Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea Bahasa Melayu

100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea Bahasa Melayu

Description: 100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea Bahasa Melayu.

Search

Read the Text Version

Pakaian Tradisional 49 Áo Dài Pakaian tradisional áo dài merupakan simbol budaya Vietnam. Pada masa lalu, áo dài dipakai oleh lelaki dan wanita. Pada Pakaian Tradisional Vietnam hari ini, áo dài lebih biasa dipakai sebagai pakaian wanita untuk banyak acara: di tempat kerja, sebagai pakaian seragam Bahan: sutera Vietnam sekolah, semasa pesta Tahun Baru Qamari Vietnam (Tết Nguyên Lokasi: Muzium Etnologi Đán), perayaan kebangsaan lain, pertunjukan fesyen dan Vietnam, Hanoi, sebagainya. Terdapat banyak variasi dari segi warna dan reka Vietnam bentuk kolar, tetapi gayanya masih menyerupai yang asal. Panjang áo dài sampai ke lulut atau buku lali. Seluarnya, yang dipakai di bawah baju, mencecah buku lali. Pelajar Vietnam memakai áo dài putih atau lembayung sebagai pakaian seragam. Raja Nguyễn Phúc Khoát dianggap sebagai orang yang mencipta dan membangunkan áo dài bentuk moden pada pertengahan abad ke-18. Áo dài mempunyai reka bentuk unik yang dianggap sopan dan juga menarik. Pakaian ini mema- parkan tubuh pemakainya, maka setiap áo dài sesuai untuk hanya seorang sahaja. Bahan biasa yang digunakan ialah sutera, terutamanya untuk pakaian wanita, kerana ini menam- bahkan sifat kewanitaan. Topi berbentuk kon (nón lá) atau pakaian kepala berbentuk bulat (khăn đóng) hendaklah dipakai dengan áo dài. Walau bagaimanapun, nón lá (buku ini, halaman 50), apabila dipakai dengan áo dài, lebih bertujuan untuk menggayakannya. Untuk majlis perkahwinan, pesta, atau apa-apa acara formal lain, pakaian kepala khăn đóng biasanya lebih digemari. Pakaian

50 Topi Bentuk Kon Nón Lá Topi bentuk kon ini digunakan untuk mengelakkan terkena Topi Bentuk Kon Vietnam hujan dan panas matahari, dan juga untuk pelbagai tujuan lain, Bahan: buluh, daun palma seperti mengisi barangan dan air, digunakan sebagai kipas, dan Lokasi: Muzium Etnologi sebagainya. Kaum wanita juga memakai topi berbentuk kon ini Vietnam, Hanoi, untuk membetulkan postur badan mereka. Terdapat tali sutera Vietnam yang diikat di bawah dagu untuk menetapkan topi di kepala pemakainya. Sejak zaman berzaman, topi berbentuk kon telah Pakaian digambarkan dalam lagu dan puisi rakyat, dan dianggap sebagai simbol budaya Vietnam. Topi berbentuk kon nón lá masih digunakan dengan meluas pada hari ini. Rangka topi berbentuk kon ini diperbuat daripada bilah buluh, yang disusun dalam bentuk kon mengikut paksi pada pusat yang sama. Rangka ini ditutupi daun palma (lá lụi), yang disusun dalam lapis berbeza. Daunnya ditetapkan ke atas rangka dengan benang kapas atau poliester meng- gunakan suatu teknik jahitan. Bahagian dalam topi kadangkala dihiasi bentuk bunga, daun, burung dan sebagainya. Tali dagu selalunya diperbuat daripada sutera berwarna. Di Vietnam, banyak tempat yang menghasilkan banyak jenis topi berbentuk kon, seperti di kawasan Huế, Quảng Bình, Nghệ An, Bình Định, dan sebagainya.

3Barangan di Rumah

52 Tudung Saji Tindulang Tindulang, datang daripada perkataan ‘tudong dulang’ (penutup Tudung Saji Brunei dulang), ialah tudung saji yang dihiasi corak berwarna-warni. Tindulang diperbuat daripada daun pandan atau nipah Bahan: daun nipah, rotan, yang diwarnakan. Disebabkan reka bentuk hiasannya yang cat warna cantik, sesetengah tindulang digunakan sebagai hiasan dan Lokasi: Muzium Teknologi pemberian yang dihadiahkan semasa perkahwinan Melayu. Melayu, Pada hari ini, tindulang turut menjadi sebahagian tarian yang Brunei Darussalam direka tari dengan cantik dengan penari wanita memegang tindulang tersebut. Menganyam tindulang merupakan satu daripada aktiviti kraf tangan yang diamalkan oleh penganyam tindulang yang sangat berkemahiran dalam kalangan wanita Brunei. Prosesnya tidak semudah yang dilihat: daun pandan atau nipah perlu direbus, direndam dan dikeringkan, kemudian dicelup di dalam pewarna untuk menambahkan warna. Pada hari ini, tindulang dijual di gerai tempatan sebagai barangan hiasan kraf tangan. Barangan di Rumah

Bekas Sirih 53 Heb Heb ialah bekas yang digunakan oleh orang yang memakan sirih untuk menempatkan daun sirih (mlou). Penutup bekas Bekas Sirih Kemboja mempunyai empat bahagian yang di dalamnya diletakkan: daun sirih (di dalam bekas paling besar), kapur, pinang dan tembakau. Bahan: ayu daripada pokok Badan utama heb biasanya menempatkan lebih banyak daun kekabu, dan ramuan lain yang diperlukan. Bekas ini semakin kurang pokok ‘Koh’, digunakan pada hari ini oleh pemakan daun sirih, tetapi heb buluh, pelepah menjadi popular sebagai cenderamata kepada pelancong. pokok palma, Tarikan estetikanya dan kegunaannya menggalakkan tukang resin pokok semula untuk terus menghasilkannya. jadi atau ‘Mrak’’ Lokasi: Damdek, Wilayah Dalam perkahwinan orang Buddha, heb perak merupakan Siem Reap, Kemboja sebahagian urus niaga simbolik dengan pengantin perempuan dan pengantin lelaki “diamanahkan” oleh keluarga masing- masing dan nenek moyang mereka. Dalam kehidupan sosial dan beradat, sirih dikaitkan secara tradisionalnya dengan kelahiran, upacara pengesahan, kematian dan kebangkitan semula. Dalam konteks perkahwinan Kemboja, sirih merupakan simbol kasih sayang, kontrak dan perjanjian. Barangan di Rumah

54 Lampu Minyak Cempor Lampu minyak ini digunakan oleh orang Baduy yang tinggal Lampu Minyak Indonesia di Wilayah Banten, Jawa, Indonesia. Lampu jenis tradisional Bahan: buluh, seramik ini menggunakan minyak kelapa sebagai bahan apinya. Yang Lokasi: Muzium Nasional menariknya, minyak diletakkan di atas satu bahagian kecil dasar Indonesia, Jakarta, mangkuk seramik. Sumbu lampu diperbuat daripada secarik Indonesia kecil kain yang sebahagiannya terendam di dalam minyak kelapa. Lampu ini biasanya digantung di tengah-tengah ruang Barangan di Rumah tamu rumah orang Baduy. Lampu dinyalakan apabila matahari terbenam. Di bawah cahaya lampu yang malap, ahli keluarga berkumpul dan bercerita tentang banyak perkara. Kadangkala seorang dua jiran turut serta dalam perbualan yang rancak. Dalam kehidupan harian mereka, orang Baduy memegang kuat tradisi nenek moyang mereka, yang termasuklah melarang penggunaan tenaga elektrik. Mereka menggunakan sepenuhnya persekitaran mereka untuk menghasilkan peralatan dan perkakasan untuk kehidupan harian. Satu contoh kepintaran teknikal mereka ialah lampu minyak ini. Lampu ini diperbuat daripada buluh, yang banyak terdapat di gunung tempat mereka tinggal. Mereka juga memproses minyak kelapa sendiri. Walau bagaimanapun, bahagian seramik lampu menunjukkan yang mereka terbuka kepada budaya luar, walaupun dalam jumlah yang terhad. Mereka sangat gembira menerima tetamu, asalkan tetamu ini menghor- mati peraturan dan tradisi tempatan.

Kotak Indung Mutiara 55 Najeonham Najeonham (kotak najeon) digunakan sebagai tempat penyim- Kotak Indung Mutiara Korea panan. Berdasarkan saiznya, kotak ini boleh digunakan untuk menyimpan pakaian rasmi. Usianya adalah dari Dinasti Joseon Bahan: kayu, indung mutiara (1392-1910). Lokasi: Muzium Rakyat Kebangsaan Korea, ‘Najeon’ bermaksud ‘mengukir kepingan kecil kulit kerang Korea (indung mutiara) di atas permukaan kayu’. Selepas kerja ini dilakukan, permukaannya diberus dengan sap yang diekstrak daripada pokok lakuer. Teknik ini dikenali sebagai chilgi, yang melindungi dan menggilap kayu. Teknik najeon diperkenalkan dari China dan kini tersebar meluas di seluruh China, Korea, Jepun dan Vietnam. Walau bagaimanapun, seni najeon Korea menghasilkan gaya tersendirinya daripada pengaruh Buddha di bawah Dinasti Goryeo (918-1392) dan Confucius di bawah Dinasti Joseon (1392-1910). Setiap tempoh menghasilkan gaya artistik tersendiri. Gaya Goryeo sangat halus, sementara gaya Joseon adalah realistik. Kotak ini ialah barangan mewah untuk golongan pemerintah sebelum abad ke-20. Perabot najeonchilgi sangat popular di dalam rumah kelas pertengahan sehingga tahun 1970-an. Walau bagaimanapun, kini perabot ini tiada lagi di dalam rumah keluarga Korea. Namun demikian, baru-baru ini, barangan rumah najeon yang kecil telah mula popular semula. Barangan di Rumah

56 Laci Tiga Tingkat Samchengjang Laci ini digunakan untuk menyimpan pakaian. Oleh sebab cuaca Laci Tiga Tingkat Korea di Korea mempunyai empat musim, orang Korea memakai pakaian bermusim. Oleh itu, mereka perlu menyimpan Bahan: kayu pokok Zelkova, pakaian untuk musim berbeza. Biasanya, laci ini digunakan kayu pokok Paulownia, untuk menyimpan pakaian wanita dan diletakkan di dalam tembaga bilik orang perempuan. Lokasi: Korea Yayasan Warisan Budaya, Dua kepingan perabot ini digunakan sebagai satu set. Seba- Korea gaimana tradisi Confucius, perabot bilik wanita perlu mempu- nyai kepingan dengan bilangan bahagian yang genap. Perabot ini hanya mempunyai tiga bahagian. Walau bagaimanapun, jika diletakkan dua kepingan bersama-sama sebagai satu set, bilangan bahagiannya ialah enam, suatu nombor genap. Perabot ini dibuat oleh Yang Seok Joong, salah seorang pelopor seni kraf tangan tradisional Korea. Dengan kerja tangan ini, dia memenangi Hadiah Presiden dalam 38th Korea Annual Traditional Handicraft Art Exhibition pada tahun 2013. Barangan di Rumah

Bakul Galas 57 Kata Bakul ini digunakan oleh pelbagai kumpulan etnik yang Bakul Galas Laos tinggal di sepanjang Sungai Mekong, di wilayah Bolikhamsay, Khammouan, Salavan dan Savannakhet. Kaum wanita biasanya Bahan: kayu, rotan, buluh menggunakan bakul ini untuk memungut sayur dan hasil hutan. Lokasi: Muzium Nasional Lao, Kadangkala, mereka juga menggunakannya untuk membawa Vientiane, Laos padi dari sawah ke rumah dan boleh juga digunakan oleh kaum lelaki. Objek ini juga digunakan dalam seni persembahan tradisional sebagai hiasan yang dipakai oleh penari. Bakul ini dibawa di atas bahu untuk menyanyikan lagu rakyat tentang kehidupan di luar bandar, bertani dan menuai. Barangan di Rumah

58 Bakul Pengukus Pulut Huat Neung Khao Bakul beras ini digunakan untuk mengukus pulut. Selepas Bakul Pengukus Pulut Laos merendam pulut semalaman di dalam air, beras diletakkan di dalam bakul, dikukus sehingga masak. Proses ini mengambil Bahan: buluh masa 20 hingga 30 minit. Semua keluarga Laos terus mengukus Lokasi: Vientiane, Laos pulut menggunakan kaedah tradisional ini. Bakul pengukus ini ialah alat memasak tradisional bagi semua orang Laos, yang telah menggunakannya sejak zaman berzaman. Pengukus ini juga digunakan untuk mengukus pelbagai jenis makanan lain. Barangan di Rumah

Payung 59 Khanhom Payung tradisional ini dibuat di Utara Laos. Payung ini digunakan Payung Laos untuk melindungi diri daripada hujan dan panas matahari. Bahan: buluh, kertas, Pembuat payung tradisional tempatan hampir tiada lagi, pewarna semula jadi, tetapi mujurlah telah dipulihkan semula baru-baru ini. Payung resin ini adalah buatan tangan tempatan daripada kertas yang Lokasi: Muzium Nasional Lao, diwarnakan dengan pewarna sayur-sayuran berbeza. Resin Vientiane, Laos semula jadi digunakan untuk menjadikan payung kalis air. Barangan di Rumah

60 Cepu Cepu Cepu ini digunakan sebagai bekas makanan atau pakaian apabila nelayan keluar ke laut. Cepu ini diperbuat daripada Bekas Malaysia kayu pokok nangka dan merbau, dan dibentuk menjadi bulat di tengah. Dawai dan rotan digunakan sebagai pemegang cepu Bahan: kayu, rotan dan dawai untuk membawa kotak ini dan mengejapkan penutup agar Lokasi: Muzium Etnologi Dunia ketat. Dengan itu, makanan atau pakaian dilindungi sepenuhnya Melayu, Kuala Lumpur, daripada air. Malaysia Pada masa dahulu, cepu kayu digunakan terutamanya oleh nelayan Melayu di pantai timur Malaysia. Cepu kayu boleh juga berfungsi sebagai pelampung keselamatan jika bot akan tenggelam. Barangan di Rumah

61Tikar Baluy (Sama) Tikar yang dianyam daripada pandan (Pandanus) biasa Banig (Filipino) digunakan sebagai tempat tidur. Dalam majlis tertentu, tikar ini Tikar Filipina menutupi lantai buluh atau kayu yang lazim. Di Filipina selatan, tikar ini boleh juga digunakan sebagai tikar sembahyang, Bahan: daun pandan diberikan sebagai hadiah atau sebahagian hantaran perkah- dan pewarna tiruan winan, atau sebagai mata wang untuk membantu membayar Lokasi: Muzium Nasional Filipina, pembelian yang besar, misalnya untuk sebuah kumpit (bot) Manila, Filipina baharu. Tikar yang baharu dianyam digunakan untuk meletakkan pemberian kepada roh semasa upacara, seperti nasi, mangkuk makanan dan kunyahan sirih, sementara tikar lama dijadikan tempat mengeringkan hasil pertanian seperti kopra dan koko. Tikar yang dianyam longgar juga digunakan dalam membungkus tembakau dan abaka untuk penghantaran. Dengan ketiadaan keranda kayu, tikar juga digunakan untuk membungkus mayat. Menganyam tikar dilakukan oleh kaum wanita di seluruh negara. Penyediaannya melibatkan pelbagai aktiviti, termasuklah memotong, mengguling, menggulung, memasak, mengering, menceraikan, meluntur, melembut dan mewarnai. Reka bentuk anyaman dihafal dan diturunkan kepada generasi seterusnya. Selain pandan, bahan lain termasuklah sesed (sejenis pokok rush yang tumbuh di kawasan paya), tikog (rumput sendayan yang tirus), buri (pokok palma), kulit pokok pisang yang kering dan rotan. Bahan ini kini digantikan dengan bahan plastik yang tahan lebih lama tetapi tidak sesuai dengan cuaca Filipina yang panas dan lembap. Barangan di Rumah

62 Balang Tembikar Burnay (Ilocano) Balang tembikar ini digunakan sebagai bekas untuk penapaian Balang Tembikar Filipina atau penyimpanan basi (wain tempatan) dan suka (cuka), Bahan: tanah liat kedua-duanya diperbuat daripada jus tebu yang ditapai. Oleh Lokasi: Muzium Nasional Filipina, Manila, Filipina itu, balang ini diletakkan di tempat teduh atau struktur sementara di luar rumah. Jenis burnay yang lebih kecil digunakan untuk menyimpan bagoong (pes udang/ikan) dan garam, diletakkan berhampiran tempat perdiangan atau kawasan dapur. Burnay ini telah wujud sebelum kedatangan penjajah Sepanyol di Filipina. Burnay diperkenalkan oleh orang China sebagai bekas pengangkutan semua cuaca ke dan dari China dan pemerintahan Asia lain yang melalui apa yang kini dikenali Vigan City di Ilocos Sur, pusat perdagangan di Luzon semasa zaman sebelum penjajahan dan tempoh Hispanik. Penduduk China awal di bandar tersebut menghasilkan pengeluaran tempatan. Pada hari ini burnay masih dihasilkan di Vigan City, Ilocos Sur, oleh dua keluarga berketurunan China. Bekas lama kini dianggap sebagai harta peninggalan keluarga, dan dilihat di rumah sebagai perhiasan atau tempat menyimpan air di taman. Barangan di Rumah

63Paip Suako (Tinguian / Itneg / Ilocano) Di Filipina, lelaki dan perempuan tua dan muda menghisap Pipa (Filipino) paip dengan daun tembakau kering yang digulung. Selepas Paip Filipina menghisap paip, paip ini disisipkan ke rambut, kain kepala atau topi, atau kadangkala diletakkan di dalam beg bersama-sama Bahan: kayu, plastik dan logam dengan sirih untuk dikunyah, terutamanya semasa dalam Lokasi: Muzium Nasional Filipina, perjalanan. Manila, Filipina Mangkuk paip diperbuat daripada kayu, buluh, tanah liat atau logam, sementara batangnya diperbuat daripada rid, logam atau plastik. Paip perak yang diperbuat daripada duit syiling diperk- enalkan oleh orang Ilocano dari Luzon utara. Paip logam lain diperbuat daripada dawai tembaga dan kelongsong, dan dihiasi dengan rantai, duit syiling dan kelongsong. Logam tajam kadangkala dilekatkan bersama-sama, untuk mencuci mangkuk paip. Orang lelaki merupakan pembuat paip. Tabako (tembakau) diperkenalkan ke Filipina dari Moluccas oleh orang Portugis. Pada abad ke-19, tembakau ditanam dengan meluas di utara Filipina sebagai tanaman jualan dan menjadi sumber pendapatan kerajaan penjajah Sepanyol. Barangan di Rumah

64 Bekas Penyimpan Tempayan Tempayan seperti ini digunakan untuk menyimpan beras, air dan Bekas Penyimpan Singapura makanan utama lain di rumah orang Peranakan. Kandungannya disimpan agar tidak didatangi perosak, terutamanya apabila Bahan: seramik, logam ditutup dengan penutup kayu dan diletakkan tinggi di atas tanah Lokasi: Peranakan Muzium, pada pemegangnya. Singapura Banyak keluarga Peranakan gemarkan tempayan berbentuk bujur, heksagon, atau belimbing. Sambil masa berlalu, tempayan ini menjadi harta peninggalan keluarga, dihargai dan diturunkan dari generasi ke generasi lain. Tempayan dilihat sebagai sumber kehidupan dan penerusan keluarga. Barangan di Rumah

Kusyen 65 Mon Kwan Mon kwan terdapat dalam pelbagai saiz, warna dan gaya dan Kusyen Thailand berbeza mengikut penggunaannya. Kusyen ini berbentuk empat segi (bantal kapak), merupakan kusyen penyokong untuk duduk Bahan: kain kapas dijalin di lantai atau di atas tikar mengkuang. Bentuk empat segi adalah dengan tangan, lebih baik untuk leher atau bawah badan. Kusyen memberikan gentian kekabu sokongan kepada tulang belakang apabila digunakan sebagai Lokasi: U Thong, kerusi malas dan sofa. Kadangkala kusyen ini digunakan Wilayah Suphan Buri, sebagai bantal. Thailand Mon kwan diisi dengan gentian kekabu dan ditutup dengan kain kapas yang dijalin, bukan dibalut. Kadangkala kusyen disulam penuh dengan hiasan, atau dibuat daripada kain broked yang cantik. Sulaman dan corak boleh menandakan budaya kumpulan etnik. Gambar ini menunjukkan kusyen daripada kumpulan etnik Lao Song di U-Thong, Wilayah Suphan Buri. Kusyen ini dihiasi dengan corak artistik Lao Song dan dijalin secara berliku untuk dihadiahkan sebagai pemberian kepada kuil dan digunakan di rumah. Barangan di Rumah

66 Dulang Sirih Chian Mak Dulang sirih ini mempunyai gaya timur laut Thailand, yang Dulang Sirih Thai merupakan bekas untuk menyimpan set mengunyah sirih, Bahan: kayu, lakuer yang termasuklah daun sirih, pinang dan kapur merah, dan Lokasi: Ban Pa Aow, juga semua bahan yang digunakan dalam penyediaan sentil Wilayah Ubon sirih, termasuklah pemegang daun sirih, bekas kapur dengan Ratchathani, Thailand sudip kecil, pemotong pinang dan penghancur. Permukaan dulang ditutupi dengan lakuer hitam dan merah dan ukiran Barangan di Rumah ringkas. Pada hari ini, hampir mustahil untuk mencari orang muda yang mengunyah sirih. Itulah yang menyebabkan dulang sirih pada hari ini hanya untuk tujuan hiasan sahaja. Mengunyah sirih merupakan perkara yang sangat biasa di Siam (Thailand) pada abad ke-20. Semasa Perang Dunia II, apabila Field-Marshal Phibunsongkhram menjadi perdana menteri, terdapat usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghapus- kan amalan mengunyah sentil sirih dengan menguatkuasakan undang-undang terhadap mengunyah sirih. Menurut Act of National Culture pada tahun 1942, dinyatakan bahawa mengunyah sentil sirih dilarang, meludahkan air liur dan jus sirih ke jalan dan tempat awam dianggap tindakan yang menyalahi undang-undang. Hal ini merupakan usahanya untuk memodenkan negara.

Barangan Rekreasi 4

68 Permainan Kipas Tarik Tradisional Utar-Utar (Dusun) Utar-utar atau kipas tarik, yang secara literalnya bermaksud Kipas Tarik (Melayu ‘mengipas dengan menarik’, ialah sejenis permainan tradisional Brunei) yang menyerupai kipas mekanikal atau kipas. Buah mungkog dilubangkan dengan tiga lubang untuk membolehkan sebatang Permainan Kipas Tarik Tradisional kayu melaluinya dengan tali terikat pada batang kayu tersebut. Satu hujung batang kayu diletakkan bilah kayu untuk mem- Brunei bentuk kipas. Kipas tarik atau utar-utar sememangnya suatu Bahan: buah ‘mungkog’, alat mekanikal yang kreatif, dan kanak-kanak Brunei bermain tali, kayu dengannya sebagai hiburan dan mengagumi mekanismenya Lokasi: Muzium Teknologi yang menakjubkan. Melayu, Brunei Darussalam Untuk menjalankan kipas utar-utar, seorang pemain perlu memutar batang kayu untuk membolehkan benang melilitnya. Dia kemudian menarik benang tersebut untuk memutar bilah kayu dalam arah berbeza. Putaran ini akan terus menjadikan benang melilit sekeliling batang kayu mengikut arah putaran bilah kayu yang berpusing apabila pemain membiarkan tali mengendur seketika selepas setiap tarikan. Barangan Rekreasi

Permainan Berpapan Tradisional 69 Pasang Pasang, yang secara literalnya bermaksud ‘siap-sedia’, ialah P ermainan Berpapan Tradisional permainan berpapan yang menggunakan strategi dua orang pemain. Permainan ini dimainkan di atas papan kayu empat segi Brunei yang ditandai garis grid yang saling bertemu pada sudut tepat untuk membentuk petak kecil yang sama saiznya, yang meliputi Bahan: butang, kayu seluruh papan pasang. Di tengah-tengah papan ialah bekas Lokasi: Muzium Negara kosong bersaiz 7 X 7cm berisi dengan 120 kepingan butang Brunei, hitam dan putih disebut ‘buah’. Buah ini, dengan 60 daripadanya Brunei Darussalam adalah hitam dan 60 putih, pada awalnya diletakkan di dalam satu daripada 30 corak tradisional yang ada. Objektif permainan adalah untuk mengumpul mata paling banyak dengan menangkap kepingan buah ini semasa giliran setiap peserta untuk bermain. Pemain yang mendapat butang buah paling banyak memenangi permainan ini. Pemain permainan pasang ini perlu memikir dengan berhati- hati dan mempunyai kemahiran strategi yang baik. Permainan ini umumnya dimainkan oleh kaum wanita semasa upacara perkahwinan. Pada hari ini, pasang dimainkan dalam kalangan kanak-kanak sekolah dalam pertandingan antara sekolah- sekolah di Brunei.. Barangan Rekreasi

70 Bulu Tangkis Asey Permainan ini merupakan satu sumber hiburan yang popular di Kemboja. Tujuan permainan adalah supaya bulu tangkis Bulu Tangkis Kemboja tidak jatuh ke tanah selama mungkin sambil menyepaknya Bahan: daun palma, menggunakan bahagian berbeza tubuh (kecuali tangan) dan bulu ayam, tali menghantarkannya dari seorang kepada yang lain. Secara Lokasi: Siem Reap, Kemboja tradisionalnya, daun palma dianyam, dan yang terbaharu telah digantikan dengan versi moden yang menggunakan gelang Barangan Rekreasi plastik yang disusun di atas satu sama lain. Asalnya dari China, jianzi diketahui berusia 2,000 tahun. Versi pertama permainan ini yang diketahui berusia pada abad ke-5 sebelum Masihi. Permainan ini dipercayai telah berevolusi daripada permainan yang menyerupai bola sepak moden yang digunakan dalam latihan ketenteraan. Selanjutnya, ramai jeneral China menggunakan jianzi untuk bersantai dan menjadikan kumpulannya sentiasa cergas.  Selama 1,000 tahun selanjutnya, permainan ini tersebar di seluruh Asia, mendapat pelbagai nama dan peraturan baharu selama itu. Akhirnya, permainan ini sampai ke Eropah semasa Perang Dunia II.

Seruling 71 Khloy Khloy ialah alat muzik paling popular di Kemboja daripada jenis aerofon. Alat ini digunakan sama ada secara sendirian Seruling Kemboja atau sebagai sebahagian daripada kumpulan mohori atau kar. Bahan: buluh Seruling khloy Kemboja merupakan salah satu alat muzik Asia Lokasi: Preah Dak, Siem Reap, dan Asia Tenggara yang paling tua, berusia dari abad ke-7. Alat Kemboja yang setara dengannya di China, disebut dizi, didapati berasal 7,000 tahun lalu. Barangan Rekreasi

72 Xilofon Roneat Aek Xilofon Kemboja selalu dianggap sebagai alat muzik utama dalam kumpulan muzik disebabkan peranannya dalam Xilofon Kemboja memulakan suatu gubahan dan menggerakkan yang lain. Dua tukul digunakan untuk mengetuk dua puluh satu palang Bahan: buluh, kayu buluh bagi menghasilkan julat tiga-oktaf. Lokasi: Siem Reap, Wilayah Siem Reap, Alat muzik orang Kemboja termasuklah pelbagai roneat: roneat Kemboja daek, yang sama dengan roneat aek, tetapi berbentuk empat segi dan mempunyai 21 kunci yang diperbuat daripada keluli. Roneat tung lebih besar dan mempunyai empat kaki. Roneat tung thom mempunyai dua puluh dua kunci. Roneat teang sahaja yang mempunyai enam belas kunci, yang diperbuat daripada aloi logam berwarna emas. Roneat lopeng lopong dikaitkan dengan kumpulan minoriti etnik Kuoy dan kuncinya tidak diketuk bersama-sama seperti roneat Khmer. Barangan Rekreasi

Alat Permainan 73 Dhakon Dhakon dimainkan oleh dua orang. Pada panel dhakon terdapat 20 lubang, yang terdiri daripada 18 lubang kecil dan 2 lubang Alat Permainan Indonesia besar (satu di setiap hujung). Setiap lubang kecil diisi dengan 9 buah. Seorang pemain akan memulakan permainan Bahan: kayu dengan mengambil 9 buah dan mengagihkan satu buah ke Lokasi: Muzium Nasional setiap lubang, bermula dari sebelah kanan lubang permulaan. Indonesia, Jakarta, Apabila buah terakhir telah diagihkan ke dalam lubang kecil Indonesia dengan buah di dalamnya, semua buah di dalam lubang tersebut boleh diagihkan sekali lagi ke dalam lubang di sebelah kanan (kecil dan besar). Langkah ini diteruskan sehingga buah terakhir diagihkan ke dalam lubang kosong. Ketika inilah pemainnya bertukar. Permainan tamat apabila semua buah telah diagihkan ke dalam lubang besar, dan tidak ada lagi buah yang tinggal di dalam mana-mana lubang kecil. Pemenang ialah orang yang meletakkan paling banyak buah ke dalam lubang besar. Dhakon ialah permainan untuk kanak-kanak di Jawa. Di Jakarta, dhakon disebut congklak. Buah kecik sapodilla (disebut ‘sawo kecik’ di Jawa’, dan ‘sawah’ atau ‘sauh’ di Malaysia) dan juga daripada tumbuh-tumbuhan lain biasanya dijadikan buah dhakon. Pakar percaya bahawa dhakon bukan sahaja dimainkan di Indonesia, kerana permainan ini boleh ditemui di banyak negara lain di seluruh dunia. Kemungkinannya dhakon dibawa ke Indonesia oleh pedagang Timur Tengah atau India. Di Jawa Tengah, permainan ini dimainkan hanya dalam kalangan kanak-kanak bangsawan. Hakikat ini boleh dilihat daripada dua hujung panel dhakon, yang menyerupai seekor naga, yang merupakan simbol kekuasaan. Pada hari ini, sesiapa sahaja boleh bermain dhakon, tanpa mengira status sosial. Barangan Rekreasi

74 Alat Muzik Serunai Alat muzik ini disebut serunai dan berasal dari Selat Panjang, Siak Sri Indrapura, Wilayah Riau, Indonesia. Alat ini tergolong Alat Muzik Indonesia dalam kategori aerofon (alat tiup). Tujuh lubangnya memberikan nada rendah dan tinggi. Hujungnya yang lebar menguatkan Bahan: kayu, tanduk kerbau bunyi. Alat ini biasanya dimainkan dengan alat muzik tradis- Lokasi: Muzium Nasional ional lain semasa perayaan tradisional yang meriah, seperti Indonesia, Jakarta, perkahwinan dan pertabalan ketua kampung. Alat ini boleh juga Indonesia dimainkan secara individu, misalnya semasa menuai padi atau ketika sedang bekerja di ladang. Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa, dari segi sejarahnya, alat muzik ini berasal dari wilayah Timur Tengah (Arab-Parsi). Di Timur Tengah, alat ini diberikan beberapa nama seperti surnai, sirnai, dan shanai. Melodi serunai yang tersendiri akan menguja pendengar untuk menyanyi dan menari bersama-sama. Lirik yang dinyanyikan biasanya tentang cinta, persahabatan dan juga nilai yang baik. Lirik berpuisi yang cantik bersama-sama dengan melodi serunai, akan menggembirakan, menyantaikan dan menenteramkan penonton. Barangan Rekreasi

Mainan Berpapan 75 Yutpan Permainan berpapan tradisional Korea ini disebut ‘yutnori’. Yutpan (papan) diperbuat daripada kertas minyak dan dihiasi Mainan Berpapan Korea reka bentuk terang akan kelawar, bunga dan aksara China yang membawa maksud panjang umur dan kegembiraan. Permainan Bahan: kertas ini sangat popular dimainkan sepanjang cuti tradisional di Korea Lokasi: Muzium Rakyat moden. Kebangsaan Korea, Yutnori adalah salah satu permainan tradisional yang paling Korea popular di Korea. Pemain mencampak empat kayu (yut) ke udara dan mengira berapa kayu yang ke atas dan berapa ke bawah. Terdapat lima bentuk ke atas dan ke bawah. Jika satu kayu ke atas dan tiga ke bawah, ini dikenali sebagai ‘do’, dan pemain boleh menggerakkan tokennya satu ruang. Jika dua kayu ke atas dan dua ke bawah, ini dikenali sebagai ‘gae’, dan pemain boleh menggerakkan tokennya dua ruang. Jika tiga kayu ke atas dan satu ke bawah, ini dikenali sebagai ‘geol’, dan pemain boleh menggerakkan tokennya tiga ruang. Jika empat kayu ke atas, ini disebut ‘yut’, dan pemain boleh bergerak empat ruang. Jika empat kayu ke bawah, ini disebut ‘mo’, dan pemain boleh bergerak lima ruang. Terdapat 29 stesen di atas papan. Antaranya, 20 stesen membentuk satu bulatan dan sembilan stesen membuat dua garisan yang saling bersilang di dalam bulatan. Satu lagi yutpan berbentuk empat segi dengan laluan melintang di dalam segi empat tersebut. Pemain boleh menggerakkan empat token berdasarkan gabungan kayu yut. Barangan Rekreasi

76 Alat Muzik Kane Kane ialah alat tiup tradisional dengan platform kayu berukir yang telah dibakar, digayakan dan dilakuer. Alat ini biasa Alat Muzik Laos digunakan untuk memainkan muzik Laos tradisional. Bahan: buluh nipis, kayu, Kane adalah sejenis alat muzik tradisional Laos yang digunakan lilin lebah semula jadi oleh nenek moyang dan masih digunakan sehingga hari ini. Lokasi: Muzium Nasional Lao, Alat ini adalah antara beberapa alat yang dimainkan semasa Vientiane, Laos pesta dan upacara seperti Pesta Boun Phavet (juga dikenali sebagai Pesta Vetsandone/Vetsantala), Pesta Boun Bang Fai (Roket), Pesta That Luang Pagoda dan Pesta Pertandingan Bot. Secara tradisionalnya, lelaki muda Laos akan memainkan kane di seluruh bandar dengan harapan dapat menarik minat gadis Laos. Dalam gambaran tempatan, sesiapa yang tinggal di dalam ‘sala’ (astaka terbuka, juga dikenali dengan nama yang sama dalam bahasa Thai dan Khmer), memakan pulut, memakai pha sin (lihat pha sin di dalam buku ini, halaman 40) dan mendengar kane merupakan seorang Laos yang sejati dan tradisional. Kane juga diwakili dalam pukulan gendang Dong Son, yang dipercayai telah dihasilkan antara abad ke-6 sebelum Masihi dan abad ke-3 Masihi. Gendang ini telah ditemui di pelbagai bahagian Asia Tenggara. Kane dan muziknya dikatakan berasal dari Wilayah Salavan, yang mencadangkan bahawa lagu dan muzik Salavan merupakan tradisi kuno. Barangan Rekreasi

Gendang 77 Kong Gendang kong diperbuat daripada kayu, kulit kerbau dan pasak logam yang digunakan sebagai pelekap. Asas kayu bagi Gendang Laos gendang ini telah dilakuer. Gendang ini bermuka dua yang biasa digunakan dalam muzik tradisional Laos. Bahan: kayu, kulit, lekapan tembaga Seperti kane (lihat halaman sebelumnya), kong dimainkan Lokasi: Muzium Nasional Lao, dengan alat muzik Laos yang lain dalam pelbagai pesta Vientiane, Laos sepanjang tahun. Walaupun kumpulan etnik berbeza di seluruh Laos akan menggunakan gabungan alat berbeza, gendang ini selalunya digunakan di seluruh negara dan biasa didapati semasa pesta dan perayaan. Barangan Rekreasi

78 Gasing Gasing Uri Gasing uri sangat popular di Kelantan dan Terengganu. Permainan ini mengukuhkan hubungan antara pemain. Permainan Gasing Malaysia Permainan ini biasanya dimainkan dalam pertandingan antara dua kumpulan dari kampung berbeza di dalam Bahan: kayu, dan timah, daerah yang sama. Biasanya, permainan ini memerlukan besi atau plumbum dua orang pembantu. Seorang pemain akan memegang Lokasi: Muzium Etnologi cokok dan seorang lagi membaling gasing. Setiap kumpulan Dunia Melayu, akan berlawan untuk tujuh set gasing uri dalam satu permainan. Kuala Lumpur, Malaysia Kumpulan dengan gasing uri yang berputar paling lama akan memenangi permainan. Rekod terpanjang ialah dua setengah jam. Pasukan yang kalah berturut-turut dalam tujuh pusingan dikehendaki membayar untuk tujuh set lengkap gasing uri bagi pasukan yang menang. Biasanya, permainan diadakan setiap dua minggu dalam tempoh dua tahun bergantung pada perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak yang terlibat dalam permainan ini. Barangan Rekreasi

Permainan 79 Kercang Kercang digunakan sebagai sebahagian permainan menguji minda. Permainan ini dihasilkan oleh suku Jakun (suku Orang Permainan Malaysia Asli di Pahang dan Johor). Menurut kepercayaan orang Jakun, kercang biasanya dimainkan semasa memburu di dalam Bahan: rotan hutan, dan boleh juga digunakan sebagai perlindungan terhadap Lokasi: Muzium Kraf serangan binatang liar. Kercang akan dicampak ke arah haiwan Orang Asli, tersebut untuk mengalihkan perhatiannya. Dikatakan bahawa Kuala Lumpur, Malaysia haiwan akan leka bermain dengan kercang, dengan itu tidak mengendahkan orang atau mangsanya. Bagi pemain tersebut, menyelesaikan teka-teki kercang memerlukan teknik yang betul. Kercang juga merupakan penyelesai masalah bagi pemain yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang mempunyai calon yang lebih romantik. Dikatakan bahawa lelaki pertama yang boleh menyelesaikan teka-teki kercang dianggap paling sesuai untuk mengahwini gadis tersebut. Terdapat beberapa jenis kercang dan saiznya biasanya berbeza antara 15 cm dengan 20 cm. Barangan Rekreasi

80 Alat Muzik Rebak Rebak ialah alat muzik tradisional suku Semelai. Orang Semelai merupakan salah satu daripada 18 suku kumpulan Orang Alat Muzik Malaysia Asli di Malaysia. Alat bertali ini dimainkan seperti biola kecil dan biasanya dimainkan oleh lelaki Semelai semasa upacara Bahan: kayu keras, perkumpulan orang Semelai. Kadangkala, alat ini dimainkan tempurung, kulit ikan semasa santai. Alat ini biasanya dimainkan dengan alat lain buntal dan tali nilon seperti keranting dan pensol. Lokasi: Muzium Kraf Orang Asli, Bahagian paling menarik ialah kepala rebak, yang diperbuat Kuala Lumpur, Malaysia daripada tempurung kelapa. Kulit ikan buntal sungai dibalut di sekeliling keseluruhan kepala rebak. Dikatakan bahawa kulit ikan buntal digunakan kerana coraknya yang unik dan kerana kulit ini mempunyai perekat semula jadi yang terhasil daripada mukus kulitnya. Permukaan kulit ikan buntal yang berduri membuatkan bunyi lebih mengasyikkan. Barangan Rekreasi

Gasing 81 Batige / Betig (Maranao) Alat permainan ini ialah gasing kayu berukir yang ditatah dengan Trumpo (Filipino) perak. Lelaki muda dan dewasa bermain permainan ini di luar rumah. Tali sepanjang satu meter dililit di sekeliling bahagian Permainan Gasing Filipina bawah gasing. Gasing dipegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk, dicampakkan ke atas tanah dengan sentakan pada Bahan: kayu keras, paku tali untuk membolehkan gasing berputar. Pelbagai kayu lembut perak dan besi digunakan untuk rekreasi, sementara yang diperbuat daripada Lokasi: Muzium Nasional kayu keras digunakan dalam pertandingan. Tujuannya adalah Filipina , Manila, untuk membiarkan gasing berputar untuk masa yang lebih lama Filipina dan/atau untuk merosakkan gasing lawan. Kumpulan berbeza di negara ini bermain gasing kayu: orang Ifugao dan Bontoc dari Cordillera; orang Hanunóo-Mangyan dari Mindoro; orang Molbog, Tagbanua dan Pala’wan dari Palawan; dan orang Maranao dan Maguindanao dari Mindanao. Gasing terbesar, yang biasanya ditatah dengan perak atau indung mutiara, ialah gasing orang Maranao. Gasing tembaga juga terdapat dalam kalangan orang Maguindanao. Pada masa ini, gasing kayu berukir yang lebih kecil dan kasar buatannya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki semasa musim panas atau cuti sekolah. Barangan Rekreasi

82 Bola Takraw Sipa (Filipino) Bola yang dianyam daripada rotan digunakan dalam permainan sepak bola juga disebut sipa. Pemain sipa membentuk Bola Takraw Filipina bulatan, menyepak bola pergi dan balik, mencuba mengekal- Bahan: rotan kannya tidak jatuh ke tanah selama yang boleh. Pemain yang Lokasi: Muzium Nasional gagal mengembalikan bola akan hilang matanya, dan yang Filipina, Manila paling banyak mengembalikan bola diumumkan sebagai Filipina pemain terbaik. Semasa penjajahan Amerika, permainan ini diubah suai menjadi dua pasukan, dimainkan merentasi satu Barangan Rekreasi jaring di tengah-tengah, sepakan bola terhad pada tumit dan tepi kaki. Dalam kalangan kumpulan orang Filipina Islam, pemain menunjukkan kemahiran tinggi dalam menyepak bola ke dalam bakul, sama seperti bola jaring. Dari segi tradisionalnya, bangsawan Maranao bermain sipa semasa perjumpaan khas di halaman torogan, rumah diraja mereka. Kasipa sa manggis merupakan satu variasi dengan pemain menumpukan pada kotak kecil yang tergantung pada manggis, batang buluh berbendera. Orang yang menyepak bola yang mengenai kotak sehingga jatuh diberikan hadiah. Kasipa biasanya melibatkan anak-anak raja sultan yang lain; sesiapa yang menyepak sipa cukup tinggi sehingga memasuki bilik puteri sultan, atau lamin, dipilih sebagai pasangannya.

Alat Muzik 83 Erhu Erhu ialah alat muzik China dua tali dengan leher yang panjang dan badan yang diperbuat daripada kayu. Erhu mempunyai Alat Muzik Singapura kepala naga yang diukir di atas leher. Erhu digunakan juga sebagai alat permainan solo, dan turut dimainkan dalam Bahan: kayu, logam kumpulan kecil dan juga orkestra yang besar. Lokasi: Muzium Nasional Singapura, Singapura Alat ini asalnya dimiliki oleh Er Woo Amateur Musical and Dramatic Association, yang ditubuhkan pada tahun 1912 oleh sekumpulan ahli perniagaan Teochew di Singapura. Pertubuhan ini cuba menggalakkan opera dan muzik Han yang berasal dari Hubei, China, pada abad ke-16. Bentuk seni ini beransur-ansur tersebar, dan menjelang abad ke-19, menjadi popular dalam kalangan masyarakat Hakka dan Teochew di Wilayah Guangdong. Barangan Rekreasi

84 Gendang Gendang Gendang kayu ini mempunyai permukaan palu yang ditutupi kulit lembu atau kulit kambing. Kulit ini ditegangkan dengan Bahan: kulit lembu, kulit gelung rotan, satu di sekeliling setiap kepala, dan dihubungkan haiwan, rotan, kayu bersama-sama oleh gelung rotan. Lokasi: Muzium Nasional Singapura, Singapura Muzik tradisional Melayu selalu menyertai teater, tarian atau bentuk hiburan lain. Unsur asas muzik tradisional Melayu ialah gendang. Barangan Rekreasi

Alat Muzik 85 Pong Lang Pong lang ialah xilofon kayu, diperbuat daripada kayu tempatan yang dipungut oleh orang kampung dari ladang. Pada masa Alat Muzik Thailand yang lalu, orang kampung menggunakannya sebagai alat genderang mudah. Orang kampung akan membawa pong Bahan: kayu, tali lang bersama-sama mereka semasa pergi kerja di sawah dan Lokasi: Wilayah Maha Sarakham, memainkan alat ini apabila mempunyai masa lapang. Thailand Pada tahun 1983, Encik Pluang Chairasmi, seorang Artis Negara Thai dalam seni persembahan (muzik Thai) menghasilkan pong lang yang ada pada hari ini. Kumpulan pong lang terdiri daripada xilofon (pong lang), wisel wap, organ tiup, gendang dan alat dua tali. Kebanyakan lagunya bertempo laju. Semua pemuzik menari sambil memainkan alat muzik mereka. Pong lang dipersembahkan di banyak acara, upacara, perayaan dan konsert. Sebelum persembahan, pemuzik akan memberikan penghormatan kepada guru mereka (wai kru) dengan wain beras (atau minuman keras lain), bunga, kayu dupa dan lilin sebagai pemberian. Barangan Rekreasi

86 Layang-layang Wao Chula Wao (layang-layang) ialah permainan kanak-kanak dan orang dewasa. Wao chula ialah sejenis layang-layang Thai berbentuk Layang-layang Thailand bintang lima penjuru. Pembinaan wao chula lebih kompleks Bahan: kayu buluh, kertas, tali daripada jenis yang lain, seperti wao i tui dan wao pak-pao, Lokasi: Thai Kite Muzium, kerana layang-layang ini dikehendaki terbang seperti burung Bangkok, Thailand besar. Oleh itu, pembuat layang-layang perlu sangat mahir, terutamanya apabila hendak mengimbangkan layang-layang. Barangan Rekreasi Sebatang plumbum biasanya digunakan untuk mengimbangkan kepala dengan ekor supaya wao chula boleh terbang hingga ke langit. Kadangkala layang-layang ini disebut wao ngao kerana bunyi ‘ngao’ yang terhasil apabila layang-layang terbang me- nangkis angin kuat dan menghasilkan bunyi berdehit daripada helaian daun palma kecil (khan siang) yang melekat pada badan layang-layang. Pesta layang-layang tahunan diadakan antara bulan Februari dengan April setiap tahun sebelum musim hujan. Permainan layang-layang sangat popular di Thailand, terutamanya dalam kalangan kerabat diraja semasa tempoh Ayutthaya dan Bangkok. Sebenarnya, zaman keemasan permainan layang-layang sebagai sejenis sukan adalah semasa pemerintahan Raja Rama V apabila pertandingan layang-layang tahunan kerap diadakan. Pertandingan antara wao chula dengan wao pak-pao sentiasa merupakan yang paling terkenal. Di Bangkok, tempat bermain layang-layang yang paling terkenal ialah Phra Men Ground atau Sanam Luang (Royal Field). Di wilayah lain, orang bermain layang-layang di hadapan rumah, di jalan atau di padang.

Tanglung Trup 87 Đèn Kéo Quân Tanglung trup ialah sejenis permainan kanak-kanak semasa Pesta Pertengahan Musim Luruh. Tanglung ini biasanya Tanglung Trup Vietnam digantung di hadapan rumah berhampiran dulang buah- buahan yang berhias. Lilin yang dinyalakan, menghasilkan Bahan: buluh, kertas, selofan tenaga terma, membuatkan roda kertas berputar dan pangsi Lokasi: Muzium Etnologi berpusing. Apabila dilihat dari luar, kita akan nampak pergera- Vietnam, Hanoi, kan orang dan objek yang diperbuat daripada kertas yang Vietnam dipotong. Tanglung jenis ini sukar dan rumit untuk dibuat, yang digunakan hanya untuk keluarga kaya sahaja. Pada hari ini, banyak keluarga membeli tanglung ini atau membuatnya sendiri untuk anak-anak mereka. Tanglung trup berbentuk oktagon atau silinder. Bahagian bawahnya diperbuat daripada kertas tegar dan tebal. Rangka badannya daripada buluh. Kertas nipis berwarna (kertas dó) yang mempunyai imej bun ga daisi dan bunga lemon dilekatkan ke atas badannya, dan pinggirnya dihiaskan dengan jumbai daripada benang kuning. Terdapat pelbagai gambaran yang dibuat daripada keping kertas yang dipotong, seperti petani sedang membajak, sekumpulan orang, wanita tua menampi beras, ikan, ketam dan sebagainya. Barangan Rekreasi

88 Alat Muzik Đing Tăk Tar Đing tăk tar ialah sejenis alat tiup dengan rid dan getaran bebas. Tiub lelabu diperbuat daripada jenis buluh yang lebih Alat Muzik Vietnam kurang 50 sentimeter panjangnya. Pada tiub ini, terdapat tiga Bahan: buluh, lelabu, gangsa lubang dan kepingan gangsa nipis untuk membuat rid. Satu Lokasi: Muzium Etnologi sisi tiub ditusukkan ke dalam labu kering dan lilin lebah Vietnam, Hanoi, digunakan untuk mengedapkan tempat tusukan tersebut Vietnam agar kedap. Satu lubang dibuat di atas labu dan sebatang buluh dihubungkan kepadanya untuk meniup. Barangan Rekreasi Đing tăk tar hanya dimainkan oleh kaum lelaki dalam pelbagai acara, seperti upacara penghormatan kepada nenek moyang dan untuk musim menuai padi. Orang daripada kumpulan etnik Êđê Bih menggunakan alat ini dalam upacara merayakan rumah baharu. Orang Mnông menggunakan alat muzik ini untuk membuat korban kerbau dan sebelum membakar ladang. Orang Mạ dan Cơho juga mempunyai alat muzik seperti ini. Đing tăk tar juga dimainkan secara santai di rumah dan di luar rumah, dan semasa menyanyikan epik khan. Untuk memainkan alat ini, satu tangan memegang badannya dan satu tangan lagi menekan lubang. Pada hari ini, alat muzik ini masih dimainkan oleh orang tua-tua.

Gendang 89 Pa-ra-nưng Untuk memainkan gendang ini, seseorang perlu duduk bersila, Gendang Vietnam letakkan gendang di atas paha dengan hujung gendang bersentuhan dengan dada pemain. Satu tangan memegang Bahan: kayu, kulit gendang dengan kejap sementara kedua-dua tangan Lokasi: Muzium Etnologi digunakan untuk memukul gendang. Gendang jenis ini Vietnam, Hanoi, dianggap sebagai objek kerohanian. Hasilnya, pemain diberikan Vietnam penghormatan sebagai tukang/guru, dan upacara ‘meminta kebenaran’ mesti dilakukan sebelum gendang dimainkan. Secara tradisionalnya, paranưnghanya digunakan dalam upacara kerohanian, tetapi pada hari ini dipersembahkan di atas pentas. Gendang paranưng ialah sejenis alat muzik yang menggetarkan telinga dan dimainkan hanya dengan mengetuk kulit. Badan paranưng berbentuk silinder pendek dan diperbuat daripada besi dan kayu cóc. Satu sisinya ditutupi kulit kambing atau or muntjac, yang dilekatkan kepada 12 penyokong kayu meng- gunakan tali dan gelung rotan. Perkataan ‘paranưng’, ‘ginang’ dan ‘tiub saranai’ merujuk bahagian berbeza badan manusia, dengan paranưng ialah sistem tubuh, ginang ialah kaki dan tiub saranai ialah kepala. Barangan Rekreasi

90 Barangan Rekreasi

Barangan Kerohanian & Komunal 5

92 Tempat Meletak al-Quran Rihal (Melayu Brunei) Rehal ialah tempat meletak kitab suci al-Quran yang diperbuat daripada kayu, digunakan sambil membaca ayat-ayat suci Tempat Meletak al-Quran Brunei al-Quran. Alat ini disebut ‘rihal’ di Brunei, yang berasal daripada perkataan Urdu ‘rehal’. Tempat meletak al-Quran ini dihasilkan Bahan: kayu kerana dalam tradisi Islam, meletakkan al-Quran di atas lantai Lokasi: Muzium Teknologi sambil membacanya adalah tidak menghormatinya. Reka Melayu, Brunei bentuk bunga yang diukir cantik pada rehal dipercayai Darussalam menambahkan keseronokan membaca al-Quran. Pada hari ini, sesetengah tukang kayu Brunei membuat rehal sebagai sebahagian daripada barangan dagangan dan menjualnya di gerai tempatan. Barangan Kerohanian & Komunal

Mangkuk Buddha 93 Kompeh Kompeh ialah mangkuk yang asalnya direka bentuk untuk upacara Buddha. Mangkuk ini digunakan untuk meletakkan Mangkuk Buddha Kemboja dupa, lilin dan makanan. Mangkuk ini boleh juga digunakan sebagai bekas untuk memberikan hadiah kepada keluarga Bahan: kayu daripada pokok pengantin perempuan semasa upacara perkahwinan. Kompeh kapok, pokok ‘Koh’, selalunya boleh digunakan sebagai alternatif kepada heb buluh, pelepah pokok (lihat “Bekas Sirih” dalam “Barangan di Rumah”, halaman 53), palma, resin semula yang mengandungi semua barangan perlu untuk mengunyah jadi daripada pokok daun sirih. atau ‘Mrak’ Lokasi: Damdek, Wilayah Siem Reap, Kemboja Barangan Kerohanian & Komunal

94 Piring Lakuer Nampan Pulur Piring lakuer sangat penting bagi orang Palembang, di Wilayah Sumatra Selatan, Indonesia, kerana makanan diletakkan di Piring Lakuer Indonesia atasnya semasa pelbagai acara tradisional. Misalnya, piring Bahan: kayu, lakuer, ini digunakan untuk meletakkan hadiah semasa upacara perada (serbuk perkahwinan. Disebabkan motif dan bentuknya yang cantik, berwarna emas), piring ini juga digunakan sebagai hiasan dinding. Motifnya cat kuning tanah sangat dipengaruhi budaya China, seperti wakilan haiwan mistik, Lokasi: Muzium Nasional gabungan naga dan singa dengan sisik pada badannya. Dahulu, Indonesia, Jakarta, piring ini dimiliki hanya oleh golongan bangsawan dan pedagang. Indonesia Lakuer ialah nama sejenis bahan resin, dihasilkan oleh serangga Barangan Kerohanian & Komunal yang disebut Laccifer iacca. Tumbuh-tumbuhan yang menjadi tempat tinggal haiwan ini disebut pokok kemalo. Satu-satunya tempat di Indonesia yang menghasilkan piring lakuer ini ialah Palembang, Wilayah Sumatra Selatan. Kawasan ini mempunyai hubungan budaya yang kuat dengan pendatang China sejak abad ke-7. Pada masa lapang, pendatang membuat barangan lakuer, seperti pinggan, kotak barang kemas, dan kotak sirih. Ciri kraf lakuer ini adalah bahawa air tidak telap dan terdiri hanya daripada tiga warna, iaitu merah, hitam dan kuning emas.

Hiasan Dinding 95 Ukiran Hiasan dinding ini dari Cirebon, Wilayah Jawa Barat, Indonesia. Hiasannya yang terperinci diperbuat menggunakan teknik ukiran Hiasan Dinding Indonesia kayu. Hiasan ini biasanya digantung di dalam rumah, terutamanya di ruang tamu. Pengaruh budaya Arab boleh dilihat dalam Bahan: kayu perkataan Arab yang diukir, yang menyatakan “Laa ilaaha illallah”, Lokasi: Muzium Nasional bermaksud: “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Hiasan ini dipercayai Indonesia, Jakarta, melindungi rumah pemilik daripada bahaya. Sementara itu, Indonesia pengaruh budaya China boleh dilihat dalam gaya kesenian ukiran awan mendung (mega mendung). Motif ini dipercayai membawa kekayaan dan kemewahan, kerana hujan menyubur- kan tanah. Cirebon ialah kawasan pantai yang jelas dipengaruhi budaya Arab dan China. Hiasan dinding ini merupakan contoh pembu- dayaan kedua-dua budaya dalam kalangan masyarakat tempatan dan pendatang. Motif dalam hiasan dinding ini ditiru oleh tukang kayu tempatan daripada motif yang ditemui pada barangan yang sampai ke Jawa melalui pendatang Arab, yang diterima dengan baik oleh orang tempatan. Dengan itu, nilai Islam berkembang dengan cepat dalam kalangan Kesultanan Cirebon dan orangnya. Barangan Kerohanian & Komunal

96 Topeng Hahoe Tal Topeng yangban (orang kenamaan) ini adalah untuk Hahoe Byeolshin Gut Talnori. Tarian bertopeng mempunyai 11 Topeng Korea topeng, mewakili orang berbeza seperti sami Buddha, Bahan: kayu pemotong daging, wanita muda, pengantin perempuan, Lokasi: Muzium Rakyat cendekiawan, pelawak, kuli, janda tua, dan sebagainya. Kebangsaan Korea, Antaranya, topeng yangban paling dikenali. Topeng ini Korea mempunyai hidung yang lebar dan kening yang berterusan. Tarian topeng Hahoe dilakukan pada hari pertama bulan penuh Barangan Kerohanian & Komunal dalam kalendar lunar oleh penduduk kampung untuk mengejek tuan mereka yang terdiri daripada golongan bangsawan yangban. Pada masa dahulu, kebanyakan topeng Korea diperbuat daripada kertas atau labu, oleh itu kebanyakannya musnah selepas persembahan. Justeru itu, sukar untuk mendapatkan topeng lama. Walau bagaimanapun, topeng Hahoe yang diperbuat daripada kayu adalah lebih formal dan mempunyai nilai seni yang tinggi. Hahoe ialah sebuah kampung terkenal di barat daya Korea, tempat tradisi Confucius yang kuat dikekal- kan. Kampung ini menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2010. Kampung ini menganjurkan Festival Tarian Topeng Antarabangsa Andong untuk meraikan tradisi budayanya.

Topi Reben 97 Sangmo Sangmo ialah nama topi reben yang dipakai oleh kumpulan muzik yang ahlinya ialah peladang. Topi reben ini mempunyai Topi Reben Korea cemeti yang panjang dengan bulu burung atau tali. Muzik pela- dang Korea disebut pungmul. Muzik ini terdiri daripada empat Bahan: bulu burung, kertas alat genderang utama: kkwaenggari (gong kecil), jing (gong), Lokasi: Muzium Rakyat janggu (gendang dua kepala), dan buk (gendang). Kebangsaan Korea, Korea Ketua kumpulan (sangshoi) menggunakan sangmo ini untuk mengarahkan kelajuan irama dan pembentukan kumpulan muzik. Dia menggerakkan arah topinya dan mengubah bentuk reben dengan memutar dan meliukkannya untuk memandu kumpulan. Tarian dan pergerakan sangmo yang meliuk sangat sukar dipelajari. Kadangkala, sangshoi terlibat dalam pergera- kan akrobatik. Barangan Kerohanian & Komunal

98 Skaf Phabieng Skaf Laos biasanya dipakai oleh kaum wanita semasa acara sosial yang penting seperti majlis perkahwinan. Selain itu, Skaf Laos sesetengah wanita memakai skaf jenis ini apabila mereka pergi ke kuil. Skaf ini dipakai untuk menutup badan dan bahu. Skaf ini Bahan: kain kapas, sutera boleh juga digunakan untuk tujuan lain dan boleh dipakai oleh Lokasi: Muzium Nasional Lao kaum lelaki. Vientiane, Laos Wanita Laos telah menenun tekstil selama berabad-abad, dengan itu, menjadikan penenunan sebagai sebahagian tradisi dan budaya Laos yang penting. Hasil aktiviti tradisional ini, Laos dikenali di seluruh dunia sebagai pusat penenunan tekstil. Barangan Kerohanian & Komunal