70 Rajah 1: Tumpahan gula ke lantai semasa proses pergerakan guni gula di atas konveyor Permasalah yang timbul ini telah memberikan cetusan idea kepada pengkaji untuk menghasilkan sebuah produk inovasi Mobile-Filtray sebagai solusi kepada isu tumpahan gula. Mobile-Filtray merupakan sebuah produk berkonsepkan penggunaan dulang dan corong tapisan yang bersifat mudah alih dan fleksibel serta membolehkan produk ini digerakkan dan digunakan di serata tempat. Justeru, isu pembaziran gula dapat dikurangkan sekaligus dapat menjimatkan kos operasi syarikat. Penggunaan Mobile-Filtray juga dapat menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat. OBJEKTIF INOVASI 1) Mengenalpasti punca dan penyelesaian kepada masalah tumpahan gula. 2) Mencipta sebuah produk inovasi Mobile-Filtray bagi tujuan mengurangkan masalah tumpahan gula. CIRI-CIRI INOVASI Mobile-Filtray merupakan sebuah produk inovasi yang terdiri daripada dulang tadahan yang mempunyai corong tapisan di tengah-tengah dulang (rujuk Rajah 2). Mobile-Filtray dapat membantu kepada masalah pembaziran gula sekaligus mengurangkan kos operasi syarikat. Mobile-Filtray dihasilkan dengan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Ciri utama Mobile-Filtray adalah bersifat mudah alih dan fleksibel (rujuk Rajah 3). Mobile-Filtray boleh digerakkan dan digunakan di serata tempat. Kemudahan ini memberikan keselesaan kepada pekerja dalam menggunakan dan mengendalikan Mobile-Filtray. Kos pembangunan dan penyelenggaraan Mobile-Filtray adalah mampu milik kerana melibatkan penggunaan bahan-bahan yang mudah di dapati dalam pasaran. Rajah 2: Mobile-Filtray yang dilengkapi dengan dulang tadahan dan corong tapisan Selain itu, Mobile-Filtray juga mudah untuk dibersihkan. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Mobile-Filtray ini bukan sahaja kalis air malah kalis haba. Kelebihan ini membolehkan jangka hayat penggunaannya adalah dalam tempoh yang lama. Mobile-Filtray memiliki saiz yang direka khas dan boleh dilaraskan mengikut ketinggian konveyor (rujuk Rajah 3). Jarak antara konveyor dan lantai adalah setinggi 7 kaki. Oleh yang demikian, Mobile-Filtray yang mempunyai ketinggian 30.5 cm dan lebar 70.7 cm dapat dilaraskan mengikut kesesuaian yang diperlukan. Ciri ini memberikan kemudahan kepada para pekerja dalam menguruskan proses pergerakan guni gula di atas konveyor dengan lebih mudah dan selesa.
71 Rajah 3: Mobile-Filtray yang bersifat mudah alih dan fleksibel Mobile-Filtray juga mudah untuk digunakan dan tidak membebankan. Mobile-Filtray tidak memerlukan pengawasan dan latihan khas untuk menggunakannya. Penggunaan produk ini hanya memerlukan seorang pekerja sahaja untuk mengendalikannya. Pekerja tersebut hanya perlu menolak masuk gula yang terkumpul dalam dulang tadahan sekiranya dulang tersebut penuh dan perlu dikosongkan. Seterusnya gula yang dimasukkan ke dalam lubang tapisan itu akan diisikan kembali ke dalam guni untuk dimuatkan ke dalam kontena. Mobile-Filtray dapat membantu mengurangkan bebanan kerja tambahan pekerja. Ini berikutan pekerja tidak perlu untuk membersihkan kawasan persekitaran tumpahan gula, sebaliknya tenaga pekerja dapat disalurkan di tempat lain yang lebih memerlukan. PROSES PEMBANGUNAN PRODUK Mobile-Filtray dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dalam pasaran dengan kos pembangunannya mampu milik. Bahan-bahan asas dan peralatan yang diperlukan adalah seperti di Jadual 2. Jadual 2 : Senarai Bahan-bahan asas dan peralatan Bil Butiran Bahan 1 PVC reducing socket 2 Hot glue gun 3 Corrugated plastic board 4 Aluminium foil 5 Multipurpose tray 6 Double sided tape 7 Glue gun stick 8 Cable tie 9 Gam UHU 10 Gam PVC 11 Pisau pemotong paip PVC 12 Pita pengukur 13 Mesin gerudi tangan Rajah 4: Bahan-bahan asas dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan Mobile-Filtray
72 Proses pembangunan Mobile-Filtray adalah melibatkan 5 proses: A. Proses 1: Proses mengukur dan memotong multipurpose tray (rujuk Rajah 5) a) Proses membuat lakaran mengikut ukuran saiz PVC reducing socket di bahagian tengah multipurpose tray dilakukan. b) Seterusnya, proses pemotongan multipurpose tray mengikut saiz lakaran PVC reducing socket dilakukan dengan menggunakan mesin gerudi tangan. Rajah 5: Proses mengukur dan memotong multipurpose tray B. Proses 2: Proses membentuk dulang tadahan menggunakan corrugated board a) Seterusnya, proses mengukur saiz dulang dan melakarkannya pada corrugated board. Saiz yang dilakarkan adalah berdasarkan saiz multipurpose tray. b) Seterusnya adalah proses pemotongan corrugated board mengikut saiz lakaran (rujuk Rajah 6). c) Selepas selesai proses pemotongan, proses mencantumkan potongan corrugated board dengan pita pelekat hitam mengikut bentuk yang telah ditentukan dilakukan. Corrugated board akan dicantumkan secara mencuram agar gula yang tumpah dapat disalurkan terus ke dalam lubang yang telah disediakan (rujuk Rajah 7). Rajah 6: Proses mengukur dan memotong corrugated board
73 Rajah 7: Proses mencantumkan pita corrugated board menggunakan pita pelekat C. Proses 3: Proses mencantumkan corrugated board ke multipurpose tray a) Seterusnya, proses menebuk corrugated board bagi menghasilkan laluan untuk mengikat cable tie (rujuk Rajah 8). b) Seterusnya, proses mencantumkan corrugated board ke multipurpose tray dengan mengikatkannya menggunakan cable tie agar cantuman kukuh dan tidak bergerak (rujuk Rajah 8). c) Sambungan di antara corrugated board dan multipurpose tray perlu kemas dan tiada sebarang lubang atau alur yang boleh menyebabkan gula tersangkut dan tidak dapat masuk ke dalam lubang. (rujuk Rajah 9) Rajah 8: Proses mengikat corrugate board kepada multipurpose tray menggunakan cable tie Rajah 9: Proses cantuman corrugated board ke multipurpose tray
74 D. Proses 4: Proses pemasangan PVC soket dan aluminium foil a) Seterusnya, proses pemasangan PVC soket sepanjang 5 kaki di bahagian bawah multipurpose tray bertujuan sebagai laluan masuk gula tadahan. Ini bagi memastikan gula dapat disalurkan dengan lancar ke dalam guni yang telah disediakan (rujuk Rajah 10). b) Setelah selesai, proses memasang dan membalut corrugated board dengan menggunakan aluminium foil pula dilakukan. Ini bagi memastikan proses pengumpulan gula di kawasan dulang dapat dikumpulkan dengan lancar (rujuk Rajah 11). Rajah 10 : Proses pemasangan PVC soket E. Proses 5: Rajah 11 : Proses pemasangan aluminium foil Proses pemasangan tali pengikat pada hujung multipurpose tray Seterusnya, proses pemasangan tali pengikat di setiap penjuru multipurpose tray dilakukan. Tali pengikat digunakan bertujuan bagi mengukuhkan dan menyeimbangkan Mobile-Filtray apabila disangkutkan di bawah konveyor. (rujuk Rajah 12) Rajah 12 : Proses pemasangan tali pengikat pada hujung multipurpose tray
75 INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK YANG DIHASILKAN Mobile-Filtray terdiri daripada sebuah dulang tadahan yang mempunyai corong tapisan di tengah-tengah dulang (rujuk Rajah 2). Gula yang tumpah disebabkan oleh kebocoran guni atau plastik yang terkoyak akibat geseran dan gegaran semasa proses pergerakan di atas konveyor akan jatuh masuk dan terkumpul dalam dulang tadahan. Gula tadahan yang terkumpul ini akan dikeluarkan melalui paip PVC dan akan dimasukkan ke dalam guni/plastik untuk dimuatkan ke dalam lori. Gula yang terkumpul dalam dulang tadahan adalah gula yang bersih dan boleh digunakan semula. Isu pembaziran gula dapat dikurangkan dengan menggunakan Mobile-Filtray. Mobile-Filtray memiliki saiz dengan ketinggian 30.5 cm dan lebar 70.7 cm. Rekabentuk saiz Mobile- Filtray ini disesuaikan dengan kedudukan konveyor yang berjarak 7 kaki daripada lantai ke konvenyer. Mobile- Filtray dapat dilaraskan kedudukannya mengikut kesesuaian kedudukan konvenyor dan keselesaan pekerja untuk megendalikannya. Mobile-Filtray memiliki ciri mudah alih dan fleksibel. Ini membolehkan produk ini digerakkan dan digunakan di serata tempat. Kos pembangunan Mobile-Filtray adalah mampu milik kerana kaedah pembangunannya melibatkan penggunaan bahan-bahan yang mudah didapati dalam pasaran. Mobile- Filtray memiliki ciri ketahanan dan kalis terhadap air dan haba . Ini membolehkan jangka hayat penggunaannya adalah dalam tempoh yang lama. Mobile-Filtray juga dapat mengurangkan bebanan kerja tambahan pekerja bagi membersihkan kawasan tumpahan gula. Hasil daripada tumpahan gula yang berselerak di atas lantai boleh mengakibatkan pekerja terjatuh atau tergelincir. Justeru itu, dengan penggunaan Mobile-Filtray, isu kebersihan dan keselamatan kawasan persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih dan terjamin. Mobile-Filtray juga berpotensi untuk dikomersialkan kepada kepada syarikat third party logistics (3PL) yang lain di seluruh Malaysia terutamanya yang menguruskan logistik berkaitan produk kering seperti beras, tepung dan lain-lain. Mobile-Filtray merupakan satu kaedah bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan tumpahan produk kering terutamanya melibatkan pergerakan dan gegaran yang berlaku akibat penggunaan konvenyor. IMPAK PRODUK Penggunaan Mobile-Filtray dapat memberikan beberapa impak positif kepada penggunanya. Kelebihan dan kebaikan Mobile-Filtray dapat membantu bukan sahaja melibat pihak pengurusan Syarikat Libby Power Resources tetapi juga turut memberi kesan kepada pihak pekerja. Jadual 3 menunjukkan perbandingan impak sebelum dan selepas penggunaan Mobile-Filtray. Jadual 3 : Jadual Perbandingan Impak Penggunaan Mobile-Filtray Aspek Sebelum Selepas Tempoh Masa Pembersihan 10 Minit 3 Minit Tinggi Rendah Kos Operasi Syarikat Tidak Memuaskan Memuaskan Keselamatan Pekerja Tidak Memuaskan Memuaskan Kebersihan Kawasan Persekitaran Merujuk kepada Jadual 3, dapat disimpulkan bahawa dengan menggunakan Mobile-Filtray, terdapat beberapa kesan positif terhadap pengunaan Mobile-Filtray yang meliputi aspek penjimatan masa, penjimatan kos, aspek keselamatan pekerja dan aspek persekitaran kawasan kerja. 1. Impak Penjimatan Masa Penggunaan Mobile-Filtray telah membantu penjimatan masa pekerja bagi proses pembersihan kawasan tumpahan gula. Sebelum penggunaan Mobile-Filtray, para pekerja memperuntukkan masa selama 10 minit bagi membersihkan kawasan tumpahan gula. Tambahan bebanan kerja ini menyebabkan pekerja perlu memperuntukkan masa tambahan untuk membersihkan kawasan tumpahan gula. Namun begitu, selepas diuji menggunakan Mobile-Filtray, di dapati proses kerja menjadi lebih cepat berbanding dengan keadaan sebelumnya. Peruntukkan masa berkurang menjadi 3 minit sahaja selepas menggunakan Mobile- Filtray. Proses pembersihan kawasan tumpahan gula menjadi lebih singkat kerana jumlah tumpahan gula adalah minima. Bebanan kerja tambahan juga turut berkurang.
76 2. Impak Penjimatan Kos Penggunaan Mobile-Filtray dapat membantu Syarikat Libby Power Resources mengurangkan pembaziran tumpahan gula sekaligus menjimatkan kos operasi syarikat. Kuantiti gula yang tumpah sewaktu proses pergerakan guni di atas konveyor dapat dikurangkan dengan menggunakan Mobile- Filtray. Pengujian terhadap penggunaan Mobile-Filtray telah dilakukan dalam tempoh 3 hari dan hasil pengujian mendapati bahawa jumlah pembaziran gula dapat dikurangkan berbanding sebelum penggunaan Mobile-Filtray. Gula tersebut merupakan gula yang tidak tercemar dan masih boleh digunakan semula. Secara tidak langsung, kos operasi syarikat turut dapat dikurangkan kerana gula yang rosak hanya melibatkan kuantiti yang minima. Selain itu, kos pembangunan Mobile-Filtray juga adalah mampu milik dan syarikat mampu untuk membiaya kos ini. Syarikat juga dapat menjimatkan kos pekerja sekiranya terdapat permintaan terhadap keperluan mengupah pekerja lain bagi menguruskan proses pembersihan kawasan tumpahan gula. Secara kontra, Mobile-Filtray dapat membantu dalam penjimatan kos pekerja baru. 3. Impak Keselamatan Pekerja Tahap keselamatan pekerja di kawasan tumpahan gula agak rendah berikutan kawasan tersebut licin dan mendatangkan bahaya kepada para pekerja. Tumpahan gula yang telah melebur di atas lantai menjadikan kawasan tersebut licin. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada para pekerja kerana mereka terpaksa berjalan di atas gula-gula yang berserakan di atas lantai. Kebarangkalian untuk pekerja jatuh atau tergelincir akibat lantai yang licin adalah sangat tinggi. Selain daripada mendatangkan bahaya kepada pekerja, lantai yang licin juga memberi risiko kepada penggunaan forklift di kawasan tumpahan gula. Forklift tersebut berpotensi untuk tergelincir dan ini mendatangkan bahaya kepada pekerja. Maka, dengan penggunaan Mobile-Filtray tahap keselamatan pekerja dapat ditingkatkan. 4. Impak Persekitaran Kawasan Kerja Penggunaan Mobile-Filtray dapat meningkatkan tahap kebersihan persekitaran kawasan tumpahan gula secara khususnya. Dengan menggunakan Mobile-Filtray, potensi tumpahan gula ke atas lantai dapat diminimakan. Gula yang jatuh dari konveyor akan ditadah dan dikumpulkan dengan menggunakan Mobile-Filtray. Kualiti gula juga tidak akan terjejas dan kawasan kerja akan selamat dari kehadiran serangga perosak seperti semut dan lipas. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Menurut Phadermrod, Crowdera, & Wills (2019) analisis SWOT merupakan satu kaedah yang digunakan bagi membantu dalam penyusunan strategi yang terdiri daripada perancangan strategik dan percambahan idea. Justeru, analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) telah digunakan bagi menganalisis penghasilan dan penggunaan Mobile-Filtray di Syarikat Libby Power Resources. A. Kekuatan 1. Mobile-Filtray merupakan sebuah produk inovasi yang bersifat mudah alih dan fleksibel kerana mudah digerakkan dan dipindahkan dari satu kedudukan kepada kedudukan yang lain. 2. Proses pengendalian Mobile-Filtray adalah mudah dan tiada latihan khas diperlukan bagi mengendalikannya. 3. Proses pembangunan Mobile-Filtray adalah melibatkan penggunaan bahan-bahan yang mudah didapati di pasaran dan melibatkan kos yang mampu milik. 4. Ketahanan Mobile-Filtray adalah kalis terhadap air dan haba. Ini membolehkan jangka hayat penggunaannya dalam tempoh yang panjang. Mobile-Filtray juga diperbuat daripada bahan yang tidak mudah rosak seperti multipurpose tray dan corrugated board. 5. Pembangunan Mobile-Filtray melibatkan penggunaan bahan plastik sebagai bahan utama dan plastik tidak akan mereput dan sukar dilupuskan. Tambahan pula, plastik merupakan bahan yang tidak reput atau menghakis di udara atau air. 6. Mobile-Filtray dapat membantu mengurangkan kos operasi syarikat dan mengurangkan pembaziran tumpahan gula. 7. Mobile-Filtray dapat mengurangkan bebanan kerja tambahan pekerja dan menjimatkan masa pembersihan kawasan tumpahan gula serta menjadikan kawasan persekitaran kerja lebih selamat.
77 B. Kelemahan 1. Penggunaan Mobile-Filtray hanya terhad kepada barangan jenis pukal kering sahaja. Mobile-Filtray tidak sesuai digunakan untuk barangan jenis cecair dan pepejal yang bersaiz besar. 2. Sekiranya pengendalian Mobile-Filtray tidak dilakukan dengan cekap dan dalam keadaan yang tidak berhemah, kebocoran dan kesilapan terhadap dulang tadahan boleh berlaku. 3. Proses pemasangan Mobile-Filtray perlu dilakukan dengan kemas. Sekiranya tidak diikat dengan kemas dan kuat, gula yang ditapis berpotensi untuk tertumpah keluar dan berserakan di atas lantai akibat gegaran yang kuat dari konveyor. C. Peluang 1. Mobile-Filtray berpotensi untuk dikenali dalam pasaran industri barangan pukal kering kerana tidak mempunyai pesaing bagi produk yang sama di pasaran. 2. Mobile-Filtray berpotensi untuk dipasarkan secara meluas kepada kilang-kilang pengeluaran bahan mentah seperti gula, beras dan tepung kerana dapat membantu penjimatan kos operasi secara menyeluruh. 3. Mobile-Filtray memberi peluang kepada pekerja untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan bersih. 4. Mobile-Filtray memberi peluang kepada syarikat untuk menjaga kualiti barangan yang diuruskan dari rosak dan tercemar. 5. Mobile-Filtray dapat memberi daya tarikan kepada syarikat pesaing untuk mencuba produk inovasi yang dapat menjimatkan kos operasi seterusnya meningkatkan produktiviti syarikat. D. Ancaman 1. Nama, reka bentuk dan fungsi asas Mobile-Filtray belum didaftarkan di MyIPO bagi tujuan hak cipta terpelihara. Ini berpotensi memberi peluang untuk di ciplak oleh pihak pesaing. 2. Sekiranya idea Mobile-Filtray ditiru oleh pihak pesaing, pihak pesaing berpotensi meletakkan harga jualan yang tinggi kerana produk seperti ini masih tiada dalam pasaran. KESIMPULAN Mobile-Filtray merupakan satu inovasi yang dapat membantu Syarikat Libby Power Resources menguruskan proses logistik gula keluaran Kilang Gula Prai dengan lancar. Penggunaan Mobile-Filtray dalam pengurusan logistik gula ini dapat membantu Syarikat Libby Power Resources menjimatkan kos operasi syarikat sekaligus mengurangkan pembaziran tumpahan gula. Ciri-ciri keunikan Mobile-Filtray dapat membantu syarikat mengurangkan risiko tumpahan gula yang berlaku sewaktu dalam proses pergerakan guni gula di atas konveyor bagi dimuatkan ke dalam kontena. Hasil tumpahan gula ini menyebabkan syarikat mengalami kerugian dalam 10 hingga 15 peratus. Pada masa yang sama juga, dengan penggunaan Mobile-Filtray dapat menjimatkan masa pembersihan, mengurangkan bebanan kerja tambahan pekerja dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat dari bahaya yang berpunca hasil daripada tumpahan gula tersebut. Keunikan Mobile-Filtray yang bersifat mudah alih dan fleksibel membolehkan produk ini digerakkan dan digunakan di serata tempat. Kelebihannya juga mudah untuk dikendalikan tanpa memerlukan latihan khas. Cirinya yang kalis terhadap air dan haba membolehkan jangka hayat penggunaannya berada dalam tempoh yang lama. Secara kesimpulan, Mobile-Filtray dapat membantu proses pengurusan logistik gula di Syarikat Libby Power Resources menjadi lebih sistematik disamping dapat menyelesaikan masalah tumpahan gula.
78 RUJUKAN Ali Imran Rais, & Iqbal Hakim Rizal. (2020). Masalah tumpahan gula. (Muhd Mubin Shobri, Beh Jen Sen, K. Harshini , & V. Vaideswarry , Interviewers) Azahari Ramli, Rushaimi Zein Yusof, & Shahimi Mohtar. (2007). Hubungan Amalan Pergudangan Dengan Prestasi Organisasi Pergudangan: Pengenalan Kepada Kerangka Konsep. Jurnal Manajemen Teknologi, 115-130. Kasengkang, R. A., Nangoy, S., & Sumarauw, J. (2016). Analisis Logistik (Studi Kasus Pada Pt. Remenia Satori Tepas-Kota Manado). Jurnal Berkala Ilmiah Efisiensi, 16, pp. 750-759. Luca, D. S., Pace, D. R., & Dj, B. (2020). Transportation systems analysis and assessment. London: IntechOpen. Md. Sazzadur , R., & Vichayanan , R. (2020). The role of logistics strategy on firm performance of garment industry in Bangladesh. International Journal of Logistics Systems and Management. Norazira Abd Karim, Nawawi Anuar, & Ahmad Saiful Azlin Puteh Salin. (2018). Inventory management effectiveness of a manufacturing company – Malaysian evidence. International Journal of Law and Management. Phadermrod, B., Crowdera, M. R., & Wills, B. G. (2019). Importance-Performance Analysis based SWOT analysis. International Journal of Information Management, 194-203. Raut, R., Kharat, M., Kamble, S., & Kumar, S. C. (2018). Sustainable evaluation and selection of potential third-party logistics (3PL) providers: An integrated MCDM approach. Benchmarking: An International Journal, 76-97. Zhu, W., Ng, C. S., Wang, Z., & Zhao, X. (2017). The role of outsourcing management process in improving the effectiveness of logistics outsourcing. International Journal of Production Economics, 29-40.
79 PENGGUNAAN RAK RACKLLY DALAM SISTEM PENGURUSAN INVENTORI DI SENANDUNG MOTOR SDN. BHD. KE ARAH GREEN LOGISTIC 1 Norwani binti Harun* 2Norisah binti Ahmad Shaffie 3Sakhthi a/p Bhubalan 4Solomon a/l Kolandai Samy 5Nurfathihah Husna binti Mohd. Fadzli 6Nur Syammimi Athirah binti Daing Nor Rashid Shah *email: [email protected] 1-6Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Rak Racklly adalah rak serbaguna hasil daripada pengubahsuaian terhadap rak sedia ada di pasaran iaitu dengan menyediakan ruang untuk menyusun peralatan beserta tempat pembuangan sisa minyak enjin. Idea penghasilan Rak Racklly ini adalah ekoran masalah dalam penyusunan inventori dan pengurusan logistik di Senandung Motor Sdn. Bhd. yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang. Kelemahan yang ketara adalah dari segi penyusunan dan penyimpanan peralatan bengkel serta sistem pembuangan sisa minyak enjin motorsikal. Penyusunan peralatan bengkel yang tidak teratur menyebabkan kesukaran untuk melaksanakan operasi serta pembuangan minyak enjin motosikal yang tidak terurus turut mencemarkan persekitaran dan menjadikan bengkel ini tidak bersih. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang berlaku di Senandung Motor Sdn. Bhd. khususnya dalam aspek penyusunan dan penyimpanan peralatan bengkel serta sistem pembuangan sisa minyak enjin motosikal. Seterusnya objektif kedua adalah untuk mencadangkan satu produk inovasi bagi menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif menghasilkan sebuah produk inovasi yang dinamakan Rak Racklly bagi memudahkan pergerakan inventori bengkel yang menggabungkan ruang susun atur dan digabunggkan dengan tempat pembuangan sisa minyak. Dapatan kajian mendapati Rak Racklly ini mampu menyelesaikan masalah pengurusan inventori peralatan dan sistem pembuangan sisa minyak enjin motorsikal. Rak Racklly ini bertepatan dengan saranan kerajaan yang menggalakkan Green Logistic digunapakai oleh semua sektor logistik supaya dapat mengurangkan aktiviti pelepasan karbon dengan lebih cekap. Green Logistic bukan sahaja diguna pakai oleh syarikat besar, malahan juga bagi peniaga kecil yang terlibat dalam industri logistik. Sehubungan dengan itu, Rak Racklly ini mempunyai nilai komersial dan mampu diketengahkan untuk digunasama oleh pemilik bengkel yang lain bagi melestarikan Green Logistic. Kata kunci: rak racklly, pengurusan inventori, pengurusan sisa minyak enjin PENGENALAN Green logistic atau logistik hijau adalah alternatif untuk mengurangkan kesan negatif persekitaran dan lain-lain yang berkaitan dengan pergerakan bekalan. Manakala, Green supply chainberusaha untuk mengurangkan kesan negatif dengan cara merancang semula sumber, sistem pengedaran dan menguruskan reverse logistic sehingga dapat menghilangkan sebarang ketidakcekapan dan mengurangkan pergerakan barang yang tidak perlu Reverse logistic telah menekankan mengenai pengurangan sumber, penggantian penggunaan semula dan kitar semula. Pengurangan sumber merujuk kepada melakukan perkara yang sama dengan menggunakan sumber yang berkurangan. Penggantian bermaksud menggunakan bahan yang lebih mesra alam tanpa perlu menggunakan bahan biasa yang akhirnya akan menjadi bahan pencemar. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (Sinar Harian, 17 Mac 2021), telah menggesa semua pihak dalam sektor logistik untuk mengguna pakai
80 green logistic agar dapat membantu mereka mengurangkan dengan lebih cekap lagi pelepasan karbon. Jelas di sini, amalan green logistic telah ditafsirkan sebagai cara yang mampan dalam mengeluarkan dan mengagihkan barangan dengan mengambil kira faktor sosial dan alam sekitar. Semua faedah tersebut dilihat dalam tiga perspektif seperti apa yang telah mendorong mereka untuk mengamalkan green logistic. Tiga faedah tersebut ialah faedah dari sudut ekonomi, faedah dari sudut persekitaran dan faedah dari sudut sosial. Toomey (2010) menjelaskan pengurusan inventori ini sebagai cawangan pengurusan perniagaan yang berkaitan dengan perancangan dan pengawalan inventori. Pengurusan inventori menjurus kepada keprihatinan dalam memastikan semua aktiviti yang terlibat dalam kerja penyimpanan dan kawalan stok dapat dikendalikan secara lebih berkesan dan ekonomi. Antara proses yang terlibat dalam pengurusan inventori ini ialah dari aspek perancangan, perolehan, pesanan, penghantaran dan penyimpanan yang seterusnya membawa kepada pengurusan inventori berlebihan yang perlu dikawal supaya tidak mewujudkan satu bentuk pembaziran. Di samping itu, pengurusan inventori dilihat sebagai satu langkah dalam mengekalkan stok bekalan bahan atau barang yang mencukupi untuk memenuhi bentuk permintaan yang diinginkan bagi pelaburan kewangan yang telah dirancang dan ditentukan oleh sesesebuah syarikat dalam perniagaan (Deepak dan Kumar, 2016). Perancangan yang lebih teliti diperlukan untuk mencapai pengurusan inventori yang optimum dalam memastikan stok yang disimpan itu menjalani proses pengeluaran atau penggunaan yang selari dengan permintaan pasaran. Justeru itu, pengurusan inventori dapat meningkatkan manfaat ekonomi pengurusan perolehan projek dengan cara menguasai kitaran pesanan dan kuantiti pesanan untuk meminimumkan stok dan jumlah kos yang perlu ditanggung akibat dari penyimpanan jumlah inventori yang melebihi keperluan dan kehendak pasaran yang sepatutnya. Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk menambaik perkhidmatan yang diberikan oleh bengkel membaiki dan menyelenggara motorsikal iaitu Senandung Motor Sdn. Bhd. Bengkel ini memberi perkhidmatan membaiki dan menyelenggara motorsikal yang menjalankan operasi perniagaan di Butterworth, Pulau Pinang. Perniagaan utama yang ditawarkan oleh bengkel ini adalah membaiki dan menyelenggara motosikal dan dalam masa yang sama menjual peralatan motosikal seperti minyak hitam, rim motorsikal dan sebagainya. Selaku pemilik bengkel, Nor Mohd. Firdaus bin Md. Ariffin turut memaklumkan mereka sememangnya terdapat masalah berlaku dalam aspek penyusunan peralatan di bengkel dan pembuangan sisa minyak enjin. Oleh itu, kajian ini ingin memberi motivasi kepada pengkaji untuk mengkaji masalah yang berlaku dan mencadangkan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. PENYATAAN MASALAH Setiap organisasi kecil atau pun besar perlu peka dan bijak dalam menguruskan inventori mereka. Pengurusan yang bersistematik dan cekap dalam menguruskan inventori memberi manfaat bukan sahaja dari aspek pengurusan malah aspek lain seperti mengurangkan kos perbelanjaan dan pengeluaran organisasi. Masalah yang sering wujud dalam sebuah perniagaan ialah cara pengurusan perniagaan yang tidak efisyen dan berkesan. Ini akan menyebabkan perniagaan sukar untuk mengemaskini maklumat, peralatan dan keperluan lain dalam urusan perniagaan. Menurut Piaw (2013), pengurusan inventori ialah satu tindakan yang diambil dalam usaha mencuba untuk mengimbangi keperluan dan kehendak inventori yang diperlukan untuk meminimumkan kos yang terhasil daripada memperoleh dan menyimpan inventori untuk sesuatu proses perniagaan. Pengurusan inventori merujuk kepada cara inventori itu diuruskan supaya tidak berkurang ataupun terlampau berlebihan. Hasil daripada pemerhatian pengkaji dan temubual yang buat bersama pemilik Senandung Motor Sdn. Bhd. pada 11 Ogos 2020 iaitu Nor Mohd. Firdaus bin Md. Ariffin, mendapati masalah yang dialami oleh Senandung Motor Sdn. Bhd. adalah berkaitan sistem pengurusan logistik yang tidak sistematik. Masalah utama yang dihadapi oleh bengkel ini ialah pengurusan dalam penyusunan dan penyimpanan komponen kecil serta alatan yang diguna pakai untuk membaiki motorsikal pelanggan. Kaedah yang digunapakai oleh bengkel ini hanyalah dengan menjadikan kotak sebagai tempat penyimpanan komponen dan peralatan. Namun usaha itu ternyata tidak berhasil kerana komponen dan peralatan tersebut telah bercampur. Ini menyukarkan mekanik bengkel untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cepat dan berkualiti. Oleh itu, pengkaji berpendapat adalah menjadi suatu keperluan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh membantu bengkel dalam mengasingkan peralatan dan komponen bengkel mengikut kategori dan saiz dengan lebih teratur. Masalah seterusnya adalah tiada sistem pengurusan pembuangan sisa minyak enjin motosikal hasil daripada perkhidmatan membaiki dan menyelenggara motosikal. Bengkel berkenaan hanya membuang sisa minyak motorsikal yang dibaiki dan disenggara ke dalam sebuah bekas kecil. Bekas kecil ini adalah bekas
81 recycle, tidak berpenutup serta mengakibatkan minyak ini mudah tumpah yang akhirnya menyebabkan bengkel menjadi kotor serta menyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar. Merujuk kepada Manual Peraturan Keselamatan Makmal, Bengkel, Lapangan dan Pejabat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (2014), sisa bahan kimia merupakan sebarang bahan buangan yang mengandungi apa sahaja bahan kimia yang terhasil dari makmal-makmal penyelidikan. Ianya boleh terdiri daripada bentuk cecair, mendakan mahupun pepejal. Semua sisa bahan kimia ini dianggap sebagai toksik dan memerlukan langkah-langkah keselamatan tertentu untuk mengendalikannya. Takrifan ini bertepatan dengan keadaan yang berlaku di Senandung Motor Sdn. Bhd. di mana tumpahan sisa minyak enjin terpakai ini adalah toksik dan memerlukan langkah-langkah keselamatan tertentu untuk mengendalikannya. Maka dengan itu, pengkaji bercadang untuk menghasilkan sebuah rak serbaguna beroda yang menggabungkan antara rak untuk menempatkan komponen dan peralatan bengkel dan ruang untuk meletakkan tangki buangan sisa minyak motorsikal bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh bengkel ini. Produk inovasi ini dinamakan sebagai Rak Racklly yang memperkenalkan bengkel ini kepada pengurusan inventori logistik yang lebih cekap dan seterusnya menjadikan green logistic sebagai suatu amalan oleh bengkel ini. OBJEKTIF INOVASI Objektif Spesifik Kajian 1) Mengenal pasti masalah yang berlaku di Senandung Motor Sdn. Bhd. dari aspek penyusunan dan penyimpanan peralatan bengkel serta sistem pembuangan sisa minyak enjin motosikal. 2) Mencadangkan satu produk inovasi iaitu Rak Racklly untuk menyusun dan menyimpan peralatan bengkel serta sistem pembuangan sisa minyak enjin motosikal yang lebih teratur. CIRI-CIRI INOVASI Keunikan produk inovasi akan memberikan suatu keistimewaan tersendiri kepada sesebuah perniagaan, kerana produk yang unik dan tersendiri tidak akan dapat dibandingkan lagi secara langsung dengan produk pesaing yang lain. Menurut Amirah Saliha (2019), inovasi adalah suatu keadaan perubahan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang baharu. Inovasi amat penting dalam memastikan bahawa sesuatu keadaan terutamanya keadaan kerja masih relevan untuk digunakan atau berada dalam keadaan yang terkini mengikut zaman tersebut. Inovasi bukan sahaja berlaku dalam keadaan kerja yang melibatkan teknologi dan kemudahan kerja tetapi juga inovasi melibatkan diri individu tersebut sendiri. Hal ini berlaku apabila terdapat perubahan yang melibatkan diri dan juga kelakuan pekerja atau lebih sesuai dikenali sebagai inovative work behaviour. Perkara ini adalah disebabkan oleh pekerja tersebut perlu berinovasi untuk memastikan bahawa diri pekerja sentiasa diperlukan dan mempelbagaikan lagi kemahiran yang ada agar dapat mengelakkan diri dibuang kerja kerana khidmat tidak lagi diperlukan dan boleh di gantikan dengan teknologi. Sehubungan dengan itu, masalah utama yang dihadapi oleh Senandung Motor Sdn. Bhd. ialah masalah pengurusan inventori yang tidak dapat disenggara dengan baik oleh pihak pemilik. Bengkel Senandung Motor ini tidak mempunyai sebarang kaedah susun atur barangan yang sistematik sejak perniagaan beroperasi. Malahan, peralatan hanya dilonggokkan begitu sahaja dalam kotak yang sama. Selain itu, bengkel ini juga mempunyai masalah pembuangan sisa minyak enjin motosikal yang tidak efektif dan efisien menyebabkan tumpahan minyak sering berlaku di lantai bengkel. Justeru, produk inovasi Racklly dibangunkan dengan harapan dapat membantu dalam menyusun atur inventori dan mengatasi masalah pembuangan sisa minyak yang lebih selamat. Pembaharuan dan keunikan produk inovasi Racklly dibangunkan dengan membuat pengubahsuaian ke atas rak sedia ada dengan penambahan roda, ruangan susun atur komponen dan peralatan berlaci serta tempat pengumpulan sisa minyak enjin motosikal. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa tiada gabungan produk untuk menyelesaikan masalah longgokan inventori dan pengumpulan sisa minyak motosikal dalam rekaan peralatan yang sama di pasaran yang melibatkan rak serba guna dan tempat pembuangan sisa minyak enjin yang boleh digerakkan dengan mudah.
82 Tambahan rak berlaci yang direka khas ini mampu menyusun pelbagai jenis peralatan dengan kemas dan teratur. Rak ini digunakan untuk menyusun segala peralatan yang sering digunakan oleh pekerja. Racklly amat berguna untuk memudahkan mekanik memberikan perkhidmatan membaiki motosikal dengan lebih cepat serta dapat mengurangkan pergerakan pekerja mencapai perkakasan dalam menyelenggara motosikal. Produk inovasi Racklly mengandungi ruangan pengisian peralatan berbentuk seperti laci yang mempunyai banyak ruang untuk menyusun peralatan dengan lebih tersusun mengikut jenis dan saiz peralatan. Kelebihan utama penggunaan produk inovasi Racklly ialah produk ini dapat memudahkan mekanik bengkel Senandung Motor Sdn. Bhd. agar dapat memberi perkhidmatan membaiki dan menyelenggara motosikal dengan lebih cepat dan mudah. Hal ini kerana, sebelum ini pekerja bengkel ini sukar untuk mencari peralatan yang ingin digunakan. Proses pencarian peralatan untuk membaiki dan menyelenggara menjadi sukar dan menjadikan mekanik kurang efisien. Tambahan pula, sesetengah peralatan yang ingin digunakan bersaiz kecil dan mengambil masa untuk mencari peralatan tersebut. Selain itu, pekerja juga terpaksa bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi melakukan sesuatu perkhidmatan. Oleh itu, tambahan roda adalah sangat diperlukan bagi membantu mekanik menggerakkan komponen dan peralatan yang berat di sekitar bengkel serta memudahkan capaian alatan apabila diperlukan. Dari sini, pekerja tidak perlu menghabiskan masa bagi mencari dan mendapatkan peralatan. Rak Racklly juga mempunyai kelebihan iaitu terdapat satu tangka sisa minyak yang terletak bersebelahan dengan rak komponen dan peralatan. Hal ini kerana, sebelum ini bengkel ini hanya mengeluarkan dan mengumpulkan sisa lebihan minyak hitam dengan hanya menggunakan keratan botol terpakai. Setelah itu, sisa lebihan minyak akan dibuang di sekitar bengkel seperti di tepi longkang ataupun di atas permukaan tanah. Oleh itu, dengan adanya rak Racklly pengumpulan sisa lebihan minyak dapat diuruskan dengan baik, lebih selamat dan mesra alam. Sekiranya pembuangan sisa minyak tidak diuruskan secara sistematik, sudah tentu pencemaran alam sekitar terus berlaku. Penyusunan peralatan yang sistematik ditambah dengan pengurusan sisa minyak enjin terpakai yang baik dapat melestarikan konsep green logistic di Malaysia. Sebaliknya, kebanyakkan pengusaha bengkel tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keselamatan bengkel serta menyahut hasrat kerajaan tersebut. Rak Racklly ini sebagai permulaan kepada Senandung Motor Sdn. Bhd. untuk memulakan amalan green logistic dalam usaha untuk menyahut seruan kerajaan. Hal ini kerana, kebanyakkan usahawan kecil beranggapan bahawa konsep green logistic ini hanya mampu digunakan oleh perniagaan yang besar sahaja. Jadi dengan adanya produk inovasi Racklly, produk inidapat memperkenalkan konsep green logistic kepada usahawan kecil dengan lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan kos modal yang banyak. CARA OPERASI Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dijalankan bagi menghasilkan rak Racklly. Sebagai langkah permulaan, rak Racklly ini dibina secara prototaip. Rajah 1 Rajah 1 menunjukkan cara untuk memotong kadbod dan kotak mengikut ukuran. Seterusnya, menyambung corrugated fiberboard dan kotak dengan menggunakan pistol gam panas. Rajah 1 : Menunjukkan penyambungan kotak dan corrugated fiberboard dengan menggunakan pistol gam panas
83 Rajah 2 Rajah 2 menunjukkan cara untuk membuat lubang bagi memasukkan paip ke dalam bekas dan memasang paip di bekas dengan menggunakan pistol gam panas. Rajah 2 : Menunjukkan pemasangan paip di bekas yang disediakan Rajah 3 Rajah 3 menunjukkan cara bagi mengemaskini struktur corrugated fiberboard dan kotak dari dalam bagi mengukuhkan lagi kedudukan kotak pada dinding produk. Rajah 3 : Menunjukkan pengemasan struktur dalaman pada produk
84 Rajah 4 Rajah 4 menunjukkan cara memasang roda di bawah setiap penjuru rak bagi membolehkan rak bergerak seperti troli. Rajah 4 : Menunjukkan cara pemasangan roda pada produk Rajah 5 Rajah 5 menunjukkan cara memasukkan bekas untuk minyak enjin terpakai yang mempunyai paip disediakan ke dalam rak dengan menggunakan pistol gam panas supaya bekas yang disediakan tidak bergerak. Rajah 5 : Menunjukkan proses kemaskini bekas minyak enjin terpakai berserta paip yang disediakan Rajah 6 Rajah 6 menunjukkan cara mengecat semula produk dengan cat semburan yang berwarna perak supaya kelihatan lebih kemas.
85 Rajah 6 : Menunjukkan proses mengecat rak Racklly supaya menjadi lebih menarik . RAJAH INOVASI Sebelum produk inovasi Racklly ini dihasilkan, pihak Senandung Motor Sdn. Bhd. hanya menggunakan rak besi biasa yang tidak dapat diubah kedudukannya dan sudah lapuk keadaan fizikalnya seperti Rajah 7. Rak tersebut tidak mempunyai roda untuk mengubah kedudukan dari satu tempat ke tempat lain bagi memudahkan capaian komponen dan peralatan oleh mekanik yang memerlukanya. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan kepantasan proses membaiki dan menyelenggara motosikal. Selain itu, cara pengurusan sisa minyak enjin motosikal oleh pihak Senandung Motor Sdn. Bhd. juga memberi kesan buruk kepada persekitaran bengkel. Di samping itu, penyusunan komponen dan peralatan yang digunakan oleh pihak Senandung Motor Sdn. Bhd. juga agak tidak teratur. Rajah 7: Rak dan tangki sisa minyak yang sedang digunakan oleh Senandung Motor Sdn. Bhd. Oleh yang demikian, pengkaji telah mendapat satu idea produk inovasi bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku di Senandung Motor Sdn. Bhd. Pembaharuan yang dilakukan adalah dengan mencipta produk inovasi iaitu rak Racklly yang mempunyai keunikan dan memberikan jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul di Senandung Motor Sdn. Bhd. Antara kelebihan rak yang dihasilkan adalah produk ini lebih mudah dikendalikan kerana rak Racklly disertakan dengan empat buah roda di bahagian bawah agar rak Rackkly ini mudah dialihkan oleh pemilik serta mekanik dalam bengkel Senandung Motor Sdn. Bhd. Di samping itu, rak Racklly juga disertakan dengan ruang untuk penyimpanan sisa minyak enjin terpakai. Rak Racklly juga direka dengan beberapa bahagian untuk penyimpanan komponen dan peralatan bengkel. Projek yang dijalankan ini melibatkan beberapa tingkat analisis. Peringkat analisis yang terlibat ialah analisis dapatan kajian peringkat pertama yang melibatkan proses Fasa 1 iaitu peningkatan produk inovasi dan peringkat kedua yang melibatkan Fasa 2 iaitu pemurnian ke atas produk inovasi yang dihasilkan.
86 A. Fasa 1: Peningkatan Produk Inovasi Sebelum produk inovasi Rackkly ini dihasilkan, pihak Senandung Motor Sdn. Bhd. hanya menggunakan rak yang sederhana dan tidak mempunyai kesesuaian terhadap penyimpanan komponen dan peralatan serta pegumpulan sisa minyak enjin terpakai. Perbincangan telah dilakukan bagi memilih kaedah penyelesaian terbaik yang akan digunakan dalam menyelesaikan masalah penyimpanan dan penggunaan komponen dan peralatan serta pengurusan sisa minyak enjin. Rekaan rak Racklly ini merupakan kaedah yang terbaik dan produk ini akan dapat digunakan secara berterusan. Pengkaji menghasilkan sebuah prototaip rak serba guna Racklly seperti dalam Rajah 8 di bawah dengan menggunakan bahan-bahan seperti corrugated fiberboard, bekas, paip, roda dan lain-lain. Rak serba guna Racklly dibina untuk kegunaan mekanik bengkel Senandung Motor Sdn. Bhd. Rajah 8: Rak Racklly fasa pertama B. Fasa 2: Pemurnian Ke Atas Produk Inovasi Prototaip rak Racklly di fasa pertama didapati sangat sesuai untuk digunakan di bengkel Senandung Motor Sdn. Bhd. Hasil dapatan inovasi fasa pertama mendapati rak Racklly perlu dicat agar rak tersebut kelihatan menarik serta kalis kepada cuaca dan impak persekitaran. Seterusnya, bahagian laci rak Racklly perlu ditambah pemegang untuk menarik laci keluar masuk. Di bahagian dalamnya pula perlu dibahagikan kepada beberapa ruang kecil untuk memudahkan pihak pengguna mengasingkan bahan-bahan yang kecil seperti skru dan nat supaya barang-barang tersebut mudah dicari semasa diperlukan. Di akhir analisis fasa kedua, tiga cangkul pelekat ditambahkan pada sisi bahagian sampel Racklly untuk mengoptimumkan seluruh bahagian sampel produk Racklly. Rajah 9 di bawah adalah prototaip produk inovasi Racklly pada analisis situasi fasa kedua.
87 Rajah 9 : Rak Racklly fasa kedua IMPAK INOVASI Inovasi produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak iaitu impak produk terhadap kos, impak produk terhadap masa dan impak produk terhadap keberkesanan penggunaan. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Kos Perbelanjaan untuk pembinaan rak Racklly dan penggunaannya dalam kalangan pengguna dapat menjimatkan kos kerana bahan pembinaan produk inovasi ini terdiri daripada bahan yang murah dan mudah didapati di kedai-kedai hardware dan kedai serbaguna yang lain. 2. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan Racklly ini telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi melaksanakan operasi bengkel berbanding keadaan sebelumnya kerana dengan menggunakan rak Racklly masalah capaian mekanik terhadap komponen dan peralatan dapat diatasi dan begitu juga dengan masalah pengumpulan dan pembuangan sisa minyak enjin motosikal. 3. Impak Produk Terhadap Keberkesanan Penggunaan Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi memudahkan mekanik untuk menjalankan operasi membaiki dan menyelenggara motosikal dengan baik. Hal ini kerana produk inovasi ini sangat mudah digerakkan di dalam bengkel kerana produk iniberoda dan boleh dikendalikan di mana juga. Seterusnya, produk inovasi Racklly ini sangat membantu untuk pembuangan sisa minyak enjin yang lebih teratur dan di samping itu rak Racklly disertakan dengan ruang penyusunan komponen dan peralatan yang telah direka dengan lebih baik. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Inovasi ini dilaksanakan berdasarkan analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) yang disediakan oleh pengkaji. Analisis ini berperanan mengenal pasti tanda aras dalam menambahbaikkan strategi produk dan perkhidmatan sesebuah projek. Berikut merupakan jadual analisis SWOT yang menjelaskan kesimpulan keseluruhan projek.
88 A. Kekuatan 1. Masih lagi tiada dalam pasaran iaitu gabungan produk 2 dalam 1 dalam menyelesaikan masalah ruang penyimpanan komponen dan peralatan serta pembuangan sisa minyak enjin motosikal dalam satu rak yang sama. 2. Mampu dimiliki oleh semua bengkel dengan harga yang berpatutan. 3. Dapat memelihara alam sekitar dan melestarikan green logistic. 4. Mampu untuk bergerak dengan fleksibel mengikut keadaan bengkel. 5. Dapat menjimatkan masa mekanik dalam mengambil barangan peralatan yang diperlukan kerana ia disusun dengan lebih teratur. 6. Ia merupakan produk inovasi pertama yang menggabungkan ruang penyimpanan komponen dan peralatan serta pembuangan sisa minyak enjin motosikal dalam satu rak yang sama. B. Kelemahan 1. Mempunyai tempat simpanan minyak yang terhad kerana saiz yang kecil. 2. Tidak dapat menyusun atau meletakkan komponen dan peralatan bengkel yang lebih besar kerana ruang yang terhad. 3. Hanya mempunyai 4 roda sahaja bagi menampung beban berat rak dan tangki sisa minyak. C. Peluang 1. Dapat bertahan dengan lebih lama dalam pasaran kerana mampu memperkenalkan satu produk inovasi yang berkonsepkan green logistic. 2. Inovasi ini mampu menembusi pasaran kerana belum ada rak seumpananya yang digunakan oleh bengkel-bengkel motosikal. 3. Mekanik dapat bekerja dengan lebih cepat kerana susun atur rak lebih kemas dan bekas sisa minyak enjin mudah dicapai dan digerakkan. 4. Menggunakan platform aplikasi Lazada dan Shopee untuk memperluaskan pasaran. 5. Kos pengiklanan yang rendah melalui media sosial seperti instagram, facebook dan youtube D. Ancaman 1. Pesaing yang lebih berpengalaman boleh membangunkan idea produk seperti ini dengan lebih baik dan canggih. 2. Mungkin tidak akan diterima oleh pengusaha bengkel kerana ruang simpan sisa minyak enjin adalah kecil. Berdasarkan analisis SWOT di atas, rak Racklly ini direkacipta untuk meletakkan komponen dan peralatan kecil yang terdapat di Senandung Motor Sdn. Bhd. Selain itu, produk inijuga bertindak sebagai tangki pembuangan sisa minyak motosikal. Kajian awal yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa Senandung Motor Sdn. Bhd. tidak mempunyai rak untuk menyimpan segala perkakasan terutama komponen dan peralatan kecil dan menjadikan ruangan di bengkel kelihatan sempit dan tidak tersusun dengan rapi. Selain itu, bekas penyimpanan minyak yang tidak menepati keselamatan hingga menyebabkan berlakunya tumpahan dan pencemaran alam sekitar. Dengan ini, pihak pengkaji telah mewujudkan rak Racklly untuk menjimatkan ruang dan dan dalam masa yang sama komponen dan peralatan dapat disusun dengan kemas. Keadaan ini dapat memudahkan capaian mekanik terhadap komponen dan peralatan yang diperlukan untuk membaiki dan menyelenggara motosikal serta memudahkan perjalanan operasi bengkel. Selain itu, tujuan rekaan rak ini juga untuk memastikan Senandung Motor Sdn. Bhd. Sentiasa dapat menjaga kebersihan bengkel dan persekitaran dengan memastikan pembuangan sisa minyak enjin dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan mesra alam. Selain itu, rak Racklly ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang perlu di atasi. Rak Racklly ini direka secara prototaip menggunakan 100% dari bahan-bahan terpakai seperti kotak, roda dan bahan-bahan lain serta mempunyai tempat simpanan minyak yang terhad. Maka, pihak pengkaji perlu mengatasinya dengan cara memilih bahan yang bersesuaian untuk rekaan yang sebenar serta menyediakan bekas tambahan bagi memudahkan pembuangan sisa minyak enjin dilakukan secara berterusan tanpa perlu mengosongkan tangki sisa minyak enjin supaya dapat menjimatkan masa dalam melaksanakannya. Penciptaan produk ini mampu untuk memastikan perjalanan operasi di Senandung Motor Sdn. Bhd. dapat berjalan dengan lancar dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
89 KESIMPULAN Kesimpulannya, objektif bagi kajian ini telah tercapai di mana pengkaji telah berjaya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Senandung Motor Sdn. Bhd. Pengkaji mendapati bahawa sistem penyusunan inventori tidak sistematik dan dalam masa yang sama sistem pengumpulan dan pembuangan sisa minyak enjin tidak teratur. Selain itu, rak sedia ada yang tidak kukuh menyebabkan barang bercampur antara satu sama lain dan menyebabkan capaian komponen dan peralatan oleh mekanik menjadi sukar. Produk inovasi rak Racklly dilihat mampu menyelesaikan masalah penyusunan barang dan masalah sisa minyak enjin yang dihadapi oleh Senandung Motor Sdn. Bhd. Secara kesimpulannya kajian yang dilakukan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Malahan, rak inovasi ini dilihat lebih tersusun dan sememangnya diperlukan oleh pihak pengusaha bengkel. Kolaborasi penyelidikan ini telah mewujudkan hubungan yang positif samada dari aspek akademik dan inovasi. Pengusaha bengkel turut mengharapkan jaringan akademik ini akan diteruskan pada masa akan datang. Pihak pengkaji juga memperoleh input pendidikan dari pelbagai aspek termasuk mempraktikkan teori dan amali logistik bagi kajian lapangan. RUJUKAN Godfrey, A. S. (n.d.). Inovasi, Kerja Dan Pekerja Dalam Era Revolusi Industri 4.0 . Hubungan Industri Universiti Malaysia Sabah. Kedai Senandung Motor SDN BHD. (n.d.). Retrieved from https://www.google.com/search?q=KEDAI%20SENANDUNG%20MOTOR&oq=KEDAI+SENAND UNG+MOTOR&aqs=chrome..69i57j33i160.12061j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF- 8&safe=active&tbs=lf:1,lf_ui:10&tbm=lcl&sxsrf=ALeKk03W59Vyb7wY2JU- Beim7AkWSaiS7A:1605931988704&rflfq=1&num=10&rldi (n.d.). Manual Peraturan Keselamatan Makmal, Bengkel, Lapangan dan Pejabat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Selangor. Piaw, C. (2013). Mastering Research Statistic. Malaysia. McGraw-Hill Education Sdn. Bhd. Sasi, D. D. (2016). Inventory management and cost analysis. International Journal of Scientific&Engineering Research, Volume7(Issue 4). Sinar Harian 17 Mac 2021 https://www.sinarharian.com.my/article/36707/BERITA/Nasional/Pemain-industri- digesa-guna-pakai-logistik-hijau Toomey. (2010). Inventory Management: principles, concepts, and Techniques. Materials Management/Logistics Series, . USA: Kluwer Academic Series.
90 PENGGUNAAN SISTEM INVENTORI DAN KAD INOVASI HARGA DALAM PERNIAGAAN PERUNCITAN DI KEDAI AGROBAZAAR RAKYAT 1 Irdawati binti Kamarudin* 2 Gee Ann Sze 3 Ooi Shi Ting 4 Nurul Syafiqah binti Ruslan 5 Saidatul Afira binti Mohd Noor *e-mel: [email protected] 1-5Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga di Kedai Agrobazaar Rakyat Permatang Pauh ialah satu sistem yang dibangunkan dari aplikasi perisian Microsoft Excel untuk menyenaraikan harga barang dan tarikh luput. Manakala kad inovasi harga pula ialah kad yang mengandungi kod Quick Response (QR) untuk diimbas kepada barang bagi mengetahui harga dan tarikh luput. Masalah yang dikenalpasti sebelum sistem ini dibangunkan apabila para pekerja mengalami kesukaran untuk menyemak harga barang, tarikh luput dan mengira stok. Tambahan pula, para pekerja mengambil masa yang lama untuk menyemak secara manual harga barang, tarikh luput dan mengira stok. Kesannya, terdapat barangan yang tiada tanda harga dan telah tamat tarikh luput masih berada di rak. Objektif kajian ini adalah untuk memudahkan pekerja menyemak harga dan tarikh luput barang yang baru masuk, memudahkan pekerja mengira stok barang yang berada di dalam kedai dan memudahkan pelanggan mengetahui harga barang dan tarikh luput. Keunikan utama sistem inventori dan kad inovasi harga ialah para pekerja Agrobazaar Rakyat Permatang Pauh dapat mempelajari pengunaan sistem ini dalam masa yang singkat sahaja kerana sistem ini menggunakan perisian Microsoft Excel dan kod QR. Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga ini telah membantu menjimatkan masa dan tenaga pekerja untuk menyemak harga barang dan tarikh luput. Seterusnya, penggunaan sistem inventori dan kad inovasi harga ini mudah diguna pakai oleh para pekerja Agrobazaar Rakyat Permatang Pauh kerana produk yang dihasilkan adalah mesra pengguna. Akhir sekali, Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga ini diharapkan dapat dikomersialkan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi sistem inventori dalam perniagaan runcit. Kata kunci: Peruncitan, pengurusan inventori, semakan harga, Argobazaar Rakyat PENGENALAN Sektor perniagaan mampu memberikan sumbangan pendapatan serta menjamin pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Malaysia turut tidak berkecuali dalam memastikan pertumbuhan pesat dalam sektor perniagaan samaada yang berskala kecil atau pun besar. Dalam mendepani suasana perniagaan masa kini yang penuh cabaran, sektor peruncitan turut berperanan besar dalam mengimbangi ekonomi sesebuah negara (Harun & Ahmad, 2020). Di Malaysia, industri peruncitan merupakan antara industri yang penting dan memberi sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Sektor ini sentiasa memberi sumbangan yang besar dari segi sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan daripada kadar gunatenaga buruh yang terlibat di dalam kegiatan peruncitan. Sektor ini terbentuk daripada gabungan peruncit, perniagaan kecil dan pasar basah. Di samping itu, sektor peruncitan juga merupakan gabungan antara pasar raya, koperasi bersatu dan kedai-kedai yang menjual peralatan tertentu dan diletakkan di dalam satu plaza membeli belah di kawasan perbandaran. Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor perniagaan yang paling senang diceburi di Malaysia dan jenis perniagaan runcit yang popular diceburi adalah perniagaan groseri atau perniagaan pembekalan makanan (Ali, Abdul Razak & Ahmad, 2010).
91 Matlamat pengwujudan projek Agrobazaar Rakyat (ABR) adalah sebagai outlet runcit yang membeli dan menjual hasil-hasil pertanian secara terus dari sumber pengeluaran kepada pengguna di samping menjual barangan keperluan harian secara runcit pada harga yang berpatutan. Projek ini merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) dalam mengurangkan lapisan orang tengah yang mengeksploitasi pasaran melalui pengawalan bekalan dan permintaan sehingga memberi kesan keatas harga jualan produk makanan. MAFI berperanan sebagai penyelaras projek AgroBazaar Rakyat manakala FAMA, LPP, LKIM, MADA, KADA, DOA & IADA Sarawak sebagai Jabatan/Agensi Pelaksana. PERNYATAAN MASALAH Penduduk Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh mengunjungi ABR bagi membeli barang keperluan rumah. ABR menjual pelbagai jenis makanan ringan, bahan basah dan kering seperti ikan, sayur-sayuran, beras, tepung, serta barangan keperluan lain. Pengkaji mendapati pekerja ABR menghadapi kesukaran dalam membuat semakan barang yang masuk kerana terdapat pelbagai jenis barang yang memerlukan pekerja untuk membuat semakan berulang kali. Pekerja ABR melakukan semakan kemasukan barang secara manual yang mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan semakan tersebut sehingga mengganggu peruntukan masa bagi kerja-kerja lain. Selain daripada itu, pengkaji juga mendapati terdapat beberapa barang yang dijual tidak mempunyai tarikh luput, barang yang sudah tamat tempoh tidak diasingkan dari rak dan bercampur dengan barang yang belum tamat tempoh. Pengkaji juga mendapati terdapat beberapa jenis barang yang berada dalam kedai runcit mempunyai pelbagai harga yang berbeza ataupun tiada tanda harga. Masalah ini menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga barang yang ingin dibeli dan akan bertanya kepada pekerja kedai runcit tentang harga barang setiap kali membeli-belah di Agrobazaar Rakyat. Hal ini akan menganggu kerja pekerja kedai runcit tersebut. Justeru, kajian ini dilakukan adalah untuk menyelesaikan isu semakan harga dan tarikh luput di Agrobazaar Rakyat. Cadangan penyelesaian yang dicadangkan hasil daripada kajian adalah untuk menghasilkan satu sistem yang boleh menunjukkan stok, tarikh luput dan kesemua harga barang dan kad inovasi harga kepada pekerja dan pelanggan. Dengan ini, ia dapat memudahkan pekerja dalam membuat semakan dengan lebih cekap dan efektif manakala pelanggan hanya perlu menyemak harga pada kad inovasi harga tersebut. Menurut Abd Rahman et. al (2020), apabila sesuatu teknologi yang baru diperkenalkan, pengguna lebih gemar untuk menggunakan sekiranya teknologi tersebut memudahkan urusan mereka dan ia mudah untuk dikendalikan atau digunakan oleh semua orang. OBJEKTIF INOVASI 1) Projek ini dijalankan untuk mengenal pasti keselesaan, kemudahan dan penjimatan masa serta cara pemeriksaan harga barang serta tarikh luput di Agrobazaar Rakyat. 2) Mengenal pasti masalah dalam membuat semakan tarikh luput barang dalam Agrobazaar Rakyat. 3) Mencadangkan Sistem Inventori yang sistematik dalam pemeriksaan stok, tarikh luput dan harga barang. CIRI-CIRI INOVASI Sistem inventori dan kad inovasi harga yang dibangunkan oleh pengkaji dapat memberi kemudahan untuk pekerja dan pelanggan di Agrobazaar Rakyat. Sistem yang diwujudkan adalah menggunakan Microsoft Excel bagi menyemak tarikh luput, harga dan stok barang. Sistem ini menjimatkan masa berbanding membuat pemeriksaan secara manual. Pelanggan pula tidak perlu bertanya kepada para pekerja berkaitan tarikh luput dan harga barangan. Antara tujuan utama projek ini adalah untuk mempercepatkan pemeriksaan keluar dan masuk sesuatu barang serta mengenal pasti tarikh luput barang tersebut tanpa memakan banyak masa pekerja. Dengan adanya sistem ini, proses mengenal pasti tarikh luput produk dapat dijalankan dengan lebih efisien dan sistematik.
92 PROSES PEMBANGUNAN PRODUK A. Proses Pembangunan Sistem Inventori Proses 1 : Pengkaji menaip tajuk, nombor, item, kos per unit, kuantiti, jumlah kos, tarikh luput dan hari yang tinggal atau catatan status. Seterusnya, pengkaji menyenaraikan kesemua barang dan kos per unit. Rajah 1: Proses mula menghasilkan sistem Proses 2 : Pengkaji menekan ctrl + T untuk mewujudkan garisan bagi setiap bahagian untuk kelihatan kemas dan mudah dilihat. Seterusnya, pengkaji menukar jumlah kos kepada tarikh dihasilkan dan pengkaji menyenaraikan kesemua kuantiti barang dan tarikh barang yang dihasilkan. Rajah 2 : Proses mewujudkan garisan bagi kolum kos
93 Rajah 3 : Proses mewujudkan garisan bagi kolum kuantiti Proses 3 : Pengkaji melakukan proses ‘key-in’ formula =G4+365 di bahagian tarikh luput dan sistem Excel akan auto menukar formula tersebut kepada tarikh luput barang. Rajah 4: Proses memasukkan formula di bahagian tarikh pengeluaran
94 Rajah 5: Proses memasukkan formula di bahagian tarikh luput Proses 4 : pengkaji melakukan proses 'key in' formula =H4-TODAY() bagi menentukan hari yang tinggal bagi barang tamat tempoh. Rajah 6 : Memasukkan formula bagi meletakkan tarikh luput
95 Rajah 7 : Memasukkan formula bagi menentukan hari yang tinggal bagi barang tamat tempoh Proses 5 : Proses 'key in' formula =IF(I4<0,\"Expired\",IF(I4<30,\"Expiring soon\",\"\")) untuk status tarikh luput barang. Rajah 8 : Memasukkan formula untuk status tarikh luput barang Proses 6 : Seterusnya, pengkaji mengenal pasti barang yang sudah tamat tarikh luput dengan menukarkan kepada warna merah yang menunjukkan barang tersebut telah tamat tarikh luput. Manakala barang yang akan tamat tarikh luput dengan menukarkan kepada warna kuning yang menunjukkan barang tersebut akan tamat tarikh luput.
96 Rajah 9 : Proses menukarkan bahagian tamat tempoh kepada warna merah Rajah 10 : Proses menukarkan bahagian yang akan tamat tempoh kepada warna kuning Proses 7 : Sistem inventori telah dihasilkan dengan menunjukkan barang yang telah tamat tarikh luput dan yang akan tamat tarikh luput.
97 Rajah 11 : Sistem inventori telah dihasilkan B. Proses Pembangunan Kad Inovasi Harga Proses 1 : menghasilkan senarai harga dan tarikh luput barang yang terdapat dalam Agrobazaar Rakyat dengan menggunakan Microsoft Word dan eksport kepada PDF fail. Rajah 12 : Proses menghasilkan senarai barang Proses 2 : muat naik fail PDF senarai harga dan tarikh luput barang yang terdapat dalam Agrobazaar Rakyat dalam Google Drive.
98 Rajah 13 : Proses muat naik fail PDF dalam Google Drive Proses 3 : mengambil pautan fail PDF senarai harga dan tarikh luput barang dan mula menghasilkan kod QR. Rajah 14 : Mula menghasilkan kod QR
99 Proses 4 : menghasilkan kod QR. Rajah 15 : Proses menghasilkan kod QR Proses 4 : mencetakkan kod QR di atas kertas A4. Rajah 16 : Kad Inovasi Harga telah dihasilkan INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK YANG DIHASILKAN Seksyen ini menunjukkan inovasi pembangunan sistem inventori dan kad inovasi harga yang dibangunkan. Semua maklumat yang diperlukan berada dalam sistem inventori ini iaitu nama barang, harga, kuantiti dalam stok, tarikh pengeluaran dan tarikh luput
100 Rajah 17 : Sistem inventori yg dibangunkan menggunakan perisian microsoft Excel. Manakala kad inovasi harga pula menggunakan kod QR dan boleh dicetak sendiri oleh pekerja. Rajah 18 : Kad Inovasi Harga menggunakan kod QR IMPAK PRODUK A. Kelebihan dan kebaikan inovasi Inovasi produk diperincikan kepada EMPAT (4) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut subtopik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Syarikat Sistem inventori dan kad inovasi harga ini telah memberikan impak yang positif terhadap Agrobazaar Rakyat kerana sistem inventori dan kad inovasi harga ini telah membantu menjimatkan masa pekerja Agrobazaar Rakyat.
101 2. Impak Produk Terhadap Kos Perbelanjaan untuk pembangunan Sistem inventori dan kad inovasi harga sangat minimum dan boleh dicapai dengan mudah. Agrobzaar rakyat tidak perlu membeli perlatan baharu kerana semua peralatan yang diperlukan adalah menggunakan peralatan sedia ada sahaja. Begitu juga dengan kos untuk mempelajari system ini juga adalah sangat mimium kerana pekerja menggunakan pengetahuan sedia ada sahaja. 3. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan Sistem inventori dan kad inovasi harga telah membantu ke arah penjimatan masa pekerja. Kini pekerja tidakperlu lagi memeriksa barangan secara manual. Pekerja hanya perlu membuka computer sahaja. 4. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan Sistem inventori dan kad inovasi harga dapat dilihat dari segi kegunaan yang lebih sistematik dan efisien yang memudahkan pekerja memeriksa maklumat barang. Oleh itu, aplikasi ini banyak memberi manfaat kepada syarikat dari segi penjimatan masa. B. Hasil maklumbalas pengguna Jadual 1: Hasil maklumbalas pekerja yang menggunakan Sistem inventori dan kad inovasi harga Bil Butiran Peratusan 1 Adakah Sistem inventori dan kad inovasi harga ini adalah merupakan satu inovasi Ya =100% dalam pengurusan inventori? 2 Adakah anda bersetuju Sistem inventori dan kad inovasi harga ini dapat membantu Ya = 100% pengurusan inventori? 3 Adakah dengan Sistem inventori dan kad inovasi harga ini dapat memudahkan lagi Ya = 100% pengurusan inventori? 4 Adakah anda berminat untuk menggunakan Sistem inventori dan kad inovasi harga Ya = 100% ini di syarikat anda? Ya = 100% 5 Adakah anda mencadangkan Sistem inventori dan kad inovasi harga kepada semua syarikat? Pengkaji telah mendapatkan maklumbalas tentang Sistem inventori dan kad inovasi harga dengan menemubual pengurus dan pekerja Agrobazaar Rakyat. Mereka juga bersetuju untuk mencadangkan penggunaan Sistem inventori dan kad inovasi harga kepada semua syarikat. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Analisis SWOT (strengths, weaknesses, opportunities, threats) digunakan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan 1. Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga adalah produk inovasi yang mesra pengguna. 2. Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan pekerja menyemak stok, tarikh luput dan harga barang. 3. Sistem Inventori dapat menyemak stok, tarikh luput dan harga barang dengan lebih cepat. 4. Kad Inovasi Harga mengurangkan pertanyaan pelanggan untuk mengetahui harga barang.
102 B. Kelemahan 1. Jika tidak ada komputer atau komputer riba, Sistem Inventori tidak boleh berfungsi. 2. Kad Inovasi Harga tidak bertahan lama kerana kertas A4 nipis dan ia akan basah kuyup apabila terkena air C. Peluang 1. Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga berpotensi untuk bersaing dengan produk yang sedia ada. 2. Sistem Inventori memberi peluang kepada pekerja supaya mudah menyemak stok, tarikh luput dan harga barang. 3. Kad Inovasi Harga memberi peluang kepada pelanggan supaya mengetahui harga dan tarikh luput barang. 4. Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga dapat memberi peluang kepada kedai runcit untuk maju dalam perniagaan disebabkan produk inovasi ini mampu meringankan beban pekerja. D. Ancaman 1. Penggunaan Sistem Inventori secara tidak berhemah akan menyebabkan bilangan stok, tarikh luput dan harga yang salah dimasuki ke dalam sistem. 2. Penggunaan Kad Inovasi Harga secara tidak berhemah akan menyebabkan pelanggan akan mengimbas kod dan dapat data yang salah dimasuk. 3. Sistem Inventori dan Kad Inovasi Harga mungkin akan dikembangkan oleh pesaing kerana belum mendapat hak cipta. KESIMPULAN Dapatan awal pengkaji mendapati pengurus dan pekerja kedai runcit Agrobazaar Rakyat menghadapi masalah untuk mengira stok barang dan tarikh luput barang manakala pelanggan sukar untuk mengetahui harga barang kerana terdapat sesetengah barang tidak mempunyai tanda harga. Disebabkan hal itu, pekerja terpaksa melakukan semakan tarikh luput serta maklumat barang secara manual. Oleh yang demikian ia mengambil masa yang lama dalam membuat semakan barang yang masuk ke kedai runcit. Dalam pada itu, pelanggan juga berhadapan dengan masalah kerana ada sesetengah barang yang tidak dinyatakan tanda harga serta bercampur dengan barang yang mempunyai tanda harga tetapi lain jenama. Oleh itu, pelanggan perlu bertanyakan harga barang tersebut kepada pekerja di kedai runcit itu. Justeru Sistem Inventori diwujudkan untuk membantu pekerja dalam menyemak tarikh luput dan maklumat barang dengan lebih cepat dan efisien melalui penggunaan sistem Excel yang telah diwujudkan untuk pekerja bagi menyemak tarikh luput serta maklumat barang dengan lebih cepat dengan harga yang berpatutan dan mesra alam. Antara bahan yang digunakan untuk mencipta Sistem Inventori ialah Microsoft Excel, komputer riba manakala Kad Inovasi Harga ialah kertas A4 dan lamina plastik. Keunikan Sistem Inventori ialah dapat menyemak stok, tarikh luput dan harga barang dengan lebih cepat. Seterusnya, keunikan Kad Inovasi Harga ini ialah ia dapat membantu pelanggan untuk menyemak tarikh luput dan harga barang dengan lebih cepat dengan hanya mengimbas kod bar yang tertera di kertas A4. Selain dapat menjimatkan kos dan masa, ia juga mudah digunakan dan membantu mempercepatkan proses jual beli. Keberkesanan produk ini telah dibuktikan apabila ia telah dilaksanakan di Kedai runcit Agrobazaar Rakyat cawangan Permatang Pauh dan diiktiraf sebagai aset Kedai runcit Agrobazaar Rakyat. Selepas projek tahun akhir ini dihasilkan objektif kajian telah dicapai sepenuhnya.
103 RUJUKAN Abd Rahman, I., Aziz, A., Ismail, M. N. I. M., & Othman, A. S. (2020). Penerimaan sistem pembayaran tanpa tunai (RFID) dalam pembelian dan pembayaran di pusat beli belah. Jurnal Dunia Perniagaan, 2(3), 1- 10. Ali, H., Abdul Razak, N., & Ahmad, S. (2010). Faktor mempengaruhi kejayaan usahawan peruncitan Melayu: satu kajian kes. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V), Port Dickson, Negeri Sembilan, 15-17. Harun, R., & Ahmad, S. (2020). Pemasaran keusahawanan dan prestasi perniagaan: implikasi terhadap sektor peruncitan berskala decil?. Jurnal Dunia Perniagaan, 2(2), 1-12.
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134