Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 2 - REGIS FEBRUARI 2020

2 - REGIS FEBRUARI 2020

Published by ajfirdaus, 2020-05-06 22:00:16

Description: 2 - REGIS FEBRUARI 2020

Search

Read the Text Version

1 BULETIN JABATAN PENDAFTAR FEBRUARI 2020 AKTIVITI & PROGRAM PEMERKASAAN JABATAN PENDAFTAR BENGKEL JABATAN PENDAFTAR SESI PENDENGARAN PELAN PENGGANTIAN AUDIT PERJAWATAN BENGKEL PEMANTAPAN 1 TADBIR URUS

BERITA UTAMA 2 BULAN FEBRUARI AKTIVITI & PROGRAM PEMERKASAAN JABATAN PENDAFTAR 28 Februari 2020 – Sepanjang Februari 2020, Jabatan Pendaftar banyak menjalankan aktiviti dan program pemerkasaan jabatan. Program utama yang dijalankan dimulai dengan Bengkel Penyelarasan Jabatan Pendaftar. Bengkel tersebut diadakan pada 8-9 Februari 2020 di Scholar’s Suites. UPSI yang bertujuan mengkaji semula dan menetapkan visi, misi dan objektif Jabatan Pendaftar selain menetapkan Hala Tuju Pelan Strategik Pendaftar Tahun 2021-2025. Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab di bawah Jabatan Pendaftar juga berjaya memantapkan MyPortfolio bagi memastikan keakuran kepada pematuhan pelaksanaan My Porfolio dipatuhi. “Perjalanan masih panjang dan masih terlalu banyak perkara perlu dilakukan untuk memastikan institusi kependaftaran bergerak selari dengan aspirasi Universiti yang dipacu oleh Naib Canselor UPSI” tulis Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman dalam laman Facebook miliknya. Aktiviti dan program lain yang dilihat signifikan dalam usaha pemerkasaan Jabatan Pendaftar termasuklah Sesi Pendengaran Pelan Penggantian pada 20 Februari 2020 bagi memberi penerangan yang jelas kepada mereka yang terlibat dalam pelaksanaan Pelan Penggantian dan Sesi Audit Perjawatan yang melibatkan 22 PTj UPSI dikendalikan oleh konsultan luar pada 24-26 Februari 2020 yang bertujuan untuk mengaudit perjawatan UPSI ke arah pengurusan perjawatan yang lebih efisien. Bengkel Pemantapan Tadbir Urus Universiti pada 24-25 Februari 2020 juga merupakan inisiatif untuk memantapkan skop tadbir urus Universiti selain beberapa program lain seperti Sesi Pendaftar Bersama Fakulti yang diadakan pada bulan Februari 2020 dan Mac 2020. Pusat Kesihatan Universiti juga memainkan peranan penting dalam usaha pemerkasaan Jabatan Pendaftar dengan penyediaan SOP bagi mencegah penularan COVID-19. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia juga memulakan Februari 2020 dengan beberapa siri penganjuran kursus untuk warga UPSI bagi menyemarakkan aspek pembangunan sumber manusia staf. Begitu juga Bahagian Pengangkutan dan, Bahagian Keselamatan yang menjalankan aktiviti di peringkat masing-masing dalam us2aha pemerkasaan Jabatan Pendaftar.

@PEJABAT PENDAFTAR 3 Pendaftar bersama Pengurusan UPSI di PICC PENDAFTAR HADIR KE SESI AMANAT PERDANA MENTERI MERANGKAP PEMANGKU MENTERI PENDIDIKAN 6 Februari 2020 – Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman menghadiri Sesi Amanat Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan yang diadakan pada 6 Februari 2020 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC). Hadir sama termasuklah Pengurusan UPSI dan juga jemputan kakitangan Universiti. 3

@PEJABAT PENDAFTAR 4 Pendaftar memberi pandangan dalam Sesi Perkongsian Ilmu “TAHNIAH BUAT KAKITANGAN YANG BERANI MENYAHUT CABARAN MENGIKUTI PROGRAM UPSI GLOBAL TAHUN 2019” - PENDAFTAR 14 Februari 2020 – Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman sempat meluangkan masa menghadiri Sesi Perkongsian Ilmu Kakitangan yang Meng ikuti Program UPSI Global Tahun 2019 bertempat di Perpustakaan Tuanku Bainun pada 14 Februari 2020. “Berdasarkan perkongsian tersebut, saya harapkan kisah pengajaran dan teladan yang dibawa balik ke UPSI dapat dijadikan penambahbaikan SOP, dasar, prosedur dan cara kerja dari aspek ketepatan masa, keselamatan pekerjaan dan pengurusan kerja berkumpulan” kata Dr Hajah Zainab. “Tahniah buat kakitangan yang berani menyah4ut cabaran ini. Untuk kakitangan lain, ayuh isi kuota 2020” tambahnya lagi.

@PEJABAT PENDAFTAR 5 Ahli bengkel rancak berbincang dalam sesi dijalankan BENGKEL PENYELARASAN JABATAN PENDAFTAR KE ARAH MEMPERKASAKAN INSTITUSI KEPENDAFTARAN 10 Februari 2020 – Bengkel Penyelarasan Jabatan Pendaftar diadakan pada 8-9 Februari 2020 di Scholar’s Suites UPSI dihadiri oleh Ketua Pusat Tanggungjawab dan beberapa orang pegawai di bawah Jabatan Pendaftar. Sesi bengkel ini dikendalikan oleh Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman. Bengkel ini merupakan satu usaha ke arah memperkasakan institusi kependaftaran dengan terhasilnya draf Hala Tuju Pelan Strategik Pendaftar Tahun 2021-2025 selain pemantapan MyPorfolio melibatkan Ketua PTj di bawah Jabatan Pendaftar. 5

6 @PEJABAT PENDAFTAR Pendaftar memberi taklimat kepada para peserta bengkel “BUKU PANDUAN PROFESIONAL BAKAL DIHASILKAN” - PENDAFTAR 25 Februari 2020 – “Satu buku Panduan Profesional atau Code of Conduct bakal dihasilkan untuk semua warga UPSI agar menjadi pegangan dan panduan yang perlu dipatuhi” kata Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman. Buku ini hasil daripada perbincangan dalam bengkel yang diadakan pada 24-25 Februari 2020 di Scholar’s Suites UPSI yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir Urus Universiti bersama beberapa orang staf yang dijemput menyumbangkan kepakaran. Ini merupakan satu lagi inisiatif untuk memantapkan skop tadbir urus Universiti dilaksanakan untuk menyokong usaha Naib Canselor membawa UPSI terbang tinggi selaras dengan laungan UPSI No.1 Pendidikan. Usaha ini juga selaras dengan hasrat Uni6versiti bagi mencari penyelesaian kepada penemuan audit yang berfokuskan kepada kelemahan sistem prosedur kerja dan sikap.

7 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Naib Canselor bersama konsultan, Pendaftar & Pegawai UPSI AUDIT PERJAWATAN OLEH KONSULTAN LUAR 26 Februari 2020 – Selaras dengan usaha memantapkan pengurusan perjawatan, UPSI melaksanakan Audit Perjawatan yang dijalankan oleh konsultan luar. Selama dua hari pasukan audit diketuai oleh Dr Aniah Baharom dan ahli pasukannya, Dr Zahrah Mokhtar dan Puan Norziah Daim menjalankan auditan melibatkan 22 PTj. Sesi penutup Audit Perjawatan dipengerusikan oleh Naib Canselor UPSI, YBhg Profesor Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran berlangsung pada 26 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori. Terdahulu, sesi pembukaan audit disempurnakan oleh wakil Naib Canselor yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Profesor Dr Suriani Abu Bakar pada 24 Februari 2020 di Bangunan E-Learning. 7 TNC (P&I) bersama konsultan & Pegawai UPSI

8 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pendaftar mempengerusikan sesi di FTV SESI PERJUMPAAN PENDAFTAR BERSAMA PENGURUSAN FAKULTI BERMULA DI FTV 27 Februari 2020 – Sesi Perjumpaan Pendaftar Bersama Pengurusan fakulti bertujuan mendapatkan maklumbalas berkaitan isu perjawatan dan isu tadbir urus di fakulti. Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman memulakan kunjungan pertama di Fakulti Teknikal & Vokasional (FTV) pada 5 Februari 2020 dan kali kedua pula di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi pada 27 Februari 2020. Perjumpaan ini mendapat reaksi positif pengurusan fakulti kerana ia memberi pencerahan isu-isu pelantikan kakitangan kontrak, pelantikan penyelaras berbayar dan tidak berbayar selain keperluan sumber manusia di fakulti. 8 Pendaftar sempat melawat galeri FPE

9 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Sebahagian staf yang hadir ketika sesi perjumpaan SESI PERJUMPAAN BSM BERSAMA STAF SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH KLASIFIKASI B 27 Februari 2020 – Sesi Perjumpaan Bahagian Sumber Manusia (BSM) bersama Staf Skim Perkhidmatan di Bawah Klasifikasi B berlangsung pada 27 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori. Timbalan Pendaftar Kanan, BSM, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain dalam ucapan aluannya memaklumkan bahawa sesi ini bertujuan mendapatkan maklumbalas staf dari Skim Perkhidmatan di Bawah Klasifikasi B susulan daripada cadangan tukar lantik ke skim dominan. “Maklumbalas dan juga justifikasi yang disampaikan oleh staf akan diangkat untuk perhatian dan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)” tambah Encik Ahmad. Antara jawatan yang terlibat dalam proses tukar lantik pada 2019 termasuklah jawatan Pegawai Sains (C), Pegawai Psikologi (S), Pegawai Perancang Bahasa (S) yang ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir (N) manakala Penolong Pengurus Asrama (N) ditukar lantik ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir (N9).

10 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Khusyuk mendengar ucapan ringkas Timbalan Pendaftar Kanan, BSM BSM SAMPAIKAN SURAT NAIK PANGKAT STAF 6 Februari 2020. Timbalan Pendaftar Kanan, BSM, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain menyampaikan surat kepada staf yang menerima kenaikan pangkat bertempat di Bilik Temu Duga, Bangunan Canselori. “Ucapan syabas dan taniah kepada anda. Semoga kenaikan pangkat ini menyuntik diri anda untuk bekerja lebih cemerlang untuk UPSI” kata Encik Ahmad. Antara mereka yang hadir ke sesi penyerahan surat ialah Encik Nazrul Nazri, Encik Akmalhijaz Mohd, Encik Irwan Hamdi Mohamad, Encik Mohamad Azrie Hussin, Encik Muhammad Diahidayat Idris, Puan Norhanizah Mahmad Ayub dan Encik Azizul Hakimi Mohamad Amin. 10 Penyampaian surat kepada Encik Azizul

11 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA #PRIHATIN KEBAJIKAN SALAM TAKZIAH Bagi pihak Universiti, Unit Kebajikan Staf, BSM ingin merakamkan takziah kepada keluarga staf dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman: 1. Ayahanda kepada Puan Noor Hafizah Abd Gani, Penolong Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari dan Cik Nora Shikin Abd Gani, Pembantu Tadbir, Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC) meninggal dunia pada 4 Februari 2020. Al Fatihah. Puan Rahayu ketika memberi taklimat kepada peserta BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI HRMIS KEPADA PENGESAH REKOD PTj 18 Februari 2020 – Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Manusia menganjurkan Bengkel Penggunaan Aplikasi HRMIS kepada Pengesah Rekod PTj pada 18 Februari 2020 bertempat di Makmal Exa, Pusat ICT. Sesi ini dikenali oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pua11n Rahayu Mangsor.

12 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Antara staf baharu yang melapor diri 16 STAF BAHARU LAPOR DIRI BULAN FEBRUARI 3 Februari 2020 – Seramai 16 orang melapor diri sebagai kakitangan baharu UPSI bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM), Bangunan Canselori pada 3 Februari 2020. Sesi selamat datang dan penerangan kepada mereka disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, BSM, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. Seramai 10 orang pensyarah gred DS51 & DS45, tiga orang staf gred 41, dua orang staf gred KP11 dan seorang SPKU 19 melapor diri pada bulan Februari 2020. INFO STAF BERTUKAR JABATAN Bil Nama PTj Asal PTj Baharu Tarikh Kuatkuasa Pertukaran Encik Khairul Azhar Ali Osman Fakulti Sains Sukan dan Pusat Ko-Kurikulum 1 Pembantu Belia dan Sukan Kejurulatihan 1 Februari 2020 Perpustakaan Tuanku Gred S26 Fakulti Sains Kemanusiaan Bainun 3 Februari 2020 Puan Noor Jama’ayah Idris 2 Pembantu Tadbir (P/O) Pusat Pengurusan Fakulti Sains dan Gred N19 Penyelidikan dan Inovasi Matematik Puan Nor Azlina Dollah 3 Penolong Akauntan Fakulti Sains dan Matematik Pusat Antarabangsa dan Gred W29 Mobiliti Encik Mohd Fadzlan Ibrahim Shah 12 4 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

13 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 13

14 @BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 14

@BAHAGIAN GOVERNAN 15 Peserta tekun mendengar taklimat SESI PENDENGARAN GARIS PANDUAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING) UPSI 20 Februari 2020 - Bahagian Governan dan Unit Bakat menganjurkan Sesi Pendengaran berhubung Garis Panduan Pelan Penggantian (Succession Planning) di Dewan Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan wakil Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA) dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRESTASI). Sesi ini dianjurkan hasil daripada saranan pihak Pengurusan Tertinggi Universiti untuk memberi penerangan dengan lebih jelas mengenai dasar yang dibangunkan serta mendapatkan pandangan daripada ahli terlibat. Pelan penggantian merujuk kepada proses perancangan bersistematik untuk mengenalpasti dan membangunkan sumber manusia, khususnya dalam kalangan staf pengurusan dan profesional sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan utama dan strategik organisasi. Pelan penggantian memfokus kepada segolongan staf yang berpotensi untuk digilap bakat dan keupayaan kepimpinannya bagi mencapai visi dan misi sesebuah organisasi. 15 Encik Ikmal Redzuan & Hajah Maskana menyampaian taklimat

@BAHAGIAN GOVERNAN 16 Peserta program bergambar di hadapan Scholar’s Suites UPSI TUAN RUMAH SESI LIBAT SAMA AKEPT DAN UNIT BAKAT UNIVERSITI AWAM 26 Februari 2020 - AKEPT dengan kerjasama Unit Bakat dan Bahagian Governan berjaya menganjurkan Sesi Libat Sama AKEPT bersama Pengurusan Unit Bakat Universiti Awam di Scholar’s Suites UPSI yang dihadiri oleh seramai 26 wakil Pengurus Bakat seluruh negara. Melihat kepada peranan penting yang dimainkan oleh Unit Bakat semua universiti awam, AKEPT merangka program ini bagi menyokong dan membantu melancarkan agenda kepimpinan pendidikan tinggi melalui pengenalpastian bakat pemimpin masa hadapan. Objektif program ini adalah untuk mendapatkan persetujuan bersama (perkongsian amalan baik) dalam merangka kaedah berstruktur bagi proses pengenalpastian bakat terbaik yang akhirnya akan diiktiraf sebagai Kumpulan Bakat Kebangsaan (National Top Talent Pool). Penganjuran program ini juga diharapkan dapat menjayakan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dalam memperkasakan kepimpinan pendidikan tinggi yang berkualiti seterusnya melonjakkan kecemerlangan universiti tempatan di peringkat serantau dan global. Bersempena program tersebut, Bahagian Govenan mengambil peluang membawa kumpulan AKEPT ke UPSI Adventure Park (UAP) bagi sesi lawatan tapak dan penerangan aktiviti yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr Mazuki Mohd Yasim. Ini merupakan salah satu usaha mem16promosi fasiliti yang dibangunkan oleh UPSI untuk menarik pihak luar menganjurkan program di sini.

17 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Antara staf PKU yang hadir ‘ BENGKEL PENYEDIAAN MyPORTFOLIO PKU 1 Februari 2020 – Pusat Kesihatan Universiti (PKU) mengadakan Bengkel Penyediaan MyPortfolio PKU bertempat di Makmal Hexa Pusat ICT pada 1 Februari 2020. Bengkel ini disampaikan oleh pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan menyusun dan menyelaraskan semula deskripsi tugas dan MyPortfolio kakitangan PKU. Pada akhir bengkel, staf PKU berjaya mendapat gambaran jelas mengenai pelaksanaan deskripsi tugas dan MyPortfolio yang tepat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kementerian. Petugas saringan PKU SARINGAN DENGGI SEMPENA KEMASUKAN PELAJAR BAHARU 10 Februari 2020 - Bersempena hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Akademik Februari 2020, Pusat Kesihatan Universiti menghantar satu pasukan untuk mmeenndjaalaftnakrasnebsaagraini glaanngkDaehnpgegni.ceSgaarhinagna1pn7eninuilarmaenlidbeamtkaanm semua pelajar baharu Denggi dalam kawasan kampus.

18 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI TAKLIMAT KESEDIAAN MENGHADAPI ANCAMAN COVID-19 14 Februari 2020 - Satu taklimat kesediaan menghadapi ancaman COVID-19 diadakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang bertempat di Hospital Tapah. Pusat Kesihatan Universiti dijemput menghadiri taklimat tersebut bersama wakil Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Seri Iskandar dan beberapa pengamal perubatan swasta dan Badan Berkanun lain. Taklimat ini diadakan bagi menerangkan pelaksanaan Garis Panduan pengurusan COVID-19 yang terkini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. TAKLIMAT KESEDARAN PENCEGAHAN DENGGI 19 Februari 2020 - Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama pasukan COMBI Muallim dan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim mengadakan satu taklimat kesedaran pencegahan denggi dan kepentingan penjagaan kebersihan kepada Majlis Mahasiswa Kolej Za’ba. Taklimat ini bertujuan mendedahkan para pelajar UPSI dengan peranan pasukan COMBI dalam mencegah Denggi di peringkat komuniti. SARINGAN COVID-19 2 Februari 2020 - Pelaksanaan saringan COVID-19 sempena hari kemasukan Pelajar Pasca Siswazah dan pelajar English Language Proficiency Course (ELPC) diadakan pada 1-2 Februari 2020 melibatkan pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa. Pelajar antarabangsa dari negara-negara terkesan COVID-19 perlu menjalani Home Surveilance selama 14 hari bertempat di Blok Antarabangsa, Kolej Aminuddin Baki. Bermula dari 3 Februari 2020 juga Pusat Kesihatan Universiti (PKU) membuka kaunter saringan COVID-19 di pintu masuk PKU. Semua pesakit perlu menjalani saringan COVID-19 sebelum dibenarkan masuk dan menerima rawatan di kklainlaikngPaKnUw. IanrigbaaUgiPmS1eI8.ngelakkan risiko jangkitan dan penularan kes COVID-19 dalam

19 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Tekun mendengar taklimat yang disampaikan LAWATAN KERJA KE NADI 17 Februari 2020 - Pusat Kesihatan Universiti mengadakan lawatan kerja ke National Diabetes Institute (NADI) pada 17 Februari 2020. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan dengan NADI yang diketuai oleh YBhg Dato’ Dr Nor ‘Aini Abu Bakar berkenaan framework War Against Diabetes di UPSI. Sesi ini berjaya mewujudkan hubungan dua hala dengan pihak NADI, memahami berkenaan screening dan diabetic care management yang dilaksanakan oleh NADI dan menggalakkan peer educator training (kolaborasi dengan NADI) melalui pendidikan, komuniti dan penjagaan kesihatan. PEMANTAUAN COVID-19 & HOME SURVEILLANCE 3 Februari 2020 - Pusat Kesihatan Universiti memulakan gerak kerja pemantauan suhu harian pelajar antarabangsa yang baharu mendaftar di UPSI. Gerak kerja ini berlangsung selama 14 hari dari tarikh pelajar-pelajar tersebut mendarat di Malaysia. Pemantauan suhu badan 1d9an tahap kesihatan pelajar dilakukan dari rumah ke rumah pada setiap hari.

20 Jabatan Pendaftar Sidang Redaksi Penasihat: Pejabat Pendaftar PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Pendaftar PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Ketua Editor: Pendaftar [email protected]/4506444 Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Sidang Editor: Ketua Ptj: Pejabat Pendaftar Bahagian Governan Cik Azura Mat Said Bahagian Governan Hajah Maskana Haji Ahmad Timbalan Pendaftar Kanan N52 Puan Mohaieda Mat Hussin [email protected]/4506351 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Puan Rozlinda Rusli Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Encik Azman L.Kadir Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Encik Ikmal Redzuan Mohd Isa Timbalan Pendaftar Kanan N52 Bahagian Pengangkutan [email protected]/4506357 Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Bahagian Keselamatan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Puan Siti Suriana Yahya Pusat Kesihatan Universiti Encik Azman L.Kadir Dr Mazlina Hamzah Timbalan Pendaftar N48 Puan Syaidatul Hamera Mohd Radzi [email protected]/4506353 U20rus setia Bahagian Pengangkutan Puan Rozlinda Rusli Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Penolong Pendaftar Kanan N44 [email protected]/4506594 Bahagian Keselamatan Encik Mohd Fairuz Mislan Pegawai Keselamatan KP44 [email protected]/4505112 Pusat Kesihatan Universiti Dr Noor Safina Ahmad Noor Pegawai Perubatan UD54 [email protected]/4506669


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook