goktas, Y. (2014). Augmented Reality for Learning English: Achievement, Attitude and Cognitive Load Levels of Students. Journal Egitim Ve Bilim-Education and Science, 39 (176). Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang. Lee, M. & Winzenried A., (2009). The Use Of Instructional Technology In Schools. Victoria, Australia. Australian Council For Educational Research Ltd. Lopez-Belmonte, J., Pozo-Sanchez, S., Fuentes-Cabrera, A., Romero-Rodriguez, J.M. (2020). Uses andintegration of augmented reality in the educational cooperatives of Andalusia

9 (Spain). Journal of Technology and Science Education, 10(1), 4-16. https://doi.org/10.3926/jotse.622 Mahamid, Z. & Embi, M A., (2008). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Teori Dan Praktis. Shah Alam: Karisma Publication. Mohamed Noh,N. Ahmad Mustafa, H.M., Hamzah, M., Ismail, M.A & Abdullah,N. (2013). Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran : Cabaran Guru Dalam E-Pembelajaran. Proceedings Of The 7th International Malaysian Educational Technology Cinvention (IMETC 2013). Mohd Ariff Albakri, I.S, Idris, F., Ibrahim, M., Ibrahim, A. (2001). Kaedah Pengajaran Berkesan : Antara Keperluan Pelajar Dan Realiti Pengajaran Pengajian Jarak Jauh. Jurnal Pengajian Umum Bil. 2. Othman Lebar . (2009). Penyelidikan Kualitatif :Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pombo, L., & Marques, M. M. (2019). Educational Mobile Augmented Reality Edupark Game: Does it Improve Students Learning? 15th International Conference Mobile Learning 2019.The Statistics Portal. (2017). Retrieved August 17, 2017, daripada https://www.statista.com/topics/1002/mobile-app-usage/


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook