Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore KK Penulisan Tugasan 2 Final

KK Penulisan Tugasan 2 Final

Published by marjiana.sani, 2021-12-03 12:24:20

Description: KK Penulisan Tugasan 2 Final

Search

Read the Text Version

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) (AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2) EDUP 2083D ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH: MARJIANA BINTI SANI NAMA NO. KAD PENGENALAN 771123-14-5206 ANGKA GILIRAN KUMPULAN 2021192380031 TAJUK TUGASAN NAMA PENSYARAH DAN JABATAN PAK A2 TARIKH HANTAR PENULISAN AKADEMIK TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS EN. BADRUL HISHAM B MOKHTAR (JABATAN ILMU PENDIDIKAN) 5 DISEMBER 2021

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan ............................................................................................................... 1 2.0 Perkembangan Konsep Kendiri ................................................................................. 1 3.0 Perkembangan Pembentukan Personaliti ................................................................. 2 4.0 Rumusan................................................................................................................... 6 Rujukan................................................................................................................................. 7

1.0 PENGENALAN Personaliti berasal dari perkataan Latin ‘persona’ yang bermaksud topeng muka. Manakala definisi personaliti dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud perwatakan atau keperibadian seseorang. Konsep kendiri adalah intisari personaliti yang mempengaruhi personalitinya. Ianya berkaitan dengan tanggapan individu tentang diri seseorang sama ada yang positif atau negatif. Tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza bagi setiap individu (orang perseorangan). 2.0 PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya bayi tidak mempunyai konsep ‘kendiri’. Ketika kanak-kanak berusia 18 bulan sehingga 24 bulan, adalah dipercayai bahawa konsep ‘kendiri’ baru muncul (Papalia, 2001). Mereka menyedari (apabila melihat cermin) bahawa mereka adalah individu yang berbeza dengan individu yang lain. Ketika umur ini, mereka akan menggunakan kata nama ganti seperti saya, adik yang ianya merujuk kepada diri mereka sendiri (kajian Lweis 1997 dalam Papalia, 2001). Apabila kanak-kanak sudah menyedari konsep kendiri, mereka mula menilai dirinya dan menceritakan (self-description and self-evaluation) kepada orang lain. Pada masa yang sama, mereka menghasilkan tindak balas emosi kepada perkara seperti perasaan sedih apabila dimarahi oleh ibu bapa mereka. Tahap ini akan membentuk pola moral dan perkembangan “hati kecil” (conscience). Perkembangan seterusnya adalah perkembagan autonomi (18 bulan sehingga 30 bulan). Dalam tahap ini, Teori Erikson diguna pakai iaitu tahap kawalan luaran akan bertukar kepada kawalan kendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak yang baru belajar untuk latihan ke tandas. Kanak-kanak akan mendapat latihan autonomi dan kawalan diri. Perasaan ragu-ragu akan memberikan pengalaman kepada kanak-kanak untuk mengenal pasti kemahiran yang belum mereka kuasai. Seterusnya adalah latihan sosialisasi dan internalisasi iaitu pembentukan hati kecil. Ini adalah untuk kanak-kanak yang berusia 3 hingga 11 tahun. Kawalan kendiri (self-regulation) merupakan asas untuk sosialisasi yang menghubungkan dengan semua domain perkembangan seperti fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Zaman remaja adalah zaman dimana kecelaruan identiti boleh berlaku. Ketika ini mereka menghadapi masalah untuk membina jati diri atau imej kendiri. Mereka akan menjadikan seseorang sebagai model supaya mereka boleh mencontohi identiti model tersebut. Oleh sebab itu, ramai remaja menjadikan orang yang lebih popular sebagai role-model mereka. 1

3.0 PERKEMBANGAN PEMBENTUKAN PERSONALITI Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkanibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat al -Bukhari dan Muslim) Hadis di atas membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu dan bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka. Hadis Rasulullah SAW jelas sekali menegaskan bahawa ibu bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Kenyataan ini menjelaskan perlakuan manusia secara umumnya. Perbezaan di antara manusia mencerminkan keunikan dan keagungan Allah SWT. Woodcock (2000) menyatakan bahawa perbezaan individu adalah sesuatu yang menakjubkan. Beliau juga berpendapat bahawa hampir kesemua kanak-kanak dikenalpasti dilingkungi persekitaran yang berbeza-beza. Ianya bergantung kepada perbezaan dari segi latar belakang keluarga, rakan sebaya, agama, tempat tinggal, pendidikan dan lain-lain. Contohnya, Fatimah yang dilahirkan dibandar mungkin mempunyai personaliti berbeza dengan Hana yang dilahirkan dikampung. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam tahap perkembangan personaliti kanak-kanak, terutamanya lelaki sebagai bapa. Mereka harus melibatkan diri secara lansung atau tidak langsung dengan perkembangan kanak-kanak. Penglibatan diri secara aktif bersama kanak-kanak, terutamanya ketika mereka membesar, akan memberikan impak yang positif dalam perkembangan mereka. Apabila ibu dan bapa berkongsi tanggungjawab dalam sesebuah hubungan. Secara tidak lansung, hubungan menjadi lebih harmoni, dan kebajikan kanak-kanak akan terpelihara. Ada beberapa faktor penting dalam tahap perkembangan yang dibentuk untuk menjadikan seseorang individu menjadi lebih baik atau sebaliknya. Perkara ini diakui oleh kaunselor seperti En Harjazi dari IPGKBM. Beliau menyatakan bahawa keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan personaliti kanak- kanak. Temubual bersama beliau telah diadakan pada 9 Nov 2021. 2

Rajah 1: Temubual bersama En Harjazi sekalu kaunselor di IPGKBM 3.1 Baka - faktor baka merupakan faktor yang sangat penting dalam membentuk tahap perkembangan kanak-kanak. Faktor-faktor genetik telah menghasilkan pembawaan atau potensi untuk perkembangan. Aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza berpandukan peranan baka ini. Pengaruh baka lebih diukur dengan ciri-ciri fizikal dan tidak tertumpu kepada tahap intelek. Walaupun begitu, personaliti sosial adalah tidak terlalu terhad dengan baka dan ianya lebih kepada dipengaruhi oleh persekitaran. Contohnya, seorang ibu bapa yang tinggi, berkemungkinan akan mempunyai anak yang juga tinggi bentuk fizikalnya. Rajah 2: En Harjazi juga menyatakan bahawa bentuk tubuh seseorang juga memainkan peranan dalam pembentukan personality seseorang 3.2 Bentuk Tubuh Badan – ianya akan mempengaruhi personaliti secara lansung atau tidak lansung. Perkara yang boleh dibuat atau tidak adalah bergantung kepada bentuk tubuh badan kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berbadan besar atau terlalu kecil akan mengalami pengalaman di mana ada sebahagian dari aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilakukan berikutan dengan saiz badan mereka. Manakala, secara tidak langsung ianya berkaitan dengan perasaan mereka. Sebagai contoh di atas, apabila mereka tidak dapat melakukan aktiviti tersebut, mereka akan mengalami 3

perasaan rendah diri dan akan meningkatkan kebergantungan kepada ibu bapa serta akan membentuk personaliti tidak matang di kalangan kumpulan yang seusia mereka. 3.3 Kecacatan Fizikal – adakalanya kecacatan fizikal boleh mempengaruhi tahap perkembangan kanak-kanak. Perkara ini boleh berlaku sekiranya ada dikalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran contohnya, bergaul dengan kanak-kanak yang sihat secara fizikal. Masalah boleh berlaku sekiranya kanak-kanak yang sihat secara fizikal tadi tidak mengetahui bahawa ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Jadi mereka akan menganggap bahawa rakan mereka (yang mempunyai masalah pendengaran) merupakan seorang yang tidak suka bergaul atau sombong. Persepsi ini akan berlanjutan sehingga dewasa dan akan menimbulkan salah faham di antara mereka. 3.4 Kecerdasan – kecerdasan juga adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang terlalu cerdas atau terlalu lembab dan mereka mempunyai jurang sosial yang sangat ketara. Perkara ini diburukan dengan perbezaan sosial dari kalangan ibubapa, guru atau masyarakat sekeliling. Bagi personaliti yang terlalu lembab misalnya akan membawa kepada perbezaan yang akan membentuk corak-corak tingkahlaku yang di anggap rendah bagi sesetengah standard sosial yang diperlukan bagi tahap umurnya. Begitu juga sebaliknya. Mereka akan berasa kurang senang sekiranya mereka bergaul bersama dan ini akan menyebabkan yang kurang cerdas akan memencilkan diri seterusnya membentuk personaliti yang “introvert”. 3.5 Emosi – Tindakbalas seseorang kanak-kanak terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan satu emosi yang berbeza-beza. Emosi tersebut biasanya akan mempengaruhi cara pembawakan dirinya. Oleh itu adalah penting untuk kanak-kanak tahu cara menguruskan emosi mereka sendiri. Apabila kanak-kanak meluahkan perasaan marah, ibu bapa harus tahu menerima secara positif perasaan marah anak- anak mereka dan mengambil tahu bahawa perasaan mereka ini adalah benar. Ibu bapa tidak boleh bersifat ‘denial’ terhadap emosi anak-anak ini. Apabila perasaan kanak-kanak sering tidak diendahkan atau ada sekatan emosi oleh orang ibu bapa, kanak-kanak akan memutuskan untuk memendam perasaan dan seterusnya mereka boleh menjadi kemurungan. Emosi yang dominan ini akan membentuk peribadi mereka. Pengalaman awal kanak-kanak – pengalaman awal kanak-kanak biasanya akan terpahat di didalam sanubari mereka sehingga dewasa. Contohnya pengalaman selalu dimarahi ketika mereka membuang air besar atau kecil di merata tempat akan memberikan satu pengalaman yang menakutkan bagi kanak-kanak. Mereka akan 4

lebih cenderung untuk tidak berkongsi tentang perasaan ragu-ragu itu. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan masalah sosial yang terjadi kebelakangan ini. Mereka akan menjadi keliru untuk memilih rakan yang berlainan jantina dan boleh terjebak dengan masalah sosial yang parah. 3.6 Pengaruh keluarga – keluarga adalah segalanya bagi kanak-kanak di awal usia. Bagi keluarga yang harmoni dan berkasih sayang akan menjadikan kanak-kanak mempuyai emosi yang stabil. Sekiranya mereka membesar dengan melihat ketidakstabilan keluarga, mereka akan membesar dengan emosi yang sedikit terganggu. Oleh yang demikian, mereka akan memilih untuk bergaul dan lebih rapat dengan rakan sebaya sebagai ganti kepada keluarga. 3.7 Pengaruh kebudayaan – pola personaliti kanak-kanak akan terbentuk dengan standard kebudayaannya. Sejak dari kecil lagi kanak-kanak akan dilatih oleh ibubapa mereka untuk mengikuti standard kebudayaan mereka bersama masyarakat setempat. Oleh yang demikian, dimana kanak-kanak itu dibesarkan akan mempengaruhi pola personaliti yang tersedia terbentuk. Contohnya, kanak-kanak yang dibesarkan di Eropah adalah berbeza dari segi perkembangan sosial mereka. Mereka lebih terbuka dalam berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa manakala di Asia, kanak-kanak lebih berinteraksi secara tertutup. 3.8 Pengaruh kawan – pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personaliti kanak-kanak. Menjadi popular di sekolah akan menjadikan kanak-kanak ini mempunyai personaliti yang lebih tenang dan menimbulkan sifat keyakinan diri yang tinggi. Manakala kanak-kanak yang tidak disukai akan menjadikan mereka dengan sifat inferior, rasa rendah diri atau marah dengan kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Di peringkat inilah sebenarnya kejadian buli boleh berlaku. Mereka akan lebih teruja sekiranya perbuatan nakal mereka mendapat perhatian daripada pihak-pihak tertentu. 3.9 Pengaruh sekolah – guru di sekolah memainkan peranan penting bagi perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak akan menjadikan guru mereka sebagai idola dan guru dapat mempengaruhi emosi kanak-kanak serta berkebolehan untuk memperbaiki emosi yang tercalar. Personaliti guru yang tidak disukai oleh kanak-kanak juga boleh mempengarui personaliti kanak-kanak. Mereka akan belajar untuk tidak menghormati orang dewasa lain selain dari ibubapa mereka sendiri. Pemberian markah juga akan membentuk personaliti kanak-kanak. Mereka akan lebih dihargai sekiranya mendapat markah yang tinggi dari guru mereka. Ini akan meningkatkan keyakinan diri serta boleh menjadi contoh kepada rakan yang lain. 5

4.0 RUMUSAN Faktor-faktor yang sudah dinyatakan boleh membentuk personaliti kanak-kanak menjadi lebih baik atau sebaliknya. Apabila kita menjadikan faktor ini menjadi positif, maka hasilnya akan lebih positif begitu juga sebaliknya. Guru akan lebih memahami pendirian kanak-kanak yang mempunyai perbezaan latar belakang dan lain-lain faktor perbezaan. Perbezaan ini akan memberikan implikasi kepada pembelajaran dan pengajaran untuk guru menjadi lebih kreatif untuk memenuhi perbezaan gaya belajar dan gaya berfikir. 6

RUJUKAN Abdullah, M. R. (2002). Psikologi. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Inc. Amir, F. (2019, Januari 18). Padah Hati Anak Terbeban. Sinar Islam, p. 4. Elias, N. F. (1997). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Suppiah Nachiappan, R. J. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Yahaya, P. M. (2008). Pembentukan Personaliti Remaja. Psikologi , 4-8. 7


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook