Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 4 - REGIS APRIL 2020

4 - REGIS APRIL 2020

Published by ajfirdaus, 2020-05-06 22:44:11

Description: 4 - REGIS APRIL 2020

Search

Read the Text Version

BULETIN JABATAN PENDAFTAR 1 APRIL 2020 KAMPUS UPSI: PKP 2 & 3 & 4: 1-30 APRIL 2020 TERIMA KASIH BARISAN HADAPAN UPSI 1

BERITA UTAMA 2 PTJ BAWAH PENDAFTAR NADI SEWAKTU PKP 17 April 2020 – Sejak Perintah Kawalan Pengerakan (PKP), pusat tanggungjawab di bawah Pendaftar memainkan peranan penting dalam membantu Universiti menjalankan kerja-kerja essential khasnya di barisan hadapan. Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Bahagian Keselamatan (BKES) merupakan dua PTj yang terkehadapan sepanjang tempoh PKP kerana peranan mereka amat signifikan dalam menghadapi ancaman COVID-19. Ptj lain seperti Bahagian Governan (BG), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM), Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengangkutan (BTRANS) merupakan pusat tanggungjawab yang turut memainkan peranan besar dari sudut pengurusan dan pembangunan sumber manusia seperti kebajikan staf, hal ehwal pengangkutan dan dasar Universiti. Menurut Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman, Jabatan Pendaftar sentiasa komited membantu Universiti dalam mengharungi saat getir ini. Dr Hajah Zainab sendiri memperkenalkan idea Program Staf Prihatin iaitu satu program yang dikhaskan kepada staf UPSI bagi membantu PTj lain yang kekurangan tenaga kerja ketika PKP. Program ini merupakan kerjasama Pejabat Pendaftar, BSM dan Ptj berkaitan. “Setakat ini, bantuan diberikan kepada Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI) pada 29-31 Mac 2020 lalu melibatkan seorang staf dan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) seramai 7 orang dari 15 April – 28 April 2020” kata Dr Hajah Zainab. Sewaktu PKP 4, Program Staf Prihatin digerakkan lagi dengan staf UPSI terpilih menjadi Liason Officer bagi penghantaran pelajar ke kampung halaman. Sejumlah 34 staf dinamakan bagi membantu urusan ini. Program Staf Prihatin ini selaras dengan nilai BITARA UPSI iaitu Prihatin Kebajikan Anggota agar staf UPSI merasa terpanggil untuk membantu kakitangan lain dan sama- sama merasa susah dan senang dalam menjalankan tugas. Terdahulu, Pejabat Pendaftar pernah mengadakan program membantu PKU dengan Pegawai di BSM, BPSM dan BG diminta untuk bertugas di War Room pada Mac 2020. Pendaftar UPSI juga merupakan penggerak utama dalam hal melibatkan bantuan dan sumbangan kepada barisan hadapan termasuklah sumbangan makanan sepanjang PKP dan juga sumbangan topeng muka d2an pensanitasi tangan yang diuruskan oleh BSM.

@PEJABAT PENDAFTAR 3 Pendaftar sedang mengikuti syarahan dalam talian PENDAFTAR UPSI HADIRI SIRI SYARAHAN PENDAFTAR UA MELALUI WEBEX 27 April 2020 – Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman berkesempatan hadir Siri Syarahan Pendaftar UA yang diadakan melalui aplikasi Webex pada jam 10 pagi, 27 April 2020 anjuran Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA). Syarahan ini disampaikan oleh Dr Musa Ali, Pendaftar Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan Pengerusi JKSMUA. 3

@PEJABAT PENDAFTAR 4 Suasana di Dewan Besar ketika taklimat DUA WAKIL PENDAFTAR HADIR TAKLIMAT PENGURUSAN PERGERAKAN PELAJAR PULANG KE KAMPUNG 29 April 2020 – Dua wakil Pendaftar iaitu Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain dan Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pengangkutan, Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan hadir ke Sesi Taklimat Petugas Bilik Gerakan 24 jam UPSI dan Liaison Offer (LO) Bas bagi Pengurusan Pergerakan Pelajar Pulang ke Kampung yang diadakan pada 29 April 2020 pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UPSI. Selepas sesi itu, satu perbincangan diadakan bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Md Amin Md Taff bagi membincangkan lebih terperinci pengurusan pergerakan pelajar pulang ke kampung yang dihadiri beberapa Ketua PTj dan wakil PTj tertentu. SOP KEMBALI KE PEJABAT SELEPAS PKP DIBINCANGKAN 20 April 2020 – Sesi Perbincangan Berkenaan Standard of Procedure selepas Tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung pada 20 April 2020 jam 2.30 petang dipengerusikan oleh Pendaftar UPSI, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman bertempat di Bilik Perbincangan, Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori. Sesi ini dihadiri oleh wakil Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Governan dan Bahagian Sumber Manusia. Perbincangan melibatkan Standard of Procedure selepas Tamat Perintah Kawalan Pergerakan sebagai persediaan apabila kakitangan kembali bekerja. Ini termasuk cadangan Borang PdeansgaisrytkiheahraadniraKnessihtaaftankeDmibri,alpi ebrseekd4eirajaa,n tempat sebelum dan semasa kembali bekerja, pelaksanaan mesyuarat, pelaksanaan bekerja di luar pejabat dan aktiviti melibatkan perhimpunan besar-besaran.

@PEJABAT PENDAFTAR 5 INFO PROGRAM STAF UPSI PRIHATIN Nama Program: SUPRIN – Staf UPSI Prihatin Tujuan: Satu program yang dikhaskan kepada staf UPSI bagi Kerjasama: membantu PTj lain mengikut projek yang ditetapkan oleh Projek Dilaksanakan: Universiti. Projek Khas: Membantu PTj yang memerlukan bantuan tenaga manusia kerana kekangan tenaga kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain membantu Universiti dalam mengharungi saat getir. Pejabat Pendaftar, BSM dan Ptj berkaitan. 1 orang staf (UCTC) – bantu Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI) pada 29-31 Mac 2020 (PKP 1). 7 orang staf (FPE, PBMPU, EDGE, Pusat ICT & BSM) -bantu Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dari 15 April – 28 April 2020 (PKP 3). 34 orang staf (FMSP, IPS, BSM, FSSK, FSK, FSKIK, FSM, FBK, FTV, FPE, FPM, BG, PTB, PKM, BHEA) -bantu BHEP sebagai LO bagi penghantaran pelajar ke kampung halaman dari 29 April 2020 – 12 Mei 2020 (PKP 4). 2 orang staf (Pusat ICT) – bantu Pusat Alumni dari 30 April 2020 -12 Mei 2020 (PKP 4). 5 4 orang staf (MPN & PPA) – bantu Bahagian Pengangkutan dari 30 April 2020 -12 Mei 2020 (PKP 4).

@BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 6 Penyampaian sumbangan oleh wakil BSM BSM SAMPAIKAN SUMBANGAN TABUNG UPSI PRIHATIN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN UPSI 1 April 2020 - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) bagi pihak Universiti menyerahkan sumbangan berupa makan tengah hari kepada petugas Barisan Hadapan UPSI iaitu staf Pusat Kesihatan Universiti dan Bahagian Keselamatan yang bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2 bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020. Sumbangan ini menggunakan peruntukan Tabung UPSI Prihatin yang sangat bermanfaat untuk digunakan bagi pelbagai tujuan berkaitan bencana oleh Universiti. Untuk menggalakkan warga UPSI tampil menyumbang dalam bentuk wang ringgit secara potongan gaji ke tabung tersebut, bolehlah berbuat demikian dengan menyemak emel BSM terdahulu. Bagi pihak Universiti, BSM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang Tabung UPSI Prihatin. Juga penghargaan tertinggi di atas khidmat bakti yang diberikan oleh semua petugas Barisan Hadapan UPSI kepada universiti dan juga mana-mana staf membantu Universiti di barisan belakang yang turut memainkan peranan penting sepanjang tempoh PKP berlangsung. 6 Penyampaian sumbangan kepada wakil PKU

7 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Penyampaian sumbangan kepada BKES PELITUP MUKA & PENSANITASI TANGAN SUMBANGAN BUAT BARISAN HADAPAN UPSI 6 April 2020 – Selaras dengan nilai BITARA, Prihatin Kebajikan Anggota, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) bagi pihak Universiti menyerahkan sumbangan berupa pelitup muka dan juga pensanitasi tangan kepada barisan hadapan UPSI. Sesi penyerahan sumbangan ini disampaikan pada 6 April 2020 oleh Timbalan Pendaftar Kanan, BSM, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain kepada Pegawai Keselamatan UPSI yang menjalankan tugas Ketua Bahagian Keselamatan, Encik Mohd Fairuz Mislan di Pos Timur, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Penyerahan sumbangan lain dibuat di Pusat Kesihatan Universiti dan juga di pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang diterima oleh wakil kedua pusat tanggungjawab berkenaan. “Pelitup muka dan pensanitasi tangan merupakan keperluan penting kepada barisan hadapan UPSI. BSM menyalurkan sumbangan ini bagi pihak Universiti yang prihatin kepada kebajikan warga yang bertugas” kata Encik Ahmad. 7 Penyampaian sumbangan di PKU dan BHEP

8 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Sesi mesyuarat berlangsung dalam talian E-MESYUARAT KESEPAKARAN UNIVERSITI MENILAI PELANTIKAN & PELANJUTAN KONTRAK STAF AKADEMIK 15 April 2020 – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) selaras dengan penggunaan teknologi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengadakan e- mesyuarat melalui aplikasi hang-out. E-Mesyuarat Kesepakaran Universiti Untuk Menilai Pelantikan dan Pelanjutan Kontrak Staf Akademik berlangsung pada 15 April 2020 dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr Md Amin Md Taff dengan ahlinya terdiri daripada Dekan-Dekan Fakulti. Sebanyak 32 permohonan berjaya dibincangkan dalam tempoh 2 jam perjalanan mesyuarat dengan fakulti terlibat membentang dan mempertahankan permohonan masing- masing. Untuk rekod, ini merupakan mesyuarat yang berjaya dijalankan mengikut jadual yang ddiitreatnacpaknagndtiaadnapkaanpedni uBnildikaManeswyuaalaruapt uUntampa8ad,aBapnegruannacnanCgaannsealowrai.l tahun, mesyuarat ini

9 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA #PRIHATIN KEBAJIKAN SALAM TAKZIAH Bagi pihak Universiti, Unit Kebajikan Staf, BSM ingin merakamkan takziah kepada keluarga staf dan semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman: 1. Bonda kepada Dr Zuriatunfadzliah Sahdan, Pensyarah Universiti DS51, Fakulti Sains Kemanusiaan meninggal dunia pada 23 April 2020. DOA KESEMBUHAN & KESEJAHTERAAN Bagi pihak Universiti, Unit Kebajikan Staf, BSM ingin mengajak semua staf UPSI dapat bersama- sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan staf: 1. Cik Nurhayati Nasir, Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP), Pusat Sukan yang dimasukkan ke Hospital Slim River kerana mengalami kesukaran bernafas. 63 ORANG KAKITANGAN UPSI SETUJU POTONG GAJI UNTUK TABUNG UPSI PRIHATIN 25 April 2020 – Seramai 63 orang kakitangan UPSI bersetuju untuk menyumbang dalam bentuk wang ringgit ke Tabung UPSI Prihatin melalui potongan gaji secara bulanan bermula April 2020 sehingga tarikh yang dipersetujui oleh mereka. Usaha ini susulan emel dan promosi yang dibuat oleh Unit Kebajikan, BSM pada bulan Mac dan awal April 2020. “Terima kasih, tahniah dan syabas kepada staf UPSI yang prihatin dalam memberi sumbangan. Semoga penyumbang ini dilimpahi rezeki oleh Allah S.W.T di atas usaha yang dilakukan demi UPSI” kata Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. “Staf boleh menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Nilai tertinggi melalui pemotongan gaji setakat ini ialah RM500 sebulan” kata Encik Ahmad mengakhiri perbualan. Pada 23 April 2020, Jabatan Bendahari menambah pilihan potongan gaji di MyUPSI Portal bagi sumbangan ke Tabung UPSI Prihatin. Staf yang ingin menyumbang boleh mengambil peluang ini dengan mengisi di bah9agian sub menu Other Deductions.

10 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PROSEDUR KEBENARAN UNTUK HADIR KE KAMPUS UPSI BAGI PKP 3 & 4 MASIH SAMA 25 April 2020 - Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3 dan 4 yang dilanjutkan mulai 15 April sehingga 28 April 2020 dan 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020, semua prosedur kebenaran yang digariskan ketika PKP 2 masih sama. Staf yang memiliki surat arahan Pendaftar sahaja dibenarkan memasuki kawasan kampus. Tindakan akan dikenakan kepada kakitangan yang tidak mematuhi arahan ini. Surat kelulusan terkini adalah terpakai untuk tempoh 15 hingga 28 April 2020 dan surat kelulusan terdahulu tidak lagi sah digunakan. Kebenaran untuk hadir ke kampus UPSI ini selaras dengan PKP yang dikeluarkan kerajaan, surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 15 April 2020 dan Pekeliling Naib Canselor Bilangan 4 Tahun 2020. SELAMAT BERSARA & SELAMAT MAJU JAYA Bagi pihak Universiti, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di UPSI. Sesungguhnya jasa dan sumbangan yang diberikan amat bernilai dan bermakna sekali kepada Universiti ini. Jasa bakti yang dicurahkan tersemat di sanubari kami. Harap UPSI sentiasa di hati walaupun tidak b1e0rsama lagi.

11 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Sesi mesyuarat berlangsung dalam talian E-MESYUARAT KESEPAKARAN UNIVERSITI MENILAI KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK 21 April 2020 – E-Mesyuarat Kesepakaran Universiti Untuk Menilai Kenaikan Pangkat Staf Akademik berlangsung pada 21 April 2020 dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Md Amin Md Taff dengan ahlinya terdiri daripada Dekan-Dekan Fakulti tertentu, Dekan Institut Pengajian Siswazah, wakil Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pusat Pengurusan Penyelidikan. Sebanyak lima permohonan berjaya dibincangkan dalam tempoh sejam perjalanan mesyuarat. E-MESYUARAT MEMBINCANGKAN AGIHAN WARAN STAF AKADEMIK TAHUN 2020 21 April 2020 – E-Mesyuarat Membincangkan Agihan Waran Staf Akademik berlangsung pada 21 April 2020 jam 4 petang dipengerusikan oleh Pendaftar, PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman, mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Mesyuarat ini dihadiri Dekan-Dekan Fakulti dan Pengarah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum. Mesyuarat ini berjaya membincangkan agihan 18 jawatan akademik berdasarkan attrition rate untuk diisi segera fakulti. Ketika Sesi Rundingcara dengan Kaekma1de1enmteikriatnelaPhendgipaejiratnimbTainngggkianpaudnatukMakcelu2lu0s2a0n, permohonan pengisian 83 jawatan Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada masa ini, surat kelulusan rasmi belum lagi diterima.

12 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TIGA UNIT BSM KENTAL BEKERJA SEBAGAI PETUGAS BARISAN BELAKANG 20 April 2020 - Selain petugas barisan hadapan yang menjadi sanjungan ramai, tidak kurang juga peranan petugas barisan belakang yang menjalankan tugas di belakang tabir bagi memastikan urusan kebenaran masuk ke kampus dijalankan dengan penuh bertanggungjawab. Tiga unit di Bahagian Sumber Manusia (BSM) yang terlibat dalam urusan ini termasuklah Unit Perkhidmatan, Unit Teknologi Maklumat dan Unit Pentadbiran. Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pegawai dan beberapa staf sokongan bagi Unit Perkhidmatan dan Unit Teknologi Maklumat menjalankan tugas pada hari cuti dan juga hari bekerja sehingga lewat malam khasnya dalam memproses permohonan PTj yang dipohon secara harian. Menurut Timbalan Pendaftar Kanan, BSM, Encik Ahmad Janatul Firdaus, walaupun PTj dibenarkan untuk mengemukakan permohonan berdasarkan surat turun kuasa Naib Canselor kepada mereka tetapi setiap permohonan masih perlu diteliti selaras dengan PKP yang dikeluarkan oleh Kerajaan. “Apabila memasuki PKP ketiga, semua surat yang dikeluarkan untuk PKP pertama dan kedua tidak sah digunakan lagi. Setiap kali PKP dilanjutkan, pegawai perlu menjana semula nama mereka yang layak memasuki kampus. Pegawai juga perlu memproses setiap permohonan baharu yang dihantar tidak kira masa” tambahan Encik Ahmad. Menurut Penolong Pendaftar Kanan, Unit Perkhidmatan BSM, Puan Suhana Fansuri Zaman Huri, pengalaman paling mencabar sepanjang menjalankan urusan ini berlaku setiap kali pada hari terakhir PKP. Beliau perlu memproses beratus permohonan dengan perlu memastikan data yang lengkap sebelum dimuatnaik pada malam terakhir PKP. Urusan ini perlu ketelitian bagi membolehkan pemohon dapat mengakses surat tepat pada masa hari bertugas. Sementara itu, pegawai di Unit Pentadbiran juga bertugas hingga lewat malam bagi menyediakan laporan harian staf yang bertugas di kampus. Data ini perlu dihantar kepada Pendaftar untuk tujuan pelaporan dan pemantauan. Data ini juga akan disemak secara bersama dengan surat kebenaran yang dikeluarkan bagi memastikan tiada pelanggaran staf kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh Naib Canselor UPSI. Sepanjang tempoh PKP, majoriti kakitangan bekerja dari rumah dan tidak kurang juga yang bekerja di kampus. Dalam hal ini, benarlah, setiap kakitangan memainkan peranan penting ketika musim COVID-19 1in2 i sama ada di barisan hadapan mahupun di barisan belakang.

13 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Antara ahli mesyuarat yang hadir dalam talian E-MESYUARAT JKPSKP BINCANG 30 PERMOHONAN PELANTIKAN & PELANJUTAN STAF PENTADBIRAN 20 April 2020 – E-Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Staf Kontrak Pentadbiran (JKPSKP) berlangsung pada 20 April 2020 jam 9 pagi dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain dengan kehadiran Bendahari, Haji Mohamad Najib Mohamed, Timbalan Pendaftar, Bahagian Perancangan Korporat, Puan Zuraini Mohamad Rashid, wakil-wakil Bendahari dan BSM. Sepanjang mesyuarat berlangsung sejumlah 30 permohonan pelantikan dan pelanjutan staf pentadbiran dibincangkan. Setiap wakil PTj membentang dan mempertahankan permohonan mereka sebelum dipertimbangkan oleh jawatankuasa. 13

14 @BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Sesi perbincangan dalam talian antara Pegawai E-PERBINCANGAN KEHADIRAN STAF SEPANJANG PKP DAN PASCA PKP 30 April 2020 – E-perbincangan Kehadiran Staf Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pasca PKP berlangsung pada 30 April 2020 jam 9.30 pagi dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain dengan kehadiran pegawai-pegawai BSM. Sesi ini membincangkan perkara yang dibawa daripada Perbincangan Berkaitan Persediaan Standard of Procedure selepas Tamat Perintah Kawalan Pergerakan pada 20 April 2020 melibatkan perkara kehadiran dan sistem borang pengisytiharan Tkeusruihtadtaimnadkilrui mdkaannjumgeanSgeensiaiPceardbainncgaanngaS1n4isdteimpeQriRngCatodteekn(MikyaQl pRaISda) 27 April 2020. untuk merekod kehadiran yang dibangunkan oleh Pusat ICT.

15 @BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Mata CPD terkini PINDAAN MATA CPD TAHUN 2020 & KURSUS 29 April 2020 - Mata CPD dipinda dari 24 ke 12 mata selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Khas Bilangan 5/2020 pada 31 Mac 2020. Semua kursus sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditangguhkan termasuk Kursus Pengesahan Jawatan (Program Transformasi Minda, BITARA, Kursus Let’s Speak English, Kursus Pensijilan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Pensyarah Baharu. Dalam perkembangan lain, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia memaklumkan pelanjutan tarikh permohonan menduduki Peperiksaan Bayaran Insentif Khas Kewangan (BITK) Tahun 2020 yang akan dilaksanakan pada 29 Julai 2020 oleh Universiti Putra Malaysia. Hebahan kepada perkara ini diemel kepada warga UPSI pada 22 April 2020 dan tarikh akhir penghantaran permohonan pada 27 April 2020 lalu. 15

16 @BAHAGIAN GOVERNAN Info hebahan Bahagian Governan dalam emel UPSI UPSI TERIMA RM25 RIBU GERAN AKEPT BAGI PROGRAM CapaBLe 17 April 2020 – Unit Bakat dan Rekod, Bahagian Governan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Pembangunan Bakat UPSI berjaya menerima geran Akademi Kepimpinan Pendidikan TInggi (AKEPT) berjumlah RM25,000.00 bagi projek Pembangunan Modul Kepimpinan untuk Pemimpin Akademik dan Pentadbir UPSI. Pada 3 Mac 2020 lalu, Unit Bakat dan Rekod, Bahagian Governan berjaya mengenalpasti 3 projek bertemakan Pembangunan Bakat untuk diusulkan kepada pihak AKEPT hasil perbincangan dengan beberapa ahli akademik dan juga pentadbir. Program Capaity Building in Leadership (CapaBLe) merupakan usaha AKEPT untuk menginstitusikan satu ekosistem pengu1r6usan bakat kepimpinan yang holistik dan berstruktur.

17 @BAHAGIAN PENGANGKUTAN Pemandu UPSI yang bertugas ke Taiping 11 BAS HANTAR PELAJAR PULANG KE KAMPUNG 29 April 2020 - Sebanyak 11 buah bas digunakan untuk menghantar pulang 136 pelajar UPSI ke daerah Bangan Datuk, Hulu Perak, Perak Tengah, Manjong. Kuala Kangsar, Kerian, Batang Padang, Hilir Perak dan Larut, Matang dan Selama. Terdahulu, kenderaan UPSI menjalani proses disinfeksi oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (PBP) dari Daerah Muallim, Batang Padang, Kampar dan Hilir Perak. Ini merupakan kumpulan pertama Tpeinlagjgair(1UI7PPTS).I yang terlibat dalam Proses Penghantaran Pulang Pelajar Institusi Pengajian

18 @BAHAGIAN KESELAMATAN Sesi penyerahan sumbangan BKES TERIMA SUMBANGAN KPA & BSM 7 April 2020 - Bahagian Keselamatan (BKES) menerima sumbangan pelitup muka dan pensanitasi tangan daripada Unit Kebajikan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) dan Kesatuan Pegawai Am (KPA). “Sumbangan ini dapat membantu anggota keselamatan yang bertugas dengan lebih selamat dan menjamin kesihatan. Mereka berhadapan dengan ramai pelanggan dan mudah terdedah kepada penyakit berjangkit” kata Pegawai Keselamatan UPSI yang menjalankan tugas Ketua Bahagian Keselamatan, Encik Mohd Fairuz Mislan. “BKES mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbang bantuan” tambah Encik Mohd Fairuz Mislan. 18 Penyerahan sumbangan di BKES

19 @BAHAGIAN KESELAMATAN Encik Helmi menyampaikan kek kepada Encik Fairuz BARISAN HADAPAN UPSI DIHARGAI JHEPA & MPP 16 April 2020 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI menyantuni barisan hadapan UPSI, staf Bahagian Keselamatan (BKES) di Pos Timur, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah pada 16 Januari 2020 lalu. BKES menerima sebiji kek yang ditulis \"Terima Kasih Pejuangku” bagi menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang bekerja mengawal keselamatan kampus dan warga UPSI terutamanya pelajar di Kolej Kediaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Encik Mohd Fairuz Mislan, Pegawai Keselamatan UPSI yang menjalankan tugas Ketua Bahagian Keselamatan menerima sumbangan tersebut daripada Ketua Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Helmi Zaifura Abd Rahman. “BKES mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan penghargaan daripada JHEPA & MPP”. 19 Staf BKES menunjukkan isyarat bagus

20 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Pengawal Keselamatan menjalankan tugas di pos pengawal PINJAMAN FOREHEAD TEMPERATURE KEPADA BKES SEBAGAI ALAT SARINGAN COVID-19 1 April 2020 –Pusat Kesihatan Universiti memberi pinjaman Forehead Temperature kepada Bahagian Keselamatan (BKES) sebagai alat saringan COVID-19 bermula 1 April 2020. 20 Alat yang dipinjamkan oleh PKU

21 @PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Staf PKU bersiap sedia menjalani latihan PKU JALANI LATIHAN SAMPLE RAPID TEST KIT 7 April 2020 - Pasukan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) berkolaborasi dengan Klinik Kesihatan Tanjung Malim menjalani latihan pengambilan sample Rapid Test Kit, pada 7 April 2020 21 Sesi latihan sedang berlangsung

22 Jabatan Pendaftar Pejabat Pendaftar Sidang Redaksi Penasihat: PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman PPj Kehormat (PA) Dr Hajah Zainab Othman Pendaftar Pendaftar [email protected]/4506444 Ketua Editor: Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Ketua Ptj: Sidang Editor: Pejabat Pendaftar Bahagian Governan Cik Azura Mat Said Bahagian Governan Hajah Maskana Haji Ahmad Encik Ikmal Redzuan Mohd Isa Timbalan Pendaftar Kanan N52 Puan Mohaieda Mat Hussin [email protected]/4506351 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Puan Rozlinda Rusli Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Encik Azman L.Kadir Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Bahagian Pengangkutan Timbalan Pendaftar Kanan N52 Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan [email protected]/4506357 Bahagian Keselamatan Puan Siti Suriana Yahya Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Pusat Kesihatan Universiti Dr Mazlina Hamzah Encik Azman L.Kadir Puan Syaidatul Hamera Mohd Radzi Timbalan Pendaftar N48 [email protected]/4506353 2U2rus setia Bahagian Pengangkutan Puan Rozlinda Rusli Encik Azlan Al-Hafiz Mazlan Penolong Pendaftar Kanan N44 [email protected]/4506594 Bahagian Keselamatan Encik Mohd Fairuz Mislan Pegawai Keselamatan KP44 [email protected]/4505112 Pusat Kesihatan Universiti Dr Noor Safina Ahmad Noor Pegawai Perubatan UD54 [email protected]/4506669


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook