Modul Inquiry Based Science Education untuk KSSR Memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui IBSE Dihasilkan di bawah Program KEMASAINS tajaan Yayasan Sarawak. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri Teacher Education Institute Sarawak Campus, Miri i
PENASIHAT JAMIRAN BIN SALAM, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak PENYELARAS TRACY ANAK MENSAN, Unit Perpustakaan SIDANG PENGARANG KATHLEEN JIMMY, Jabatan Sains MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA, Jabatan Sains Dr. BALKISNAH BT. SHAHARUDDIN, Jabatan Sains Dr. LEE CHUO HIONG, Jabatan Sains TRACY ANAK MENSAN, Unit Perpustakaan Sumbangan Idea Bersama NGUI HWA AM, SK Anchi ABANG MOHAMMAD ZAIN B. ABANG DAUD, DIJAH BELANDA, SK Jln. Bintang SK Kg. Luak MOHD. KHAIRUL ANUAR B.MOHAMAD, SK KURNIA BT. LWAI, SK Kg. Luak South ABANG HASRIZAN BIN ABG. ABD. RASOL, SURAYA BT. WAHAP, SK Pujut Corner SK Anchi WONG CHUNG HIUNG, SJK Chung Hua Bakam FRIDA BINTI BAKAR, SK Anchi WONG WEY KUI, SK St. Joseph ZURAIDAH BINTI ZAINAL ABIDDIN, SK ANGELA USIT, SK Kg. Bakam Senadin SHAIDATUL ATTMA BT.SAPAWI, SK Kg. Bakam AGATHA URING LEO UCHAT, SK Senadin FLORENCE JEPIT, SK Temenggong Datuk Muip RURAN ANYI, SK Tudan AIZAH BT. SUBELI, SK Temenggong Datuk Muip ZURINA BT. OTHMAN, SK Tudan Editor Grafik SHERAH MUTANG, PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL Modul Inquiry Based Science Education untuk KSSR merupakan hasil usaha Jawatankuasa KEMASAINS IPG Kampus Sarawak di bawah program KEMASAINS tajaan Yayasan Sarawak. The Inquiry Based Science Education Module for KSSR is done by the Committee of KEMASAINS under the programme of KEMASAINS, Teacher Education Institute Sarawak Campus sponsored by Sarawak Fund. Hak Cipta Terpelihara © 2021 oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri Copyright © 2021 by Teacher Education Institute Sarawak Campus, Miri Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan modul ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengarah, IPG Kampus Sarawak. Partial reproduction of article/s, illustrations and contents in any form and means, be it electronically, photocopying, mechanically, recordings or any other means is prohibited before written permission is requested from the Director, Teacher Education Institute Sarawak Campus. Segala surat-menyurat boleh dialamatkan kepada: All correspondence can be addressed to: Sidang Pengarang Modul Inquiry Based Science Education untuk KSSR Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Jalan Bakam, 98009 Miri Sarawak, Malaysia. eISBN ii
SEMADAH KATA, SEMANIS PEMBUKA BICARA PENGARAH IPG KAMPUS SARAWAK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tahniah dan syabas kepada Penyelaras, Sidang Pengarang dan semua yang terlibat dalam penerbitan Modul Inquiry Based Science Education (IBSE) untuk KSSR yang dijalankan di bawah program KEMASAINS (Ke Arah Masyarakat Saintifik) tajaan Yayasan Sarawak. Antara objektif utama program KEMASAINS adalah untuk menanamkan minat dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat (ibubapa) tentang pentingnya dan kebolehbelajaran mata muridan Sains agar mereka menggemarinya. Oleh yang demikian, modul Inquiry Based Science Education (IBSE) untuk KSSR merupakan satu usaha yang dijalankan untuk mencapai matlamat tersebut di samping meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan murid. Ini penting dalam memenuhi peranan guru sebagai pembina negara bangsa yang perlu mewujudkan iklim pembelajaran yang selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang lebih menjurus kepada pemikiran aras tinggi supaya dapat menghasilkan murid yang berupaya berfikir sendiri dan membuat perubahan. Modul Inquiry Based Science Education (IBSE) ini memuatkan tiga aktiviti “hands- on’ dan tiga aktiviti ulasan artikel yang dijalankan menggunakan pendekatan inkuiri dan pembelajaran kolaboratif. Aplikasi kehidupan seharian dan isu semasa yang berkaitan dengan tema-tema dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains digunakan dalam aktiviti-aktiviti inkuiri yang dimuatkan dalam modul ini. Rancangan Pengajaran Harian mengikut model 5E (penglibatan, penerokaan, penerangan, penghuraian dan penilaian) disertakan sebagai panduan kepada guru menjalankan aktiviti tersebut di dalam bilik darjah. Teknik penyoalan yang bersesuaian dengan aras kemahiran berfikir mengikut taksonomi Bloom ditekankan dalam membimbing murid berfikir dalam setiap persoalan yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti inkuiri. Akhir kata, semoga modul ini memberi motivasi dan langkah-langkah yang praktikal kepada guru untuk menjalankan aktiviti inkuiri di dalam bilik darjah dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri muridbagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21. Sekian, terima kasih. (JAMIRAN BIN SALAM) Pengarah, IPG Kampus Sarawak iii
Prakata Apakah itu inkuiri? Adakah pembelajaran secara inkuiri hanya berlaku apabila menjalankan aktiviti hands-on ? Yang mana satukah tahap inkuiri yang saya gunakan dalam PdP saya hari ini? Bagaimanakah menjalankan aktiviti inkuiri? Bagaimanakah menjalankan aktiviti inkuiri yang berkaitan dengan tema di dalam KSSR Sains? Sekiranya anda mencari jawapan untuk persoalan-persoalan di atas, Modul Inquiry Based Science Education (IBSE) untuk KSSR ini dapat membantu anda. Modul Inquiry Based Science Education (IBSE) untuk KSSR merupakan satu inisiatif untuk menjadikan pembelajaran Sains lebih bermakna bagi guru dan murid. Ini dicapai dengan guru memberi pengalaman kepada murid untuk meneroka secara aktif dan kolaboratif akan persoalan-persoalan yang timbul dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan kejadian dalam kehidupan seharian melalui aktiviti-aktiviti inkuiri seperti hands-on atau ulasan artikel yang kami ketengahkan dalam modul ini. Selain itu, peranan guru sebagai fasilitator menggunakan pendekatan inkuiri apabila membimbing muriduntuk mendapatkan dan menginterpretasikan dapatan dari pelbagai sumber seperti dapatan aktiviti hands-on yang dijalankan, rujukan buku tambahan, artikel berita, jurnal, ensiklopedia, sumber rujukan online dan hasil temuramah dari pakar. Uniknya di sini, pembelajaran mutualisme berlaku di mana bukan sahaja muridtetapi guru turut dapat mendapatkan pengetahuan yang terkini berkaitan topik yang diajar. Pengenalan ringkas mengenai pendidikan sains berasaskan inkuiri (IBSE) diberikan di awal modul ini untuk memberikan kefahaman akan konsep dan kepentingan IBSE. Kerangka konsep modul turut disertakan untuk menjelaskan tentang teori konstruktivisme yang mendasari model 5E; salah satu model yang sangat berkesan dalam pembelajaran mata pelajaran Sains yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui aktiviti inkuiri di dalam modul ini. Enam aktiviti inkuiri dengan aras inkuiri berstruktur dan terbimbing diperincikan di dalam Rancangan Pengajaran Harian bagi memudahkan guru menggunakan modul ini di dalam bilik darjah. Modul ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan untuk para pendidik menjalankan pembelajaran inkuiri dalam bilik darjah. Amalan berterusan pelaksanaan pembelajaran Sains secara inkuiri sekiranya dilaksanakan secara terancang, bukan sahaja akan memanfaatkan pembelajaran anak didik, tapi juga akan menjadikan guru seorang pengamal konstruktisme yang berkesan dalam mewujudkan masyarakat yang saintifik. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Yayasan Sarawak di atas tajaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan program KEMASAINS IPG Kampus Sarawak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa KEMASAINS IPG Kampus Sarawak (2014 -2016), Guru Cemerlang Sains, Jurulatih Utama Sains, guru-guru Sains dan semua yang telah menjayakan penerbitan modul ini. Semoga usaha murni ini diteruskan ke arah mewujudkan masyarakat saintifik. Sekian, terima kasih. Sidang Pengarang, Modul Inquiry Based Science Education (IBSE) untuk KSSR iv
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION UNTUK KSSR Memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui IBSE Semadah Kata, Semanis Pembuka Bicara Halaman iii Prakata iv Isi Kandungan v Bab 1 Pengenalan 1.1 Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri 1 1.2 PdP Sains : Tradisional vs Inkuiri 1 5 Bab 2 Kerangka konsep Modul IBSE KSSR 9 Bab 3 Aktiviti-aktiviti Inkuiri 3.1 Bijih Benih Versatil 15 3.2 Penyerapan Haba 15 3.3 Apakah Nilai pH Tumbuhan Herba? 20 3.4 HFMD: Penyakit Jangkitan Virus 27 3.5 Populasi Orang Utan Semenggoh Berganda 34 3.6 Pengurusan Sisa Pepejal Di Malaysia dan 41 Masalahnya 47 Rujukan 52 v
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Pembelajaran sains berasaskan inkuiri (IBSE) merupakan satu bentuk pembelajaran yang sering diperkatakan ketika ini dan telah diperkenalkan disekolah-sekolah di negara kita. Pembelajaran secara IBSE adalah lebih berstruktur untuk memudahkan murid memahami sesuatu perkara yang diterokai. Pembelajaran sebegini melibatkan pemikiran aras tinggi hingga membolehkan murid memikirkan lebih jauh kehadapan berkenaan sesuatu yang dipelajari. Susulan daripada itu modul ini dibina sebagai panduan bagaimana pembelajaran IBSE dijalankan. Modul ini sesuai digunakan sebagai panduan untuk guru-guru sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti sains dalam bilik darjah. Modul ini dibina berfokuskan kepada aktiviti hands on dan minds on. Oleh itu murid-murid akan dapat menerokai sendiri apa yang dikaji dan dipelajari. Konsep apa, bila, kenapa, mengapa, bagaimana akan timbul sendiri secara sedar atau tak sedar semasa aktiviti-aktiviti dijalankan. Oleh itu pemikiran penyelesaian masalah akan timbul susulan daripada pertanyaan dalam minda semasa pembelajaran dijalankan. Oleh itu secara tak langsung IBSE dan KBAT akan bergerak seiring dalam minda muridsemasa pembelajaran berjalan. Modul ini diolah dengan teliti dan rapi bermula daripada pemahaman apa itu IBSE? Bagaimana IBSE itu dicerakinkan daripada bentuk pemahaman, diolah dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai. Malah dilengkapi dengan panduan guru bagaimana modul ini digunakan. Oleh itu modul ini amat sesuai digunakan oleh guru- guru sekolah rendah untuk memperkasakan pembelajaran secara IBSE disekolah. Dalam pada itu apabila modul ini dapat dikuasai guru, guru-guru sendiri pun boleh membina dan melaksanakan pembelajaran secara IBSE seperti yang dikehendaki dalam KSSR 1.1 Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri Apakah IBSE? Pendekatan inkuiri pada prinsipnya telah lama digunakan dalam kehidupan manusia. 1
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Bermula dari kehidupan sebuah keluarga, kebiasaanya kanak-kanak sering bertanya sesuatu, suka meneroka dan mencuba sesuatu dalam kehidupannya. Umumnya kanak- kanak mempunyai potensi untuk melakukan sesuatu penerokaan dan penyelidikan sejak dari awal usia mereka, tetapi sejauh mana lingkungan keluarga dan persekolahan mereka menyediakan suasana yang boleh menggilap dan meningkatkan potensi mereka. Dalam konteks kurikulum sains di Malaysia IBSE bukanlah satu perkara baru. Ia telah bermula seawal tahun 60an lagi. Persoalannya adakah pendekatan ini menjadi satu amalan dalam melaksanakan PdP atau hanya sekadar idea yang dikongsikan dalam bentuk teori semata-mata. Mengapa IBSE? IBSE diketengahkan untuk memberi alternatif kepada pembelajaran tradisional yang lebih bersifat hafalan fakta. Selaras dengan kajian oleh Worth, Duque dan Saltiel (2009) yang menjelaskan IBSE memberi penekanan kepada murid memahami apa yang dimuridi dan bukan setakat hafalan maklumat sahaja. Sesuai dengan sifat kanak- kanak yang suka kepada penerokaan dan sifat ingin tahu yang tinggi, maka aktiviti sains berasaskan inkuiri ini mampu untuk memupuk rasa ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak yang bersifat hands on dan minds on. Ini dapat membantu membina pemikiran murid untuk berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah dan penemuan sesuatu yang baru secara langsung. Dalam proses ini kanak-kanak turut berpeluang mengguna, mengasah dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran proses sains asas. Situasi pembelajaran yang bersifat hands on dan minds on amat serasi dengan sifat sains yang bersifat inkuiri. Justeru, guru seharusnya memanfaatkan pendekatan inkuiri ini bagi memupuk minat dan sifat ingin tahu yang berterusan dalam mata muridan Sains khususnya dalam kalangan kanak-kanak di sekolah rendah. Melalui aktiviti sebegini konsep-konsep sains yang diperkenalkan kepada kanak-kanak semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru menjadikan PdP lebih bermakna. Melalui pendekatan dan strategi pengajaran yang dipelbagaikan seperti mengeksperimen, membuat lawatan, demonstrasi, perbincangan dan sumbangsaran, merangka projek, tunjuk cara serta pelbagai pendekatan yang lain menjadikan pembelajaran Sains sesuatu yang menyeronokkan kanak-kanak. Pembinaan nilai dan sikap yang positif dalam kalangan kanak-kanak secara 2
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR berterusan, akan membantu membangunkan kognitif mereka dalam pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini disokong oleh kajian Hofstein, Navon, Kipnis dan Mamlok-Naaman (2005) ; Wallace, Tsoi, Calkin & Darley (2003); Kayalvizhi (2005), yang mendapati IBSE mampu membangunkan kognitif kanak-kanak. IBSE dan KSSR Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan mulai 2011 sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke -21. Dalam pelaksanaan KSSR, ia memberi penekanan kepada kemahiran asas 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah salah satu komponen kemahiran asas yang memberi nilai tambah kepada KSSR. Proses menaakul memberi peluang untuk murid-murid memahami sesuatu ilmu melalui proses bukan semata-mata menerima ilmu secara langsung. Proses menaakul ini juga memberi ruang untuk murid mempertingkatkan kemahiran berfikir. Penambahbaikan dalam kemahiran asas menaakul sangat relevan dengan nilai yang dibawa oleh IBSE yang mempertingkatkan unsur kemahiran berfikir dalam kalangan kanak-kanak. Tambahan pula, ia juga dapat melahirkan murid yang mempunyai skop pemikiran yang tinggi seperti mengkaji masa depan bagi mencipta sesuatu ciptaan inovasi yang mendatangkan kebaikan kepada semua. Ini selaras dengan tiga elemen tambahan dalam KSSR yang meliputi kemahiran kreatif dan inovatif, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Kesemua elemen tambahan ini amat relevan dengan pendekatan yang dibawa oleh IBSE yang turut membantu meningkatkan pemikiran yang fleksibel dan menggalakkan pemikiran kreatif dan pengendalian situasi berisiko (Zion, 2007; Gurses, Acıkyıldız, Dogar & Sozbilir, 2007; Trumbull, Bonney & Grudens-Schuck, 2005). Penambahan tiga kemahiran di dalam KSSR bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian yang mulia. Antara usaha yang disasarkan dalam KSSR adalah melahirkan murid yang berpotensi untuk menjadi usahawan bagi menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di samping mewujudkan Global Player iaitu murid yang berdaya saing, bermotivasi, berdaya tahan, berkemahiran dalam komunikasi dan mempunyai jati diri. Berdasarkan kajian oleh Blumenfeld, Kempler dan Krajcik (2006); Chin dan Kayalvizhi (2005), 3
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR pendekatan inkuiri melalui IBSE turut membantu domain afektif di sudut memberi motivasi dan sikap yang positif terhadap pembelajaran sains. Terdapat pelbagai sudut pandangan yang memperincikan IBSE. Modul ini akan mengenengahkan tahap penerokaan inkuiri seperti yang diperkenalkan oleh Banchi dan Bell (2008) yang membahagikan aras inkuiri kepada empat aras iaitu inkuiri terbuka, inkuiri terbimbing, inkuiri berstruktur dan inkuiri pengesahan. Hal ini dirumuskan dalam satu jadual berikut. Jadual 1.1 menunjukkan apakah maklumat yang diberi kepada murid apabila inkuiri jenis tertentu dilaksanakan. Jadual 1.1 Aras-aras Inkuiri (Banchi & Bell, 2008) Aras Inkuiri Maklumat yang diperolehi /dibekalkan kepada 1. Inkuiri Pengesahan – Murid murid mengesahkan suatu prinsip melalui satu aktiviti di mana Persoalan Prosedur Penyelesaian keputusannya telah diketahui lebih awal // / 2. Inkuiri Berstruktur – Murid // melakukan penyiasatan ke atas soalan yang / dikemukakan guru melalui prosedur yang ditetapkan. 3. Inkuiri terbimbing – Murid melakukan penyiasatan ke atas soalan yang dikemukakan guru melalui rekabentuk yang ditentukan oleh murid/mengikut prosedur yang dipilih 4. Inkuiri terbuka – Murid melakukan penyiasatan melalui rekabentuk soalan yang ditentukan oleh murid dan mengikut prosedur yang dipilih/ditentukan mereka sendiri 4
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 1.2 PdP Sains : Tradisional vs Inkuiri Guru yang berbeza mengajar dengan cara yang berbeza. Mengikut Cruickshank, D.R., Jenkins, D.B. dan Metcalf, K.K (2006) dalam buku The Act of Teaching, faktor-faktor yang mempengaruhi cara guru mengajar adalah ciri-ciri individu, pengalaman dan persediaan mengajar serta konteks pengajaran kelas berkenaan. Cikgu Masni dan Cikgu Amira mengajar subtopik Litar Bersiri dan Litar Selari kepada dua kelas yang berlainan. Berikut adalah perihal pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh Cikgu Masni dan Cikgu Amira. Jadual 1.2 Kelas Cikgu Masni Fasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Permulaan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Perkembangan 1. Memperkenalkan topik 1. Mendengar dengan menulis penerangan dari guru perkataan Litar Bersiri dan menjawab soalan dan Litar Selari pada yang ditanya oleh papan putih. guru jika ada. 2. Memberi penerangan tentang rupa bentuk sambungan litar bersiri dan selari dengan merujuk kepada buku teks. 1. Mengedarkan lembaran 1. Membaca dan cuba aktiviti yang memahami arahan mengandungi arahan dan aktiviti berdasarkan soalan. lembaran dan 2. Menerangkan arahan satu penerangan oleh guru. persatu sebelum meminta 2. Wakil kumpulan murid murid bekerja mengambil set radas dalam 6 kumpulan yang yang disediakan. telah ditetapkan. 3. Murid melakukan 3. Mengedarkan 6 set bahan aktiviti dan menjawab yang diperlukan soalan yang 4. Memberi masa 30 minit berkenaan. untuk murid melakukan 4. Selepas 30 aktiviti dan menjawab minit,wakil setiap soalan yang terdapat kumpulan membuat 5
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Penutup dalam lembaran yang pembentangan disediakan. 5. Selepas 30 minit, guru 1. Mendengar rumusan meminta agar wakil guru. setiap kumpulan membentangkan dapatan 2. Membuat latihan aktiviti serta jawapan berkenaan dalam kepada soalan yang buku kerja dan diberi. menyemak jawapan masing- masing 1. Membuat rumusan semasa perbincangan. tentang dapatan aktiviti dan jawapan kepada soalan yang diberi. 2. Memberi latihan dengan merujuk kepada buku kerja murid murid . 3. Selepas 10 minit, guru membincangkan jawapannya. Jadual 1.3 Kelas Cikgu Amira Fasa Aktiviti PdP Catatan Permulaan Aktiviti Guru Aktiviti Murid 1. Menunjukkan Litar A 1. Meneliti 2 jenis litar dan Litar B yang tersebut dan cuba mengandungi 3 buah untuk membezakan mentol yang sedang cara sambungan 3 menyala. mentol dalam 2 jenis 2. Menyatakan bahawa 3 litar tersebut. mentol 3 Litar A dan 3 2. Bertanya sesama mentol Litar B sendiri : disambung dengan dua • Apakah perbezaan cara yang berlainan antara cara dengan merujuk kepada sambungan mentol rajah litar yang dilukis di Litar A dan Litar B? papan putih. • Apakah perbezaan di 3. Memberi peluang kepada antara antara semua murid untuk kecerahan mentol- memerhati litar tersebut mentol dalam Litar A dengan teliti. dan Litar B? 6
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Perkembangan 1. Menyatakan bahawa • Apakah persamaan Penutup perkakas elektrik di rumah yang ada di antara menggunakan sambungan Litar A dan Litar B? seperti salah satu litar tersebut. 1. Mendengar penerangan guru. 2. Menyatakan tujuan aktiviti murid yang 2. Mengambil set radas seterusnya adalah untuk yang disediakan menentukan : 3. Berbincang dalam • Apakah jenis litar yang kumpulan masing- digunakan untuk masing tentang menyambung perkakas penyiasatan yang elektrik di rumah? hendak dilakukan. • Mengapakah jenis litar Persoalan yang tersebut di gunakan? ditimbulkan dalam perbincangan adalah: 3. Memberikan masa • Namakan dua litar 30 minit untuk murid tersebut. menyelesaikan masalah • Bandingkan dua litar yang diberi melalui tersebut. penyiasatan secara 4. Mencari maklumat berkumpulan. dalam buku teks yang berkaitan dengan litar selari dan litar bersiri. 5. Memerhatikan bahawa kecerahan mentol dalam litar A adalah sama tetapi tidak dalam litar B. 6. Berbincang tentang kelebihan litar selari berbanding litar bersiri. 1. Meminta wakil setiap 1. Wakil kumpulan kumpulan untuk membentangkan hasil membentangkan hasil penyiasatan mereka. penyiasatan mereka. 2. Menimbulkan 2. Membimbing murid beberapa persoalan membuat rumusan bagi yang berkaitan penyiasatan. dengan aplikasi litar 7
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 3. Memberi peluang kepada bersiri dan litar selari murid-murid untuk dalam kehidupan bertanya tentang litar harian. bersiri dan selari. 4. Mengalakkan agar murid sendiri membuat penyiasatan lanjut tentang persoalan yang mereka timbulkan. Cikgu Masni menyediakan maklumat tentang litar bersiri dan litar selari sebelum mengarahkan muridnya untuk melakukan ujikaji seperti dalam arahan bertulis yang disediakan. Murid juga dikehendaki untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru sebelum membincangkan jawapannya. Cikgu Amira memulakan kelas dengan menunjukkan 2 jenis litar yang berlainan sambungannya.Muridnya terpaksa menentukan sendiri apakah perbezaan 2 jenis litar tersebut.Murid muridnya juga menimbulkan persoalan sendiri di kalangan mereka tentang litar litar tersebut.Cikgu Amira mengemukakan persoalan umum untuk murid murid selesaikan dengan cara melakukan eksperimen. Murid sendiri yang perlu merancang eksperimen yang hendak dilakukan.Murid murid banyak berbincang sesama sendiri dan ada yang mencari maklumat dalam buku teks. 8
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR BAB 2 KERANGKA KONSEP MODUL IBSE KSSR Teori Pembelajaran Konstruktivisme Modul IBSE Model Pembelajaran 5E KSSR Engagement (Penglibatan) Exploration (Penerokaan) Explanation (Penerangan) Kemahiran Elaboration (Penghuraian) Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Evaluation (Penilaian) • mengaplikasi • menganalisis • menilai • mencipta Rajah2.1: Kerangka konsep Modul IBSE KSSR Tujuan utama pembinaan Modul IBSE KSSR adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid-murid. Modul IBSE KSSR menyepadukan Model 5E dan KBAT dalam PdP sains. Model 5E memainkan peranan sebagai rangka utama dalam penghasilan RPH berbentuk pembelajaran berasaskan inkuiri oleh guru-guru sains. Model 5E adalah berasaskan teori konstruktivisme (Walker 2015). Kelima-lima fasa Model 5E, iaitu Engagement, Exploration, Explanation, Elaboration dan Evaluation mendorong murid-murid membina pengetahuan berasaskan pengetahuan sedia ada mereka. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah berpusatkan murid-murid dan menggalakkan murid-murid berkolaborasi dalam melaksanakan aktiviti hands-on dan minds-on. Setiap fasa 5E juga membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saintifik guru dan murid 9
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR dengan lebih baik (Bybee 2009). Jadual 2.1 menghuraikan peranan guru dalam setiap fasa Model 5E. Jadual 2.1: Peranan Guru Dalam Setiap Fasa Model 5E Fasa-fasa Apa yang perlu dilakukan oleh guru? Engagement (Penglibatan) • merangsang rasa ingin tahu dan minat murid terhadap topik yang akan diajar • mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid terhadap sesuatu idea atau konsep • menggalakkan murid mengemukakan persoalan terhadap topik yang akan diajar • menggalakkan murid meluahkan apa yang mereka fikirkan • menggalakkan murid membandingkan idea mereka dengan orang lain Exploration • menggalakkan interaksi antara murid dengan murid (Penerokaan) • memerhatikan interaksi antara murid dengan murid • menanyakan soalan berbentuk siasatan untuk membantu murid lebih memahami pengalaman mereka • memberi masa yang cukup kepada murid untuk mendalami masalah yang dikemukakan Explanation • menggalakkan murid menggunakan data dan pengalaman (Penerangan) yang diperoleh semasa fasa engagement dan exploration untuk memberikan penerangan mereka • menanyakan soalan yang dapat membimbing murid memberikan penerangan mereka. • meminta murid memberikan bukti atau justifikasi terhadap penerangan mereka • memberikan masa yang cukup untuk murid membandingkan idea mereka dengan yang lain dan menyemak semua idea asal mereka • memperkenalkan terminologi dan memberikan penerangan alternatif setelah murid meluahkan idea-idea mereka Elaboration • membantu murid untuk menghubungkaitkan konsep baru (Penghuraian) dengan pengetahuan sedia ada mereka • menggalakkan murid menggunakan konsep yang baru dipelajari untuk menerangkan suatu idea atau perkara baru 10
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Evaluation • memperkukuhkan penggunaan terminologi saintifik dan (menilai) penghuraian yang telah diperkenalkan dalam kalangan murid • menanyakan soalan yang dapat membantu murid membuat kesimpulan yang munasabah berdasarkan bukti- bukti dan data-data yang telah dikutip. • mencatatkan pemerhatian semasa murid mendemonstrasikan kemahiran dan pemahaman konsep mereka • memberikan masa yang cukup untuk murid membandingkan idea mereka dengan yang lain dan menyemak semua idea asal mereka • menemubual murid untuk menilai perkembangan pemahaman konsep mereka • mengalakkan murid menilai kemajuan diri mereka Setiap fasa dalam Model 5E diterapkan dengan KBAT berdasarkan Taksonomi Bloom (revised) yang merangkumi kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mereka cipta (Krothwohl 2002). Kemahiran mengaplikasi diterapkan supaya murid-murid dapat menggunakan pengetahuan baru yang dipelajari dalam situasi baru. Kemahiran menganalisis memerlukan murid-murid memecahkan maklumat kepada komponen-komponen kecil untuk membuat inferens dan kesimpulan atau menggunakannya untuk menyokong andaian awal mereka. Kemahiran menilai memerlukan murid-murid membuat justifikasi terhadap pengetahuan atau maklumat yang dipelajari. Kemahiran mencipta pula memerlukan murid-murid menggabungkan komponen-komponen maklumat yang sedia ada untuk membentuk idea atau produk baru (Llewellyn 2014). Seorang guru yang profesional bertanggungjawab memastikan setiap proses PdP yang dikendalikan mampu menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna bagi setiap murid. Oleh itu, rancangan mengajar yang lengkap dan sistematik dengan mengambilkira latar belakang murid amat perlu sebagai panduan guru dalam memberi gambaran mental akan proses PdP yang bakal dijalankan. Dalam modul yang menggunakan kaedah inkuiri ini, 16 elemen telah dimasukkan di dalam format Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk membantu guru menghasilkan satu proses PdP yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri murid. 5 elemen pertama iaitu Tema, Tajuk, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran telah ditetapkan mengikut urutan tema di 11
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Sains. Elemen- elemen seterusnya perlu dikenalpasti oleh guru berdasarkan proses PdP yang telah dirancang berdasarkan pengetahuan sedia ada dan objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Pengetahuan sedia ada murid yang merupakan sumber primer dalam perkembangan pengetahuan murid perlu dikenalpasti oleh guru sebelum membina objektif pembelajaran. Pembinaan objektif pembelajaran yang spesifik dengan pencapaiannya yang boleh diperhatikan dan diukur merupakan langkah penting dalam proses merancang pengajaran. Dalam pengajaran Sains Tahun 4 bagi sub topik 3.3 Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan; objektif pembelajaran yang boleh dibina ialah: Di akhir pembelajaran ini, murid boleh menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria (kulit) menerima rangsangan dengan menjalankan aktiviti “Sentuh apa?”. Contoh objektif pembelajaran di atas adalah lebih spesifik dan boleh diukur dengan menggunakan kata kerja “menyatakan”, mengkhususkan organ deria yang akan difokuskan iaitu “kulit” dan melalui contoh aktiviti yang spesifik dengan menyertakan nama aktiviti tersebut iaitu “Sentuh apa?”. Sekiranya seorang murid membuat pernyataan “Saya menarik tangan saya apabila kulit tangan saya menyentuh duri yang tajam” semasa proses pembelajaran tersebut, guru dengan yakin boleh membuat kesimpulan murid ini telah mencapai objektif pembelajaran di atas. Ini bermaksud proses refleksi dan penilaian keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat dibuat dengan mudah dan jelas sekiranya objektif pembelajaran yang eksplisit dibina. Pengisian PdP dirancang mengikut Model Inkuiri 5E yang melibatkan lima langkah iaitu Penglibatan (Engagement), Penerokaan (Exploration), Penghuraian (Elaboration) dan Penilaian (Evaluation). Satu ruang dikhaskan untuk Cadangan Soalan oleh Guru di bawah elemen ini sebagai panduan untuk guru mengutarakan soalan yang bersesuaian dengan aktiviti inkuiri yang dijalankan. Teknik penyoalan yang betul oleh guru amat penting untuk memberi peluang kepada murid untuk berfikir, membuat refleksi dan menyoal tentang apa yang mereka fikirkan. Penggunaan soalan terbuka membantu guru mendapatkan lebih banyak maklumat daripada murid berkenaan pengetahuan sedia ada dan minat murid akan topik yang dipelajari (Friedl, 2005). Selain itu, “masa menunggu” perlu diberikan kepada murid untuk berfikir dan berbincang akan soalan yang diberikan oleh guru. Jadual 2.2 menunjukkan contoh soalan aras sederhana ke tinggi mengikut Taksonomi Bloom. Jadual 2.2 Contoh Soalan Aras Sederhana Ke Tinggi Mengikut Taksonomi Bloom 12
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Aras Kata kerja yang Contoh soalan Mengaplikasi berkait dengan sains aplikasi, bina, cari, Apa akan berlaku sekiranya… ? Menganalisis gambarkan, gunakan, Bagaimana terjadi… ? huraikan, illustrasikan, Mengapakah ia diaplikasikan dalam situasi kirakan, konstruk, ini? kembangkan, kenalpasti, Apakah contoh berkaitan yang dapat kamu modelkan, pilih, berikan? rancang, sediakan, Bagaimanakah kamu mengklasifikasikan… selesaikan, tentukan, ? ubahsuai analisis, beri hipotesis, Bagaimana ia diaplikasikan dalam situasi bezakan, bandingkan, ini? beri inferens, Apakah bukti yang menyokong dapatan diskriminasi, kategori, kamu? pilih, rekabentuk, Bagaimanakah kamu menginterpretasikan simpulkan, data yang dikumpul? Bagaimanakah ia mempengaruhi …? Menilai cadangkan, nilaikan, Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat berdasarkan dapatan? pertimbangkan, Apa yang kamu rasa berkaitan … ? Bolehkah kamu memberi justifikasi simpulkan, sokong, uji berdasarkan jawapan yang kamu berikan? Jelaskan. Adakah anggapan anda betul? Sejauh manakah kebolehpercayaan anggapan anda berdasarkan bukti yang dikumpul? Bagaimanakah kamu membuat penyiasatan ini dengan cara yang berbeza? Berapakah penilaian yang kamu berikan Mencipta bandingkan, bentukkan, berdasarkan persembahan anda? buktikan, cadangkan, Berdasarkan dapatan anda, bentukkan satu ciptakan, gabungkan, kesimpulan .. perincikan, perjelaskan, Perincikan lima ciri-ciri … rancangkan, rumuskan, Rancangkan satu ujikaji untuk sediakan mengenalpasti kesan … Ciptakan sebuah model kereta yang paling stabil. Di akhir RPH, satu ruang untuk refleksi oleh guru dikhususkan untuk guru menulis hasil penilaian keseluruhan proses PdP berdasarkan objektif pembelajaran 13
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR yang telah dibina dan perancangan seterusnya yang akan diambil. Pemilihan elemen untuk dimasukkan di dalam format RPH yang digunakan dalam modul ini adalah berdasarkan keperluan utama dalam pelaksanaan aktiviti inkuiri. Guru boleh mengubahsuai format kandungan RPH ini mengikut kesesuaian guru. BAB 3 14
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR AKTIVITI-AKTIVITI INKUIRI 3.1 Biji Benih Versatil (Aras Inkuiri: Terbimbing) Pengenalan: Tumbuhan perlu memastikan kemandirian spesiesnya dengan menyebarkan biji benih dan buah jauh daripada pokok induk. Penyebaran biji benih dan buah adalah penting untuk: • mengurangkan persaingan antara anak pokok dengan pokok induk. • mengurangkan kesesakan. • membolehkan anak pokok hidup dengan sihat. Biji benih dan buah disebarkan melalui: • air • angin • haiwan • mekanisme letupan Arahan: Merekacipta satu biji benih versatil (berkemandirian). Tempoh Masa: 2 jam (1 jam mencipta model, 1 jam pembentangan dan soal jawab) ** Murid perlu merancang dan membuat lakaran kasar model yang ingin direka 1 minggu sebelum menjalankan aktiviti. Radas dan Bahan: (**Cadangan) *Terpulang kepada murid untuk memilih radas dan bahan yang bersesuaian. Bil. Bahan** Kuantiti 15
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 1 Cat warna air 1 set 2 Pengokot 1 unit 3 Pita selofan 1 unit 4 Kapas 1 unit 5 Jarum peniti 1 unit 6 Beg plastik 1 unit 7 Kad manila 1 unit 8 Pen penanda 1 unit Aktiviti Yang Perlu Dijalankan Oleh Murid (Panduan Guru): Bil. Aktiviti Murid Ulasan Guru 1. Melakar dan melabel model 2. Menginterpretasi ciri-ciri model rekaan berdasarkan gabungan 2 atau lebih agen pencaran 3. Merekacipta model yang boleh beradaptasi dengan pelbagai persekitaran 4. Pembentangan hasil dapatan Cadangan Pengajaran Dan Contoh Soalan Inkuiri (Panduan Guru): Guru perlu memastikan murid melakar model dengan tepat. Pastikan langkah berjaga- jaga dipatuhi seperti menggunakan jarum peniti, pisau pemotong kertas dan gunting dengan berhati-hati. Soalan-soalan yang membimbing boleh dikemukakan kepada murid. Terima jawapan murid dengan terbuka dan betulkan kesilapan murid dengan memberi soalan yang boleh membimbing ke arah jawapan yang betul. Cadangan soalan: 1. Apakah nama biji benih versatil anda? 2. Apakah agen yang terlibat dalam pencaran biji benih versatil yang anda cipta? Soalan Penilaian dan Cadangan Jawapan: 16
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 1. Anda telah mereka biji benih versatil anda. Rekodkan hasil dapatan anda. 2. Buat kesimpulan berdasarkan dapatan yang diperolehi. Biji benih versatil mempunyai ciri-ciri ...................................................... ................ yang membolehkannya dipencarkan oleh kesemua agen pencaran. 3. Andaikan habitat biji benih versatil dilanda banjir. Cadangkan ciri yang manakah paling sesuai untuk beradaptasi dalam habitat tersebut. Beri ulasan anda. (Bergantung kepada biji benih versatil murid) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN AKTIVITI 3.1 1.0 Tema: SAINS HAYAT 2.0 Tajuk: 4.0 Proses Hidup Tumbuhan 3.0 Standard 4.2 Kemandirian spesies tumbuhan Kandungan: 4.0 Standard 4.2.1 Menyatakan cara tumbuhan memencarkan biji benih Pembelajaran: atau buah melalui pemerhatian tumbuhan sebenar atau menerusi pelbagai media. 4.2.2 Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri- ciri biji benih atau buah melalui pemerhatian spesimen sebenar atau menerusi pelbagai media. 4.2.3 Menaakul kepentingan pencaran biji benih atau buah kepada kemandirian spesies tumbuhan. 4.2.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. 5.0 Pengetahuan Murid tahu tentang agen-agen pencaran biji benih seperti air, sedia ada: angin, haiwan dan manusia serta mekanisme letupan. 6.0 Objektif Pada akhir pembelajaran ini, murid diharapkan dapat: Pembelajaran: a. merekacipta satu model biji benih yang boleh dipencarkan oleh pelbagai agen pencaran dengan menggunakan bahan yang disediakan. b. menginterpretasi ciri-ciri model biji benih berdasarkan gabungan dua atau lebih agen pencaran. 7.0 Pendekatan Konstruktivisme PdP: 17
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 8.0 Kaedah / Perbincangan Strategi PdP : 9.0 Kemahiran Berkomunikasi, meramal Proses Sains (KPS): 10.0 Kemahiran Mengaplikasi, merekacipta Berfikir Aras Tinggi (KBAT): 11.0 Bahan Bantu Cat warna air, pengokot, pita selofan, kapas, jarum peniti, beg Mengajar plastik, kad manila, pen penanda dan petikan dari buku (BBM): Ensiklopedia Sains Untuk Murid. 12.0 Alat Berfikir: Peta pemikiran (peta buih), soalan aras tinggi 13.0 Elemen Kreativiti & Inovasi, Sains & Teknologi Merentas Kurikulum (EMK): 14.0 Penilaian PdP: Hasil kerja (model yang dihasilkan) 15.0 Pengisian PdP mengikut Model 5E: Fasa Aktiviti PdP Cadangan soalan oleh guru Pengajaran Engagement Guru meletakkan pelbagai Apakah ciri-ciri fizikal pada biji (Penglibatan) jenis biji benih di dalam benih tersebut? kotak hitam. (biji benih Exploration lalang, cili, buah keembung, Nyatakan cara biji benih tersebut (Penerokaan) biji benih kemuncup, biji dipencarkan berdasarkan benih angsana, kacang bendi pemerhatian terhadap ciri dsb.) fizikalnya. Murid dipilih secara rawak Pada pendapat anda, bolehkah untuk mengambil sejenis biji sesuatu biji benih tumbuhan benih dan menerangkan ciri- dipencarkan oleh lebih daripada ciri fizikal biji benih tersebut. satu agen pencaran?Beri sebab. Murid meramal cara biji benih itu dipencarkan. Murid dikehendaki Apakah agen yang terlibat dalam berbincang dalam kumpulan pencaran model biji benih yang tentang ciri-ciri biji benih anda cipta? yang dipencarkan oleh setiap agen pencaran. Nyatakan ciri-ciri yang ada pada model biji benih yang anda cipta Murid dikehendaki melakar berdasarkan agen pencaran yang dan melabel model satu biji dinyatakan? 18
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR benih yang boleh dipencarkan Apakah nama model biji benih oleh dua atau lebih agen yang anda cipta? pencaran. Murid menginterpretasi ciri- Terangkan mengapa anda pilih ciri model rekaan berdasarkan ciri-ciri tersebut untuk gabungan dua atau lebih agen merekacipta model biji benih. pencaran dengan menggunakan peta buih. Murid merekacipta model yang boleh beradaptasi dengan pelbagai persekitaran daripada bahan yang dibekalkan. Explanation Setiap kumpulan Terangkan keistimewaan biji (Penerangan) mempamerkan model biji benih ciptaan anda (cth: dari segi benih, lakaran model dan peta ciri-ciri dan fungsi biji benih) Elaboration buih di stesen masing- (Penghuraian) masing. Bagi kumpulan lain, beri cadangan untuk menambahbaik Evaluation Setiap kumpulan dikehendaki biji benih ciptaan kumpulan ini. (Penilaian) melawat ke setiap stesen untuk melihat dan mendengar pembentangan tentang model yang dihasilkan. Murid dikehendaki bersoal jawab di setiap stesen yang dilawati. Guru menggalakkan murid Melalui dapatan daripada untuk berbincang dalam lawatan ke setiap stesen, model kumpulan berkenaan biji benih yang manakah persoalan berikut: Melalui mempunyai kemandirian yang dapatan daripada lawatan ke paling tinggi? Berikan setiap stesen, model biji justifikasi. benih yang manakah mempunyai kemandirian yang paling tinggi? Berikan justifikasi. Murid menjalankan refleksi Berdasarkan model biji benih pembelajaran dengan yang direkacipta, senaraikan membincangkan: Andaikan kepentingan model biji benih habitat biji benih versatil tersebut. 19
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR dilanda banjir. Cadangkan Andaikan habitat biji benih ciri yang manakah paling versatil dilanda banjir. sesuai untuk beradaptasi Cadangkan ciri yang manakah dalam habitat tersebut. Beri paling sesuai untuk beradaptasi ulasan anda. dalam habitat tersebut. Beri ulasan anda. 16.0 Refleksi: _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Rujukan: Gloria Tan. (2013). Attack UPSR. Selangor Darul Ehsan: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Suwaibatullaslamiah Jalaludin, Sophia Md Yassin & Tan Mun Wai. (2014). Buku Teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3.2 Penyerapan Haba (Aras Inkuiri: Berpandu) 20
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Pengenalan: Haba ialah satu bentuk tenaga. Haba yang berlebihan membuat kita berasa panas dan haba yang terlalu sedikit membuat kita berasa sejuk. Semua hidupan di bumi memerlukan haba untuk terus hidup. Sumber utama haba ialah matahari. Haba daripada matahari memanaskan bumi secara berterusan. Tanpa matahari, tidak akan ada hidupan di bumi. Arahan: Kenalpasti warna yang boleh menyerap haba daripada cahaya matahari dengan lebih baik. Tempoh Masa: 1 jam Radas dan Bahan: (**Cadangan) Bil. Radas Kuantiti 1. Haba daripada cahaya Matahari 1 2. Termometer 3. Air 15 unit 4. Botol mineral 500ml 200 ml x 15 5. Kertas berwarna (hitam, putih, kuning, merah dan 15 unit biru) 5 helai x 3 6. Silinder penyukat 7. Jam randik 1 unit 1 unit Aktiviti Yang Perlu Dijalankan Oleh Murid (Panduan Guru): Bil. Aktiviti Murid Ulasan Guru 1. Sediakan 15 botol air mineral yang kosong. 2. Isikan 200ml air ke dalam setiap botol mineral. 3. Balutkan setiap botol dengan menggunakan kertas berwarna, bagi setiap warna dilabel dengan nombor 1 hingga 3 bagi mendapatkan 3 bacaan untuk setiap 21
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR warna. Contoh : Kertas hitam dibuat label Hitam1, Hitam2 dan Hitam 3. 4. Setiap penutup botol ditebuk lubang di tengahnya untuk meletakkan termometer ke dalam botol tadi. Kemudian letakkan plastisin di sekeliling lubang tersebut untuk mengelakkan haba daripada keluar. 5. Catatkan bacaan awal suhu air setiap botol. 6. Letakkan kesemua botol di bawah cahaya matahari pada jarak 30cm antara satu sama lain dalam satu barisan. 7. Ambil bacaan suhu air selepas setiap 10 minit. Contoh : bacaan suhu pertama diambil pada jam 12:00, bacaan kedua 12:10, bacaan ketiga 12:20 dan bacaan suhu terakhir pada jam 12:30. 8. Interpretasi hasil dapatan. Cadangan Pengajaran Dan Contoh Soalan Inkuiri (Panduan Guru): Guru perlu memastikan murid mengawal kesemua pemboleh ubah dengan betul. Cara merekod data yang tepat juga perlu diperhatikan. Guru boleh menggalakkan murid untuk mengulang ujikaji atau menyemak dengan rakan dalam kumpulan lain untuk memastikan dapatan yang diperolehi adalah tepat. Pastikan langkah berjaga-jaga seperti penggunaan alatan yang tajam dikendalikan dengan berhati-hati, penggunaan termometer dengan teknik yang betul. Soalan-soalan yang membimbing boleh dikemukakan kepada murid. Terima jawapan murid dengan terbuka dan betulkan kesilapan murid dengan memberi soalan yang boleh membimbing ke arah jawapan yang betul. Cadangan soalan: 22
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 1. Bandingkan bacaan suhu termometer yang diperolehi daripada botol-botol yang dibalut dengan warna yang berbeza pada masa yang ditetapkan. Jelaskan pemerhatian anda. 2. Cadangkan bagaimana anda dapat merekod dapatan anda menggunakan jadual dan graf yang bersesuaian. 3. Sekiranya kita menggunakan kertas berwarna merah gelap, ramalkan suhu air yang akan diperolehi. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat? 4. Anda diberi peluang untuk memiliki sebuah kereta. Apakah warna kereta yang akan anda pilih bersesuaian dengan suhu di Malaysia? Beri sebab anda. Berikan alasan anda sendiri. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3.2 1.0 Tema: SAINS FIZIKAL 2.0 Tajuk: HABA 3.0 Standard 8.1 Suhu dan haba Kandungan: 4.0 Standard 8.1.4 Mengitlak bahan menjadi panas apabila menerima Pembelajaran: haba. 5.0 Pengetahuan Murid mengetahui cara mengukur suhu menggunakan sedia ada: termometer. 6.0 Objektif Pada akhir pembelajaran ini, murid diharapkan dapat: Pembelajaran: a. menyatakan bahawa warna pembalut botol mempengaruhi jumlah haba yang diserap. b. menghubungkait peningkatan suhu dengan jumlah haba yang diserap. c. membuat kesimpulan bahawa suhu bahan meningkat apabila menerima haba. 7.0 Pendekatan Konstruktivisme PdP: 8.0 Kaedah / Mengeksperimen, pembelajaran kooperatif ( Lihat-Fikir- Strategi PdP : Komen), perbincangan 9.0 Kemahiran Memerhati, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang 23
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Proses Sains dan masa, mentafsir data (KPS): 10.0 Kemahiran Mengaplikasi, menganalisis Berfikir Aras Tinggi (KBAT): 11.0 Bahan Bantu Radas: Termometer, silinder penyukat, 4 botol mineral kosong Mengajar 500 ml, pisau (BBM): Bahan: Air 200 ml, cat berwarna, pita pelekat, kertas berwarna, kertas mahjong, pen marker, sticky note 12.0 Alat Berfikir: Peta pemikiran (peta bulatan), soalan aras tinggi 13.0 Elemen Sains & Teknologi, keusahawanan Merentas Kurikulum (EMK): 14.0 Penilaian PdP: Tugasan, pemerhatian, hasil kerja, lisan 15.0 Pengisian PdP mengikut Model 5E: Fasa Pengajaran Aktiviti PdP Cadangan soalan oleh guru Engagement Guru mengadakan sesi Pernahkah kamu melihat murid (Penglibatan) bersoal jawab dengan sekolah memakai baju seragam murid. sekolah berwarna hitam? Kenapa baju sekolah yang awak pakai berwarna putih? Apakah yang akan awak rasa kalau memakai baju berwarna gelap? Exploration Guru mengarahkan Bagaimanakah amali ini dapat (Penerokaan) murid membuat amali dijalankan dengan menggunakan berkaitan tajuk PdP radas dan bahan yang telah (rujuk lampiran) disediakan? Apakah pemboleh ubah yang perlu ditetapkan sebelum menjalankan amali? 24
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Explanation Hasil kerja Apakah yang akan terjadi kepada (Penerangan) berkumpulan suhu air apabila diletakkan di dipaparkan di bilik bawah cahaya matahari? Elaboration darjah. (Penghuraian) Mengapa suhu air meningkat? Setiap kumpulan Apakah pemerhatian lain yang bergerak untuk menilai hasil kerja kumpulan boleh diperhatikan? lain. Mengapakah titisan air terbentuk Maklum balas tentang di dalam bahagian atas botol? hasil kerja kumpulan (penerangan akan diberikan pada lain dicatat pada tajuk akan datang) pelekat. Adakah warna mempengaruhi peningkatan suhu air? Berdasarkan isyarat Berikan penjelasan anda. guru, murid kembali Apakah faktor lain yang boleh kepada hasil kerja mempengaruhi peningkatan mereka untuk meneliti suhu air? dan mempertimbangkan Ramalkan apakah warna baju komen yang telah yang harus dipilih oleh Ahmad? diberikan. Berikan penjelasan anda. Berdasarkan komen, murid boleh menambahbaik hasil kerja mereka. Guru membuka sesi soal jawab sekiranya ada persoalan yang ingin dikemukakan oleh setiap kumpulan untuk dibincangkan bersama. Guru menggalakkan murid untuk berbincang dalam kumpulan berkenaan persoalan berikut: Ahmad seorang buruh dan diberikan 2 helai baju berwarna iaitu kuning dan biru tua. Ramalkan baju yang manakah harus dipilih oleh Ahmad untuk 25
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR dipakai semasa bekerja di bawah cuaca panas. Guru menggalakkan murid untuk turut berbincang tentang situasi di atas. Evaluation Guru mengarahkan Senaraikan faktor-faktor yang (Penilaian) murid menjalankan mempengaruhi peningkatan suhu refleksi pembelajaran dalam bentuk peta bulatan. dengan menyenaraikan faktor yang mempengaruhi peningkatan suhu. Jawapan dalam bentuk peta bulatan dibuat di dalam buku catatan murid. 16.0 Refleksi: _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Rujukan: Campbell, N. A, Reece, J.B, Urry, L.A, Cain, M.L, Wasserman, S.A, Minorsky, P.V & Jackson, R.B. (2011). Biology (9th edition). San Francisco : Pearson. Suwaibatullaslamiah Jalaludin, Sophia Md Yassin & Tan Mun Wai. (2014). Buku Teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 26
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 3.3 Apakah Nilai pH Tumbuhan Herba? (Aras Inkuiri: Berstruktur) Pengenalan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Semakin berasid Neutral Semakin beralkali Rajah : Skala pH Apakah pH? pH adalah singkatan bagi potensi hidrogen. Ia menunjukkan kepekatan ion hidrogen di dalam sesuatu larutan. Nilai pH (skala 1-14) menunjukkan darjah keasidan (pH1– pH6) dan darjah kealkalian (pH8 – 14) sesuatu bahan. Nilai pH 7 menunjukkan bahan tersebut adalah neutral. Nilai pH badan manusia yang sihat ialah pH 7.4. Tahukah anda apakah nilai pH makanan kegemaran anda? Adakah makanan berasid atau beralkali baik untuk kesihatan anda? Arahan: Anda dibekalkan dengan 5 jenis tumbuhan herba. Uji nilai pH kesemua tumbuhan herba tersebut menggunakan kertas penunjuk universal. Rekod hasil dapatan anda. Tempoh Masa: 1 jam Radas dan Bahan: Bil. Radas Kuantiti 1. Piring petri 5 unit 2. Air suling 1 botol 3. Kertas penunjuk universal 5 helai 4. Panduan nilai pH penunjuk universal 1 unit 5. Mortar 1 unit 27
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Bil. Bahan Kuantiti 1. Halia 1 gram 2. Kunyit 1 gram 3. Lengkuas 1 gram 4. Bawang merah 1 gram 5. Bawang putih 1 gram Aktiviti Yang Perlu Dijalankan Oleh Murid (Panduan Guru): Bil. Aktiviti Murid Ulasan Guru 1. Uji nilai pH menggunakan kertas penunjuk universal. 2. Rekod nilai pH setiap bahan dalam jadual. 3. Membandingkan nilai pH. 4. Menginterpretasi hasil dapatan. 5. Menghubung kait dengan kehidupan seharian. Cadangan Pengajaran Dan Contoh Soalan Inkuiri (Panduan Guru): Guru perlu memastikan murid mengawal kesemua pemboleh ubah dengan betul. Cara merekod data yang tepat juga perlu diperhatikan. Guru boleh menggalakkan murid untuk mengulang ujikaji atau menyemak dengan rakan dalam kumpulan lain untuk memastikan dapatan yang diperolehi adalah tepat. Guru juga perlu memastikan langkah berjaga-jaga seperti: • memastikan mortar telah dicuci selepas digunakan untuk menghancurkan setiap bahan • memastikan tempoh celupan setiap larutan adalah seragam iaitu selama 5 saat. • membasahkan kertas penunjuk universal terlebih dahulu dengan air suling Soalan-soalan yang membimbing boleh dikemukakan kepada murid. Terima jawapan murid dengan terbuka dan betulkan kesilapan murid dengan memberi soalan yang boleh membimbing ke arah jawapan yang betul. 28
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Cadangan soalan: 1. Adakah semua tumbuhan herba mempunyai nilai pH yang sama? 2. Apakah persamaan tumbuhan herba tersebut selain mempunyai nilai pH yang sama? 3. Adakah terdapat hubungan di antara apa yang telah dipelajari sebelum ini dengan aktiviti ini? 4. Sekiranya anda diberi pilihan untuk menguji nilai pH bahan lain, apakah bahan yang anda pilih? Kenapa? 5. Selain kertas penunjuk universal, adakah anda tahu apakah bahan lain yang boleh digunakan untuk menguji nilai pH? Soalan Penilaian dan Cadangan Jawapan: 1. Anda telah menguji nilai pH setiap sampel minuman. Rekodkan hasil dapatan anda. Bil. Jenis Tumbuhan Herba Nilai pH Berasid / Neutral / Beralkali 1. Halia 2. Kunyit 3. Lengkuas 4. Bawang merah 5. Bawang putih 2. Susun jenis tumbuhan herba secara menaik mengikut nilai pH yang diuji. Bergantung kepada jawapan soalan (1) murid. 3. Buat kesimpulan berdasarkan dapatan yang diperolehi. Tumbuhan herba yang bersifat asid ialah ..... Tumbuhan herba yang bersifat neutral ialah ... Tumbuhan herba yang bersifat alkali ialah .... 29
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3.3 1.0 Tema: SAINS BAHAN 2.0 Tajuk: 10.0 Asid Dan Alkali 3.0 Standard 10.1 Sifat Kimia Bahan Kandungan: 4.0 Standard Murid boleh: Pembelajaran: 10.1.2 Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan warna kertas litmus, rasa dan sentuhan dengan menguji beberapa contoh bahan. 5.0 Pengetahuan Murid telah mengetahui bahawa bahan berasid mempunyai rasa sedia ada: yang masam, bahan beralkali mempunyai rasa yang pahit dan bahan neutral mempunyai rasa masin, manis dan tawar. 6.0 Objektif Pada akhir pembelajaran ini, murid diharapkan dapat: Pembelajaran: a. memerihalkan sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan warna kertas litmus b. mengelaskan bahan yang diuji mengikut sifat bahan, berasid, beralkali dan neutral 7.0 Pendekatan Konstruktivisme PdP: Perbincangan 8.0 Kaedah : 9.0 Kemahiran Memerhati, berkomunikasi, mengeksperimen Proses Sains (KPS): 10.0 Kemahiran Mengaplikasi, menganalisis Berfikir Aras Tinggi (KBAT): 11.0 Bahan Bantu a. Herba seperti kunyit, lengkuas, halia, bawang merah dan Mengajar bawang putih (BBM): b. Air suling c. Mortar d. Kertas penunjuk universal 12.0 Alat Berfikir Soalan beraras tinggi 30
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 13.0 Elemen Nilai Murni Merentas Kurikulum 14.0 Penilaian PdP Laporan eksperimen 15.0 Pengisian PdP mengikut Model 5E: Fasa Pengajaran Aktiviti PdP Cadangan soalan oleh guru Engagement Guru mengadakan sesi Berikan contoh bahan asas yang (Penglibatan) sumbangsaran dengan murid boleh didapati di dapur dan berkenaan dengan bahan- sering digunakan oleh ibu bahan asas yang digunakan semasa memasak. oleh ibu mereka semasa Apakah rasa ( cth : garam ) memasak. tersebut ? Exploration Guru mengagihkan bahan- Apakah langkah-langkah (Penerokaan) bahan herba dan alatan untuk menguji sifat bahan yang eksperimen untuk menguji dibekalkan. ( Setiap kumpulan mendapat bahan herba yang bahan yang telah disediakan ? sama ) Apakah pembolehubah : dimalarkan Murid dikehendaki dimanipulasi menjalankan ujikaji bergerak balas menggunakan bahan yang Adakah berlaku perubahan telah dibekalkan. warna pada kertas penunjuk Murid dihendaki merekod keputusan yang diperolehi universal tersebut ? dalam bentuk jadual. Explanation Guru menjemput semua Apakah warna yang dapat (Penerangan) kumpulan untuk diperhatikan pada kertas mempamerkan keputusan yang universal bagi setiap bahan yang diperolehi. diuji ? Guru meminta satu kumpulan Nyatakan sifat kimia bahan untuk membentangkan hasil berdasarkan warna yang terdapat ujikaji. pada penunjuk universal ? (Rujuk Skala pH ) Setelah pembentangan kumpulan pertama, guru Adakah terdapat mana-mana bertanyakan kepada kumpulan kumpulan yang mempunyai lain sekiranya ada maklumat keputusan perubahan warna tambahan berdasarkan hasil yang berbeza daripada jadual kumpulan masing- kumpulan yang lain ? 31
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR masing dan perbincangan Sekiranya ( kunyit ) digantikan dengan ahli kumpulan. dengan ( peria ) adakah kita Guru membuka sesi soal jawab akan memperolehi keputusan sekiranya ada persoalan yang yang sama ? Mengapa ? ingin dikemukakan oleh setiap Jelaskan. kumpulan untuk dibincangkan bersama. Elaboration Guru menggalakkan murid Apakah cara lain untuk menguji (Penghuraian) untuk berbincang dalam sifat kimia sesuatu bahan ? kumpulan berkenaan persoalan Evaluation berikut: Sekiranya tidak ada Apakah contoh bahan yang lain (Penilaian) kertas penunjuk universal, yang mempunyai sifat kimia apakah cara lain untuk yang sama seperti bahan yang menguji sifat kimia bahan ? diuji ? Guru menggalakkan Sekiranya kita mengambil muriduntuk berbincang di dalam kumpulan tentang sesuatu bahan makanan yang kepentingan mengetahui sifat bersifat asid secara berlebihan, kimia sesuatu bahan. Ramalkan kesan terhadap kesihatan badan manusia Guru mengarahkan murid Nyatakan pendapat kamu menjalankan refleksi tentang pemakanan yang pembelajaran. diambil boleh mempengaruhi kesihatan kita? Jelaskan ? 16.0 Refleksi: _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 32
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Rujukan: Campbell, N. A, Reece, J.B, Urry, L.A, Cain, M.L, Wasserman, S.A, Minorsky, P.V & Jackson, R.B. (2011). Biology (9th edition). San Francisco : Pearson. Jones, A, Reed, R & Weyers, J. (2007). Practical skills in Biology (4th edition). London : Pearson Mader, S.S. (2010). Biology (10th edition). New York: McGraw Hill. Suwaibatullaslamiah Jalaludin, Sophia Md Yassin & Tan Mun Wai (2014). Buku Teks Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 33
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 3.4 HFMD:Penyakit Jangkitan Virus (Ulasan Artikel) Artikel ANAK anda mengalami demam panas. Dia juga menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum. Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan. Wabak HFMD yang menyebabkan semua 488 taman asuhan kanak-kanak di Sarawak ditutup serta-merta selama dua minggu sejak 3 Mac lalu sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa, termasuklah yang berada di Semenanjung tanah air. Sehingga kini, HFMD telah meragut empat nyawa manakala Brunei Darussalam mencatatkan satu kematian pada 5 Mac lalu dan turut menutup semua sekolah rendah dan sekolah agama di negara berkenaan bermula Rabu lalu sehingga diberitahu kelak. Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan 34
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR terkorban akibat HFMD, setahun kemudian. Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama. Maklumat berikut diharap dapat menyingkirkan sesetengah salah tanggapan, rasa panik serta kekeliruan yang berkaitan dengan ciri-ciri penyakit HFMD seperti mengaitkannya dengan penyakit kuku dan mulut (HMD) yang menyerang binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri. Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus. Tambahnya lagi jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari. Menurutnya, terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau Enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus. HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang. Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak- kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding 35
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR orang dewasa. Bagaimanapun, Dr. Mazidah menambah, ini tidak bermakna orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat. Dr. Mazidah menjelaskan, komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum. Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis). Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. Kesemua komplikasi ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Doktor lazimnya akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala-gejala HFMD dan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat. Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian. Hubungi doktor sekiranya: anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam. anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin. demam lebih tiga hari. sakit mulut semakin teruk. anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan. Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian. Antara langkah- langkah pencegahan yang boleh diambil ialah: Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli- belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain- lain Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas. Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin. 36
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci. Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin. Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya. Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian. Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD. Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya. Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor. Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6858-hfmdpenyakit- jangkitan-virus.html 37
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3.4 1.0 Tema: SAINS HAYAT 2.0 Tajuk: MIKROORGANISMA 3.0 Standard 3.2 Mikroorganisma berfaedah dan mikroorganisma Kandungan: berbahaya. 4.0 Standard 3.2.1 Memerihalkan kesan buruk mikroorganisma melalui Pembelajaran: pemerhatian menerusi pelbagai media yang menyebabkan penyakit; pereputan gigi; keracunan makanan; merosakkan makanan. 3.2.3 Mengitlak terdapat mikroorganisma ada yang berfaedah dan ada yang berbahaya. 3.2.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. 5.0 Pengetahuan Murid telah mengenali jenis-jenis mikroorganisma. sedia ada: Pada akhir pembelajaran ini, murid diharapkan dapat: 6.0 Objektif a. memerihalkan kesan buruk mikroorganisma melalui Pembelajaran: artikel yang disediakan. 7.0 Pendekatan PdP: Konstruktivisme 8.0 Kaedah / Strategi Pembelajaran koperatif (Lihat-fikir-komen), perbincangan PdP : 9.0 Kemahiran Berkomunikasi, mentafsir data, menginferens Proses Sains (KPS): 10.0 Kemahiran Mengaplikasi, menganalisis Berfikir Aras Tinggi (KBAT): 11.0 Bahan Bantu Artikel, kertas mahjong, pen marker Mengajar (BBM): 12.0 Alat Berfikir: Peta minda, Soalan aras tinggi 38
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 13.0 Elemen Merentas Sains & Teknologi, Pendidikan Kesihatan Kurikulum (EMK): 14.0 Penilaian PdP: Tugasan, hasil kerja, lisan, pemerhatian 15.0 Pengisian PdP mengikut Model 5E: Fasa Aktiviti PdP Cadangan soalan oleh guru Pengajaran Engagement Guru menyediakan kad Apakah yang kamu faham (Pelibatan) permainan berkaitan penyakit tentang perkataan pada kad yang dipegang oleh rakan kamu ini? HFMD MALARIA PANAU Di antara kelima-lima kad ini, KURAP GIGI REPUT kad yang manakah menunjukkan penyakit yang berpunca daripada virus? 5 orang murid diberikan kad tersebut. Murid menunjukkan kad di hadapan kelas dan menyebutkan nama penyakit tersebut. Murid menjawab soalan berkaitan dengan kad yang dipegang oleh rakan mereka. Exploration Murid diberikan artikel Apakah tajuk artikel yang kamu (Penerokaan) bertajuk HFMD. Di dalam kumpulan murid mencari isi baca tadi? penting di dalam artikel. Apakah yang dimaksudkan Murid dikehendaki untuk dengan HFMD? menggariskan isi-isi penting Apakah isi utama yang kamu dan membina peta minda berdasarkan isi-isi penting perolehi dari artikel tersebut? yang telah dipilih. Guru boleh mencadangkan contoh isi utama untuk membimbing murid. 39
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR Explanation Murid dijemput untuk Berikan isi utama yang (Penerangan) mempamerkan peta minda mengikut stesen yang dimuatkan di dalam peta minda. ditetapkan. Sebutkan dua gejala penyakit Di dalam kumpulan, murid HFMD. akan bergerak dari stesen ke Nyatakan dua faktor yang stesen, mencatat dan membanding beza. menyebabkan penyakit HFMD. Senaraikan tiga langkah Satu kumpulan secara sukarela dikehendaki pencegahan penyakit HFMD. membuat lakonan spontan Adakah anda berminat untuk (situasi doktor bersama pesakit dan ibunya berkaitan menjadi seorang doktor apabila penyakit HFMD) berdasarkan dapatan dari lawatan stesen. dewasa nanti? Murid dan guru bersoal jawab berkaitan dengan peta minda itu tadi. Murid berkongsi maklumat tambahan berkaitan HFMD sekiranya ada. Elaboration Murid diberikan soalan Apakah risiko pesakit sekiranya (Penghuraian) rangsangan tentang risiko lewat mendapat rawatan penyakit penyakit HFMD. HFMD? Evaluation (Penilaian) Apakah penyakit lain yang menimbulkan lepuh-lepuh di kulit? Beberapa orang murid dipilih Nyatakan apa yang telah secara rawak untuk membuat dipelajari dari artikel tersebut. kesimpulan tentang artikel penyakit HFMD yang telah dibaca. 16.0 Refleksi: _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 40
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR 3.5 Populasi orang utan Semenggoh berganda (Ulasan Artikel) Artikel TIDAK puas melihat gelagat orang utan di habitat sebenar membuatkan wanita itu berkunjung kembali ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching, Sarawak buat kali kedua bersama keluarga bagi mengamati gelagat haiwan berkenaan dari jarak lebih dekat. Pertama kali berkunjung ke pusat pemuliharaan berkenaan pada pertengahan bulan April lalu, wanita yang merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan, Sarawak itu tidak berpeluang melihat hidupan liar berkenaan lebih lama berikutan kekangan masa. Lawatan kali kedua ke situ ternyata membuah hasil sekali gus membuatkan dirinya terasa teruja apabila dapat menghabiskan masa lebih lama dan berpeluang melihat haiwan yang dilindungi itu dengan lebih dekat. “Sebenarnya ini adalah kali ketiga saya dapat melihat orang utan secara langsung di depan mata. Kali pertama adalah di Pusat Hidupan Liar Matang di Lundu. Pada waktu itu, saya hanya dapat melihat haiwan tersebut yang diletakkan dalam sangkar bukan yang bebas di habitat semula jadinya. “Kali kedua, saya datang ke sini tetapi sampai lambat dan haiwan tersebut telah kembali ke hutan. Cuma pada kali ini, saya bernasib baik, berpuas hati dan seronok kerana dapat melihat lebih banyak orang utan di habitat semula jadinya,” kata anak jati Sarawak itu, Lynecia Mihed, 22. Tambah Lynecia, selain dapat melihat spesies haiwan terancam itu dengan lebih dekat, kunjungannya ke pusat hidupan liar itu sedikit sebanyak dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dalam diri untuk memelihara dan menjaga alam sekitar. “Kewujudan pusat hidupan liar seperti ini memang bagus bukan sahaja untuk menyelamatkan dan melindungi hidupan liar yang terancam, malah ia juga baik dari segi dapat memberikan pendidikan kepada masyarakat umum mengenai kepentingan memelihara alam semula jadi.” “Saya rasa sedih melihat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan rakus menebang hutan. Ia menyebabkan hidupan liar yang terancam seperti orang utan ini hilang tempat tinggal, sekali gus boleh menyumbang kepada kepupusan spesies tersebut pada masa akan datang,” ujarnya. Orang utan atau pongo pygmaeus merupakan antara spesies primat iaitu tergolong dalam keluarga monyet yang terbesar di dunia. Ia merupakan spesies 41
MODUL INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) UNTUK KSSR terancam yang berasal dari kepulauan Borneo serta Sumatera, Indonesia dan dikenali sebagai haiwan separa arboreal atau hidup di atas pokok. Jantina orang utan boleh dibezakan melalui saiznya iaitu orang utan jantan bersaiz lebih besar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 150 sentimeter (sm) dan berat 100 kilogram manakala bentuk fizikal betina kecil sedikit lebih kurang tiga perempat dan separuh berat daripada jantan. Disebabkan haiwan tersebut mempunyai kadar pembiakan yang rendah dengan satu kelahiran setiap tujuh hingga lapan tahun menjadikan jumlah orang utan di habitat asalnya tidak begitu banyak. Ia merupakan antara hidupan liar yang dilindungi undang-undang. Usaha Pusat Hidupan Liar Semenggoh melindungi haiwan tersebut bermula sejak pusat itu ditubuhkan pada tahun 1975. Ia membawa masuk sebanyak 11 ekor orang utan yang dijumpai dan diselamatkan daripada kecederaan atau ditinggalkan kumpulan di habitat asalnya serta dipelihara secara haram oleh individu tertentu. Setelah 40 tahun menjalankan kerja-kerja pemuliharaan orang utan, kini pusat berkenaan telah berjaya menambah bilangan haiwan tersebut sebanyak dua kali ganda kepada 27 ekor yang hidup secara bebas di kawasan sekitar Taman Negara Sarawak. “Program perlindungan yang kita jalankan di sini ternyata berhasil untuk melindungi spesies orang utan daripada berkurangan dan pupus. Sejak pusat ini ditubuhkan, bilangan orang utan di sini bertambah sebanyak 16 ekor iaitu lahir di hutan ini secara semula jadi dan bukannya dibawa masuk. “Selain itu, kejayaan program perlindungan diukur daripada bilangan orang utan yang kembali semula ke pusat ini untuk mendapatkan makanan semakin berkurangan. Keadaan itu adalah petanda yang baik kerana ia tidak perlu bergantung kepada kita untuk mencari makanan. “Kadangkala apabila tiba musim buah-buahan, orang utan langsung tidak datang ke sini kerana bekalan makanan di habitat semula jadinya sudah cukup,” jelas Pengurus Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Chong Jiew Han ketika ditemui di pusat itu baru-baru ini. Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang terletak kira-kira 24 kilometer (km) dari bandar raya Kuching merupakan salah satu daripada empat komponen utama Rizab Semula Jadi Semenggoh iaitu Pusat Biodiversiti Sarawak, Pusat Kajian Botani serta 42
Search