Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore SHE101 - MAJALAH KUMPULAN 9

SHE101 - MAJALAH KUMPULAN 9

Published by Adib hurairah, 2021-06-08 14:27:05

Description: Lai Choi Yi 149077
Ling Wei Tin 149010
Nur Qhalillah Batrisyia Binti Rasselan 146798
Ahmad Adib Hurairah Bin Shahrul Aman146085
Ct Faizah Abdul Rahman 147613

Search

Read the Text Version

RAHSIA DI AZMIRA BINTI SEBALIK BATIK ABDUL GHAFAR Latar belakang & Sejarah Kongsi pengalaman beliau dalam mengurus kilang batik KEPENTINGAN BATIK TERHADAP DESIGN BATIK RAKYAT MALAYSIA TERKINI Perpaduan rakyat disebab Dekat dengan fesyen batik oleh seni batik yang bergaya PANDANGAN RAKYAT MALAYSIA Suara dalaman rakyat terhadap perkembangan seni batik di Malaysia

ABSTRAK Batik adalah seni tekstil yang dipopularkan sejak abad ke 15 dan telah diperkenalkan di Malaysia di negeri Kelantan sejak tahun 1910. Seni ini berasal daripada negara Indonesia, di mana perkataan Jawa ‘tik’ yang bermaksud menitik atau menulis titik- titik dan ‘ambatik’ pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Seni batik telah menjadi salah sebuah identiti budaya Malaysia. Negara kita telah memilih batik sebagai salah sebuah perusahaan seni yang diiktiraf dengan pengaruh budaya dan gaya hidup. Kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan. Perpaduan antara masyarakat yang melibatkan aspek seni warisan dan budaya penting dalam mencapai kesepakatan dan kesatuan bangsa. Secara tidak langsung, pakaian batik telah menjadi simbol pakaian rakyat Malaysia. Apabila seseorang memilih pakaian batik, ia akan menyebarkan tanda kesepakatan dan keharmonian rakyat negara. Melalui majalah ini, kita dapat memahami tentang latar belakang dan sejarah perkembangan seni batik di Malaysia, proses melakukan batik canting, dan peralatan yang digunakan untuk seni batik. Tambahan pula, kita juga dapat melihat dan mengkaji seni batik daripada beberapa aspek dengan meneliti dan menjalankan sesi temu bual dengan individu yang bekerja dalam bidang seni batik serta rakyat biasa. Dengan ini, kita dapat memahami pengaruh seni batik ini terhadap perpaduan pelbagai etnik dan kepentingan untuk mewarisi seni ini secara keseluruhan.

ISI KANDUNGAN 01 Latar Belakang Sejarah & Perkembangan Batik 02 Proses Membuat Batik 03 Temu Bual SH Design Batik Azmira Binti Abdul Ghafar 04 Temu BualResponden 05 Promosi Batik 06 Biodata

Latar Belakang 01Sejarah & Perkembangan Batik



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BATIK Batik merupakan salah satu seni Negeri-negeri seperti Kelantan dan tradisional ataupun kraft tangan yang Terengganu merupakan negeri utama terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan yang menjadi ikutan ataupun perintis Melayu. Kraf tangan ini mencerminkan oleh negeri-negeri lain untuk budaya dan kaum Melayu itu sendiri. mengembangkan lagi sejarah batik di Teknik batik merupakan satu jenis kain Malaysia. Pada tahun 1914, batik mula yang dihasilkan melalui proses menerap dihasilkan di Kota Bharu, Kelantan lilin cair dan mencelup warna. yang dipercayai dipelajari di Kepulauan Jawa. Orang pertama yang mula Ia dikatakan berasal daripada bahasa menghasilkan kain batik di Kelantan, Indonesia yang mempunyai makna Malaysia merupakan Haji Che Su bin pakaian yang mempunyai titik-titik kecil Ishak. Beliau menggunakan Kain Pereir ataupun rintik-rintik putih yang wujud atau Kain Pelangi iaitu kain sutera pada kain berwarna ataupun bercorak. tiruan yang diimport dari negara Siam. Selain itu, terdapat sebahagian pihak lain Beliau bersama rakan-rakannya yang yang mengatakan bahawa perkataan lain mengusahakan perusahaan batik batik berasal dari Jawa yang mempunyai pelangi di tepi sungai di lorong Gajah makna proses menghasilkan batik Mati, Kota Bharu. dengan menggunakan titik lilin. Tambahan pula, terdapat beberapa Di samping itu, sejarah seni batik telah teknik dan proses membuat batik wujud sejak 2000 tahun yang lalu di Parsi kerana setiap teknik mempunyai dan Mesir serta mula digunakan di China identiti yang tersendiri. Salah satu dan Jepun dalam abad ketujuh. teknik batik yang terkenal dan Kemudian, sejarah batik dipercayai dihasilkan dewasa ini merupakan batik bermula di Malaysia sejak abad ke 15 Canting. Batik Canting merupakan Masehi iaitu pada zaman Parameswara. batik yang dilukis coraknya di atas kain Penggunaan lilin telah diperkenalkan dan ia sangat terkenal di Terengganu. pada tahun 1920-an oleh pengusaha- Hasil corak dari proses Canting pengusaha batik di negeri-negeri Pantai merupakan corak yang sangat cantik Timur Semenanjung. dan unik tetapi memakan masa yang agak lama. Oleh itu, batik yang dihasilkan menggunakan proses Canting ini menjadi lebih mahal. BAB 1 | 03



BAB 1 | 05 Kepentingan batik menjadi ketara sejak FUNGSI BATIK SEBAGAI beberapa tahun yang lepas setelah batik ELEMEN PERPADUAN DI sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu MALAYSIA terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan. Bagi lelaki, batik Batik adalah salah satu tradisi atau kraftangan warisan boleh dipakai di majlis-majlis makan malam yang perlu dikekalkan dan dipopularkan supaya dan wanita memakai pakaian batik sebagai generasi masa hadapan masih mengenali batik ini pakaian formal serta menggabungkan batik sebagai seni warisan lama. Kepentingan perusahaan dengan fesyen moden. Tanpa disedari, seni batik wajar dikenal pasti. Perusahaan batik warisan dan budaya kreatif ini mampu merupakan senjata yang ampuh dalam menjana menjaga dan memartabatkan kesenian dan pendapatan negara. Sebagai contoh, pengusaha batik kebudayaan sesuatu bangsa serta timbul boleh mengeksport batik buatan Malaysia ke seantero sebagai satu gagasan. Hal ini kerana ianya dunia. Impaknya, hasil pendapatan negara pasti dapat menyatukan dan meningkatkan meningkat. Peluang pekerjaan juga akan meningkat maruah bangsa sekaligus dapat mencapai andai kata perusahaan batik berkembang pesat. gagasan satu Malaysia di Nusantara yang Tamsilannya, pengusaha batik memerlukan pekerja boleh kita banggakan. Gagasan yang inovatif untuk mereka cipta batik dan memasarkannya. dan kreatif mampu untuk mengeratkan Perusahaan batik juga merupakan alternatif yang perpaduan yang utuh di samping menjadi efektif dalam meneruskan warisan bangsa kita. Semua bangsa yang berbudaya dan mempunyai pihak wajar menggembleng tenaga untuk moral yang tinggi nilainya. mengembangkan perusahaan batik.



02Proses Penghasilan Batik Canting

PROSES PENGHASILAN BATIK CANTING Batik canting yang berkualiti pastinya mempunyai proses penghasilannya yang tersendiri sehinggakan menerpa nama dalam industri seni Malaysia. 1. MEMBASUH KAIN Membasuh kain dasar atau kain putih yang telah dipotong mengikut saiz diperlukan untuk menghilangkan kanji. Kemudiannya, jemur kain sehingga kering. 2. MENYURIH Melakar reka corak serta motif batik di atas permukaan kain di atas meja surih dengan menggunakan pensil 2B. 3. MEREGANG ATAU MENEGANG Meregang atau menegang kain yang telah dilukis lalu menyangkut kedua- dua hujung kain pada susunan paku yang terdapat pada alat pemidang mudah alih atau meja terap. BAB 2 | 08

BAB 2 | 09 4. MENCANTING Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting kemudian dilakar di atas permukaan kain yang diregang di atas pemidang untuk mengelakkan pencampuran warna. 5. MEWARNA Proses mewarna dilakukan mengikut corak yang telah dilukis pada kain menggunakan warna campuran yang kontra, gelap, cerah dan sebagainya untuk hasil yang menarik. 6. MEMATIKAN WARNA Setelah siap proses mewarna, permukaan batik disapu dengan sodium silicate sepenuhnya umtuk matikan warna. Biarkan selama 8 hingga 12 jam.

7. MEREBUS KAIN Kain akan direbus di dalam larutan air bercampur serbuk soda (soda ash) mengikut sukatan untuk menanggalkan lilin dan lebihan pewarna. 8. BILAS DAN JEMUR Setelah direbus, kain perlu dibasuh dan dibilas dengan pelembut kain dan air bersih. Pastikan kain benar- benar bersih dan kemudian dijemur hingga kering. 9. MELIPAT DAN MEMBUNGKUS Kain batik telah siap untuk dipasarkan.

1. Jenis Kain Terdapat pelbagai jenis kain yang sering digunakan seperti kain biasa (Cotton Viscose) atau kain licin (Crepe Silk). 2. Pensil Penggunaan pensil yang berkualiti penting untuk membuat lakaran batik yang kemas mengikut corak tertentu. 3. Canting Alat Canting digunakan untuk melukis wax sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap zat warna. 4. Papan Papan berfungsi sebagai tempat untuk melampirkan kain bagi memudahkan lakaran dan proses mewarna kain Alatan yang 5. Dye (Warna) diperlukan untuk Pewarna khas atau Dye adalah jenis serbuk penghasilan batik canting: yang dicampur dengan sedikit air untuk menghasilkan warna yang diinginkan. 6. Lilin (Wax) Lilin cair jenis solid dimasak sehingga dalam suhu yang sederhana dan dibiarkan seketika untuk mengeluarkan asap tebal sebelum diisi ke dalam alat canting. BAB 2 | 11

Temu Bual 03SHDesignBatik Azmira Binti Abdul Ghafar

NGISED HS AZMIRA BINTI ABDUL GHAFAR Pengusaha SH Design Batik

SH DESIGN \"If you love yourself, do it for you. At the end of the day, it's a matter of self- respect.\" 1. Bagaimanakah timbul minat dalam perniagaan batik bagi Puan Azmira sehingga berjaya memasarkannya ke seluruh negeri dan membuka butik serta kilang sendiri? Pada permulaan saya tidak tahu mengenai batik dan hanya memakai 3. Berapakah purata modal yang diperlukan untuk membuat satu kain yang dibeli. Lama-kelamaan keluaran batik? saya timbul minat yang mendalam Purata modal segulung kain iaitu dalam anggaran 4 meter kepada batik lalu mengambil order bergantung kepada jenis kainnya iaitu kain sutera boleh mencecah di daripada kawan-kawan dan bawah RM200, Kain Cutton pula di bawah RM100 ke bawah. Namun semakin mendapat sambutan serta cara pembuatan kain batik yang lebih kompleks boleh meningkatkan permintaan orang ramai. Setelah hasil pengeluaran. berbincang dengan suami, saya 4 Kebiasaannya dalam masa seminggu berapakah keluaran batik mula merangka dan membuat pelan yang berjaya dihasilkan oleh syarikat puan? perniagaan batik lalu mula belajar Pengeluaran kain batik bergantung dan mencari pembekal dan bahan- kepada cuaca, jika keadaan cuaca yang baik kami dapat menghasilkan bahan. kain batik dalam jumlah yang banyak. Namun disebabkan oleh 2. Bolehkah Puan berkongsi PKP kami hanya mampu untuk pengalaman bagi mendapatkan menghasilkan 15 hingga 20 pasang inspirasi dalam menghasilkan kain batik sahaja dalam masa rekaan corak batik seperti motif seminggu. abstrak atau flora? BAB 3 | 14 Terdapat banyak inspirasi dalam pembuatan corak batik antaranya adalah corak bermotifkan multiflora, fauna serta corak geometri. Susunan yang dilukis juga harus kreatif dan pelbagai dengan menggabungkan pelbagai motif. Namun pelanggan juga boleh meminta corak yang tersendiri untuk dijadikan kain batik.

SH DESIGN 5.Bagaimanakah anda 8. Apakah perancangan Puan Azmira mempromosikan syarikat perniagaan batik anda bagi kekal pada masa hadapan dalam berdaya saing? mengembangkan perniagaan SH Batik cantik sekarang mempunyai persaingan antara batik digital. Design sebagai contohnya Namun batik canting mempunyai kualiti yang lebih berkualiti. Oleh itu menambahkan kelengkapan atau saya lebih memfokuskan kepada jualan online di Facebook Rasmi strategi pemasaran? syarikat. Pada masa ini saya menumpukan 7. Sebelum memulakan perniagaan kepada pencarian ejen atau batik, apa persiapan yang perlu dropship bagi memasarkan produk dilakukan oleh individu untuk keluaran syarikat saya. Selain tu, bergelar usahawan yang berjaya saya turut menambah penghasilan dalam industri seni batik? pelbagai jenis batik seperti Blok dan ikat celup. Saya juga menambah produk-produk yang lain iaitu kain sarong, baju cutton dan baju kelawar Seseorang itu harus mengetahui ////////////////////////////////////////////////// kesemua proses penghasilan batik, \"Saya turut mempunyai pelanggan masyarakat bagi memudahkan proses Cina dan India. Kerana pekerja kerajaan akan penghasilan produk. memakai pakaian batik 6. Apakah etika-etika penting yang setiap hari khamis. Perkara ini secara tidak wajar diaplikasikan semasa langsung akan menjalankan perniagaan batik ini? meningkatkan perpaduan kaum dengan Cara penghasilan batik canting menghormati seni amat bergantung kepada cuaca warisan masyarakat yang baik kerana warna akan pudar sekiranya keadaan cuaca yang lain\" lembab. Selain itu, sebagai pengusaha batik, mereka harus tahu Azmira Binti Abdul Ghafar bahan dan teknik penghasilan yang ////////////////////////////////////////////////// baik untuk menjaga ketahanan kain BAB 3 | 15

Temu Bual 04Responden

Temu Bual atas talian yang mengenai seni batik telah dijalankan dengan khalayak ramai. Jason: melawati Saya pernah berpengalaman kilang pengeluaran kain batik. Faris: Muhammad Fikri Bin Azman Setahu saya kain batik digunakan oleh Kuala Lumpur orang perempuan. Angel Ang: Siti Sumayya: Sejak kecil lagi saya telah diperkenalkan oleh buku-buku teks tentang kraftangan ini. Saya tahu tentang sejak saya bersekolah rendah lagi. Guru-guru telah memperkenalkan lukisan batik serta Firdaus: pakaian yang berunsurkan batik. Melalui daripada media sosial, kerana di media sosial banyak memaparkan perkara Muhammad Fikri: tersebut untuk hiasan rumah dan Mengenali tentang kain batik melalui sebagainya. pemakaian orang lain terutama ahli keluarga. Le Hui: Melalui pelajaran sekolah rendah. Sejak kecil lagi, guru-guru telah memperkenalkan seni batik dan memberi peluang belajar membuat seni ini. Syakeer: Tahu. Kepelbagaian rekaan seperti baju, kemeja, tudung dan lain- lain. Muhamad Syakeer Hilfie bin Subki Adakah anda tahu tentang teknik Kedah pencetakan kain batik? Syakeer: Firdaus: Tahu serba sedikit sahaja. Hanya tahu lilin Ya, saya tahu, terdapat dua teknik untuk digunakan untuk mewarnakan kain batik. melukis batik iaitu lukis dengan wax dan juga menghasilkan cop di atas kain. Le Hui: Tidak. Saya cuma tahu 'wax' digunakan untuk menghasilkan batik. Faris: Saya tidak tahu, Tetapi, saya pernah melihat proses pencelupan kain batik dalam lilin. Angel Ang: Muhammad Firdaus Bin Mohd Sani Saya cuma mengetahui pembuatan batik Pasir Mas, Kelantan tradisional memerlukan alat canting yang diisi dengan lilin panas. Pencetakan kain batik mungkin merujuk kepada penggunaan mesin untuk menggantikan tenaga manusia dalam menghasilkan coraknya. BAB 4 | 17

Siti Sumayya Binti Mohamed Mehboob Georgetown, Penang Firdaus: Fikri: Ya saya akan memakai kain batik Ya, Untuk memberi sokongan kepada kerana saya sebagai bakal guru akan produk buatan Malaysia. memakai kain batik pada hari khamis Barang Baik, Barang Kita! dan corak pada baju batik dapat menaikkan keyakinan saya. Le Hui: Sudah tentu! Kain batik ini selesa dan Chris: dapat melambangkan budaya Malaysia. Kalau diberi peluang, semestinya saya Saya akan memilih untuk memakai akan memilih ikut kualiti serta warna batik fesyen pada majlis rasmi. yang diminati. Syakeer: Jason: Semestinya kerana ia rekaan ekslusif Ya, pakaian batik diterima sebagai dan cantik! pakaian formal. Oleh itu, saya akan memilih pakaian batik yang lebih selesa untuk menghadiri majlis formal. Jason Chin Angel Ang Li Fang Kuala Lumpur Kuching, Sarawak BAB 4 | 18

Le Hui: Foong Le Hui Ya, Pada pendapat saya, seni batik merupakan seni tradisi Puchong, Selangor yang dapat melambangkan Malaysia. Teknik batik mestilah diwarisi dan dipelihara supaya seni tidak dilupakan. Chris: Teknik batik seharusnya dipelihara sebab ini merupakan warisan seni negara yang amat penting dan menzahirkan identiti kaum Melayu. Angel Ang: Teknik batik seharusnya dipelihara dan dihargai kerana ia merupakan salah satu tradisi dan kraf yang diwarisi secara turun-temurun. Batik ini telah menjadi satu tarikan kepada pelancong untuk mengunjungi ke Malaysia dan mampu menjana pendapatan kepada peniaga tempatan. Sekiranya ia tidak dihargai maka ia merupakan satu kerugian kepada warga tempatan untuk menggunakan produk tempatan yang berkualiti. Muhammad Faris Bin Jas Wari Syakeer: Kuala Terengganu Pada pendapat saya, seni batik dapat memupuk hubungan antara kaum dengan pembawakan peranannya dalam sesebuah sektor. Sebagai contoh, batik merupakan pakaian khusus bagi guru dalam sesebuah sekolah pada hari tertentu yang menjadikan guru pelbagai kaum memakainya dan berkongsi citarasa batik ini. Faris: Kain batik bersifat universal dan tidak semestinya kain batik itu hanya boleh dipakai oleh kaum melayu sahaja. Malah dalam platform media sosial, terdapat banyak kaum-kaum lain seperti cina, atau kaum iban di sarawak yang menggunakan kain batik dalam program yang bertemakan kebudayaan. Siti Sumayya: Seni batik dapat membantu dalam memupuk hubungan antara kaum apabila masyarakat daripada berlainan kaum menggayakan pakaian batik serta mengetahui tentang seni batik ini. Ini akan mengeratkan hubungan masyarakat yang berbeza kaum apabila mereka mencuba dan menghormati budaya masyarakat lain. BAB 4 | 19

Promosi 05Batik





CORAK FLORA Bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau berterabur berfungsi sebagai perhiasan kain ela Corak bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk yang disusun menjalar datar dengan bentuk lembut juga boleh berfungsi untuk menghiasi badan batik sarung. BAB 5 | 23





CORAK FAUNA Rama-rama dan unsur-unsur fauna yang lain seperti motif kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan dan sebagainya.



CORAK GEOMETRI Keluk pinggir awan persegi, pilin berganda, buntut siput, parang rusak, banji, ceplok, jalur dan kawung. Fungsi motif unsur rupa geometri adalah untuk hiasan kaki kain seperti susunan garis-garis halus, motif parang rusak, motif banji dan motif pinggir awan digunakan. Garis-garis lurus juga disusun menjadi seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain. Berikutnya, motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur juga sering digunakan untuk menghiasi batik panjang. BAB 5 | 28

06Biodata

BIODATA Semuanya bermula dari satu pasukan. \"Fashion is about something that comes within you\" LAI CHOI YI - EDITOR Editor majalah yang termudah dalam Malaysia. Kerjasama dengan media fashion global secara konsisten. Mendapat Anugerah ‘Top 10 Magazine Editor in Malaysia’ pada tahun 2019 dan 2020. Penjualan E-majalah telah menduduki tempat pertama dalam negara Malaysia. Mempunyai citarasa fasyen yang tinggi dan sensitif. \"Memories beyond the lens\" AHMAD ADIB HURAIRAH BIN SHAHRUL AMAN - JURU GAMBAR Terlibat dalam bidang fotografi daripada peringkat sekolah menengah. Mengetahui perkara mengenai fotografi. Memenangi beberapa pertandingan fotografi terbuka. Mendapat Aungerah 'Top 20 Photographer in Asia' pada tahun 2020. Memulakan pekerjaan sebagai Wedding Photographer. Mahir dalam menggunakan kamera untuk menghasilkan gambaran fasyen. BAB 6 | 30

“In order to write about life first you must live it.” CT FAIZAH BINTI ABDUL RAHMAN - PENGARANG Menguasai kepakaran mengarang dwibahasa bagi penulisan sastera intelek Menghasilkan karya penulisan yang berilmiah dan kompeten seperti cerpen, berita, novel dan lain-lain Bergiat aktif dalam perkongsian nukilan sastera melalui media sosial Merupakan pengarang bagi kandungan buletin persatuan di universiti Memenangi anugerah karya terbaik peringkat negeri pada tahun 2018 dan 2019. “There is no must in art because art is free” LING WEI TIN - PENGARAH SENI Pernah melibatkan diri dalam perekaan dan penerbitan majalah dan buku diari sekolah menengah. Mahir dalam Photoshop, InDesign, lllustrator dan perisian reka bentuk yang serupa, Event Coordinator dalam mereka cipta portfolio seperti maskot dan kraf tangan dalam Pesta Tanglung di USM. Karya seni lukis pernah diterbitkan dalam surat khabar Sin Chew Daily dan mendapat sijil pengiktirafan daripada pihak penerbit. Mendapat Anugerah Seni Hijau Remaja 2020 yang dianjurkan oleh Sarawak Youth Teenager. “Art helps you express what you can’t” NUR QHALILLAH BATRISYIA BINTI RASSELAN - PENGARAH SENI Terlibat dalam pameran festival gambar peringkat Universiti. Terlibat dengan bahagian media dalam Event Ghombad. Turut menghasilkan beberapa karya berbentuk solekan kreatif dan berkolaborasi dalam kempen visual kreatif. Melibatkan diri dalam seni FestKum 2019 bersama pihak Universiti Sains Malaysia. Terlibat dengan Jabatan Kebudayaan Pulau Pinang dalam seni lain seperti teater dan tarian. BAB 6 | 31



BATIK CANTING


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook