Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore buletin bangga prestasi ogos 2008

buletin bangga prestasi ogos 2008

Published by ajfirdaus, 2020-07-24 22:49:24

Description: buletin bangga prestasi ogos 2008

Keywords: buletin bangga prestasi 2008

Search

Read the Text Version

Untuk Ahli PRESTASI Sahaja Percuma Edisi Cetakan Semula BIRO ANTARABANGSA DAN TUGAS-TUGAS KHAS (BANGGA) Ogos 2008 PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS (PRESTASI) NIEZA JUARA PERTANDINGAN KARAOKE PRESTASI IDOL 27 Ogos 2008 – Shahaniza binti Shamsuddin atau Nieza dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Karaoke Prestasi Idol 2008 dalam majlis yang diadakan semalam bertempat di Panggung Budaya. Nieza berjaya menewaskan tujuh orang peserta lain dengan mendendangkan lagu Nirmala yang pernah dipopularkan oleh Y.Bhg Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Rusley bin Taib, Pendaftar. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Salman Firdaus Sidek yang menyanyikan lagu Tercipta Untukku manakala Ahmad Janatul Firdaus bin Datuk Dr Haji Dzulkarnain menduduki tempat ketiga dengan menyampaikan lagu berjudul Cinta Kain Putih. Beliau menggunakan nama samaran iaitu FRED selain membuat kejutan dan gimik kepada hadirin menerusi fesyen rambut ala afro. Cahya Arreya pula menerima Anugerah Khas Pelajar Akademi PRESTASI Paling popular dengan jumlah 639 undi yang diperoleh melalui undian carta Prestasi Idol dalam laman sesawang PRESTASI dan Youtube. Muhaiyuddin dan Ahmad Janatul Firdaus berkongsi menerima Anugerah Khas Peserta Paling Popular melalui 12 undi yang diterima. Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar Akademi PRESTASI iaitu Mazlan Mamat (Pak Da) (PRESTASI/JHEPA), Shahaniza Shamsuddin (PRESTASI/JHEPA), Muhamad Hari Abu Hassan (USIA/Pusat Kesihatan), Salman Firdaus Sidek (PEKA/FTMK), dan Shamsul Arrieya Ariffin (PEKA/FTMK). Mohd Muhaiyuiddin Md Zahid (USIA/FSS), Azwina Shazwin Mohd Zaki (USIA/BSM) dan Ahmad Janatul Firdaus bin Datuk Dr Haji Dzulkarnain (PRESTASI/FSS) merupakan peserta baharu yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh 4 orang pelajar Akademi PRESTASI. Lima orang pelajar Akademi PRESTASI telah menarik diri iaitu Asmawi Haji Hashim (Awie), Shahrizan Shahrani, Nor Afidah Mohd Noor, Rohaizat Rawi dan Ridzuan Shah Datu Sahadun(Wan Shah). Pertandingan Karaoke PRESTASI IDOL merupakan program gantian kepada Konsert Kemuncak PRESTASI IDOL (Akademi PRESTASI) Musim Pertama yang ditangguhkan atas permintaan tenaga pengajar yang merasakan pelajar mereka masih kurang bimbingan walaupun pihak penganjur telah menyediakan platform sesi latihan dan bimbingan untuk tempoh 2 bulan. Dengan kehadiran penonton dari pelbagai skim perkhidmatan, program sulung ini dianggap berjaya. Ia juga dilihat mampu melahirkan bintang seni suara di UPSI . Syabas dan tahniah kepada pemenang. Semoga program ini akan merintis kepada program seumpama pada masa akan datang. MUKA SURAT 1

PERTANDINGAN KARAOKE PRESTASI IDOL/ PRESTASI IDOL (AKADEMI PRESTASI – API) MUSIM PERTAMA – 2008 Johan Tempat Kedua Tempat Ketiga Nieza – Nirmala Salman – Tercipta Untukku FRED – Cinta Kain Putih PRESTASI IDOL UPSI 2008 – Evolusi Percikan Pelangi MUKA SURAT 2

POTRET PRESTASI IDOL MUKA SURAT 3

AJK TERTINGGI BIRO ANTARABANGSA DAN TUGAS-TUGAS KHAS (BANGGA) PENGERUSI AHMAD JANATUL FIRDAUS BIN DATUK DR HAJI DZULKARNAIN TIMBALAN PENGERUSI (ANTARABANGSA) TIMBALAN PENGERUSI (TUGAS-TUGAS KHAS) PUAN ASMAWATI ABDUL EID ENCIK AHMAD WIRAPUTRA SELAMAT SETIAUSAHA KEHORMAT PUAN MARIDATUL AKMAR LOP MOKHTAR AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA PUAN SHAKILA MOHD IDRIS CIK ASIAH ABDUL RAHMAN CIK SYAMIMAH ABDUL HAMID AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA ENCIK MOHD FEIZAL MD SHARIF PUAN MAIMUN MD ABBAS ENCIK MAZLAN MAMAT MUKA SURAT 4


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook