Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Buku Pengurusan SMK Pujut 2021

Buku Pengurusan SMK Pujut 2021

Published by Mary Ann, 2021-02-05 06:35:43

Description: Buku Pengurusan SMK Pujut 2021

Search

Read the Text Version

Puan C telah mengambil Cuti Menjaga Anak selama 200 hari bagi tujuan menjaga anak angkat yang sakit. Pada hari ke 150, anak angkat pegawai meninggal dunia. Adakah pegawai masih boleh meneruskan Cuti Menjaga Anak sehingga 200 hari yang telah diluluskan? ¨ Tidak. Berdasarkan perenggan 11 (vi) PP 5/2014, pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan. Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak selepas melahirkan anak selama 200 hari (2007), 450 hari (2010) dan 650 hari (2012). Pada tahun 2015, pegawai akan melahirkan anak keempat dan bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakan pegawai layak? ¨ Pegawai layak baki kemudahan Cuti Menjaga Anak 525 hari (untuk kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin). Pengiraan kelayakan Cuti Menjaga Anak adalah seperti yang berikut: Jumlah Kelayakan Cuti: 1,825 hari Menjaga Anak (tolak) Cuti Menjaga Anak 2007: 200 hari (anak pertama) (tolak) Cuti Menjaga Anak 2010: 450 hari (anak kedua) (tolak) Cuti Menjaga Anak 2012: 650 hari (anak ketiga) Baki Cuti Menjaga Anak pada 2015 (anak keempat): * 525 hari *Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan Cuti Bersalin kelayakan terhad sehingga 365 hari daripada jumlah kelayakan keseluruhan 525 hari. Puan N mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh sebanyak 60 hari dan tidak pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebelum ini. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin? ¨ Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin, terhad sehingga 1,825 hari bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh 60 hari Cuti Bersalin Bergaji Penuh. Puan S, Pembantu Makmal hanya mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari dan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari. Disebabkan Cuti Menjaga Anak merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai bercadang untuk menghabiskan Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan diikuti dengan Cuti Rehat dan seterusnya Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin? ¨ Pegawai tidak layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin kerana telah menggunakan kemudahan Cuti Rehat terlebih dahulu selepas Cuti Bersalin Bergaji Penuh. Namun, pegawai layak menggunakan kemu- dahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin, terhad sehingga 365 hari selepas menggunakan baki Cuti Rehat sebanyak 20 hari. Puan F, seorang guru akan melahirkan anaknya yang kelapan semasa penggal sekolah. Pegawai tidak mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 900 hari pada tahun 2009. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekaligus? ¨ Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin, terhad kepada baki sebanyak 925 hari dengan pengiraan seperti berikut: Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang = 1,825 hari bersambung dengan Cuti Bersalin (tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak 2009 = 900 hari Baki Cuti Menjaga Anak yang bersambung = *925 hari dengan Cuti Bersalin * Pegawai boleh menggunakan baki 925 hari secara sekaligus atau sebahagian tertakluk kepada keperluan. Puan R telah menggunakan kelayakan Cuti Menjaga Anak yang bersambung dengan Cuti Bersalin sebanyak 630 hari. Selepas kembali bertugas selama 1 tahun, pembantu rumah beliau telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Beliau berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Pada ketika itu, anak beliau berumur 3 tahun. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak berikat dengan tempoh Cuti Bersalin? ¨ Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 365 hari (1 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan.

Puan F, PPP Gred DG48 berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 360 hari untuk menjaga anaknya yang sakit. Namun demikian, memandangkan kemudahan Cuti Men- jaga Anak ini merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai risau ia akan menjejaskan kelayakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974. Adakah pegawai masih layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974 selepas menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak? ¨ Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C Tahun 1974 me- mandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah PP 5/2014 tidak menjejaskan kelayakan bagi kemudahan di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C 1974. Kedua-dua kemudahan Cuti Tanpa Gaji tersebut adalah merupakan dua kemu- dahan yang berbeza. Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 150 hari bagi anaknya yang kedua. Selepas kembali bertugas selama 6 bulan, anaknya dimasukkan ke hospital. Pegawai juga telah habis menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan Perintah Am Bab C 1974. Adakah pegawai layak menggunakan baki Kemudahan Cuti Menjaga Anak? ¨ Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 215 hari dengan pengiraan seperti berikut: Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang : 365 hari tidak terikat dengan Cuti Bersalin (tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak telah diambil : 150 hari Baki Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin : 215 hari Puan K telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 130 hari meskipun pegawai masih di dalam tempoh percubaan. Apakah status tempoh percubaan pegawai? ¨ Tempoh percubaan pegawai dibekukan dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. CUTI BARAH Adakah seorang pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari sekaligus oleh Ketua Jabatan? ¨ Tidak. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh kepada pegawai yang telah didiagnos mengidap kanser oleh pakar kanser. Pegawai diberi sijil sakit barah bermula dari tarikh pengesahan diagnos kanser tersebut. ¨ Tempoh kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh adalah berdasarkan tempoh cuti barah yang dinyatakan dalam sijil sakit barah yang dikeluarkan oleh pakar barah kepada pegawai. Adakah seorang pegawai awam boleh mendapatkan rawatan sakit barah di hospital/ klinik swasta? ¨ Pegawai boleh mendapatkan rawatan barahnya di hospital/ klinik swasta sepenuhnya tetapi hendaklah mendapatkan kebenaran berubat di yayasan bukan kerajaan daripada Kuasa Tertentu (BPSM, KPM) terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, apabila pegawai mendapat kelulusan berubat di yayasan bukan kerajaan, pegawai layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari tetapi dengan syarat segala perbelanjaan rawatan perubatan barah tidak ditanggung oleh kerajaan. Sekiranya seorang pegawai didiagnos dan disahkan menghidap kanser payu dara mulai Disember 2012 dan diluluskan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 520 hari oleh Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun pada Jun 2014, pegawai tersebut didiagnos dan disahkan menghidap kanser rahim tahap 2. Dalam kes ini, adakah pegawai layak mendapat kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh tambahan sebanyak 720 hari bagi penyakit kanser rahim? ¨ Berdasarkan peruntukan Perintah Am Bab C 31 menjelaskan bahawa kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari bagi penyakit barah dan kusta atau yang setaraf dengannya. Ini bermakna kelayakan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari meliputi kedua-dua jenis barah yang dihidapi pegawai.

CUTI GANTIAN Seorang pegawai tidak hadir bertugas pada 14 Oktober 2013 dan kelayakan Cuti Rehat pada tahun berkenaan telah habis digunakan. Ketua Jabatan mengarahkan pegawai untuk menjalankan tugas lebih masa mulai 17 hingga 20 Oktober 2013. Berdasarkan pengesahan penyelia, jumlah masa terkumpul bertugas lebih masa adalah melebihi 9 jam yang melayakkan pegawai dipertimbangkan 1 hari Cuti Gantian. Dalam kes ini, adakah Cuti Gantian selama 1 hari boleh diambil bagi menggantikan tempoh ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013 walaupun jumlah masa terkumpul adalah bermula pada 17 Oktober 2013? ¨ Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974 menjelaskan bahawa Cuti Gantian layak dipertimbangkan kepada adalah pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi tidak berkelayakan mendapatkan bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas, layak diberi Cuti Gantian mengikut syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan. ¨ Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut. Satu hari Cuti Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 5.2, SPP 1/1980, PP 9/1991 dan PP 4/2002. ¨ Oleh yang demikian, Cuti Gantian kepada pegawai tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya sebagaimana dijelaskan di perenggan 2 di atas. CUTI SAKIT Seorang pegawai telah jatuh sakit semasa bercuti rehat di Singapura. Beliau telah menerima rawatan di klinik swasta dan diberikan cuti sakit selama 2 hari. Bolehkan sijil sakit tersebut diterima? ¨ Berdasarkan surat edaran JPA rujukan JPA(S)223/8/3 Klt.15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010 - Penambahbaikan Dasar Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura menjelaskan bahawa: ¨ Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik/ hospital di Singapura bagi tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i. pegawai telah mendapatkan kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan bagi apa-apa tujuan sekalipun; ii. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluar- kan oleh doktor swasta di dalam negara tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelas- kan dalam PP 2/2006. iii. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh tidak melebihi 90 hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan iv. bagi pegawai yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan (b) di atas. CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA JARAK JAUH (PJJ) Apakah Syarat Untuk Mendapatkan Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS)? ¨ Berdasarkan perenggan 7, SPP Bil. 7 Tahun 2009, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian CKS tertakluk kepada syarat berikut: i. Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan; ii. Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuit pengajian secara jarak jauh; iii. Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah mendapat pengiktirafan Unit Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, Sektor Pengajian Tinggi bagi maksud lantikan ke dalam perkhidmatan awam yang boleh disemak melalui laman web JPA : eSISRAF; iv. Kemudahan CKS hanya layak untuk dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan; v. Bilangan CKS yang diambil perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai; vi. Kemudahan yang diberikan bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan vii. Kemudahan CKS (iaitu Cuti Tanpa Rekod bagi mengikuti kursus intensif sebanyak 30 hari bagi satu tahun pengajian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa. Kursus intensif meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti kuliah, tutorial, seminar/ bengkel/ kolokium dan latihan amali/ latihan industri yang kurang daripada 30 hari.

Sekiranya Seorang Pegawai Telah Memulakan Pengajian Secara Jarak Jauh Sebelum Berkhidmat Dengan Kerajaan Dan Meneruskan Pengajian Setelah Dilantik Ke Perkhidmatan Awam, Adakah Pegawai Tersebut Layak Untuk Menikmati Kemudahan CKS? ¨ Pegawai belum layak dipertimbangkan kemudahan CKS selaras dengan peruntukan SPP Bil. 7/2009 kerana belum disahkan dalam perkhidmatan. PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB MUSABAB KECEMASAN AM Seorang pegawai diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana rumah/tempat kediaman dinaiki air. Pegawai berada selama seminggu di pusat pemindahan banjir sementara menunggu banjir surut untuk kembali ke rumah. Dalam tempoh berada di pusat pemindahan banjir, pegawai boleh hadir ke pejabat kerana tidak terhalang perjalanan daripada pusat pemindahan banjir ke pejabat. Dalam kes ini, adakah peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986 juga terpakai kepada pegawai bagi tempoh selama mana pegawai berada di pusat pemindahan banjir tersebut? ¨ Berdasarkan PP 1/1986, Ketua-ketua Jabatan diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pega- wai itu tidak dapat hadir bekerja. Pertimbangan oleh Ketua Jabatan dalam melaksanakan pekeliling ini adalah seperti berikut: i. Pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa; ii. Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku atas peribadi atau atas harta benda seseorang pegawai tidak dianggap kecemasan am dan hendaklah mengambil cuti lain yang layak; iii. Pegawai perlu memaklumkan perkara ini kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan borang permo- honan seperti di lampiran kepada PP 1/1986 cuti bagi tempoh tidak hadir itu; iv. Mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jab- atan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa; v. Tempoh kebenaran tidak hadir kerja yang boleh diberikan adalah sepanjang tempoh berlaku kecemasan am atau bencana alam; vi. Sekiranya Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, maka Ketua Jabatan boleh memo- tong cuti rehat tahunan pegawai ataupun menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat tahunan pegawai sudah habis digunakan. ¨ Dalam kes ini, pegawai telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir kerana rumah/tempat kediaman telah dinaiki air. Walaupun perjalanan pegawai dari Pusat Pemindahan ke tempat bekerja tidak terhalang, tetapi situasi dan keadaan memaksa pegawai tidak dapat hadir bekerja boleh dipertimbangkan untuk diberikan kebenaran tidak hadir kerja di bawah PP Bil. 1/1986 oleh Ketua Jabatan sepertimana yang dijelaskan di Perenggan 3.1 pekeliling tersebut. Pada masa yang sama, semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam PP Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi. Seorang pegawai pulang ke kampung di Kelantan tetapi tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana jalan ditutup akibat banjir. Adakah pegawai layak dipertimbangkan tidak hadir bekerja di bawah PP Bil 1/1986? ¨ Berdasarkan perenggan 1.1, PP Bil. 1/1986, pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat beker- ja biasa boleh dipertimbangkan kemudahan tersebut. Ketua Jabatan boleh mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam PP Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi. Status warga KPM yang dilantik sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa banjir, adakah pegawai layak diberi kemu- dahan Cuti Tanpa Rekod atau pelepasan dan dianggap bertugas rasmi? ¨ Berdasarkan maklum balas surat JPA rujukan JPA(SARAAN)262/6/3-11 Klt.8 (57) bertarikh 26 Februari 2015 menjelaskan bahawa : i. Sekiranya program sukarelawan tersebut merupakan anjuran Kementerian/ Jabatan, Ketua Jabatan dengan menggunakan budi bicaranya dan atas kepentingan perkhidmatan, boleh mengarahkan pegawai untuk membantu mangsa banjir/ memulihkan keadaan serta fasiliti-fasiliti yang berkenaan seolah-oleh pegawai menjalankan tugas ras- minya. ii. Bagi program anjuran NGO dan atas kerelaan pegawai untuk membantu, tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Rehat yang ia berke- layakan bagi tujuan tersebut.

CUTI KUARANTIN—BERKUATKUASA 1 JANUARI 2017 Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan kuarantin? ¨ Berdasarkan PP Bil. 11/2016, perakuan secara bertulis atau melalui sijil sakit oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta. Perakuan atau sijil sakit tersebut hendaklah di atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit yang disenaraikan di Lampiran A PP Bil. 11/2016 sahaja atau pindaannya dari semasa ke semasa, bukannya atas nama pegawai. Kemudahan Cuti Kuarantin ini hanya diperuntukkan untuk menjaga anak yang disahkan dijangkiti penyakit yang tersenarai di Lampiran A PP Bil. 11/2016. Bagaimana pula jika pegawai yang diberi perintah kuarantin? ¨ Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat Cuti Kuarantin bergaji penuh sepanjang tempoh kuaran- tin selaras dengan peraturan dan ketetapan di bawah Perintan Am 24 Bab C (Cuti). Berapakah tempoh kelayakan Kemudahan Cuti Kuarantin? ¨ Tempoh yang diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes walaupun tempoh perakuan untuk sesuatu kes tersebut adalah melebih lima (5) hari, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasaan am. Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa? ¨ Pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang diberikan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta. Bagaimana sekiranya anak tersebut mengalami hilang upaya kekal selepas berusia 21 tahun? ¨ Syarat anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan dengan tidak mengira usia anak tersebut, sekiranya cacat otak dari segi jasmani dan secara kekal serta tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, dengan syarat kesemua perkara tersebut berlaku ketika usia anak itu di bawah 21 tahun. Apakah yang dimaksudkan penjagaan sementara? ¨ Bagi pegawai yang diberi hak penjagaan sementara oleh ibu bapa asal anak selain daripada yang dinyatakan di perenggan 8(a) – (e) PP Bil. 11/2016, untuk apa-apa jua sebab bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, pegawai tersebut layak mendapat kemudahan Cuti Kuarantin. ¨ Dalam hal ini, anak pegawai lain bermaksud, anak kepada sesiapa sahaja (penjawat awam atau swasta) asalkan penjaga tersebut merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diberikan hak penjagaan semasa ketiadaan ibu dan bapa atas apa-apa jua sebab. Apakah dokumen pengesahan penjagaan sementera yang diperlukan? Perakuan bertulis bagi hak penjagaan bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan hendaklah diberi- kan oleh ibu atau bapa kepada penjaga sementara yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Nyatakan keadaan yang tidak melayakkan pegawai mendapat kemudahan Cuti Kuarantin. ¨ Kemudahan Cuti Kuarantin tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut: i. ibu dan bapa yang anaknya tidak mendapat penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/ sekolah yang disahkan mendapat penyakit berjangkit; dan ii. ibu bapa yang anaknya disahkan sihat tetapi taska/ sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin untuk mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit. PEGAWAI BERTUKAR WILAYAH Apakah elaun dan kemudahan yang layak dinikmati oleh ‘pegawai yang bertukar wilayah’? Pegawai yang bertukar wilayah layak diberi elaun dan kemudahan seperti berikut: i. Bayaran Insentif Wilayah; ii. Elaun Perumahan Wilayah; iii. Elaun Gangguan; iv. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal; dan v. Tambang Ehsan.

TAKRIFAN: Tatalaku - Sistem atau peraturan perilaku peribadi seseorang individu, kumpulan dan sebagainya. Kelakuan - Tabiat yang biasa dilakukan, perangai dan perbuatan. Elemen-elemen dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Pengurusan penilaian prestasi Program galakan kemajuan, kebajikan dan pemupukan semangat kekitaan Penguatkuasaan peraturan dan disiplin Program latihan dan kemajuan kerjaya Program penerapan nilai-nilai murni dan amalan kerja positif Usaha-usaha ke arah pemantapan disiplin dalam perkhidmatan awam Penguatkuasaan tatatertib Pencegahan rasuah Program penerapan nilai-nilai murni Penubuhan jawatankuasa keutuhan pengurusan Pembudayaan integriti Rasional Supaya pegawai awam memahami, menghayati dan membudayakan tatakelakuan sebagai seorang penjawat awam. Memelihara imej perkhidmatan awam. Pembangunan modal insan minda kelas pertama melalui pelaksanaan tatatertib yang berkesan. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan/melanggar peraturan. Komponen sistem tatatertib dalam perkhidmatan awam Peraturan Tatakelakuan dan larangan Pihak berkuatkuasa tatatertih Prosedurtatacara Hukuman Rayuan PERATURAN YANG DIGUNAPAKAI P.U.(A)395/1993 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Menggantikan Bab D 1980, Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) P.U.(A)396/1993 Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 Menggantikan Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan awam 1972 P.U.(A)396/1993 Pekeliling/Surat Pekeliling/Surat Pekeliling Am PKPA/Surat Edaran/Akta Berkaitan P. U.(A)398/1993 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)1993 Menggantikan Bab D 1980. Perintah-Perintah Am Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib P.U.(A)396/1993 Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 Menggantikan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1972 P.U.(A) 396/1993 Pekeliling/Surat Pekeliling/Surat Pekeliling Am PKPA/Surat Edaran/Akta Berkaitan

P.U.(A) 395/1993 KONSEP PENAHANAN KERJA DAN PENGGANTUNGAN KERJA BAHAGIAN PERATURAN Tatakelakuan Larangan Peraturan 4 Prosedur/Tatacara Peraturan 4A hingga 24 Konsep Tahan Kerja & Gantung Kerja Peraturan 25 hingga 37 Hukuman Peraturan 49 hingga 51 Umum Peraturan 43 hingga 45 Peraturan 38 hingga 42 Peraturan 3C, 52 dan 53 PENAHANAN KERJA BAGI MAKSUD PENYIASATAN PERATURAN 43 PENAHANAN KERJA - PERATURAN 44, 46, 47, 48 PENGGANTUNGAN KERJA - PERATURAN 45, 46, 47, 48 HAK UNTUK DIDENGAR ¨ PERKARA 135 FASAL (12) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ¨ \"(2) TIADA SESEORANG ANGGOTA MANA-MANA PERKHIDMATAN AWAM YANG TERSEBUT DI ATAS ITU BOLEH DIBUANG KERJA ATAU DITURUNKAN PANGKAT DENGAN TIDAK DIBERI PELUANG YANG MUNASABAH UNTUK DIDENGAR; PENGECUALIAN HAK UNTUK DIDENGAR ¨ PERKARA 135 FASAL (2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ¨ Atas sebab sabitan jenayah ¨ Atas alasan yang munasabah mengikut pertimbangan pihak berkuasa tatatertib (PBTT) yang ada kuasa buang kerja atau turun pangkat ¨ Atas sebab keselamatan mengikut pertimbangan Yang Dipertuan Agong ¨ Atas sebab perintah tahanan, buang negeri dan sebagainya ¨ Kes penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam HUKUM UNDANG-UNDANG TABI (RULES OF NATURAL JUSTICE) ¨ HAK UNTUK DIDENGAR/ RIGHT TO BE HEARD ¨ HUKUM MENCEGAH BERAT SEBELAH/ RULE AGAINST BIAS

HAK UNTUK DIDENGAR ¨ Prinsip ini mengandungi aspek: ¨ Notis pemberitahuan-fakta kes ¨ Peluang membuat representasi bertulis selama 21 hari ¨ Hak diberitahu keputusan pertimbangan kes terdahulu ¨ Hak diwakili peguam/ mengemukakan saksi HAK UNTUK DIDENGAR ¨ Diberi kepada pegawai untuk: ¨ Memberitahu butir-butir kes ¨ Peluang representasi HUKUM MENCEGAH BERAT SEBELAH ¨ Dipakai oleh PBTT ¨ Berkecuali/ terbuka/ bebas Tidak mengambil kira faktor Tidak ada kepentingan/ Berdasarkan maklumat yang Pegawai pelapor tidak boleh luar dibentang sahaja menganggotai Lembaga perhubungan pertalian Tatatertib. keluarga PETIKAN PERATURAN 3C P.U.(A)395/1993 3C(1) Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap-tiap hal pelanggaran mana- mana peruntukan peraturan-peraturan ini. 3C(2) Seseorang yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melakukan pelanggaran tatatertib boleh disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN 4, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 4(i) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong, negara dan kerajaan. 4(ii) Seseorang pegawai tidak boleh: a. Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya; b. Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya; c. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa: d. Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; e. Kurang cekap atau kurang berusaha; f. Tidak jujur dan tidak amanah; g. Tidak bertanggungjawab; h. Membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan; i. Ingkar perintah; dan j. Cuai dalam melaksanakan tugas.

DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK) PERATURAN LARANGAN PENDAPATAN 4A 7 GANGGUAN SEKSUAL 9 MENYALAHGUNA DADAH 11 MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI DARIPADA EMOLUMEN RASMI DAN 12 PERSENDIRIAN YANG SAH 13 15 MEMINJAM WANG/ MENJADI PENJAMIN 16 KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS 17 MEMINJAMKAN WANG DENGAN BUNGA 18 PENGLIBATAN DALAM PASARAN HADAPAN 20 CABUTAN BERTUAH DAN LOTERI 21 PENERBITAN BUKU BERDASARKAN MAKLUMAT TERPERINGKAT 24 PENYUNTING AKHBAR/ MAJALAH/ JURNAL KEGIATAN POLITIK TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI/ TANPA KEBENARAN/ TANPA SEBAB YANG MUNASABAH BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN PERATURAN PERATURAN JENIS LARANGAN KEBENARAN 5 KETUA JABATAN 6 PEKERJAAN LUAR 8 KPPA 10 PAKAIAN KETUA JABATAN 19 HADIAH KETUA JABATAN 21 PEMUNYAAN HARTA MENTERI 22 KPPA/KSU PENYATAAN AWAM KETUA SETIAUSAHA NEGERI KEGIATAN POLITIK i) KUMPULAN SOKONGAN ii) CUTI SEBELUM BERSARA MEMBAWA PERBICARAAN UNDANG-UNDANG/ BANTUAN GUAMAN KONSEP TAHAN KERJA DAN GANTUNG KERJA PENAHANAN KERJA BAGI MAKSUD PENYIASATAN PERATURAN 43 1. BOLEH DITAHAN KERJA, JIKA DISYAKI DENGAN MUNASABAH MELAKUKAN ¨ KESALAHAN JENAYAH ¨ PELANGGARAN TATATERTIB YANG SERIUS ¨ FAKTOR DIAMBIL KIRA i. Secara langsung berkaitan dengan tugas rasmi ii. Kehadirannya menggendalakan siasatan 2. PIHAK BERKUASA TATATERTIB ¨ YANG ADA KUASA BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT 3. TEMPOH ¨ TIDAK MELEBIHI 2 BULAN - (BAGI MAKSUD MEMUDAHKAN SIASATAN) 4. EMOLUMEN ¨ DIBAYAR 100% 5. TAHAN KERJA TERHENTI JIKA TELAH DIMULAKAN ¨ PROSIDING JENAYAH ¨ TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA

PENAHANAN KERJA PERATURAN 44 1. BOLEH DALAM DUA KEADAAN ¨ KESALAHAN JENAYAH TELAH DIMULAKAN; IAITU ¨ TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT TELAH DIMULAKAN ¨ FAKTOR DIAMBIL KIRA i. Kaitan secara langsung dengan tugas ii. Kehadirannya menggendalakan siasatan; dan iii. Mendatang keadaan serba salah kepada Ketua Jabatan 2. EMOLUMEN ¨ TIDAK KURANG ½ (50-100%) 3. TEMPOH ¨ SEHINGGA KES SELESAI ¨ BUDI BICARA PBTT - BOLEH DIHENTIKAN PADA BILA-BILA MASA PENGGANTUNGAN KERJA PERATURAN 45 1. BOLEH DALAM 2 KEADAAN ¨ SABITAN OLEH MAHKAMAH JENAYAH ¨ PERINTAH TAHANAN, BUANG NEGERI DSB 2. EMOLUMEN ¨ TIDAK DIBAYAR (TIDAK BERHAK MENERIMA EMOLUMEN) 3. TEMPOH ¨ TEMPOH SEHINGGA PBTT MEMBUAT KEPUTUSAN KES TERSEBUT PROSEDUR-PROSEDUR TATATERTIB PROSEDUR KES TATATERTIB BIASA (PERATURAN 35, 36 DAN 37) ¨ LAPORAN AWAL ¨ PENGERUSI PBTT MEMBUAT KFPUTUSAN PENENTUAN JENIS KESALAHAN- (PERATURAN 30) ATAU MENENTUKAN PRIMA FACIE (PERATURAN 37) ¨ PERTUBUHAN KEPADA PEGAWAI ¨ REPRESENTASI OLEH PEGAWAI 21 HARI SECARA BERTULIS ¨ PERTIMBANGAN PBTT BERSALAH ATAU TIDAK BERSALAH: HUKUMAN; TIDAK BERSALAH: BEBAS PROSEDUR KES PERBICARAAN DAN SABITAN JENAYAH (PERATURAN 28, 29 DAN 33) ¨ PEGAWAI DI TANGKAP/ PERTUBUHAN MAHKAMAH ¨ PEGAWAI HENDAKLAH BERITAHU KETUA JABATAN ¨ DAPATKAN DOKUMEN: i. DARIPADA MAHKAMAH ii. KJ DARIPADA MAHKAMAH SYOR KJ KEPADA PBTT YANG ADA KUASA BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT ¨ TAHAN KERJA ATAU TIDAK TAHAN KERJA ¨ PBTT MEMBUAT KEPUTUSAN; ¨ TAHAN KERJA; ATAU TIDAK TAHAN KERJA DISABITKAN.... GANTUNG KERJA ¨ PERAKUAN / SYOR KJ KPD PBTT i. Setakat mana menjatuhkan reputasi. Sama ada pegawai; ii. Patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat; iii. Patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat; iv. Patut ditamatkan demi kepentingan awam; atau v. Tiada ditamatkan demi kepentingan awam; atau vi. Tiada hukuman dan dibebaskan

PERAKUAN/ SYOR KJ KPD PBTT ¨ Patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat; ¨ Patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat; ¨ Tiada hukuman dan dibebaskan PROSEDUR KES TAHANAN PERATURAN 32 DAN 33 DITANGKAP SETELAH PERINTAH TAHANAN DIKELUARKAN Gantung kerja oleh PBTT PERAKUAN/ SYOK K.I KPD PBTT Setakat mana menjatuhkan reputasi- Samada pegawai i. Patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat; ii. Patut dihukum dengan apa-apa hukuman, selain buang kerja atau turun pangkat; iii. Patut ditamatkan demi kepentingan awam; atau iv. Tiada hukuman dan dibebaskan. PERTIMBANGAN/ KEPUTUSAN PBTT i. Patut dibuang kerja atau dirutunkan pangkat; ii. Patut dihukum dengan apa-apa hukuman, selain buang kerja atau turun pangkat; atau iii. Tiada hukuman dan dibebaskan. PROSEDUR KES TIDAK HADIR BERTUGAS/ TIDAK DAPAT DIKESAN (PERATURAN 26) ¨ TIDAK HADIR BERTUGAS 7 HARI BEKERJA BERTURUT-TURUT KJ HANTAR SURAT ARAH KEMBALI BERTUGAS MELALUI SERAHAN TANGAN/ POS BERDAFTAR ¨ JIKA SURAT SERAHAN DIKEMBALIKAN/ TIDAK BERDAFTAR, KETUA JABATAN LAPOR KE; PBTT UNTUK BUANG KERJA ¨ PBTT AMBIL LANGKAH SIAR SUATU NOTIS KETIDAKHADIRAN SEKURANG-KURANGNYA SATU AKHAR HARIAN BAHASA KEBANGSAAN MAKLUM: ¨ FAKTA KETIDAKHADIRAN TIDAK DAPAT DIKESAN ¨ ARAHAN SUPAYA HADIR BERTUGAS DALAM TEMPOH 7 HARI DARI PENYIARAN ¨ PEGAWAI TIDAK HADIR JUGA: ¨ DISIFATKAN TELAH DIBUANG KERJA MULAI DARI TIDAK HADIR ¨ PEMBUANGAN KERJA HENDAKLAH DIWARTAKAN PROSEDUR PENAMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM (PERATURAN 49) PERAKUAN DARIPADA ¨ KERAJAAN ¨ PBTT ¨ KJ MEMORANDUM ¨ PEGUAM NEGARA ¨ KPPA ¨ Y.A.B PERDANA MENTERI\\SPB YDP AGONG PROSEDUR SURCAJ (PERATURAN 51) ¨ PERAKUAN/ SYOR PERBENDAHARAAN ¨ PENENTUAN KES PRIMA FACIE OLEH PENGERUSI PBTT ¨ PERTUBUHAN Dl BAWAH SEKSYEN 18, AKTA PROSEDUR KEWANGAN 1957 ¨ REPRESENTASI PEGAWAI -21 HARI- SECARA BERTULIS PERTIMBANGAN PBTT ¨ BERSALAH- KENAKAN SURCAJ; ¨ ATAU TIDAK BERSALAH- TIDAK DIKENAKAN SURCAJ

HUKUMAN TATATERTIB 1. AMARAN 2. DENDA 3. LUCUT HAK EMOLUMEN 4. TANGGUH PERGERAKAN GAJI 5. TURUN GAJI 6. TURUN PANGKAT 7. BUANG KERJA PENJELASAN HUKUMAN TATATERTIB HUKUMAN PENJELASAN 3 AMARAN DENDA SATU BENTUK PERINGATAN LUCUT HAK EMOLUMEN MAKSIMUM 7 HARI EMOLUMEN TANGGUH PERGERAKAN GAJI TIADA HAD, SESUAI DENGAN KESALAHAN TIDAK HADIR BERTUGAS TURUN GAJI BAGI TEMPOH 3, 6, 9 ATAU 12 BULAN MINIMUN 1 PERGERAKAN GAJI SELAMA 12 BULAN MAKSIMUM PERGERAKAN GAJI SELAMA 36 BULAN TURUN PANGKAT TIDAK TERHAD.TERTAKLUK KPD SKIM PERKHIDMATAN YANG SAMA DAN KUMPULAN YANG SAMA BUANG KERJA DIKELUARKAN DARI PERKHIDMATAN AWAM DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI YANG DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB HUKUMAN TEMPOH TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT AMARAN 12 BULAN DENDA 18 BULAN LUCUT HAK EMOLUMEN 24 BULAN TANGGUH PERGERAKAN GAJI 30 BULAN TURUN GAJI 36 BULAN TURUN PANGKAT 48 BULAN RAYUAN TATATERTIB ¨ SESEORANG PEGAWAI YANG TELAH DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB BOLEH MEMBUAT RAYUAN KEPADA LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB (LRTT) DALAM TEMPOH 14 HARI KEPUTUSAN DITERIMA OLEH PEGAWAI LRTT YANG DIMAKSUDKAN IALAH SPA/SPP ¨ RAYUAN DIKEMUKAKAN MELALUI KJ ¨ TIADA RAYUAN BAGI KES YANG DIPUTUSKAN OLEH SPA/SPP TINDAKAN TATATERTIB YANG BERKESAN ANTARA LAIN BOLEH DIUKUR SEJAUH MANA IANYA DAPAT DIPERTAHANKAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG. JUSTERU ITU, TINDAKAN TATATERTIB HENDAKLAH MENGIKUT PROSEDUR YANG TELAH DIPERUNTUKAN DALAM PERATURAN/ UNDANG-UNDANG.

PERKHIDMATAN BIL 9 / 2013



SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 2 / 1981

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 3 / 1981

SURAT PEKELILING Perkhidmatan Bil. 9 / 2013

SURAT PEKELILING Perkhidmatan Bil. 9 / 2013

SURAT PEKELILING Perkhidmatan Bil. 9 / 2013

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 4 / 1986

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 4 / 1986

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 4 / 1986

SURAT PEKELILING

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 3 / 1987

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 3 / 1987

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 3 / 1987

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 3 / 1987

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 3 / 1999

SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 7 / 2001

MUTIARA KATA “Jadi guru itu tidak usah punya niat bikin pintar orang. Nanti kamu hanya marah-marah Ketika melihat muridmu tidak pintar. Ikhlasnya jadi hilang. Yang penting niat menyampaikan ilmu dan mendidik yang baik. Masalah muridmu kelak jadi pintar atau tidak, serahkan kepada Allah. Didoakan saja terus menerus agar muridnya mendapat hidayah.” “Yang paling hebat bagi seorang Guru adalah mendidik, dan rekreasi yang paling indah adalah mengajar. Ketika melihat murid-murid yang menjengkelkan dan melelahkan, terkadang hari teruji kesabarannya, namun hadirkanlah gambaran bahawa di antara satu dari mereka kelak akan menarik tangan kita menuju surga.” - Almarhum KH. Maimun Zubair - TERIMA KASIH WAHAI GURU-GURU

BAHAGIAN IV > Carta Organisasi Unit Pentadbiran Sekolah > Objektif & Matlamat > Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah > Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran Sekolah > Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah > Jawatankuasa Pengurusan Kewangan, Akaun & Aset > Jawatankuasa ICT / Makmal Komputer & Bestari > Jawatankuasa Highly Immersive Programme (HIP) > Jawatankuasa Pengurusan Bangunan & Bilik Khas > Jawatankuasa Siaraya > Jawatankuasa Program / Majlis Rasmi Sekolah > Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan & PLC > Jawatankuasa SKPM & PKB > Jawatankuasa Tatatertib Guru > Jawatankuasa Program Pembangunan Guru Baharu



Buku Pengurusan Sekolah 2021 - -

-

Buku Pengurusan Sekolah 2021

- - - - - - - -

Buku Pengurusan Sekolah 2021

- --

- Buku Pengurusan Sekolah 2021 - - - -

-

Buku Pengurusan Sekolah 2021 -

- -

Buku Pengurusan Sekolah 2021

- - -

Buku Pengurusan Sekolah 2021 - - - -



Buku Pengurusan Sekolah 2021



BAHAGIAN V > Carta Organisasi Unit Kurikulum Sekolah > Objektif & Matlamat > Jawatankuasa Kurikulum Sekolah > Jawatankuasa Peningkatan Prestasi Guru & Pelajar > Jawatankuasa Pencerapan Pembelajaran & Pemudahcaraan > Jawatankuasa Pemantauan Buku Latihan > Jawatankuasa Pentaksiran & Penilaian > Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah > Jawatankuasa Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) / KBAT / STEM / PBL > Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional > Jawatankuasa Pengurusan Fail Panitia > Jawatankuasa Jadual Waktu > Jawatankuasa Program Pemulihan > Jawatankuasa Program High Performing Rural School (HiPERS) > Jawatankuasa Kelas Rancangan Khas


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook