Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore BULETIN BULANAN APRIL

BULETIN BULANAN APRIL

Published by ferios67, 2021-04-27 07:45:53

Description: BULETIN BULANAN APRIL

Search

Read the Text Version

BIL .4/2021 JBPM NEGERI MELAKA “LATIHAN TERAS KECEMERLANGAN” APRIL 2021 Pada 1o April 2021 bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam telah berlangsungnya Majlis Resepsi Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Melaka PgB Adle Arief bin Azmi dan Siti Hawa binti Harun semoga ikatan yang terjalin kekal hingga ke anak cucu… Tahniah Boss !! Hadir bagi memeriahkan majlis PgKB II Mohd Hafizi,TPgB Rahimah dan semua pegawai- pegawai Bahagian Latihan Negeri

Kik - Inovasi - Pidato Pada 5 April 2021 bertempat di Hotel Zennith, Putrajaya, telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan JBPM 2020 Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan KIK , Inovasi dan Pidato oleh Ketua Pengarah JBPM YAS Dato’ Sri Mohammad Hamdan bin Hj.Wahid, turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) YAS Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yasin dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) YAS Dato’ Soiman bin Hj.Jahid. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka diwakili oleh Kumpulan BOTEM dengan projek Inovasi FREAS (Fast Response Emergency Alert System) telah berjaya menggondol Tempat Ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2,000.00 dan sijil kemenangan. Kumpulan ini disertai oleh Ketua Kumpulan PgB Zulkhairani bin Ramli, PBK II Redhwan bin Abu Bakar dan PBK II Mohd Azuani bin Mat Yusof. Manakala bagi Pertandingan Pidato PB Mohamad Safiee bin Muhammad Masrom telah memperolehi tempat ke-3 dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500.00 dan sijil.

PERTANDINGAN Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Pertandingan Laungan Azan Pada 19-22 April 2021, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran dengan PBK II Mohd Salehin bin Abdul Ghani sebagai Qari manakala PBK II Uni Kalsom binti Hassan sebagai Qariah . Selain daripada itu pertandingan azan telah diwakili oleh PBK II Azman bin Mad Dawam dan PB Mohd Izzuddin bin Mohd Shah manakala bagi Pertandingan Hafazan pula PBK II Uni Kalsom binti Hasan dan PB Husna Syafika Rasli bagi kategori Wanita dan PB Wan Ahmad Faiz Wan Mohamad untuk Lelaki. KEPUTUSAN TILAWAH : PBK II UNI KALSOM BT HASSAN - TEMPAT KE 5 KEPUTUSAN HAFAZAN : PBK II UNI KALSOM BT.HASSAN - TIGA TERBAIK PB HUSNA SYAFIKA BT RASLI - TEMPAT KE 4 Seramai 5 orang pegawai bomba Gred KB 19 dari JBPM Negeri Melaka yang mengambil Peperiksaan Perkhidmatan KB 19 Ulangan pada 1 April 2021 di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Putrajaya 1. PB Khairul Anuar bin Nor Halim – Bhg.Pengurusan 2. PB Muhammad Akmal bin Azuan – BBP Melaka Tengah 3. PB Muhammad Nur Aiman bin Ismail – BBP Ayer Keroh 4. PBMuhammad Muslim bin Saifudin – BBP Ayer Keroh 5. PB Muhammad Izzudin bin Mohd Shah – BBP Merlimau

Lawatan EKSA ke Zon Puyuh Pada 10 April 2021 pegawai dari JBPM Negeri Melaka diketuai oleh Fasilitator EKSA PKPgB Mohd Hafidzatullah bin Rashid bersama 10 orang peserta telah melakukan lawatan EKSA bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Kajang. Lawatan tersebut telah disambut oleh Ketua Balai BBP Kajang PKPgB Jaslizad bin Jalil


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook