Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore LAPORAN KESELURUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA MRSM TAIPING 20/21

LAPORAN KESELURUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA MRSM TAIPING 20/21

Published by ysminrhmn, 2021-05-18 04:41:34

Description: LAPORAN KESELURUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA MRSM TAIPING 20/21

Search

Read the Text Version

LAPORAN PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SESI 2020/2021 TAJUK PROGRAM TEEN TALK MASA PROGRAM SETIAP HARI KHAMIS BERMULA PADA 16 SEPTEMBER 2020 HINGGA 26 APRIL 2021 BAHAGIAN / UNIT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MRSM TAIPING PENGANJUR PEERS MRSM TAIPING SESI 2020/2021 OBJEKTIF PROGRAM 1) Mengaktifkan laman akaun Instagram @peerstpg 2) Meningkatkan keyakinan para pelajar 3) Memberikan pendedahan kepada pengikut laman akaun Instagram @peerstpg dengan pelbagai tips dan info yang menarik

Terdapat dua siri program Teen Talk iaitu : - Teen Talk Ahli PEERS 2020/2021 - Teen Talk berkolaborasi dengan Badan Wakil Pelajar dan Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) TeenTalk telah diadakan sebanyak 27 kali : 1) 16 September 2020 - Target (Daniel) 2) 8 September 2020 - Insecurities (Alia Balqis ) TENTATIF PROGRAM 3) 18 Oktober 2020 - Gangguan Mental ( Hadi ) 4) 24 Oktober 2020 - Motivation study ( Fatihah ) 5) 30 Oktober 2020 - Tips on Moving On ( Yasmin ) 6) 6 November 2020 - Adab dengan Guru ( Haikal ) 7) 12 November 2020 - Mindset to success (Zarith) 8) 21 November 2020 - Don’t Give Up (Eijas ) 9) 27 November 2020 - Adab ketika kelas dalam talian (Nayli) 10) 4 Disember 2020 - Cara menyesuaikan diri semasa belajar secara dalam talian 11) 11 Disember 2020 - Cara-cara pembelajaran (Syed) 12) 19 Disember 2020 - 5 Fakta menarik tentang haiwan ( Farhah ) 13) 29 Disember 2020 - Early Bird or Night Owl (Aini) 14) 1 Januari 2021

TENTATIF PROGRAM 15) 7 Januari 2021 - Pilihan dalam hidup ( Liya ) 16) 14 Januari 2021 - Tips to keep your conversation great ( Alyaa ) 17) 22 January 2021 - Judgemental (Nik) 18) 26 Januari 2021 - Cara kekal fokus semasa belajar ( Aisyah ) SIRI PROGRAM TEEN TALK II 1) 17 Februari- - You have SUPERPOWERS (Ilhan BWP ) 2) 18 Februari 2021 - Keep it up, Don’t Give Up ( Alif BWP ) 3) 19 Februari 2021 - Opportunity ( Mifzal JAKSA ) 4) 2 Mac 2021 - Dia Mahu Aku Ke Sana ( Bilal BADAR ) 5) 12 Mac 2021 - Berjaya (Danish BADAR ) 6) 27 Mac 2021 - Tips untuk bangun awal ( Shamizi BADAR ) 7) 1 April 2021 - Never Give Up ( Natalia EMC ) 8) 10 April 2021 - Facing Problems ( Benjamin EMC ) 9) 26 April 2021 - Mengulangi masa ( Afif PPSP ) CADANGAN 1) Membuka lebih banyak peluang kepada pelajar lain PENAMBAHBAIKAN untuk menghasilkan video yang menarik PROGRAM 2) Menganjurkan lebih banyak program pada masa akan datang untuk memastikan akaun Instaga @peerstpg sentiasa aktif

Disediakan oleh : Madihah Yasmin Binti Abdul Rahman (Setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya MRSM Taiping 20/21)

LAMPIRAN Gambar-Gambar sepanjang program berlangsung : 
 Insecurities (Alia Balqis) Target (Daniel) Depression (Hadi) Adab dengan guru (Haikal Tips on moving on from our problems Mindset to success (Zarith Hazeera) (Yasmin Rahman)

LAMPIRAN Gambar-Gambar sepanjang program berlangsung : 
 Adab ketika kelas online (Nayli Fatini) Cara menyesuaikan diri semasa belajar secara online (Hijriah) Cara-cara pembelajaran (Syed) 5 fakta menarik tentang haiwan(Farhah) Morning person or Night person (Aini Sakinah) Don’t give up (Eijas Farhan)































































Fuhh! Leganyaaa! Itulah perkara pertama saya rasa setelah program webinar ini selesai dengan jayanyaa. SECARA JUJURNYA, saya rasa agak berat hati kerana banyak sangat tugasan yg belum siap dan animation yg perlu dihantar tetapi saya tak sanggup nak biarkan ahli peers dan lain-lain bersusah payah dalam menjayakan program ini. Saya lebih rela stay up waktu wekend siapkan tugasan berbanding melihat rakan2 peers dan cikgu buat kerja. Banyak sngat2 benda yang saya pelajari semasa memberi pertolongan dalam program webinar . Lagi-lagi waktu diberikan tugasan untuk mengedarkan kek brounies dan roti kepada pelajar f5. Pada mulanya, edaran itu dilakukan oleh 2 org perempuan di bahagian perempuan dan 2 orang lelaki pada bahagian lelaki . Tetapi pada waktu itu, kita kekurangan org sbb kesian yg mana in charge jaga kelas tu tak sempat makan. Jadi saya dan hijirah terpaksa buat keputusan seorang edar brounies dan roti di bahagian perempuan dna seorang lagi di bahagian lelaki. Ketika mengedarkan makanan satu per satu kepada pelajar, saya memahi perasaan staf DS bahawa ucapan “terima kasih “ adalah pengubat bagi kepenatan ketika mengedarkan makanan. Begitu juga dgn hanya sekadar mengucapkan “TERIMA KASIH” sahaja sudha cukup buat saya rasa hilang penut pada ketika itu. Kedua, saya sebagai photographer telah mempelajari bahawa setiap saat, setiap minit dan setiap jam yang berlalu tidak akan patah balik. Setiap moment-moment yg terjadi tidak akan berputar semula. Ini menunjukkan kenangan yang manis pada masa silam dapat diulang tayang semula hanya dengan sekeping gambar sahaja. Saya rasa bahawa menangkap gambar moment-moment yang indah adalah sangat penting. Kita perlu hargai masa kita dengan kawan-kawan, cikgu dan akak dan abg2 ansara tu sebaik mungkin. Akhir sekali, saya pelajari bahawa setiap orang mempunyai potensi masing2 . Ada orang petah berkata, ada orang pandai dalam bidang teknologi gajet2 ni, ada orang pandai dalam mengurus jadual dan macam2lah membuatkan saya sedar bahawa kita semua saling memerlukan bantuan masing2 .tak smeua org pandai segala perkara . Kita kena faham juga bahawa kerja yg berat mustahil dilaksanakan seorang diri tanpa rakan2 yang lain. Semua orang memberikan peranan masing2. Saya rasa enjoyy sgt2 kerja dgn semua orang . Percayalah Titik peluh yg kita korbankan ada hikmahnya kerana kita dapat skill2 asas dalam bermasyarakat yang mana akan membantu kita pada masa hadapan terutamanya dalam kehidupan ketika kita semua dewasa dan mula bekerja. Saya harap sgt2 nnti ada lagi program mcm ni -Aisyah

Pertama sekali,hijriah ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada cg aisyah dan cg shahid serta rakan-rakan peers yg bertungkus-lumus utk menjayakan Program Webinar Day.Sy rasa bersyukur kerana dapat bersama-sama menjayakan program ini dari awal sampai ke majlis penutup walaupun parents sy dtg utk membawa sy outing sekejap selama 1jam 30 minit.Sy juga gembira kerana dapat menjadi helpers program ini kerana sy dapat mempelajari banyak perkara.Antaranya ialah sy dapat mempelajari bagaimana utk menguruskan sesuatu program.Walaupun terdapat beberapa masalah terutamanya masalah internet namun masalah tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama semua. Selain itu,walaupun saya tiada tugas yg khas seperti menjaga kelas,namun sy sedaya upaya berusaha utk menghulurkan bantuan agar program ini berjalan dengan lancar.Contohnya sy dapat membantu dalam mengangkat makanan ii utk diedarkan,memberi brownies utk pelajar ii f5 di ds,menjadi penunjuk arah,dpt menggantikan rakan peers utk menjaga kelas,membantu aisyah mengambil gambar dan video dn sebagainya.Daripada sini,sy juga dapat beljar banyak perkara.Contohnya sy perlulah alert dgn setiap arahan yg diberikan.Di samping itu,sy juga beljar bahawa masa itu sgt penting dlm menjayakan sesuatu program dan kemahiran berkomunikasi juga sgt penting. Di samping itu,sy berasa kagum dengan semua volunteers yg hadir semalam..mereka hadir dari latar belakang yg berbeza dan sungguh hebat..mereka merupakan alumni mrsm taiping dan ini memberikan inspirasi kepada sy bahawa sy juga ingin berjaya seperti mereka.Sewaktu webina 5,Encik Idris menceritakan pengalaman beliau dan beliau juga pernah gagal.Oleh itu,sy sedar bahawa sesuatu kejayaan yg diperoleh bukan dtg dengan mudah seperti kata peribahasa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.Oleh itu,dari sekarang sy perlulah berusaha bersungguh sungguh utk mencapai impian sy. Akhir kata,sy berharap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan sy berharap semoga sy mendapat banyak pengalaman semasa berada di mrsm taiping. -Hijriah

Sooo, apa yang saya dapat first sekali dalam menjayakan program besar MACAM ni ialah Kita dalam keadaan darurat, Kita kena berani mengambil risiko dalam menentukan keputusan bagi mengelakkan kecelaruan Yang lebih teruk , tetapi keputusan darurat tuh perlulah diambil dari pengalaman bukan hanya tentukan begitu sahaja semata mata , contohnya pada waktu malam , sewaktu pihak ansara hendak memeriksa kelajuan internet di setiap kelas f5, pada waktu itu terdapat banyak masalah yang timbul , Dan masalah yang timbul itu perlu kan penyelesaian. Pada ketika itu saya merupakan ketua bagi helpers, oleh itu pada ketika itu saya telah diminta untuk mencari jalan penyelesaian dalam masa yang singkat kerana telah lewat malam, saya juga terkejut Dan bertindak berani dalam mengambil risiko untuk setiap penyelesaian Yang saya cadangkan Dan alhamdulliah semua cadangan darurat saya berjalan lancar. Selain itu , Kita juga kena sentiasa bersedia dengan apa masalah Yang Bakal terjadi Dan perlu bijak dalam menyelesaikan masalah itu . Akhir sekali apa Yang saya dapat ialah , sebenarnya dalam menjayakan sebuah program , Kita sememamgnya memerlukan semangat pasukan Yang tinggi . Hal ini kerana setiap individu dalam pasukan mempunyai KEMAHIRAN Yang tersendiri. Sebagai contoh , walaupun saya ketua helpers tetapi terdapat beberapa perkara Yang saya tidak dapat lakukan tanpa AHLI pasukan saya yang lain .Seterusnya apa Yang saya rasa semasa menjayakan program ini ialah rasa takut dan gemetar kerana bimbang akan berlaku masalah Yang sama di tempat pertukaran iaitu masalah internet, projektor. Hal ini kerana saya ketua Yang bertanggungjawab menanggung risiko jikalau apa apa terjadi , Akhir sekali , saya berasa amat gembira an lega setelah dapat menjaya kan program ini. -Daniel

Alhamdulillah, saya yang tidak berkesempatan untuk menolong dari awal program ke akhir ni bersyukur kerana dapat tahu ynag program webinar f5 ini berjalan dengan lancar. Tak banyak saya belajar, sebab saya ada masa awal program sahaja. Tapi ada beberapa perkara yang saya dapat tahu. Mula-mula sekali, jangan beritahu masalah ketidak lapangan masa kepada ahli kumpulan atau penasihat pada jangka masa pendek antara persediaan dengan pekancaran program. Maksud saya, silap saya sebab tidak memberitahu kepada cikgu yang saya akan keluar ke bandar semasa pelaksanaan program. Kalau saya beritahu cikgu daripada awal, kita boleh membuat persediaan untuk mencukupkan bilangan orang untuk tujuan program. Kalau kita dapat minta bantuan dari SKP lain awal2, pagi semasa persediaan program tersebut tidak trperlalu kelam- kabut. Selain itu, saya dapat belajar tentang koordinasi dalam satu kumpulan. Program webinar tersebut dijalankan secara serentak dalam masayang sama, jadi koordinasi antara ahli sangat penting kerana ianya menunjukkan bahawa kita faham dan saling membantu antara satu sama lain. Akhir sekali, kita perlulah sentiasa peka dengan masa. Masa adalah sangat bahaya lebih-lebih lagi jika kita terleka walaupun hanya seketika. Contohnya abang Baim meminta pembantu Volunteers untuk mengingatkan mereka akan masa dan waktu sepanjang program webinar berlangsung, suapaya Volunteers tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberipenerangan atau ceramah. Sekian sahaja daripada saya, sekali lagi, sayaminta maaf sanga-sangat kerana tidak dapt memberi penglibatan sepenuhnya bagi membantu menjayakan program tersebut. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada semua ahli PRS dan Alumni Taiping kerana dapat menjayakan program tersebut walaupun ada yang terlibat sekerat jalan sahaja. -Hadi

Perkara utama yang saya dapat pelajari melalui penglibatan dalam menjayakan program ini adalah saya belajar betapa pentingnya kerjasama yang padu dalam melakukan sesuatu tugasan.Ianya kerana sepanjang program berlangsung dari pagi sehingga petang, semuanya dilakukan sebagai suatu pasukan iaitu PEERS tanpa berkira ataupun mengeluh. Ia telah membuktikan bahawa kerjasama ahli PEERS dengan para volunteers dan cikgu-cikgu menjadi asbab kepada kelancaran program semalam. Seterusnya,sikap bantu-membantu dapat melicinkan urusan dalam menjayakan program yang besar itu. Ia kerana semalam dapat kita lihat setiap daripada ahli PEERS dan volunteers serta guru memainkan peranan masing-masing dengan komited .Contohnya, hal yang paling saya terharu apabila Daniel dan ahli PEERS yang lain telah pun banyak membantu saya sepanjang saya menjaga kelas 507 dengan abang Jep kerana mereka sanggup menolong saya sewaktu saya kelewatan ke kelas. Akhir sekali,saya belajar membuat keputusan dengan cepat. Contohnya apabila berlaku sahaja sebarang masalah,saya terus berhubung dengan group Helpers SPKG bagi meminta bantuan untuk memastikan program berjalan tanpa sebarang permasalahan. -Nik Syakirin Disediakan oleh : Madihah Yasmin Binti Abdul Rahman (Setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya MRSM Taiping 20/21)

Bismillahirahmanirrahim, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih untuk cg sbb cg banyak membimbing kami. Apa yang saya dapat pada hari ini sangatlah banyak. Walaupun program ini berlangsung selama beberapa jam sahaja, namun banyak nilai dapat diambil iktibar dan dijadikan amalan. Pertama sekali, benda paling penting adalah kerjasama. Kalau takdak kerjasama, banyak benda tak boleh buat. Contohnya, waktu nak pergi buat soundcheck tu, kalau takdak Daniel, hancoq berteraboq kami cg, lepastu waktu nak angkat angkat barang tu cg, alhamdulillah semua saling bertoleransi, angkat sama sama dan takdak unsur mementingkan diri sendiri. Kecuali waktu akhir-akhir tu ada dua orang tak tolong angkat sampah hihi. Bak kata peribahasa, siapa makan cili terasa pedasnya. Lagisatu amalan bekerjasama ialah sikap semua orang yang prihatin dan saling membantu dekat dalam group telegram peers. Semua soalan yang ditanyakan dijawab dan semua masalah diselesaikan dengan lancar tanpa ada unsur pergaduhan. Saya bersyukur dapat ahli2 yang bekerjasama. Nilai yang kedua ialah kerajinan. Ya budak budak peers memang rajin. Saya bangga menjadi peers cewah. Semua orang rajin. Takdak satu pon yang curi tulang or lari daripada tolong. Memang tipu la kalau takdak orang mengeluh. Saya pon mengaku saya mengeluh. Tambah2 waktu nak angkat botol air mineral ke Dewan Kuliah. Memang menguji keimanan bethol. Tapi alhamdulillah takdak yang pengsan or pening ka apa ka. Nilaiyang ketiga ialah nilai kesabaran. Hari ini memang menguji kesabaran saya cikgu. Dengan kaki cramp, jatuh tersungkoq, panasnya sejuknya,fuhh. Ada satu situasi tu saya ditugaskan untuk menyuruh tingkatan 5 buka web slido.com. Jadi saya pon menyuruh mereka dan memberikan mereka kod event. Mereka menjawab dan berkata, ya terima kasih. Namun, mereka membuka instagram. Saya tersenyum melihat perangai mereka dan berlalu pergi. Ada juga situasi yang menguji kesabaran saya dimana saya harus menahan lapas saya pada pukul 10. Ceritanya bermula apabila saya terpaksa makan pagi dengan halaju yang laju. Saya terpaksa makan dengan laju dan tidak menikmati cococrunch dengan sepenuhnya dan menyebabkan makanan saya tidak dihadamkan dengan penuh. Kemudian saya berlari naik ke atas asrama untuk mandi kerana takut tak cukup masa. Pada pukul 9, saya sakit perut dan pergi ke tandas kerana memang adat perut saya jika minum susu, akan sakit perut. Selepas itu, saya lapar kerana isi di dalam perut saya sudah dibuang. Namun, saya masih tidak berputus asa kerana saya berpegang pada kata kata alumni iaitu “kalau ada makanan lebih baru korang boleh ambik”. Saya dengan penuh yakin, air kotak yang diedarkan akan ada lebih. Ibarat jatuh ditimpa tangga, makanan yang diedarkan kepada tingkatan 5 cukup. Tiada lebih tiada kurang. Maka kebuluran lah saya. Tidak lama sehingga saya bertukar tempat dengan Daniel. Perut saya diisi dengan nasi lemak no.2 di dunia (mak saya punya nombor 1). Nilai seterusnya ialah nilai keharmonian. Untuk pengetahuan cikgu, malam semalam, malam dimana semua peers kena buat soundcheck tu, lepas habis, saya, Syed dan Daniel pergi ke kelas untuk mengambil tugasan mandarin. Semasa berada di kelas, saya ada berbalah dengan si Daniel. Peristiwa itu telah merenggangkan sikit hubungan kami atas salah faham dan sifat ego masing-masing. Dengan adanya program ini, saya bukan saja dapat menjalinkan hubungan(persahabatan) semula dengan Daniel, tapi saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan(persahabatan) kami berdua. Bukan dengan Daniel sahaja, malah dengan semua ahli2 peers. -Haikal LAMPIRAN

GAMBAR-GAMBAR KETIKA PROGRAM BERLANGSUNG :

LAPORAN PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SESI 2020/2021 TAJUK PROGRAM PEERS WEEKEND SALES 2020/2021 MASA PROGRAM 10:15 PM PADA 9 OKTOBER 2020 , 15 OKTOBER 2020, 16 OKTOBER 2020 , 17 OKTOBER 2020 , 23 OKTOBER 2020 , 31 OKTOBER 2020 , 5 NOVEMBER 2020 , 6 NOVEMBER 2020 DAN 7 NOVEMBER 2020 BAHAGIAN / UNIT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MRSM TAIPING PENGANJUR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA MRSM TAIPING 2020/2021 OBJEKTIF PROGRAM 1) Membina kemahiran berkomunikasi antara ahli peers 2020/2021 2) Membina semangat kerjasama sepasukan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada ahli Peers - Jualan telah dilakukan sebanyak 9 kali bermula 9 Oktober 2020 hingga 7 November 2020 TENTATIF PROGRAM - PEERS akan bergilir-gilir menjual mengikut jadual yang ditetapkan - PEERS akan mempromosikan jualan burger dan roti john kepada para pelajar - Jadual bertugas PEERS disertakan di lampiran CADANGAN 1) Menyediakan kawasan yang kondusif untuk peers PENAMBAHBAIKAN menjalankan jualan pada setiap hujung minggu PROGRAM 2) Mempelbagaikan cara mempromosikan bahan jualan

LAMPIRAN JADUAL BERTUGAS PEERS JUMAAT SABTU AHAD DANIEL EYBA ALYAA ZARITH HADI SYED AMIR HIJRIAH NAYLI FARHAH JUMAAT SABTU AHAD EIJAS ALYAA AINI YASMIN HAIKAL NIK SYAFFINA AISYAH LIYA

GAMBAR-GAMBAR KETIKA PROGRAM BERLANGSUNG :

JADUAL KEUNTUNGAN JUALAN PEERS : PEERS WEEKEND SALES 20/21 MRSM TAIPING Bil. TARIKH JUALAN KEUNTUNGAN 1 9 OKTOBER 2020 ( JUMAAT) RM 43.50 2 15 OKTOBER 2020 (KHAMIS) RM 25.00 3 16 OKTOBER 2020 (JUMAAT) RM 25.00 4 17 OKTOBER 2020 (SABTU) RM 25.00 5 23 OKTOBER 2020 (JUMAAT) RM 40.00 6 31 OKTOBER 2020 (SABTU) RM 25.00 7 5 NOVEMBER 2020 (KHAMIS) RM 30.00 8 6 NOVEMBER 2020 (JUMAAT) RM 30.00 9 7 NOVEMBER 2020 (SABTU) RM 25.00 RM 268.50 JUMLAH Disediakan oleh : Madihah Yasmin Binti Abdul Rahman (Setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya MRSM Taiping 20/21) ,




Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook