Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea Bahasa Melayu

100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea Bahasa Melayu

Description: 100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea Bahasa Melayu.

Search

Read the Text Version

Bantal Sulam 99 Bantal Bertekat Bantal bertekat ini biasanya digunakan semasa majlis perkahwinan Melayu. Bantal ini biasanya diletakkan di atas Bantal Sulam Malaysia pelamin sebagai kusyen untuk bersandar bagi pengantin atau sebagai bantal tempat pengantin meletakkan tangan untuk Bahan: kain baldu, benang upacara pemberian restu. Bantal bertekat sentiasa sepasang. emas/perak Bantal ini juga boleh digunakan sebagai barang perhiasan di Lokasi: Muzium Tekstil Negara, dalam bilik pengantin. Penghasilan bantal ini boleh mengambil Kuala Lumpur, Malaysia masa berbulan-bulan bergantung pada saiz dan corak motif sulaman. Kuala Kangsar, di negeri Perak, Malaysia, terkenal sebagai satu-satunya tempat semua barangan sulaman dihasilkan pada masa ini. Dikatakan bahawa seorang gadis perlu menyediakan semua sulaman untuk barangan perkahwinannya sendiri, seperti tempat duduk berhias, sarung bantal, cadar, kipas, kasut, dan sebagainya. Perkara ini menunjukkan bahawa kebanyakan gadis Melayu terlatih dan mempunyai kemahiran yang perlu untuk membuat persediaan perkahwinan. Barangan Kerohanian & Komunal

100 Tangkal / Azimat Anting-anting / Tangkal/Azimat digunakan sebagai pelindung daripada bahaya, Agimat (Filipino) untuk memastikan kejayaan atau nasib yang baik, atau untuk cinta. Anting-anting/agimat biasanya dibungkus di dalam kain Tangkal / Azimat Filipina merah atau hitam, di simpan di dalam poket, beg, atau dipinkan Bahan: metal and wax pada pakaian. Yang lain dipakai sebagai rantai tangan, buah Lokasi: Muzium Nasional Filipina, rantai, dan digabungkan ke dalam sapu tangan dan pakaian. Manila, Filipina Kanak-kanak terutamanya di luar bandar Filipina, dikehendaki memakai tangkal/azimat ini, kerana dipercayai mereka lebih Barangan Kerohanian & Komunal mudah terkena roh jahat. Pemburu dalam kalangan kumpulan di Palawan menggunakan tangkal untuk berburu. Semasa revolusi Sepanyol dan Amerika, tentera Filipina memakai tangkal untuk melindungi diri daripada kematian. Kuasa tangkal/azimat dipulihkan semula dengan sembahyang pada Hari Jumaat, terutamanya semasa Good Friday. Apabila tidak dipakai, tangkal ini disimpan di dalam mangkuk atau dibotolkan dengan minyak kelapa untuk terus menjadikan- nya ‘hidup.’ Apabila pemiliknya mati, tangkal/azimat ini boleh diturunkan kepada seseorang yang mereka pilih, Kebanyakan tangkal/azimat yang dijual di Quiapo, Manila dikatakan berasal dari Dolores, Wilayah Quezon, suatu tempat laluan ke Gunung Banahaw, yang terkenal kerana tenaga pemulihan, dengan itu, sering didatangi oleh penziarah. Dengan pengaruh Katolik yang kuat di negara ini, tangkal/azimat telah digantikan dengan tasbih, tangkal/azimat palang dan imej Christ serta Ibu Mary. Kadangkala, tangkal dipakai bersama- sama simbol Kristian ini.

Bekas Tembakau 101 Luka (Hanunóo-Mangyan) Objek ini ialah bekas untuk menyimpan kepingan daun tembakau kering. Tiub ini dibawa oleh orang lelaki dan per- Bekas Tembakau Filipina empuan di dalam beg atau kantung mereka, bersama-sama dengan bahan untuk mengunyah sirih, pinang, daun sirih dan Bahan: buluh kapur. Tutupnya yang disesuaikan dengan bekas mengekalkan Lokasi: Muzium Nasional Filipina, aroma dan bau kuat tembakau. Manila, Filipina Bekas buluh tembakau dan kapur orang Hanunóo dari Mindoro ini biasanya diukir dengan ambahan, sebuah puisi berbentuk tujuh sukatan dalam skripnya. Dengan itu, tiub ini dianggap sebagai alat untuk mengekalkan dan menyampaikan puisi dan skripnya, yang telah pun diinskripsi di dalam UNESCO Memory of the World International Register. Mengunyah sirih diamalkan dengan meluas di Asia Tenggara dan Oceania, digunakan untuk mengukuhkan hubungan, sebagai pemberian kepada nenek moyang dan roh semasa upacara pemulihan, dan sebagai sebahagian daripada upacara perkahwinan. Barangan Kerohanian & Komunal

102 Tepak Sirih Tempat Sireh Tepak sirih (tempat sireh) ialah sebuah kotak dengan bekas untuk menyimpan pelbagai bahan yang digunakan untuk Tepak Sirih Singapura mengunyah sirih. Kapur, pinang, gambir, dan tembakau (temaco) dibungkus bersama-sama untuk membentuk suatu Bahan: gangsa bola yang dikunyah untuk keseronokan. Tepak sirih ini tidak Lokasi: Muzium Nasional dihias, dan mungkin untuk kegunaan harian, dan bukannya Singapura, Singapura untuk upacara khas. Mengunyah sirih merupakan suatu upacara sosial yang penting. Dalam dunia Melayu, mengunyah sirih memainkan peranan yang nyata dalam mengenal pasti budaya, dan digunakan dalam upacara yang menandakan pelbagai peringkat kehidupan, daripada kelahiran, perkahwinan sehingga kematian. Barangan Kerohanian & Komunal

Kipas 103 Talapat Kipas bujur tidak berhias seperti talapat ini diperbuat daripada daun palma, digunakan oleh sami dalam upacara orang Buddha. Kipas Thailand Sami meletakkan dan memegang talapat di hadapan mereka semasa membaca mantera. Walau bagaimanapun, kebanyakan Bahan: daun palma, kayu kipas yang digunakan pada hari ini berhias, yang boleh juga Lokasi: Wat Nang, Bangkok, dibahagikan kepada dua kategori, yang pertama sebagai Thailand simbol pangkat yang diberikan oleh raja kepada sami apabila sami mencapai pangkat tertentu dalam kajian Pali, disebut ‘phatyot’, untuk digunakan dalam upacara keagamaan, kerajaan dan diraja. Kipas kategori kedua yang berhias dibuat secara komersial untuk orang awam. ‘Talapat’ ialah perkataan yang terdapat di dalam Pali, sebuah bahasa kuno dari Asia Selatan dengan tulisan Buddha daripada Kanun Pali ditulis. Tulisan ini biasanya ditulis pada daun palma, yang juga digunakan untuk membuat talapat. Kipas ini dikatakan jenis kipas tertua yang digunakan di Thailand. Pada masa lalu, talapat hanya diperbuat daripada daun palma, tetapi pada hari ini bahan lain juga digunakan seperti sutera, bulu burung, bulu kambing dan baldu, tetapi kipas ini masih disebut ‘talapat’ atau ‘phat’. Barangan Kerohanian & Komunal

104 Loceng Buluh Mõ Tre Loceng ini digunakan untuk membunyikan amaran sekiranya berlaku kecemasan atau untuk memanggil orang ramai datang Loceng Buluh Vietnam menghadiri mesyuarat tempatan. Di sesetengah tempat, Bahan: buluh, kayu terdapat peraturan yang mesti dipatuhi apabila loceng berbunyi. Lokasi: Muzium Etnologi Misalnya, tiga bunyi panjang dengan tiga bunyi biasa menjemput Vietnam, Hanoi, penduduk kampung untuk bermesyuarat, dan satu bunyi Vietnam panjang yang berterusan menandakan kecemasan. Cara menggunakan loceng adalah dengan satu tangan memeg- Barangan Kerohanian & Komunal angnya dan tangan yang satu lagi memegang kayu. Pada hari ini, loceng jenis ini masih digunakan, walaupun terdapat jenis loceng logam yang lain. Loceng ini diperbuat daripada sekeping pangkal buluh dengan pemegang sepanjang 5-7 sentimeter. Terdapat rongga seluas 3 sentimeter lebar di tengah-tengahnya yang mengunjur sepanjang badan buluh bagi menghasilkan bunyi. Di sesetengah kampung, loceng diperbuat daripada kayu pokok nangka. Dalam kalangan orang Tày, selain penggunaannya untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat, loceng ini diikat di sekeliling leher kerbau agar mudah mencarinya di dalam hutan. Jika satu keluarga mempunyai banyak kerbau, hanya satu loceng yang perlu diikat ke leher kerbau yang menjadi ketua.

Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan 6

106 Bubu Ikan Bubu Bubu ialah sejenis perangkap ikan diperbuat daripada buluh dan rangka rotan bulat, digunakan dalam perikanan air tawar. Bubu Ikan Brunei Oleh itu, bentuknya seperti tong tetapi menirus ke arah hujungnya bagi menyerupai suatu kon. Mulutnya, di hujung yang lebih Bahan: rotan, buluh besar, dipadankan dengan bukaan corong terpisah yang Lokasi: Muzium Teknologi membolehkan ikan dan udang masuk ke dalam bubu tetapi Melayu, dalam satu arah sahaja. Sebuah bubu biasanya diletakkan Brunei Darussalam berbaring di dalam air sedalam lutut atau paha di anak sungai atau terusan air dalaman. Pada masa lalu, bubu digunakan dalam acara tertentu disebut alai bubu (tarian bubu) dengan sekumpulan penyanyi membangkitkan roh bubu untuk menari. Penyanyi ini berdiri di sekeliling bubu, memegangnya di tempatnya sambil penonton dicabar untuk menguji kekuatan dengan bubu. Dipercayai bahawa bubu yang dirasuk sangat kuat apabila dinyanyikan dengan lagu alai bubu. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

Bakul Leher Kurus 107 Cheal Kor Sdouch Bakul leher kurus ini digunakan oleh nelayan tempatan untuk menyimpan hasil tangkapan mereka. Bentuknya yang khusus Bakul Leher Kurus Kemboja dan penutupnya yang di atas menghalang ikan daripada lepas dari bakul apabila telah ditangkap. Bakul ini biasanya digantung Bahan: rotan, dikenali di dengan bahagian bawahnya terendam di dalam air supaya ikan Khmer sebagai ‘lpeak’’ terus hidup. Dalam perjalanan pulang atau ke pasar, nelayan Lokasi: Daerah Puok, akan menggunakan daun teratai untuk membungkus ikan Wilayah Siem Reap, secara longgar bagi memastikan ikan terus segar. Kemboja Berikut ialah cerita rakyat orang Kemboja tentang bakul ikan: “Pada suatu masa dahulu, ada seorang nelayan yang sangat miskin dan isterinya yang cantik. Nelayan tersebut menangkap ikan setiap hari tetapi isterinya terlepas ikan tersebut kerana bakulnya berlubang di bawah. Isterinya sangat malas dan tidak peduli hendak membaiki bakul tersebut. Namanya Srey kanh choeu tlouh, ‘’perempuan dengan bakul bocor’. Pada suatu hari, lalu seorang pedagang melintasi isteri nelayan tersebut lalu dia jatuh cinta dengannya. Dengan niat jahat dia menukarkan isterinya dengan isteri nelayan tersebut dan terus menghilangkan diri. Isteri baharu nelayan itu sangat berhati mulia dan membaiki bakul yang berlubang. Dia membantu nelayan tersebut menangkap banyak ikan, yang mereka jual di pasar. Mereka menjadi kaya. Sebaliknya, pedagang yang kaya hilang semua hartanya kerana isteri baharunya yang cantik membazirkan semuanya kerana terlalu malas hendak bekerja.” Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

108 Pemotong Batang Padi Pakato Pemotong batang padi ini digunakan oleh orang dari kumpulan etnik Kajang yang hidup di Kampung Tana Toa, Daerah Pemotong Batang Padi Indonesia Bulukumba, Wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia. Dalam bahasa tempatan, alat ini disebut pakato. Menanam padi dan Bahan: buluh, kayu, besi juga sayur-sayuran, buah-buahan, kopi, herba dan rempah Lokasi: Muzium Nasional merupakan aktiviti utama orang Kajang. Makanan utama Indonesia, Jakarta, mereka ialah nasi, selain jagung. Pada hari ini, orang Kajang Indonesia mengekalkan tradisi nenek moyang mereka. Kehidupan mereka bersifat realistik dan mereka mengelakkan penggunaan peralatan moden, termasuk tenaga elektrik. Wanita Kajang membantu suami atau ibu bapa hanya pada waktu tertentu, seperti musim menuai. Apabila memotong batang padi menggunakan pakato, mereka tidak dibenarkan memikirkan tentang perkara negatif. Apabila musim menuai selesai, orang Kajang mengadakan upacara tradisional disebut “Rumatang”, diketuai oleh orang tua di kampung disebut ammatoa. Upacara ini merupakan upacara menyatakan penghargaan kepada dewa. Wanita Kajang menyediakan persembahan yang terdiri daripada pelbagai makanan diperbuat daripada nasi hitam dan putih, sementara orang lelaki mengikat padi yang dituai menjadi beberapa berkas untuk dikeringkan di bawah sinaran matahari. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

Peralatan Pertanian 109 Baliung Alat ini ialah baliung, berasal dari Sumatra Barat, Indonesia, yang terkenal sebagai kawasan pertanian yang subur. Baliung Peralatan Pertanian Indonesia digunakan untuk memecahkan tanah keras bagi menjadikannya peroi dan bercucuk tanam boleh dijalankan dengan mudah. Bahan: kayu, besi, rotan Alat ini juga digunakan untuk membersihkan rumput dan Lokasi: Muzium Nasional meratakan tanah. Alat ini diperbuat daripada besi, yang Indonesia, Jakarta menjadikannya sebuah alat yang kuat. Kebanyakan pengguna Indonesia baliung ialah kaum lelaki, kerana pertanian memerlukan kekuatan tenaga. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa baliung digunakan di Indonesia sejak zaman prasejarah. Indonesia merupakan negara pertanian dengan hasil yang banyak. Setiap pagi, pesawah berjalan ke sawah padi sambil membawa baliung di bahu. Apabila menunggang basikal ke sawah, baliung diikat ke bahagian belakang basikal. Terdapat variasi dari segi panggilan dan bentuk baliung di seluruh Indonesia, tetapi biasanya digunakan dalam cara yang sama. Di Jawa, baliung mempunyai plat besi yang lebih lebar dan disebut cangkul. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

110 Serkap Ikan Soum Chap Pa Serkap ikan ini digunakan oleh orang tempatan untuk me- nangkap ikan di sungai, tasik dan anak sungai. Di mana-mana Serkap Ikan Laos sahaja ikan boleh ditemui, serkap ikan ini juga boleh didapati. Ikan merupakan makanan utama di Laos. Bahan: buluh, tali Lokasi: Muzium Nasional Lao, Berikut ialah cerita rakyat tentang serkap ikan: Vientiane, Laos “Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang yang sangat tua tinggal bersendirian di ladangnya. Pada suatu hari, orang tua itu berasa sangat lapar. Dia terlalu letih kerana bekerja keras di ladang. Dalam perjalanan pulang ke pondoknya, dia melalui sebatang anak sungai. Dia ternampak beberapa ekor ikan dan ingin memakan ikan tersebut, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menangkap ikan-ikan tersebut. Sekembalinya ke pondoknya, dia berfikir panjang dan lama tentang bagaimana hendak menangkap ikan-ikan tersebut. Kemudian, dia bercadang memotong buluh dari hutan untuk membuat serkap ikan. Sebaik sahaja tugasnya selesai, dia dapat menangkap ikan untuk makanannya. Sejak itu serkap ikan ini terus digunakan.” Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

Mengangin Nyiru 111 Mengangin Nyiru Alat ini digunakan untuk menganginkan padi, beras dan Malaysia bijirin bagi memisahkan bijirin beras daripada jerami, kekotoran, habuk dan sebagainya. Permukaannya dianyam rapat. Bahan: palma, rotan, kulit buluh Pada masa dahulu, mengangin biasanya dilakukan oleh kaum Lokasi: Jabatan Muzium wanita. Nyiru mengangin ini diangkat sama paras dengan Malaysia, kepala. Melalui kaedah ini, padi dituangkan ke atas nyiru dan Kuala Lumpur, Malaysia diisih dengan bantuan angin. Hasilnya, jerami akan diterbangkan, meninggalkan hanya beras di atas nyiru. Nyiru ini boleh juga digunakan sebagai bekas untuk mengeringkan ikan, pisang dan tepung. Dalam masyarakat Melayu tradisional, nyiru banyak digunakan dalam peribahasa lama. Saiz nyiru lebih besar daripada kedua-dua tapak tangan. Dengan itu, nyiru mewakili peng- hargaan yang lebih tinggi terhadap orang yang memberikan bantuan. Pada masa dahulu, kehidupan orang Melayu berkisar sekitar penanaman padi. Sekarang ini, nyiru jarang-jarang ditemui di rumah orang Melayu moden. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

112 Perahu Lading Baroto / Bayoto / Bauto Perahu lading ini digunakan terutamanya untuk menangkap ikan dan mengangkut orang dan barangan. Pemilihan kayu untuk (Manobo) membuat perahu melibatkan suatu upacara, yang memerlukan Bangka (Filipino) pemberian ayam merah bagi mengelakkan kemarahan roh. Saiz baroto berbeza-beza bergantung pada tujuan penggunaannya, Perahu Lading Filipina Bahan: kayu dikenali bilangan penumpang dan arus air tempatan. Perahu ini boleh sebagai ‘lauan’ dibina bagi memuatkan hingga seramai 20 orang. Dari sudut oleh orang tempatan sejarah, perahu ini digunakan untuk mengangkut sehingga 20 cavan beras (lebih kurang 1,200 kilogram). Lokasi: Muzium Nasional Philippina, Butuan, Disebabkan ketiadaan katig (lunjuran) di dalam baroto, perahu Filipina ini hanya digunakan di air pedalaman seperti hutan paya bakau Paya Agusan di selatan Filipina, yang menjadi tempat tinggal orang Manobo. Baroto ini juga mempunyai kegunaan lain. Empulur pokok sago (Metroxylon sagu Rottb.) yang dilembutkan dibasuh di dalam perahu ini dan kanji yang mendap ke dasarnya disebut unau. Kanji ini dimasak menjadi kuih beras atau sebagai makanan utama. Dalam sesetengah keadaan, perahu ini juga digunakan sebagai bekas sementara untuk padi yang telah dibantingkan, sebelum memindahkannya ke dalam lesung untuk ditumbuk. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

Lukah Ikan 113 Tum Pla Yon Tum ialah sejenis alat menangkap ikan daripada buluh yang digunakan untuk memerangkap spesies ikan keli penghijrah Lukah Ikan Thailand yang kecil, dinamai pla yon dalam bahasa Thai. Setiap tahun, pada awal bulan April, ikan keli pla yon berhijrah ke hulu sungai Bahan: buluh, kepingan buluh dari Sungai Mekong sehinggalah ke Sungai Mun. Penghijrahan Lokasi: Ban Kor Tai, ikan keli jenis ini yang bermusim, membantu sektor ekono- Wilayah mi perikanan, yang merupakan sektor ekonomi terpenting Ubon Ratchathani, kampung Ban Kor Tai. Bahagian tum yang paling penting ialah Thailand nga. Bahagian ini merupakan pintu masuk ke bahagian dalam tum, dan sebaik sahaja ikan memasuki nga, ikan ini tidak dapat keluar kerana nga menghalang ikan daripada terlepas keluar. Nelayan perlu mengubahsuai atau mengubah saiz nga jika ikan tidak masuk ke dalam perangkap. Sesetengah nelayan cuba menggunakan teknik baharu menganyam nga atau mengguna- kan bahan baharu. Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa buluh ialah bahan terbaik untuk membuat nga. Semasa musim air pasang, terdapat lebih daripada 200 lukah di sepanjang Sungai Mun. Pada hari ini, kawasan ini mengha- dapi banyak cabaran. Sungai, orang dan sekitaran di sekeliling kawasan ini berubah. Walaupun permintaan untuk perikanan semakin bertambah, projek pembangunan ekonomi turut bertambah, terutamanya projek Empangan Pak Mun. Projek ini mengakibatkan penyusutan kepelbagaian spesies ikan. Dengan perubahan ini, kepelbagaian peralatan menangkap ikan dan pengetahuan tentang bagaimana membuatnya juga turut berkurangan. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

114 Orang-orang Bentuk Monyet Bù Nhìn Hình Vượn Orang-orang diperbuat oleh manusia untuk menakutkan burung Orang-orang Bentuk Monyet dan haiwan bagi melindungi hasil ladang mereka yang belum Vietnam dituai. Orang selalunya menggantung orang-orang di ladang dengan satu set tiub buluh yang dijalankan oleh angin atau Bahan: jalur buluh beranyam air, atau menambah loceng bagi menghasilkan bunyi yang (dihiasi arang atau mengancam. Dengan cara ini, burung dan haiwan tidak dihitamkan dengan merosakkan hasil ladang. Cara tradisional ini untuk melindungi asap) hasil tanaman masih diamalkan di kawasan tempat ladang dan Lokasi: Muzium Etnologi hutan ditebang dan dibakar. Vietnam, Hanoi, Vietnam Orang-orang biasanya diperbuat daripada jalur buluh menggunakan teknik anyam ganda. Bentuk monyet ini diikat ke rangka buluh dengan menggunakan benang rotan. Kepalanya menampakkan muka dengan sepasang mata, hidung dan mulut serta telinga. Sebahagian daripadanya boleh dihitamkan dengan arang atau jelaga untuk menjelaskan lagi bentuknya terhadap latar belakang yang terang. Pada masa lalu, terdapat banyak kawasan hutan, dan ladang tebang dan bakar terletak berselang-seli di dalam hutan ini. Kesannya, menghalau burung dan haiwan liar merupakan suatu tugas yang sangat penting. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan

Perangkap Ayam Jantan Liar 115 Bẫy Gà Mồi Orang Mường biasanya menggunakan ayam hidup sebagai Perangkap Ayam Jantan Liar umpan untuk menarik perhatian ayam lain masuk ke dalam Vietnam perangkap ini. Perangkap ini terdiri terutamanya daripada satu silinder dengan pinggir serong dan dibalut dengan buluh meng- Bahan: buluh, rotan gunakan teknik anyaman bawah dan atas untuk menghasilkan Lokasi: Muzium Etnologi motif lozeng. Bahagian serongnya terbuka. Sebelah yang lain Vietnam, Hanoi, ditutup oleh dua bulatan rotan dengan pusat yang sama. Garis Vietnam pusat bulatan paling kecil cukup besar untuk memasukkan leher ayam menerusinya. Selepas seekor ayam diletakkan di dalam perangkap, perangkap ini kemudiannya ditutup dengan sekep- ing buluh. Ayam ini kemudiannya akan mengeluarkan lehernya menerusi bulatan rotan di sebelah lain perangkap. Selepas itu, perangkap diletakkan di dalam hutan atau di pinggir hutan yang lebih jauh. Hanya ada satu cara masuk, dan tali digunakan untuk menghasilkan perangkap. Apabila ayam di dalam perangkap memanggil-manggil, bunyinya akan menarik ayam liar lain dan ayam ini akan semuanya terperangkap. Pada hari ini, orang Mường masih menggunakan alat ini untuk menangkap ayam liar. Musim menangkap ayam adalah dari bulan kedua hingga keempat, kesembilan dan kesepuluh kalendar lunar. Barangan Pertanian, Perladangan & Perikanan



Publishers www.unescoapceiu.org Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU) di bawah naungan UNESCO ditubuhkan pada tahun 2000, iaitu tahun International Year of a Culture of Peace, untuk menggalakkan program Education for International Understanding (EIU), ke arah Budaya Keamanan di Asia dan Kawasan Pasifik menurut perjanjian antara Kerajaan Republik Korea dengan UNESCO. Bagi memenuhi mandat ini, APCEIU, sebagai pusat serantau pertama yang seumpamanya, bekerjasama dengan kerajaan, Suruhanjaya Nasional UNESCO, Ibu Pejabat UNESCO, para akademik dan masyarakat awam di Negara-negara Ahli UNESCO di kawasan ini. www.seameo.org Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) merupakan organisasi antara kerajaan serantau yang ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam pendidikan, sains dan budaya di rantau ini. 11 Negara Ahli termasuklah Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam. Organisasi ini merangkumi 8 Negara Ahli Bersekutu: Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Belanda, New Zealand, Sepanyol dan United Kingdom; dan tiga Ahli Bersekutu, iaitu International Council for Open and Distance Education (ICDE), University of Tsukuba, Jepun, dan British Council. Dalam empat dekad yang lalu, SEAMEO telah memberikan kepimpinan serantau dalam pembangunan sumber manusia dan kepakaran yang pelbagai dalam pendidikan, budaya, kesihatan, persekitaran, pertanian, dan sumber semula jadi.

www.seameo-spafa.org Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Centre for Archaeology and Fine Arts (SEAMEO SPAFA) bertindak sebagai penyelaras serantau dalam bidang arkeologi dan seni halus. Pusat ini menganjurkan penyelidikan dan aktiviti pembinaan kapasiti, bertujuan mengetengahkan kepelbagaian budaya dan identiti serantau di wilayah Asia Tenggara, untuk menanam kesedaran dan penghargaan akan peninggalan budaya, dan untuk mengetengahkan pengetahuan dan kemahiran profesional dalam bidang mandatnya. Dengan demikian, Pusat ini berharap dapat menggalakkan pemahaman dan kerjasama untuk meningkatkan pengetahuan bersama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara.

Photography Credits • Brunei Darussalam: Semua gambar foto dengan ihsan Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam. • Kemboja: Semua gambar foto dengan ihsan Dr. Krisna Uk, Pengarah Eksekutif, Center for Khmer Studies. • Indonesia: Semua gambar foto dengan ihsan Muzium Nasional Indonesia, Kementerian Pendidikan dan Budaya, Indonesia. • Korea: Semua gambar foto dengan ihsanMuzium Rakyat Kebangsaan Korea, Republik Korea, melainkan gambar foto ‘Three Tiered Chest’, dengan ihsan Yayasan Warisan Kebudayaan Korea. • Laos: Semua gambar foto dengan ihsan Muzium Nasional Lao, Ministry of Information, Culture and Tourism, Laos. • Malaysia: Semua gambar foto dengan ihsan Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia. • Filipina: Semua gambar foto dengan ihsan Muzium Nasional Filipina. • Singapura: Semua gambar foto dengan ihsan Perlembagaan Warisan Kebangsaan, Singapura. • Thailand: Semua gambar foto dengan ihsan Princess Maha Chakri Sirindhorn Anthropology Centre. • Vietnam: Semua gambar foto dengan ihsan Muzium Etnologi Vietnam.