Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore TUGASAN 2-PENULISAN AKADEMIK EDUP3043

TUGASAN 2-PENULISAN AKADEMIK EDUP3043

Published by watermelon.tembikai.881, 2021-08-22 11:08:48

Description: TUGASAN 2-PENULISAN AKADEMIK EDUP3043

Search

Read the Text Version

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDUP3043) NAMA NUR AISHAH BINTI NIZAR ANGKA GILIRAN 2020192340251 NO. KAD PENGENALAN 010808-11-0210 KUMPULAN PISMP F13 KOD KURSUS EDUP3043 NAMA KURSUS PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH TAJUK TUGASAN LAKU PENULISAN AKADEMIK NAMA PENSYARAH PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI TARIKH HANTAR 21 OGOS 2021

ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKASURAT 1 PENGHARGAAN 3 2 1.0 PENGENALAN 4 3 2.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM PENGAJARAN DAN 4–6 PEMBELAJARAN 6–7 7–8 4 3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BAGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU 8 5 4.0 INTERVENSI BAGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU 6 5.0 RUMUSAN 7 RUJUKAN 9 8 LAMPIRAN 2

PENGHARGAAN Pertamanya-tamanya dan selama-lamanya, bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia- Nya, saya masih lagi dapat menyiapkan tugasan penulisan kerja kursus EDUP3043 (Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku) dengan jayanya dalam waktu yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Nor Rul Azlifah binti Zulkafali kerana telah banyak membimbing saya dengan penuh sabar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya tanpa rasa letih dan jemu sehingga tugasan ini berjaya disiapkan. Selain itu, saya amat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas doa, dorongan dan semangat yang tidak putus-putus diberikan kepada saya. Mereka juga turut memberi saya nasihat-nasihat yang memberangsangkan sehingga kerja kursus ini siap dengan suksesnya. Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang turut memberikan pertolongan dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini sehingga saya dapat menyiapkannya dengan baik. Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus saya. 3

1.0 PENGENALAN Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu guru-guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutamanya dalam keadaan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa. Hal ini menyebabkan proses PdP perlu dijalankan secara atas talian dan penggunaan teknologi pada waktu ini amatlah berguna kepada para murid serta guru. Walaupun begitu, pengurusan bilik darjah juga adalah salah satu perkata yang amat penting untuk dititikberatkan walaupun proses PdP dijalankan secara atas talian sahaja. Menurut Jones (1995), pengurusan bilik darjah ditakrifkan sebagai organisasi dan kawalan tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan (Syed Ismail et.al, 2018). Hal ini kerana pengurusan bilik darjah yang teratur dapat mengelakkan berlakunya masalah-masalah seperti masalah tingkah laku murid di samping menjadikan proses PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), tingkah laku adalah tabiat yang biasa dilakukan, perangai serta perbuatan. Masalah tingkah laku pula adalah perbuatan yang tidak biasa dilakukan dan ianya merupakan perbuatan yang bertentangan dengan nilai-nilai murni. Masalah tingkah laku ini juga sering terjadi dalam persekitaran masyarakat termasuklah di sekolah. Dalam skop pendidikan, masalah tingkah laku dapat menghalang proses PdP dari dilaksanakan dengan lancar dan baik. Hal ini kerana murid yang mempunyai masalah tingkah laku terutamanya di dalam bilik darjah akan memberi kesan yang negatif terhadap aktiviti PdP yang dijalankan oleh guru. 2.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat dua jenis masalah tingkah laku yang boleh dikategorikan iaitu tingkah laku bermasalah positif dan juga tingkah laku bermasalah negatif. Antara contoh tingkah laku bermasalah positif termasuklah ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Ianya dianggap sebagai tingkah laku bermasalah positif kerana kebanyakan murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah ini adalah dalam kalangan murid yang bijak dan cerdas. Oleh itu, murid ini akan cepat berasa bosan sekiranya proses PdP yang dijalankan tidak menarik dan lambat. Apabila mereka bosan, pelbagai masalah akan timbul yang akan menyebabkan terjejasnya proses pembelajaran. Tingkah laku bermasalah negatif pula adalah tingkah laku negatif yang boleh menyebabkan masalah dan menghalang pelancaran proses PdP di dalam bilik darjah. Antara contoh tingkah laku bemasalah negatif adalah tingkah laku destruktif, disruptif dan 4

bergantung. Ketiga-tiga tingkah laku ini dianggap sebagai tingkah laku bermasalah negatif kerana ianya memberi kesan bukan terhadap diri sendiri sahaja malah turut memberi kesan kepada orang lain seperti pihak sekolah dan juga masyarakat. Sebagai contoh, murid yang bermasalah ini akan sentiasa mengganggu rakan-rakannya yang lain, menunjukkan sikap yang agresif, melakukan gejala vandalisme dan sebagainya. Masalah tingkah laku yang sering terjadi dalam kalangan murid ini amat berkait rapat dengan guru. Hal ini kerana gurulah yang berperanan penting dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah. Oleh itu, satu soal jawab telah dijalankan kepada seorang guru kaunseling di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Terengganu iaitu Encik Mohd Razali bin Chik mengenai masalah tingkah laku murid yang berlaku dalam proses PdP. Menurut beliau, antara tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh murid adalah masalah kehadiran murid iaitu kebanyakan dari mereka tidak hadir ke kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Hal ini disebabkan oleh motivasi mereka terhadap pembelajaran semakin berkurangan terutamanya apabila menjalani pembelajaran secara atas talian. Menurut Encik Razali lagi, oleh disebabkan motivasi mereka berkurangan, minat murid ini turut terkesan. Kebiasaannya di sekolah, mereka sentiasa dikelilingi oleh para guru dan rakan-rakan mereka yang lain untuk saling membimbing dan membantu dalam pembelajaran. Oleh disebabkan mereka belajar dari rumah, persekitaran pembelajaran amat berbeza berbanding di sekolah. Seterusnya, hasil soal jawab yang dijalankan kepada guru Pendidikan Islam yang juga dari Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Terengganu iaitu Encik Mazri bin Romly turut mendapati bahawa terdapat masalah tingkah laku dalam kalangan murid beliau. Beliau mengatakan bahawa antara masalah tingkah laku murid sewaktu PdPr adalah terdapat sebahagian murid yang tidak menyiapkan dan menghantar kerja sekolah. Menurut Encik Mazri, antara faktor yang menyebabkan murid ini bertindak sedemikian adalah kerana mereka tidak dapat membahagikan masa dengan sebaiknya. Memandangkan murid hanya menjalankan pembelajaran secara atas talian, mereka sering mengabaikan kerja sekolah dan menggunakan masa yang terluang dengan bermain permainan video, menonton televisyen dan sebagainya dalam jangka masa yang lama. Oleh hal yang demikian, mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan menghantarnya dalam masa yang telah ditetapkan. Di samping itu, satu soal jawab juga turut dilaksanakan kepada seorang pensyarah dalam bidang psikologi di Raflles College of Higher Education, Kuala Lumpur dan juga merupakan seorang kaunselor pendidikan iaitu Puan Farhana Nabila binti Fakharudin mengenai masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah ini. Menurut beliau, masalah 5

tingkah laku murid yang sering terjadi terutamanya dalam proses PdPr adalah murid tidak menumpukan perhatian mereka terhadap pengajaran guru. Hal ini disebabkan oleh kurangnya pemantauan yang dilakukan oleh guru sepanjang proses PdPr. Apabila PdP ini dijalankan secara atas talian seperti melalui Google Meet, Zoom dan sebagainya, guru tidak dapat memantau tingkah laku muridnya jika mereka tidak membuka kamera ketika dalam proses pembelajaran. Berbanding dengan apabila menjalani proses PdP di sekolah, guru boleh memantau persekitaran bilik darjah dan keadaan murid sama ada mereka memberi tumpuan terhadap pengajaran guru atau sebaliknya. Selain itu, kaedah pengajaran guru juga menjadi salah satu faktor mengapa tumpuan murid mudah terganggu apabila menjalani proses PdPr. 3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BAGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU Berdasarkan hasil dapatan soal jawab mengenai masalah-masalah tingkah laku murid yang telah dinyatakan oleh para guru dan pensyarah, model disiplin yang boleh dikaitkan bagi menangani masalah tingkah laku tersebut adalah Model Pengurusan Bilik Darjah Thomas Gordon. Hal ini kerana model ini menekankan tentang pembinaan hubungan berkesan sesama manusia. Menurut Syed Ismail et.al (2018), Gordon (1989) mempercayai bahawa apabila guru membantu murid dalam memperoleh kawalan diri serta kawalan dalaman mereka secara positif, maka disiplin dalam bilik darjah dapat dicapai. Menurut beliau lagi, teknik seperti ganjaran dan hukuman serta pemusatan kawalan guru tidak sepatutnya diutamakan oleh guru dalam menguruskan disiplin bilik darjah. Hal ini kerana apabila guru yang mengawal murid, maka kawalan ini akan menyebabkan murid mudah untuk mengalah, mengelak dari masalah dan membina helah bela diri seperti bergaduh dengan sesiapa sahaja yang bermasalah dengan mereka. Oleh itu, Gordon menggalakkan guru-guru supaya menggantikan pemusatan kawalan guru serta ganjaran dan hukuman tersebut dengan menekankan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan, penggunaan i-mesej, mengaplikasikan teknik menyelesaikan konflik, mendengar perkara yang diperkatakan oleh pelajar secara aktif dan sebagainya. Sebagai contoh, untuk menangani ketiga-tiga masalah ini, Gordon ada menekankan tentang enam langkah dalam pelan pengurusan bilik darjah ini. Antaranya ialah kemahiran mendengar. Guru boleh berhubung dengan murid dan mendengar masalah yang dihadapi oleh murid dengan pasif atau aktif, memberikan maklum balas yang minimum dan kemahiran membuka peluang. Hal ini supaya guru dapat memahami masalah yang dihadapi oleh murid tanpa terus serkap jarang. Apabila guru mengetahui dan memahami masalah murid, guru dan murid dapat bersama-sama berbincang tentang penyelesaian masalah dengan berkesan 6

tanpa menimbulkan isu yang besar di antara kedua-dua pihak. Di samping itu, guru juga boleh menerapkan penggunaan i-mesej kepada murid. Penggunaan i-mesej ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid supaya bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan bukan disebabkan oleh orang lain. Guru juga boleh berkomunikasi dengan ibu bapa murid mengenai masalah yang berlaku kepada murid memandangkan model ini menekankan hubungan yang berkesan sesama manusia. Misalnya, guru boleh menjalankan program ziarah cakna secara atas talian kepada ibu bapa dan berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Melalui kaedah ini, guru dan murid dapat saling menghormati setiap pandangan hasil dari perbincangan mereka. Kesannya, murid dapat membina motivasi dalam diri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka serta hadir ke kelas, menyiapkan serta menghantar kerja sekolah yang diberikan dan memberikan tumpuan ketika proses pembelajaran berlangsung. Selain itu, dalam langkah pelan pengurusan bilik darjah ini, Gordon turut menekankan tentang langkah mempengaruhi daripada mengawal. Menurut beliau, guru boleh mempengaruhi murid dengan mewujudkan suasana pengajaran yang kondusif supaya dapat menarik minat murid terhadap proses PdP yang dijalankan. Oleh disebabkan itu, untuk mewujudkan suasana yang kondusif, penggunaan teknologi amat penting terutamanya dalam proses PdPr. Selain dari hanya mengajar guru perlu menyediakan aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi kepada murid supaya mereka sentiasa fokus dan belajar dalam keadaan yang menyeronokkan memandangkan aktiviti secara fizikal tidak dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan aktiviti seperti penggunaan Jamboard, Padlet dan sebagainya untuk menggalakkan murid membuat perbincangan sesama mereka tanpa pengawalan guru yang terlampau ketat. Hal ini akan menyebabkan pembelajaran terhadap murid tersebut lebih menyeronokkan. Oleh itu, mereka akan sentiasa bersemangat untuk hadir ke kelas, menyiapkan kerja sekolah dan fokus ketika dalam pembelajaran. 4.0 INTERVENSI BAGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU Berdasarkan Hanson & Linch (1989), intervensi merupakan gabungan usaha dalam pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sokongan keluarga yang dilakukan sebaik sahaja terdapat kekurangan yang dikenal pasti. Dalam menangani masalah tingkah laku ini, intervensi seperti terapi bermain boleh dilaksanakan oleh guru. Terdapat lima unsur dalam terapi bermain ini iaitu memperoleh kepuasan, bebas memilih jenis permainan tanpa tekanan, menyenangkan serta dapat menikmati permainan 7

tersebut, mengembangkan daya imaginasi serta kreativiti dan melakukannya secara aktif. Dalam terapi bermain, terdapat beberapa model yang digunakan. Antaranya ialah Model Terapi Client Centered. Model ini menitik beratkan perkembangan dan penghargaan diri kanak-kanak terutamanya murid melalui motivasi dalaman mereka. Oleh itu, terapi ini dapat membantu kanak-kanak terutamanya yang mengalami masalah dengan sikap dirinya. Terapi bermain yang digunakan ini kebiasaannya berpusatkan murid. Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan masalah tingkah laku dalam kalangan murid ini dari terus berlaku, guru boleh menjalankan aktiviti seperti lakonan atau dramatic play role play dalam pembelajaran. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, guru boleh meminta murid untuk bermain dengan memegang watak atau peranan yang tertentu. Misalnya, bidang sirah yang mengajar tentang penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Murid boleh memegang watak sebagai penduduk Mekah yang berhijrah ke Madinah dengan memakai pakaian seperti penduduk pada waktu itu. Melalui aktiviti sebegini, ianya dapat menarik perhatian murid untuk belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan berasa bersemangat untuk ke kelas. 5.0 RUMUSAN Penggunaan teknologi dapat membantu guru dalam menangani masalah tingkah laku murid berdasarkan model-model pengurusan disiplin yang ada terutamanya apabila proses PdP dijalankan dalam keadaan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Perkembangan teknologi yang pesat ini juga boleh mendorong para guru untuk menerapkan penggunaan teknologi dalam PdP walaupun pembelajaran tersebut sudah dapat dijalankan seperti biasa di sekolah. Hal ini supaya generasi yang akan datang mahir dalam menggunakan aplikasi ini dan selari dengan matlamat PPPM 2013-2025 untuk menjadikan murid memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Oleh disebabkan itu, guru terlebih dahulu perlu memanfaatkan penggunaan TMK dalam PdP untuk menjadikan contoh yang baik kepada murid. Guru mestilah berusaha untuk menerapkan penggunaan teknologi dalam proses PdP agar dapat menarik minat dan membuka minda murid dalam pembelajaran. (1739 patah perkataan) 8

RUJUKAN Adibah Hanim Ab Latif, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Modifikasi Masalah Tingkah Laku Menggangu di Dalam Bilik Darjah Menggunakan Intervensi \"The Good Behavior Game\". Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Firdaus Mohd Aslie. (2020). Terapi Bermain Untuk Mengatasi Permasalahan Pada Anak ADHD. Universiti Malaysia Sabah. Noraziah Mhd Yusop, Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul Razak. (2019). Pendekatan Sistematik Pembelajaran Aktif Dalam Amalan Pengajaran Sirah. http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_013_noraziah.pdf Syed Ismail Syed Mustapa, Chin M. K., Ahmad Subki Miskon & Noor Fitriyati Abdul Samad. (2018). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Sasbadi Sdn. Bhd. 9

LAMPIRAN 10

LAMPIRAN A Sesi soal jawab bersama guru kaunseling Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Terengganu, Encik Mohd Razali bin Chik. Sesi soal jawab bersama guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Terengganu, Encik Mazri bin Romly. 11

LAMPIRAN B Sesi soal jawab bersama pensyarah dalam bidang psikologi di Raflles College of Higher Education, Kuala Lumpur dan juga merupakan seorang kaunselor pendidikan, Puan Farhana Nabila binti Fakharudin. 12


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook