20 Rajah 21 : Sistem Qractory dilengkapi dengan Kod QR IMPAK PRODUK Sistem Qractory memberi impak positif yang meliputi kos, masa dan keberkesanan penggunaan produk. 1. Impak Produk Terhadap Kos Perbelanjaan untuk menghasilkan produk inovasi sistem Qractory adalah sangat minima kerana bahan yang digunakan untuk membina produk ini mempunyai kos yang rendah dan mudah didapati di kedai perkakasan. Kos menghasilkan produk inovasi ini adalah lebih menjimatkan berbanding kos untuk membeli peralatan-peralatan yang hilang akibat tidak di selenggara dengan baik. 2. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan sistem Qractory telah membantu pihak pengguna ke arah penjimatan masa dari segi penyimpanan barang dan merekodkan barang berbanding dengan rak biasa. Hal ini kerana penggunaan sistem Qractory ini memudahkan pengguna untuk mengambil barangan kerana barangan telah dikelaskan mengikut jenis dan kategori barangan tersebut. Sistem Qractory ini juga menjimatkan masa pengguna dengan penggunaan kod QR bagi mengetahui stok yang keluar dan masuk dalam stor. Jadual 2 menunjukkan impak penggunaan sistem sistem Qractory dalam proses penyusunan dan pencarian barangan selepas penggunaan sistem Qractory. Jadual 2 : Impak produk terhadap masa BUTIRAN SEBELUM SELEPAS Masa menyusun barang 15 minit 5 minit Masa mencari barang 5 minit 1 minit 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Sistem QRacktory ini dapat memudahkan pihak UPS dari aspek menguruskan barang-barang mengikut kategori dan mengelakkan barang menjadi rosak. Selain itu, risiko kehilangan barang juga dapat dikurangkan kerana dengan penggunaan kod QR, pergerakan barang yang keluar dan masuk dapat dikesan dengan tepat. Jadual 3 : Impak terhadap keberkesanan penggunaan produk ASPEK SEBELUM SELEPAS Penjimatan masa Baik Amat baik Kerosakan barang Berisiko Lebih terjamin
21 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Analisis SWOT (strengths, weaknesses, opportunities, threats) digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan bagi Sistem QRacktory. A. Kekuatan 1. Masalah yang dihadapi oleh Pihak Unit Pembangunan dan Selenggara (UPS) adalah barangan yang digunakan di stor penyimpanan peralatan Bestari 4 tidak dipulangkan kembali dan sering mengalami kerosakan terhadap barangan ataupun peralatan tersebut. Dengan pembinaan sistem QRacktory , status alatan yang masih belum dipulangkan di stor penyimpanan peralatan Bestari 4 dapat dikesan dengan mudah. 2. Sistem QRacktory dapat mengurangkan kos pembelian peralatan yang baharu oleh pihak Unit Pembangunan dan Selenggara (UPS) akibat daripada kehilangan peralatan yang tidak dikembalikan semula. Dengan menggunakan Sistem Qracktory, semua peralatan dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama tanpa berlakunya sebarang kehilangan. 3. Penggunaan kod QR dalam Sistem QRacktory ini tidak memerlukan kemahiran dan latihan yang tinggi. Pengguna hanya memerlukan sebuah gajet dan mengimbas kod QR yang terdapat pada rak besi pelbagai fungsi dan maklumat akan disimpan secara atas talian. 4. Mobiliti rak besi pelbagai fungsi ini sangat mudah digerakkan dan dialihkan. Ketahanan rak besi ini dapat menampung beban sehingga 200 kg. B. Ancaman 1. Sistem QRacktory ini tidak dapat dipasarkan secara meluas kerana Sistem QRacktory ini dibuat khas untuk pihak Unit Pembangunan dan Selenggara (UPS) Politeknik Seberang Perai (PSP) dalam mengawal masalah kerosakan barang yang sering berlaku di stor penyimpanan peralatan di Bestari 4. C. Kelemahan 1. Perletakkan barang yang melebihi had berat yang dibenarkan berpotensi merosakkan roda pada Sistem QRacktory. 2. Sistem QRacktory juga akan mengalami kerosakan sekiranya terdapat pihak menggerakkan rak besi pelbagai fungsi dengan kasar dan ini boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem ketahanan produk ini. D. Peluang 1. Sistem QRacktory boleh diperluaskan penggunaannya di mana-mana bahagian stor penyimpanan barang di dalam Politeknik Seberang Perai. 2. Sistem Qracktory dapat dikormesialkan ke stor-stor penyimpanan ataupun gudang-gudang kecil di serata Malaysia. KESIMPULAN Sistem QRacktory merupakan satu inovasi yang dapat membantu Unit Pembangunan dan Selenggara (UPS) Politeknik Seberang Perai (PSP) dalam menguruskan inventori barangan gantian dan peralatan di stor penyimpanan peralatan asrama Bestari 4. Dengan penghasilan sistem Qracktory, masalah pengurusan inventori barangan gantian dan masalah kerosakan serta kehilangan alatan-alatan tersebut dapat dikurangkan. Produk inovasi ini juga berpotensi digunapakai oleh asrama yang lain antaranya asrama PFI di Politeknik Seberang Perai. Sistem Qracktory berpotensi untuk dikormesialkan ke stor-stor penyimpanan ataupun gudang-gudang kecil di serata Malaysia. Secara keseluruhanya, objektif sistem QRacktory telah tercapai dengan penghasilan sistem Qractory ini dan ini merupakan satu sumbangan kepada peningkatan pengurusan di asrama Politeknik Seberang Perai. Secara kesimpulan, sistem QRacktory dapat membantu proses pengurusan inventori barangan gantian dan peralatan di stor penyimpanan peralatan asrama Bestari 4 menjadi lebih sistematik di samping dapat menyelesaikan masalah kerosakan dan kehilangan peralatan.
22 RUJUKAN Asfalela Amiruddin. (2002). Sistem inventori perkakasan sekolah: kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Kelang. Emery, P. (2005). Why records management. CMS Watch, Records management report. Retrieved April, 27. Mahmod, M. K. (2006). Sistem Pengurusan Inventori Dan Tempahan Bersepadu Berasaskan Web: Makmal Jabatan Pendidikan Sains Dan Matematik. Nur Nadira Othman. (2015). A study on inventory management at a manufacturing company. Kuantan. Piaw, C. (2013). Mastering Research Statistic. Malaysia. McGraw-Hill Education Sdn. Bhd. Salindri, Afriyudi & Kurniawan. (2019). Sistem informasi persediaaan berbasis Android dengan memanfaatkan Qr Code sebagai proses pengendalian inventory. Palembang. Wan Laila Wan Husain. (2011). Tahap Pengetahuan Guru Kemahiran Hidup Dalam Pengurusan Bengkel Di Sekolah Menengah Di Zon Skudai,Johor. Johor.
23 PEMBANGUNAN APLIKASI READER’S DELIGHT KE ARAH PENGUASAAN KURSUS LOGISTIK DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1 Danizah binti Che Din* 2 Nik Nor Azila binti Nik Zaid 3 Richard Raj a/l Danial 4 Martin John a/l John Nesa Raja 5 Rishi Ann a/p Bala Subramaniam 6 Nur Fajrina Anis binti Abdul Halim 7 Nur Mumtaz binti Mohamad Haniba *e-mel: [email protected] 1-7Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Reader’s Delight adalah aplikasi berbentuk e-glosari yang dibangunkan untuk memudahkan para pelajar khususnya untuk menguasai istilah dan terma- terma yang sukar difahami dalam kursus-kursus logistik. Aplikasi ini boleh diakses oleh pelajar dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai sistem Android dan IOS. Pembangunan Reader’s Delight ini tercetus apabila wujud permasalahan dalam kalangan pelajar untuk memahami istilah dan terma-terma yang terdapat dalam modul pembelajaran ketika proses pembelajaran. Oleh itu, objektif pembangunan aplikasi Reader’s Delight bertujuan untuk membantu meningkatkan pemahaman serta minat dan fokus pelajar untuk terus mendalami ilmu logistik melalui platform yang lebih menarik dan interaktif. Keunikan aplikasi ini adalah istilah-istilah yang diimbas akan diterangkan dalam bentuk Visual Reality (VR) atau Augmented Reality (AR). Idea penggunaan aplikasi VR dan AR di dalam inovasi ini adalah supaya menjadikan e-glosari ini lebih interaktif dan berbeza dengan aplikasi e-glosari yang sedia ada baik di atas talian, mahupun di pasaran. Ini kerana aplikasi yang sedia ada lebih memfokuskan kepada penerangan maksud sahaja berbanding visual. Hasil dapatan kajian yang diperolehi melalui borang soal selidik, mendapati pelajar lebih memahami serta teruja untuk terus menggunakan aplikasi ini dan ini secara tidak langsung menunjukkan pelajar bertambah minat untuk mempelajari kursus logistik. Di samping itu juga, mereka menunjukkan keterujaan untuk terus mendalami ilmu logistik kerana aplikasi ini berbentuk visual yang dipamerkan seakan nyata dan lebih mudah untuk difahami berbanding dengan kamus-kamus yang sedia ada. Secara kesimpulan, di harap pembangunan aplikasi ini dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi untuk dijadikan bahan alternatif yang boleh digunakan oleh semua pelajar dan pensyarah. Kata kunci: logistik, e-kamus, e-glosari PENGENALAN Mempelajari dan menguasai sesuatu ilmu pengetahuan ataupun kursus adalah lebih mudah sekiranya seseorang pelajar itu rajin membaca. Membaca merupakan salah satu aspek kepada literasi dan ia bukan merupakan satu proses yang mudah seperti mengenali watak dan menyebutnya dengan betul. Membaca memberi kesan kepada perkembangan intelektual dan emosi seseorang individu. Semakin banyak yang dibaca, semakin berkembang minda mereka serta peluang untuk mereka berjaya semakin tinggi (Baba & Affendi, 2020). Walau bagaimanapun, membaca tanpa memahami intipati serta maksud setiap perkataan yang terdapat di dalamnya akan menjadikan proses pembacaan itu hambar, bosan dan mengantuk. Keseronokan untuk mengikuti sesuatu kursus baru seperti kursus logistik dan bekalan rantaian misalnya bergantung kepada sikap seseorang individu tersebut ketika menimba ilmu terutamanya melalui pembacaan. Mereka yang mempunyai sikap positif terhadap pembacaan, akan sentiasa mencari lebih dari sebuah buku rujukan sekiranya ada yang tidak difahami. Malah mereka juga akan sering mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan lain bagi menambahkan lagi kefahaman terhadap sesuatu kursus. Namun, bagi mereka yang mempunyai sikap yang negatif, akan terus mengalah apabila berdepan dengan kesukaran atau cabaran menimba ilmu. Mereka ini juga hanya akan membaca dan menimba ilmu apabila dipaksa ataupun terpaksa sahaja.
24 Mereka sering mengelak dari berbincang dengan rakan-rakan tentang ketidakfahaman terhadap sesuatu kursus (Tunnel, Calder, Justen, & Phaup, 1991). Selain itu, reka bentuk buku-buku teks juga mempengaruhi para pelajar dalam menuntut ilmu. Buku- buku yang dipenuhi dengan tulisan yang halus serta ilustrasi yang tidak menarik di dalam buku tersebut membuatkan pelajar kurang berminat untuk membaca. Kajian yang dibuat oleh Torres (2010) ke atas sekumpulan pelajar mendapati pelajar lebih memahami pembacaan mereka sekiranya terdapat banyak gambar- gambar menarik, lirik lagu ataupun penceritaan yang menarik. Muis (2010) pula menambah, struktur teks di dalam buku juga memainkan peranan ke atas minat dan kefahaman pelajar terhadap pembacaan mereka. Pelajar mudah memahami pembacaan mereka sekiranya penulisan di dalam buku itu lebih ceria dan menggunakan bahasa yang mudah. Rajah 1 : Pelajar kelihatan bosan kerana tidak memahami pembacaannya Berdasarkan temu bual dengan Puan Rozihan Ahmad (2020) yang berjawatan sebagai pembantu perpustakaan di Politeknik Seberang Perai telah menerangkan tentang statistik penggunaan perpustakaan bagi bulan Februari 2020 sahaja, iaitu sebanyak 6,473 pelajar. Hasil dari temu bual dan pemerhatian itu terdapat statistik pinjaman buku bagi bulan Februari sebanyak 24 pelajar sahaja. Statistik ini menunjukkan 0.4% pelajar gemar untuk membaca buku manakala 99.6% pelajar tidak gemar untuk membaca. Antara sebab mereka tidak gemar membaca adalah kerana buku teks yang tidak menarik, teks yang terlalu panjang sehinggakan para pelajar berasa bosan dan mengantuk semasa membaca buku. PERNYATAAN MASALAH Ledakan e-kamus dan e-glosari di laman sesawang yang mudah dicapai oleh para pelajar sepatutnya memudahkan proses pembelajaran serta pemahaman mereka terhadap sesuatu kursus. Namun, pelajar masih lagi keliru kerana kebanyakan maksud yang diterangkan menggunakan bahasa yang tinggi, tidak selaras dan tidak user friendly. Menurut Torres, (2010), untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar apa yang mereka pelajari semasa membaca, para guru perlu menggunakan pendekatan motivasi intrinsik supaya dapat meningkatkan keinginan para pelajar untuk terus mempelajari kursus tersebut. Selain itu, Muis (2010), mengatakan bentuk teks dan juga ilustrasi (Torres, 2010) memainkan peranan penting terhadap kesukaran pelajar untuk memahami pembacaan mereka. Justeru itu, pengkaji mencadangkan Reader’s Delight satu inovasi yang dibangunkan sebagai sebuah aplikasi untuk menghuraikan beberapa istilah dan terma-terma logistik yang terdapat di dalam buku-buku teks kursus logistik sebagai satu bentuk kaedah motivasi untuk terus mempelajari kursus-logistik.
25 OBJEKTIF INOVASI Inovasi aplikasi e-glosari ini di bangunkan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para pelajar terutamanya pelajar-pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan terhadap terma dan istilah yang mereka temui semasa mempelajari kursus-kursus logistik. Objektif spesifik adalah seperti berikut: 1) Mengatasi masalah kesukaran memahami penggunaan terma dan istilah serta ayat yang digunakan di dalam kursus logistik. 2) Meningkatkan minat dan keterujaan para pelajar untuk mempelajari kursus-kursus logistik. CIRI-CIRI INOVASI Aplikasi yang berbentuk e-glosari ini dinamakan sebagai Reader’s Delight. Ia berbeza dari e-glosari atau e- kamus yang ada di pasaran mahupun di atas talian yang hanya menerangkan maksud dalam bentuk ayat. Keunikan atau kelainan aplikasi ini ialah pelajar hanya perlu mengimbas terma atau istilah yang tidak difahami menggunakan telefon bimbit mereka dan maksud dari terma atau istilah tersebut akan terpapar dalam bentuk visual atau video selain dari bunyi-bunyian yang wujud menjadikan seolah-olah seperti visual itu berada di alam nyata. Penggunaan gabungan perisian Visual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) di dalam aplikasi ini menjadikan e-glosari yang dibangunkan ini begitu interaktif dan menarik. Selain itu, aplikasi ini bukan sahaja mudah untuk di bawa ke mana sahaja tetapi juga senang untuk digunakan. Ini kerana para pelajar hanya perlu memuat naik aplikasi ini terlebih dahulu ke dalam telefon bimbit mereka sebelum digunakan. Paparan maksud setiap terma dan istilah yang diimbas melalui telefon bimbit itu akan terpancar terus ke skrin telefon bimbit mereka tanpa perlu mereka mencari di atas talian ataupun membaca lain-lain rujukan. Ini secara tidak langsung bukan sahaja mudah digunakan tetapi juga menjimatkan masa mereka untuk mencari maksud tersebut. PROSES PEMBANGUNAN APLIKASI Penghasilan Reader’s Delight diringkaskan seperti carta alir di Rajah 2 dan penerangan lanjut setiap langkah adalah seperi di bawah selepas carta alir ini. Proses 1 Pengumpulan terma dan istilah logistik yang sukar. Proses 2 Pengumpulan maksud setiap istiliah dan terma. Proses 3 Pengumpulan gambar dan video terhadap maksud terma dan istilah. Proses 4 Rakaman suara. Proses 5 Rekabentuk paparan maksud. Proses 6 Pembangunan output Ar dan VR. Rajah 2 : Carta alir menunjukkan proses pembangunan aplikasi.
26 A. Proses 1 – Pengumpulan terma dan istilah logistik yang sukar. Para pengkaji akan mengenal pasti dan mengambil gambar terma-terma dan istilah-istilah yang sukar mereka fahami yang terdapat di dalam buku-buku teks logistik dan juga di laman-laman sesawang logistik. Setiap istilah tersebut akan di ambil gambar seperti Rajah 4 di bawah. Rajah 3 : Istilah-istilah yang dikesan dengan mewarnakan perkataan tersebut Rajah 4 : Contoh gambar yang diambil ke atas istilah yang ditemui di dalam buku teks. Rajah 5 : Beberapa istilah yang diambil dari laman sesawang logistik. B. Proses 2 – Pengumpulan maksud setiap istilah dan terma. Mencari maksud yang tepat ke atas istilah-istilah dan terma-terma yang telah diambil untuk dimasukkan ke dalam aplikasi.
27 Rajah 6 : Beberapa maksud kepada istilah dan terma C. Proses 3 – Pengumpulan gambar dan video terhadap maksud terma dan istilah. Mencari visual-visual berbentuk gambar dan video yang bertepatan dengan maksud setiap terma dan istilah yang ada. Rajah 7: pencairan visual bagi menggambarkan setiap terma dan istilah Rajah 7 : Gambar visual yang digunakan di dalam aplikasi D. Proses 5 – Rakaman suara. Membuat rakaman suara dengan membaca maksud ke atas setiap istilah-istilah tersebut dengan jelas hanya ke atas terma dan istilah yang tidak mempunyai visual gambar ataupun video. Bagi yang istilah dan terma yang mempunyai gambar, hanya dimasukkan muzik latar sahaja. E. Langkah 5 – Rekabentuk paparan maksud. Mengumpul dan mengasingkan visual dan gambar-gambar istilah dan terma mengikut maksud. Bagi istilah dan terma yang tidak mempunyai maksud dalam bentuk visual sama ada gambar atau video, maksud tersebut akan dilakarkan menggunakan perisian Canvas (rujuk Rajah 8) supaya apabila dipamerkan kelihatan bukan sahaja interaktif tetapi menarik. Tujuannya adalah bagi mereka yang tidak jelas dengan sebutan yang keluar dari aplikasi tersebut boleh memahami maksud melalui paparan tulisan.
28 Rajah 8 : Antara aplikasi yang digunakan F. Proses 6: Pembangunan output AR dan VR. Menyusun dan menggabungkan setiap visual maksud ke atas setiap gambar terma atau istilah menggunakan perisian Unity Vuforia dan Visual Studio bagi menghasilkan interaktif output berbentuk AR dan VR sebelum dimuat naik ke dalam Apps Store bagi memudahkan pelajar memuat turun aplikasi tersebut. Aplikasi boleh dimuat turun menggunakan perisian sistem Android ataupun IOS. Rajah 9 : Perisian-perisian ini digunakan bagi menghasilkan output berbentuk AR dan VR. KEBERKESANAN INOVASI APLIKASI READER’DELIGHT Bagi menguji keberkesanan inovasi penghasilan aplikasi ini, Pengkaji telah melakukan kajian ke atas pemahaman dan minat pelajar terhadap kursus logistik. Kajian ini dilakukan menggunakan borang soal selidik yang diberikan ke atas 60 orang pelajar Program Diploma Logistik dan Bekalan Politeknik Seberang Perai. Kajian ini menggunakan pendekatan sebelum dan selepas, iaitu borang soal selidik diedarkan sebelum aplikasi ini diperkenalkan kepada para pelajar dan borang soal selidik yang sama diedarkan sekali kepada kumpulan pelajar yang sama selepas aplikasi ini digunakan oleh mereka. Sebanyak empat soalan yang sama telah diberikan di setiap fasa sebelum dan selepas bagi menguji pemahaman dan minat pelajar terhadap kursus logistik. Pada fasa selepas, diberi dua soalan tambahan menjadikan enam soalan. Soalan tersebut adalah untuk menguji penerimaan pelajar terhadap aplikasi tersebut. Hasil dapatan bagi setiap soalan dibincangkan seperti berikut.
29 Analisis Dapatan Kajian Sebelum Penggunaan Aplikasi Huraian terhadap terma dan istilah yang terdapat di dalam glosari buku-buku teks. Huraian Maksud Terma dan Istilah di Bahagian Glosari Buku Teks Sukar Difahami 1%5% 27% 67% Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Rajah 10: Carta pai menunjukkan respons pelajar terhadap glosari yang ada di dalam buku teks. Merujuk kepada Rajah 10 di atas, 67% pelajar sangat bersetuju bahawa glosari yang di dalam buku teks untuk menerang maksud istilah dan terma-terma tertentu di dalam buku teks tidak membantu mereka kerana sukar memahami penerangan yang diberikan. Hanya satu peratus dan tiga peratus pelajar yang sangat tidak bersetuju dan tidak setuju terhadap kenyataan tersebut. Huraian maksud terma dan istilah melalui e-glosari atau e-kamus di laman sesawang. Huraian di E-Glosari dan E-Kamus di Internet Kurang Jelas 2%3% 15% 80% Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Setuju Sangat Setuju Rajah 11: Carta pai menunjukkan respons pelajar terhadap kurang memahami penerangan maksud yang ditemui di Internet. Merujuk kepada Rajah 11 berkaitan maksud ke atas terma dan istilah logistik yang ditemui hasil carian melalui e-glosari dan e-kamus atas talian, mendapati 80% pelajar sangat bersetuju dan 20% lagi pelajar bersetuju mengatakan
30 bahawa maksud yang diterangkan masih kurang jelas. Hanya dua peratus pelajar yang sangat tidak bersetuju bahawa penerangan di dalam e-glosari atau e-kamus yang ditemui di atas talian kurang jelas. Penerangan istilah dan terma melalui teks yang panjang. Teks Penerangan Maksud Terhadap Istilah dan Terma Panjang dan Membosankan 10% 0% 90% Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Rajah 12: Carta pai menunjukkan respons pelajar terhadap teks penerangan maksud istilah dan terma di dalam Kursus Logistik Rajah 12 menunjukkan respons yang diberikan oleh pelajar berkaitan teks penerangan maksud istilah atau terma di dalam buku teks kursus logistik yang panjang dan membosankan. 90% daripada responden pelajar sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan 10% lagi bersetuju. Secara tidak langsung boleh dirumuskan bahawa kesemua responden pelajar bersetuju bahawa teks penerangan yang panjang yang terdapat di dalam buku teks membosankan sehingga mengurangkan minat mereka untuk mendalami ilmu yang ada di dalam buku tersebut. Huraian melalui visual gambar. Penggunaan Gambar Sebagai Penerangan Meningkatkan Kefahaman Terhadap Kursus Logistik 13% 20%% 85% Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
31 Rajah 13: Carta pai menunjukkan respons pelajar terhadap penggunaan gambar sebagai penerangan maksud istilah dan terma di dalam Kursus Logistik Berdasarkan Rajah 13 berkaitan kenyataan menggunakan visual gambar di dalam buku teks ketika menerangkan maksud terma dan istilah-istilah logistik meningkatkan kefahaman serta minat pelajar terhadap kursus tersebut, 85% pelajar sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Hanya dua peratus pelajar sahaja yang tidak bersetuju. Ini kerana gambar-gambar dapat meningkatkan imaginasi mereka terhadap sesuatu maksud yang hendak disampaikan melalui pembacaan mereka. Analisis Dapatan Kajian Selepas Penggunaan Aplikasi Selepas seminggu aplikasi ini diperkenalkan kepada para pelajar Program Diploma Logistik dan Bekalan Rantaian, borang soal selidik yang dengan penambahan dua soalan berkaitan aplikasi telah diedarkan semula kepada kumpulan pelajar yang sama. Huraian terhadap terma dan istilah yang terdapat di dalam glosari buku-buku teks. Huraian Maksud Terma dan Istilah di Bahagian Glosari Buku Teks Sukar Difahami 15% 3%0% 82% Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Rajah 14: Carta pai menunjukkan respons pelajar huraian maksud istilah dan terma selepas menggunakan. Aplikasi Berdasarkan Rajah 14, majoriti masing-masing 82% dan 15% daripada responden pelajar yang sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan kenyataan iaitu huraian maksud terma dan istilah di bahagian glosari buku teks sukar difahami selepas menggunakan aplikasi Reader’s Delight. Hanya tiga peratus sahaja pelajar yang setuju dengan kenyataan tersebut. Ini kemungkinan beliau tidak menggunakan dengan betul seperti imbasan tidak ke atas perkataan yang sepatutnya.
32 Huraian maksud terma dan istilah melalui e-glosari atau e-kamus di laman sesawang. Huraian di E-Glosari dan E-Kamus di Internet Kurang Jelas 8% 2% 12% 78% Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Setuju Sangat Setuju Rajah 15: Carta pai menunjukkan respons pelajar terhadap huraian maksud di Internet selepas menggunakan aplikasi Rajah 15 menerangkan tentang respons pelajar-pelajar terhadap kenyataan pencarian maksud terma dan istilah menggunakan e-glosari dan e-kamus di laman sesawang. 90% daripada keseluruhan responden tidak setuju apabila dikatakan huraian di e-glosari atau e-kamus di laman sesawang kurang jelas selepas menggunakan aplikasi Reader’s Delight. Ini kerana, aplikasi juga mampu memberi gambaran maksud lebih jelas tanpa perlu pelajar membuka lain-lain e-glosari di laman sesawang. Penerangan istilah dan terma melalui teks yang panjang. Teks Penerangan Maksud Terhadap Istilah dan Terma Panjang dan Membosankan 2% 8% 14% 76% Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Rajah 16: Carta pai menunjukkan respons pelajar terhadap teks penerangan selepas menggunakan aplikasi Merujuk Rajah 16, majoriti pelajar iaitu 90% daripada responden tidak setuju dengan kenyataan bahawa teks penerangan maksud terlalu panjang dan bosan. Ini kerana penerangan melalui aplikasi ini dipaparkan dalam bentuk yang interaktif seperti berwarna-warni dan mempunyai suara. Pelajar mudah memahami sesuatu maksud sekiranya diterangkan secara interaktif dan menarik.
33 Huraian melalui visual gambar. Penggunaan Gambar Sebagai Penerangan Meningkatkan Kefahaman Terhadap Kursus Logistik 10% 0% 90% Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Rajah 17: Carta pai menunjukkan respons pelajar terhadap penggunaan visual selepas menggunakan aplikasi Kenyataan berkaitan penggunaan visual dapat meningkatkan kefahaman pelajar, majoriti responden pelajar iaitu 90% daripada mereka bersetuju dengan kenyataan tersebut. Rajah 17, meringkaskan hasil dapatan daripada kenyataan tersebut. Penerangan melalui aplikasi ini dalam bentuk visual AR dan VR ini membantu pelajar untuk lebih memahami kursus logistik ini. Penggunaan Reader’s Delight. Reader's Delight Mudah Digunakan - User Friendly 10% 10%% 89% Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Rajah 18: Carta pai menunjukkan respons pelajar selepas penggunaan aplikasi Rajah 18 pula menjelaskan kenyataan berkaitan kemudahan dari segi mesra rakan ketika menggunakan aplikasi Reader’s Delight ini. Majoriti responden iaitu 99% daripada mereka bersetuju bahawa aplikasi ini mudah digunakan dan mesra rakan. Mereka hanya perlu imbas setiap perkataan yang kurang jelas tidak kira sama ada di dalam buku, nota ataupun di laman sesawang.
34 Keterujaan menggunakan aplikasi Reader’s Delight. Aplikasi membuatkan saya teruja untuk sentiasa menggunakannya 10% 0% 90% Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Rajah 19: Carta pai menunjukkan respons pelajar terhadap kefahaman maksud terma dan istilah selepas menggunakan aplikasi Berdasarkan Rajah 19 berkaitan keterujaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi Reader’s Delight. Hampir kesemua (90%) responden mengaku teruja untuk terus menggunakan aplikasi ini. Visual menggunakan teknologi AR dan VR ini menjadikan seolah-olah pelajar sedang belajar sambil bermain. Kaedah ini memudahkan ilmu yang sedang dipelajari dapat difahami. KOS PENGHASILAN PROJEK Memandangkan penghasilan aplikasi ini menggunakan perisian-perisian berstatus Open Source. Perisian- perisian ini adalalah percuma. Justeru itu, pembangunan aplikasi Reader’s Delight ini adalah secara percuma. Kos penggunaan ditanggung oleh pengguna kerana mereka perlu mempunyai telefon bimbit pintar serta data internet untuk memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon mereka sebelum digunakan. IMPAK PRODUK Inovasi produk Reader’s Delight diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Pemahaman Pelajar Pensyarah tidak perlu menerangkan secara khusus sesuatu terma atau istilah-istilah logistik kerana penerangan melalui visual yang diperolehi melalui aplikasi Reader’s Delight lebih meningkatkan pemahaman pelajar terhadap maksud istilah tersebut. Pelajar hanya perlu imbas perkataan tersebut sama ada di nota pensyarah, buku ataupun di laman sesawang dan paparan maksud akan terpapar di skrin telefon bimbit mereka. 2. Impak Produk Terhadap Minat Pelajar Penggunaan aplikasi Reader’s Delight ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap kursus logistik. Ini kerana visual yang tertera di paparan skrin menjadikan kursus logistik adalah satu kursus yang mudah difahami kerana maklumat berada dihujung jari. Kemudahan sedemikian mudah menarik minat para pelajar untuk terus mempelajari kursus logistik ini. 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Keberkesanan penggunaan aplikasi dapat dilihat dari segi memudahkan banyak pihak seperti dari pihak pensyarah mahupun pelajar. Hal ini kerana produk inovasi ini sangat mudah dibawa dan mudah untuk
35 dikendalikan di mana jua. Seterusnya, produk inovasi Reader’s Delight ini sangat membantu sistem pembelajaran di dalam kelas apabila pensyarah atau pelajar kurang memahami sesuatu perkataan atau maksud dengan menggunakan aplikasi ini sebagai bahan rujukan. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Matriks SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah jadual matriks yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan/Peluang Aplikasi Reader's Delight membantu para pelajar untuk memahami terma-terma dengan lebih mudah dalam subjek berkaitan bidang Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. Hal ini sekaligus akan menarik minat para pelajar untuk membaca B. Kekuatan/Ancaman Aplikasi ini hanya dapat digunakan dengan sokongan internet sahaja. Kesannya, ia akan menghadkan penggunaan bagi pelajar yang mengalami masalah dengan internet C. Kelemahan/Peluang Aplikasi ini boleh diimplementasikan di IPTA/IPTS di seluruh Malaysia yang mempunyai bidang Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. D. Kelemahan/Ancaman Banyak lagi aplikasi seperti Reader's Delight akan dicipta oleh pesaing. Oleh itu aplikasi Reader's Delight akan kurang dikenali dan tidak digemari sekiranya aplikasi lebih menarik KESIMPULAN Masalah yang terjadi dalam kalangan pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan adalah kesukaran memahami terma-terma serta istilah dan maksud ayat logistik yang digunakan dalam buku teks dan juga laman sesawang yang berkaitan. Hal ini telah menyebabkan pelajar kurang berminat untuk membaca dan mendalaminya. Oleh itu, pengkaji telah menghasilkan satu inovasi yang dinamakan Reader’s Delight yang berbentuk e-glosari dengan memaparkan maklumat dalam bentuk yang lebih menarik dan mudah untuk digunakan oleh pelajar. Inovasi Reader’s Delight memberi impak yang positif kepada para pelajar, pensyarah dan juga pengguna lain bukan sahaja memahami maksud terma dan istilah logistik yang ditemui malah memperoleh bayangan dalam bentuk visual-visual AR dan VR. Paparan maksud setiap terma dan istilah dalam bentuk yang lebih menarik serta mudah dicapai meningkatkan lagi minat serta pemahaman pelajar terhadap kursus ini. Mereka tidak perlu gusar sekiranya tidak memahami isi pembacaan mereka kerana Reader’s Delight ada untuk membantu. RUJUKAN Baba, J., & Affendi, F. (2020, April 27). Reading habit and students' attitudes towards reading: A study of students in the Faculty Uitm Puncak Alam. Asian Journal of University Education (AJUE), 16(1), 109- 122. Torres, K. (2010). Factors that influence students' motivation to read across grade levels. Education Masters(3), 1-51. Tunnel, M., Calder, J., Justen, J., & Phaup, E. (1991). Attitudes of young readers. Reading Improvement, 28, 237-243. Muis, K. (2010, April). Reader and text factors in reading comprehension. Journal of Research in Reading, 34(4), 365-383.
36 INOVASI TRASH FILTER DALAM MELESTARIKAN GREEN LOGISTIC DI KAMPUS MADANI POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1Hasnieza binti Mokhtar* 2Khairul Bariyah binti Othman 3Tavinkumar a/l Ramesh 4Nordiana Elyana binti Kasim 5Nurul Asyikin binti Ahmad Shukri 6Nurul Amira Zakira binti Mohd Noor Azizi *email: [email protected] 1-6Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang sering dihadapi oleh komuniti masyarakat pada masa kini. Situasi ini bukan sahaja dihadapi oleh masyarakat setempat, malah dihadapi oleh Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan kolej kediaman kepada pelajar. Kolej kediaman Madani Politeknik Seberang Perai (PSP) antara kediaman pelajar yang dihuni oleh bilangan pelajar yang ramai mencecah sehingga 1200 orang. Masalah air sampah yang kotor dari bahan pepejal yang mengalir daripada tong sampah dan memenuhi lantai koridor sering mengundang bau busuk. Hal ini turut menjadi beban kepada pekerja pembersihan. Berdasarkan pemasalahan tersebut, kertas kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai dua objektif yang telah ditetapkan. Objektif pertama adalah mengenalpasti punca masalah sisa air pepejal di kolej kediaman Madani. Objektif kedua pula adalah untuk menghasilkan alat penapis takungan air sampah yang diinovasikan daripada bekas tong sampah yang sedia ada. Kaedah temubual telah dijalankan bagi mendapatkan data punca masalah berlaku. Manakala analisis SWOT (strenghts, weaknesses, opportunies, threats) digunakan bagi menganalisi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman produk inovasi yang telah dihasilkan dan digunakan oleh pihak pembersihan. Inovasi trash filter yang dihasilkan mempunyai elemen tambahan seperti paip air kepada tong sampah yang sedia ada, beroda dan memberi impak yang lebih komprehensif kepada inovasi ini. Dapatan kajian menunjukkan produk inovasi trash filter yang dihasilkan memberi kesan positif kepada pekerja pembersihan dari segi penjimatan masa, pengurusan masalah air sampah bocor dan mengurangkan masalah pencemaran bau. Secara kesimpulannya, produk inovasi ini mampu mengurangkan beban pekerja pembersihan dan menyumbang kepada pengamalan kelestarian green logistic di dalam PSP. Produk trash filter juga mempunyai nilai komersial dan boleh dikaji oleh pengkaji akan datang tentang penggunaannya di jabatan-jabatan akademik dan bangunan pentadbiran di dalam Politeknik Seberang Perai. Kata kunci: sisa pepejal, kolej kediaman, green logsitic, inovasi PENGENALAN Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna. Sisa pepejal yang tidak diurus dengan sistematik dan teratur akan mengundang masalah pencemaran bau dan mengundang penyakit berjangkit. Pengurusan sisa pepejal ini merupakan satu isu global yang bukan sahaja dihadapi di Malaysia malah diseluruh negara di dunia. Pertambahan bilangan penduduk dunia, peningkatan taraf sosioekonomi, perubahan gaya hidup (life style) dan diikuti oleh peningkatan bahan buangan domestik merupakan antara faktor utama dalam isu ini. Selain itu, faktor gaya hidup dan tingkah laku manusia juga antara penyumbang kepada masalah pengurusan sampah dalam komuniti hari ni (Hasnah Ali, Doly Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim, Sarifah Yaacob, 2012). Dalam membudayakan sikap mementingkan kebersihan, pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan, komuniti mahupun sektor pendidikan dalam memberi kesedaran dan meningkatkan sikap bertanggungjawab.
37 Setiap tahun, kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta ringgit untuk melaksanakan aktiviti dan program kitar semula, kempen serta pengurusan sisa pepejal kepada semua masyarakat. Pelbagai jalan penyelesaian yang terbaik telah diusahakan secara bertungkus lumus oleh semua negara termasuk Malaysia dan negara dunia yang lain. Salah satu langkah adalah dengan mengetahui jenis dan jumlah komposisi sisa yang dihasilkan terlebih dahulu. Seterusnya mencari langkah mengatasi pengurusan sisa pepejal tersebut. Antara langkah terbaik dan mudah diamalkan di seluruh dunia adalah menggunakan cara kitar semula (Rosmidzatul Azila Mat Yamin, 2015) dengan konsep 3R iaitu pengurangan (Reduce), guna semula (Reuse) dan kitar semula (Recyle). PERNYATAAN MASALAH Politeknik Seberang Perai adalah institusi yang mempunyai bilangan pelajar mencecah sehingga 5000 orang. Bagi menampung bilangan pelajar yang ramai, kolej kediaman disediakan bagi menempatkan pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk memohon. Sebanyak 11 buah bangunan asrama telah disediakan dengan pelbagai kemudahan dan infrastuktur. Kolej kediaman Madani adalah antara kolej kediaman yang mempunyai bilangan penghuni yang ramai iaitu mencecah sehingga 1200 orang. Dengan bilangan penghuni yang ramai, pihak pengurusan pembersihan sering menghadapi masalah pengurusan sisa pepejal iaitu sampah-sampah penghuni asrama yang tidak diurus dengan teratur. Menurut Chong Ooi Min dan Mohamad Tahir Mapa (2019), fenomena pencemaran dan pembuangan sampah-sarap di telah menjadi satu cabaran yang sangat besar kepada pihak-pihak berkuasa dan yang terlibat dengan pembersihan. Hasil temubual bersama seorang pekerja pembersihan asrama iaitu Puan Sabariah, di antara masalah mereka ialah menguruskan sisa pepejal di asrama Madani di mana tong sampah sering dipenuhi dengan sampah-sampah berair daripada sisa makanan, bekas mee segera dan bungkusan air. Rajah 1: Sampah sarap di kawasan pembuangan sampah asrama Madani Selain itu, menurut Puan Sabariah juga, pada hujung minggu tong sampah akan dipenuhi dengan sampah sehingga melimpah keluar. Hal ini kerana pihak pembersihan bercuti dan sampah akan diuruskan pada hari Isnin. Air sampah yang kotor dan berbau akan memenuhi koridor dan mengundang bau yang tidak enak dan dipenuhi lalat dan semut (Rajah 2). Apabila pekerja pembersihan memulakan kerja pada hari Isnin, ia akan menyukarkan kerja-kerja pembersihan untuk mengangkat sampah-sampah dari tingkat atas turun ke bawah. Hal ini ditambah pula dengan keadaan sampah-sampah itu berair dan busuk. Sampah-sampah yang berair itu akan menyebabkan air sampah yang busuk meleleh di laluan koridor dan di tangga. Pengurusan sampah ini sering berlaku setiap minggu dan menjadi beban kepada pekerja pembersihan dan situasi yang sering mengganggu pelajar asrama.
38 Rajah 2: Air sampah busuk mengalir dari tong sampah Berdasarkan situasi dalam rajah 1 dan 2, kesannya daripada situasi ini akan menyebabkan kawasan tersebut menjadi kotor dan pekerja perlu mencuci semula dengan membasuh lantai-lantai di laluan koridor dan tangga. Selain itu, situasi lantai yang licin akibat air sampah yang mengalir ini akan mengundang kecederaan kepada pelajar jika tidak diurus dengan segera. Walaupun beberapa program kesedaran telah dijalankan, ia masih memerlukan peralatan dan insfrastuk bekas sampah yang efisien bagi menampung jumlah sampah dan air mengalir. Justeru, kajian ini dilakukan adalah untuk menyelesaikan isu air sampah yang mengalir dari tong sampah di asrama Madani. Produk inovasi trash filter yang dihasilkan akan memberi fokus kepada langkah-langkah yang dapat mengekang dan menjadi penapis air sampah busuk terhasil daripada sampah sarap tersebut. Proses pembangunan produk akan melalui beberapa fasa penyelidikan dan pemurnian agar produk inovasi yang terhasil dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. OBJEKTIF INOVASI 1) Mengenal pasti masalah punca masalah sisa air pepejal sama yang mengalir dari tong sampah di kolej kediaman Madani. 2) Menghasilkan trash filter iaitu tong sampah penapis air sisa sampah yang lebih komprehensif bagi menangangi air sampah mengalir. CIRI-CIRI INOVASI Trash filter adalah produk inovasi yang dihasilkan bagi menyelesaikan masalah takungan air sampah yang mengalir di asrama Madani. Pemilihan produk ini dipilih berdasarkan pemerhatian pengkaji tentang isu air sampah busuk dan beban kerja yang dihadapi oleh pekerja pembersihan. Trash filter juga dihasilkan bertujuan membantu kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sampah yang berair dengan lebih bersih dan efisyen. Produk ini diinovasikan daripada tong sampah biasa kepada tong sampah yang lebih efisyen dan mempunyai fungsi yang lebih baik. Selain itu, trash filter ini mempunyai beberapa kelebihan seperti dapat menapis air-air sampah yang busuk daripada tong sampah ke dalam bekas takungan. Seterusnya, air yang diasingkan itu akan mengalir terus ke dalam longkang melalui paip yang disambungkan di bawah bekas takungan tersebut. Trash filter ini juga berkonsepkan tong sampah mudah alih. Tong sampah ini dilengkapkan lagi dengan roda di bawahnya adalah bertujuan supaya mudah untuk mengalihkan tong sampah tersebut untuk diletakkan di mana-mana sahaja. Di bahagian bawah tong sampah ini dilekatkan satu bekas takungan air sebagai tempat untuk menakung air yang ditapis daripada tong sampah tersebut. Trash filter ini direka mengikut kesesuaian persekitaran di kamsis PSP. Produk inovasi ini adalah untuk memudahkan pekerja pembersihan agar tidak perlu membuat kerja berulang kali kerana sebelum ini pekerja pembersihan harus mencuci lantai sekiranya terdapat air sampah yang menitik di lantai.
39 CARA APLIKASI A. Proses 1 : Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan trash filter. Proses 1 melibatkan penyediaan tong sampah, paip, roda dan lain-lain barang yang diperlukan untuk membangunkan trash filter. Rajah 3: Proses awal penyediaan rak B. Proses 2 : Mencantum besi-besi rak mengikut tingkat-tingkat yang telah ditetapkan Proses 2 melibatkan proses menebuk lubang di bahagian bawah tong sampah untuk diletakkan penapis sinki tersebut. Rajah 4: Proses memasang getah pelindung kaki C. Proses 3 : Menebuk lubang penyambung paip. Proses seterusnya adalah melibatkan kerja-kerja menebuk lubang pada bekas tapisan air untuk menyambungkan paip mesin basuh di bahagian bawah.
40 Rajah 5: Proses menebuk lubang paip D. Proses 4 : Mencantum bahagian paip Langkah seterusnya adalah mencantumkan paip mesin basuh tersebut di bahagian bawah bekas tapisan air supaya air sampah dapat mengalir keluar. Rajah 6: Mencantum paip air dengan tong sampah E. Proses 5: Memurnikan produk Proses terakhir bagi menjayakan produk inovasi trash filter ialah membuat pengemasan pada tong sampah untuk memastikan tiada bahagian yang bocor atau tidak kemas. GAMBAR RAJAH INOVASI Bahagian ini menunjukkan gambar rajah terakhir produk inovasi yang telah dihasilkan. Produk ini menjalani proses pemurnian dua (2) peringkat. Peringkat pertama melibatkan penghasilan awal trash filter mengikut perancangan ahli kumpulan berdasarkan lakaran reka bentuk yang telah diputuskan. Bahan-bahan seperti paip tong sampah biasa, hose washing machine, penapis sinki dan lain-lain digunakan dalam proses peringkat pertama ini. Manakala penambahbaikan trash filter dilakukan pada peringkat pemurnian kedua dari segi
41 menambah bekas takungan air dan juga penapis air sampah di bahagian bawah tong sampah tersebut. Penambahan ini dilakukan untuk memastikan air-air sampah itu dapat ditapis dan di asingkan daripada sampah. Kemudian, trash filter ini mempunyai hose washing machine yang disambungkan di bahagian bawah bekas takungan untuk tujuan air sampah itu dapat mengalir keluar ke dalam longkang. Selain itu roda dipasang di bahagian bawah trash filter untuk memudahkan proses mengalihkan trash filter dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Rajah 7: Penambahbaikan dilakukan dengan memasang roda pada trash filter Setelah beberapa peringkat pemurnian dilakukan, trash filter telah berjaya disiapkan mengikut standard penggunaan yang diperlukan oleh pekerja-pekerja pembersihan. Produk inovasi ini telah di cuba guna oleh pekerja-pekerja pembersihan di asrama Madani dan mendapat maklum balas yang positif. Rajah 8: Gambar rajah trash filter yang telah disiap dihasilkan
42 IMPAK PRODUK Impak produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari produk yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan. 1. Impak Produk Terhadap Kos Kos penghasilan produk inovasi trash filter ini hanya memerlukan kos yang rendah kerana bahan pembinaan terdiri daripada bahan yang murah dan mudah didapati di kedai perkakasan seperti paip mesin basuh dan penapis sinki. Penggunaan trash filter ini secara tidak langsung memberi impak pengurangan kos upah dan pembelian barang pembersihan yang tinggi yang perlu ditanggung oleh kontraktor pembersihan. 2. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan trash filter ini telah membantu ke arah penjimatan masa. Ini kerana masa untuk menguruskan sampah dan air sampah yang mengalir berbanding telah berkurang sebelum menggunakan produk inovasi trash filter ini. Dengan menggunakan produk inovasi ini ia telah memudahkan kerja pekerja pembersihan untuk menguruskan sampah yang hendak dibuang. Masalah pengiraan penjimatan masa berdasarkan pemerhatian pengkaji adalah seperti jadual 1 di bawah. Jadual 1: Impak Produk Terhadap Masa BUTIRAN SEBELUM SELEPAS 5 minit Masa pengendalian 10 minit - Masa pembersihan 3 minit 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan produk dapat dilihat dari segi memudahkan banyak pihak seperti dari pihak pekerja pembersihan mahupun pelajar. Hal ini kerana produk inovasi ini sangat mudah untuk dikendalikan pada setiap masa. Seterusnya, produk inovasi trash filter ini sangat membantu contohnya, air sampah yang bertakung di dalam tong sampah dapat ditapis dan diasingkan daripada sampah-sampah di dalam tong sampah. Trash filter ini dihasilkan daripada inovasi yang dilakukan dengan menggunakan penapis sisa makanan di sinki atau dipanggil steel basket sink. Penapis sisa makanan itu diletakkan di bawah bahagian tong sampah supaya air yang bertakung tersebut masuk ke bawah bahagian tong sampah. Kemudian, air-air yang busuk akan bertakung di bekas bahagian bawah tong sampah setelah diasingkan. Jadual 2: Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk ASPEK SEBELUM SELEPAS Kebersihan Memuaskan Amat baik Jaminan keselamatan Berisiko Lebih selamat
43 Jadual 3 di bawah menunjukkan maklum balas temu bual bersama pekerja pembersihan. Beberapa soalan diajukan bagi mendapatkan respons mereka setelah produk trash filter digunakan. Jadual 3: Maklum balas temu duga bersama pekerja pembersihan BIL Item Peratusan 1. Adakah kerja-kerja pembersihan ini mengambil masa yang lama? Setuju 95% 2. Sepanjang menguruskan pembuangan sampah, adakah sukar untuk membawa 100% sampah-sampah ke tempat pembuangan sampah? 3. Adakah hujung minggu adalah waktu kemuncak bagi pelajar untuk membuang sampah sehingga penuh dan melimpah keluar dari tong sampah? 100% 4. Adakah perlu membuat kerja-kerja pembersihan ini berulang kali akibat daripada air 100% sampah yang mengalir di lantai koridor? 100% 100% 5. Adakah dengan wujudnya Trash Filter yang telah diinovasikan dapat memudahkan kerja pembersihan? 6. Adakah Trash Filter ini dapat mengatasi masalah air sampah yang mengalir di lantai koridor? CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Bahagian ini membincangkan mengenai analisis keseluruhan projek berdasarkan kepada analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang) bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Analisis ini berperanan mengenal pasti tanda aras dalam menambahbaikkan strategi produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat (Chua Yan Piaw, 2012). Selain itu bahagian ini juga merangkumi kesimpulan keseluruhan penghasilan produk Trash Filter berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Berikut merupakan jadual analisis SWOT yang menjelaskan kesimpulan keseluruhan projek. A. Kekuatan 1. Trash Filter dapat menjimatkan masa pekerja pembersihan ketika melakukan kerja-kerja mencuci. 2. Trash Filter boleh mengelak berlakunya pencemaran sisa sampah 3. Trash Filter yang dihasilkan dapat membantu secara total masalah air sampah yang bertakung di bawah ruangan tong sampah 4. Trash Filter juga mampu membendung masalah dari pencemaran bau yang selalu terjadi akibat pembuangan sampah yang tidak teratur B. Kelemahan 1. Wujud persaingan dari pihak lain, yang akan mengeluarkan produk seperti ini dengan tawaran harga yang lebih murah. 2. Pesaing juga akan menggunakan bahan yang lebih berkualiti dan berteknologi di bahagian penapis sisa iaitu di bawah ruang tong sampah. C. Peluang 1. Peningkatan pembelian secara atas talian 2. Peningkatan dalam permintaan penggunaan di peringkat antarabangsa D. Ancaman 1. Mempunyai ramai pesaing 2. Kerugian disebabkan harga daripada pihak pesaing jauh lebih rendah dan murah 3. Penciptaan produk seperti Trash Filter oleh pesaing mengandungi elemen inovasi yang tinggi
44 Berdasarkan analisis SWOT di atas, Trash Filter ini direkacipta bagi membantu kerja-kerja pembersihan dalam menguruskan sisa pepejal dan sampah sarap yang ada di dalam tong sampah bagi mengelakkan masalah pencemaran bau di sekitar kawasan blok Asrama. Selain itu, Trash Filter juga mempunyai saluran paip yang akan mengalirkan air sampah untuk keluar terus masuk ke dalam saluran longkang yang berdekatan. Kajian awal yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa pihak pembersihan tidak dapat menguruskan kebersihan sampah di sekitar blok asrama dan ia menyebabkan timbulnya pencemaran bau dan sisa sampah yang tidak terurus. Dengan ini, pihak pengkaji telah mewujudkan Trash Filter untuk memastikan kerja-kerja pembersihan terutama penggunaan tong sampah dapat digunakan dengan baik dan tidak berlaku pencemaran. Trash Filter ini mudah dikendalikan kerana mempunyai roda di bahagian bawah. Roda ini akan mengurangkan beban pekerja pembersihan untuk menguruskan dan menggerakkan tong dari satu tempat ke satu tempat. Selain itu, Trash Filter juga mempunyai saluran paip yang akan mengalirkan terus air sampah dan sisa pepejal ke dalam longkang dan saluran yang disediakan. Selain itu, Trash Filter ini juga mempunyai kelemahan yang perlu di atasi. Trash Filter ini menggunakan tong sampah yang boleh di dapati di dalam pasaran. Kandungan sampah yang penuh dan banyak mengakibatkan pekerja pembersihan tidak mampu untuk mengangkat dari satu tempat ke satu tempat. Sampah akan jatuh dan akan mengotorkan kawasan di sekitar tong sampah itu berada. Pihak pengkaji telah menyelesaikan perkara tersebut dengan meletakkan roda dan pelapik yang diperbuat daripada besi yang kukuh dan tebal bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan. Rak yang dihasilkan ini juga mempunyai nilai komersial untuk dihasilkan lagi dan ditawarkan kepada pihak pengurusan pembersihan di bahagian jabatan lain. Seterusnya produk ini boleh dikomersialkan di dalam premis peruncit yang menguruskan jualan produk pengendalian pembersihan sisa sampah dan kedai barang penyelenggaraan dan pealatan plastik besi. KESIMPULAN Produk inovasi trash filter yang dihasilkan telah berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Produk ini mampu menyelesaikan pemasalah kajian yang telah dikenal pasti di awal kajian ini dilakukan. Trash filter telah direka bentuk berdasarkan pemerhatian dan maklum balas pekerja pembersihan bagi menyelesaikan isu air sampah yang mengalir di koridor lantai asrama Madani yang telah mengundang bau busuk dan mengundang kecederaan kerana lantai basah. Ia juga mempunyai beberapa kelebihan dan berkesan membantu kerja pembersihan dan menjimatkan masa dalam proses pembersihan dan juga harga yang berpatutan untuk dihasilkan. Trash filter juga mempunyai nilai untuk dikomersialkan kerana reka bentuknya yang efisien dalam menampung air sampah yang mengalir dan sesuai digunakan sama ada di asrama, di pejabat mahupun di rumah kediaman. Selain itu, produk ini merupakan sumbangan khidmat masyarakat pelajar-pelajar Business Project dalam usaha pengurusan logistik di asrama Madani di samping membudayakan green logistic secara tidak langsung dalam kawasan asrama Politeknik Seberang Perai. RUJUKAN Chua Yan Piaw (2012). Mastering research methods. (1st ed.). McGraw-Hill Education Asia. Chong Oi Min, Mohammad Tahir Mapa, (2019). Journal of Advanced Research in Social and Sciences Journal homepage: www.akademiabaru.com/arsbs.html ISSN: 2462-1951 Hasnah Ali, Doly Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim, Sarifah Yaacob, (2012). Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti:Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space. Rafia Afroz, Muhammad Mehedi Masud, (2010). Using a contingent valuation approach for improved solid waste management facility: Evidence from Kuala Lumpur, Malaysia. Journal of Waste Management. Department of Economics, Faculty of Economics and Management Science, International Islamic University Malaysia. Rosmidzatul Azila Mat Yamin, (2015). Kitar semula utusan Online, Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia.
45 PEMBANGUNAN SISTEM POLYwagen DALAM PENGURUSAN PERKHIDMATAN KERETA SEWA DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1 Zuhairah binti Abdul Hadi * 2 Purani a/p Muniandy 3 Thean Moly a/p Mandharan 4Nurul Ain binti Ahmad Zafir 5Siti Syakirin binti Ahmad Jalaluddin 6 Muhammad Aziman Rajaie bin Rohim *e-mel: [email protected] 1-6Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Sejak kebelakangan ini, perkhidmatan kereta sewa menjadi satu bentuk industri perkhidmatan yang kian rancak berkembang berikutan sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan daripada masyarakat dalam negara. Revolusi kemajuan teknologi yang sangat drastik telah secara tidak langsung mempengaruhi kelangsungan industri perkhidmatan, khususnya kereta sewa. Melihat kepada situasi masa kini, tempahan kereta sewa secara manual dan konvensional sudah ketinggalan dan kurang berkesan bukan sahaja kepada proses tempahan oleh pengguna tetapi juga kepada proses pengurusan kereta sewa oleh pemilik perniagaan. Kondisi ini menjadi motivasi kepada pengkaji untuk menghasilkan satu sistem pengurusan kereta sewa dengan ciri-ciri inovasi berteknologi yang dinamakan sebagai sistem POLYwagen bagi menggantikan sistem pengurusan tempahan kereta sewa secara manual di Politeknik Seberang Perai. Oleh itu, objektif penghasilan aplikasi ini adalah untuk (1) menyediakan platform tempahan kereta sewa yang lebih sistematik kepada pelajar, dan (2) meningkatkan keberkesanan pengurusan perkhidmatan kereta sewa oleh pemilik perniagaan. Keunikan sistem POLYwagen ini adalah pengguna dapat merancang pemanduan kereta sewa mengikut keperluan sendiri. Di antara platform yang digunakan bagi membangunkan sistem ini adalah Unity, Godot Engine, Android Studio, Flutter, Hilfilm Express dan Audacity. Sistem ini dijangka mempunyai nilai komersial dan boleh diaplikasikan oleh syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan kereta sewa berdasarkan cirinya yang mesra pengguna serta mobiliti yang tinggi. Sistem POLYwagen membolehkan pengguna memuat turun borang tempahan serta membuat bayaran tempahan secara atas talian pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan talian internet. Di pihak pemilik perniagaan pula, sistem ini berupaya memudahkan proses pemantauan serta pengurusan tempahan. Di peringkat awal, inovasi ini dibangunkan hasil daripada pemerhatian dan tinjauan yang dibuat oleh penyelidik ke atas sistem manual tempahan kereta sewa di Politeknik Seberang Perai. Berikutnya penilaian hasil dibuat dengan menggunakan kaedah tinjauan ke atas penggunaan sistem POLYwagen dan ianya telah membuktikan bahawa penggunaan sistem ini berjaya menjimatkan kos dan masa tempahan, memudahkan pengurusan tempahan kereta sewa serta memberi kepuasan kepada pelanggan dan pemilik perniagaan. Kesimpulannya, adalah diharapkan dengan pembangunan sistem perkhidmatan dan pengurusan kereta sewa dapat menarik minat lebih ramai belia untuk menjadikan industri ini sebagai bidang kerjaya dan seterusnya menyumbang kepada penurunan statistik pengangguran negara. Kata kunci: Sistem POLYwagen, aplikasi kereta sewa, pengurusan kereta sewa, tempahan kereta sewa PENGENALAN Perkhidmatan pengangkutan merupakan satu prasana yang berperanan dalam mempengaruhi pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara. Manakala teknologi pengangkutan pula telah menjadi satu keperluan semenjak dunia berada dalam peningkatan revolusi perindustrian lagi. Pembinaan Terusan Suez yang menghubungkan lautan Atlantik dan Lautan Pasifik pada abad ke 19 adalah diantara teknologi pengangkutan
46 terawal yang wujud di dunia (Siti Faridah Mohd Surnif, 2011). Penciptaan kereta pertama di dunia sekitar tahun 1988 juga merupakan satu lagi contoh teknologi pengangkutan yang menyumbang secara signifikan kepada kehidupan manusia. Apabila ekonomi negara semakin membangun, sektor pengangkutan mejadi satu prasarana yang amat penting bagi melonjakkan pembangunan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. Contohnya, sistem pengangkutan berfungsi untuk menggerakkan inventori barangan daripada kilang kepada pengguna akhir (Topolsek, Ciziuniene, & Ojstersek, 2018). Selain menyumbang kepada sektor ekonomi, sistem pengangkutan juga mempunyai fungsi sosial iaitu bagi menghubungkan sesama manusia. Pengangkutan menghubungkan orang ramai dari rumah ke tempat bekerja, ke sekolah atau ke instituti pengajian dan sebagainya. Atas justifikasi ini, adalah wajar bagi sesebuah negara untuk menyediakan prasarana dan mod pengangkutan yang baik dan pelbagai agar masyarakat mempunyai peluang untuk memilih mod pengangkutan yang paling selamat, selesa serta ekonomik. Di Malaysia, perkhidmatan pengangkutan menjadi satu elemen penting yang memacu kejayaan negara dalam mencapai matlamat Revolusi Industri 4.0, iaitu sejajar dengan kemajuan industri pembuatan, penjanaan, guna tenaga serta pembangunan masyarakat secara menyeluruh (Saif, Zefreh & Torok, 2018). Menurut Zainuddin, Elias, Ezanee, Melan, Mustakim , Sabar & Rohafiz (2017), perkhidmatan pengangkutan adalah pemangkin penjanaan ekonomi sesebuah negara manakala penggunaan teknologi dalam industri perkhidmatan pengangkutan pula membantu meningkatkan kualiti dan keberkesanan industri perkhidmatan pengangkutan. Sebagai contoh, penggunaan teknologi maklumat dalam sistem tempahan kenderaan dapat menjadikan proses tempahan lebih efisyen, sofistikated dan berkualiti. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan seharusnya mengambil peluang menggunakan teknologi di dalam aktiviti perniagaan mereka jika ingin terus kekal berdaya saing. Namun begitu, masih banyak lagi syarikat-syarikat di dalam industri berkaitan dengan pengangkutan dan logistik tidak menggunakan teknologi bagi menguruskan data-data serta maklumat berkaitan pengurusan kenderaan yang dimiliki syarikat mereka (Siuhi & Mwakalonge, 2016). Sedangkan dengan permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan yang semakin meningkat dari hari ke hari serta kos operasi semakin tinggi, penggunaan teknologi menjadi satu keperluan penting bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan. PERNYATAAN MASALAH Dalam era globalisasi ini, pengangkutan sangat diperlukan oleh semua individu. Pelajar juga tidak ketinggalan menjadi pengguna utama dalam perkhidmatan pengangkutan. Pelajar-pelajar yang tidak memiliki kenderaan sendiri terpaksa bergantung samada kepada perkhidmatan pengangkutan awam atau memilih untuk menyewa kereta untuk dipandu sendiri. Di Politeknik Seberang Perai (PSP), penyewaan kereta sewa yang boleh dipandu sendiri menjadi salah satu pilihan kepada pelajar apabila wujud keperluan untuk pergi ke sesuatu destinasi di luar kampus. Kaedah asas yang telah digunakan oleh pelajar PSP untuk menyewa kereta yang disediakan di dalam kampus adalah dengan menggunakan sistem tempahan kereta secara manual. Kelemahan sistem ini adalah sangat jelas apabila pelajar dan juga pengurus kereta sewa perlu melakukan pelbagai proses yang rumit dan melambatkan sebelum penyewaan kereta dapat dijalankan. Berikut merupakan carta alir proses tempahan dan penyewaan kereta sewa di PSP (rujuk Rajah 1.1)
47 Pelajar menghubungi pengurus kereta sewa bagi menyampaikan hajat menyewa kereta Penetapan tarikh dan masa untuk pelajar bertemu pemilik kereta sewa meneruskan proses penyewaan kereta Pelajar perlu menunggu untuk pengurus sampai ke tempat pertemuan untuk mengisi borang sewa kereta Pengurus memeriksa keadaan kereta sewa Pembayaran untuk penyewaan kereta sewa dibuat secara tunai Pengurus menyerahkan kunci kereta sewa kepada pelajar Rajah 1.1: Carta alir proses tempahan kereta
48 Berikutnya, Rajah 1.2 adalah carta alir yang mengganmbarkan proses pemulangan kereta sewa: Pelajar menghubungi pengurus kereta sewa bagi memaklumkan waktu pemulangan kereta Penetapan tarikh dan masa untuk pelajar bertemu pemilik kereta sewa bagi meneruskan proses pemulangan kereta Pelajar perlu menunggu untuk pengurus sampai ke tempat pemulangan kereta Pengurus memeriksa keadaan kereta sewa Jika tiada masalah berbangkit, pelajar akan memulangkan kunci kereta kepada pengurus Rajah 1.2 Carta alir proses pemulangan kereta sewa Daripada proses penyewaan serta pemulangan kereta yang diperincikan di atas jelas menunjukkan bahawa proses penyewaan kereta secara manual merumitkan kedua-dua pihak (penyewa dan pengurus). Selain melibatkan pembaziran masa menunggu pengurus, proses penyewaan kereta secara manual juga sering menyebabkan pengumpulan data yang tidak lengkap dan tepat. Ini adalah kerana pelajar sering terlupa untuk mengisi data pada ruangan tertentu di dalam borang. Keadaan ini sering menimbulkan masalah kepada pengurus apabila timbul isu yang memerlukan pengurus menghubungi semula pelajar setelah proses pemulangan kereta telah selesai. Selain itu, berlaku pembaziran masa untuk mengisi data-data yang berulang. Kekangan berikutnya adalah dari segi makluman oleh pengurus tentang terma dan syarat penyewaan kepada pelajar yang dibuat secara manual melalui notis-notis yang dilekatkan secara tidak terurus pada papan kenyataan. Menyedari permasalahan ini, maka pengkaji telah merekabentuk dan membangunkan sebuah sistem pengurusan kenderaan berteknologi yang dinamakan POLYwagen sebagai inisiatif menyelesaikan hal-hal berkaitan pengurusan tempahan dan penyewaan kereta.
49 Rajah-rajah di bawah menunjukkan situasi perkhidmatan kereta sewa di PSP: Rajah 1.3: Keadaan notis terma dan syarat membuat tempahan dan penyewaan kereta yang tidak terurus pada papan notis Rajah 1.4: Kenderaan yang sedia untuk disewa
50 Rajah 1.5: Pelajar berbaris untuk menunggu giliran mengisi borang tempahan Rajah 1.6: Borang perjanjian sewa kereta yang perlu diisi secara manual oleh pelajar
51 OBJEKTIF INOVASI 1) Mengenal pasti masalah pengunaan sistem manual dalam penyewaan kereta di Politeknik Seberang Perai 2) Mencadangkan satu aplikasi untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kereta sewa di Politeknik Seberang Perai. CIRI-CIRI INOVASI Sistem POLYwagen adalah produk inovasi yang dihasilkan bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kereta sewa di Politeknik Seberang Perai. Sistem ini menampilkan dua elemen inovasi yang penting iaitu (1) satu aplikasi yang mempunyai ciri inovasi mobiliti dimana ianya dapat digunakan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon bimbit yang berasaskan Android dan (2) peti kunci bagi penyimpanan kunci kenderaan bagi memudahkan proses pengambilan dan penghantaran kunci oleh penyewa. Sistem POLYwagen ini melibatkan dua individu utama iaitu pengurus kereta sewa dan juga pelanggan yang kebanyakannya adalah pelajar Politeknik Seberang Perai. Di pihak pengurus kereta sewa, penggunaan sistem POLYwagen memudahkan mereka untuk menguruskan maklumat sewa kereta dengan lebih sistematik. Selain itu, pengurus dapat mengemaskini profil mereka dari semasa ke semasa dengan sangat mudah apabila wujud keperluan. Mereka dapat menambah, mengedit, menghapuskan atau melihat apa sahaja maklumat mengenai kereta yang mereka sewakan, malah dapat sentiasa mengemaskini atau mengubah terma dan juga syarat penyewaan mengikut keperluan. Proses mengemaskini kadar sewaan juga menjadi mudah kepada pengurus, iaitu hanya dengan memuatnaik maklumat perubahan kadar penyewaan ke dalam sistem. Di pihak pelanggan yang majoritinya adalah pelajar, penggunaan sistem ini dapat memudahkan mereka mencapai maklumat-maklumat yang diperlukan dengan mudah. Sebagai contoh, sistem POLYwagen membolehkan pelanggan melihat komen pelanggan-pelanggan terdahulu berkaitan tahap kualiti perkhidmatan kereta sewa, disamping dapat melihat maklumat tentang kadar sewaan hanya dengan menekan beberapa butang pada aplikasi yang dibangunkan untuk sistem POLYwagen. Pelanggan juga dengan mudah dapat memilih kenderaan daripada opsyen-opsyen kenderaan yang sedia ada pada ketika tempahan dibuat. Mereka boleh melihat gambar-gambar serta merujuk kepada perincian mengenai maklumat kenderaan yang telah dimuat naik oleh pengurus ke dalam sistem POLYwagen. Pelanggan dengan mudah boleh log masuk dan juga log keluar ke dalam sistem ini pada bila-bila masa untuk mengetahui apa-apa maklumat berkaitan dengan penyewaan kereta. Seterusnya, proses pengambilan dan pemulangan kunci kenderaan juga adalah lebih mudah iaitu dengan penggunaan peti simpanan kereta berkunci. PROSES PEMBANGUNAN SISTEM I. Sistem Aplikasi A. Proses 1 : Merangka coding core Rajah 1.7(a) dan 1.7(b) menunjukkan proses merangka coding core untuk mencipta sistem POLYwagen: Rajah 1.7a: coding core yang dibangunkan untuk sistem POLYwagen
52 Rajah 1.7b: coding core yang dibangunkan untuk sistem POLYwagen B. Proses 2 : Merangka rekabentuk sistem tempahan dan susunan pautan Rajah 1.8 menunjukkan proses merekabentuk sistem tempahan dan susunan pautan bagi memudahkan pengguna menggunakan sistem POLYwagen. Rajah 1.8: merekabentuk sistem POLYwagen C. Proses 3 : Seterusnya, pengkaji merangka mukasurat di dalam sistem POLYwagen Rajah 1.9 menunjukkan proses merangka serta menyusun turutan muka surat di dalam sistem POLYwagen.
53 Rajah 1.9: Proses merangka page dan menyusun turutan page di dalam aplikasi D. Proses 4 : proses debungging sistem POLYwagen Proses terakhir bagi menjayakan produk inovasi aplikasi PSP Car Rental ialah memperkuatkan lagi struktur sistem melalui proses debugging. Hasil akhir pembangunan antaramuka sistem POLYwagen ditunjukkan di dalam rajah 1.10: Welcome to POLYwagen car rental system Rajah 1.10: Antaramuka sistem POLYwagen
54 II. Peti Penyimpanan Kunci A. Proses 1: mengukur dan menanda papan pelekap Rajah 1.11 menunjukkan proses mengukur serta menanda papan pelekap bagi menghasilkan peti penyimpanan kunci. Rajah 1.11: mengukur dan menanda papan pelekap B. Proses 2: memotong papan pelekap Rajah 1.12 dibawah menunjukkan proses memotong papan pelekap mengikut ukuran yang telah ditentukan dalam proses sebelumnya. Rajah 1.12: memotong papan pelekap C. Langkah 3: Menggambungkan papan pelekap Proses terakhir ialah pengkaji menggabungkan papan pelekap untuk menghasilkan peti penyimpanan kunci (rujuk Rajah 1.13).
55 Rajah 1.13: Proses menggabungkan papan pelekat bagi membentuk peti penyimpanan kunci D. Langkah 4: Memasang mangga dan kod kunci Rajah 1.14 menunjukkan peti penyimpanan kunci yang dilengkapi dengan mangga yang mempunyai kod keselamatan. Rajah 1.14: pemasangan mangga dan kod kunci pada peti penyimpanan kunci
56 INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK YANG DIHASILKAN Hasil daripada inovasi awal, didapati sistem kereta sewa tersebut tidak lengkap kerana ia tidak mempuyai chat box. Oleh hal demikian, pihak pengkaji melakukan penambahbaikkan bagi aplikasi tersebut. Pihak pengkaji memasukkan chat box ke dalam aplikasi tersebut seperti dalam Rajah 1.15. Rajah 1.15: Menunjukkan aplikasi yang telah dimasukkan chat box IMPAK PRODUK A. Kelebihan dan kebaikan inovasi Inovasi produk diperincikan kepada tiga (3) bentuk, impak kesan daripada sistem yang dibangunkan. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan: 1. Impak Produk Terhadap Masa Penggunaan sistem POLYwagen ini membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan kereta sewa berbanding keadaan sebelumnya iaitu dengan penggunaan sistem manual. Hal ini adalah kerana penggunaan sistem ini dapat memudahkan pihak penyedia perkhidmatan kereta sewa dan pelajar untuk menguruskan proses menyewa kereta bermula daripada proses mengisi borang, menyemak maklumat dan membuat bayaran. Berdasarkan pemantauan pengkaji, impak penjimatan masa diperincikan seperti jadual 1.1 di bawah: Jadual 1.1: Impak Produk Terhadap Masa BUTIRAN SEBELUM SELEPAS Masa menunggu untuk mengisi borang 8 minit - Masa mengisi borang 5 minit 10 minit 3 minit Masa menunggu untuk pihak perkhidmatan kereta - sewa bagi menyemak maklumat 5 minit Penyerahan kunci kereta 2 minit
57 2. Impak Produk Terhadap Kos Proses membangunkan sistem POLYwagen adalah sangat minima memandangkan pembangunan aplikasi di dalam sistem POLYwagen ini tidak melibatkan sebarang kos. Manakala kos bagi menyediakan peti kunci dapat dijimatkan oleh pengkaji kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk penghasilan produk ini mudah didapati dan sebahagian bahan lagi adalah bahan siap sedia seperti glue gun & glue stick, dawai dan stainless steel hook. 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Produk Keberkesanan penggunaan sistem dapat dilihat dari segi kemudahan kepada banyak pihak seperti pihak penyedia perkhidmatan kereta sewa mahupun pelajar. Hal ini adalah kerana produk inovasi ini mempunyai ciri mobiliti yang tinggi. Ianya boleh dimuat turun dalam telefon mudah alih dan ianya juga mudah untuk dikendalikan di mana jua. Seterusnya, sistem POLYwagen ini sangat membantu kerana pihak penyedia perkhidmtan kereta sewa tidak perlu lagi mencetak kertas untuk para pengguna. Bahkan, mereka hanya memuat turun sistem ini apabila perlu menggunakan perkhidmatan tersebut. Proses pengisian borang dan bayaran dapat dilakukan dibuat oleh pelanggan secara atas talian. Di samping itu, sistem POLYwagen juga memerlukan pelanggan melakukan pengesahan muka, memuatnaik kad pengenalan dan lesen semasa proses tempahan dibuat. Prosedur ini dapat mengelakkan daripada berlaku kehilangan maklumat atau penipuan dengan mengguna maklumat pelajar lain untuk menyewa kereta. Jadual 1.2: Maklumbalas pelanggan terhadap keberkesanan produk ASPEK SEBELUM SELEPAS Memuaskan Lebih selamat Jaminan keselamatan Memuaskan Amat baik maklumat dan bayaran Kepuasaan perkhidmatan CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Analisi SWOT (strengths, weaknesses, opportunities, threats) digunakan sebagai kesimpulan bagi menghasilkan cadangan dan penambahbaikan dalam kajian ini. Berikut adalah jadual matrik yang telah dilakukan oleh pengkaji. A. Kekuatan 1. Sistem POLYwagen ini dapat menjimatkan masa dan juga dapat memudahkan urusan penyewaan kereta 2. Penyedia perkhidmatan tidak perlu lagi untuk mencetak borang tempahan 3. Penggunaan sistem POLYwagen dapat mengurangkan risiko kehilangan dan ketidaktepatan data pengguna 4. Sistem POLYwagen juga mudah untuk digunakan kerana pengguanaan aplikasi ini adalah atas talian sahaja. B. Kelemahan 1. PSP Car Rental ini baru sahaja ke pasaran dan ia mungkin akan mengambil masa untuk kita membina kepercayaan dengan para pelanggan. 2. Apabila ramai pengguna yang menggunakan aplikasi ini berkemungkinan akan menyebabkan sistem tergendala C. Peluang 1. Aplikasi ini berpotensi untuk bersaing dengan produk yang sedia ada. 2. Aplikasi PSP Car Rental ini dapat memberi peluang kepada pemilik kereta sewa untuk lebih maju dalam perniagaan disebabkan produk inovasi ini mampu menarik lebih ramai pelanggan. 3. Pertumbuhan teknologi dapat membantu perniagaan mencapai ke tahap yang seterusnya.
58 D. Ancaman 1. Berkemungkinan akan adanya banyak pesaing kerana terdapat aplikasi yang serupa untuk perkhidmatan kereta sewa di luar sana. 2. Keadaan negara yang tidak stabil akibat Covid -19 yang melanda negara kita sekarang ini boleh menyebabkan kekurangan permintaan perhidmatan kereta sewa. Maka sistem ini kurang digunapakai kerana majoriti pengguna sistem ini adalah pelajar Politeknik Sebarang Perai sahaja. KESIMPULAN Dapatan awal pengkaji mendapati penyedia perkhidmatan kereta sewa secara manual di Politeknik Seberang Perai mempunyai pelbagai kekangan termasuklah proses tempahan yang rumit dan tidak diurus dengan efektif. Menyedari permasalahan ini, justeru pengkaji membangunkan sebuah sistem pengurusan kenderaan yang mampu memberikan penyelesaian dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan dan pelanggan agar lebih berkualiti dan berkesan. Sistem ini dibangunkan dengan dua elemen penting iaitu aplikasi yang menjadi platform pengurusan tempahan kenderaan dan juga peti simpanan berkunci bagi memudahkan pengurusan penyerahan kunci kenderaan. Platform yang digunakan untuk menghasilkan sistem POLYwagen adalah Unity, Godot engine, Android studio, Flutter, Hilfilm express dan Audacity. Sebelum sistem PSP Car Rental diwujudkan, pengurus dan pelajar hanya melakukan proses manual untuk menyewa kereta. Namun setelah sistem pengurusan tempahan manual diganti dengan sistem POLYwagen, pengurusan perkhidmatan kereta sewa menjadi lebih mudah dan masa tempahan telah berjaya dijimatkan Keberkesanan sistem POLYwagen telah dibuktikan dan dijangka akan dapat membantu lebih banyak pengurus-pengurus perniagaan perkhidmatan kereta sewa. RUJUKAN Saif, M. A, Zefreh, M.M & Torok, A. (2018). Public Transport Accessibility: A Literature Review. Periodica Polytechnica Transportation Engineering (Feb) Siti Faridah M.S (2011). Perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia (Bachelor dissertation, Universiti Teknologi Malaysia. Siuhi, S & Mwakalonge, J. Opportunities and challenges of smart mobile applications in transportation. Journal of Traffic and Transportation Engineering 3 (6) Topolsek, D., Ciziuniene, K & Ojstersek, T. C. (2018). defining transport logistics: a literature review and practitioner Opinion-based Approach. Transport, 33(5) Zainuddin, N., Elias, M. Ezanee, Melan, Mustakim , Sabar & Rohafiz (2017) Aplikasi teknologi kelestarian (Hybrid) pada pengangkutan awam (bas) di bandar satu pendekatan diskriptif. Journal of Technology and Operations Management (S). pp. 71-87. ISSN 1823-514X
59 SIMULASI PIPELINE TERHADAP PROTOTAIP PRODUK INOVASI ‘TEROWONG SAMPAH’ DI ASRAMA MADANI DAN GEMILANG, POLITEKNIK SEBERANG PERAI 1Amri bin Sulong* 2Sharipah Khadijah binti S.Hashim 3Lee Shi Li 4Nurhafieza binti Noorzaidi 5Kawshaleyah a/p Subramaniam 6Seyed Azfar bin Seyed Abuthahir 7Mohamad Ammar Haffiz bin Rodowan *email: [email protected] 1-7Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Sebuah prototaip produk inovasi Terowong Sampah telah dihasilkan bagi pihak Politeknik Seberang Perai (PSP) dalam menangani permasalahan kesukaran pengurusan sampah pihak asrama baru. Produk inovasi Terowong Sampah ini dapat dikaitkan dengan simulasi pipeline sebagai alat pengangkutan dalam logistik dan rantaian bekalan. Pipeline merupakan satu saluran paip atau saluran untuk membawa sesuatu dari satu lokasi ke lokasi lain dan dalam simulasi Terowong Sampah ianya menjadi saluran pengangkutan sampah dari aras atas ke aras bawah. PSP merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang menyediakan kemudahan asrama bagi para pelajarnya. Terdapat 11 buah asrama yang disediakan bagi pelajar wanita dan lelaki dengan ketinggian 5 aras. Tinjauan awal mendapati blok asrama baru iaitu asrama Madani dan Gemilang mempunyai ruangan membuang sampah yang tidak mencukupi. Kesannya, para pekerja kebersihan bagi blok asrama baru sering kali menghadapi kesukaran dalam mengendalikan pengurusan sampah. Selain itu, faktor usia pekerja kebersihan yang berusia 45 tahun ke atas turut menyebabkan kesukaran mereka mengendalikan pengurusan sampah dengan cepat dan cekap bagi setiap 5 aras. Tercetusnya idea produk inovasi ini adalah untuk i) Mengenal pasti masalah pengendalian pengurusan sampah di asrama baru Madani dan Gemilang dan ii) Menghasilkan satu prototaip produk inovasi yang dinamakan Terowong Sampah bagi membantu menyelesaikan masalah pengendalian pengurusan sampah di asrama baru Madani dan Gemilang. Kesimpulannya, Terowong Sampah ini diharapkan dapat membantu pekerja kebersihan dalam pengendalian sampah dengan lebih cepat dan cekap di asrama Madani dan Gemilang PSP. Terowong Sampah ini juga boleh dicadangkan kepada mana-mana pengurusan fasiliti terutamanya terhadap pengurusan sampah. Kata kunci: Simulasi, pipeline, prototaip, ‘Terowong Sampah’, asrama PENGENALAN Zaki et. al. (2021) mendefinisikan pengurusan fasiliti merupakan satu profesion yang merangkumi pelbagai disiplin untuk memastikan fungsi, keselesaan, keselamatan dan persekitaran yang dibina dengan mengintegrasikan modal insan, premis, proses dan teknologi. Kenyataan ini turut disokong oleh Awang et. al. (2017) di dalam kajian mereka mengenai masa depan pengurusan fasiliti di Malaysia yang menyimpulkan bahawa pengurusan fasiliti membawa kepentingan kepada tiga perkara iaitu (1) kemampanan alam sekitar dan fungsinya, (2) menggalakkan pertumbuhan perniagaan dan (3) pembangunan modal insan. Pengurusan pada hakikatnya adalah untuk melakukan semua kegiatan yang perlu dilaksanakan dalam rangka pencapaian tujuan dalam batas-batas umum yang telah ditentukan pada peringkat pentadbiran. Ianya merujuk kepada kemampuan atau kecekapan untuk memperoleh sesuatu hasil dalam rangka pencapaian tujuan melalui kegiatan-kegiatan orang lain. Pengurusan fasiliti dikatakan dapat membantu mempengaruhi persepsi pengguna kemudahan. Abd Muin (2018) dalam kajiannya menyatakan di mana Atkin dan Brook (2015) optimis bahawa pengurusan fasiliti mempunyai kemampuan untuk meningkatkan imej organisasi dan budayanya, baik secara dalaman dan luaran.
60 Menurutnya kajiannya lagi, kualiti kemudahan / tempat organisasi menggambarkan budaya dan imej tertentu. Ia juga menunjukkan jenis sistem nilai dan budaya organisasi yang kemudian mempengaruhi tingkah laku dan sikap pengguna kemudahan tersebut. Secara umumnya pengurusan fasiliti terlibat dalam pelbagai disiplin dan aktiviti yang boleh diguna pakai oleh semua organisasi sama ada sektor awam atau swasta (Simpeh & Shakantu, 2019). Akan tetapi pada masa kini, pengurusan fasiliti sangat popular dalam aktiviti penyelenggaraan bangunan atau infrastruktur. Pipeline adalah jenis pengangkutan yang paling berguna untuk membekalkan bahan dari satu letakkan ke tempat lain dengan banyak dan selamat. Simulasi pipelines merupakan cara pengangkutan yang digunakan untuk penyelenggaraan dengan pergerakan barang dari satu lokasi ke lokasi lain. Kebiasaannya, pengangkutan saluran paip adalah medium utama dalam pengangkutan cecair, gas, air dan lain-lain tetapi perbincangan kajian ini adalah mengkhusus kepada penggunaan saluran paip sebagai medium pergerakan barang iaitu sampah yang telah dibungkus dalam plastik sampah. PERNYATAAN MASALAH Bangunan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) merupakan universiti yang dibiayai secara awam melalui kerajaan negara atau setempat. Bangunan IPTA bukan sahaja menempatkan pelajar dan pensyarah malah melibatkan kakitangan dari IPTA itu sendiri dan juga terdapat kakitangan dari syarikat konsesi yang menguruskan segala berkenaan fasiliti di bangunan IPTA tersebut. Umumnya, pendidikan merupakan satu proses yang berterusan untuk membangun diri pelajar menjadi manusia yang mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri manusia yang bagi melaksanakan amanah sebagai khalifatullah di muka bumi ini. Secara ringkas kebersihan secara fizikal memberikan maksud satu keadaan yang bebas daripada pencemaran udara, tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan atau mengganggu kesihatan. Menurut Yusoff, Ayup & Ab Majid (2020), persekitaran adalah ruang yang penting kepada kehidupan komuniti kerana persekitaran yang bersih boleh menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup penghuni. Keadaan persekitaran yang bersih adalah hasil daripada kesedaran dan sikap komuniti dalam usaha menjaga dan memelihara ruang persekitaran sentiasa bersih dan sehat untuk didiami. Kemudahan penginapan di dalam kampus Politeknik Seberang Perai (PSP) disediakan untuk pelajar lelaki dan wanita di kamsis. Kemudahan penginapan asrama yang disediakan sebanyak 11 blok iaitu menggabungkan asrama lama dan baru. Namun, kajian ini dikhaskan di lokasi yang telah dibincangkan iaitu di asrama Madani dan Gemilang. Asrama ini mempunyai ketinggian 5 aras, dan mempunyai sebanyak 14 bilik dan di setiap aras mempunyai tong sampah sebanyak 4 buah. Sebanyak 3 orang pekerja kebersihan yang bertugas di blok tersebut. Isu alam sekitar sememangnya menjadi keutamaan bagi pihak IPTA yang terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk aktiviti pemungutan dan pelupusan sampah sarap. Namun begitu, aktiviti seharian pelajar juga sebenarnya menjadi penyumbang kepada penghasilan sampah. PSP mempunyai 11 buah blok asrama yang terdiri daripada Bestari 1 hingga 6, Nurani 1 hingga 3, Gemilang dan Madani. Isu projek kajian ini tertumpu secara khas di blok Madani dan Gemilang seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1: Blok Madani dan Gemilang Asrama Gemilang dan Asrama Madani mempunyai 5 aras bagi setiap blok dan setiap aras diperuntukkan sebanyak 4 buah tong sampah bagi setiap aras itu. Oleh itu, asrama baru ini sering kali mempunyai masalah sampah yang berlonggokkan hampir setiap minggu. Ini terjadi kerana pada setiap hujung minggu, bilangan plastik sampah hitam menjadi banyak kerana kebanyakan pelajar membuang sisa makanan ke dalam tong
61 sampah seperti di Rajah 2. Kejadian longgokan sampah ini juga adalah rentetan di mana para pekerja kebersihan tidak bekerja pada hujung minggu untuk menguruskan pembuangan plastik sampah. Situasi sampah yang berlonggokkan dengan terlalu banyak ini menyebabkan kejadian bau busuk dan tidak menyenangkan. Kejadian ini menjadi lebih teruk apabila kehadiran binatang seperti kucing yang merobek sisa buangan dan menyebabkan sisa-sisa sampah berselerak di atas lantai. Situasi ini akan membebankan para pekerja yang bertanggungjawab untuk membersihkan dan membuang sampah yang berselerakan di lantai. Bilangan pekerja juga terhad kerana hanya terdiri daripada 6 orang pekerja sahaja di asrama baru itu iaitu 3 orang di blok Gemilang dan 3 orang di blok Madani. Rajah 2: Kejadian longgokan sampah Projek ini telah dibincangkan bersama pihak pengurusan asrama seperti dalam Rajah 3. Hasil temubual dan perbincangan bersama wakil pihak asrama iaitu Encik Ranif bin Abdul Malek, Pengurus Operasi Henry Butcher Malaysia (Mont Kiara) mendapati bahawa mereka amat berminat dan berbesar hati dengan cadangan idea projek terowong sampah di asrama Gemilang dan Madani. Tambahan pula, projek ini berdasarkan dari sudut pandangan pihak pengurusan asrama dilihat dapat membantu beban kerja pekerja kebersihan dan menggalakkan para pelajar untuk sentiasa menjaga kebersihan di asrama masing-masing. Rajah 3: Perbincangan bersama pihak pengurusan asrama OBJEKTIF INOVASI Objektif bagi penghasilan produk inovasi ini adalah seperti berikut : 1) Mengenal pasti masalah pengendalian pengurusan sampah di asrama baru Madani dan Gemilang. 2) Menghasilkan satu prototaip produk inovasi yang dinamakan Terowong Sampah untuk menjelaskan bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah pengendalian pengurusan sampah di asrama baru Madani dan Gemilang.
62 CIRI-CIRI INOVASI Prototaip ‘Terowong Sampah’ berkonsepkan paip PVC yang menyambung dari aras 5 ke aras 1 direka dengan permukaan paip yang memanjang seperti tangga dan mempunyai ruang kosong bersaiz besar bagi membuang plastik sampah hitam dari aras atas ke aras bawah. Terowong Sampah mempunyai ruangan terbuka bagi setiap aras untuk pembuangan sampah. Ruangan tersebut juga mempunyai penutup untuk mengurangkan bau sampah. Di aras 1 iaitu di bahagian bawah Terowong Sampah akan disediakan tong sampah yang besar di mana sampah tersebut akan masuk ke dalam tong sampah itu melalui Terowong Sampah. Sampah yang masuk ke dalam tong sampah besar tersebut akan memudahkan pekerja kebersihan mengambil dan membuangnya ke tempat pelupusan. Kesimpulannya, pekerja kebersihan boleh mengendalikan sampah dengan mudah dan cepat tanpa perlu naik dan turun aras asrama berulang kali. Prototaip Terowong Sampah ini direka bentuk dengan ketinggian 43 cm dan kelebaran 38 cm. Ini akan menjadi contoh dan rujukan untuk menghasilkan Terowong Sampah yang sebenar. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan prototaip Terowong Sampah dan bangunan asrama adalah seperti berikut: Jadual 1: Senarai butiran menghasilkan prototaip Terowong Sampah BIL BUTIRAN 1 Polisterin 2’x2’x½ ” 2 Polisterin 2’x2’x1” 3 ½ Paip PVC – 1 kaki 4 ¾ Paip PVC – 1 kaki 5 ½ PVC Elbow 6 20 MM PVC Elbow 7 Pencungkil Gigi 8 Kayu Lidi 9 Gam 10 Cat poster 11 Berus Warna Air 12 Corru Board 13 Hot Glue Stick LANGKAH-LANGKAH PEMBANGUNAN PROTOTAIP PRODUK Projek inovasi ini melibatkan pembinaan sebuah prototaip Terowong Sampah yang akan menjadi contoh kepada pembinaan Terowong Sampah yang sebenar. Bagi membina prototaip ini, beberapa bahan yang diperlukan adalah seperti gam, plastisin, kayu lidi dan pencungkil gigi, polisterin, berus pewarna, alat pewarna, paip PVC, Hot Glue Stick, PVC Elbow, dan Corru Board seperti gambar dalam susunan di Rajah 4. Gam Plastisin Kayu Lidi dan Pencungkil Gigi
63 Corru Board Berus Pewarna Alat Pewarna Paip PVC Hot Glue Stick PVC Elbow Rajah 4: Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan projek prototaip Terowong Sampah Berikut adalah langkah-langkah dalam penyediaan Prototaip Terowong Sampah. Langkah 1 hingga Langkah 6 ditunjukkan secara terperinci dalam Rajah 5. Langkah 1 Pengkaji memulakan proses pembinaan prototaip terowong sampah dengan memotong Corru Board. Langkah 2 Seterusnya, pengkaji menyambung proses pencantuman Corru Board dengan menggunakan hot glue gun dibuat untuk membentuk sebuah prototaip bangunan asrama.
64 Langkah 3 Pengkaji memotong paip PVC bagi membentuk sebuah prototaip terowong sampah di asrama baru. Langkah 4 Pengkaji telah memasang paip PVC pada model bangunan asrama yang lengkap. Langkah 5 Pengkaji melaksanakan proses pengecatan model bangunan asrama dan persekitarannya. Langkah 6 Akhir sekali, model prototaip terowong sampah telah siap sepenuhnya seperti Rajah 6. Rajah 5: langkah-langkah dalam penyediaan Prototaip Terowong Sampah Model prototaip terowong sampah telah siap sepenuhnya seperti Rajah 6. Rajah 6: Model prototaip Terowong Sampah
65 IMPAK INOVASI Pekerja pembersihan melakukan tugasan yang agak membebankan jika dibandingkan dengan faktor usia mereka. Mereka memperuntukkan masa untuk membersihkan sampah di setiap aras dengan kekerapan dua kali sehari. Selain itu, mereka terpaksa membawa plastik sampah dalam jumlah yang banyak untuk di bawa turun dari setiap aras ke aras paling bawah. Oleh yang demikian, para pengkaji membuat suatu pembaharuan untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku ketika proses kebersihan ini dilakukan. Pembaharuan yang dilakukan adalah memberi idea ‘Prototaip Terowong Sampah’ yang mempunyai kelebihan dan menjadi jalan penyelesaian untuk pengendalian proses pembersihan secara cepat dan cekap. Projek terowong sampah mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri seperti dapat menyelaraskan pengendalian sampah di mana pekerja yang berusia boleh hanya membuang sampah dengan menggunakan Terowong Sampah dan sampah yang dibuang itu akan terkumpul di aras bawah. Sepanjang tempoh pembaharuan dan keunikan prototaip ini, keberkesanan kepada prototaip ini telah dibuktikan apabila ianya telah dilaksanakan di asrama Gemilang dan Madani, Politeknik Seberang Perai. Sepanjang tempoh pelaksanaannya ia telah memenuhi ciri-ciri berikut: i. Penjimatan masa Pekerja kebersihan dapat menjimatkan masa yang diambil untuk memunggah dan membuang sampah daripada setiap aras. ii. Mudah digunakan Sangat mudah diguna pakai di mana semua penghuni asrama mampu mengendalikannya tanpa sebarang masalah atau kesukaran. iii. Mesra alam Prototaip ini dibuat menggunakan bahan yang mesra alam, mudah didapati dan kos yang rendah. Inovasi prototaip diperincikan kepada tiga (3) bentuk impak kesan dari prototaip yang dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan kajian. Berikut adalah penjelasan impak mengikut sub topik perbincangan. 1. Impak Prototaip Terhadap Kos Impak prototaip terhadap kos ini tidak melibatkan kos-kos sampingan contohnya seperti utiliti. Prototaip yang dihasilkan mendemonstrasikan bahawa Terowong Sampah sebenar yang akan dihasilkan tidak memerlukan sebarang kos sampingan seperti tenaga elektrik yang akan dicaj mengikut penggunaan. 2. Impak Prototaip Terhadap Masa Penggunaan Terowong Sampah ini telah membantu ke arah penjimatan masa dari segi pengurusan pembuangan sampah berbanding keadaan sebelumnya kerana dengan menggunakan produk ini dapat memudahkan pelajar dan pekerja kebersihan untuk menguruskan sampah yang hendak dibuang di asrama. Pengiraan penjimatan masa berdasarkan pemerhatian pengkaji adalah seperti Jadual 2 di bawah. Jadual 2 : Impak Prototaip Terhadap Masa BUTIRAN SEBELUM SELEPAS MASA PENGENDALIAN 15 MINIT 10 INIT 3. Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Prototaip Keberkesanan penggunaan prototaip dapat dilihat dari segi: i) Memudahkan banyak pihak terutamanya pihak pekerja kebersihan dan pelajar kerana projek Terowong Sampah ini sangat mudah dikendalikan. ii) Projek Terowong Sampah ini sangat membantu para pekerja kebersihan dalam pengendalian sampah di asrama bagi menjimatkan masa dan tenaga yang digunakan mereka. iii) Tambahan pula, projek ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan gangguan haiwan seperti kucing, lalat, tikus, lipas dan sebagainya serta mengurangkan bau-bau yang kurang menyenangkan di asrama.
66 Jadual 3: Impak Terhadap Keberkesanan Penggunaan Prototaip ASPEK SEBELUM SELEPAS KEBERSIHAN MEMUASKAN SANGAT BAIK CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Kesimpulan daripada penyediaan projek ini dilakukan berdasarkan analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) yang disediakan oleh pengkaji. Analisis SWOT adalah alat yang digunakan untuk perancangan dan pengurusan strategik dalam sesebuah organisasi yang dapat digunakan dengan berkesan untuk membina strategi organisasi dan strategi kompetitif (Gurel & Tat, 2017). Berikut merupakan analisis SWOT yang menjelaskan kesimpulan keseluruhan projek. A. Kekuatan 1. Terowong sampah adalah projek inovasi yang mesra pengguna dan kemudahan untuk pekerja dan pelajar di kampus. 2. Terowong sampah ini memudahkan masalah pekerja kebersihan bagi membuang sampah dalam kuantiti yang banyak. 3. Terowong sampah ini merupakan produk yang tahan lasak dan tahan lama. B. Kelemahan 1. Jika membuang masuk sampah-sampah yang berat dan kasar, boleh menyebabkan ia mudah pecah. 2. Rekabentuk terowong tidak boleh diubah atau dipindahkan dari posisi asal. C. Peluang 1. Terowong sampah ini memberi peluang kepada pekerja kebersihan supaya memudahkan tenaga kerja dalam menguruskan sisa buangan dalam plastik sampah di PSP. 2. Terowong sampah akan menjadikan persekitaran bersih dan kemas. D. Ancaman 1. Idea Terowong Sampah berkemungkinan akan ditiru oleh pesaing kerana belum mendapat hak cipta. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, antara kekuatan Terowong Sampah ialah produk inovasi yang mesra pengguna dan kemudahan untuk pekerja dan pelajar di kampus. Di samping itu, terowong sampah ini memudahkan masalah pekerja kebersihan bagi membuang sampah dalam kuantiti dan kekerapan yang besar. Selain itu, terowong sampah juga tahan lasak dan tidak mudah rosak kerana bahan yang digunakan adalah paip PVC. Pengkaji juga mendapati kelemahannya adalah terowong sampah tersebut boleh pecah jika membuang masuk sampah-sampah yang berat dan besar. Hal ini disebabkan paip PVC yang tahan lasak tersebut boleh rosak juga jika digunakan secara kasar kerap kali. Terowong Sampah memberi peluang kepada pekerja supaya memudahkan tenaga kerja dalam menguruskan sisa buangan di PSP. Dengan kewujudan projek inovasi ini, dapat dilihat akan menjadikan persekitaran dengan bersih dan kemas. Namun, idea Terowong Sampah ini juga berkemungkinan akan ditiru oleh pesaing kerana belum mendapat hak cipta. Cadangan penambaikan untuk pengkaji akan datang : 1. Menghasilkan prototaip yang dapat mendemonstrasikan situasi sebenar bagaimana sampah yang akan dikendalikan dari aras atas ke aras bawah. 2. Memberi cadangan alternatif untuk menggunakan bahan terowong yang lebih tahan lasak dan boleh lebih lama digunakan yang dapat membuang sampah yang lebih berat dan kasar. KESIMPULAN Secara dasarnya kajian ini membincangkan mengenai penghasilan produk inovasi Terowong Sampah yang dibangunkan untuk kegunaan menjaga kebersihan alam sekitar asrama di Politeknik Seberang Perai. Infrastruktur yang baik adalah pemboleh yang penting untuk pengembangan ekonomi, penyertaan sosial dan pertumbuhan. Kesimpulannya, objektif bagi kajian ini telah tercapai. Pihak pengkaji telah berjaya mengenal
67 pasti masalah yang dihadapi oleh pihak asrama Madani dan Gemilang dalam mengendalikan pengurusan sampah dari aras 5 ke aras 1. Ini bersesuaian dengan kajian di mana simulasi pipeline terhadap prototaip produk inovasi ‘Terowong Sampah’ di asrama Madani Dan Gemilang, Politeknik Seberang Perai. Simulasi pipeline dalam Terowong Sampah mampu merujuk kepada pemindahan barang iaitu sampah dalam plastik dari aras atas ke aras bawah. Keunikan produk inovasi Terowong Sampah ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja kebersihan asrama. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam menjaga kebersihan persekitaran asrama. Keberkesanan produk ini akan dapat dibuktikan lagi sekiranya diterimapakai dan dilaksanakan oleh pihak PSP. Selain itu, projek ini dapat dikomersialkan kepada semua bangunan asrama lama PSP untuk membawa masalah pengendalian sampah ke suatu penyelesaian. Seterusnya, ia juga akan dipasarkan ke pengurusan fasiliti sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang lain, perumahan pangsapuri dan bangunan-bangunan pejabat. RUJUKAN Abd Muin, N. A. (2018). Pengurusan Sampah Di Kuala Lumpur, 1974-2004: Peranan pihak kerajaan dan pihak awam (Waste Management In Kuala Lumpur, 1974-2004: The role of government and the public). Asian Journal of Environment, History And Heritage, 2(1). Awang, M., Mohammed, A. H., Salleh, M. N. M., Johari, N. H., & Khair, N. (2017). Facilities management- future prospect in Malaysia. Sains Humanika, 9(1-5). Gurel, E., & Tat, M. (2017). SWOT analysis: a theoretical review. Journal of International Social Research, 10(51). Simpeh, F., & Shakantu, W. (2019). Overview of the uniqueness and value of facility management. Methodology, 17, 21. Yusoff, A. N. M., Ayup, M. T. M., & Ab Majid, A. (2020). Elemen kerohanian dalam program kebersihan sekolah menengah di Negeri Selangor Darul Ehsan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 119-127. Zaki, N. M., & Manaf, A. A. (2021). Kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti perumahan berstrata. e- Bangi, 18(1).
68 INOVASI MOBILE-FILTRAY DALAM PENGURUSAN LOGISTIK GULA SYARIKAT LIBBY POWER RESOURCES 1Aida Zuraina binti Mir Ahmad Talaat* 2 Beh Jen Sen 3Harshini a/p Kumereshen 4Vaideswarry a/p Vadiveloo 5Muhammad Mubin bin Shobri *e-mel: [email protected] 1-5Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai ABSTRAK Mobile-Filtray merupakan satu produk inovasi yang dapat membantu Syarikat Libby Power Resources iaitu sebuah syarikat third party logistics (3PL) yang menguruskan aktiviti mengeksport gula keluaran Kilang Gula Prai. Cetusan idea terhasil apabila pengkaji mendapati syarikat mengalami kerugian dalam 10 hingga 15 peratus akibat daripada proses pengurusan logistik gula yang tidak lancar. Punca utama kerugian syarikat ini adalah melibatkan pembaziran gula yang berlaku akibat tumpahan gula sewaktu proses pemindahan guni gula ke dalam kontena. Justeru, objektif pertama kajian adalah bagi mengenal pasti punca dan penyelesaian kepada masalah tumpahan gula manakala objektif kedua kajian adalah bagi mencipta sebuah produk inovasi bagi tujuan mengurangkan masalah tumpahan gula. Kaedah pembangunan Mobile-Filtray melibatkan penggunaan bahan-bahan yang mudah didapati dalam pasaran dan kos pembangunannya adalah mampu milik. Keunikan Mobile-Filtray yang bersifat mudah alih dan fleksibel membolehkan produk ini digerakkan dan digunakan di serata tempat. Mobile-Filtray juga mudah untuk dikendalikan tanpa memerlukan latihan khas. Cirinya yang kalis terhadap air dan haba membolehkan jangka hayat penggunaannya berada dalam tempoh yang lama. Mobile-Filtray dapat dikomersialkan kepada syarikat third party logistics (3PL) yang lain di seluruh Malaysia terutamanya yang menguruskan logistik berkaitan produk kering seperti beras, tepung dan lain-lain. Secara kesimpulan, Mobile-Filtray dapat membantu proses pengurusan logistik gula di Syarikat Libby Power Resources menjadi lebih sistematik di samping dapat menyelesaikan masalah tumpahan gula. Kata kunci: pengurusan logistik, mudah alih, fleksibel, third party logistics (3PL), Syarikat Libby Power Resources PENGENALAN Menurut Kasengkang, Nangoy & Sumarauw (2016) logistik merupakan seni dan ilmu, barang, tenaga, sumber maklumat dan sumber-sumber lain, seperti produk, perkhidmatan, dan manusia, bermula dari sumber pembuatan hingga ke pasaran dengan tujuan mengoptimumkan penggunaan aset serta aktiviti logistik ini merupakan suatu proses yang berkesinambungan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Justeru itu, pengurusan logistik dikaitkan dengan proses merancang, melaksana dan mengawal aliran sumber sama ada sumber bahan mentah, sumber separa siap ataupun sumber bahan siap bermula dari titik penghasilan ke titik penggunaan dalam memenuhi permintaan pelanggan. Aktiviti logistik adalah merangkumi aspek pembuatan, perolehan, pengangkutan, pergudangan, pembungkusan, pengendalian, inventori dan lain-lain. Pengurusan logistik yang sistematik dapat memberi faedah kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada secara terus ataupun tidak. Penyumberan luar logistik telah digunakan secara meluas oleh syarikat sebagai kaedah untuk mengurangkan kos dan meningkatkan fleksibiliti (Zhu, W., Ng, C. S., Wang, Z., & Zhao, X, 2017). Aktiviti penyumberan luar logistik ini melibatkan pengurusan dan pengendalian barangan oleh syarikat penyedia perkhidmatan logistik pihak ketiga (third party logistics 3PL). Menurut Luca, Pace & Dj (2020), syarikat 3PL memberikan faedah secara penyelarasan menyeluruh terhadap aktiviti logistik yang dibuat khusus untuk keperluan pelanggan. Syarikat 3PL menyediakan penyelarasan menyeluruh yang melibatkan kepelbagaian perkhidmatan meliputi pengangkutan, pergudangan, perolehan bahan, pengurusan inventori dan sebagainya. Syarikat 3PL yang eko-efisien dapat menjadikan pengurusan perancangan pengangkutan yang lebih baik,
69 pengurusan inventori dan gudang yang lebih baik, kos inventori yang lebih rendah dan operasi rantaian bekalan yang mampan (Raut, R., Kharat, M., Kamble, S., & Kumar, S. C., 2018). Justeru itu, syarikat 3PL dapat melengkapkan keberkesanan pengurusan rantaian bekalan logistik yang lebih sistematik dan berkesan. Syarikat Libby Power Resources merupakan sebuah syarikat 3PL yang terlibat dalam pengurusan eksport produk yang dikeluarkan oleh kilang-kilang tempatan seperti syarikat Gula Prai, United Malayan Flour Mill dan Kilang Beras Bernas. Produk-produk yang diuruskan oleh syarikat Libby Power Resources adalah berjenis pukal kering seperti gula, beras, dan tepung serta barangan pukal kering yang lain. Temu bual awal bersama Syarikat Libby Power Resources mendapati bahawa proses pengurusan logistik syarikat kurang efektif sehingga mengakibatkan syarikat mengalami kerugian sehingga 10 hingga 15 peratus (Ali Imran Rais, & Iqbal Hakim Rizal, 2020). Justeru, hasil temu bual ini telah memberikan cetusan idea kepada pihak pengkaji untuk menghasilkan satu produk inovasi yang dapat membantu melancarkan pengurusan logistik bagi syarikat Libby Power Resources agar menjadi lebih terurus dan sistematik. PERNYATAAN MASALAH Syarikat Libby Power Resources merupakan sebuah syarikat 3PL yang menguruskan proses mengeksport gula keluaran Kilang Gula Prai. Proses mengeksport gula bermula di gudang dan berakhir dengan proses pengedaran kepada pihak pemborong. Proses pengurusan logistik yang baik dan sistematik dapat memberikan keuntungan sekaligus menjimatkan kos operasi syarikat. Walau bagaimanapun, proses pengurusan logistik gula di syarikat ini tidak berlaku dengan lancar dan keadaan ini mengakibatkan syarikat mengalami kerugian sehingga 10 hingga 15 peratus. Menurut Norazira Abd Karim, Nawawi Anuar, & Ahmad Saiful Azlin Puteh Salin (2018) pengurusan yang lemah mempunyai pengaruh yang sederhana terhadap prestasi kewangan syarikat. Justeru itu, syarikat perlu merancang strategi logistik bagi memastikan kemampanan syarikat terus berkembang. Strategi logistik ini mempunyai kesan penting dalam proses membuat keputusan dan pengurusan syarikat (Md. Sazzadur & Vichayanan, 2020). Ketidaklancaran pengurusan logistik gula syarikat ini adalah berpunca daripada pembaziran gula akibat tumpahan gula ke lantai sewaktu proses pemindahan guni gula ke dalam kontena (rujuk Rajah 1). Penumpahan gula yang berlaku adalah dalam skala yang besar dan berlaku sewaktu proses pergerakan guni gula di atas konveyor. Kedudukan konveyor yang bertingkat yang melibatkan pergerakan dan getaran yang kuat menyebabkan gula-gula berserakan dan jatuh ke atas lantai. Akibat daripada pembaziran gula ke atas lantai ini menyebabkan syarikat mengalami kerugian dalam 10 peratus hingga 15 peratus. Ini berikutan terdapat pembaziran dalam proses pengurusan logistik gula. Sampel data bagi tumpahan gula yang di ambil bagi bulan September 2020 dinyatakan dalam Jadual 1 (rujuk Jadual 1). Jadual 1 : Kadar Penumpahan Gula (kg) bagi bulan September 2020 HariMinggu (Tarikh) Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 (1-4) (7-11) (14-18) (21-25) Isnin 0 14 Selasa 12 10 19 18 Rabu 12 13 13 12 Khamis 15 17 17 15 Jumaat 19 18 16 11 Jumlah 58 72 15 13 Jumlah 279 80 69 keseluruhan Akibat daripada tumpahan gula ini juga menyebabkan kawasan persekitaran tempat kerja tidak selamat kerana para pekerja terpaksa berjalan di atas gula-gula yang berserakan di atas lantai (rujuk Rajah 1). Selain itu, gula yang lebur di atas lantai akibat daripada haba yang dikeluarkan oleh mesin mengakibatkan kawasan persekitaran tumpahan menjadi licin. Ini menjadikan kawasan tersebut mendatangkan bahaya kepada para pekerja.
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134