921
KOMPILASI BICARA KEPIMPINAN IABCSBH
Diterbitkan oleh : Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Kementerian Pendidikan Malaysia KM 15, Jalan Tuaran 88450 Kota Kinabalu Urusetia Penerbitan : Jabatan Dokumentasi, Penerbitan dan Promosi Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Kementerian Pendidikan Malaysia KM 15, Jalan Tuaran 88450 Kota Kinabalu Tel: +6088-492 096/Faks: +6088-492 095 http:[email protected] Hak Cipta Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 2022 Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. ISBN & Data Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia e ISBN : 978-629-97472-2-2
JAWATANKUASA PENERBITAN Penaung Datuk Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Pengerusi Puan. Khaziyati binti Osman Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Ketua Editor Puan. Hayati binti Omar Editor Dr. Asna binti Mahmud Dr. Cheong Shaw Mei Panel Penilai Puan. Paulinia@Lija binti Tanin En. Abdullah bin Muhammad Puan. Rostina Apok Cik Chin Siew Moi Dr. Dexter Silam Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf Puan. Valerie Sinti e-Jurnal Encik Robit bin Yusie Fus Han Puan. Valerie Sinti Pengurus Puan. Hayati binti Omar
KANDUNGAN SEKAPUR SIREH ix SEULAS PINANG x DARI MEJA EDITOR xi TAJUK KOMPILASI BICARA KEPIMPINAN IAB CAWANGAN SABAH 1 BAHAGIAN A : UCAPAN ALU-ALUAN 5 1 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN 9 NEGERI KEDAH KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN 13 SABAH 14 Januari 2022 16 19 2 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH 25 Januari 2022 3 MAJLIS HARI RAYA, KAAMATAN DAN HARI GAWAI INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH 27 Mei 2022 4 LAWATAN JARINGAN STRATEGIK SMK DATO’AHMAD MAHER KOTA BAHRU, KELANTAN KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH 29 Julai 2022 . 5 UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 6 TEKS UCAPAN PENGARAH CAWANGAN IABCSBH BENGKEL KIK 25 April 2022
7 TALKING POINTS PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH 22 DALAM SESI BERSAMA DATO’ PENGARAH WARGA IABCSBH 25 23 Jun 2022 30 8 TALKING POINTS PENGARAH IAB ENSTEK KPM DALAM SESI BICARA PROFESIONAL PESERTA NPQEL DAN PENSYARAH IABCSBH 23 Jun 2022 9 TALKING POINTS KETUA PUSAT PENGURUSAN DASAR DAN INOVASI IAB ENSTEK DALAM SESI BICARA PROFESIONAL PROGRAM PEMANTAPAN PEMIMPIN SEKOLAH TERINTANG (ProPSeT) PPD SEMPORNA TAHUN 2022 25 Ogos 2022 BAHAGIAN B: PERASMIAN 38 43 10 MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN (NoU) ANTARA INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SABAH 23 Jun 2022 BAHAGIAN C: WEBINAR 11 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE DALAM LATIHAN IAB BERSAMA YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD. YUNUS, PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 23 Ogos 2022 12 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE YBRS. PUAN BERSAMA PUAN 46 KHAZIYATI BINTI OSMAN, PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 23 Ogos 2022
13 WEBINAR HUMAN GOVERNANCE BERSAMA YBHG. DATUK DR. 51 HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM, MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 23 Ogos 2022 14 WEBINAR KEPIMPINAN PENDIDIKAN HUMAN GOVERNANCE 55 SIRI 1/2022 BERSAMA YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 23 Ogos 2022 15 WEBINAR KEPIMPINAN: MENERAJUI PERUBAHAN DALAM 61 DUNIA VUCA MELALUI PENDEKATAN HUMAN GOVERNANCE SIRI 2 BERSAMA YBHG. DATO’ DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH 14 September 2022 16 WEBINAR BICARA PROFESIONAL : SEKOLAH DAN KOMUNITI 69 BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN BERSAMA YBRS. PN KHAZIYATI BINTI OSMAN, PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 6 Oktober 2022 17 WEBINAR BICARA PROFESIONAL : SEKOLAH DAN KOMUNITI 75 BERPISAH TIADA : PERKONGSIAN BUDAYA PERMUAFAKATAN BERSAMA YBHG. PROF. MADYA DR. ABDUL SAID, PENSYARAH KANAN (FPP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 6 Oktober 2022
SEKAPUR SIREH PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI DATO’ DR. HJ. TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam sejahtera Saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada warga IAB Cawangan Sabah (IABCSBH), kerana telah berjaya menerbitkan Kompilasi Bicara Kepimpinan pada tahun ini dengan jayanya. Komitmen yang tinggi dan usaha gigih dalam kalangan pensyarah IABCSBH memberi inspirasi kepada seluruh warga IAB untuk terus melaksanakan penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan IABCSBH. Saya percaya, dengan amalan kerja sepasukan yang mantap di IABCSBH mampu memberi cetusan idea-idea baharu kepada para pemimpin pendidikan khususnya dalam mengorganisasi kumpulannya, seterusnya membentuk satu pasukan kerja yang sentiasa ada semangat bekerjasama dan nilai berdedikasi dalam organisasinya. Saya yakin semua yang terlibat dengan penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini akan sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk menambah koleksi bicara kepimpinan yang bermutu agar dapat dikongsikan kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Akhir kalam, semoga penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini akan memberi manfaat kepada semua warga pendidik khususnya kepada pemimpin-pemimpin Pendidikan. Tahniah sekali lagi kepada IAB Cawangan Sabah di atas kesungguhan dan kecekalan demi penghasilan Kompilasi Bicara Kepimpinan ini. Sekian, terima kasih. ix
SEULAS PINANG PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH PUAN KHAZIYATI BINTI OSMAN Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatNya, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH), berjaya menerbitkan Kompilasi Bicara Pemimpin bagi tahun 2022. Syabas dan tahniah kepada warga IABCSBH kerana usaha gigih dan berterusan mampu menghasilkan penerbitan Kompilasi Bicara Kepimpinan bagi tahun 2022. Penerbitan buku ini dapat menjadi anjakan minda kepada pengetua Guru Besar dan pemimpin pendidikan pada zaman transformasi ini untuk kejayaan transformasi organisasi yang dipimpin. Pemimpin perlu memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi diri agar dapat mengekalkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi. Demi mengekal kecekapan dan keberkesanan organisasi ketua perlu aktif merancang, mengorganisasi, mengawal dan memimpin kumpulannya dengan pelbagai cara dan gaya pengurusan berkaitan pembangunan kepimpinan dan organisasi di peringkat sekolah. Bertepatan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu baharu dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan yang berkesan, saya berharap agar perkongsian minda pemimpin ini dapat membuka banyak ruang kepada warga pendidik untuk menyumbang idea dan pemikiran kreatif dalam aktiviti penulisan yang boleh dirujuk dan menjadi panduan untuk mencapai misi dan visi organisasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua warga IABCSBH yang telah menyumbangkan kepakaran, buah fikiran, cadangan, tenaga dan masa yang diberikan sehingga Kompilasi Bicara Pemimpin ini dapat diterbitkan pada tahun ini. Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada semua warga pendidik untuk pembangunan, pengurusan dan pentadbiran organisasi secara berterusan. Sekian, terima kasih. x
DARI MEJA EDITOR Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana usaha menghasilkan Kompilasi Bicara Kepimpinan akhirnya terlaksana. Saya mengucapkan tahniah bagi pihak Jabatan Penerbitan Dan Dokumentasi mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buku ini. Kompilasi Bicara Kepimpinan, memuatkan tujuh belas teks daripada tokoh pemimpin termasuk daripada Pengarah IAB Cawangan Sabah. Kompilasi Bicara pemimpin ini mengandungi tiga Bahagian. Bahagian A ialah Ucapan Alu-aluan, Bahagian B Perasmian dan Bahagian C ialah Webinar. Perkongsian Bicara Pemimpin ini diambil melalui teks ucapan majlis rasmi, bengkel, webinar yang bertemakan pengurusan dan kepimpinan sesuai dengan fungsi IAB. Pemikiran kepimpinan ini boleh menjadi panduan cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah oleh pemimpin pendidikan di dunia VUCA, aspek human governance dan kecemerlangan pendidikan di abad ke-21. Kemahiran memimpin merupakan suatu perkara yang amat penting dalam melahirkan insan yang lebih berdedikasi, berkaliber serta meningkatkan potensi murid bagi menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan cabaran aspek kepimpinan dan pengurusan menangani cabaran COVID-19 menjadi ingatan dan pedoman untuk meneruskan kelestarian pendidikan dalam transformasi pendidikan. Sekian, salam hormat. Puan Hayati binti Omar Jabatan Dokumentasi Penerbitan dan Promosi Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Kementerian Pendidikan Malaysia xi
Kata Alu-aluan
1 TEKS UCAPAN ALU-ALUAN YBrs. Puan Khaziyati binti Osman Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Kementerian Pendidikan Malaysia LAWATAN JARINGAN STRATEGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH Tarikh: 14 Januari 2022 (Jumaat) Tempat: Bilik Mesyuarat Danum 2 Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 1
Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Othman Timbalan Pengarah JPN Kedah Yang Berusaha, En. Norman bin Sani Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berada bersama-sama dalam program Lawatan Jaringan Strategik ini. Saya juga mengucapkan selamat datang kepada team daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah atas Lawatan Jaringan Strategik ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah. Program seumpama ini amat bermakna kerana kedua-dua pihak mendapat manfaat ruang dan peluang untuk berkongsi pelbagai idea kerjasama dan pengalaman bagi memantapkan hubungan jaringan secara berterusan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sepintas lalu mengenai latar belakang Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH). IABCSBH mula beroperasi di premis baharu pada tahun 2014 dan terletak di KM 15 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Terdapat 16 Jabatan dengan kekuatan staf seramai 39 orang. Setiap jabatan ini telah bertanggungjawab menyediakan aktiviti-aktiviti dan merancang program-program mengikut jabatan masing-masing iaitu berfokus kepada CPD dan pembangunan staf. Sesungguhnya cabaran utama di IABCSBH adalah melunaskan semua perancangan berkaitan dengan fungsi IAB iaitu latihan, pentaksiran, konsultasi, penyelidikan, penerbitan dan pasukan pemikir yang memerlukan berlakunya perubahan seiring dengan transformasi kepimpinan dan pendidikan masa kini. Sejajar dengan visi dan misi Institut Aminuddin Baki iaitu, “Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan yang Terbilang” dan “Membangun Kepimpinan Pendidikan bagi menghasilkan Organisasi Berkualiti” saya menaruh kepercayaan bahawa melalui program lawatan jalinan ini peranan IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM dapat terus direalisasikan. 2
Semoga perkongsian idea dan hubungan silaturahim melalui program jalinan ini dapat mencorakkan pelbagai pembaharuan dalam organisasi ke arah menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara. Sesungguhnya, kejayaan dan perkembangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kerja sepasukan dan pemimpin yang bersifat kreatif dan inovatif. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) 2022-2026 meneruskan kecemerlangan PIK (2017- 2021) yang berasaskan kepada tiga Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result Area (KRA) iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan pusat rujukan. Tiga bidang keberhasilan utama ini pula disokong oleh enam subbidang Keberhasilan Utama yang terdiri daripada Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Pembangunan Master Trainer, Pengurusan Pengetahuan, Jaringan dan Kolaboratif serta Penyelidikan dan Pembangunan. Bersangkutan dengan PIK IAB ini, maka IABCSBH telah merancang melaksanakan Program Pemantapan Pemimpin di Sekolah Terintang (Sekolah Pulau/Sekolah Pedalaman/Sekolah Kurang Murid). Matlamat utama program ini ialah membangunkan pemimpin sekolah yang proaktif dan kreatif dalam usaha mencemerlangkan sekolah dengan tidak mengabaikan keperluan perkhidmatan dan risiko. Dalam masa yang sama, IABCSBH juga menyahut cabaran gelombang Volatility, Uncertainty, Complexity and Ambiguity (VUCA) dan era digital dalam merealisasikan agenda transfomasi negara seperti yang digariskan oleh Gelombang Ketiga (2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sememangnya, sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung negara, IAB berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan yang dilaksanakan kekal relevan serta mampu merealisasikan matlamat transformasi pendidikan negara. Justeru itu, idea dan pemikiran baharu sentiasa diimplementasikan bagi melestarikan sistem latihan agar sentiasa memberi impak positif dalam menzahirkan pemimpin berprestasi tinggi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kebersamaan dalam setiap tindakan dititikberatkan dalam organisasi IABCSBH bagi memastikan hasil kerja bersifat bersepadu dan menyeluruh. Begitu jugalah kesepaduan idea dan tindakan untuk memastikan matlamat bersama akan dapat dicapai. Bahkan, pemimpin dan ahli organisasinya mempunyai visi dan misi yang sama lantas hala tuju juga semestinya sama. 3
Lantaran itu, ketulusan budi dan ketelusan bakti dalam melaksanakan tugas dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, malah akan menzahirkan perhubungan akrab dalam organisasi. Sebelum mengundurkan diri saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program Lawatan Jalinan Strategik ini. Saya berharap semoga kolaboratif di antara Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah akan terus memberi nilai tambah yang positif kepada pembangunan organisasi bahkan menjadi suri teladan dan sumber rujukan kepada semua pihak. Usaha jalinan ini perlu dikekalkan secara bersepadu dan tersusun melalui konteks budaya dan tradisi agar mampu menjayakan hasrat dan aspirasi mentransformasikan pendidikan negara seperti yang diungkapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Akhir kata, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Othman kerana sudi berkunjung ke IAB Cawangan Sabah bagi program Lawatan Jalinan Strategik ini. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah Assalammualaikum Wrh Wbrkth. Sekian, terima kasih. 4
2 TEKS UCAPAN ALU-ALUAN YBrs. Puan Khaziyati binti Osman Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Kementerian Pendidikan Malaysia LAWATAN JARINGAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH Tarikh: 25 Januari 2022 (Selasa) Tempat: Bilik Mesyuarat Danum 2 Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 5
Yang Berusaha Encik Zainudin bin Mohamad Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Yang Berusaha Encik Norman bin Sani Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah Ketua-ketua Penolong Pengarah, Penolong-penolong pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Tuan- tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berada bersama-sama dalam Lawatan Jaringan Strategik ini. Saya juga mengucapkan Selamat Datang kepada rombongan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas Lawatan Jaringan Strategik ini ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (Negeri di Bawah Bayu). Program seumpama ini amat bermakna kerana kedua-dua pihak mendapat manfaat ruang dan peluang untuk berkongsi pelbagai cetusan idea dan pengalaman bagi memantapkan hubungan jaringan secara berterusan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sepintas lalu mengenai latar belakang Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH). IABCSBH mula beroperasi di premis baharu pada tahun 2014 dan terletak di KM 15 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Terdapat 16 Jabatan dengan kekuatan staf seramai 39 orang. Setiap jabatan ini dipertanggungjawabkan merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta program-program mengikut jabatan masing-masing iaitu berfokus kepada CPD dan pembangunan staf. Cabaran utama Institut Aminuddin Baki sebagai pusat latihan kepimpinan khususnya di IABCSBH adalah melunaskan semua perancangan berkaitan dengan fungsi IAB iaitu latihan, pentaksiran, konsultasi, penyelidikan, penerbitan dan pasukan pemikir yang memerlukan berlakunya perubahan seiring dengan transformasi kepimpinan dan pendidikan masa kini. Sejajar dengan visi dan misi Institut Aminuddin Baki iaitu, Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan yang Terbilang dan Membangun Kepimpinan Pendidikan bagi menghasilkan Organisasi Berkualiti saya menaruh kepercayaan bahawa melalui program lawatan jalinan ini peranan IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM dapat terus direalisasikan. 6
Semoga perkongsian idea dan hubungan silaturahim melalui program jalinan ini dapat mencorakkan pelbagai pembaharuan ilmu dan kemahiran terkini dalam organisasi ke arah menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara. Sesungguhnya, kejayaan dan perkembangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kebersamaan dan kerja sepasukan yang bersifat kreatif dan inovatif. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Pelan Induk Kecemerlangan (PIK) IAB 2022-2026 meneruskan kecemerlangan PIK IAB (2017-2021) yang berasaskan kepada tiga Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result Area (KRA) iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan Pusat Rujukan. Tiga bidang keberhasilan utama ini pula disokong oleh enam subbidang Keberhasilan Utama yang terdiri daripada Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Pembangunan Master Trainer, Pengurusan Pengetahuan, Jaringan dan Kolaboratif serta Penyelidikan dan Penerbitan. Tuan-tuan dan puan-puan, untuk makluman, Kebitaraan (niche area) IAB Cawangan Sabah adalah mengupayakan kepimpinan sekolah pulau dan sekolah pedalaman. Bersangkutan dengan PIK IAB ini, maka IABCSBH telah merancang melaksanakan Program Pemantapan Pemimpin di Sekolah Terintang (Sekolah Pulau/Sekolah Pedalaman/Sekolah Kurang Murid). Matlamat utama program ini ialah membangunkan pemimpin sekolah yang proaktif dan kreatif dalam usaha mencemerlangkan sekolah dengan tidak mengabaikan keperluan perkhidmatan dan risiko. Dalam masa yang sama, IABCSBH juga menyahut cabaran Gelombang Volatility, Uncertainty, Complexity and Ambiguity (VUCA) dan era digital dalam merealisasikan agenda transfomasi negara seperti yang digariskan oleh Gelombang Ketiga (2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sememangnya, sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung negara, IAB berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan yang dilaksanakan kekal relevan serta mampu merealisasikan matlamat transformasi pendidikan negara. Justeru itu, idea dan pemikiran baharu sentiasa diimplementasikan bagi melestarikan sistem latihan agar sentiasa memberi impak positif dalam menzahirkan pemimpin berprestasi tinggi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kebersamaan dalam setiap tindakan dititikberatkan dalam organisasi IABCSBH bagi memastikan hasil kerja bersifat bersepadu dan menyeluruh. Bahkan, saya membuka minda dan membawa seluruh warga organisasi IABCSBH agar terus melangkah ke hadapan dengan mempraktikkan Together we reach the WORLD by practicing RARE and executing 7
RICH. Begitu jugalah kesepaduan idea dan tindakan untuk memastikan matlamat bersama akan dapat dicapai. Dalam erti kata lain, pemimpin dan ahli organisasinya perlu mempunyai visi dan misi yang sama lantas hala tuju juga semestinya sama. Lantaran itu, ketulusan budi dan ketelusan bakti dalam melaksanakan tugas dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, malah akan menzahirkan perhubungan akrab dalam organisasi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati. Sebelum mengundurkan diri saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program Lawatan Jalinan Strategik ini. Saya berharap semoga kolaboratif yang terjalin ini iaitu antara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Limpur dan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah akan terus memberi nilai tambah yang positif kepada pembangunan organisasi bahkan menjadi suri teladan dan sumber rujukan kepada semua pihak. Usaha jalinan ini perlu dikekalkan secara bersepadu dan tersusun melalui konteks budaya dan tradisi agar mampu menjayakan hasrat dan aspirasi mentransformasikan pendidikan negara seperti yang diungkapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Akhir kata, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Yang Berbahagia Encik Zainudin bin Mohamad kerana sudi berkunjung ke IAB Cawangan Sabah bagi program Lawatan Jalinan Strategik ini. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah Assalammualaikum Wrh Wbrkth. 8
3 TEKS UCAPAN ALU-ALUAN YBrs. Puan Khaziyati binti Osman Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Kementerian Pendidikan Malaysia MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA, PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH Tarikh: 27 Mei 2022 (Jumaat) Tempat: Bilik Mesyuarat Danum 2 Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 9
Yang Berusaha, Ketua-ketua Penolong pengarah dan Penolong-penolong Pengarah dari Jabatan Pendidikan Sabah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah Encik Norman bin Sani, Ketua-ketua Jabatan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada kita untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan Majlis Hari Raya, Kaamatan dan Hari Gawai anjuran Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah pada pagi ini. Kompang bergema pusaka bangsa, Dipalu oleh si anak muda; Hadir tuan meriah suasana, Kami menyambut penuh gembira. Pada kesempatan ini juga, bagi mewakili Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah saya ingin mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Telekom Malaysia Berhad, para kakitangan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK); dan kakitangan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah dan tidak dilupakan juga para tetamu lain yang turut dirai khususnya para warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Burung kedidi di pohon nangka, Anak bayan hinggap di dahan, Orang berbudi kita berbahasa, Mesra ikatan erat perpaduan Semoga majlis yang diadakan pada pagi ini akan menjadi pemangkin berterusan ke arah pembudayaan nilai-nilai persefahaman dan semangat muhibah dan seterusnya menjadi wadah yang akan mengukuhkan lagi ikatan sillaturahim dalam kalangan kita sejajar dengan 10
laungan gagasan “Keluarga Malaysia” yang telah mendasari latar masyarakat majmuk negara kita sejak sekian lama. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Justeru, saya percaya sambutan majlis atau perayaan seumpama ini juga turut memberikan mesej yang jelas betapa pentingnya untuk kita saling menyemai dan membudayakan nilai dan norma saling faham memahami, hormati-menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada keutuhan perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan negara kita selama ini. Oleh yang demikian, pada masa yang sama; saya percaya penganjuran majlis seumpama ini juga akan membuka ruang dan kesempatan terbaik untuk kita sama-sama mengukuhkan ikatan silaturahmi, ikatan kerjasama dan hubungan profesional yang telah sedia terjalin; di samping mengukuhkan lagi persefahaman sedia ada dalam kalangan kita. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung di negara kita Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah khususnya turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi dan misi IAB iaitu menjadikan IAB sebagai satu entiti atau pusat terulung dalam konteks pembangunan kepimpinan pendidikan yang terbilang di samping merealisasikan agenda membangunkan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti yang mana visi dan misi berkenaan selari dengan agenda yang telah digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025). Oleh yang demikian, sejajar dengan visi dan misi berkenaan IAB juga turut menuju ke arah usaha untuk menghasilkan produk pemimpin pendidikan yang berkredibiliti dan memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang ulung; dan mampu menjadi role model bukan sahaja dalam konteks kepimpinan dan pengurusan pendidikan tetapi juga mampu menjadi agen penyatuan dan model perpaduan kepada masyarakat Malaysia yang majmuk sifatnya. Justeru, saya menaruh kepercayaan bahawa majlis pada pagi ini walaupun diadakan dalam skala sederhana akan mampu menjadi pencetus dan pemangkin bermakna ke arah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kita dan seterusnya menjadi salah satu segmen penting dalam membantu mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang berpayung di bawah satu bumbung “Keluarga Malaysia”. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah di atas komitmen 11
yang tidak berbelah bahagi dalam penganjuran majlis kita pada pagi ini penghargaan ini juga turut ditujukan kepada semua warga IAB Cawangan Sabah yang turut terlibat dalam menjayakan majlis yang cukup bermakna ini. Semoga majlis ini mampu menjadi asas kepada kita semua untuk terus bersatu; dan seterus menjadi model perpaduan kepada masyarakat berbilang kaum di negara kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”, dan “Gayu Guru Gerai Nyamai” kepada semua. Sekian, terima kasih. 12
4 TEKS UCAPAN ALU-ALUAN YBrs. Puan Khaziyati binti Osman Pengarah Cawangan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia LAWATAN PROGRAM KERJASAMA JARINGAN STRATEGIK SMK DATO’AHMAD MAHER KOTA BAHRU, KELANTAN KE INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH Tarikh: 29 Julai 2022 (Jumaat) Tempat: Bilik Mesyuarat Danum 2 Institut Amiduddin Baki Cawangan Sabah 13
Bismillahirrahmannirrahim Alhamdullilah hirobbil alamin, wa salaatu wa salaamu ‘alaa sayidina Muhammad wa’alaa alihi wasahbihi ajmain. Assalamu’alaikum warahmatullaji wabarakatuh. Salam Sejahtera dan selamat pagi. Yang Berusaha Dr. Hajah Rani binti Abd Mutalib, Pengetua cemerlang SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru, Kelantan. Yang dihormati, Encik Norman Bin Sani (Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah) Penolong Kanan-Penolong Kanan, Ketua Bidang dan semua ahli rombongan SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru, serta pensyarah-pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH) yang hadir bersama dalam program kita hari ini. Terlebih dahulu saya bagi pihak IAB Cawangan Sabah mengalu-alukan kedatangan semua ahli rombongan dari SMK Dato’ Ahmad Maher. Selamat datang ke Sabah, Negeri di bawah bayu dan Kampus IAB Cawangan Sabah. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Program Kerjasama Jaringan Strategik antara SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru dengan pihak kami di IABCSBH adalah suatu langkah yang sangat dialu-alukan sebagai usaha untuk meningkatkan dan memartabatkan aspek kepimpinan dalam bidang pendidikan. Saya dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Ahmad Maher sebuah sekolah kluster kecemerlangan harian. Sebuah sekolah yang telah berjaya mencatatkan beberapa rekod baharu dalam Malaysia Book of Records. Program ini juga adalah satu langkah yang sangat baik untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak yang akan membolehkan lebih banyak peluang dan ruang untuk belajar memimpin, perkongsian kepakaran dalam inovasi, perkongsian dalam pembangunan sumber manusia, menggalakkan perbincangan secara ilmiah, memperbanyak dan memperluaskan bidang penyelidikan, membentuk kerjasama yang proaktif dalam mencari solusi kepada perkara-perkara yang berkaitan kepimpinan serta seharusnya kerjasama ini akan merapatkan hubungan ukhuwah antara kedua-dua pihak. Sehubungan itu, pihak IABCSBH amat berharap kerjasama strategik ini akan mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Seterusnya akan menjadi suatu landasan terbaik dalam usaha meningkatkan mutu dan kualiti Pendidikan di negara kita. Besarlah harapan saya agar kerjasama ini dapat kekal hubungan juga membina ikatan ukhuwah antara kedua-dua pihak. Tuan-tuan dan puan-puan, Kehadiran dan kesediaan pihak SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru sebagai “rakan” strategik utama amat kami hargai. Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan 14
terima kasih kepada pihak SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru atas kesudian itu. Selepas ini diharapkan akan lebih banyak lagi perkongsian amalan terbaik dalam pendidikan boleh dilaksanakan antara SMK Dato’ Ahmad Maher Kota Bahru dengan IAB Cawangan Sabah yang akan memberikan nilai tambah kepada kualiti profesionalisme kepada semua pihak terlibat. Cenderawasih dari utara Darilah Kelantan terbang ke Sabah Salam kasih salam sejahtera Hadir menjalin membina ukhuwah Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada para tetamu yang hadir. Diharapkan jalinan kerjasama yang telah sedia wujud ini diteruskan dan dieratkan untuk akan datang. Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 15
5 TEKS UCAPAN ALU-ALUAN YBrs. Puan Khaziyati binti Osman Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Kementerian Pendidikan Malaysia TEKS UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DARIPADA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH Tarikh: 1 Mei 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat Danum 2 Institut Amiduddin Baki Cawangan Sabah 16
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Ramadhan telah hampir ke penghujungnya dan syawal bakal membuka tirainya. Rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan izinNya kita bertemu pada syawal tahun ini. Alhamdulillah, kali ini kita dibenarkan balik kampung untuk meraikan akhir ramadhan dan menyambut syawal bersama ibu bapa, datuk, nenek, adik-beradik dan saudara mara setelah sekian lama tidak dapat berkumpul akibat pandemik yang melanda. Peluang bersama ahli keluarga dalam perayaan Syawal kali ini perlu kita maksimakan dengan ambil peduli terhadap SOP seperti memakai mask dan mencuci tangan terutama ketika bergejala. Pengalaman lalu telah mengajar kita untuk sentiasa peka agar kesihatan kekal terjaga. Sambutan Hari Raya pada kali ini agak sederhana memandangkan kita baru sahaja memasuki Fasa Peralihan ke Endemik disebabkan wabak COVID-19. Namun, ia bukan tanda kita tidak patut meraikan Aidilfitri. Dengan cabaran yang kita hadapi, kita masih mampu menzahirkan semangat meraikan kemenangan selepas mengerjakan ibadah puasa Ramadhan selama 30 hari dengan cemerlang. Bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari di bulan Ramadhan, malah kemenangan ini menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Terima kasih kepada semua warga IAB yang masih cekal mengekang wabak COVID-19. Jasa tidak ternilai ini amat dihargai dan disematkan dalam doa seharian kita bersama. Besarlah harapan saya agar kita terus memekarkan budaya merapatkan ukhuwah dalam organisasi kita. Dalam surah Al-Anfaal ayat 63 sendiri menyebut dengan indah “Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sempena meraikan bulan yang mulia ini juga, saya nukilkan serangkap pantun: Indahnya Langit Kerana Awan, Indahnya Lautan Kerana Kebiruan, Indahnya Ramadan kerana Keinsafan, Indahnya Syawal kerana Kemaafan. Jari disusun memohon maaf dan ampun Sebarang khilaf sepanjang perkenalan 17
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Daripada saya Pengarah IAB Cawangan Sabah dan seluruh warga IAB Cawangan Sabah. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. 18
6 TEKS UCAPAN ALU-ALUAN YBrs. Puan Khaziyati binti Osman Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Kementerian Pendidikan Malaysia TEKS UCAPAN PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SABAH BENGKEL KIK Tarikh: 25 April 2022 Tempat: Bilik Mesyuarat Danum 2 Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah 19
Yang berusaha En. Norman bin Sani Timbalan Pengarah Cawangan IAB Cawangan Sabah, Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan Yang dihormati Puan Suriati binti Suhaimi Ketua Jabatan, Kepimpinan Kualiti dan Inovasi IAB Cawangan Utara, Yang Berusaha Dr. Teoh Hong Kean Pensyarah kanan IAB Cawangan Utara, Pensyarah- pensyarah kanan, staf sokongan IAB Cawangan Sabah seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Tuan-tuan dan puan-puan, selari dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan yang semakin meningkat memerlukan agensi sentiasa menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan, maka dengan itu pihak kerajaan telah memberi penekanan terhadap Inovatif dan Kreatif agar perkhidmatan yang disampaikan sentiasa memenuhi kehendak dan harapan pelanggan. Oleh itu, panduan pembudayaan dan pemerkasaan dalam sektor awam melalui horizon baharu kumpulan inovatif dan kreatif diterbitkan sebagai peneraju agenda transformasi negara yang bersifat inovatif dan kreatif melalui terjemahan penjanaan idea baharu dan membawa perubahan berimpak tinggi berteraskan kecekapan dan keberkesanan. Justeru, diharapkan melalui pelaksanaan bengkel KIK ini akan memberi ruang dan peluang kepada semua pensyarah dan staf sokongan IAB Cawangan Sabah dalam menghasilkan sesuatu inovasi sama ada secara fizikal atau digital secara lebih kreatif. Seterusnya, saya mengambil peluang untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi IAB Cawangan Sabah atas inisiatif dalam mengendalikan bengkel KIK ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan bengkel KIK pada kali ini. Tidak lupa kepada kedua-dua penceramah dari IAB Cawangan Utara iaitu Puan Suriati binti Suhaimi dan Dr. Teoh Hong Kean atas kesudian dalam menjayakan bengkel KIK ini. 20
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berpantun: Merdu bertingkah alunan suara Kadang tak sedar tersilap kata Andai terlanjur patah bicara Serendah hati kemaafan dipinta Kalau pergi Tanjung Keramat Anak manis jangan diangkat Bersama kita memohon rahmat Moga bengkel KIK mendapat berkat Oleh itu, saya akhiri dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian dan terima kasih. 21
7 TALKING POINTS PENGARAH IAB CAWANGAN SABAH DALAM SESI DATO’ PENGARAH BERSAMA WARGA IABCSBH Tarikh : 23 Jun 2022 Tempat: Courtyard Hotel Kota Kinabalu 22
Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis. Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berusaha, Encik. Norman bin Sani Timbalan Pengarah Cawangan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah Yang Berusaha , Ketua-ketua jabatan dan Pegawai Eksekutif, Yang dihormati Pensyarah-pensyarah kanan dan anggota khidmat pelaksana IAB Cawangan Sabah. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Dato’ Pengarah bersama warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah bagi tahun 2022. • Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ Pengarah melapangkan masa bersama warga Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCSBH) dalam Program Bicara Profesional bersama peserta kursus NPQEL 2022, seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Inovasi bagi tahun 2022. • Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Pengarah memberi suntikan semangat kepada warga IABCSBH dalam melonjakkan kecemerlangan IABCSBH sebagai sebuah Institut latihan yang unggul dalam melahirkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi bagi memartabatkan kualiti pendidikan di negeri Sabah sehingga ke peringkat global. Kompang bergema pusaka bangsa Dipalu oleh si anak muda Hadir tuan meriah suasana kami menyambut penuh gembira 23
• Ucapan terima kasih juga atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan program ini. Ucapan setinggi tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2021. Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan serta khidmat bakti yang telah ditunjukkan dalam perkhidmatan. • Semoga anugerah tersebut menjadi pendorong dan perangsang untuk berkhidmat dengan lebih ggih lagi dalam mencemerlangkan organisasi IABCSBH. Di samping itu, setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para pensyarah IABCSBH yang telah berjaya dalam pertandingan KIK anjuran IAB KPM. • Penyertaan IABCSBH yang telah menyertai 2 kategori dan 4 pasukan iaitu Kategori Penciptaan terdiri daripada pasukan CHECKMATE memperolehi 5 bintang, pasukan WONDER POWER memperolehi 4 bintang dan pasukan pensyarah baharu iaitu NEW2U memperolehi 4 bintang. Manakala bagi kategori penambahbaikan, pasukan FIRST 8 memperolehi 4 bintang. • Pencapaian keseluruhan IABCSBH memperolehi anugerah Naib Johan Keseluruhan pertandingan KIK 2022 . Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah menjulang nama IABCSBH setanding dengan rakan-rakan kita di Semenanjung. Ini membuktikan para pensyarah IABCSBH mampu berusaha untuk melonjakan kecemerlangan organisasi. Kerja sepakat membawa berkat, sepakat Sabah hebat. Terbang tinggi si burung helang Berkicau kenari sambil berterbangan Insan cemerlang negara terbilang Anugerah diterima tanda kecemerlangan Sekian, terima kasih. Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi. wabarakatuh. 24
8 TALKING POINTS PENGARAH IAB ENSTEK KPM SEMPENA BICARA PROFESIONAL PESERTA NPQEL DAN PENSYARAH IABCSBH Tarikh : 23 Jun 2022 Tempat: Courtyard Hotel Kota Kinabalu 25
Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis. Terima kasih juga ditujukan kepada Ustaz Mohd Fauzi Arafat bin Abdul Mumin yang telah memimpin bacaan doa. Yang Berusaha Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah IAB Cawangan Sabah Encik. Norman bin Sani, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah. Ketua-ketua jabatan, Pensyarah-pensyarah kanan, Pegawai Eksekutif dan anggota khidmat pelaksana IAB Cawangan Sabah yang menjadi teraju utama dalam menjayakan Kursus NPQEL seterusnya para peserta kursus NPQEL ambilan 2022. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, marilah kita besama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Bicara Profesional Peserta NPQEL dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah bagi tahun 2022. ● Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan program ini. ● Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah IABCSBH atas usaha berterusan untuk menjayakan kursus NPQEL tahun 2022 yang merupakan program utama IAB KPM sebagai pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang unggul dan menjayakan misi IAB untuk membangunkan keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti dan pemimpin sekolah berprestasi tinggi seperti yang termaktub dalam Anjakan 5, PPPM 2013 - 2025 KEPIMPINAN TANGKAS (AGILE LEADERSHIP) Para pensyarah dan peserta kursus NPQEL yang dikasihi, • Pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak terhadap sistem kesihatan, ekonomi, politik, sosial dan pendidikan negara yang telah memberi kesan kepada ekosistem kehidupan organisasi dan institusi keluarga. 26
• Impaknya, pemimpin yang perlu tangkas (Agile Leadership), berdaya tahan bagi menghadapi dan menangani cabaran global dalam menjayakan dasar pendidikan negara yang memberi fokus terhadap kemenjadian murid, kualiti guru dan kepimpinan berkualiti serta program sekolah sejahtera. • Kepimpinan tangkas ini kompeten dalam mewujudkan konteks yang sesuai bagi organisasi dan persekitaran dengan membina pasukan yang tangkas dalam berkolaboratif, belajar antara satu sama lain, mendapat maklum balas pantas daripada pelanggan perkhidmatan dan fokus terhadap pembelajaran yang berkualiti dan berterusan. • Sehubungan dengan itu, para peserta kursus NPQEL diharap menjadi pemimpin yang tangkas (Agile Leadership) dan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh melalui modul-modul yang disampaikan oleh para pensyarah antaranya, modul berketrampilan, modul berwawasan, modul menerajui perubahan dan modul mencemerlangkan organisasi dengan menadaptasikan ilmu dan pengalaman dalam menghadapi dan menanggani perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan seperti sistem pentaksiran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk melahirkan generasi murid yang berdaya saing di peringkat global. • Sebagai pemimpin, harus menangani dengan cekap pelbagai isu dalam situasi yang pelbagai meneraju perubahan. Konsep tadbir urus insan (Human Governance) juga boleh menjadi alternatif kepada strategi menghadapi cabaran. Kemampuan berfikir dengan cara yang berbeza dapat memberi ketangkasan kepada pemimpin tersebut. • Di samping itu, krisis tersebut menuntut penyesuaian ketara serta cabaran baharu dalam bidang pendidikan yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan bagi membantu negara berdepan pandemik, perubahan ketara dalam masyarakat, organisasi dan individu yang sukar dijangka dalam sistem konvensional. • Pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang ini untuk terus berkembang dan mengadaptasi dalam fasa pemulihan. • Menurut pakar tingkah laku, Dr. Joseph Folkman, pemimpin berdaya tahan adalah mereka yang melihat kegagalan sebagai gangguan sementara yang membolehkannya pulih dengan segera. 27
• Pemimpin berdaya tahan bermula dengan membayangkan bagaimana bentuk kejayaan dalam situasi semasa. Pemimpin akan merangka pelan tindakan dengan lebih agresif dan imaginatif dengan menentukan matlamat terlebih dahulu. • Pemimpin sekolah yang tangkas dalam menanggani masalah dan membina kecemerlangan sekolah akan berusaha untuk membina jaringan dan jalinan dengan pihak-pihak berkepentingan ke arah menjadikan hubungan strategik sebagai platform untuk menjana kecemerlangan sekolah seperti membina hubungan yang mampan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) , JPN dan menjadikan PPD sebagai rakan elit yg juga rakan strategik untuk memperkasa sektor pendidikan negara. • Di samping itu, pemimpin sekolah juga harus mempunyai wawasan yang jelas dan hala tuju yang tepat dalam memperkasa sistem pentaksiran di sekolah seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana PBS merupakan satu bentuk pentaksiran bersifat holistik yang melihat dari segi JERIS. Dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pula merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi PdP dan berlaku secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. • Tuan-tuan dan puan-puan yang merupakan Para pemimpin berprestasi tinggi, perlu sentiasa memahami dan menghayati dasar-dasar dalam memperkasa sekolah antaranya ialah Sekolahku Sejahtera dan mampu mengaplikasikannya serta melestarikan amalan tersebut di peringkat sekolah. • Peserta NPQEL diharap dapat menjadi pemimpin berprestasi tinggi yang sentiasa memahami cabaran di peringkat akar umbi serta melihat ruang dan peluang bagi menambahbaik ekosistem sekolah berdasarkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini. • Di samping itu, semua peserta NPQEL perlu mempunyai minda masa depan yang memikirkan dan merancang ikhtiar yang terbaik dalam memimpin dan mengurus sekolah demi kesejahteraan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara. • Pada tahun ini, sempena sambutan hari guru pihak KPM telah melancarkan program #SekolahkuSEJAHTERA yang mengandungi 14 elemen yang perlu dikuasai oleh semua iaitu elemen selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi (Rujuk : Pelancaran oleh Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan) 28
• Para peserta NPQEL juga diharap dapat menguasai Konsep Sekolahku SEJAHTERA selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. • Konsep ini dapat menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu dilaksanakan secara menyeluruh dalam dan luar sekolah yang melibatkan aktiviti berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti akan membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan pihak sekolah dengan keluarga serta sokongan komuniti secara kolaboratif. • Adalah menjadi harapan agar pemimpin sekolah dapat menerapkan elemen dalam konsep sekolahku SEJAHTERA yang difahami, dipraktikkan dan dihayati serta dapat membentuk budaya amalan baik di sekolah dan mewujudkan suasana sekolah yang selamat. Elemen yang dipraktikkan ini berupaya melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang terhadap pembentukan masyarakat sejagat. Sekian, Terima kasih. Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi. wabarakatuh. 29
9 TALKING POINTS KETUA PUSAT PENGURUSAN DASAR DAN INOVASI IAB ENSTEK DALAM SESI BICARA PROFESIONAL PROGRAM PEMANTAPAN PEMIMPIN SEKOLAH TERINTANG (ProPSeT) PPD SEMPORNA TAHUN 2022 Tarikh: 25 Ogos 2022 Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Semporna 30
Terima kasih diucapkan kepada saudara pengacara majlis. Terima kasih juga ditujukan kepada Ustaz Muhaimin bin Mobin Penolong Pegawai PPD Semporna yang telah memimpin bacaan doa. Yang Berusaha Puan Khaziyati binti Osman, Pengarah IAB Cawangan Sabah Encik. Norman bin Sani, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sabah. Tuan Haji Salleh bin Ismail Kong, Pengurus Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna. YBrs Dr. Abdul Ghani bin Sani, Pengurus Bersama Program (ProPSeT) PPD Semporna Pensyarah-pensyarahkKanan dan Pensyarah-pensyarah yang terlibat menjayakan Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna. Pengetua dan guru besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, marilah kita besama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah perkenan dan rahmat-Nya kita dapat berkumpul untuk majlis Bicara Profesional bersama pengetua dan guru besar dalam Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022. ● Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen warga IABCSBH dalam menjayakan program ini. ● Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022. ● Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah IABCSBH atas usaha berterusan untuk menjayakan Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022 yang merupakan program IAB KPM sebagai pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang unggul dan menjayakan misi IAB untuk membangunkan keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti dan pemimpin sekolah berprestasi tinggi sebagaimana yang terdapat dalam Anjakan 5, PPPM 2013 – 2025. 31
CABARAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DALAM DUNIA VUCA Para pensyarah, pengetua dan guru besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi. • Cabaran pasca pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak terhadap sistem kesihatan, ekonomi, politik, sosial dan pendidikan negara yang telah memberi kesan kepada ekosistem kehidupan organisasi dan institusi keluarga telah mewujudkan dunia VUCA atau turut dipanggil The New Normal. • VUCA iaitu Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity. Volatility adalah peningkatan kemeruapan yang sangat drastik terhadap perubahan empat dimensi iaitu jenis, kelajuan, isi padu dan skala. Dunia VUCA adalah satu situasi yang sukar diramal. Tidak ada apa yang pasti dalam dunia VUCA. Kita sukar membuat ramalan atau jangkaan seperti dulu. • Justeru, pengetua dan guru besar sekolah memainkan peranan penting dalam menerapkan sifat kepimpinan bagi mendepani cabaran dunia pendidikan menerusi visi, kefahaman, kejelasan dan ketangkasan dalam menghadapi dunia VUCA. • Menurut George William Casey Jr, seorang jeneral tentera bersara Amerika Syarikat yang juga pensyarah kanan di Cornell University menzahirkan kebimbangan luar biasa berhubung persediaan menghadapi dunia VUCA menerusi kertas putihnya bertajuk Leading in a VUCA World. Dibentangkannya kerangka persediaan dalam melatih pemimpin masa depan agar dunia VUCA dapat dihadapi sebaiknya • Untuk menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA memerlukan kepimpinan yang tangkas yang di kenali Agile leadership • Pemimpin-pemimpin sekolah yang tangkas (Agile Leadership) mestilah mempunyai daya tahan bagi menghadapi dan menangani cabaran global dalam menjayakan dasar pendidikan negara yang memberi fokus terhadap kemenjadian murid, kualiti guru dan kepimpinan berkualiti serta program sekolah sejahtera. • Kepimpinan tangkas juga sangat kompeten dalam mewujudkan konteks yang sesuai bagi organisasi dan persekitaran dengan membina pasukan yang tangkas dalam berkolaboratif, belajar antara satu sama lain, mendapat maklum balas pantas daripada 32
pelanggan perkhidmatan dan fokus terhadap pembelajaran yang berkualiti dan berterusan. ● Sehubungan dengan itu, para pengetua dan guru besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022 diharap menjadi pemimpin yang tangkas (Agile Leadership) yang dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh dalam kursus NPQEL yang telah diikuti di Institut Aminuddin Baki melalui modul-modul yang telah disampaikan oleh para pensyarah antaranya, modul berketrampilan, modul berwawasan, modul meneraju perubahan dan modul mencemerlangkan organisasi serta modul jaringan dan jalinan. ● Kepimpinan yang cekap dapat mengadaptasikan ilmu dan pengalaman dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA untuk menanggani perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan seperti sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk melahirkan generasi murid yang menguasai kemahiran pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berorientasikan ilmu supaya mereka dapat berdaya saing di peringkat global. • Sebagai pemimpin dalam dunia VUCA, para pengetua dan guru besar mestilah berusaha unuk menangani dengan cekap dan pantas pelbagai isu dalam pelbagai situasi untuk meneraju perubahan ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang cemerlang. • Di samping tu, penerapan elemen tadbir urus insan (Human Governance) juga penting ntuk menjayakan kepimpinan dan pengurusan sekolah dalam dunia VUCA yang penuh mencabar supaya semua anggota dalam organisasi mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi dalam melaksanakan amanah mereka. Konsep tadbir urus insan (Human Governance) menjadi alternatif dalam strategi menghadapi cabaran global yang menuntut komitmen padu pemimpim dalam menggerak dan mencemerlangan organisasi sekolah. • Selain itu, kemampuan berfikir dalam beberapa cara yang berbeza dapat memberi ketangkasan kepada pemimpin sekolah untuk mengambil tindakan yang berkesan dalam dunia VUCA yang penuh cabaran dengan ketidaktuan seperti dahulu. • Di samping itu, krisis tersebut menuntut penyesuaian ketara serta cabaran baharu dalam bidang pendidikan yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan bagi 33
membantu negara berdepan dengan cabaran pandemik, perubahan ketara dalam masyarakat, organisasi dan individu yang membawa ketidaktentuan dalam sistem konvensional. Pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang ini untuk terus berkembang dan mengadaptasi dalam fasa pemulihan. • Menurut pakar tingkah laku, Dr Joseph Folkman, pemimpin berdaya tahan adalah mereka yang melihat kegagalan sebagai gangguan sementara yang membolehkannya pulih dengan segera. • Pemimpin berdaya tahan bermula dengan membayangkan bagaimana bentuk kejayaan dalam situasi semasa. Pemimpin akan merangka pelan tindakan dengan lebih agresif dan imaginatif dengan menentukan matlamat terlebih dahulu. • Pemimpin sekolah yang tangkas dalam menanggani masalah dan membina kecemerlangan sekolah akan berusaha untuk membina jaringan dan jalinan dengan pihak-pihak berkepentingan ke arah menjadikan hubungan strategik sebagai platform untuk menjana kecemerlangan sekolah seperti membina hubungan yang mampan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) , JPN dan menjadikan PPD sebagai rakan elit yang juga rakan strategik untuk memperkasa sektor pendidikan negara. • Di samping itu, pemimpin sekolah juga harus mempunyai wawasan yang jelas dan hala tuju yang tepat dalam memperkasa sistem pentaksiran di sekolah seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mana PBS merupakan satu bentuk pentaksiran bersifat holistik yang melihat dari segi JERIS. Dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pula merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi pengajran dan pembelajaran dan berlaku secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. • Tuan-tuan dan puan-puan yang merupakan para pemimpin berprestasi tinggi, perlu sentiasa memahami dan menghayati dasar-dasar dalam memperkasa sekolah antaranya ialah Sekolahku Sejahtera dan mampu mengaplikasikannya serta melestarikan amalan tersebut di peringkat sekolah. SekolahKu Sejahtera telah dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan secara maya bersama warga pendidik seluruh negara pada 18 Ogos 2022 untuk memperkasa kepimpinan sekolah dalam menghadapi cabaran dunia VUCA yang tidak ada kepastian seperti dahulu. 34
• Pada tahun ini, #SekolahkuSEJAHTERA telah menjadi tema sempena sambutan hari guru. SekolahKu Sejahtera mengandungi 14 elemen yang perlu dikuasai oleh semua iaitu elemen selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi. • Para peserta ProPSeT PPD Semporna juga diharap dapat menguasai Konsep Sekolahku SEJAHTERA selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. • Konsep ini dapat menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu dilaksanakan secara menyeluruh dalam dan luar sekolah yang melibatkan aktiviti berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti akan membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan pihak sekolah dengan keluarga serta sokongan komuniti secara kolaboratif. • Para Pengetua dan Guru Besar yang menyertai Program Pemantapan Pemimpin Sekolah Terintang (ProPSeT) PPD Semporna tahun 2022 diharap dapat menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA dengan menjadi pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang sentiasa memahami cabaran di peringkat akar umbi serta melihat ruang dan peluang bagi menambahbaik ekosistem sekolah berdasarkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini. Di samping itu, semua peserta ProPSeT PPD Semporna perlu mempunyai minda masa depan yang memikirkan dan merancang ikhtiar yang terbaik dalam memimpin dan mengurus sekolah demi kesejahteraan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara. • Akhir kata, dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA, pemimpin sekolah perlu menghadapi apa jua tuntutan dalam perkembangan baharu yang akan datang di mana sekolah juga perlu dijadikan sebagai institusi yang menyeronokkan sekali gus memberi inspirasi kepada murid atau pelajar. Di samping nilai kepimpinan yang berkarismatik juga penting untuk mengemudi dan menentukan hala tuju sekolah merealisasikan kualiti kemenjadian murid serta kualiti pengurusan sekolah supaya dapat berdaya saing dalam cabaran dunia VUCA. 35
• Selain itu, adalah menjadi harapan agar pemimpin sekolah yang menyertai ProPSeT PPD Semporna dapat menerapkan elemen dalam konsep sekolahku SEJAHTERA dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam dunia VUCA dengan memahami, mempraktikkan dan menghayati serta dapat membentuk budaya amalan baik di sekolah dengan mewujudkan suasana sekolah yang selamat. Elemen yang dipraktikkan ini berupaya melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang terhadap pembentukan masyarakat sejagat. Sekian, terima kasih. Wabillahi al-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi. wabarakatuh. 36
Perasmian 37
10 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN (NoU) ANTARA INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SABAH Tarikh: 23 Jun 2022 (Khamis) Tempat: BP House Pengakap Kota Kinabalu, Sabah 38
Search