Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PENGENALAN PAKAIAN GAUN MALAM

PENGENALAN PAKAIAN GAUN MALAM

Published by demo, 2022-02-23 06:49:32

Description: brochure

Search

Read the Text Version

PENGENALAN DAN UKUR SERTA DRAF POLA GAUN MALAM

PENGENALAN PAKAIAN GAUN MALAM

Nigthwear juga sinonim dengan pakaian malam atau nightgown atau night dresses. Pakaian ini direka untuk dipakai semasa tidur. Stail nightwear dipakai mengikut musim, dengan gaya yang menggoda dan sebaliknya. Setengah gaya atau bahan dipilih untuk menarik secara visual atau erotik selain daripada dipakai untuk tidur.

JENIS-JENIS PAKAIAN GAUN MALAM

PAJAMA Pajama ialah pakaian yang sesuai untuk dipakai pada waktu malam, ciri-ciri pajama adalah ringkas dan mudah dipadankan mengikut fesyen semasa dan menepati kesesuaian fabrik. Pajama terdiri daripada : ❖ BLAUS ❖ SELUAR

PAJAMA BLAUS • Blaus adalah pakaian di bahagian atas dan dipadankan dengan seluar. • Blaus mempunyai pelbagai fesyen mengikut kesesuaian pemakai semua peringkat umur. • Blaus dibuat dengan longgar mengikut stail dan bentuk badan pemakai.. • Fabrik yang sesuai untuk membuat blaus adalah sederhana tebal SELUAR • Seluar longgar dan selesa dipakai. • Menggunakan getah kenyal di garis pinggang.



NIGHTDRESS Nigthdresses mempunyai garis leher, pelbagai stail lengan atau tanpa lengan dan tali bahu. Pakaian ini longgar dan tidak memerlukan aksesori yang terlalu berat. Pakaian malam yang pendek boleh dipanggil \"shortie\" atau \"babydoll\", bergantung kepada gaya.



VARIASI STAIL REKAAN FESYEN

Variasi stail rekaan fesyen memerlukan idea kreatif mengikut trend semasa berdasarkan maklumat kajian yang diperolehi dan variasi stail boleh digabungkan dengan beberapa aspek seperti warna, peredaran masa, cuaca dan musim. Stail rekaan yang lama turut di beri nafas baru dengan rekaan yang lebih menarik seperti:

KOLAR Kegunaan kolar ialah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan rekabentuk pakaian dan dibuat untuk menutup kecatatan leher si pemakai. Kolar adalah yang bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian dan ada yang boleh ditanggalkan daripada pakaian jika tidak diperlukan. Kolar boleh didapati dalam berbagai- bagai jenis dan bentuk. Ciri-ciri kolar yang biasa digunakan ialah:  Permukaan rata dan sama lebar  Mata jahitan lurus dan kukuh  Bahagian hujung/ penyudah kolar dibentuk dengan elok

LENGAN Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh dibuat dari sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang lengan atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang dicantum dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis leher.

JENIS-JENIS BENTUK BADAN



APPLE  Bahu yang kecik dengan payudara yang lebih kecil.  Pinggang yang jelas  Badan bawah yang lebih luas daripada badan atas  Pinggul dan peha yang lengkap  Nisbah payudara: pinggang:pinggul ialah 3:2:4

HOURGLASS  Bahu yang kecik dengan payudara yang besar  Pinggang yang agak kecil dan jelas  Bahu dan pinggang seimbang  Bentuk pinggul yang bulat  Badan yang ramping  Nisbah dada:pinggang:pinggul 4:2:4

RECTANGLE  Bahu hingga dada purata yang sama size  Pinggang yang tidak ditentukan  Pinggang lurus dan bahagian bawah tidak banyak lekuk  Bahu dan pinggang yang sejajar  Nisbah dada:pinggang:pinggul 3:3:3

PEAR  Bahu yang kecik dengan payudara yang lebih kecil.  Pinggang yang jelas  Badan bawah yang lebih luas daripada badan atas  Pinggul dan peha yang lengkap  Nisbah payudara: pinggang:pinggul ialah 3:2:4

INVERTED TRIANGLE  Pinggang lebih kecil daripada bahu  Purata payudara agak besar  Bentuk kaki yang cantik  Nisbah dada:pinggang:pinggul 4:3:3

JENIS-JENIS FABRIK GAUN MALAM

SATIN LYCRA

SILK CHIFFON

CARA MENGUKUR UKURAN BADAN



BAHAN DAN PERALATAN MENGUKUR BADAN Pita Ukur Alat tulis Buku Catatan

JENIS-JENIS UKURAN BADAN KELILING LEHER Ukur keliling bahagian leher dan masukkan jari untuk kelonggaran BAHU Ukur dari pangkal bahu kiri ke bahu kanan melalui tulang tengkuk LABUH LENGAN • Ukur dari tulang bahu ke paras siku • Kemudian, terus ke buka lengan dengan mebengkokkan sedikit lengan sehingga labuh yang dikehendaki

JENIS-JENIS UKURAN BADAN PERGELANGAN TANGAN Ukuran diambil dengan melilit pita ukur ke pergelangan tangan mengikut kehendak pelanggan KELILING DADA Ukur keliling dada yang paling tinggi (paling menonjol) dan masukkan dua jari untuk kelonggaran MERCU KE MERCU Ukuran diambil dari bahagian dada yang paling tinggi di sebelah kanan kebahagian dada yang paling tinggi di sebelah kiri

JENIS-JENIS UKURAN BADAN BIDANG HADAPAN Ukur dari pangkal ketiak kanan hingga ke pangkal ketiak kiri. Pita ukur terletak kira-kira 10 cm dari pangkal leher BAHU KE MERCU Ukuran diambil dari pangkal bahu kebahagian dada yang paling tinggi LABUH TENGAH BELAKANG Ukur dari tulang tengkuk ke paras pinggang yang paling ramping (paras pinggang yang diikat)

JENIS-JENIS UKURAN BADAN UKUR BIDANG BELAKANG Ukur dari pangkal ketiak kanan hingga ke pangkal ketiak kiri. Pita ukur terletak kira-kira 12 cm dari tengkuk KELILING PINGGUL Ukur keliling pinggul yang paling tinggi (menonjol) dan masukkan dua jari untuk kelonggaran LABUH BAJU Ukur labuh baju dari tulang tengkuk melalui garis tengah belakang hingga paras labuh yang dikehendaki

MENDRAF POLA PAKAIAN

Draf pola adalah satu aktiviti melukis pola dengan menggunakan teknik dan peralatan yang betul serta ukuran yang tepat untuk memastikan bentuk pakaian kelihatan cantik dan tiada masalah ketika menjahit. Pola boleh diubahsuai dan dibuat pembetulan mengikut stail atau rekaan yang dikehendaki. Ukuran dan kiraan yang tepat memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan keseluruhan hasil pakaian melalui bahagian-bahagian pola yang dilakar dengan teliti. Pola perlu ditanda dengan tepat bagi memastikan keseragaman pola ketika pengubahsuaian atau pemindahan pola ke atas kertas lakaran yang lain. Penggunaan alatan yang tepat dititikberatkan supaya pola yang dilakar betul dan mengikut ukuran yang sebenar.

PERALATAN DAN BAHAN MENDRAF POLA ALAT TULIS PITA UKUR Digunakan untuk mencatat ukuran. Digunakan untuk mengambil ukuran dan mengukur garis lurus atau garis melengkung. BUKU CATATAN BROWN PAPER Ukuran yang dicatat pada buku Pilih yang sederhana tebal dan nota digunakan untuk mendraf tidak renyuk pola

PERALATAN DAN BAHAN MENDRAF POLA PEMBARIS LURUS PEMBARIS MELENGKUNG PEMBARIS SESIKU L

TEKNIK MENDRAF POLA PAKAIAN  Gunakan ukuran yang telah dicatat  Lakukan kerja mendraf dimeja mendraf  Pilih dan guna peralatan yang sesuai dengan teknik yang betul  Mendraf dengan prosedur yang betul

MENDRAF POLA DIMULAKAN DENGAN GARISAN ASAS

MENANDA GARIS PANDUAN PADA POLA Tanda-tanda garis panduan pada kertas pola perlu dibuat sebelum dipindahkan kesebelah dalam fabrik bagi memudahkan kerja memadan dan menjahit pakaian.

TANDA SIMBOL POLA TANDA LIPATAN IRA LURUS Tanda ini hendaklah di letak pada lipatan fabrik.. Tanda ini di letak mengikut ira lurus selari dengan tepi fabrik. TANDA IMBANG GARIS PEMADAN Tanda ini memberi panduan Kepingan fabrik hendaklah apabila mencantum kepingan dijahit pada garis ini fabrik sebelum kepingan apabila kerja mencantum tersebut dijahit. dilakukkan.

TANDA SIMBOL POLA GARIS MENGUNTING BASI KELIM Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini. Ruang di antara garis menggunting dan garis ARAH MENJAHIT pemadan yang berjarak 15mm hingga 20mm. Anak panah menunjukkan arah lipatan lisu. LISU PEMADAN Lisu pemadan hendaklah dijahit tepat mengikut garisan ini.

TANDA SIMBOL POLA GTH - Garis Tengah Hadapan GTB - Garis Tengah Belakang GL - Garis Lipatan GTH GTB GL

MENDRAF POLA PAKAIAN

Proses menggunting pola yang telah didraf dilakukan bagi memudahkan kerja dalam menggunting fabrik. Setiap bahagian pola perlu mencukupi dan lengkap dengan tanda dan simbol pola supaya pakaian dapat dihasilkan adalah sama dengan permintaan pelanggan.

PERALATAN DAN BAHAN MEMOTONG GUNTING FABRIK Digunakan untuk PITA UKUR memotong fabrik Digunakan untuk mengukur KAPUR bahagian badan atau fabrik dan mengukur kelebaran Untuk menanda dan basi di atas fabrik. memindahkan tanda pada fabrik PENITI Disematkan pada pola di atas fabrik supaya pola tidak bergerak ketika menanda basi dan ketika memotong

PERALATAN DAN BAHAN MEMOTONG PEMBARIS LURUS PEMBARIS MELENGKUNG PEMBARIS SESIKU L

PENGENALAN IRA FABRIK TEKSTUR FABRIK Dalam proses memotong,selain ira, keadaan dan corak fabrik , tanda pola juga memainkan peranan penting dalam proses memotong supaya tidak berlaku kesilapan semasa proses menggunting dan memudahkan proses menjahit di jalankan. Terdapat tiga ira fabrik antaranya ialah :  Ira menegak.  Ira melintang.  Ira serong tepat. IRA MELINTANG IRA MENEGAK IRA SERONG TEPAT

JALUR MEMANJANG Pastikan keadaan jalur mengikut ira yang betul. PENGENALAN TEKSTUR FABRIK

CORAK BERTABUR Corak bunga bertabur walaupun mudah dikendalikan tetapi ia perlu mengikut ira kain. PENGENALAN TEKSTUR FABRIK

PERATURAN MENYUSUN ATUR POLA Ratakan pola yang berkedut Kenal pasti dan patuh pada arahan,maklumat dan label pola Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata. Temukan sebelah dalam fabrik dan pastikan bahagian lipatan terletak selari dengan tepi meja Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik Susun atur kepingan pola besar dahulu,diikuti dengan kepingan pola kecil Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas Susun pola diatas fabrik dengan sempurna bagi mengelakkan pembaziran. Sematkan pola yang telah disusun dengan peniti



TEKNIK MEMOTONG  Pastikan fabrik dibentang diatas permukaan yang rata.  Guna gunting fabrik yang tajam.  Elakkan fabrik daripada bergerak dengan meletakkan sebelah tangan diatas pola.  Jangan angkat fabrik semasa menggunting supaya mendapat potongan yang tepat.  Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.  Amalkan langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan.  Tandakan pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam fabrik sebelum fabrik ditanggalkan bagi memudahkan kerja memadan dan menjahit pakaian.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook