1.0PengenalanCerita rakyat merupakan suatu khazanah yang amat bernilai kepada masyarakat yangberperanan sebagai aset apresiasi dan ianya dapat dijadikan medium kepada masyarakat untukmengetahui soal kebudayaan, sejarah, pengalaman hidup, adat istiadat dan cita-cita yangterkandung didalamnya. Cerita rakyat dipenuhi dengan nilai-nilai murni yang dapat memberipendidikan kepada masyarakat. Cerita rakyat disampaikan secara lisan daripada satu generasike satu generasi. Cerita rakyat juga tidak memiliki pemiliknya dan penyampaiannya adalahditokok tambah oleh setiap tukang cerita atau penglipur lara untuk lebih menarik. Oleh itu,cerita rakyat tidak mempunyai empunya yang abadi (Firdaus & Normaliza, 2016)Rentetan itu, cerita rakyat memiliki kekuatan dari segi pengolahan jalan cerita kerana setiapisinya penuh dengan nilai murni yang dapat mendidik masyarakat pendukung serta dapatmembentuk moral dan sahsiah diri yang berguna (Firdaus & Normaliza, 2014; Firdaus, 2015).Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa cerita rakyat mempunyai keunikan dan menarikserta memberi hiburan kepada masyarakat pendukung kerana pengolahan nilai-nilai murniyang sarat terkandung di dalam sesebuah cerita rakyat dapat dijadikan sebagai kayu ukuruntuk menjalani sebuah kehidupan yang harmoni dan sejahtera.Nilai murni ialah tanggapan yang berkenaan dengan suatu perkara yang dihajati dan padamasa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran nilai murni sesebuah masyarakat yangbertujuan untuk membentuk kehidupan setiap insan menjadi baik dan berakhlak mulia disamping membentuk sebuah kehidupan yang harmoni (Firdaus & Normaliza, 2013; Firdaus,2014; Firdaus, 2015; Firdaus & Normaliza, 2016). Penerapan nilai murni adalah merupakansatu tumpuan utama dalam proses pembentukan jati diri seseorang.Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma setiap individudi samping memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang dinamik dalam semuaaspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajarandan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal,hasil pendidikan tersebut seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mampumengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya memanfaatkan kemahiran yangdimiliki dalam kehidupan seharian.
Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses berterusan yangberkembang serentak bagi membentuk jati diri seawal usia. Cerita rakyat dapat menarikminat dan perhatian kanak-kanak kerana mengandungi unsur kreatif dan imaginatif.Penggunaan bahan bacaan kanak-kanak berunsurkan cerita rakyat mampu mempengaruhicorak pemikiran, pembinaan konsep kendiri, personaliti serta sosioemosi kanak-kanak (MohdFirdaus Che Yaacob dan Normiza Abd Rahim, (2014).Ini kerana, kanak-kanak di peringkat awal umur tidak dapat membezakan antara perkara yangbaik dan buruk. Ketinggian dan kualiti pendedahan serta pendidikan awal seseorang kanak-kanak pula merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.Penggunaan cerita rakyat dalam proses pembentukan jati diri kanak-kanak yang meliputiaspek penerapan nilai-nilai murni berpotensi memberi pengaruh dan kesan yang baik kepadaakhlak dan jati diri kanak-kanak.Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti nilai - nilai murni dan penerapan nilaiyang terkandung dalam cerita rakyat terhadap Pendidikan pra sekolah.1.1Latar belakang kajianBeriadah,berhibur dan berkongsi ilmu melalui aktiviti bercerita menjadi sebahagian daripadabudaya hidup sesebuah masyarakat .Salah satu bentuk hiburan yang bersemadi dalam jiwaorang tempatan di Malaysia ialah cerita rakyat yang merupakan sastera rakyat yang tertua danpopular di Malaysia. Cerita rakyat yang disebar luas samada secara lisan atau tulisan adalahwarisan turun temurun yang mempunyai latar belakang budaya dan persekitaran kaummasing-masing. Cerita rakyat merupakan koleksi kepercayaan tradisi, adat resam,motis,legenda masyarakat , yang diturunkan melalui generasi secara lisan.( SteliosMichalopoulos,2017)Kandungan dalam cerita Melayu lama sering kali merangkumi unsur mitos dan makhluk darialam lain yang berkaitan dengan budaya Melayu. Terdapat juga kisah yang berkaitan denganlegenda dalam sejarah Melayu. Norfarizah Mohd Bakhir1, Mohamad Omar Bidin1 , and(Ahmad Amirul Bin Abdul Aziz, 2018)
Cerita rakyat Melayu adalah cerita dan legenda yang diturunkan turun temurun dari nenekmoyang kita sebelumnya. Ini adalah tradisi, pengetahuan dan perkara-perkara terlarang telahditurunkan dari generasi ke generasi dalam pelbagai bentuk, bertulis atau simbolik dikalangan etnik dan agama di sekitar wilayah Asia Tenggara (Norfarizah Mohd Bakhir1,Mohamad Omar Bidin1 , and Ahmad Amirul Bin Abdul Aziz, 2018). Maka cerita rakyat disekitar Asia Tenggara mempunyai banyak persamaandalam banyak aspek iaitu jalancerita ,watak dan nilai-nilai dalam kehidupanDi Nusantara perhatian terhadap sastera lisan telah bermula sejak zaman penjajahan iaitusekitar abad ke 19 dan 20. Usaha pengumpulan, pencatatan dan penyalinan sastera rakyatdalam kalangan orang Melayu Semenanjung dan suku kaum bumiputera di Sabah danSarawak dilakukan oleh pegawai-pegawai pentadbir Inggeris seperti WilliamMaxwell dan R.JWilkinson dan diterbitkan dalam Journal of the Royal Asiatic Society , Straits Branch yangkemudiannya ditukar kepada Malayan Branch (1923) dan Malaysian Branch 1963 ( MohdTaib Osman, 1991 : 9) dalam (MH K Koya Moideen Kutty - 2004)Satu fenomena cerita rakyat di dunia ialah penyebarannya yang luas sehingga kita dapatibanyak persamaan yang ditunjukkan oleh cerita rakyat berbagai-bagai bangsa di dunia. (LenA Demay Ak Joseph Mechtin 2007). Kaum suku Bajau juga mempunyai budaya dan adatresam kehidupan yang pelbagai serta kaya dengan cerita-cerita mereka sendiri yang banyakmempengaruhi cara hidup mereka.Penempatan suku kaum Bajau di Sabah terdapat di daerah-daerah di Kota Belud, Tuaran, Kudat Papar dan sekeitar daerah Darvel Bay di Lahad Datu danSemporna.
1.2Kerangka Teori / KajianKajianini akan menggunakan pendekatan sosiologi yang melihat hubungan karya dankemasyarakatan serta beberapa tema yang menjadi tunjang kajian yang menggunakan modelKen Plummer oleh Noriah Taslim dalam mengkajiSyair Raja Muda Perlis.Rajah 1: Kerangka Konsep penerapan nilai murni cerita rakyat dalam PDP Pra sekolahCerita RakyatNilai MurniModelKen PlummerPDPPra Sekolah
1.3Perbincangan1.3.1 Cerita Rakyat1.3.1.1 Penggolongan cerita rakyatHarun Mat Piah ( 2000 : 12 ) membahagikan sastera rakyat kepada dua bentuk,iaitu berbentuk cerita dan bukan cerita. Sastera rakyat berbentuk cerita adalah:a)Cerita asal – usulb)Cerita binatangc)Cerita jenakad)Cerita mitos dan legendae)Cerita – cerita romantis atau lipur lara ( termasuk syair dan prosa lirik )Manakala sastera rakyat berbentuk bukan cerita adalah seperti:a)Peribahasab)Pantunc)Terombad)Manterae)Zikir,dikirf)Gurindam,seloka dan teka-tekiTerdapat perbezaan di antara cerita – cerita lipur lara, teladan, binatang, dan jenaka.Perbezaan ini adalah berdasarkan dari kepercayaan, latar masa dan tempat, sifat dan pelakuutama. ( Harun Mat Piah, 2000 : 78 – 79 )
Jadual 1 : Perbezaan cerita rakyatBentukKepercayaanLatar masaLatartempatSifatPelakuutamaMitosfaktaZaman silamDunialainDuniazamandahulukudusBukanmanusiaDewa-dewa‘CultureHero’LegendaFaktaZaman baruberlangsungDuniahari iniDuniawikudusManusia,kadang –kadang‘superhuman’Cerita – ceritalipur lara,teladan,binatang,jenakaCerekaBila-bilamasaMana-manaduniaduniawiManusia‘Nonhuman’Sumber : (Harun Mat Piah, 2000 : 78 – 79 )1.3.2 Nilai MurniNilai murni adalah merupakan satu tumpuan utama dalam proses pembentukan jati diriseseorang. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dantatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Jati dirimempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak seseorang individu. Tanpa akhlak mulia dan
nilai-nilai murni dalam diri, jati diri tidak dapat dibentuk dan dipupuk dengan baik. Akhlakmulia amat penting dalam penghidupan manusia kerana ia memberi pengaruh dan impak yangbesar terhadap gerak langkah seseorang .Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma setiap individudi samping memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang dinamik dalam semuaaspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajarandan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal,hasil pendidikan tersebut seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mampumengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya memanfaatkan kemahiran yangdimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihatsebagai satu proses berterusan yang berkembang serentak bagi membentuk jati diri seawalusia.1.4Model Ken PlummerKajian ini menggunakan model yang telah diaplikasikan oleh Noriah Taslim dalam mengkajiSyair Raja Muda Perlis. Penelitian sastera, menurut perspektif Ken Plummer berdasarkankepadabeberapa aspek persoalan, antaranya:1.Siapa khalayak karya?2.Bila ia dikarang?3.Bagaimanakah situasi sosio-politik budaya yang melahirkan teks?4.Apakah hubungan karya dengan dunia sosial?5.Apakah kedudukan dan tanggungjawab sosial pengarang?6.Mengapa tema – tema tertentu dipilih?7.Bentuk – bentuk yang dipilih?Bagaimanapun dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan 2 aspek sahaja iaitu aspek 4dan 5.
1.4.1 Realiti dunia sosialMasyarakat Bajau merupakan kelompok bumiputera yang kedua besar di Sabah selepasmasyarakat Kadazan Dusun. Masyarakat ini mendiami kawasan pantai barat dan timur Sabah.Masyarakat Bajau di pantai barat dikenali sebagai ‘Samah’, manakala masyarakat bajau dipantai timur dikenali sebagai Bajau Laut. Sungguhpun mempunyai persamaan nama tetapiterdapat banyak perbezaan dari segi bahasa, cara hidup dan adat – istiadat. Masyarakat‘Samah’ diperakui lebih awal menetap di Sabah dan menganut agama Islam dan mempunyaitaraf sosioekonomi yang lebih baik berbanding masyarakat Bajau Laut.Menurut Sopher (1965:7), masyarakat Bajau mempunyai asas budaya yang sama, iaitu ‘Theybelong to one original cultural stock”. Pada mulanya, budaya asal masyarakat Bajau adalahjenis primitif dari segi sosial dan teknologi. Kewujudan unsur –unsur budaya asing yangberbeza telah mempengaruhi corak kehidupan mereka.DalamCerita asal – usul Burung Pipit( CAUBP ),Gelampau telah berpesan dengan isterinyaOton agar tidak memasak padi pulut sebelum mereka mengadakan kenduri. Benih padi pulutitu diperolehi daripada abangnya. Oleh itu, Gelampau telah menghantar separuh daripada padipulut itu kepada abangnya. Semasa ketiadaan Gelampau , anaknya Ompoh tidak sabar hendakmemakan bubur beras pulut tersebut. Akibat tidak mendengar pantang larang yang diberikanGelampau, maka Ompoh dan ibunya Oton telah bertukar menjadi burung pipit. Nilai murnitaat,hormat menghormati,kasih sayang.
1.4.2 Pengarang dan tanggungjawab sosialCerita rakyat yang disampaikan adalah untuk memberi pengajaranterhadap khalayakpendengar agar menjaga tingkah laku mereka. Di antara cerita yang disampaikan adalahCerita Juragan Budiman( JB ). Juragan Budiman digambarkan telah menderhaka kepadaibunya sehingga telah disumpah menjadi batu yang berbentuk sebuah kapal.Cerita rakyat juga secara tidak langsung akan mengingatkan masyarakat tentang pentingnyamempunyai perlakuan yang baik. Sekiranya seseorang itu bertindak menyalahi adat dannorma yang telah ditetapkan oleh masyarakat maka, mereka akan menerima kesannya. Begitujuga perlakuan yang baik. Contohnya dalamCerita Si Ali Tukang Perahu ( CSATP )yangbersikap tulus dan ikhlas ketika mencari kapaknya yang terjatuh ke dalam sungai telahdiberikan sejumlah emas oleh Tok ketua di dasar laut. Watak Ali digambarkan sebagaiseorang yang jujur ketika mencari kapaknya yang terjatuh ke dalam sungai. Ali tidakmenghiraukan tentang benda – benda berharga seperti emas, berlian, dan mutiara yangdijumpainya. Sebaliknya ia hanya ingin mencari kapaknya yang telah hilang. Oleh keranasifat jujurnya maka kehidupan Ali telah berubah dari seorang yang miskin bertukar menjadikaya.Manakala Amat digambarkan mempunyai watak yang tamak kerana mencemburuikekayaan yang dimiliki oleh Ali. Amat telah sengaja menjatuhkan kapaknya ke dalam sungaikerana ingin mendapatkan kekayaan seperti Ali. Akhirnya Amat telah mati dibaham olehseekor ikan besar sebelum sempat naik ke darat.Cerita rakyat berupaya menjadi alat pendidikan kepada masyarakat dalam proses membentukbudi pekerti, mengasuh dan cara berfikir. Melalui cerita yang diperdengarkan, khalayak akanmemahami dan mematuhi norma yang dibenarkan atau ditegah dalam masyarakat.Tokoh –
tokoh dalam cerita dijadikan teladan atau sempadan dalam membentuk tingkah laku supayamenjadi ahli masyarakat yang sempurna.1.5Pengajaran dan pembelajaran PrasekolahSalah satu aktiviti yang digunakan dalam PDP Prasekolah adalah aktiviti bercerita. Berceritamerupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untukmelontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggapsebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulisdalam sesebuah buku (E.Greene : 1976). Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawabercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentukberirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak.Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik,menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. Asal usulkegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang formal. Namundemikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir, iaitu cerita yang ditulisPapyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan “ Hari ini saya bercerita kepada anaklelaki saya…”. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan ceritadikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan puisi denganmenggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di India, cerita disampaikandengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalamsuasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan diabercerita berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrikapula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakanpasir.Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk bersahajasecara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan alat muzikseperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau belanga). Penceritaatau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yangdisampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab).Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga (bercerita
menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam cerita sepertiTok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakatMelayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang berceritamenggunakan patung wayang kulit). Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seniyang tertua dan telah berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satugenerasi. Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambilberhibur.Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan: Pengajaran PengetahuanPerkongsian pengalaman. Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepatikehendak objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat: Meningkatkan kemahiran dankecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan, Penulisan dan kosa kata Memahami danmenghayati cerita Meningkatkan kemahiran mendengar Mencerna minda dan daya imaginasiserta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Menambah pengalaman danpengetahuan Menanam sikap cinta akan warisan budaya Menerapkan unsur nilai murniMemupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling Mencungkil dan mengasuhbakat Membentuk insan yang harmoni dan seimbang Menggalakkan sumber rekreasi danpembelajaransepanjanghayat.1.6Implikasi KajianCerita rakyat seperti cerita dari etnik Bajau dapat dipelajari dan disebarluaskan dalamkalangan murid prasekolah khususnya dan masyarakat amnya. Murid-murid akan didedahkandengan cerita rakyat yang sarat dengan nilai-nilai murni untuk menjadi teladan dalamkehidupan seharian murid.Nilai murni dan budaya masyarakat etnik Bajau dapat diketengahkan dan dikembangkanuntuk genarasi masa hadapan. Warisan etnik Bajau dalam pelbagai aspek dapat diketahui dandipelajari dari peringkat awal
1.7Cadangan KajianBerdasarkan dapatan dari kajian ini adalah dicadangkan beberapa perkara seperti berikut :1.7.1 Mengaplikasi dan memasukkan cerita rakyat dari etnik Bajau ke dalam pengajaran danpembelajaran prasekolah untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita.1.7.2 Menggalakkan pembacaan cerita –cerita etnik Bajau dalam kalangan murid prasekolahagar nilai-nilai murni dapat disemai dalam kalangan kana-kanak pra sekolah1.7.3 Menggunakan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam cerita Bajau ke dalamkehidupan harian1.8Rumusan Dan KesimpulanBerdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa cerita rakyat sememangnyamampu memberi kesan ke atas penerapan nilai dalam proses pembentukan jati diri kanak-kanak sejak di peringkat prasekolah. Ini dapat dilihat berdasarkan gambaran dan contoh nilaimurni yang dipaparkan dalam cerita tersebut yang seterusnya diaplikasikan dalam kehidupanmereka. Oleh yang demikian, pendidikan nilai murni dan pembentukan jati diri kanak-kanakboleh dibentuk dan diterap melalui penggunaan bahan-bahan cerita rakyat yang bermanfaatyang mengandungi unsur-unsur tersebut.Memasukan unsur penyerapan nilai murni dalam cerita rakyat adalah bertujuan untukmelahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu,penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi danberkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakatMalaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.Menurut Glazer (2000), kanak-kanak akan mendapat pengajaran tentang sebab dan akibatdaripada sesuatu perlakuan melalui cerita rakyat. Seperti yang dinyatakan Kohlberg, padaawalnya kanak-kanak mengikut peraturan kerana takut akan hukuman dan ingin mendapatkanbalasan yang baik. Bagi orientasi seperti ini, cerita yang menggambarkan perbuatan baik akandibalas baik dan perbuatan jahat akan mendapat balasan buruk dapat memberikan pengajaran
kepada kanak-kanak. Oleh itu, cerita-cerita rakyat yang berbentuk teladan amat sesuai padaperingkat usia kanak-kanak ketika ini. Melalui cerita rakyat, mereka akan mendapat contoh-contoh perwatakan yang dikatakan baik seterusnya menjadi idola yang ingin diikuti sepertikonsep seseorang budak yang baik.Cerita-cerita rakyat ini juga menjadi bualan masyarakat daripada satu generasi kepadagenerasi yang seterusnya. Ia telah wujud sejak zaman tradisional lagi dan diperturunkansecara lisan. Cerita-cerita ini menjadi terkenal kerana mengandungi pelbagai nilai danpengajaran yang boleh dijadikan teladan kepada kanak-kanak. Cerita rakyat akan disampaikandalam pelbagai bentuk, namun mesej yang terkandung memberikan pengajaran danmembuatkan orang kampung berfikir tentang keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.Mereka juga sering melihat dan membuat perbandingan antara cerita-cerita jenaka yangdiperdengarkan dengan situasi sebenar yang berlaku.Cerita rakyat juga dijadikan sebagai medium untuk membimbing anak-anak berhubungdengan alam sebenar kerana anak-anak pada zaman teknologi terkini banyak terasing daripadarakan-rakan sebaya. Dunia yang penuh dengan teknologi banyak menjadikan kanak-kanakbersikap pasif, terasing, dan hidup dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Oleh itu, cerita rakyatini mampu membawa anak-anak kepada proses komunikasi tradisional yang akan membawamereka mengamalkan kaedah perhubungan secara tradisional.Umumnya, cerita rakyat banyak memberikan pengajaran. Cerita rakyat pada mulanyadisampaikan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya dan terdapatcerita kanak-kanak yang telah dibukukan juga. Dalam dunia teknologi kini, ada juga ceritarakyat yang dijadikan cereka atau filem oleh pengusaha filem tempatan. Hal ini demikiankerana cereka atau filem dapat meninggalkan kesan ingatan yang berpanjangan kepada kanak-kanak. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi mesej dan pengajaran yang memberikansemangat dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mengamalkan perlakuan-perlakuan yangbaik. Perlakuan-perlakuan tersebut menjadi pendorong kepada mereka untuk mencapaikemajuan diri tanpa sebarang paksaan. Ironinya, watak-watak protagonis sentiasa dijadikancontoh dan idola kepada kanak-kanak, manakala watak-watak antagonis yang sentiasamenentang watak utama menjadi pedoman kepada kanak-kanak supaya tidak meniruperbuatan yang dilakukan oleh watak antagonis tersebut dalam kehidupan seharian.
Cerita rakyat ini juga banyak mengetengahkan pengajaran dan moral yang baik untukdicontohi oleh kanak-kanak. Hal ini demikian kerana cerita rakyat tersebut banyakmemuatkan kejadian sebenar berasaskan zaman untuk proses pembelajaran kanak-kanak.Cerita rakyat juga mendedahkan kanak-kanak tentang kaedah menyelesaikan atau menanganisesuatu masalah dengan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Usaha untuk mengajar kanak-kanak menerusi cerita rakyat bertujuan memenuhi keperluan dan cita-cita di sampingmendidik mereka supaya bijak membuat pertimbangan bagi mencapai keseimbangan diri danpandai menilai sesuatu perkara sama ada baik atau sebaliknya. Oleh itu dapat diperkatakanbahawa cerita rakyat amat penting dalam membantu menerapkan nilai-nilai murni terutamakanak-kanak di peringkat pra sekolah.
RUJUKANAbu Bakar Hamid, 1976.Diskusi Sastera Jilid 1 : Sastera Tradisi. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan PustakaAbdul Samad Ahmad, 1966.Sejarah Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasadan PustakaAli Ahmad, 1994.Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustakaAhmad Hakimi Khairuddin. (2007). Falsafah di sebalik kaedah penelitian turut serta: Satukaedah penyelidikan antropologi kebudayaan. Dalam Zahir Ahmad, Mohd TaufikArridzo & Madiawati Mustaffa (Eds.)Wacana persuratan Melayu. Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.Ahmad Hakimi Khairuddin. (2009). Pemikiran Ibn Khaldun tentang tamadun mengikutperspektif antropologi kebudayaan: Kesesuaiannya dalam tamadun kontemporari.Dalam Azizan Baharuddin, Et. Al., Ibn Khaldun:Pemikiran Ibn Khaldun &relevansinya dalam tamadun kontemporari, Kuala Lumpur: Pusat Dialog Peradaban.Alliston, C. (1961).In the shadow of Kinabalu. London: Robert Hele LtdAlliston, C. (1966).Threatened paradise North Borneo and its peoples:. Great Britain: BristolTypesetting Co. LtdAmida Abdulhamid, 2004.Persoalan dendam dalam sastera Melayu.Kuala Lumpur:UniversitiMalaya.Braginski, V.I. (1994).Erti keindahan dan keindahan erti dalam kesusasteraan Melayuklasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bottignolo, B. (1998).Celebrations with the sun: An overview of religious phenomena amongthe Badjaos. Quezon City: Ateneo de Manila University Press.Dundes, Alan, 1965.The Study of Folklore. New Jersey : Eaglewood Cliffs Printed HallK. Koya Moideen Kutty, Mohamad Hanifah (2004)Dayang Kak Nun : analisis perbandinganteks dari aspek intrinsik dan kepengarangan Melayu / Mohamad Hanifah B.B.K.Koya Moideen Kutty.Masters thesis, University of Malaya.Lenna Demay Ak Joseph Machine, (2007). Kajian Cerita Rakyat Masyarakat di Sarawak,Universiti Malaysia SarawakMohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim. (2016). Nilai Baik Hati Menerusi CeritaRakyat Melayu Terhadap Masyarakat Melayu Suatu Aplikasi Teori PengkaedahaMelayu.Journal of Business and Social Development, 4(2), 45-57.
Mohd Firdaus Che Yaacob. (2015).Nilai-Nilai Murni Dalam Seuntai Himpunan 366 CeritaRakyat Malaysia. Tesis Sarjana Sastera. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.Universiti Putra Malaysia.Mohd Firdaus Che Yaacob dan Normiza Abd Rahim, (2014). Cerita Rakyat MembentukMoral Positif Kanak-Kanak Melalui Nilai Murni. Journal of Business and SocialDevelopment, 2(2): 74-85.Norfarizah Mohd Bakhir, Mohamad Omar Bidin , and Ahmad Amirul Bin Abdul Aziz,(2018),Preserving and Promoting Malay Folklores and Legends Using InteractiveMotion Comic: The Fang King (Raja Bersiong),SHS Web of Conferences 45, 07001 .Stelios Michalopoulos and Melanie Meng Xue. (2017) Folklore Brown University, CEPR,and NBER. Northwestern University.
KEPENTINGAN KESEDARAN PERUNDANGAN TERHADAP HAK GURU/PENSYARAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM Dr. Ruayah @ Doren Binti Herman IPGK Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. [email protected] Kok Wah IPGK Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. [email protected] Lim IPGK Tawau, Sabah. [email protected] Fikar Bin Awang Anak IPGK Tawau, Sabah [email protected] Artikel ini membincangkan tentang kepentingan kesedaran perundangan dalam kalangan guru/pensyarah dalam perkhidmatan awam. Teori yang digunakan adalah Teori Keperluan Maslow. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepentingan kesedaran perundangan adalah sebagai pelindung diri, memelihara hak semua individu, perlindungan daripada tindakan melampaui bidang kuasa, menjaga status dan reputasi penjawat awam, mengelak tindakan perundangan ke atas kecuaian menyalahi undang-undang, memberi impak yang besar ke atas kepada kepentingan kesedaran perundangan, kelangsungan generasi seimbang dan celik perundangan, etika yang lebih realistik dan sensitif serta keperluan memahami -perbezaan nilai dan kepelbagaian undang-undang. Kata Kunci: perundangan, etika, generasi Abstract This article discusses the importance of legal awareness among teachers / lecturers in the civil service. The theory used is Maslow's Theory of Needs. Factors influencing the importance of legal awareness are as self-protection, safeguarding the rights of all individuals, protection from actions beyond jurisdiction, safeguarding the status and reputation of civil servants, avoiding legal action on illegal negligence, having a significant impact on the importance of legal awareness, the survival of a balanced generation and legal literacy, a more realistic and sensitive ethics as well as the need to understand the differences in values and the diversity of the law. Keywords: law, ethics, generation
1.0 Pendahuluan Senario pada masa kini sering kali memaparkan kisah-kisah guru-guru diserang mahupun dikenakan pelbagai dakwaan dan tindakan undang-undang semakin meruncing. Kisah seorang guru agama Islam yang diminta merangkak di sekeliling bilik darjah seorang ibu kepada murid-murid di kelas berkenaan dan menjadi viral serta menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat (Mstar: 2020). Kejadian berkenaan menjadi salah satu sebab seseorang guru atau pensyarah khususnya yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam perlu mengetahui kepentingan hak yang melindungi diri, maruah dan kerjaya mereka daripada tindakan keterlaluan pihak ibu bapa, majikan dan media massa. 2.0 Teori Keperluan Maslow – Aspek Kepentingan Kesedaran Perundangan Aspek kepentingan kesedaran perundangan kepada guru/pensyarah ini adalah jelas memenuhi teori Humanistik oleh Abraham Maslow, iaitu keperluan kesedaran perundangan ini diperlukan bagi tujuan menjaga keselamatan guru dan pensyarah, khususnya. Rajah 1.1, Teori Keperluan Maslow menunjukkan bahawa tahap keperluan manusia mempunyai enam tahap iaitu aspek Keperluan Asas, Keperluan Psikologi dan Keperluan Pemenuhan Diri (Self Fulfilment). Tahap keselamatan atau Safety Needs adalah Keperluan Asas dan pada tahap kedua merupakan tahap keperluan yang manusia perlu penuhi selepas keperluan fisiologi. Pada tahap ini, aspek keselamatan serta jaminan merupakan keperluan manusia yang perlu dipenuhi sebelum memenuhi tahap keperluan yang lain. Oleh itu, kajian ini dapat memenuhi aspek keperluan manusia pada tahap yang kedua iaitu berkaitan dengan aspek keperluan perlindungan perundangan dan kepentingan kesedaran perundangan dalam kalangan guru dan pensyarah khususnya.
Peranan seseorang guru mahupun pensyarah sering kali berubah sesuai dengan perubahan keperluan sekolah, murid, teknologi, teknologi maklumat, masyarakat dan negara. Perubahan ini jelas memberikan pelbagai implikasi kepada kerjaya sebagai penjawat awam, umumnya (Fullan, 2007, 2008). Secara tidak langsung, kesedaran terhadap perundangan bagi perlindungan diri dan hak juga menjadi satu fenomena yang sering kali terlepas pandang oleh sesetengah pihak. 3.0 Faktor-faktor Kepentingan Kesedaran Perundangan Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kepentingan kesedaran hak perundangan bagi seseorang guru/pensyarah adalah; 3.1 Kepentingan Pengetahuan Undang-undang sebagai Pelindung Diri Aspek perundangan adalah sangat penting dalam sebarang operasi institusi dan perlu diketahui oleh semua warga dalam institusi yang terlibat. Kepentingan seseorang guru atau pensyarah mengetahui undang-undang berkaitan dengan diri dan kerjaya agar dapat melindungi diri daripada sebarang dakwaan dan tindakan undang-undang yang boleh mengancam kerjaya sebagai penjawat awam (Ainuddin, 2018). Sikap Ignorance of the law tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi guru ataupun pensyarah untuk melindungi diri dari tindakan undang-undang (Ajmal Rizkin, 2015) Warga pendidik umumnya perlu mengetahui hak .pembelaan diri mengikut aspek perundangan sekiranya terjadi sebarang insiden pertelingkahan antara warga pendidik dengan masyarakat luar seperti ibu bapa. Sikap ignorance of law ini boleh mengakibatkan pelbagai senario yang mungkin lebih serius lagi seperti perbicaraan di mahkamah sekiranya guru atau pensyarah tidak mempedulikan kepentingan kesedaran untuk mematuhi undang-undang. (Ruayah Doren, 2017). 3.2 Kepentingan Memelihara Hak Setiap Individu Setiap individu mempunyai hak untuk dilindungi dan hak kebebasan sebagai manusia dan penjawat awam. Hak asasi individu sebagai manusia dan sebagai pekerja termaktub dalam Akta Penjawat Awam, Pekeliling-pekeliling, Akta Pendidikan 1996 dan yang paling tertinggi adalah Perlembagaan Malaysia. Menurut Rossow (1990), ramai guru dan pensyarah khususnya tidak sedar dan mengetahui akan hak sebagai pekerja dan sebagai individu sehingga tidak berupaya mempertahankan diri daripada tindakan melampau sesetengah pihak seperti ibu bapa pelajar, pelajar mahupun majikan.
3.3 Kepentingan Perlindungan daripada Tindakan Melampaui Bidang Kuasa Kesedaran perundangan seseorang penjawat awam ini penting untuk melindungi pekerja daripada tindakan melampaui bidang kuasa daripada pihak majikan atau pentadbir. Terdapat majikan yang kurang sedar akan hak pekerja bawahan mereka dengan melakukan perkara yang sewenang-wenangnya misalnya memberikan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan, menjatuhkan hukuman dengan tidak mengikut SOP yang sebenar dan ada juga yang bertindak melayan pekerja bawahan tidak adil, mengeluarkan kata-kata kesat, menghina dan bersifat gangguan seksualiti. Bagi guru mahupun pesyarah di IPGK, sebarang tindakan yang dikenakan oleh majikan perlu mengikut peraturan yang termaktub dalam Perintah Am Bab D, di samping tidak mengabaikan peraturan-peraturan lain seperti Akta Pendidikan 1996. Sering kali perkataan “Budi Bicara” disalahertikan oleh sesetengah majikan apabila melaksanakan dasar dengan mengetepikan Peraturan atau Pekeliling yang telah dilaksanakan sehingga menyebabkan hak dan kebebasan pekerja bawahan mereka tidak dipedulikan. Perkara yang paling sukar dilaksanakan adalah apabila golongan profesional seperti guru dan pensyarah berhadapan dengan situasi iaitu tanggungjawab yang bertentangan dengan peraturan seperti seseorang majikan yang menjadi dilema untuk melaksanakan tindakan undang-undang kepada pegawai bawahannya dan dasar kemanusiaan yang wujud dalam diri Riskin (2008). 3.4 Kepentingan Menjaga Status atau Reputasi Seorang Penjawat Awam Status atau reputasi sebagai penjawat awam perlu dihayati dan difahami oleh setiap individu terutama guru dan pensyarah dalam melaksanakan perkhidmatan kepada masyarakat. Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) merupakan sumber perundangan yang perlu dirujuk oleh penjawat awam yang berkhidmat dalam pendidikan. Selain itu kepentingan kesedaran perundangan oleh penjawat awam terutamanya guru dan pensyarah di Institut Pendidikan Guru bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang menghalang sebarang penyelewengan, kejadian rasuah serta memberi banyak pengajaran dan sebagai langkah pencegahan kepada kejadian-kejadian yang berkaitan tata-tertib mahupun jenayah dan sosial kepada pihak yang terlibat. Akta Pendidikan 1996 ini merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia (Ajmal Rizkin, 2015).
Selain itu, kepentingan Celik Perundangan oleh guru/Pensyarah ini boleh dijadikan satu benteng ‘mempertahankan diri’ daripada serangan atau tindakan pihak luar seperti ibu bapa yang bertindak agak keterlaluan membela anak-anak mereka di sekolah.3.5 Kepentingan Guru/Pensyarah/Pentadbir Mengelak Tindakan Perundangan Ke Atas Kecuaian Tindakan Menyalahi Undang-Undang Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan perundangan ini adalah penting kerana guru, pensyarah dan majikan tidak menyedari akibat daripada tindakan mereka dan memberikan risiko didakwa di mahkamah. Oleh itu, kesedaran terhadap kepentingan perundangan adalah perlu sebagai langkah berjaga-jaga setiap pihak. 3.6 Impak Kepentingan Kesedaran Perundangan di Sekolah dan Tempat Kerja (IPGK) Menurut Rodiyah, Pradana, Amanah, dan Prayogo (2019), kesedaran Kepentingan Perundangan oleh guru mahupun pensyarah terutamanya di IPGK merupakan salah satu langkah menjamin pelaksanaan dan pematuhan terhadap undang-undang. Titik tolak terhadap pembentukan modal insan juga boleh boleh diteladani dan dipelajari oleh murid-murid, bakal guru dan penjawat awam secara keseluruhannya bermula dari sekolah. Wawasan pendidikan yang melahirkan generasi yang seimbang dari segenap aspek iaitu jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial yang seterusnya menjadi modal insan pada masa hadapan, Adalah menjadi satu kepentingan, murid-murid dan bakal guru-guru memberikan teladan yang baik kepada generasi muda ini yang penting dalam mencorakkan karakter mahupun moral kepada negara-bangsa dengan menolak ciri-ciri tingkah laku yang salah dan tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, penderaan, penyakit sosial dan gangguan seksual. Di sekolah-sekolah, misalnya, pendekatan terhadap kesedaran kepentingan perundangan ini dilaksanakan secara langsung dan tidak langsung seperti wujudnya Peraturan Sekolah, Peraturan “Flexible Time” dan pematuhan kepada pemakaian Topeng Muka (pandemik CoVid-19) di samping wujudnya mata pelajaran yang tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Agama. Secara tidak langsung, kesedaran kepentingan perundangan ini telah dilaksanakan secara ‘serampang dua mata’ dalam masyarakat selama ini.3.7 Kepentingan Kelangsungan Generasi yang Seimbang dan Celik Perundangan Kesedaran terhadap kepentingan perundangan ini juga merupakan satu langkah yang besar dalam menjamin kelangsungan generasi atau masyakat yang celik perundangan dan seimbang seperti yang digariskan dalam alam pendidikan secara umumnya. Menurut Rodiyah et al. (2019), pendidikan
perundangan di Indonesia secara umumnya memberikan impak yang positif terhadap pembangunan masyarakat. Kesedaran kepentingan perundangan pada masa kini juga sebenarnya telah dilaksanakan iaitu melalui pengajaran dan pembelajaran perundangan dalam mata pelajaran yang telah dibincangkan di sekolah. Kesedaran terhadap perundangan ini memberikan satu kelangsungan pembentukan generasi yang seimbang dan celik perundangan. Masyarakat yang celik perundangan justeru akan membekalkan modal insan yang mempunyai keseimbangan JERIS tetapi juga menawarkan generasi yang kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu situasi yang mendesak. Misalnya, kewujudan kes-kes buli di sekolah-sekolah sama ada dalam kalangan pelajar, guru dan warga sekolah. 3.8 Etika yang lebih Realistik dan Sensitif Kesedaran terhadap kepentingan perundangan merupakan satu etika yang lebih realistik dan sensitif (Riskin, 2008). Melalui pendekatan terhadap kesedaran kepentingan perundangan ini, guru dan pensyarah berfikiran dan bertingkah laku yang lebih realistik dan sensitif terhadap sebarang situasi atau perubahan. Guru dan pensyarah akan menjadi lebih peka dengan rasa ketidaksenangan yang bersifat nilai dalaman individu yang wujud dalam diri sendiri mahupun orang lain dan mempertimbangkan pelbagai perkara atau arahan yang kurang atau tidak beretika. Kesedaran ini seterusnya akan memberikan ruang kepada diri sendiri untuk tidak membiarkan diri menjadi mangsa dan memberikan peluang yang lebih besar untuk mencapai jalan penyelesaian untuk tidak membenarkan sesuatu ketidakadilan itu berlaku. Menurut Boyle dan Dunn (2008), kesedaran perundangan ini boleh dipelajari secara formal (mengikuti kursus) mahupun pembelajaran kendiri yang boleh dilaksanakan di bilik-bilik darjah (guru kepada murid) mahupun mengikuti kursus-kursus yang berkaitan perundangan, memiliki pengetahuan perundangan dalam konteks yang lebih luas, mengetahui isu-isu perundangan Orang Asal serta memahami prinsip-prinsip keadilan dan peraturan perundangan. 3.9 Keperluan Memahami Perbezaan Nilai dan Kepelbagaian Perundangan Selain itu, menurut Anthony dan Schtwarts (2013), dengan kesedaran akan kepentingan perundangan ini, para guru dan pensyarah berupaya mengenal pasti perbezaan perspektif, mengenal pasti perbezaan nilai, menyedari situasi berlakunya ‘bias’, stereotype dan tingkah laku negatif dalam diri dan orang lain, memahami bagaimana perbezaan sistem perundangan mengendalikan diversiti atau kepelbagaian, interaksi yang menyenangkan dan bersifat empati dengan orang ramai daripada latar belakang yang berbeza. Kajian yang dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar perundangan mendapati bahawa mereka bukan sahaja terikat kepada kes-kes Orang Asal tetapi juga memiliki sikap memberi sumbangan secara persendirian kepada pihak yang terlibat. Jelas daripada kajian tersebut, kesedaran kepentingan perundangan kepada guru, pensyarah mahupun penjawat awam dapat memberikan satu gambaran yang
jelas tentang kehidupan semasa atau masyarakat setempat yang berguna dalam alam pendidikan. Kajian ini juga bersesuaian dengan senario kajian yang dilaksanakan oleh Kamin dan Musaffa (2014)iaitu faktor demografi setempat juga penting untuk difahami dalam alam pengurusan dan pendidikan. Selain itu, Weng (2005) juga dalam jurnal beliau menyimpulkan bahawa kesedaran dan pemahaman terhadap budaya pendidikan perlu memahami dan mempunyai kesedaran perundangan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan efektif tanpa mengetepikan aspek-aspek budaya dan perundangan Orang Asal dan setempat. 4.0 Kesimpulan Faktor-faktor kepentingan kesedaran perundangan oleh guru mahupun pensyarah jelas memberikan pelbagai implikasi kepada individu dalam kehidupan mahupun alam pekerjaan. Justeru itu, keperluan pengetahuan mahupun pelaksanaan tindakan perlulah memenuhi aspirasi pendidikan secara umumnya namun masih berada di atas landasan perundangan yang betul agar sebarang konflik dapat dielakkan. Para guru mahupun pensyarah yang celik perundangan berupaya meneruskan kelangsungan generasi modal insan yang diinspirasikan oleh pendidikan dan negara amnya.
RUJUKAN Ainuddin, M. I. (2018). Penaakulan Moral, Nilai Profesional dan Membuat Keputusan terhadap Amalan Etika Akademik Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru. (Doctor of Philosophy (PhD)), Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Anthony, T., & Schtwarts, M. (2013). Invoking cultural awareness through teaching indigenous issues in criminal law and procedure. . Legal Education Review, 23(1), 26. Boyle, R., & Dunn, R. (2008). Teaching Law Students Through Individual Learning Styles. Research Gate, 37. Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change: Routledge . Fullan, M. (2008). What's worth fighting for in headship? : McGraw-Hill International. Kamin;, K., & Musaffa;., C. S. (2014). Perbezaan Faktor Demografi Ke Atas Komunikasi Pegawai-Subordinat, Kualiti Jalinan Hubungan, Tekanan Kerja dan Kepuasan Komunikasi di Jabatan Penjara Malaysia. Jurnal Pengurusan, 42 (2014), 169 - 184. Riskin, L. L. (2008). Awareness and Ethics in Dispute Resolution and Law: Tend to Foster Ethical Behavior. UF Law Faculty Publications. doi: :http://scholarship.law.ufl.edu/facultypubRodiyah, R., Pradana, T. M. W., Amanah, A., & Prayogo, B. E. (2019). Increasing Legal Capacity for Communities in the Context of Realizing a Village of Law Awareness and Child Friendly. Indonesian Journal of Advocacy and Legal Services, 1(1), 65-78. doi: 10.15294/ijals.v1i1.33776 Ruayah Doren, H. (2017). Model Kesediaan Guru Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti Pendidikan Khas Program Integrasi Murid Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah. (Doctorate), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Weng, C. (2005). Multicultural LawyeringTeaching Psychology to Develop Cultural. Maurer Faculty, 36.
1 IMPAK PROGRAM CELIK USAHAWAN JUNIOR (CUJ) DALAM POLA PdPc, PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN NILAI KEUSAHAWANAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH Chai Chin Pheng, PhD , Sefiah Abdul Kahar , Ruayah @ Doren Herman, PhD , 123Gerturude Jock , Sonny Teh Eng Chong 45 IPGK Gaya Kota Kinabalu emel: [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat impak program ’Celik Ushawan Junior’ (CUJ) dalam pola PdPc, perkembangan fizikal dan nilai keusahawanan kanak-kanak prasekolah. Program CUJ yang bercirikan strategi Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) bertujuan untuk menerapkan nilai keusahawanan ke atas kanak-kanak prasekolah. Kajian ini telah dilaksanakan selama dua tahun dengan 113 kanak-kanak, 7 guru dan 15 ibu bapa prasekolah di empat buah prasekolah di daerah Kota Kinabalu. Pendekatan kajian ialah pendekatan gabungan dan kutipan data dibuat menggunakan tiga jenis instrumen, iaitu borang senarai semak pemerhatian, rakaman video/gambar dan temu bual berstruktur. Konstruk kajian mencakupi tiga aspek, iaitu Pola pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru dan kanak-kanak, Perkembangan fizikal kanak-kanak, Nilai keusahawanan kanak-kanak. Data diperoleh melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temubual dianalisis dengan menggunakan model CIPP (Context, Input, Process & Product) berfokus kepada penilaian Product sahaja. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti ’hands-on’ dalam PdPc mendapati guru dan murid lebih aktif adalah berpusat kepada murid dan bahan. Min keseluruhan nilai motor halus dalam aktiviti ‘hands-on’ khasnya projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 adalah 2.7 daripada skala Likert 3. Min keseluruhan lapan jenis nilai keusahawanan kakak-kanak prasekolah ialah pra 1.7 dan pos 2.6 pos projek; menunjukkan peningkatan sebanyak 52.9%. Terdapat lapan ibu bapa yakin bahawa program CUJ telah dapat meningkatkan kreativiti dan komunikasi anak-anak mereka di rumah. Program CUJ boleh digunakan sebagai panduan bagi guru prasekolah untuk melaksanakan projek PBP kerana ia selaras dengan pembelajaran abad ke-21 dan menyumbang kepada Revolusi Industri 4.0. Kata kunci: prasekolah, keusahawanan, pembelajaran berasaskan projek 1.0 Pengenalan Pendidikan keusahawanan amat signifikan dan merupakan pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara. Dengan itu, usaha untuk memperkenalkan pendidikan keusahawanan perlu diperkasa supaya generasi muda cekal bertunjang menongkah arus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Meninjau Belanjawan 2019 (Malaysia Kementerian Kewangan Malaysia, 2019), sektor pendidikan diberi keutamaan dengan peruntukan terbesar sebanyak RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan kerajaan dalam tahun 2019. RM210 juta turut diperuntukan bagi tempoh 2019 hingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada IR 4.0.
2 Adalah penting penyerapan nilai-nilai keusahawanan harus dititikberatkan pada peringkat awal pendidikan prasekolah seperti bak kata pepatah: “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Selaras dengan matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun harus didedahkan dengan aktiviti yang bercirikan Pembelajaran Berasaskan Projek (PDP) yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna supaya dapat meningkatkan nilai, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Strategi PDP amat signifikan dalam konsep pembelajaran abad ke-21. Didapati banyak kajian telah dilaksanakan untuk menilai program di prasekolah seperti transformasi KSPK (Norliah Kasim & Mohd Majzub, 2014), program pentaksiran formatif (Suzana Mohd Yusof, 2015) dengan menggunakan model CIPP (Context, Input, Process & Product). Kajian ini bertujuan untuk menilai impak program ‟Celik Ushawan Junior‟ (CUJ) yang bercirikan strategi Pembelajaran Berasaskan Projek bagi menerapkan nilai-nilai keusahawanan ke atas kanak-kanak prasekolah dan juga menggunakan model CIPP. Program Celik Usahawan Junior (CUJ) adalah salah satu intervensi yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di prasekolah yang melibatkan penglibatan kanak-kanak dalam usaha menyemai nilai-nilai keusahawanan khususnya. 2.0 Pernyataan Masalah Pelajar atau murid kurang didedahkan tentang kerjaya sebagai usahawan. Menurut Shahrin et al. (2007), di Malaysia bidang keusahawanan sedang rancak diperkembangkan melalui pendidikan selaras dengan usaha untuk menjadikan bidang ini antara bidang kerjaya yang diminati pelajar. Para pelajar perlu mempunyai inisiatif untuk membuat anjakan paradigma di mana mereka perlu melihat keusahawanan sebagai prospek kerjaya yang penting selaras dengan tuntutan arus globalisasi. Selain itu, bidang keusahawanan juga perlu dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan para graduan (Azilahwati, 2011). Kajian berkaitan pendidkan keusahawanan mendapat perhatian apabila timbulnya masalah berkaitan pengangguran lepasan institusi pengajaian tinggi (Nor Aishah, 2002; Norasmah Othman, Norashidah Hashim & Hariyaty Ab. Wahid, 2012) Walaubagaimanapun, kajian ilmiah pendidikan keusahawan di institusi pendidikan tinggi di Malaysia adalah kurang menyeluruh dan terhad kepada beberapa lokasi sahaja (Nor Aishah, 2002). Melihat daripada keperluan ini adalah sangat perlu peringkat asas pendidikan prasekolah diberi pendedahan kepada nilai keusahawanan. Keusahawanan merupakan salah satu daripada tujuh nilai insaniah iaitu nilai menyelesaikan masalah, nilai kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, nilai keusahawanan, etika dan moral profesional serta nilai kepimpinan (Sri Mas Zarith Mahmud, Rohana Hamzah & Amimudin Udin, 2011). Menurut Hisrich dan Peterson (2012), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Mereka menegaskan bahawa keusahawanan ialah proses mencipta sesuatu yang baharu dengan mengambil kira masa, usaha, risiko kewangan, psikologi dan sosial. Seorang usahawan menerima manafaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan daripada proses ini. Keusahawanan lebih daripada sekadar menubuhkan dan menjalankan perniagaan (Kuratko & Hodges, 2006). Keusahawanan, sebagai proses inovasi dan reka cipta, melalui empat dimensi, iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan serta pendidikan kepada kelansungan dan pencapaian perniagaan. Sikap meninjau peluang untuk mengambil risiko dan mempunyai kelansungan
3 untuk merealisasikan idea bergabung bersama-sama dalam satu perspektif yang tersendiri untuk membentuk individu yang mempunyai minda keusahawanan. 3.0Tinjauan LiteraturMenilai keberkesanan sesuatu program perlu dilaksanakan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana program tersebut mencapai matlamat keberhasilan utama. Kajian penilaian program ini dijalankan berdasarkan model teori penilaian CIPP (Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan oleh Stufflebeam (2003). CIPP ditakrifkan sebagai singkatan context evaluation bermaksud penilaian terhadap konteks, input evaluation yang bermaksud penilaian terhadap input, process evaluation yang bermaksud penilaian terhadap proses, product evaluation yang bermaksud penilaian terhadap produk atau keberhasilan.Tujuan utama model CIPP adalah untuk membantu pentadbir dalam melihat kepada keberhasilan dalam sesuatu program. Menurut Stufflebeam (1971), ‟the CIPP approach is based on the view that the most important purpose of evaluation in not to prove but improve.‟ Ini jelas menunjukkan bahawa tujuan utama CIPP bukanlah untuk membuktikan tetapi untuk memperbaiki sesuatu aktiviti/projek/program. Penilaian merupakan salah satu domain yang penting dalam menentukan prestasi sesuatu program. Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) dalam menghuraikan KSPK menyatakan bahawa pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan secara berterusan. Dalam proses pembelajaran di prasekolah, kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, nilai sosial, dan nilai lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah. Strategi pelaksanaan PdPc dalam Program CUJ adalah melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Terdapat banyak aktiviti PdPc yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi pelajar pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan Projek CUJ dengan nilai dan amalannya dalam kehidupan sehari-harian. 4.0Objektif kajian1. Mengenal pasti impak projek program CUJ terhadap pola PdPC guru dan kanak-kanak prasekolah. 2. Mengenal pasti impak projek program CUJ terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak prasekolah. 3. Mengenal pasti impak projek program CUJ terhadap nilai keusahawanan kanak-kanak prasekolah. 5.0 Metod Kajian ini merupakan gabungan kajian antara kuantitatif dan kualitatif menilai impak pelaksanaan CUJ, khasnya dalam projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3. Peserta kajian adalah terdiri daripada murid-murid prasekolah daripada empat buah sekolah sekitar Kota Kinabalu dan Putatan terdiri daripada 113 orang murid-murid. Data dianalisis melalui skor min dan peratusan peningkatan perkembangan sikap keusahawanan dengan menggunakan Ms Excel. Semua buku panduan dan modul pelaksanaan projek dan pentaksiran serta semua bahan bantu PdPc Progam CUJ telah dibina dan dikemaskinikan dalam satu Kit PdPc CUJ
4 selepas mendapat khidmat konsultansi daripada seorang Profesor di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang merupakan seorang pakar dalam penilaian program terutama dalam Model CIPP. Tambahan pula, kit ini telah diverifikasikan oleh empat orang pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) iaitu; seorang Pensyarah Kanan PraSekolah UMS, Pengarah Prasekolah Swasta dan dua orang pegawai PAKK daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada model CIPP (Stufflebeam, 2003) yang menekankan kepentingan tujuan penilaian adalah untuk penambahbaikan (to improve) dan bukan untuk membuktikan sesuatu (not to prove). Pengkaji memfokuskan kepada empat komponen mengikut model penilaian CIPP seperti diringkaskan dalam Rajah 1. Penilaian keperluan dinilai dalam langkah Penilaian konteks. Aspek penilaian keperluan dilaksanakan dengan menilai keperluan dan kepentingannya kepada program CUJ .Perluasan skop kepada murid-murid tahun tiga yang sebelum ini telah dilaksanakan kepada kanak-kanak daerah Kota Kinabalu. Penilaian sumber seperti sumber tenaga manusia (pakar, guru), kewangan (Kos – modal, kos pelaksanaan, keuntungan), fizikal (prasarana) dan bahan-bahan perlu diteliti dalam proses ini. Kesemua aspek sumber perlu disesuaikan dengan keperluan pelaksanaan dan perancangan Projek CUJ agar menetapi sasaran dan objektif utama program CUJ. Peringkat kedua pula adalah Penilaian Input. Penilaian input adalah merujuk kepada perancangan yang dilaksanakan untuk melaksanakan Program CUJ. Perancangan daripada aspek penentuan aspek pihak yang berkepentingan, strategi PdPc yang akan digunakan, belanjawan projek, pentaksiran projek CUJ. Peringkat kedua ini memerlukan perancangan yang teliti melibatkan ketelitian DSKP, Rancangan Pengajaran Harian dan kaedah mengumpul serta menganalisis data kuanlitatif dan kuantitatif. Misalnya, penentuan pihak yang berkepentingan dalam projek CUJ perlu dikenal pasti; pihak yang akan menikmati hasil dan impak akan program CUJ, tenaga pengajar yang akan terlibat dalam menyalurkan kepakaran mahupun usaha dalam menjayakan projek CUJ; dan sumber bahan mentah mahupun peralatan dan kawasan yang akan digunakan dalam pelaksanaan Projek CUJ. Oleh itu, pengetahuan dan nilai guru adalah faktor penting dalam dimensi input. Seterusnya, langkah ketiga dalam model CIPP adalah Penilaian Proses. Penilaian Proses ini adalah penilaian aspek tindakan atau langkah yang dilaksanakan dalam menjayakan Program CUJ. Penilaian projek bukan sekadar ke atas kejayaan atau kegagalan projek tersebut. Pada peringkat ini, maklum balas kanak-kanak, guru dan ibu bapa mengenai produk atau perkhidmatan akan dinilai. Penilaian Proses ini keseluruhannya akan menentukan sama ada produk sebenar memenuhi kehendak input iaitu DSKP atau tidak. Selain itu juga, perbandingan kos anggaran dan anggaran yang sebenar turut dilaksanakan. Dalam Penilaian Proses ini akan menentukan pembangunan atau progres projek, menilai pelaksanaan projek, melaksanakan pemantauan atau pemerhatian dan akhirnya akan mendapatkan maklum balas tentang setiap aspek pelaksanaan projek CUJ. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Peringkat terakhir dalam penilaian Program CUJ menggunakan model CIPP adalah Penilaian Produk. Peringkat ini secara ringkas akan menentukan apa maklumat dari Konteks, Input dan Proses tentang bagaimana pelaksana program boleh memperbaiki proses program atau projek CUJ. Peringkat ini akan menentukan apakah impak, kebolehgunaan kit PdPc CUJ dan juga pelarasan yang dilaksanakan dalam projek CUJ. Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap kanak-kanak dan kebolehgunaan Kit untuk melihat keberkesanan Projek Telur Masin Kampung Omega 3. Perkembangan sikap kanak-kanak merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian
5 objektif Program CUJ dinilai melalui senarai semak pemerhatian guru prasekolah. Keberkesanan projek tersebut pula dalam membentuk nilai keusahawanan dalam diri kanak-kanak prasekolah dinilai dengan menggunakan temu bual, senarai semak pemerhatian dan soal selidik dalam lapan kategori iaitu amanah dan cekap, baik hati, bertanggungjawab, rajin, komunikasi, kreativiti, perasaan dan tingkah laku/tabah bagi sebelum dan selepas Program CUJ. 6. Dapatan Kajian dan perbincanganPenyemaian nilai-nilai keusahawan dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah telah diukur secara kuantitatif dan kualitatif berkaitan dengan tiga objektif kajian. Hasil dapatan telah diperolehi: (a) secara kuantitatif melalui tiga senarai semak pemerhatian iaitu (1) aktiviti pembelajaran kanak-kanak (8 item) dan aktiviti pemudahcaraan guru (10 item) yang dibina oleh kumpulan penyelidik untuk melihat pola pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kanak-kanak dan guru dalam bilik darjah; (2) perkembangan fizikal kanak-kanak prasekolah dan (3) nilai keusahawanan kanak-kanak prasekolah dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 serta (b) secara kualitatif melalui analisis kandungan video, pemerhatian dan temu bual dengan guru dan ibu bapa. Matlamatkepakaran gurukemudahan prasarana prasekolahPENILAIAN KONTEKSPerancanganDokumen Standrad Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)Kit Celik Usahawan Junior (CUJ)RPHPENILAIAN INPUTTindakanPdPc projek ‘hands-on’ Telur Masin Ayam Kampung Omega 3PENILAIAN PROSESHasilPola aktiviti PdPc guru dan kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak Perkembangan nilai keusahawanan kanak-kanakPENILAIAN PRODUKRajah 1: Model penilaian CIPP bagi Program CUJ
6 Untuk mengukur sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran berasaskan projek melalui program Celik Usahawan Junior (CUJ), pola pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kanak-kanak dan guru dalam bilik darjah telah diringkaskan dalam Jadual 1 dan Jadual 2. Jadual 1 menunjukkan pola pembelajaran seramai 113 orang kanak-kanak prasekolah di empat buah prasekolah semasa pelaksanaan projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3. Dapatan data tersebut menunjukkan kanak-kanak belajar dengan aktif dan sentiasa berinteraksi dengan ahli kumpulan. Sebilangan besar boleh memberi respons kepada arahan guru secara tepat tanpa atau dengan bantuan guru dengan baik. Contohnya apabila disuruh untuk memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk menggosok telur. Namun, kanak-kanak jarang menanya soalan sehingga penghujung sesi projek. Contohnya, ada yang tanya “mau letak telur di mana?” dan “berapa lama boleh makan sudah?” Pada akhir tempoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu 26 sehingga 30 minit, kanak-kanak prasekolah didapati memperoleh pembelajaran dan nilai asas yang diperlukan untuk melaksanakan projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 dengan bantuan guru. Mereka juga didapati boleh bercerita tentang projek telur masin terutama di rumah di mana seorang ibu mengatakan bahawa “anak saya rajin cerita tentang telur sudah..telur itu dimakan dengan apa..macam penggunaan telur tu.. contoh telur masin kan dia orang buat..lepas tu cikgu dia orang tu tanya..telur masin dimakan dengan apa..so budak-budak jawab..makan dengan bubur..lepas tu direbus saja makan begitu..” Ibu bapa menegaskan bahawa dapatan kajian program ini adalah signifkan kepada kanak-kanak sebab ia memberi satu pengalaman baharu kepada mereka. Melaksanakan projek „hands-on‟ pada awal kanak-kanak membolehkan mereka menjadi usahawan pada satu hari kelak. Testimoni yang sama telah diberikan oleh ibu-bapa lain kanak-kanak yang melaksanakan projek CUJ. Ibu bapa menyatakan bahawa kanak-kanak yang kini mampu bercerita langkah-langkah projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 dan berminat ke sekolah setiap hari. Jadual 1: Data pola pembelajaran bagi 113 kanak-kanak prasekolah semasa melaksanakan projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 Aktiviti Kanak-kanak PS A, B, C & D 00 - 05 Minit 06 - 10 Minit 11 - 15 Minit 16 - 20 Minit 21 - 25 Minit 26 - 30 Minit Catatan Interaksi dengan kanak-kanak lain / / / / / Boleh setelah 1 kali pelaksanaan Interaksi dengan guru / / / Boleh setelah 1 kali pelaksanaan Respons kepada arahan guru secara tepat dengan bantuan guru / / / / / / Boleh setelah 1 kali pelaksanaan Respons kepada arahan guru secara tepat tanpa bantuan guru / / / / Boleh setelah 2 kali pelaksanaan Respons dengan betul kepada soalan guru / / / / Boleh setelah 2 kali pertanyaan Tanya soalan / Boleh setelah 1 kali pelaksanaan Kerja berpasukan / / Boleh setelah 3 kali pengulangan Bercerita langkah-langkah projek / Boleh setelah 3 kali pengulangan / - bermaksud sangat kerap berlaku
7 Pentujuk tahap : 0- 10 minit – rendah, 11- 20 minit – sederhana, 21-30 minit- tinggi Jadual 2 menunjukkan pola pengajaran guru dalam jangka masa 30 minit PdPc di mana kepelbagaian kaedah PdPc telah berlaku dengan efektif, menarik dan sentiasa melibatkan kanak-kanak secara aktif. Ini menepati kehendak dan keperluan kanak-kanak prasekolah serta Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu “memperkembangkan potensi kanak-kanak…melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna… agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak” (KPM, 2010: m/s 1). Ibu bapa mengatakan pelaksanaan projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 adalah “bagus” sebab memberi satu pendedahan awal bagi kanak-kanak dan „budak-budak (maksud anak mereka) suka hati membuat projek dan boleh cerita cara-cara buat telur masin di rumah sudah.” Namun, guru mengatakan pelaksanaan projek yang sama perlu diulangi sebaik-baiknya tiga kali supaya semua kanak-kanak memperolehi nilai asas yang dikehendaki terutama menunggu dan memahami jangka masa yang diperlu selama 14 hari untuk telur masin sampai cukup tempoh. Guru membuat jadual masa seperti dalam Rajah 1 untuk kanak-kanak mengira hari sehingga cukup tempoh. Dengan jadual tersebut, guru boleh menerapkan konsep masa dan waktu. Contohnya, guru menanya “Pangkah hari yang ke berapa hari ni?”, “Ada berapa hari lagi cukup masa?” dan “Telur akan menjadi apa?” Ibu bapa juga mengakui bahawa pelaksanaan projek memerlukan guru merancang dengan baik dan menyediakan bahan yang mencukupi supaya semua kanak-kanak dapat melaksanakan projek dengan baik. Contoh menurut seorang ibu “dalam itu satu meja (kumpulan) macam ada 6 orang hanya 4 orang saja yang boleh pegang telur… so budak semua pun mau pegang itu telur.” bermaksud telur mesti disediakan seorang sebiji. Jadual 2: Data pola pemudahcaraan bagi 7 orang guru prasekolah semasa melaksanakan projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 Aktiviti Guru 0 - 05 Minit 06 -10 Minit 11 - 15 Minit 16 - 20 Minit 21 - 25 Minit 26 - 30 Minit Catatan Tanya soalan / / / / / / Sekurang-kurangnya 1 soalan Jawab soalan kanak-kanak / / / / / / Biasanya berterusan Tunjuk gambar /video / Jika perlu sahaja Dengar respons daripada kanak-kanak / / / / / / Biasanya berterusan Bimbing dalam tugasan individu kanak-kanak / / / / / / Biasanya berterusan Bimbing dalam tugasan berpasukan kanak-kanak / / / / / / Apabila ada tugasan berpasukan Semaikan nilai / / / / Hanya tepat pada masanya Memberi pujian / / / / / / Berterusan Memberi ganjaran / Biasanya pada akhir waktu Memberi teguran / / / / / / Sentiasa ada \"baik\", \"bagus\" \"pandai\" / bermaksud sangat kerap berlaku
8 Untuk mengukur perkembangan fizikal kanak-kanak melalui pelaksanaan projek, perbandingan data nilai motor halus dalam projek Telur Ayam Masin Ayam Kampung Omega 3 di empat buah sekolah di daerah Kota Kinabalu. Jadual 3: Perbandingan data perkembangan nilai motor halus kanak-kanak di empat buah prasekolah dalam aktiviti projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 Bil. Nama prasekolah Pakai apron Lap telur Gosok telur Larut garam dengan air Susun telur dalam balang min 1 Prasekolah A 3.00 2.98 2.87 1.85 2.11 2.45 2 Prasekolah B 2.95 2.80 2.70 2.40 2.50 2.60 3 Prasekolah C 2.95 2.85 2.90 3.00 2.60 2.84 4 Prasekolah D 3.00 2.90 2.92 3.00 2.30 2.82 Min Keseluruhan 2.97 2.88 2.82 2.42 2.40 2.70 Min keseluruhan perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak adalah 2.70 di empat buah prasekolah menunjukkan terdapat perkembangan fizikal kanak-kanak prasekolah yang agak tinggi. Min yang tertinggi adalah aktiviti 'Memakai Apron' manakala terendah adalah aktiviti „melarut garam dengan air' dan 'susun telur dalam balang'. Aktiviti 'memakai apron' melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil tangan dan jari yang lebih mudah dibuat oleh kanak-kanak manakala aktiviti „Melarut garam dan menyusun telur dalam balang‟ adalah lebih sukar itu melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil jari tangan, kaki dan mata. Testimoni seorang guru menyatakan bahawa “Walaupun kanak-kanak boleh mengambil objek-objek yang kecil, namun mereka masih belum cermat dalam kawalan mereka…ada telur yang pecah…ada yang bergegar memegang telur takut pecah…” Perkembangan nilai yang paling ketara adalah peningkatan nilai motor halus tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah kanak-kanak prasekolah semasa pelaksanaan projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3. Ini menunjukkan aktiviti projek ini amat sesuai dilaksanakan demi melahirkan kanak-kanak yang mempunyai nilai abad ke-21. Untuk mengukur peningkatan nilai keusahawanan kanak-kanak prasekolah, perbandingan nilai keusahawanan dalam lapan kategori sebelum dan selepas pelaksanaan Jadual tempoh masa disediakan dengan tarikh dan harikanak-kanak memangkah tarikh dan hari dalam kumpulan masing-masing.. menunjukkankan nilai bertanggungjawabRajah 1: Kanak-kanak memangkah tarikh dan hari bagi tempoh 14 hari projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3
9 projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 di empat buah sekolah telah dibuat seperti ditunjukkan dalam Jadual 4. Lapan jenis sikap keusahawanan mengikut KSPK ialah sikap amanah dan cekap, baik hati, bertanggungjawab, rajin, komunikasi, kreativiti, perasaan dan tingkah laku/tabah. Jadual 4: Perbandingan nilai keusahawanan kanak-kanak prasekolah sebelum dan selepas pelaksanaan projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 Nilai Sebelum Projek Selepas Projek Nilai keusahawanan Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk projek 1.50 2.4 Amanah & Cekap Melakukan langkah-langkah proses projek dengan baik Berkongsi alatan 2 2.8 Baik hati Menawarkan pertolongan Berani membetulkan sesuatu yang salah 1.5 2.9 Bertanggungjawab Bersedia mencuba sesuatu tugas/projek yang baru Simpan balik alatan di tempat yang asal 2 2.9 Rajin Mengemas tempat dengan usaha sendiri Menerima arahan dan nasihat 1.8 2.5 Komunikasi Berkongsi idea Melakukan aktiviti jual beli Suka bergaul dengan kawan-kawan Membuat apa yang dibuat oleh kawan 2 2.7 Kreativiti Mengumpul duit untuk projek lain Mengajak kawan-kawan melakukan sesuatu tugas/projek baru Cepat naik marah dengan kesilapan sendiri/ kawan lain 1.5 2.9 Perasaan Rasa gembira setelah tugas / projek selesai Meminta pendapat kawan lain dan rasa seronok Selalu senyum dalam semua keadaan 1.3 2.0 Tingkah laku/tabah Menyusahkan kawan lain Min keseluruhan 1.7 2.6 meningkat 52.9% Min nilai keusahawanan kanak-kanak prasekolah seramai 113 orang daripada empat buah sekolah selepas projek Telur Masin Ayam Kampung Omega 3 sebanyak 2.71 adalah agak tinggi. Didapati min meningkat sebanyak 52.9% di mana nilai „bertanggungjawab‟ dan „perasaan‟ meningkat paling tinggi sebanyak 93% manakalah paling rendah ialah nilai „kreativiti‟ seperti ditunjukkan dalam Rajah 2. Data kualitatif daripada temu bual berfokus guru dan ibu bapa menyokong dapatan data kuantitatif. Sebagai contoh, kanak-kanak mengatakan penghasilan telur masin boleh digunakan untuk “dijual…dimakan…”. Beberapa orang guru melaporkan terdapat peningkatan dalam kefahaman ruang dan masa sebab kanak-kanak “berkobar-kobar untuk memangkah tarikh dan hari dalam jadual tempoh masa”. Beberapa contoh perubahan nilai kanak-kanak yang berkaitan dengan projek ini telah diketengahkan oleh ibu bapa. Mereka melaporkan perubahan positif dalam sikap kanak-kanak ingin ke sekolah disebabkan menanti cukup tempoh penghasilan telur masin.
10 Guru dan ibu bapa menerima baik projek seperti ini sebab ia sangat bersesuaian dengan tahap kebolehan kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Program CUJ dan aktiviti Projek dalam Program CUJ adalah baik dan boleh dijadikan satu panduan untuk membantu membentuk nilai keusahawanan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini diharap dapat memperkenalkan satu kaedah alternatif iaitu projek keusahawanan dalam PdPc. Dapatan akan dikumpul melalui data pemerhatian dan temubual. Dapatan sebelum ini menunjukkan PdPc berasaskan projek menyeronokkan kanak-kanak di mana semua mengatakan “Bestnyaaa!!”, “Suka”, “Gembira”, “Nak lagi buat”. Murid-murid lebih rajin dan berani untuk bertanya tentang projek keusahawanan yang akan dilaksanakan. Projek yang berpusat kepada kanak-kanak jika dijalankan atas minat mereka (child-led project approach), akan menambah wawasan baru (Roopnarine & Johnson, 2005; Berlin, 2015). Guru juga diharapkan akan lebih yakin melaksanakan PdPc dalam pelaksanaan projek CUJ di mana mereka beranggapkan manual kerja dan modul pentaksiran yang disediakan menyenangkan dan “senang digunakan” serta mempunyai unsur “STEM”. Dengan ini dapat meningkatkan keyakinan guru untuk berdepan dengan murid-murid, ibu bapa dan komuniti. Guru boleh menerapkan nilai-nilai murni secara langsung melalui pelaksanaan projek seperti nilai kepimpinan, keberanian, kerjasama, bertolak ansur, dan meningkatkan konsep kendiri positif dalam kalangan murid-murid. 7. Kesimpulan Secara keseluruhannya Program CUJ dapat membantu dalam memperkembangkan sikap keusahawanan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Program CUJ bertindak sebagai pencetus kepada guru agar dapat melaksanakan projek keusahawanan yang pelbagai, mudah, menarik perhatian dan murid-murid seronok belajar sambil bermain sesuai dengan tahap perkembangan mereka. Di samping itu, ia juga membantu sekolah menjana dana untuk melaksanakan projek-projek lain. Penghasilan dan penjualan Telur Masin dapat meningkatkan jaringan kerjasama pelbagai pihak iaitu guru, murid-murid, ibu bapa, sekolah mahupun pihak-pihak lain yang berkepentingan. Program keusahawanan ini dapat melahirkan modal insan Celik Keusahawanan untuk memenuhi Hasrat Revolusi Industri 4.0 yang selaras dengan hasrat Organization for Economic Co-Operation and Development(OECD) dalam membantu perkembangan ekonomi Negara pada masa depan. 0 0.51 1.52 2.53 3.5min nilai keusahawanan Perbandingan nilai keusahawanan kanak-kanak prasekolah
11 Rujukan Azilahwati Adam, et. al. (2011). Aspirasi kerjaya sebagai usahawan di kalangan pelajar-pelajar semester akhir Kolej Komuniti Jasin. Berlin, R. (2015). The role of children and environment in a Reggio Emilia classroom. Early Childhood Care & Education di International Rendezvous 2015 di Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2015. Gay, I. R., & Arisian, P. (2000). Educational Research Competencies for Analysis and Application. New Jersey: Prentice Hall Inc. Hisrich, R. & Peterson, J. (2012). Entrepreneurship. NY: Mc Graw Hill Education. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum. Kuratko, D. & Hodges, R. (2006). Entrepreneurship Theory/Process/ Practice. Mason, OH: Thomson South-Western. Malaysia Kementerian Kewangan Malaysia. (2019). BELANJAWAN 2019 (Edisi 2019). Putrajaya: Percetakan National Malaysia Berhad. Nor Aishah Buang. (2002). Asas Keusahawanan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Norasmah Othman, Norashidah Hashim dan Hariyaty Ab. Wahid. (2012). Readiness Towards Entrepreneurship Education: Students and Malaysian Universities. Education and training. 54(8/9), 697-708. Norliah Kasim & Mohd Majzub. (2014). Penilaian program transformasi pendidikan prasekolah KPM di sekolah kebangsaan (SK). Unpublished PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia. Roopnarine, J. L. & Johnson, J. E. (2005). Approaches to Early Childhood Education (4th edition). Ohio: Prentice Hall. Shahrin Hashim et al. (2007). Kecenderungan Guru Pkpg (4SPH) Terhadap Bidang Keusahawanan. UTM. Stufflebeam, D. L, (1971a). The Relevance of CIPP Evaluation Model for Educational Accountablity. Journal of Research and Development in Education, 5(1): 19 – 25. Stufflebeam, D. L. (1971b). The use of experimental design in educational evaluation. Journal of Educational Measurement, 8(4), 267-274. Stufflebeam, D. L. (2003). The CIPP Model for Evaluation. In Kellaghan T., Stufflebeam D.L. (eds) International Handbook of Educational Evaluation. Kluwer International Handbooks of Education, vol 9. Springer, Dordrecht. Suzana Mohd Yusof. (2015). Penilaian pelaksanaan pentaksiran formatif di prasekolah KPM. Unpublished PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sri Mas Zarith Mahmud, Rohana Hamzah & Amimudin Udin. (2011). Keusahawanan dalam pendidikan Teknik Dan Vokasional. Journal of Edupres, 1, 209-213.
1 APLIKASI e-Write DALAM PENULISAN KARANGANWidayati Harun (Ph.D) , NorafidahNoralidin (Ph.D) , Carole Anne Justin , 123Juliana Osong (Ph.D) , Abd Halib Mohd Ali45 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya [email protected] ABSTRAK e-WriTEmerupakansatubahan bantu mengajar dan belajar yang bertujuanuntukmembimbing murid menghasilkansatupenulisankarangandengan idea yang dihuraikan dan mempunyaiwacana yang kukuh dan bertautantarasatuayatdenganayat yang lain. Frasa e-WriTEmerupakanakronim yang membawamaksud ‘e’ (electronic), ‘Wri’ (write) dan ‘TE’ pula bermaksud template. Secarajelasnyabahaninimerupakansatu template penulisankarangan yang bolehmembantu murid untukmenghasilkanpenulisan yang berkualiti. Inovasi e-WriTEiniakanmembantu murid-murid denganmembimbingmerekamembinakaranganberdasarkanteknik yang ditentukan dan diajarkansecaralangkah demi langkah dan dibericontoh yang akanmemudahkan proses pembelajaranmereka. e-Write dihasilkandalamduabentukiaitupowerpoint dan google site dan teknikakanmemfokuskanelemenpendahuluan, isi dan penutup. Seramai10 orang murid tingkatanempatdijadikanpesertadalamkajianini dan hasilpenulisanmerekatelahdigunakanuntukmengenalpastikelemahanmerekadalampenulisankhsususnyaelemenpendahuluan, isi dan penutupkarangan. Dapatanmenunjukkanbahaninovasiinitelahmembantumeningkatkankualitipenulisan para murid apabilapenulisan yang dihasilkanlebihlengkapdenganmengandungi. Guru juga didapatibolehbertindaksebagaipembimbing dan pembelajarandapatdibuatsecara real time. Pendahuluan Penyampaian pengajaran yang berkesan dapat memastikan agar objektif yang ditetapkan tercapai, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sangat penting dalam mempengaruhi tahap keberkesanan pengajaran guru (Taman Timbang, Zambri Mahmood, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Jamaludin Badushah, 2010). Hal ini kerana guru yang dapat menyampaikan pengajarannya dengan kaedah yang menarik dan berfokuskan kepada murid akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan mudah diterima oleh pelajar. Di samping itu, guru yang kreatifdalammenyediakanataumemilihbahanpengajaran yang sesuaisertatepatdenganisikandungan yang hendakdisampaikankepadamuridakanmewujudkansuasanapembelajaran yang afektif dan berkesan. (Sharifah & Aliza, 2011: Abdul Rasid, Shamsudin&Humaizah, 2012). Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang sangat mencabar, bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada murid. Abdul Rasid Jamian (2011), menekankan kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara
2 kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. HarisFadzilahKassim (2002), cara dan gaya guru mengajarkankarangan di dalamkelaslebihkepadamemberipendedahansecaramenyeluruhtentangtajuk, demi memenuhikeperluanpeperiksaan. DapatanMarohaini Binti Yusoff (2004), juga menunjukkanbahawa guru mengajardalambentuk linear yang tidakmemperlihatkanpemahaman guru tentangsifat proses mengarang. Guru didapatihanyaberfokuskepadahasilmengarang dan lebihkepadapenerangansertakurangmemberikanbimbingankepada murid dalammenghasilkankarangan. Di sampingitu, kajian Abdul RasidJamian (2011) keatassekumpulan murid Cina di sebuahsekolah di Negeri Sembilan menunjukkanbahawahampir 70 peratusdaripadarespondenmengakuibahawamerekagagalmemahamiapa-apa yang diajar oleh guru. Selain itu, 62 peratus murid menyatakan bahawa masalah ini berpunca daripada teknik pengajaran dalam penulisan karangan. Fokus Kajian Murid kurangmemahamitentangkemahiranteknik dan strategimenuliskarangandalamkelasmenyebabkan murid kurangbersediauntukmenulis. Kajian Abdul RasidJamian (2011), terhadapsekumpulan murid Cina di sebuahsekolah di Negeri Sembilan menunjukkanbahawahampir 70 peratusdaripadarespondentidakdapatmenuliskarangandenganbetul, tiada idea dalampenulisan dan bermasalahdarisegipenggunaantatabahasa yang tepat. Muriddidapatibelummenguasaikemahiranmenulisdarisegipembinaanpendahuluan, pengolahanisidalampelbagaijenisayat dan membuatpenutup yang berkesan. Murid juga dikesansebagaitidakmenggunakan Teknik penulisankarangan yang betul dantiadapengembangan idea. Dapatandaripadahasilkerja murid menunjukkanterdapatpelajar yang masihkurangjelastentangkandunganilmupenulisandarisegipendahuluan, isikandungan dan penutupsepertigambarajah di bawah. (RujukjeniskesalahanPendahuluan, Isi dan Penutup murid sebelumpelaksanaaninovasi) KesalahanPenulisanPendahuluan Kelemahan Murid MenulisPendahuluanKarangan Rajah 1:PenulisanPendahuluan Murid SebelumInovasi
3 Jadual 1 JenisKesalahanPenulisanPendahuluan Murid Ayat 1 Isusemasatentangtajuk/topik/ Ayat 2 Latarbelakangisu( Bila dan bagaimanawujud )X Ayat 3 Ciri-ciri isu (Siapaterlibatdefinisi, di mana dan lain-lain)/ Ayat 4 Kesanisu (dirimasyarakat, negara, global dan lain-lain)X Ayat 5 Ayat arah (gambaranisi, soalanpertanyaanumum dan lain-lain)X Berdasarkan rajah tersebut murid didapatimenghadapimasalahdalampenulisanPendahuluansesuatukarangan. Murid tidakdapatmengenalpastitentanglatarbelakangsesuatuisu (bila dan bagaimanawujudnyasesuatuisu). Kesandaripadaisutersebutkepadadiri, masyarakat, negara global dan kesan-kesan yang lain yang difikirkanrelevan. Kelemahan Murid Menulis Isi Karangan Rajah 2:Penulisan Isi Murid SebelumInovasi Jadual2 JenisKesalahanPenulisan Isi Hasil Kerja Murid Rajah tersebutmenunjukkanbahawa murid menghadapimasalahdalampenulisanisikarangan. Murid tidakdapatmengenalpastitentangisipokokkarangan, tidakmemberikanbukti, contohseperti data statistic, kenyataan, pendapat dan lain-lain bukti yang bolehmenyokongsesuatuisikarangan. Murid juga dikenalpastitidakmembuatrumusanisiterhadapsesuatuisikarangan. Ayat 1 Isi pokok/ayatjudul / Ayat 2 Huraian 1 (tentangisipokok) / Ayat 3 Huraian 2 (tentangisipokok) X Ayat 4 Bukti/contoh(data statistik,kenyataan,pendapatdll) X Ayat 5 Rumusanisi X
4 Kelemahan Murid MenulisPenutupKarangan Rajah 3:PenulisanPenutupKarangan Murid Berdasarkan rajah tersebut, murid membuatkesalahansemasamenulispenutup. Data awal yang dikumpulmenunjukkanbahawa murid menulismenutuplebihkepadaisikarangan. Penulisansedemikianmenjadisesebuahkaranganitutidakmempunyaipenutup. Objektif Kajian inibertujuanuntukmembantumuridmeningkatkankemahiranmenulis yang memfokuskankemahiranmembinapendahuluankarangan, isi dan penutup.Data-data awal yang diambilmenunjukkanbahawakemahiranmenuliskarangandarisegiPendahuluan, Isi dan Penutupdaripadapesertakajianadalahlemah. Berdasarkanfokuskajiantumpuanadalahuntukmembantupelajarmeningkatkankemahirandalampenulisankarangan yang berfokuskankepadaPendahuluan, isi dan penutupsesuatukarangan. Peserta Kajian Seramai10 orang muriddaritingkantan 4 di sekolahdalamkategoriluarbandar di daerahKota Kinabalu, Sabah telahdipilihdalamkajianiniberdasarkanpersampelanbertujuan. PelajartersebuttersebuttelahdikenalpastimenghadapimasalahdalampenulisanPendahuluan, isi dan penutupuntuksesebuahkarangan. Intervensi yangdilaksanakan Teknik e-Write merupakansatuusahauntukmeningkatkan kemahiranpenulisankarangan murid khususnyauntukelemenpendahuluan, isi dan penutup. a. Hubungkaitdenganpengajaran dan pembelajaranataupenyelidikan. Objektifumum KSSM Bahasa Melayudalamkemahiranmenulisadalahuntukmenghasilkanpelbagaibentukpen
5 ulisan dan grafikuntukmelahirkan idea dengantersusunmenggunakanbahasa yang betulgramatis dan menarik. Selainitu,objektifkhususpengajaran Bahasa Melayutingkatanempatadalahuntukmembinakerangkakarangan dan karanganlengkapsecaraterancang. b. Deskripsiinovasidarisegikandungan, strategi, keluaranatauperkhidmatanbaharu. e-WriTEmerupakansatu template penulisankarangan yang akanmembantu murid-murid menulispendahuluan, isi dan penutupkarangandenganmenggunakanteknik yang dikhususkan. i. Menu utamainidipautkandenganMenuPendahuluan, MenuPenulisan Isi dan Menu Penutup. Menu Utama Menu Pendahuluan Menu Penulisan Isi Menu Penutup Rajah 1: Menu Utama e-WriTE
6 Langkah 1 Teknik e-WritedalamPenulisanPendahuluanKarangan DenganmenggunakanMenuPendahuluan murid ditunjukkanduateknikmembinapendahuluanberpandukan kata kunci dan pendahuluanberpandukansoalan. Murid akandibimbingmenulispendahuluanayat demi ayatdenganmerujukcontoh yang lengkap. Langkah 1(a) Langkah 1 (b) Langkah 1 (c) Langkah 1 (d) Rajah 2:PerengganPendahuluan
7 Langkah2 Teknik e-WritedalamPenulisan Isi Karangan Slaidkesembilanmengandungiduateknikmenulisperengganisi yang juga disertakandengancontoh. Langkah 2 (a) Langkah 2 (b) Langkah 2 (c) Langkah 2 (d)
8 Langkah2 (e) Langkah 2 (f) Rajah 3: Perenggan Isi Langkah4 Teknik e-WritedalamPenulisanPendahuluanKarangan Perengganpenutupmerupakanslaid yang disediakanuntukmembimbing murid dalampembinaanpenutupkaranganbesertacontoh. Langkah 4 (a) Langkah4 (b) Rajah 4:PerengganPenutup Langkah 5 LatihanPenulisanKarangan Template ini juga disertakandenganlatihan yang merangkumielemen-elemenpenulisankarangan (pendahuluan, isi dan penutup).
9 Langkah 5 Rajah5:LatihanPenulisan Google site juga disediakanuntukmemudahkanpenyebaran dan penggunaanteknikini.(link google site). e-WriTeGoogle Sitehttps://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/templatekemahiranmenulis/home?authuser=2Hasil tinjauanawalmenunjukkankarangandiajardenganmemfokuskanhasiltanpamembimbing proses pembinaankarangantersebut. Pengajaranpembelajarankemahiranmenuliskaranganmemerlukanteknik yang jelas dan dijadikan proses pengajaran. Rajah 6:Murid membuatkarangantanpamenggunakan e-WriTE DAPATAN DAN PERBINCANGAN PenggunaanTemplate e-WriTEtelahmembimbing proses penulisankaranganbermuladaripadapendahuluan, isi dan penutup. Murid dibimbingmengaplikasikanteknik-teknik yang mudahsecaraberperingkatsehinggabolehmenghasilkansatukarangan yang berkualitidenganisi yang dikembangkan dan mempunyaiunsurkoheren dan kohesi. e-WriTEyang telahdibinadenganmenggunakanaplikasipowerpointdan google site. Situasisemasaperlaksanaankajianbersertadengangambar, gambar rajah. Hasil penulisankarangansebelum dan selepasinovasi e-WriTEdilaksanakanmengikut proses penulisankaranganbermuladenganPendahuluan, Isi dan Penutup.
10 Kesan Teknik PenulisanPendahuluan PenulisanPendahuluan SebelumInovasi Rajah 7:PenulisanPendahuluan Murid SebelumInovasi Jadual 1 JenisKesalahanPenulisanPendahuluan Murid Ayat 1 Isusemasatentangtajuk/topik/ Ayat 2 Latarbelakangisu( Bila dan bagaimanawujud )X Ayat 3 Ciri-ciri isu (Siapaterlibatdefinisi, di mana dan lain-lain)/ Ayat 4 Kesanisu (dirimasyarakat, negara, global dan lain-lain)X Ayat 5 Ayat arah (gambaranisi, soalanpertanyaanumum dan lain-lain)X SelepasInovasi
11 Rajah 8:PenulisanPendahuluan Murid SelepasInovasi Jadual2 KesanPenggunaan Teknik PenulisanPendahuluanMenggunakan e-WriTe Ayat 1 Isusemasatentangtajuk/topik/ Ayat 2 Latarbelakangisu( Bila dan bagaimanawujud )/ Ayat 3 Ciri-ciri isu( Siapaterlibatdefinisi, di mana dan lain-lain)/ Ayat 4 Kesanisu( dirimasyarakat, negara, global dan lain-lain)/ Ayat 5 Ayat arah( gambaranisi, soalanpertanyaanumum dan lain-lain)/ Kesan Teknik Penulisan Isi Selepasinovasi Rajah 9:Penulisan Isi Murid SelepasInovasi Jadual3 JenisKesalahanPenulisan Isi Hasil Kerja Murid Ayat 1 Isi pokok/ayatjudul / Ayat 2 Huraian 1 (tentangisipokok) / Ayat 3 Huraian 2 (tentangisipokok) / Ayat 4 Bukti/contoh(data statistik,kenyataan,pendapatdll) / Ayat 5 Rumusanisi X
12 PenulisanPenutup Sebelum (tiadapenutup, lebihkepadaisi) Rajah 10:PenulisanPenutup Murid SelepasInovasi Jadual4 JenisKesalahanPenulisanPenutup Hasil Kerja Murid REFLEKSI Kemahiran menulismerupakankemahirankognitif yang sangatmencabarbukansahajakepada guru tetapi juga kepada murid justeru e-WriTEtelahmemudahkan proses iniapabilabimbingandapatdilaksanakansecaraberfokusayat demi ayat. Selainituaplikasie-WriTEdapatmelibatkan murid secaraaktifdalam proses penulisanmanakalaguru pula bolehbertindaksebagaipembimbingdalam proses penulisantersebut. Guru dapatmengajarsecaraberfokus dan menjimatkan masa khususnyadalamteknikpembinaankarangan yang betul. Strategipengajaran juga berpusatkanbahan dan murid dan masa dapatdijimatkandalammengajarteknikpembinaankarangan. Penulisan murid akanlebihterbimbing dan hasilpenulisanlebihberkualiti. Google sitemembantu guru membuatpembetulansecarareal timedalamlatihan yang disediakan. Ayat 1 Rumusanisi x Ayat 2 CadanganPenulis x Ayat 3 Seruan/Harapan x Ayat 4 PendirianPenulis x
13 CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN Pada kajianakandatang e-Write dicadangkanuntukaplikasikepadabentuk-bentukpenulisanakademik yang lain. Penggunaandalampelbagaibentukpenulisanakandapatmeningkatkanlagipemahaman dan tumpuanterhadapsesuatupenulisan. Penggunaan e-Wrtie juga bolehdisebarluaskanlagikepadalebihramai murid sebagaipesertakajian. RUJUKAN Abdul RasidJamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid -Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12. Harris Fadzilah Kassim . (2002) .Masalah menulis karangan di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Pendidikan. MarohainiYusoffYusoff (2004) Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Sharifah Nor Puteh &Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1 1, (2), 1–15. TamamTimbang, ZamriMahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff&JamaludinBadushah. (2010). Masalahmembaca murid- murid sekolahrendahkerajaan di Brunei Darussalam: Satu kajiankes. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 77-85.
1 PENGGUNAAN AUGMENTED REALITY (AR) DALAM BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1Norafidah Noralidin Ph.D, Khadijah Adenan, 2 3Sonny Teh Eng Chong, Lee Chee Huat 4Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Abstrak Pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) yang digabungkan dengan teknologi terkini akan membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan Augmented Reality (AR) dalam bahan bantu mengajar (BBM) bahasa Melayu di salah sebuah sekolah rendah di Kota Kinabalu. Secara langsung kajian ini membantu dalam mengenal pasti keperluan pembinaan BBM Bahasa Melayu yang mengintegrasikan AR dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta kajian terdiri daripada seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar murid-murid Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dikumpulkan dengan temu bual, nota lapangan dan rakaman gambar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa AR yang telah diintegrasikan dalam BBM Bahasa Melayu telah memberikan nilai tambah kepada bahan pengajaran tersebut iaitu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan efektif, peluang meneroka maklumat baharu dan memberi pengalaman menarik kepada murid. Kesimpulannya, AR sesuai diintegrasikan dalam bahan pengajaran BM. Kata kunci: Augmented Reality (AR), bahan bantu mengajar, Bahasa Melayu, mengintegrasikan, kefahaman murid Pengenalan Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi bagi setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk murid-muridnya agar dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu, guru juga haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran. Hal Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi murid untuk belajar. Guru juga perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada murid-muridnya dengan BBM yang mampu membantu kefahaman dan menolong murid ke arah pembelajaran yang lebih bermakna (Mohamed Arip et.al, 2014) Sehubungan dengan itu, dalam era globalisasi ini bahan pengajaran guru bukan hanya tertumpu kepada buku teks tetapi perlu digabungkan dengan elemen-elemen teknologi agar murid-murid lebih tertarik untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ledakan teknologi pada masa kini juga telah menyebabkan pelbagai hardware dan perisian intranet dan
2 internet dicipta bertujuan untuk memberi kemudahan dalam mengakses serta memproses maklumat dengan lebih banyak , menarik ,cepat dan mudah. Latar Belakang Penggunaan aplikasi telefon melalui Google Play Store didapati telah mencapai 2.8 bilion dan pada tahun 2017 di Malaysia sahaja sebanyak 2.2 bilion pengguna telah memuat turun pelbagai aplikasi daripada sumber tersebut (The Statistics Portal,2017). Di negara ini juga pengguna telefon telah mencecah 11 juta namun pengguna yang ramai itu didapati sebahagian besarnya adalah untuk permainan dalam talian. Sumber yang dinyatakan tersebut menjelaskan bahawa bahan-bahan dalam talian yang berfokuskan pendidikan agak kurang justeru Kementerian Pendidikan Malaysia atau mana-mana pihak yang berkaitan perlu membuat anjakan paradigma dengan menghasilkan pelbagai aplikasi pendidikan yang berasaskan telefon. Sehubungan dengan itu, antara aplikasi bahan bantu mengajar yang boleh menggabungkan teknologi dan bahan bercetak ialah Augmented Reality (AR). Augmented Reality (AR) atau dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai realiti berperantara merupakan sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh telefon bimbit atau komputer yang melalui aplikasi ini objek visual yang ada pada buku atau apa-apa jua bahan bercetak akan menghasilkan pemandangan sebenar yang kelihatan di paparan skrin. Hasilnya, pengguna dapat memandang dunia sebenar melalui skrin komputer atau telefon dan mereka akan mendapati seolah-olah visual tersebut wujud secara realiti. Perkembangan teknologi seperti AR ini menyebabkan banyak buku atau bahan bacaan yang menggunakan atau menggabungkan teknologi ini sama ada dalam buku cerita, buku kanak-kanak, buku teks dan sebagainya. Oleh itu, menggunakan AR sebagai BBM akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Bahan bantu mengajar sangat penting sebagai alat yang akan membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan efektif manakala untuk murid pula bahan bantu ini akan memudahkan mereka memahami pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap apa-apa yang disampaikan oleh guru. Walau bagaimanapun kreativiti seorang guru sangat penting dalam menghasilkan BBM yang bermakna iaitu bahan yang boleh memberi impak kepada anak didiknya dalam bilik darjah. Bahan itu juga perlu selari dengan perkembangan terkini sesuai dengan generasi murid pada masa kini. Persoalannya ialah mampukah semua guru menghasilkan BBM yang menggunakan teknologi terkini? Apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk membantu guru-guru yang kurang mahir mengaplikasikan teknologi dalam bahan pengajarannya? Sesungguhnya pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru dalam menggunakan bahan tersebut dan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu BBM akan terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi (Faizah Ja’afar, 2017). Menurut Mahamid & Embi (2008), kurangnya bahan bantu mengajar di sekolah membantutkan kreativiti guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk mengalakkan pembelajaran aktif di dalam bilik darjah. Beliau juga menyatakan bahawa hal ini menyebabkan guru cenderung untuk bergantung kepada bahan bantu mengajar bercetak seperti buku teks dan buku kerja sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikan, keperluan membina satu bahan bantu mengajar yang mengaplikasikan teknologi terkini sangat perlu dititikberatkan. Pembinaan BBM ini akan membantu guru-guru yang kurang berkemahiran untuk memastikan mereka tidak ketinggalan berbanding yang lain. Di samping itu, bahan yang dibina juga perlulah menggunakan sumber bahan yang sedia ada seperti buku teks. Hassan & Abdul Rahman (2011) pula berpendapat proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian, perisian
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107