Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Madu dalam alquran dan hadis

Madu dalam alquran dan hadis

Published by valebi2621, 2021-12-19 20:41:54

Description: Madu dalam alquran dan hadis

Search

Read the Text Version

ENCYCLOPEDIA NAMA : IZZAT RAMZAN BIN AKBAR BATCHA (16DEE19F2029) LAHORI HAKIMI BIN ZAINUDIN (16DEE19F2027) NUR IMAN BIN RAFIZUDDIN (16DEE19F2035) NAMA PENSYARAH : PN.FADZILAH BINTI ABD RAHMAN

ALLAH S.W.T TELAH MEMBERI KELEBIHAN KEPADA LEBAH DENGAN KEKUASAANNYA MENGELUARKAN MADU ASLI DARI PERUTNYA MEMBERI MANFAAT DAN BERKHASIAT KEPADA SETIAP MANUSIA MENGGUNAKANNYA .

Fakta Al-Quran • Sebagaimana Firman Allah SWT Dalam Al-Quran Surah An-Nahl Ayat 68-69 : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia.” [QS. An-Nahl : 68] \"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.\" [QS. An-Nahl : 69]

➢bahan yang dapat dijadikan ubat penyembuh bagi manusia adalah bahan yang keluar dari perut lebah dengan bermacam-macam warnanya. ➢Pada ayat tersebut juga tidak menyatakan ubat untuk spesifik penyakit tertentu, dan fakta di lapangan membuktikan bahawa berbagai penyakit dapat disembuhkan melalui produk perlebahan terutama propolis lebah. ➢Di dalam Al-Quran diterangkan secara jelas bagaimana lebah diperintah oleh Allah SWT untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (getah) dari berbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah lainnya, termasuk propolis sebagai obat penyembuh untuk berbagai jenis penyakit. Lebah memang makhluk istimewa, ia merupakan makhluk Allah SWT yang memberi manfaat dan kenikmatan bagi manusia.

Syeikh Tantawi Ulama al-Azhar Syeikh Tantawi ulama al-Azhar sebaliknya meyakini bahawa terdapat hubungan yang erat di antara al- Quran dan sains. Pada Tantawi, al-Quran adalah kitab yang hidayah kepada manusia. Bahasa al-Quran adalah tinggi, malah susunan bahasanya sampai ke peringkat susunan bahasa sains paling tinggi. Apabila peraturan sains berubah, maka yang salah ialah pemahaman manusia terhadap maksud Allah tentang ayat-ayatNya. Semuga usaha memahami rahsia alam melalui sains dengan bantuan ayat Allah akan menjadikan kita lebih teguh iman dan ketakwaan kepada Maha Pencipta.

• Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan.

5 Khasiat Madu Lebah Asli Yang Menakjubkan ❑ Meningkatkan Daya Ingatan Madu mengandungi kadar antioksida yang tinggi yang mana boleh mengurangkan kerosakan sel di dalam otak . Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2011 membuktikan bahawa satu sudu madu boleh meningkatkan daya ingatan bagi perempuan yang putus haid. Kajian ini memberikan satu petunjuk kepada rawatan alternatif bagi orang yang lemah daya ingatan .Setelah 4 bulan pengambilan madu sebanyak 20 gram setiap hari , prestasi daya ingatan wanita lebih baik berbanding dengan wanita yang mengambil pil hormone . Madu boleh meningkatkan kebolehan badan dalam menyerap kalsuim , secara tidak langsung membantu kesihatan otak . Otak memerlukan kalsium dalam proses berfikir dan membuat keputusan .

❑ Membekal Pelbagai Nutrisi • Madu boleh menjadi sumber nutrisi harian yang sempurna . Satu sudu teh madu mengandungi 17 gram karbohidrat . • Madu mengandungi fruktosa dan glukosa , iaitu sejenis gula yang boleh diserap masuk di dalam badan secara terus tanpa perlu diproses . Hal ini secara tidak langsung boleh membekalkan tenaga dengan cepat . Peningkatan kadar gula dalam darah boleh memberikan tenaga kepada badan, sangat sesuai untuk tugas-tugas berat ataupun besukan . • Ahli sukan pada zaman dahulu dipercayai mengambil madu dan buah ara untuk meningkatkan prestasi mereka . ❑ Khasiat Madu Lebah Merawat Luka Dan Kesan Terbakar ◦ Selain memberikan kebaikan pada bahagian dalaman badan, madu juga boleh memberikan kebaikkan pada bahagian luaran badan manusia . ◦ Madu boleh digunakan untuk merawat luka-luka dan kesan terbakar dengan membunuh bakteria seperti methicillin . Satu kajian pad atahun 2005 yang diterbitkan oleh British Jounal of Surgey mendapati bahawa luka dan ulser lebih cepat sembuh dengan menyapu madu pada permukaan luka itu . ◦ Selain itu , madu juga boleh mengelakkan daripada berlakukan masalah gangguan gastrousus dalam badan . ◦ Perkara ini sudah diamalkan oleh orang dahulu lagi ( 2,000 tahun dahulu ) untuk merawat luka-luka dan beberapa masalah kulit yang lain.

❑ menghilangkan batuk • Pengambilan madu semasa batuk sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Terbukti ianya berkesan. • Cara-cara pengambilannya sangat mudah, anda hanya perlu mengambil dua sudu teh madu setiap hari, kekerapan • Dalam satu kajian yang dibuat pada thun 2012 oleh Jurnal Pediatrics keatas kanak-kanak berumur 1 dan 5 tahun, membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengambil madu sebelum tidur lebih cepat untuk sembuh dari penyakit batuk. • Kenapa dan bagaimana madu boleh merawat batuk? • Madu yang pekat boleh membantu melindungi saluran tekak, manakala rasanya yang manis dipercayaii boleh mengurangkan rasa ingin batuk. Selain batuk, madu juga berpotensi merawat penyakit berkaitan dengan tekak yang lain. • nya bergantung kepada tahap batuk anda.

❑ membantu untuk tidur • Madu boleh membantu anda untuk tidur. Seperti gula, madu boleh meningkatkan kadar insulin dan mengeluarkan serotonin. (satu jenis neurotransmitter yang boleh memperbaiki mood dan perasaan seseorang). • Badan akan menukarkan serotonin tersebut kepada melatonin, sejenis bahan kimia yang boleh menggalakkan kualiti tidur seseorang. ❑ menghilangkan kelemumur Satu kajian pada tahun 2001 yang diterbitkan dalam Jurnal Medical Researh mendapati bahawa madu boleh menghilangkan masalah kelemumur. Cara-caranya ialah : Sapu madu lebah yang cair pada permukaan kulit kepala. Biarkan selama 3 jam. Bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari, anda akan mendapat kesan dalam masa seminggu.

HADIS SAHIH TENTANG MADU Al-Husain menceritakan kepadaku,Ahmad b. Mani'menceritakan kepada kami, Marwan b. Syujamenceritakan kepada kami, Salim al- Aftasmenceritakan kepada kami, dari Said b. Jubair, dariIbnu Abbas ra, katanya: Rasulullah saw bersabdaUbat terbahagi tiga: minum madu, berbekam danmembakar dengan api. Dan umatku dilarangmembakar dengan api .

Fakta Hadis TERDAPAT DUA HADIS SAHIH YANG DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI DAN MUSLIM • Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim) • Kedua, Hadis ini adalah berkaitan dengan khasiat madu lebah. Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan madu lebah, di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mājjah.

FAKTA SAINTIFIK Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. ➢Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. ➢Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. ➢Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.

PENEMUAN SAINTIFIK Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu : 1. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik 2. Mampu menyembuhkan ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan 3. Boleh merawat penyakit mata 4. Memutih dan menguatkan gigi

Mencegah Kanser Dan Masalah Jantung • Madu mengandungi flavonoids, iaitu sejenis antioksida yang boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser dan masalah jantung. Kanser berlaku atas banyak sebab , salah satunya adalah kerana kandungan radikal bebas yang banyak di dalam badan . • Salah satu cara untuk melawan radikal bebeas adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi . Probiotik oSesetengah madu mengandungi bakteria baik dengan kadar yang banyak. Ini termasuklah 6 jenis lactobacilli dan 4 jenis bifidobacterial . Probiotik dan Prebiotik merupakan bahan yang boleh membantu sistem penghadaman dengan membekalkan bakteria baik semasa pencernaan . oOleh itu , anda dicadangkan untuk mengambil madu sebelum ataupun selepas mengambil makanan berat untuk mengelakkan proses pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan

Khasiat Madu Lebah Untuk Kulit Yang Lebih Sihat • Madu mengandungi antibakteria yang banyak, dan boleh membantu mencantikkan kulit muka (jika digunakan bersama-sama yang lain ) . Oleh kerana itu , sudah banyak produk-produk kecantikan sekarang mengambil khasiat di dalam madu untuk dijadikan salah satu bahan aktif dalam produk mereka . • Dan hasilnya sangat memberansangkan kepada pengguna , jika anda ingin berjimat , tidak mahu membeli produk kecantikkan yang mahal . Anda boleh jadikan madu sebagai mask muka . Caranya amatlah mudah , anda hanya perlu menyapu madu dipermukaan muka dan biarkannya untuk seketika . Kemudian bilas dengan air yang bersih . • Anda akan merasakan kulit anda semakin licin dan bersih . Selain itu , kaedah ini sesuai digunakan bagi orang yang mengalami masalah jerawat .

Hadith Air Zam-Zam

ULAMA TAFSIR HADIS AIR ZAM ZAM • Abdullah bin Abbas ( ,‫عبد الله بن عباس‬kr. 619 - Thaif, kr. 687 (78 H)) adalah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW sekaligus saudara sepupunya. Nama Ibnu Abbas ( )‫ابن عباس‬juga digunakan untuknya untuk membedakannya dari Abdullah yang lain. • Ibnu Abbas merupakan salah satu sahabat yang berpengetahuan luas, dan banyak hadis sahih yang diriwayatkan melalui Ibnu Abbas, serta dia juga menurunkan seluruh Khalifah dari Bani Abbasiyah. • Beliau merupakan anak dari keluarga yang kaya dari perdagangan bernama Abbas bin Abdul-Muththalib, maka dari itu dia dipanggil Ibnu Abbas, anak dari Abbas. Ibu dari Ibnu Abbas adalah Ummu al-Fadl Lubaba, yang merupakan wanita kedua yang masuk Islam, melakukan hal yang sama dengan teman dekatnya Khadijah binti Khuwailid, istri Nabi Muhammad SAW. • Ayah dari Ibnu Abbas dan ayah dari Nabi Muhammad SAW merupakan anak dari orang yang sama, Syaibah bin Hâsyim, lebih dikenal dengan nama Abdul- Muththalib. Ayah orang itu adalah Hasyim bin Abdulmanaf, penerus dari Bani Hasyim klan dari Quraisy yang terkenal di Mekkah. Ibnu Abbas juga memiliki seorang saudara bernama Fadl bin Abbas .

Air ZAM-ZAM ❑Telaga Zamzam atau dalam Bahasa Arab disebut 'Bi'ru Zamzam' adalah sebuah telaga yang berada di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. ❑Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.

Doa Minum Air Zam-Zam

Kajian Saintifik TOKOH ASIA Prof. Dr. Masaru Emoto telah menjalankan ujian menggunakan kaedah magnetic resonance technology untuk melihat wajah molekul air zam- zam. Sampel zam-zam telah dibekukan selama sehari dan disimpan pada paras 10 darjah celcius. Kemudian air zam-zam yang telah menjadi ketulan ais dilihat dibawah mikroskop khas

TOKOH ISLAM Penjelasan Manfaat Air Zam-Zam Oleh Dr. Yahya Koshak, Dr. Knut Pfeiffer, dll Menurut Dr. Yahya Koshak, seorang ilmuwan asal Mekkah, air zam-zam sangat bersih dari kuman dan bakteria. Peneliti melakukan pengujian pada air zam- zam menggunakan sinar ultraviolet, hasilnya diketahui bahwa pada air zam-zam tidak ditemukan adanya kuman dan bakteria

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam ❑Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. ❑Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. ❑Secara keseluruhannya jumlah air zam-zam yang digunakan setiap musim haji adalah sebanyak 170 juta liter. Sedangkan Kerajaan Arab Saudi tidak pernah menyimpannya sebagai stok persediaan. Ini bermakna telaga zam telah mengeluarkan sebanyak 3925 liter seminit dengan izin Allah.

Keajaiban Air Zam-Zam ❑ Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan . ❑ Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya. ❑Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman. ❑Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

10 Khasiat Air Zam-Zam • 1. Mengoptimumkan Proses Metabolisme Tubuh • Fungsi metabolisme tubuh ini untuk mengubah zat- zat yang masuk ke dalam tubuh seperti lemak menjadi tenaga. Dengan dihasilkannya tenaga bagi tubuh, maka tubuh akan memiliki tenaga dalam menjalankan kegiatan atau pekerjaan sehari-hari. • 2. Menghilangkan Lapar (Air Zam-Zam Mengenyangkan) • Mengikut sains, air zamzam juga bebas dari mikroorganisme, yang mana kewujudan mikroorganisme boleh mengurangi kesegaran air. • keadaan telaga zam zam yang tidak adanya lumut yang tumbuh di sana. Hal yang sangat baik, air zamzam mengandung dua jenis mineral penting berupa kalsium dan magnesium. • 3. Memaksimumkan Proses Penghasilan Sel Kulit Mati • Selain untuk kesihatan, air zam-zam juga memiliki manfaat dalam menjaga penampilan kulit tubuh. Dengan minum air zam-zam maka manfaatnya boleh membantu menghasilkan sel-sel kulit mati dan diganti dengan kemunculan sel-sel kulit baru. • 4. Melancarkan Peredaran Darah • Manfaat dari minum air zam-zam ini juga boleh melancarkan peredaran darah. Antara punca masalah peredaran darah di dalam tubuh adalah kerana terjadinya pengumpulan lemak dalam salur darah.

• 5. Memberikan Rasa Bahagia di dalam Hati • Rasa bahagia boleh muncul dengan minum air zam- zam, selain menyihatkan bagi tubuh, minum air zam- zam juga boleh menyihatkan hati dan jiwa. • 6. Menyihatkan Tulang dan Gigi • Tubuh manusia memerlukan bekalan kalsium mencukupi setiap hari bagi memastikan tulang dan gigi sentiasa sihat dan kuat. Di dalam air zam-zam terdapat kalsium bermanfat bagi kesihatan tulang dan gigi. • 7. Memberikan Tenaga Bagi Ibu Hamil • Keadaan tubuh ibu hamil ketika masa kehamilan sering mengalami keletihan. Minum air zam-zam bisa membantu untuk mengatasi rasa lelah pada ibu hamil, yang bisa menjadi tambahan tenaga bagi ibu hamil.

•8. Membekalkan Nutrisi Kepada Janin di dalam Kandungan •Janin di dalam kandungan ibu hamil sangat memerlukan nutrisi yang mencukupi, itu sebabnya ibu hamil sangat ditekankan untuk mengambil makanan yang bergizi, kerana hal ini nantinya juga untuk kebaikan bayi di dalam kandungan. •9. Menguatkan Rahim Saat Hamil •Rahim yang merupakan tempat tumbuhnya janin, kondisi rahim yang kuat sangat penting agar proses kehamilan selama 9 bulan bisa berjalan dengan baik.

Kesimpulan • Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. • Menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mengkaji dan memahami dan mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu. • Berdasarkan penjelasan yang ringkas berkaitan air Zamzam bahawa Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kita akan khasiat dan keutamaan air yang diberkati oleh Allah SWT ini. Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah mengamalkan amalan ini sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat dan ulama’ terdahulu. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan atau merezekikan kita untuk meminum air yang berkat ini dan semoga Allah SWT memakbulkan setiap yang kita doa atau hajati. Amin.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook